Hilang

Av FithFith

55.5K 3.1K 158

SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1... Mer

Coretan Dari Penulis
Bab 1 - Bebas!
Bab 2 - 'Program' Apa?
Bab 3 : Memori Indah, Diragut Pergi
Bab 4 : Semuanya Bermula
Bab 5 : Hari Pertama di Pulau
Bab 6 : 'Survival'!
Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati
Bab 9 : Pencarian
Bab 10 : Rahsia
Bab 11 : Kawan Baik
Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!
Memori I
Memori II
Memori III
Memori IV
Bab 12 : Terperangkap
Bab 13 : Kebenaran
Bab 14 : Gunting dalam Lipatan
Bab 15 : Kembali
Bab 16 : Bersama, Selamanya
Bab 17 : Epilog - Hero?
Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !
PROMOTE !!!
Kauorang rasa?
Pluto

Bab 7 : Kebetulan

1.7K 118 1
Av FithFith

"--Menjadi pelajar intelek ternama, sahsiah terpuji kepimpinan terjelma,

Sekolah Menengah Setapak Indah, menjadi kebanggaan semua~"

"WOOHOOOOOO~~~~!"

Liyana memeluk gitarnya erat dengan gembira. Seronok pula main gitarnya mengikut irama lagu sekolah, menyanyi bersama rakan-rakan, mengelilingi unggun api pada waktu malam di luar gua.

"Hahaha... Kita ni, sudah gila, agaknya!" Liyana tertawa bersama-sama yang lain.

"Yalah kan, tak fasal-fasal kita menyanyi lagu sekolah. Setahu aku, kita ni jenis yang liat sangat nak buka mulut ketika menyanyikan lagu sekolah setiap kali waktu perhimpunan!"

5 Sains 1 ketawa besar, membenarkan kata-kata Aqilah. Ah,... nampak sangat mereka sudah mula merindui zaman sewaktu mereka di bangku sekolah.

Bau pisang bakar yang semerbak memasuki lubang-lubang hidung semua yang berada di situ ketika pisang yang telah dikupas diletakkan di atas batu besar dan rata yang panas, betul-betul di tepi unggun api. Walaupun setiap seorang sudah pun menjamah sebiji besar pisang bakar, mulut mereka masih tidak henti-henti merembeskan air liur.

Mata mereka terpaku. Mereka tunggu sahaja supaya pisang yang dibakar oleh kumpulan Delta, sudah masak dan garing.

"Okey, lagu apa lagi yang kalian nak nyanyikan?" tanya Liyana. Belum sempat sesiapa pun untuk berfikir, Aqilah mencelah.

"Eh, dah banyak sangatlah lagu yang kita nyanyi hari ni! Apa kata... Kita bercerita kisah-kisah yang menarik, nak?"

Azim terkedu. "Apa maksud kau, kisah-kisah yang 'menarik'?"

"Cerita hantulah, yang semestinya..."

Setiap satu dari mereka menolak cadangan Aqilah. Sudahlah mereka berada di luar gua, di sebuah pulau yang tak diketahui, pada waktu malam yang gelap gelita pula tu. Jangan haraplah mereka nak berkongsi-kongsi cerita hantu!

Azim merapat-rapatkan diri kepada orang yang di sebelahnya, yang turut duduk bersila pada lantaian hutan yang sudah dibentangi selimut.

"Eh, weh, jauhlah sedikit! Rimaslah...!"

Suara tawa memenuhi suasana. Kelakar apabila melihat Azim yang ketakutan cuba menjadikan Hani sebagai perlindungan. Siku Hani pula, asyik ditikam-tikam pada lengan Azim.

"Oh ya! Disebabkan semua orang tak nak berkongsi cerita-cerita hantu, bagaimana kalau kita berkongsi-kongsi kisah hidup masing-masing? Kisah tentang bagaimana kalian dan kawan baik masing-masing berjumpa, begitu?"

Aqilah menyuarakan pendapatnya, yang akhirnya mendapat sambutan hangat.

"YA, YA! Bagus cadangan kau, Aqilah!"

"Baiklah, kalau macam tu... Kita mulakan dengan Hani dan Azim! Silakan!~"

"APA?!"

"HaZim, HaZim, HaZim!"

Hani dan Azim masing-masing melontar pandangan.

"Kaulah yang ceritakan."

"Eh, engkaulah yang ceritakan. Kau kan lelaki..."

Azim memacak-macakkan rambutnya. Dia mengambil nafas dalam sebelum memulakan cerita.

"Pada suatu hari... Sang Kancil sedang-"

"AZIM!"

"Hehehe... Baiklah, baiklah. Begini ceritanya... Aku dan Hani mula-mula kenal sejak kami kecil lagi, sebab kami berdua berjiran... Rumah kami sebelah-sebelah saja..."

"Ooooooh........."

"Tapi kami berdua taklah rapat sangat waktu tu. Kami mula rapat apabila...-"

Azim jeda sebentar. Hani memandang Azim.

"Kami mula rapat apabila kami masuk ke rumah asrama anak yatim..."

Pelajar 5 Sains 1 terkejut besar. "APA??"

Hani menyambung cerita, "semasa kami berumur dalam lingkungan enam tahun... Rumah kami terbakar. Ibu dan ayah kami meninggal dunia."

"Ya. Kami tinggal di rumah anak yatim sejak kejadian tu, tapi saudara-mara aku mula membela aku semasa kami berumur 10 tahun. Tak lama lepas tu, Hani pula diambil oleh keluarga lain sebagai anak angkat. Walaupun begitu, keluarga kami faham yang kami rapat, jadi mereka kekalkan kami berdua untuk belajar di sekolah yang sama sehingga ke peringkat menengah." ulas Azim. Para remaja yang berada di situ tidak berkata apa-apa untuk seketika.

"Sedihnya..." komen Syahindah. "Aku tak tahu pula mak kau yang aku kenal selama ni, merupakan ibu angkat kau?"

"M-Maafkan aku, sebab tak beritahu perkara yang sebenar.... Aku...-" Hani mula rasa sebak dalam dadanya.

"Tak, tak mengapa... Aku faham..." Syahindah yang berada berdekatan dengan Hani, mendekati Hani dan memeluknya ringkas. Ringkas, namun menenangkan rasanya.

Ketika itu, semua orang senyap. Tiada siapa yang cuba berkata-kata, kerana mereka masih cuba melawan rasa sebak yang menusuk tajam di hati. Tetapi keadaan itu tidak kekal lama.

"Eh, tunggu sekejap!"

Semua memandang Aqilah.

"Hani dan Azim yatim piatu. Aku pun sama yatim piatu. Setahu aku, Diyana, Ansar, Shobana, Fithri, Amrit, Qistina, Raja dan Izzah juga, anak yatim piatu. Yang lain-lain tu, anak yatim piatu jugakah?"

Hafiz, Sharan, Shahira dan yang lain-lain menggangguk laju sambil mengiakan.

"O-Okey... Jadi... Aku rasa ada antara kamu semua yang ada childhood friends juga dalam kelas ni, macam Hani dengan Azim?"

Serta merta, suasana kumpulan remaja ini bertukar daripada sedih menjadi rasa... pelik.

"Eh, yalah..." Qistina teriak sedikit. "Macam Hafiz dengan Izzah, Raja dengan Fithri, kau, Aqilah dengan Ansar..."

"Hmm! Aku rasa kita semua masing-masing ada hubungan dengan kita sekelas, macam itu dengan ini, ini dengan ini, bla bla bla..." Amrit kecoh.

Sofia tiba-tiba menyampuk, "baik! sekarang kita cuba cakap serentak, berapa umur kita semua apabila kita menjadi anak-anak yatim piatu. Dalam kiraan sampai tiga!

Satu, dua, tiga!"

"Lima!"

"Enam!"

Dengan serentak, sebahagian daripada mereka berteriak 'lima' dan manakala sebahagian lagi menjerit 'enam'.

...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAA"

"Mak aih, ni kebetulankah, atau apa ni???"

"Gilalah!"

Semua masih ketawa. Ketawa, ketawa, dan ketawa besar... Tanpa sedar, pisang bakar mereka sudah hangus di sebelah bawahnya.

Namun pisang itu sempat diterbalikkan oleh Irdina dan Fithri.

"Ah, sudah-sudahlah tu! Mari sambung makan!"

"Yeahayyy...!"

Selesai santapan mereka itu, mereka mula berkemas dan bersiap sedia untuk tidur.

"Ah~ Tak sangka, seronok betul hari ni..." kata Ansar lemah kerana demamnya yang masih belum surut, namun ada unsur teruja dalam kata-katanya itu.

"Ya," jawab Hafiz, "seronok betul, walaupun kita tersadai, terperangkap di pulai yang entah di mana ni!"

Kedua-dua pelajar lelaki itu ketawa perlahan.

"Azim sudah tidur... Eh, mana Raja?"

"Tu, tengah ber'mesyuarat tingkap'..."

"Kau nak bagi atau tak Gameboy tu??"

Fithri tersengih-sengih. "Hmm......... Entahlah~ Kau rasa, aku patut bagi kau atau tak?~"

Raja cuba merampas sahaja permainan berteknologi tinggi itu dari Fithri, namun pelajar perempuan itu lebih cekap dan pantas. Mereka berdua dari tadi bertekak di bahagian gua yang lebih dalam.

"Bagi sahajalah! Main-main pula kau ni!"

"Bukankah kau kata, kau dah ada telefon bimbit kau?"

"Fifi... Kau pun tahu kan, telefon aku tu ada virus..."

Fithri senyap sebentar. "Huh, baiklah... Nah. Ambil sekali pengecasnya."

Raja menyimpul senyuman besar lalu membawa lari permainan itu ke tempat tidurnya. "Terima kasih, Fifi."

Fithri juga meninggalkan Raja, tetapi dia mula gelak besar.

"Woi, kalau kau bagi pengecasnya, macam mana aku nak mengecasnya? Tiada soket elektrik pun di gua nilah!!"

Suara Raja yang bingit menjadi gangguan kepada rakan-rakan perempuannya, sehingga Raja menerima balingan kuat batu kecil pada kepalanya. Mujurlah ada rambutnya yang bertindak sebagai penyerap hentakan.

Tamat sahaja mesyuarat tingkap tadi, bermulalah malam yang sungguh nyaman untuk mereka isikan waktunya dengan aktiviti merehatkan diri dan minda masing-masing...

***

"Arh!"

Dia berasakan perutnya ditumbuk seseorang. Pipinya juga ditumbuk di kedua-dua belah.

Dirinya sedang dibelasah... Oleh beberapa orang yang tidak dikenali... Di sebuah tempat yang gelap gelita...

Dia cuba melawan, tetapi...

"Ahh!! Aduh...."

"Ilmu Taekwondo kau tidak cukuplah, budak."

Pembelasah-pembelasah tadi itu segera berhenti menumbuk Fithri. Fithri dipegang di kedua-dua lengannya.

Fithri menjeling ke atas, melihat muka lelaki yang baru sahaja berkata-kata tadi.

"Kau..."

"Hmm?" lelaki itu tersenyum sinis.

"...Siapa?..."

"Suara ini, takkanlah kau tidak kenal?"

Fithri cuba mengingat balik. Ya, dia pernah dengar suara ini...

Tetapi siapa?

Dia cuba ingat, mencuba dan terus mencuba... Sehingga dia mendapat tahu siapa lelaki itu.

"K-Kau..!"

Lelaki itu berpaling dari Fithri. Dia memberi arahan kepada konco-konconya tadi.

"Bunuh dia."

Satu lagi tumbukan dibuat dan serta merta, Fithri terus terjaga dari tidurnya.

Seperti sebelumnya, dia tercungap-cungap selepas terjaga. Fithri menumbuk-numbuk sedikit bahu kirinya yang kebas-kebas.

Fithri melihat sekeliling. Mujur Hani dan Irdina yang berada di kiri dan kanannya tidak terjaga.

Telefon bimbitnya menyiarkan waktu pukul 5.54 a.m.. Masih belum subuh.

Perlahan-lahan dia bangun lalu berjalan ke laut untuk membasuh muka.

"Aku bermimpi lagi..."

Dia membilas dan menggosok-gosok mukanya.

"Mimpi buruk, tapi... mimpi fasal apa tadi ya...?"

Normal baginya untuk cepat melupakan mimpi yang telah dialami. Malah ia juga normal bagi setiap manusia di muka bumi ini.

"Ada seorang lelaki..."

...

"Hish, boleh gila aku kalau tiap-tiap malam macam ni!'

Fithri kembali ke gua selepas dia mengambil nafas sedikit untuk menghilangkan rasa sakit di jantungnya. Di gua, dia melihat semua muka suci rakan-rakannya yang sedang lena. Fithri ketawa sedikit melihat Raja tertidur secara terduduk, masih memegang Gameboynya. Ada juga rakan-rakan perempuannya yang tidur memeluk patung beruang yang dibawa dari rumah. Bunyi keruhan nafas perlahan kedengaran agak kuat akibat gema di dalam gua itu, namun tiada siapa terjaga.

Fithri lihat seorang-seorang rakan-rakannya, namun dia perasan akan sesuatu.

Hafiz  tiada.


***Hei, Cik Author di sini!~ Saya mungkin takkan update untuk bulan Oktober dan November ni, kerana perlu bersiap siaga untuk SPM yang menjelang tiba. Huhu. Doakan saya berjaya, ya! (terutama dalam subjek addmath dan kimia...) (TT^TT) Dan teruskan menyokong, membaca, menanti cerita Hilang ini, ya? Love you guys! Bye~ Assalamualaikum & salam sejahtera... ;)***


Fortsett å les

You'll Also Like

64.3K 554 5
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
585K 36.2K 111
DAH DIBUKUKAN. SEBARANG PENIRUAN JALAN CERITA DAN UNSUR2 UNIK DLM CRITA YG DITIRU AKAN DIAMBIL TINDAKAN. Kemurungan, Punca kehidupannya musnah. Tetap...
22.5K 2.4K 78
Yao Wei merasa hidupnya telah terpenuhi selama ini, ia lahir di keluarga kaya, memiliki banyak tabungan, dan melahirkan harta yang lucu, pintar dan s...
97.2K 4.6K 45
Korang hanya perlu pilih 1 sahaja daripada banyak-banyak pilihan yang telah diberi , tengok next chapter (answer) . Dari situ korang akan tahu person...