Hilang

By FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... More

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 7 : Kebetulan
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati

1.7K 128 5
By FithFith

  "Raja...!"

"..."

"Raja!"

"Erh... Janganlah ganggu aku tidur..."

Fithri menggoncang-goncangkan lagi bahu Raja. Rasa macam hendak ditampar sahaja budak itu.

"Raja...!!!" suara bisikan Fithri yang makin ditekan anak tekaknya membuat Raja tersentak. Raja akhirnya mencelik lalu menggosok-gosok matanya.

"Oh, Fifi... Apa kau nak?"

"H-Hafiz...!"

"Kenapa dengan dia?"

"Hafiz dah tiada!"

Raja membuntangkan mata. "Apa maksud kau 'dah tiada'?! Mati atau hilang??"

"Sshhh, senyaplah! Nanti yang lain-lain terjaga! Hafiz cuma hilang, cepatlah kita cari dia!"

Raja, masih dalam keadaan separa sedar, bangkit dan keluar dari gua mengikut Fithri.

"Hei, Fifi. Mungkin Hafiz pergi ke tandas, kita tak perlulah cari dia...."

"Bagaimana kalau dia sebenarnya bukan ke tandas??"

Sambil mereka berlari-lari anak keluar dari hutan dan ke pantai, mata mereka tercari-cari kelibat Hafiz.

Kelibat Hafiz masih tidak kelihatan apabila Raja dan Fithri sampai ke pantai.

"Huh... Kenapalah kau ajak aku? Suruhlah orang lain cari Hafiz!"

"Kau ketua kelaslah, Raja! Kau sedarlah sikit mengenai tanggungjawab kau!"

"Aku ketua kelas, bukan ketua pulau!"

Fithri memijak kaki Raja. Akhirnya rasa marahnya diluahkan serta-merta.

"AHH!"

"Kau masih ketua kami! Kalau kau bukan ketua sekalipun, kau masih perlu tolong aku cari Hafiz!"

Raja mengeluh kasar. Dia tarik muka.

"Dahlah! Sekarang bukannya masa untuk kita bergaduh. Kita kena cari Hafiz. Kita tak nak budak-budak kelas kita yang lain tu sedar fasal kehilangan dia, nanti mereka panik...!"

"Yalah, yalah..."

Fithri yang tadi menghadap ke arah lautan, menoleh ke kanan. "Marilah, kita ke sana."

"Kenapa sana?"

"Izzah ada kata kumpulan mereka susun batu-batu dalam bentuk '^' sebagai perangkap ikan untuk tangkap ikan di bahagian pantai sana."

"Berdekatan kapal terbang?"

"Tak, lebih jauh sedikit."

Mereka berdua berlari-lari anak. Raja dan Fithri sedar, semakin jauh mereka berlari, air laut berdekatan pantai semakin surut. Terlintas di hati mereka, barangkali Hafiz pergi memeriksa perangkap ikan istimewa memandangkan laut agak surut pagi itu. Tangkapan mereka mungkin ada banyak.

 Walaupun cuma memeriksa perangkap, mereka perlu memastikan rakan mereka selamat daripada apa-apa jenis kemalangan yang selalunya berlaku di lautan. Lemas, sebagai contoh.

Raja mula menambah kelajuan lariannya. Fithri pula mengikut.

Mereka berdua ada rasa perasaan yang sama.

"Aku rasa tak sedap hati."

"...Baik kita cepat."

Melepasi bangkai kapal terbang di sebelah kiri mereka, langkah mereka mula perlahan. Ada kelibat seseorang berlari lemah ke arah Raja dan Fithri.

"Hafiz!"

Mereka secepat kilat mendapatkan Hafiz. Hafiz tiba-tiba terus rebah sejurus sahaja Raja memegang tangan dan bahu Hafiz.

Butiran pasir di situ berwarna merah gelap.


"Hafiz...!"

"Uh..."

"Hafiz, pandang aku. Buka mata seluas boleh!"

"I-Izzah... Aku..."

"Izzah! Jangan bagi dia bercakap! Cuma terus sedarkan dia, jangan beri dia pengsan!"

Keadaan panik dan kecoh menyelubungi gua itu pada waktu subuh hening. Ahli-ahli PBSM sibuk merawat luka seperti sebaris kesan calaran yang dalam pada betis kiri Hafiz, sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak. Bibirnya sudah pun berwarna pucat kebiruan.

"Tutup luka tu, Shahira! Shobana, koyakkan seluar Hafiz, tempat terkena luka tu!"

Sharan lantang memberi arahan kepada pasukan Persatuan Bulan Sabit Merahnya.

"Turnikuet!"

"Baik!"

Joanne cepat-cepat mengambil sehelai sapu tangan besar miliknya dan menghulurnya kepada Sharan. Sharan mengikat ketat bahagian atas sedikit dari paras lutut dengan sapu tangan itu, namun ikatannya sengaja membentuk sebuah gelungan kecil.

Sharan menyelitkan sebatang ranting kayu kecil ke dalam gelungan itu. "Hafiz! Tolong bertahan, sebab apa yang aku buat agak menyakitkan. Ini untuk hentikan darah kau daripada terus keluar, faham?"

"Uh..."

"Izzah," panggil Sharan, "tenangkan dia."

"Y-Ya..."

Sharan memutarkan ranting kayu itu, memulas gelungan sapu tangan itu. Hafiz menjerit kuat menahan sakit akibat ikatan yang terlalu ketat pada kakinya.

"T-Tolong...hentikan...!"

Sharan tidak mengendahkan tangisan Hafiz, walaupun dia tahu betapa sakitnya rasa itu.

"Hafiz, bertenang... Mereka cuba untuk selamatkan kau, jadi tolonglah bertenang, ya...?" Izzah masih di sisi Hafiz yang terbaring. Matanya sudah digenangi air mata. Tidak sanggup untuk melihat rakan baiknya dalam kesakitan, namun itulah yang perlu dilakukan untuk memastikan nyawanya tidak melayang.

Ketika para ahli PBSM membersihkan dan membalut luka Hafiz, senario itu ditonton tanpa sebarang kerlipan mata oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Mereka semua dipaksa keluar dari gua oleh Amira yang juga ahli PBSM, demi memastikan Hafiz tidak terasa tertekan, memudahkan kerja dan pergerakan 'doktor-doktor' serta memberi ruang udara kepada si tercedera.

Ada antara yang berada di luar gua ini sudah menangis teresak-esak dek kerana lemah semangat. Tidak pernah lagi perkara sebegini berlaku secara langsung di hadapan mata mereka. Malahan, tidak pernah pula mereka pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku kepada salah seorang rakan mereka yang sudah mereka kenali luar dalamnya lebih dari tiga tahun lamanya.

"Dia akan okeykah?" tanya Hani-Su kepada Ansar, Azim dan Raja. Pelajar perempuan juga memandang durja-durja risau kaum Adam itu. Mereka juga sebenarnya menunggu jawapannya.

  "Dia telalu banyak kehilangan darah. Dia juga sudah mula hilang kesedarannya...," ucap Amira perlahan, menangkap perhatian rakan-rakannya.

"Aku tak pasti dia mampu bertahan lebih lama. M-Mungkin dia akan..."

Amira tidak sanggup menyambung perkataan. Hati yang lain-lain runtun, terus runtuh mendengar kata-kata Amira.

Mereka memandang Izzah. Izzah masih cuba memastikan Hafiz terus sedar namun tidak berjaya. Pipinya sudah dibasahi air mata. Mereka tidak mampu membayangkan bagaimana perasaan Izzah apabila sahabat karibnya menutup mata buat selama-lamanya...


"Eh..."

Kelopak matanya cuba dibuka. Berat, tetapi boleh dibuka. Kepalanya terus terasa berpusing-pusing ketika matanya dibuka luas.

Penglihatannya yang kabur beransur pulih dan benda pertama yang dia lihat ialah seseorang yang sedang tidur terduduk di sebelahnya.

"Izzah..."

Hafiz tersenyum ringkas. Dia lihat sekeliling dalam gua. Kelihatan beberapa orang rakannya juga tidur terduduk, bersandar pada dinding gua. Luar gua cerah saja, tidak pula menunjukkan tanda-tanda malah sudah berlabuh.

'Letih buat aktiviti survival tu agaknya.' fikir Hafiz.

Hafiz perlahan-lahan cuba bangun dari pembaringannya. Tanpa sedar, dia telah mengerang kesakitan sehingga mengejutkan Izzah dari tidur.

"Hafiz? Hafiz! Kau dah sedar!!"

Terus Hafiz terbaring kerana tidak larat hendak mengangkat badan untuk duduk. Izzah bukannya menolong. Dia terus menjerit gembira sahaja sambil terlompat-lompat sehingga ahli-ahli kelas 5 Sains 1 yang lain juga terjaga.

Tidak sampai seminit, rakan-rakan semua mengerumuni Hafiz.

"Hafiz! Kau dah bangunlah!!"

"Aku rindu kau!"

"Weh, Hafiz, Kau ingat aku kan? Kau tak hilang ingatan, bukan??"

"SUDAH!!!"

Semuanya senyap dan menjauhkan diri. Jeritan Ansar menakutkan mereka semua.

"Boleh tak kamu semua jangan beri dia tekanan?? Dia baru sahaja sedar! Kamu semua nak dia matikah?!"

Semua tidak berani bersuara. Mereka menjauhkan diri masing-masing dan membiarkan ahli PBSM memeriksa kesihatan Hafiz. Izzah hanya kekal senyap di samping Hafiz.

Shahira mendekati Hafiz. "Apa kau rasa sekarang? Pening lagikah?"

"Sedikit."

Shahira senyap. Dia hanya mengambil termometer dan menyelitnya masuk ke dalam mulut Hafiz yang agak keliru.

"Aku rasa lapar semacamlah."

Shahira tidak tergelak, malah dia sebenarnya terkejut.

"Joanne, tolong sediakan makanan berkarbohidrat. Cepat, ya?"

"Okey."

Hafiz melihat saja Joanne pergi ke tempat penyimpanan makanan di hujung dalam gua. Kemudian dia menoleh ke Shahira semula.

"Arh, betullah, aku rasa betul-betul lapar sekarang ni. Berapa lama aku pengsan?"

Telefon Shahira dikeluarkan dari poket seluarnya. Shahira memandang sekilas pada skrinnya kemudian telefon bimbitnya disimpan kembali.

"Hari ni tujuh Disember. Sudah tiga hari kau 'tidur'."

"A-Apa yang dah berlaku, sebenarnya??"

"Um, sebenarnya itu yang kami nak tanya kau. Apa yang dah berlaku sebenarnya, sampai kaki kau terluka dan berdarah dengan teruk?"

Hafiz terdiam.

"Hmm. Nasib baik kau tak demam!" Shahira mengambil kembali termometer yang diguna. "Kau ingat tak, apa yang berlaku?"

Hafiz sendiri tidak pasti...

Tetapi, apabila diingat dalam-dalam...

"Aku... Aku pergi periksa perangkap ikan memandangkan laut surut paras buku lali... Selepas itu aku ke laut bahagian dalam sedikit untuk mandi. Sedang jalan-jalan dalam air tu, kaki aku tiba-tiba sahaja..."

Dia menjeling sedikit, melihat kakinya yang diselimutkan.

"Rasanya sakit betul. Keluar sahaja dari air, aku nampak darah keluar membuak-buak."

"Sharan kata, kau mungkin disengat obor-obor."

"Oh? Bukan jerung?"

"Bukan. Kaki kau ada empat kesan calar yang dalam sampai ke tulang. Jerung tidak membuat kesan calar seperti itu."

Hafiz merenung kakinya. Tidak pasti, hendak membuka selimut dan melihat keadaan kakinya, atau tidak.

"S-Sebenarnya... Aku tak rasa ni sengatan obor-obor. Sengatan obor-obor, seperti Portuguese Man-of-War, calarnya taklah sedalam dan sepanjang luka kau. Dan bisa, seperti obor-obor kotak boleh buat seseorang tu mati dalam masa 30 minit.

Dan yang paling aku pelik... Darah begitu banyak keluar dari kaki kau walaupun luka-luka tu tak mengenai mana-mana pembuluh darah pun. Dan tiada sebab sebenarnya untuk kau koma tiga hari."

"Makanan dah sampai~"

Hafiz menyambut beberapa keping roti yang disimpan khas untuk kecemasan dari Joanne. "Ha, terima kasih!"

"Makan dan berehatlah dulu." kata Shahira, "Kuat juga kau ni, ya? Kau terselamat dari luka besar macam ni?"

"Haha... Apa-apa pun, terima kasih."

 "Tak... Berterima kasihlah kepada orang yang di tepi kau tu." Shahira meninggalkan Hafiz.

"A-Apa?" Merah muka Izzah menahan malu. "T-T-Tak a-apa............"

"Haha... Terima kasih, sebab sentiasa berada di sisi aku."

Muka Izzah semakin memerah.


Malam itu...

"Kemas! jangan nak buat-buat tidur pula!"

"Hish, tahu-tahu sahaja dia ni!"

"Eh, ada lipas hutan!"

"AAAAAHHHHH!!!"

Sewaktu semua sedang sibuk mengemas selepas makan malam di dalam gua, ada seseorang sedang perlahan-lahan berjalan keluar dari gua, menyeludup sedikit makanan bersama.

Di luar gua, baru sahaja dia hendak meredah hutan, ada seseorang lagi mengikuti remaja lelaki tadi.

"Eh, Ansar~"

Ansar terkejut lalu berpusing, melihat Aqilah yang tersengih-sengih seperti biasa.

"Demam kau dah elok?"

Ansar hanya menjeling ke tempat lain.

"Oh, kau nak ke tandaskah? Aku kacau eh?"

Soalan Aqilah tidak disambut lagi.

"Err ahaha... Maaf mengganggu. Pergilah."

Ansar yang masih mendiamkan diri, berpaling dan mula berjalan.

"Woi, Ansar! Tandas di sanalah! Dekat dengan pantai!"

Ansar walau bagaimanapun, tidak mengendahkan Aqilah, membuatkan Aqilah berasa pelik.

"Weh... apa yang kaubawa tu?"

Kali ini langkah Ansar terhenti. Dia berpaling semula kepada Aqilah.

"Berhenti bertanya, BOLEH TAK?!"

Aqilah terkejut. Ansar meneruskan perjalanan, namun Aqilah cepat-cepat menghalang.

"Hei, kau nak ke mana ni sebenarnya?"

"Arh, diamlah! Menyemak betullah!"

"Aku cuma tanya saja!"

Aqilah menolak kasar bahu Ansar. Pada mulanya dia sengaja hendak berlagak gengster, supaya Ansar tahu Aqilah sedang marah. Tetapi selepas bahu Ansar ditolak...

"K-Kenapa... dengan kau...?"

...matanya...

Aqilah terkejut melihat mata Ansar yang merenung penuh amarah pada Aqilah. Sepasang mata yang kelihatan menerusi kaca matanya... tidak pernah lagi Aqilah melihatnya pada Ansar.

"Aku dah penat dengan semua ni. Penat dengan kamu semua yang bodoh. Jadi, berhenti halang aku."

Ansar berpaling lagi untuk meneruskan perjalanannya.

Aqilah memegang bahu Ansar untuk menghalang rakan baiknya pergi. "Ansar, mana-"

"KE TEPILAH!"

Aqilah terpelanting ke belakang akibat ditolak Ansar. Reranting kecil melukakan muka dan lengan Aqilah. Aqilah mengaduh. Dia tidak cuba untuk bangun kerana terlalu tersentap hatinya dan terkejut.

"Ansar... Sampai hati kau..."

"Aku dah kata ke tepi, bukan?? Huh!"

"Sejak Hafiz koma hari tu, kau asyik marah-marah orang sahaja. Benda remeh pun kau amukkan. Kenapa? Ini bukan kau!"

Ansar senyap, merenung tajam Aqilah yang separa terbaring di tanah.

"Kenapa, Ansar... Kenapa kau tiba-tiba bersikap macam ni???"

"Diamlah, bodoh! Aku menyampah dengan orang yang macam kau ni!"

"Hei, Ansar! Aku ni kawan engkaulah! Kita-"

"Kawan?"

Aqilah terkedu. Senyuman sinis yang baru diukir Ansar menikam-nikam hati Aqilah-tanpa henti.

"Aku menyesal berkawan dengan kau."

Ansar berjalan memasuki hutan dalam. Aqilah masih terbaring, teresak-esak memandang Ansar hilang ditelan kegelapan hutan malam.

Tanpa sedar, senario itu telah disaksikan oleh keseluruhan rakan-rakan sekelasnya dari pintu gua.

"Aqilah! Kau okey?" Qistina pantas mendapatkan Aqilah. Dia menolong Aqilah bangun dan berjalan ke gua.

Minda Aqilah kosong. Matanya tidak berkelip merenung tanah. Air matanya mengalir deras. Memori bersama Ansar sejak kecil dulu terpapar dalam ingatannya, bermain bagai panggung wayang gambar.

  Namun semua memori itu meremukkan hatinya. Perasaan yang disimpannya selama ini terkubur begitu sahaja.

"Aqilah!"

Aqilah jatuh pada lututnya seketika sebelum dia rebah terbaring di lantai gua.

"Ansar..."

Malam itu dilalui dengan perasaan para remaja yang bercampur aduk. Semuanya duduk di hujung dalam gua, berbincang sesuatu. Aqilah yang pengsan dibaringkan dan diselimutkan jauh sedikit dari mereka, berdekatan pintu gua. Hafiz pula sedang tidur untuk mendapatkan rehat.

"Aku tak fahamlah!," Joanne berteriak sedikit, "kenapa dengan Ansar tu? Dia berubah secara drastik! Apa masalah dia?"

"Entahlah. Sebelum ni dia okey saja. Aku sendiri tak tahu menahu kenapa dengan dia." ucap Sofia.

"Aku rasa Ansar ada masalah besar. Sebab dia tak pernah marah-marah macam tu sekali. Dia kan seorang yang kelakar dan baik dengan kita sekelas." kata Syahindah.

Qistina membenarkan. "Hah, betul jugakan? Aku pun rasa dia ada masalah."

"Tapi, masalah apa? itu yang kita tertanya-tanya sekarang ni. Apa masalah dia sehingga dia boleh cederakan kawan baik sendiri?"

Semua terdiam mendengar pernyataan Raja tadi. Mereka berfikir-fikir, namun jalan buntu.

"Ah... Sejak kejadian kita terkandas di pulau ni, macam-macam berlakulah!"

Azim memandang pelik Amrit. "kenapa pula kau kata begitu? Setahu aku, baru dua kejadian berlaku. Pertama, Hafiz. Kedua, Ansar. Ada lagikah?"

"Cuba kau ingat balik." jawab Amrit, "Shobana cerita, Lisa termenung memikirkan sesuatu semasa kita di KLIA. Dan di dalam kapal terbang, dia tiba-tiba meminta maaf kepada kita."

"Eh, yalah..."

"Selepas itu, waktu kita di pulau, budak-budak lelaki pergi periksa penumpang-penumpang dan juruterbang. Mereka semua mati walaupun ada yang mempunyai luka kecil saja.

Kemudian, kita masing-masing dapat tahu, yang kita sekelas semuanya anak-anak yatim piatu sejak umur lima dan enam tahun, dalam kelas kita ada beberapa pasang childhood friends..."

"Tunggu sekejap!" Liyana mengejutkan semua, "aku rasa semuanya anak tunggal dalam keluarga kita dahulu... Betul?"

Semua menggangguk-angguk, kemudian terkejut dengan anggukan rakan-rakan lain.

"Dan kamu semua tak perasankah selama ni? Kita semua ada penyakit kronik!"

Sekali lagi, seisi warga gua itu terkejut.

"Yalah... Tapi, ada yang tak sakit, bukan? Rasanya Raja tak sakit!" teriak Sharan kuat.

"Eh, yakah?"

Fithri menjeling Raja. Jelingannya dibalas. Kedua-duanya persis sepasang manusia membuat hubungan telepati.

'Beritahu sajalah!'

'Aku takkan beritahu!'

'Beritahu! Buat apa kau nak rahsiakan lagi?'

'Suka hati jiwa raga akulah!'

"Liyana! Raja sakitlah, sebenarnya!"

"APA?"

"Dia sebenarnya ada masalah dengan paru-paru dia. Lebih kurang macam barah, seperti yang Ansar, Shahira, Sharan dan Hani hidap."

"Betulkah??"

"Ya...Maaf aku berahsia."

"Nampak?," sambung Liyana, "kita ni semua macam ada hubungan!"

Sekumpulan remaja di situ hanya membenarkan. Semakin banyak soalan daripada jawapan yang muncul. Mereka semua seperti berperang dengan diri sendiri.

Sudahlah musibah menimpa, ada pula 'kebetulan' yang mengarut sesama rakan-rakan sekelas. Sekarang ada seorang yang cedera dan seorang yang hilang.

Bagaikan ada kena mengena dengan pendudukan mereka di pulau ini...

"Eh, Aqilah!" Fatin tiba-tiba terkejut.

Kesemua mata melihat tempat pembaringan Aqilah tadi. Cuma ada selimut.

"M-Mana Aqilah?"

*** Rasa bersalah dengan kawan-kawan punya fasal... Terpaksalah saya update lagi. Walau kekeringan idea dan kesibukan, kuteruskan juga. Apa saja untukmu. Hahaha... (-_-) Apa-apa pun, moga kalian enjoy bab kali ni... Dan sekali lagi, doakan saya untuk SPM 2015!~Terima kasih kerana masih membaca! :) Love you, Assalamualaikum!***

Continue Reading

You'll Also Like

34.1K 1.8K 18
Hani,Aniq,Muaz dan Suri.siapa tidak tahu persahabatan mereka memang sudah akrab sejak dahulu lagi.pertempuran silat dan kuat agama mereka.hanya kepad...
4.7K 80 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
515 86 17
Selamat datang ke Cristal_Snow Gallery! Tempat dimana saya meletakan cover book saya apabila saya kebosanan. Hanya sekadar cover yang buruk sahaja ya...
176K 10.7K 48
#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturuna...