Bab 3

17.8K 164 1
                                    

Noah Ryzal senyum. Akhirnya, dapat juga dia seorang perempuan yang boleh disewa. Noah tak kisahlah berapa harganya, asalkan Noah dapat menyewa dia. Noah bukan nak buat apa-apa, cuma mahu Nur membuat sesuatu untuk Noah.

Aih... Tak sangka, zaman sudah serba canggih, macam-macam perkhidmatan yang disediakan. Ingat Noah, kalau dia Google orang untuk disewa, tak keluar carian apa-apa. Mulalah dia mahu hampa. Tapi, sekejap saja, berderet cariannya. Noah memilih carian yang paling terbaru dan akhirnya, Blog Pink Itu Merah Jambu, menarik hatinya.

Ini namanya rezeki. Kalau niat yang baik, selalunya Allah akan tolong. Noah senyum lagi. Terus saja dia memesej Nur tadi dengan cepat. Tak mahu bertangguh, takut ada yang dah tempah perkhidmatan Nur.

Alhamdulillah!

"So, you dapat ke?"

"Dapat."

"Serius?"

"Serius, takkan I nak tipu."

"Dia lawa ke?"

"I tak tahu, Rhin. I baru nak jumpa dia kejap lagi."

"I nak ikut."

"Tak payahlah, biar I settle sendiri dulu boleh? Nanti-nantilah you ikut bila dia confirm. Lagipun, belum deal lagi, sayang. You ni..."

"Hish, Noah..."

"You takut I tersuka dekat dia ke? You boleh tak put away you punya cemburu yang kuat tu? You nak benda berjalan lancar tapi, you sendiri tak nak let go. Macam mana, sayang?"

Rhianna merengus. "You nak sewa dia, jangan nak bagi sewa hati you sekali! You buat macam tu, you rasalah, Noah!"

"Aik... Siapa punya idea ni? I pula yang kena."

Rhianna mencebik. "Memanglah idea ini datang daripada I, tapi siapa pencetusnya? Parents you kan..."

"So, parents I, I juga ke yang bersalah?"

"You anak mereka. Sekalilah!"

Noah menggelengkan kepala. Rhin... Rhin! Sakit telinganya bercakap dengan Rhianna dalam telefon. Cakap jerit-jerit macamlah Noah pekak. Kalau dalam telefon macam ni, berdepan lagilah.

"Kalau you buat tak betul depan mereka, benda tak akan jadi macam ni, Rhin. Sudah tentu I boleh kahwin dengan you. Ini tak pasal, I kena kahwin dengan pilihan mereka. Macam mana? I kahwin saja dengan pilihan mereka, I tak kisah!"

"Noah!!!"

"So, I punya salah?"

"So, you nak cakap, I punya salah pula? I dah buat sehabis baik bila jumpa parents you, you sendiri pun tahu. Tapi, I tak tahu apa salah I, mereka reject I, sayang!" Rhianna mula merengek.

Entah mana silapnya, Rhianna tak tahu. Kalau dia tahu, sudah tentu dia boleh mengubahnya. Tapi... banyak kali jumpa pun, keluarga Noah masih tidak menyukainya. Siap suruh Noah berkahwin dengan pilihan mereka dan mengharamkan harta-harta keluarga kalau Noah berkahwin dengan Rhianna.

Rhianna... keliru! Dia mahu harta sekali dengan cinta. Dia tak mahu hidup susah, tanpa harta. Jadi nak tak nak, dia terpaksa mencipta idea gila. Menyewa orang, dijadikan isteri Noah. Jadi, Noah tak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Bila sampai masa, ceraikan isteri sewaannya itu dan bolehlah berkahwin dengan dia. Itu idea Rhianna.

Tapi...

"Kalau I dah ceraikan isteri I tu, you terfikir tak... I boleh ke kahwin dengan you nanti? Kan parents I dah syaratkan macam tu?"

Isteri Untuk DisewaWhere stories live. Discover now