Setegar Aisyah Humaira [COMPL...

By annursyakirah97

587K 21.3K 735

Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri mel... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 30 ??

Bab 29

26K 794 74
By annursyakirah97

Matanya dijengah-jengah mencari seseorang. Gadis di sebelahnya tersenyum. Faham dengan perasaan lelaki itu yang tidak sabar melihat kemunculan sahabat sejati untuk hadir ke majlis mereka. Mana taknya, dah lebih lima kali telefon, namun panggilan tak diangkat. Siapa yang tak risau, kan? Amira memaut lengan suaminya yang telah selamat diijab kabulkan pada hari jumaat semalam. Semalam, Adam dan Aisyah hadir awal, namun lain jadinya pada hari ini. Jam pun dah menginjak ke pukul tiga petang. Aiman gelisah. Diorang ni memang tak nak rasa nasi kenduri aku ke? Tetamu pun dah ramai yang pulang.

"Awak, sabarlah sikit. Mungkin jammed kot, maklumlah hari cuti, ramai orang berjalan," tutur Amira cuba menenangkan hati lelaki itu.

"Masalahnya, takkanlah dah call pun tak dapat. Saya risau kalau apa-apa yang buruk, terjadi pada diorang. Dahlah keadaan mereka pun stabil setelah kehilangan anak mereka," balasnya sedikit mengeluh. Amira mengusap belakang badannya.

"Ish, ke situ pulak. Kita doakan yang terbaik je untuk mereka," kata Amira. Aiman sekadar mengangguk.

"Aiman, Amira!"jerit sekumpulan suara. Serentak Aiman dan isterinya berpaling. Terkejut dengan kedatangan rombongan sahabat itu, Amira menekup mulut terharu dan Aiman ternganga. Pantas mereka melangkah merapati gang lima sahabat sedari sekolah menengah itu, dan mereka berpelukan, erat. Tak disangka-sangka. Para isteri juga turut bersalaman dan berpelukan. Aisyah tersenyum di sebalik purdahnya itu, melihatkan wajah Adam yang bahagia dengan sahabat-sahabat lama. Biarlah, bukannya selalu dapat berkumpul macam hari ni.

"Terima kasih, Aisyah. Saya pasti semua ni idea awak. Saya senang tengok Aiman bahagia. Kalau awak nak tahu, muka dia dah macam ibu ayam hilang anak dah, asyik ternanti-nanti kedatangan korang." Aisyah tergelak.

"Spontan je saya bagi idea suruh dia ajak semua. Tak sangka pulak si Adam tu memag betul-betul sanggup pergi rumah tiga jejaka tu dan tunggu diorang bersiap," balasnya.

"Ya, untuk Aiman dan Amira yang memang sepadan sejak zaman sekolah lagi," ujar Adam, disambung dengan ledakan ketawa mereka semua.

"Aiman, terima kasih atas semua yang berlaku. Tolong bantu aku cari anak dan isteri dan tolong aku tangkap Fasha," ujar Adam ikhlas.

"Saya pun nak minta maaf sebab berkasar selama ni pada awak. Dan terima kasih juga." Aiman tersenyum memandang mata hazel itu dan kali ini tanpa sebarang perasaan kasih.

"Itulah gunanya kawan, bro. Dan saya faham itu tanggungjawab as a wife of Adam. Adam, you should be proud of having her," balas Aiman. Adam dan Aisyah berbalas senyum.

"Eh, jomlah. Jemput makan, aku tak tahulah ada legi ke tak makanan untuk korang. Sebab korang lambat," kata Aiman, tersengih nakal.

"Dah, jangan dengar cakap dia tu. Mari sini, makan, kami dah simpankan makanan untuk korang." Mereka membuntuti langkah Amira dan meninggalkan Aiman yang sedang mencebik di belakang. Semua tersenyum bahagia. Begitu juga Aisyah serta Adam yang berpegangan tangan erat, berjalan berdampingan. Kebahagian yang terbina indah ini moga terus berkekalan indah sampai bila-bila.

***************

"Mayra," panggil Adam. Mayra sedang ralit meyimpan semua baju milik arwah Damia sambil mencium bau itu. Meski sebak didada sukar diusir pergi, namun dia sudah kuat menahan tangisan. Ya, hidup perlu diteruskan. Kau harus tabah, Aisyah Humaira. Semua ini pasti ada hikmahnya. In shaa Allah, Damia tunggu kau dan Adam di pintu syurga, bisiknya pada diri sendiri.

"Sayang... Mayra okay tak ni?" soal Adam risau, lantas duduk di lantai berhadapan isterinya itu setelah dua tiga minit Aisyah tidak menjawab panggilannya. Aisyah tersentak sedikit namun tersenyum.

"Alhamdulillah, Mayra okay je," balasnya tersenyum ikhlas. Adam tersenyum pahit. Sedar bahawa isterinya itu sedang menutup rasa, sedangkan dia pun masih bersedih. Aisyah ditarik ke dalam pelukan erat. Dia faham perasaan Aisyah, tambah-tambah lagi kalau dia dah mula kerja nanti. Lagilah rasa lonely. Kalau dulu ada juga Damia buat peneman. Adam merancang sesuatu untuk menggembirakan semula hati Aisyah.

"Mayra, minggu depan abang outstation ke Australia. Mayra nak ikut?" soalnya setelah merungkai pelukan. Dahi Aisyah berkerut sedikit.

"Lah, kenapa ajak Mayra? Itukan urusan kerja abang, taka pa, Mayra boleh duduk dengan ummi ataupun mama," balas isterinya itu memahami. Adam tersenyum.

"Alaa, sampai hati Mayra. Kalau abang kena ngurat macam mana, siapa yang nak jaga abang?" soal Adam sambil memancing Aisyah untuk mengikutinya. Aisyah tergelak perlahan.

"Eeeii siapa tah nak mengurat orang gemuk dan tak hensem macam abang ni," balasnya kemudian pantas berlari. Adam tersentak geram. Ish, kurang asam punya isteri.

"Eeiii sampai hati cakap suami sendiri macam tu. Tunggu, abang kejar Mayra!" jerit Adam. Mereka berlari berkejaran di dalam rumah itu mengalahkan pelari marathon kat trek larian di padang. Bahagia, yang sukar terungkap dengan kata-kata. Dan kesedihan, kau melayanglah jauh pergi dari kehidupan ini.

***************

"I'll never forget this moment, abang," ujar Aisyah, mendepakan tangan. Adam di belakang tersenyum, mendepakan tangan juga dan merapati badan isterinya dari belakang. Menikmati udara segar di kota Perth itu setelah penat saling berbaling bola salji. Seronok, lagi-lagi apabila terkena di bahagian muka.

"Anything for you, my dear," balas Adam mesra. "Seronok dapat kenakan abang banyak kali?" soalnya membuatkan Aisyah tergelak. Dia bahagia melihat Aisyah gembira. Sungguh, kalau dia punya kuasa, dia ingin membuang segala kesedihan di dalam jiwa isterinya itu namun apakan daya. Hanya ini yang boleh dia berikan.

"Puas! Hahaha. Tapikan abang, dari semalam lagi Mayra nak tanya. Abang kan datang sini atas urusan kerja, tapi kenapa asyik jalan-jalan dengan Mayra je?" soal wanita itu, melabuhkan punggung di kerusi berhampiran. Adam tersenyum, matanya masih ke hadapan melihat pemandangan indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata itu.

"Sebenarnya, tak ada urusan kerja pun. Abang sengaja bawa Mayra jalan-jalan," balasnya lalu melihat mata hazel itu. Dahi Aisyah berkerut.

"Lah, membazir je abang ni. Bawa Mayra jalan dalam Malaysia pun okaylah," ujarnya ikhlas. Adam memegang tangan Mayra, dan menariknya sedikit.

"Tak, sebenarnya abang ada dua agenda lain. Pertamanya, abang nak tutup rasa terkilan abang, sebab tu abang bawa Mayra ke sini. Mari, ikut abang," kata Adam. Aisyah hanya menurut, berjalan beriringan sambil berpegangan tangan dengan Adam. Sekali-sekala angin di situ meniup sehingga purdahnya turut bergerak membuatkan tangannya yang satu lagi, memegang bahagian mukanya. Adam tersenyum senang. Langkah kakinya yang menuju ke suatu tempat, penuh cermat untuk memberikan kejutan pada isterinya Segalanya telah dirancang bersama pemilik tempat itu.

"Tadaaa..." Mata Aisyah terpaku d hadapan. Mulutnya terlongo, namun hanya di sebalik purdahnya. Tangannya menekup kain di bahagian mulut. Tidak disangka-sangka!

"Kangaroo!" jeritnya bagai anak kecil, dan menerpa ke salah satu binatang berwarna coklat itu di antara sekelompok besar haiwan tersebut. Diusap lembut haiwan berbulu itu dengan telapak tangannya. Adam bahagia melihat keterujaan isterinya. Dia memandang ke arah seseorang lalu mengenyit mata. Lelaki setengah abad yang senang dipanggil Uncle Ben itu hanya menunjukkan 'thumbs up'. Beliau pemilik kawasan ni, dan dia juga penjaga kangaroo-kangaroo ini. Tidak salah beliau berbisnes begini, kerana sambutan yang sangat menggalakkan disebabkan kawasan ini sememangnya menarik perhatian pelancong luar kerana udara dan pemandangannya. Beliau menghulurkan sesuatu pada wanita berpurdah itu.

"Here. Feed it with this," ujarnya. Aisyah mengangguk dan mengambil sayuran tersebut. Dia menyuakan sayur hijau itu ke mulut kangaroo dan haiwan itu memakannya. Adam menghampiri dan memeluk bahu Aisyah.

"My happiness is when you are happy, zaujah," bisik Adam lembut. Aisyah tanpa segan memeluk tubuh Adam.

"Abang, thanks a lot! Uhibbuka fillah!" ujarnya. Adam tersenyum mengangguk.

"Abang nak tebus semula the time yang kita pernah datang sini then abang halang Mayra tengok kangaroo. Abang terlalu ego that time. I'm so sorry sayang," ujarnya ikhlas. Aisyah merungkai pelukan, dan tersenyum.

"It's okay. Mayra faham. Lagipun, let bygone be bygone. Perkara tu dah berlalu pun. By the way, I am really appreciate it ! Mayra seronok tengok kangaroo secara dekat." Tangannya terus mengusap badan kangaroo yang berpoket itu. Sesuatu melompat keluar dari poket itu membuatkan dia hampir terjatuh namun pantas ditangkap Adam. Mulutnya berbisik dekat dengan telinga Aisyah.

"And my second agenda, abang ajak Mayra ke sini untuk second honeymoon tau. Abang nak anak kedua kita keluar macam anak kangaroo tadi," ujarnya romantic. Aisyah cepat-cepat meloloskan diri dari pelukan Adam.

"Abang ni, ke situ pulak. Malulah, orang dengar," ujarnya dengan pipi memerah.

"Haha, jangan risau sayang. Kita berdua je yang faham Bahasa Melayu kat sini." Adam tergelak besar. Aisyah terus beralih semula untuk menyuap kangaroo makanan dengan dada berdebar memikirkan kata-kata Adam tadi.

***************

6 tahun kemudian . . . . .

"Ummi, Awish nak air." Aisyah Humaira tersenyum. Tangannya yang sedang menyusun hidangan ayam goreng, terhenti. Pantas, tudung saji diletakkan ke atas meja sebelum dia mengambil cawan dan mengisikan air untuk si kecil tersayang.

"Nah, minum elok-elok. Duduk dekat kerusi Awish ya," ujarnya tersenyum lantas mencium pipi itu. Dia kemudian ligat membancuh air pula di dapur. Darwish berjalan ke ruang tamu, lalu duduk di kerusi kecilnya. Air yang membasuh kerongkongnya sangat melegakan.

"Alhamdulillah." Cawan diletakan di meja kopi itu. Langkah dihala pula ke bahagian almari. Aisyah tersentak mendengar bunyi pintu almari dibuka. Risau terjadi apa-apa pada heronya itu.

"Awish, Awish cari apa tu sayang?" suara Aisyah bergema di dapur. Selesai membancuh air, dia menyangkut apron dan menghampiri anaknya yang sedang mengambil satu buku album.

"Ummi, Awish nak baca buku ni. Boleh?" soal si kecil. Aisyah tersenyum mesra pada nyawa kecil yang telah hidup selama lima tahun itu. Pipinya dicubit mesra.

"Boleh sayang. Tapi ini bukan buku, ini namanya album. Dalam album ada banyak gambar," ujarnya sambil melabuhkan punggung.

"Ada gambar Awish ?" soalnya teruja. Aisyah mengangguk.

"Ada gambar walid, ummi, Awish dan arwah kakak," balasnya. Dahi Darwish berkerut.

"Arwah kakak?" soalnya. Aisyah tersenyum. Badan Darwish diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Dia membuka album tersebut dan menyelak helaian demi helaian. Biarlah diceritakan pada si kecil ini, supaya dia sedar bahawa ada nyawa lain yang pernah hidup sebelumnya. Biar dia tahu, bahawa dia ada seorang kakak yang hanya hidup untuk beberapa bulan. Dan biar dia yakin bahawa saudara kadungnya ini sedang menunggu mereka sekeluarga di pintu syurga. Tangannya berhenti pada gambar ketika detik Damia hampir meninggal dunia. Dalam incubator. Sungguh, meski sudah enam tahun berlalu, namun perasaan kehilangan itu masih terasa sampai sekarang.

"Comel tak baby ni, Awish?" soalnya sebak. Cuba untuk kuat di hadapan Darwish Hakim. Darwish mengangguk.

"Comel. Macam Awish. Hehehe," gelak si kecil itu sendiri. Aisyah tersengih. Ish, angkat bakul macam walidnya.

"Nilah kakak Awish. Nama dia Damia Afira. Kakak Damia." Darwish tersenyum.

"Kakak Damia! Tapi, mana kakak Damia sekarang ummi? Awish tak pernah jumpa dia pun?" Darwish tertanya-tanya.

" Dia dekat syurga."

"Syurga tu kat mana, ummi?"

"Syurga tu tempat yang jauh sangat tapi tempat tu cantik. Ada macam-macam kat syurga. Ada sungai, ada buah, ada bidadari. Tempat tu best sangat," balas Aisyah. Biarlah sesuai dengan pemahaman kanak-kanak.

"Wah! Awish nak jumpa kakak! Awish nak pergi syurga jugak!" ujar Darwish teruja. Hati Aisyah tersentuh mendengar kata-kata Darwish - Awish nak ikut kakak! Ummi pun nak jumpa kakak kamu sayang, ummi rindu sangat dengan Damia. Sebak.

"Tapi, syurga tu tempat tu untuk orang baik-baik je, orang nakal-nakal tak boleh. Jadi, kalau Awish nak pergi syurga macam kakak, kena jadi budak yang baik tau. Dengar cakap ummi, dengar cakap walid, cakap atuk nenek semuanya. Kalau Awish budak yang baik, nanti baru Awish boleh masuk syurga!" balas Aisyah cuba ceria. Darwish mengangguk faham.

"Awish janji akan jadi budak yang baik! Nanti kita semua boleh pergi syurga kan, jumpa dengan kakak?" soalnya. Aisyah mengangguk.

"Ya sayang, In shaa Allah kita semua akan jumpa kat sana," kata Aisyah dan kali ini air matanya tumpah namun pantas diseka. Tabahlah wahai hati. Damia, tunggu kami ya. Kami akan datang berjumpa Damia di akhirat kelak, in shaa Allah.

"Yay! Mesti seronok dapat jumpa kakak. Awish bosanlah sorang-sorang je main dalam rumah," ujar Darwish sedikit merungut. Aisyah pula tersentak.

"Ummi kan ada, ummi boleh..."

"Awish nak adik baru ke? Walid dengan ummi boleh bagi," ujar satu suara garau yang sedang menghampiri mereka. Aisyah dan Darwish sama-sama tersentak. Mata Adam dan Aisyah bertaut.

"Wah, walid balik!" Darwish menerpa terus kea rah Adam. Adam mendukung Darwish, dan Aisyah dengan pipi merah bagun dan ingin pantas menuju ke dapur. Gatal lah pulak encik zauj ni, buat seram je. Namun, tangan Adam lebih pantas dari pergerakan Aisyah.

"Sejak bila sayang pakai blusher ni hmm?" soalnya. Aisyah perlahan mencapai tanga Adam dan menciumnya. Kelaziman menyambut suami pulang.

"Err maaf Mayra tak dengar abang bagi salam tadi. Dan err Mayra nak siapkan makanan sekejap." Pantas Aisyah melarikan diri ke dapur. Dadanya dipegang. Fuh, debaran dia memang menggila mengalahkan kali pertama dia jumpa Adam. Perasaan ini memang takkan hilang ke setiap kali Adam menyentuh bab tu. Haih. Pantas kakinya diorak kea rah meja makan. Tudung saji dibuka. Pinggan juga disediakan seperti biasa.Belum sempat dia memegang senduk nasi, badannya tangannya dicapai seseorang. Adam menarik tubuh itu dan menghalangnya ke dinding dapur.

"Assalamualaikum zaujati," ujar Adam tersenyum. Aisyah terkedu. Macam mana nak boloskan diri ni? Memang tersepit habis. Senyuman dia dahlah me...menyeramkan.

"Waalaikummussalam. Err abang, Mayra nak..."

Chupp! Aisyah terkedu. Bibir Adam pantas dilekapkan pada bibir merahnya membuatkan kata-katanya terkunci. Dia terbuai seketika, dan Adam menarik mulutnya. Dia memukul lengan Adam lembut.

"Abang ni, malulah Awish Nampak," ujar Aisyah dengan pipi memerah.

"Awish, tengok ummi ni! Dia nakal sebab dia pukul walid!" adu Adam kuat. Dia berundur ke belakang semula untuk melepaskan isterinya sambil tersenyum.

"Aip, ummi jangan nakal. Nanti tak dapat masuk syurga!" jerit Darwish yang sedang bermain kereta mainan di ruang tamu. Aisyah mencebik.

"Yelah, yelah. Awish meh sini makan ," panggil Aisyah. Adam tersenyum.

"Sayang jangan nak cebik sangat eh. Nanti abang cium lagi karang," ujar Adam berbaur ugutan. Aisyah terus menarik senyuman tidak berapa ikhlas.

"Tak aci," omelnya sendiri. Adam tergelak.

"Abang saja jelah tadi. I just miss you a lot. 6 jam tak nampak sayang kat office buat abang terseksa tahu tak," ujar Adam, lalu melabuhkan punggung di kerusi tengah.

"Amboi ayat, manis mengalahkan gula. Abang memang saja nak ambil kesempatan kan," balas Aisyah berani. Adam tergelak perlahan. Dia membantu Darwish yang cuba memanjat untuk duduk di atas kerusi.

"Wah, ada ayam. Awish nak peha tu!" ujarnya. Aisyah dan Adam tersenyum.

"Awish, tadah tangan. Kita baca doa dulu," ujar Aisyah dan Adam membacakan doa. Mereka bersama-sama menikmati juadah itu

"Eh lupa pulak. Ni tadi ada akak kat office abang, bagi lauk ni suruh rasa. Cuba Mayra tengok," ujar Adam menunjukkan pada satu bungkusan plastic. Aisyah menurut. Dia melihat lauk tersebut.

"Ikan keli lah bang." Adam mengangguk. Aisyah kemudiannya menghidu ikan tersebut.

Werkk! Pantas langkah menuju ke sinki dapur dan memuntahkan isi perutnya. Adam juga lekas-lekas menghampiri isterinya dan mengusap belakang Aisyah. Aisyah hampir jatuh ke belakang namun sempat bersandar pada tubuh Adam.

"Kenapa ni Mayra?" soalnya cemas. Aisyah memicit kepala.

"Mayra peninglah cium bau ikan tu. Mual kat tekak," balasnya lemah. Mata Adam bersinar, apabila kejadian ini pernah berlaku juga semasa mengandungkan Damia dan Darwish.

"Walid, kenapa dengan ummi?" soal si kecil yang juga berhenti makan dan risau melihat ibunya.

"Hmm... walid rasa Awish akan dapat adik baru." Dan kata-kata itu membuatkan Aisyah terkejut, meneguk air liur manakala Adam tersenyum bahagia.

THE END

P/s : Alhamdulillah, Setegar Aisyah Humaira akhinya sampai ke penghujungnya. Thanks a lot for the endless support from you guys! And I'm so sorry for the late update ( seriously really busy with stuffs !) Thanks again and happy reading !
ƙ)<>


Continue Reading

You'll Also Like

15.5K 585 31
-Atiyah seorang peg. Muda yg brstatus brkhwin tetapi prkhwinn mereka x sprti org lain ade rahsia di balik perkhwinan dia dan jugak kenapa dia boleh t...
468K 18.4K 72
💥WARNING: THIS NOVEL LAMA DAN TIDAK EDIT, BNYK TYPO + KESALAHAN FACT💥 Saat mereka baru mengenal erti percintaan,mereka dipisahkan... Mia Kaisara te...
1M 28.3K 55
Araina Afisya seorang gadis yang mempunyai sifat yang sangat sopan, lemah lembut dan sering menghormati orang lain. Gadis penyayang? Ya. Lebih lebih...
567K 16.3K 58
[ Pemenang CSO Award 2018 - The Magnificent ] [ Pemenang Emirates Award 2018 - Romance ] Kalau dulu orang selalu kata menjadi seorang doktor memang s...