Isteri Untuk Disewa

Galing kay karyaseni2u

119K 1.2K 139

Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Se... Higit pa

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5

Bab 3

17.8K 165 1
Galing kay karyaseni2u

Noah Ryzal senyum. Akhirnya, dapat juga dia seorang perempuan yang boleh disewa. Noah tak kisahlah berapa harganya, asalkan Noah dapat menyewa dia. Noah bukan nak buat apa-apa, cuma mahu Nur membuat sesuatu untuk Noah.

Aih... Tak sangka, zaman sudah serba canggih, macam-macam perkhidmatan yang disediakan. Ingat Noah, kalau dia Google orang untuk disewa, tak keluar carian apa-apa. Mulalah dia mahu hampa. Tapi, sekejap saja, berderet cariannya. Noah memilih carian yang paling terbaru dan akhirnya, Blog Pink Itu Merah Jambu, menarik hatinya.

Ini namanya rezeki. Kalau niat yang baik, selalunya Allah akan tolong. Noah senyum lagi. Terus saja dia memesej Nur tadi dengan cepat. Tak mahu bertangguh, takut ada yang dah tempah perkhidmatan Nur.

Alhamdulillah!

"So, you dapat ke?"

"Dapat."

"Serius?"

"Serius, takkan I nak tipu."

"Dia lawa ke?"

"I tak tahu, Rhin. I baru nak jumpa dia kejap lagi."

"I nak ikut."

"Tak payahlah, biar I settle sendiri dulu boleh? Nanti-nantilah you ikut bila dia confirm. Lagipun, belum deal lagi, sayang. You ni..."

"Hish, Noah..."

"You takut I tersuka dekat dia ke? You boleh tak put away you punya cemburu yang kuat tu? You nak benda berjalan lancar tapi, you sendiri tak nak let go. Macam mana, sayang?"

Rhianna merengus. "You nak sewa dia, jangan nak bagi sewa hati you sekali! You buat macam tu, you rasalah, Noah!"

"Aik... Siapa punya idea ni? I pula yang kena."

Rhianna mencebik. "Memanglah idea ini datang daripada I, tapi siapa pencetusnya? Parents you kan..."

"So, parents I, I juga ke yang bersalah?"

"You anak mereka. Sekalilah!"

Noah menggelengkan kepala. Rhin... Rhin! Sakit telinganya bercakap dengan Rhianna dalam telefon. Cakap jerit-jerit macamlah Noah pekak. Kalau dalam telefon macam ni, berdepan lagilah.

"Kalau you buat tak betul depan mereka, benda tak akan jadi macam ni, Rhin. Sudah tentu I boleh kahwin dengan you. Ini tak pasal, I kena kahwin dengan pilihan mereka. Macam mana? I kahwin saja dengan pilihan mereka, I tak kisah!"

"Noah!!!"

"So, I punya salah?"

"So, you nak cakap, I punya salah pula? I dah buat sehabis baik bila jumpa parents you, you sendiri pun tahu. Tapi, I tak tahu apa salah I, mereka reject I, sayang!" Rhianna mula merengek.

Entah mana silapnya, Rhianna tak tahu. Kalau dia tahu, sudah tentu dia boleh mengubahnya. Tapi... banyak kali jumpa pun, keluarga Noah masih tidak menyukainya. Siap suruh Noah berkahwin dengan pilihan mereka dan mengharamkan harta-harta keluarga kalau Noah berkahwin dengan Rhianna.

Rhianna... keliru! Dia mahu harta sekali dengan cinta. Dia tak mahu hidup susah, tanpa harta. Jadi nak tak nak, dia terpaksa mencipta idea gila. Menyewa orang, dijadikan isteri Noah. Jadi, Noah tak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Bila sampai masa, ceraikan isteri sewaannya itu dan bolehlah berkahwin dengan dia. Itu idea Rhianna.

Tapi...

"Kalau I dah ceraikan isteri I tu, you terfikir tak... I boleh ke kahwin dengan you nanti? Kan parents I dah syaratkan macam tu?"

Rhianna terdiam. Ini masalahnya.

"Nanti I fikirkanlah."

"Kahwin sajalah. Biarkan harta tu. Kita boleh cari lain!"

Mata Rhianna terbuntang. "No!"

"Kenapa pula? You cintakan I atau harta I?"

Rhianna tersentak. "Of course la I cinta you, Noah. Tapi cinta boleh bagi kita makan ke? You ni..."

Noah hanya senyum. Dia sudah agak.

"Itu kalau I cerai... Kalau I tak nak cerai dia? Macam mana?"

"I sunat you sekali lagi!"

Noah tergelak. Sengaja dia mahu mengusik teman wanitanya. Sebenarnya, dia sudah merencanakan hal yang lain. Bagus juga, Rhianna memberikan idea itu. Noah sudah mula memikirkan sesuatu.

"Okeylah, I nak pergi siap-siap. Nanti I call you balik."

Klik!

The Coffee Bean, Jusco Kinta City, pukul 2.30 petang. Saya pakai kemeja petak, warna pic. – Noah Ryzal.

Tepat jam 2.15 petang, Nur sudah sampai di Jusco, Kinta City. Tak jauh pun dari rumahnya. Lalu lebuh raya, jalan terus saja. Senang! Oleh sebab dekat, Nur mengiktirafkan tempat ini sebagai tempat perjumpaan pelanggan yang mahu menyewa perkhidmatannya. Kawasan ramai orang, senang nak parkir, sambil berfikir menyelesaikan masalah, sambil tu boleh minum kopi mahal.

Nur tersengih!

Cepat-cepat dia memarkirkan keretanya betul-betul di depan The Coffee Bean. Situ memang sesak tapi tak kisahlah. Kereta pinknya itu, boleh parkir di mana-mana. Mudah! Kelisa kan...

Elok Nur memarkirkan keretanya, dia keluar mencari-cari lelaki yang memakai baju berwarna pic, kotak-kotak. Sempat lagi dia mengomen...

Huh... Pic? Nasib baiklah pic, bukan pink. Pic ke pink ke... Mamat ni mesti lembut hatinya. Patutlah mamat ni susah sangat nak putuskan percintaan sebab punya hati lembut macam warna pic. Kasihan. Tak apalah, Nur Service boleh membantu! Rasa macam ejen pencari jodoh Si Cupid pula!

Nur mengerut dahi tatkala dia nampak seseorang yang memakai baju seperti yang dinyatakan dan sedang menghirup secawan kopi.

Hem... Tu dia kut? Agak akulah. Yalah agaknya, bisik hatinya.

"Assalamualaikum... Ehem... Encik Noah ke?" tegur Nur.

Noah terus menoleh. "Waalaikumussalam, ya, saya. Cik Nur ke?"

"Hai, saya Nur Adreiana. Tak perlu cik. Panggil Nur, cukup." Gelilah bercik-cik...

"Jemput duduk."

Nur menarik kerusi di hadapan Noah lantas menarik rambut panjangnya ke sebelah kanan. Rimas! Lupa pula dia mahu membawa getah rambutnya tadi. Tak pasal, ayu-ayu macam Rita Rudaini.

Haih... Betul-betul menyusahkanlah rambut ni. Tapi disebabkan ayah tak bagi aku potong, aku simpan juga. Tapi kalau betul mengganggu, aku potong juga sat lagi ni. Nur sempat membebel dalam hati.

Noah di hadapannya, hanya senyum melihat gelagatnya. Comel!

"Anything, Nur? Soft drinks? Coffee?"

"Eh, tak apa. Saya okey. Baru sudah makan." Seganlah pula nak makan-makan depan pelanggan ni. Sudahlah handsome macam... macam siapa, ek? Macam pernah aku jumpa mamat muka macam dia ni. Nur terfikir-fikir.

"Betul ni?"

"Betul. Kita cerita business terus senang."

"Good."

"So, apa yang boleh saya bantu? Nak larikan diri dari kekasih? Mesti Encik Noah ni banyak kekasih ni..." Nur mula mengagak.

Maklumlah Encik Noah ni, kacak orangnya. Smart. Pakai kemeja warna pic, seluar jean lusuh. Ada stail! Ray-ban lagi. Dia punya janggut yang nipis, dagu berlekuk dan kulit pula putih merah.

Nur mula mengerut dahi. Dia sudah ingat, wajah Noah Ryzal persis siapa... Macam Prince Caspian dalam cerita Narnia tu! Huh... Yalah... Sebiji! Habis sudah muka orang itu, ditelitinya. Sempat lagi!

Nama dia Noah, Noah Ryzal. Noah? Mesti mak dia minah salih tak pun, ayah dia mat salih. Tak pun tok nenek dia orang Belanda? Pergh... Aku kalau judge orang, kalah profiler dalam cerita Criminal Minds tu! Erk...

"Maklumlah, Encik Noah ni, handsome... Boleh tahan rupanya. Kacukan pula tu!" sambung Nur lagi. Dia ni, memang jenis tak tahu malu sikit. Selamba badak saja kalau dia nak bercakap! Nursiah, mummynya pernah bercakap... kalau Nur ni, salah ambil jurusan. Patutnya, ambil jurusan undang-undang.

Noah ketawa. Kelakar pula minah di hadapannya ini, mencuit hatinya.

"Kenapa Encik Noah?" Nur mengerut dahi. Tiba-tiba ketawa, seram juga dia. Gila ke apa?

"Awak ni kelakarlah, Nur. Anyway... Macam ni, my mom and dad are coming to town. So..."

"Ops, encik salah orang ni, encik."

Noah terdiam. Apa kes pula ni?

"Salah orang encik ni, saya ni bukan sewa perkhidmatan amah, nak kemas rumah bagai. Bukan encik, bukan! Encik dah salah faham ni."

"Hah?!" Noah tercengang. Tak pasal!

"Saya bukan letak iklan cun melecun, buat Blog meletup-letup warna pink, nak buat servis jadi amah, okey? Cukuplah saya jadi amah dekat rumah saya sendiri. Kalau mak ayah Encik Noah datang tu, panggil saja maid Indonesia. Mereka boleh tolong Encik Noah kemas rumah sementara mak ayah Encik Noah nak datang. Mereka tu buat kerja ikut jam. Sejam sepuluh ringgit saja. Nak nombor?"

"Erk, bukan begitu, Nur. Awak yang salah faham ni."

Noah menepis-nepis sangkaan Nur. Tergelak dia dengan penyataan Nur. Ada pula aku nak sewa amah? Minah ni...

"Pula! Habis tu?" Kalau bukan untuk jadi maid kemas rumah dia sebab mak ayah dia nak mai, nak sewa untuk apa pula?

"Saya nak sewa awak, jadi isteri saya."

"Apa?!"

"Saya bayar... semua. Sepuluh..."

"Erk... Sepuluh ringgit saja?" Takkan jadi isteri, banyak tu saja dapat? Gila ke apa?! Ni sewa, sewa jenis yang macam mana? Nur tak menyempat!

"Kenapa awak ni suka potong saya cakap?"

Nur terdiam. Alamak, kan dah kena marah!

"Sorry..."

"Sepuluh ribu ringgit."

"Hah?! Sepuluh ribu?" Nur hampir terjatuh dari kerusi.

"Kenapa? Tak cukup?"

"Kenapa? Encik Noah nak tambah lagi ke?"

"Kalau awak rasa tak cukup, saya boleh tambah."

Gila mamat ni... Nur menepuk dahi.

"Erk... Encik Noah, sebelum saya setuju apa-apa, saya nak double confirm. Encik Noah tahu kan servis saya menyewa diri saya untuk menolong menyelesaikan perhubungan Encik Noah dengan kekasih, kan? Macam break-up ke, putuskan pertunangan ke. Alah, yang macam video testimoni saya tu."

"Ya, saya tahu dan saya faham. Tapi sekarang ni, saya nak awak jadi isteri saya supaya saya boleh menghalang my mom and my dad untuk tidak mengahwinkan saya dengan pilihan mereka."

"Ohhh!!!" Barulah Nur faham. Tapi, sewa jadi isteri, sampai sepuluh ribu ringgit ni, ada membawa maksud apa-apa ke? Kena jadi isteri betul-betul ke apa? Huh! Kena ehem-ehem tak? Alamak! Syarat kena betul ni, kalau tidak... mati aku! bebel Nur dalam hati.

"Boleh ke tak ni?"

"Errr... Encik Noah, saya disewa jadi isteri saja, kan? Bukan isteri betul-betul, kan? Bukan kena ehem-ehem, kan?"

"Awak gila ke? Saya sudah ada girlfriend!"

"Pula..."

Nur menggaru kepalanya yang semakin gatal, gatal sebab keliru. Kalau sudah ada girlfriend, kenapa perlu menyewa aku pula? Suruh sajalah girlfriend dia tu bertindak jadi girlfriend. Isk! Nur pelik. Pelik sungguh dengan pelanggan pertama dia ini...

"Nanti saya beritahu keputusan saya..."

"Jangan lama sangat ya, Nur? Kalau Nur tak mahu, inform saya secepat yang mungkin supaya saya boleh cari orang lain. Tapi masalahnya, saya dah tak ada orang lain. Nur saja yang buat perkhidmatan ini, saya Google dah. Saya harap Nur boleh tolong saya..." Noah sangat mengharap. Selepas melihat Nur, dia dapat merasakan, Nur calon paling layak untuk meneruskan rancangannya.

Cuma...

Tak apalah, kalau Nur terima, baru Noah akan cakap, apa sebenarnya yang dia mahu.

"Okey, Encik Noah. Saya akan inform Encik Noah, paling lewat, malam ini."

Desperado sangat bunyinya... Aduh, Nur sudah mula pusing! Sepuluh ribu ringgit tu...

APABila sampai di rumah, Nur sudah tidak betah. Duduk, bangun, berdiri, berjalan semua dah tak betul. Kusut bertambah kusut, kusut betul. Sepuluh ribu ringgit, banyak tu!

"Awak jangan risau..."

"Kenapa jangan risau?"

"Saya tak sewa awak forever, my mom and my dad, datang sekejap saja. Pagi datang, petang dah balik. Mereka hanya singgah nak tengok saya dan isteri saya."

"Isteri?"

"Ya... Saya dah cakap kepada mereka yang saya sudah beristeri."

Nur menepuk dahi. Gila...

"Tapi masalahnya saya tak ada isteri."

"Habis tu, girlfriend Encik Noah?"

Noah terdiam. Masa tu, hidung Nur sudah mula kembang kempis. Sesak nafas!

"Parents saya tak suka dia. So, awak sajalah harapan saya untuk jadi isteri saya, Nur. Awak saja..."

Awak saja...

Awak sajaaa...

Sajaaa...

Terngiang-ngiang permintaan Noah tadi di telinga Nur sampai sekarang. Kalau tak tolong, siapa lagi yang mahu tolong dia? Dia pula baru saja berpindah ke Ipoh dari London, tak ada kawan perempuan yang boleh tolong.

Kasihan pula!

Nur masih mundar-mandir, memikirkannya. Tapi, kalau berdepan dengan parents Noah, mesti aku kena bambu. Sebabnya, berkahwin tanpa izin mereka. Sahlah, mereka akan angin kepada aku. Mesti mak dia mula cari pasal. Yalah, bukan menantu pilihan. Huh! Habis Nur fikir, sampai ke persepsi mertua pula...

Nur mengeluh, adakah aku patut menerima tawaran ini? Dengan siapalah aku nak cakap... Dengan siapa yang aku nak minta nasihat? Melihat Adnan di luar rumah, Nur senyum. Satu-satunya manusia yang tahu tentang perkhidmatan yang diberikan. Nur cepat-cepat ke luar. Mujurlah keluarganya yang lain, sudah keluar. Tinggal dia dengan Adnan saja.

"Abang chaq!"

"Hem..."

"Abang chaq ingat tak iklan yang Nur buat tu?"

"Sewa diri sendiri?"

"Ya..."

"Kenapa?"

"Nur dah dapat job."

"What? Cepatnya! Rasanya baru saja Nur letakkan iklan dalam Blog pagi tadi."

"Tahu tak apa. Mamat ni desperado sikit. Dia nak bagi upah sebanyak sepuluh ribu ringgit. Abang chaq rasa, Nur perlu terima tak?"

"What?! Sepuluh ribu ringgit? Banyaknya." Adnan terkejut. Mujurlah dia tidak tercampak satu bekas makanan ikan Koi itu ke dalam kolam. Kalau tidak, habis ikan semua mabuk dan mati. Tak pasal, kena marah dengan ayahnya nanti.

"Memanglah banyak, kerja pun teruk."

"Teruk macam mana?"

"Jadi isteri sehari. Dia nak cepat sebab mak ayah dia nak datang rumah dia. Dia tu ada girlfriend tapi mak ayah dia tak suka. Mak ayah dia dah rancangkan dia dengan seorang girl ni, tapi disebabkan dia cinta mati dengan girlfriend dia, dia tercakap yang sebenarnya dia dah kahwin." Nur mula menceritakan hal tentang Noah. Yalah, kalau tak cerita, macam mana Adnan nak bagi nasihat?

"Bunyi macam sangat terdesak!"

"Memang terdesak gila. Dia sanggup bagi duit banyak tau! Siapa nak bagi sepuluh ribu ringgit untuk satu hari punya servis? Memang nampak terdesak sangat. Abang chaq pun bagi Nur, lima puluh ringgit aje tau!"

Adnan mencebik. Ceh! Cakap dalam telefon saja pun caj mahal. Telefon aku yang kena bayar bil. Ciskek punya adik...

"Ambillah, apa yang Nur tunggu lagi?"

"Ya ke? Tak payah buat background checking ke? Buatnya dia nak hantar Nur ke Uganda, jual ke? Jadi hamba dadah, penghantar dadah, macam mana?" Nur memandang Adnan pelik. Mana tak pelik, tiba-tiba abang chaqnya itu jadi sporting. Selalunya Adnan akan sedikit negatif daripada Nur. Dia lebih berwaspada, Nur pula main belasah saja.

"Yalah, bukan susah rezeki nak datang bergolek-golek macam ni. Sepuluh ribu tu! Hem... Bolehlah abang chaq pinjam duit Nur sikit. Nak upgrade RAM, baru boleh main game tak sangkut-sangkut!"

"Erk... Ceh! Patutlah beria-ia... Duit abang chaq kan dah banyak, kerja siang malam, pagi petang. Mana pergi duit tu? Untuk siapa pula yang abang chaq laburkan sekarang ni?"

"Hish... Labur apa?"

"Duitlah. Siapa? Kepada perempuan, ya? Siapa dia? Is she worth it?"

Adnan tersengih. "Worth every penny. Kumpullah, nak kahwin!"

"Yalah tu, selalu cakap macam tu juga. Abang chaq, abang chaq tak pernah nak serik." Nur hanya menggelengkan kepalanya.

"So, ambillah, ya?"

"Hem... Bantu orang pada saat dia memerlukan, tak salah, kan? Tapi, hati-hati. Abang chaq tak nak Nur jadi apa-apa. Tolong, tolong juga. Kalau ada problem, pakai pepper spray yang abang chaq bagi tu."

Nur tergelak. Penyembur lada pula perginya!

"Okey! Thanks abang chaq. Tapi jangan beritahu mummy dengan ayah. Ini rahsia. Nanti mereka bising dengan Nur."

"Yalah. Sepuluh peratus saja, tak banyak!" Adnan tergelak-gelak.

Hampeh! Makan rasuah betul... Nur mencebik dan mahu beredar. Nak cepat-cepat beritahu Noah tentang keputusannya. Mesti Noah sedang menunggu!

"Nur..."

Nur menoleh kepada Adnan.

"Ingat pesanan abang chaq ni. Bagi sewa saja sebab orang tu nampak desperate sangat. Tolong tak salah tapi jangan jatuh cinta pula. Jaga diri sama, jangan pakai ambil sembarangan. Kalau perlu abang chaq ikut, abang chaq ikut."

"Erk... Ke situ pula abang chaq ni! Apa pula jatuh cinta perginya?"

Tiba-tiba...

"Jatuh cinta dengan siapa, beb?"

Ada pula yang menyampuk, sibuk! Nur menjuih bibirnya. Nampak Imtiyaz, buat hati... keras!

"Jatuh cinta dengan monyet. Ni apa sibuk dekat rumah orang ni? Rumah sendiri dah runtuh ke?"

Tak jadi Nur nak masuk rumah, saja nak cari gaduh. Lagipun pagi tadi, Nur dah kalah. Kali ini dia mahu menang. Kalau tidak... malam ni Nur tak boleh nak tidur.

"Adik kau ni garang betui la, Nan. Tak ada kasi chance langsung aku nak mengurat dia."

Adnan tergelak. "Kau pun satu, Iyaz. Nak ngurat tak kena gaya. Mengurat kenalah ada gaya, mutu dan keunggulan. Lagi-lagi Si Nur ni..."

Mata Nur terbeliak. Tiba-tiba rasa menyesal pula menunggu dekat sini. Tak pasal, dia dijadikan topik perbualan mereka berdua. "Oiii... Oiii!!! Orang yang kau orang mengata tu ada dekat sini. Jangan buat tak tahu, ya?!"

Imtiyaz ketawa. "Seriously Nur, kau jatuh cinta dengan siapa?" Imtiyaz serius. Perkataan jatuh cinta itu, buat dia sesak nafas.

"Yang pasti bukan dengan kaulah, Iyaz." Nur menjawab selamba. Dia tak tahu, jawapannya itu mengguris hati Imtiyaz.

"Eleh, jangan kata begitu, Nur. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir tau. Yang ada di depan mata ni, ambil sajalah. I rela you, demi you!"

"Euw... Geli!" Menegak bulu roma Nur. I rela konon, Isabella tu nak letak mana pula? Nur menggetap bibir. Asal Isabella pula yang muncul di dalam kepala otak aku? Hish! Jumpa pun tidak, tapi selalu ada dia, di tengah-tengah dia dengan Imtiyaz. Aku ni... dah kenapa? Nur membebel dalam hati!

Adnan ketawa terbahak-bahak. "Kau memang failed la, Iyaz!"

"Malas nak layan kau orang!"

"Oiii... Kak Dina kirim salam. Dia dah balik KL tadi."

Nur menjawab salam.

"Eh... Dah balik? Tak sempat nak jumpa." Adnan menggaru kepalanya.

"Itulah abang chaq, masa orang tu tak ada, tercari-cari. Masa orang tu ada, buat tak tahu!" Sempat lagi Nur mengenakan Adnan sebelum naik ke biliknya.

Adnan mencebik.

"Haaa... Kau pun selalu buat aku macam tu, Nur. Suatu hari, kau akan terasa kehilangan juga. Yalah, yang tiada, selalu dihargai..." Imtiyaz senyum-senyum.

"Choihhh... Kau kan ada girlfriend. Jangan lupalah!" Nur menjelir lidah. Sibuk!

Terus Nur masuk ke dalam rumah. Malas nak melayan kepala gila Imtiyaz dengan Adnan. Lagi lama duduk di situ, lagi terus kena buli nanti. Tak apalah, bila-bila masa boleh menang dengan Imtiyaz. Nur hanya senyum. Cepat dia mencapai telefon bimbitnya lalu mula mendail.

"Helo... Assalamualaikum Encik Noah, saya boleh bantu. The deal is on!"

Nur tersengih... Yeah, ten thousand ringgit, come... come to mummy

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

99.5K 3.5K 72
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
999K 31.9K 56
Also known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas b...
808K 32.7K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
77.8K 3.6K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...