L.H. Black Rose's [OG]

By n_helenne

42.9K 2.9K 79

[1st story] Luth Hayder x Lissa Haeryn Bermula dari kisah terlanggar bahu hingga membawa mereka ke jinjang pe... More

L.H. Black Rose's 1
L.H. Black Rose's 2
L.H. Black Rose's 3
L.H. Black Rose's 4
L.H. Black Rose's 5
L.H. Black Rose's 6
L.H. Black Rose's 7
L.H. Black Rose's 8
L.H. Black Rose's 9
L.H. Black Rose's 10
L.H. Black Rose's 11
L.H. Black Rose's 12
L.H. Black Rose's 13
L.H. Black Rose's 14
L.H. Black Rose's 15
L.H. Black Rose's 16
L.H. Black Rose's 17
L.H. Black Rose's 18
L.H. Black Rose's 19
L.H. Black Rose's 20
L.H. Black Rose's 21
L.H. Black Rose's 22
L.H. Black Rose's 23
L.H. Black Rose's 24
L.H. Black Rose's 25
L.H. Black Rose's 26
L.H. Black Rose's 27
L.H. Black Rose's 28
L.H. Black Rose's 29
L.H. Black Rose's 30
L.H. Black Rose's 31
L.H. Black Rose's 32
L.H. Black Rose's 33
L.H. Black Rose's 35
L.H. Black Rose's 36
L.H. Black Rose's 37
L.H. Black Rose's 38
L.H. Black Rose's 39
L.H. Black Rose's 40
L.H. Black Rose's 41
L.H. Black Rose's 42
L.H. Black Rose's 43
L.H. Black Rose's 44
L.H. Black Rose's 45

L.H. Black Rose's 34

701 43 1
By n_helenne

Habis sahaja pernyanyian. Kini, mereka beralih pergi ke meja makan beradab. Luth memimpin tangan Lissa untuk menurun dari pentas pelamin itu.

"Careful sayang."

Mereka berdua berjalan sehingga ke meja makan tersebut. Puan Khadijah menarik kerusi untuk memberi Lissa duduk. Manakala, Puan Siti Jasmin pula menarik kerusi kepada Luth.

"Thank you mummy."

"Thank you Mama."

Ucap mereka berdua serentak. Puan Khadijah dan Puan Siti hanga membalas senyuman.Kemudian, dengan lafaz bismillah mereka berdua mula makan sehingga selesai.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Selesai makan. Mereka berdua berjalan-jalan ke meja tetamu. Sehingga ada suara yang memberhentikan langkah mereka.

"Assalamualaikum semua. Assalamualaikum kepada anak papa dan menantu papa. Alhamdulilah dah sah kamu berdua ye. Papa ingat kamu betul betul taknak kahwin. Hahaha. Rasa syukur tak terucap kepada Tuhan kerana menyatukan kamu berdua. Papa nak bagi ucapan sikit. Boleh?" Soal Dato Zanif dihujung ayat.

Luth dan Lissa yang berada dibawah mengangguk sambil memandang ke arah diri Dato Zanif dan menanti ucapan tersebut.

"Terima kasih. Kepada Luth Hayder. Menantu papa. Orang yang salam tangan papa untuk menghalalkan anak perempuan papa. Demi Allah, papa takut untuk lepaskan anak papa kepada kamu. Papa takut kamu sia-siakan hidupnya. Puteri papa yang dijaga dari kecil sehingga besar dan sudah bergelar menjadi isteri orang pada hari ini. Kini, hak jagaan papa diberi sepenuhnya kepada kamu. Jaga dirinya dengan penuh kasih sayang. Papa harap kamu tak sia-siakan peluang ini. Ajar dirinya jika ada salah. Jangan pernah naik tangan pada dirinya. Ini amanah papa kepada kamu Luth Hayder. Kamu dah jadi suami. Jika ada masalah berbincang dengan baik dan jangan buat keputusan yang melulu.Jaga dirinya dan hatinya juga dan akhir sekali, jadi suami yang bertanggungjawab."

"Untuk anak papa. Lissa Haeryn. Pada beberapa hari yang lepas kamu sudah pun bergelar menjadi isteri kepada Luth Hayder. Jadi isteri yang solehah. Jangan melawan cakap suami. Jaga maruah suami. Maafkan papa, jika selama papa menjaga Lissa ada yang kurang. Maafkan segalanya dan akhir ucapan papa doakan semoga hubungan rumah tangga kamu kekal sehingga ke syurga. Terima kasih ."

Seusai memberi ucapan. Dato Zanif terus turun dari pentas dan mengelap air matanya yang tidak henti henti menitis ketika memberi ucapan tersebut.

Lissa meluru laju ke arah Dato Zanif yang sedang duduk di kerusi. Diikuti oleh Luth dari belakang juga.

"Papa." Terus dia memeluk erat susuk tubuh itu. "Terima kasih kerana bagi kasih sayang yang sepenuhnya kepada Lissa. Maafkan Lissa jika selama Lissa bergelar anak kepada pap, ada membuat papa terasa hati dengan kelakuan Lissa selama ini. Maafkan Lissa." Ucap Lissa dalam esakan kecilnya.

Dato Zanif tersenyum kecil dan mengusap manja kepala Lissa. Yang lain melihat situasi itu turut merasa sebak.

"Amin amin yarabballalamin. Saya sebagai emcee pada hari ini. Ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru." Suara Emcee mula memecahkan suasana yang sedih itu.

"Jika tak keberatan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan boleh memberi ucapan kepada ibu bapa diatas ini."

Perlahan-lahan Lissa melepaskan pelukan. Air matanya yang mengalir dilap dengan tisu.

"Hold me sayang."

Luth menghulur tangan kepada Lissa.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Naik saja di atas pentas.

Pengerusi majlis terus menghulur mikrofon kepada Lissa. Lissa segera mengambil dan bergerak ke tengah pelamin.

"Assalamualaikum semua."

"Bismillahirrahmanirrahim. Kepada Mama dan juga papa, beberapa tahun dulu 20.3.2001. Lahirlah seorang puteri yang ditunggu tunggu kehadirannya, Puteri kecil itu diberi nama Lissa Haeryn. Nama yang sudah mama dan papa menamakan 23 tahun yang lalu, jauh sebelum anakmu lahir. Dan tepat pada hari 3.2.2024 pada hari sabtu. Dihadapanmu..."

"Anak perempuanmu telah tumbuh dewasa, mengharapkan doa dan restu dari mama papa untuk dinikahkan kepada seorang lelaki yang cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulnya, cinta kepada keluarganya, cinta dah kasih sayangnya kepada ibunya dan ayahnya. Seorang lelaki yang insha'Allah sangat bertanggungjawab dan lelaki yang taat pada agama dan Allah. Beliau bernama Luth Hayder bin Mikael. Lelaki yang Allah kirimkan pada saya. Saya yakin beliau mampu menjaga saya, membimbing saya dan membawa saya ke jalan Syurga Allah."

"Untuk Papa, ketahuilah rasa sayang untuk papa takkan berkurang. Kasar tangan papa menjadi bukti papa berjaya mendidik saya dengan penuh kasih sayang."

Rasa sebak didada kian menebal. Lissa memejamkan matanya untuk seketika sebelum dia menyambung ucapannya. Luth mengusap lembut disisi bahu Lissa.

"Untuk Mama, terima kasih untuk segala pengorbanan mama selama ni. Lissa, minta maaf sebab belum mampu untuk balas semua jasa dan kebaikan mama. Maaf jika Lissa bersikap kasar dengan mama. Doakan Lissa supaya dapat menjadi isteri yang solehah dan membina rumah tangga mawardah warahmah."

Para tetamu disitu. Turut merasa sebak dengan ucapan yang diberikan oleh Lissa. Luth mengusao bahu Lissa untuk seketika sebelum gilirannya pula untuk memberi ucapan.

。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。 。⁠◕⁠‿⁠◕⁠。

Jam sudah menunjukkan 11.30 malam. Tetamu semua telah berunsur pulang. Lissa duduk dibangku kerusi tetamu dibawah. Heels yang dipakainya, dicabut dan diletakkan ditepi.

"Sayang..."

Lissa mengalihkan pandangan ke pemilik suara itu. Senyuman nipis diberikan.

"Dah penat ke? Nak naik?" Soal Luth yang berdiri dihadapan Lissa pada tika ini.

Lissa hanya membalas dengan anggukan.

"Jom naik. Lagipun tetamu dah takde." Luth mencapai heels yang terletak ditepi itu. Kemudian, dia menghulurkan sebelah lagi tangannya kepada Lissa.

Lissa mencapai tangan Luth dan menggenggamnya dengan erat.

Baru saja ingin bergerak. Ada satu suara yang menghentikan langkah mereka.

"Dariel Rayden..."

Lelaki yang memakai topeng muka dan bersarung hoodie hitam itu berdiri tepat dihadapan Luth.

Tersentak Luth mendengar suara itu. Matanya tajam menikam anak mata milik lelaki itu.

Lissa disebelahnya sudah mengerutkan kening. Dariel Rayden?

Luth mengalihkan pandangan kearah Lissa disebelah.

"Sayang naik dulu boleh." Bisik Luth  lembut ditepi telinga Lissa. Tidak mahu Lissa bersangka apa apa terhadapnya, lagipun lelaki ini memanggil namanya yang lain. Lissa hanya mengangguk dan berjalan melepasi dua lelaki itu.

Bayangan Lissa sudah menjauhi mereka. Luth memandang wajah lelaki itu semula.

"Kau nak apa?" Soal Luth kasar. Lelaki itu tergelak kecil sebelum dia membuka mask dimukanya.

"Tahniah atas perkahwinan kau."

Membulat mata Luth melihat wajah itu.

"Ethan Zayden!" Pekik Luth sedikit kuat. Ethan hanya ketawa kecil. Akhirnya, dia berjaya kenakan Luth.

"Long time no see bro." Ethan memeluk tubuh sasa Luth. Luth membalas pelukan tersebut.

"Bila kau balik?" Soal Luth selepas pelukan tersebut dileraikan. "Pagi tadi, pukul 8 macamtu aku baru ingat kau ada majlis. Tu aku pakai hoodie je." Terang Ethan.

"Bangang juga eh kau ni! Aku ingat siapa yang panggil aku." Luah Luth. Ethan ketawa besar melihat wajah Luth. "Akhirnya, leader Black Rose's berjaya dikenakan. Hahaha memang aku nak tergelak tengok muka kau tadi." Ujar Ethan sambil diselit dengan tawa.

Luth hanya menjeling tajam wajah Ethan. Hareez, Ameer dan Levine berjalan menuju kepada Luth yang sedang berbual dengan Ethan.

"Macam mana berjaya ke rancangan kau tu?" Soal Hareez disebelah Levine.

"Berjaya bro! Muka dia memang tak boleh blah." Balas Ethan dengan sisa tawanya.

Luth mengecilkan matanya kearah Hareez. Oh dorang dah tahu dulu?

"Oh kau dah tahu yang Ethan datang?" Soal Luth sambil menatap tajam wajah Hareez yang gelak bersama dengan Ethan. Hareez hanya angguk dalam gelaknya.

"Bodoh!"

Pecah ketawa mereka semua melihat wajah dingin Luth. Best jugak eh kenakan Luth Hayder.









Assalamualaikum semua, maaf lambat untuk update. Lepas je raya memang saya busy dan idea saya memang sangat lost untuk cerita ni, saya takut kalau update saya mengecewakan diri korang. saya minta maaf atas segala kesalahan saya sepanjang saya update story ini. saya terlalu lost idea sehingga saya rasa untuk unpublished cerita ni, saya harap korang boleh faham. Bukan senang untuk cari idea walaupun idea bodoh bodoh. Maafkan saya sekali lagi dan saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua readers kesayangan saya 🤍 maaf lambat wish jugak :)

Continue Reading

You'll Also Like

9.7K 278 12
" ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ฐ ๐˜ด๐˜ข๐˜บ๐˜ด ๐˜ข ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜ฐ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต ๐˜ข๐˜ค๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ๐˜บ ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ด ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ธ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ...
36.6K 1.2K 52
โ"Alright then, our session time is over. Do either of you need my number just in case you need help during the time of this session and next session...
1.3M 32K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
293K 2.6K 14
It's about an average teenage girl who just turned 14, she is a freshman in high school, and it's a week before summer break. She is pulled out of cl...