Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

320K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 41

5.3K 399 16
By escritordyanne

SAMBIL jari-jemarinya asyik memintal rambut ikal mayang sang isteri, sambil itulah dia tekun membaca segala berita dan akhbar yang keluar pada hari ini tentang Kejohanan Muaythai Dewasa Terbuka Kebangsaan antara Akademi Unholy MMA dengan Sacred Fighter. Macam-macam tohmahan dan komen diutarakan oleh warganet. Berkerut-kerut dahinya membaca segala komen.

'Nampak macam semakin ketandusan bakat aje, Akademi Unholy MMA ni'

'Kurang 'kick'lah game kalini'

Panas pula hati dia menerima beberapa tohmahan terhadap akademi yang dia bangunkan sendiri. Tiba-tiba, satu perbualan antara dua orang pengguna di ruangan komen menarik perhatiannya.

'Ini semua mesti sebab abang Python dah tak berlawan.'

'Oh, sebab dia kahwin kan?'

'Ya, babe! Kalau dia tak kahwin, mesti dia boleh menang semua perlawanan. Dengar cerita dia dah kurang involve sebab nak fokus dekat bini. Ini semua salah perempuan yang beria-ia nak kahwin dengan dia tu!'

'Nyampah kan beb dengan isteri abang Python tu'

"Kurang ajar!" ujar Ian.

"Ouch! Ian! Yang you main-main itu rambut I bukan tali rafia!" Mendadak Alessandra bangun daripada berbaring. Akar rambutnya yang terasa pedih direntap secara tiba-tiba oleh Ian digosok perlahan. Padu betul penangan suaminya ini.

"Gosh, sorry wifey. A-ku aku betul-betul minta maaf. Aku terbawa-bawa emosi aku baca semua komen pasal akademi itu. Kesian rambut isteri aku," pujuk Ian sembari tangannya menyisir rambut Alessandra.

"Kenapa you emosi sangat?" Sengaja Alessandra mencekup mulut Ian sehingga memuncung mulut lelaki itu dibuatnya.

Ian mengeluh perlahan.

"Akademi aku hantar beberapa kontinjen untuk lakar kemenangan bagi acara Muay Thai dekat Kelantan sana. Tapi, tak ada rezeki nak bolot pingat emas. Jadi, aku bacalah semua berita yang keluar tentang perlawanan itu. Memang teruk akademi aku kena," jelas Ian panjang lebar.

"Jadi you marah budak-budak you sebab tak buat yang terbaik?" teka Alessandra. Tangannya diturunkan.

"Tak adalah sampai tahap macam itu, baby. Aku tak pernah lampiaskan kemarahan aku pada sesiapa kecuali Malik sebab dia memang menyebalkan. Aku yakin budak-budak itu semua dah cuba yang terbaik. Diorang train siang malam. Cuma, ada satu komen yang buat aku panas," bidas Ian dengan keluhan panjang.

"Komen apa? Nak tengok," pinta Alessandra dengan mata terkebil-kebil.

"Tak payahlah, wifey. Tak penting." Dengan pantas, Ian sorokkan tabletnya di tepi meja sofa. Dia memang tidak mahu Alessandra membaca semua komen itu kerana dia tahu isterinya akan menyalahkan diri sendiri nanti.

Ian bangun dari sofa. "Jom siap? Tengahari nanti kau ada jemputan istimewa ke Galeri Bloodtesa kan?"

"It's Blood Poetressa. I ingatkan you taknak ikut I pergi?" Ruas dahi Alessandra berkerut seribu. Soalnya, semasa dia memberitahu perihal itu kepada Ian, lelaki itu cuma diam seolah-olah masih mempertimbangkan ajakannya.

"Impossible for me to let my gorgeous wife wandering around alone without me right?" Ian kenyitkan mata.

Alessandra mendecit. Ada sahajalah ayat-ayat manis Ian yang mampu mengusir kegusarannya. Ya, dia masih tertanya-tanya tentang komen yang mengganggu emosi Ian.

"Come, baby. Pegang sini." Ian tepuk-tepuk lengannya. Dia ingin naik ke atas bersama-sama Alessandra.

"Mengada," kutuk Alessandra. Dalam sibuk membebel pun, dia masih memeluk erat lengan Ian.

"Aik? Dah setahun kahwin dengan aku pun tak kenal lagi aku macam mana?" Dahi Alessandra dijentiknya. Perlahan sahaja, kalau kuat nanti risau dia tidur luar pula malam ini.

•••

Alessandra menggigit jarinya. Dia bertindak untuk membaca sendiri akhbar terbaru tentang perlawanan Akademi Unholy MMA hari ini. Pasti dia akan terjumpa komen-komen itu semua. Pintu bilik air yang masih terkatup rapat dijeling sekilas. Selamat, Ian masih mandi.

Dia mula menatal skrin telefon dan membaca semua berita yang keluar pada hari ini. Hujung alisnya bertemu.

"Eh eh amboi, diorang cakap pasal aku ke ni?" Dia monolog sendiri.

Sama seperti Ian, hatinya menjerit sebal membaca perbualan di ruang komen itu.

"Gosh, girls. Just admit that you're jealous cause you're not his wife!" Alessandra sebal. Telefonnya dicampak ke atas katil sejajar punggungnya dilabuhkan di atas katil. Kakinya disilangkan.

Tak berapa lama kemudian, muncul susuk tubuh Ian di sebalik pintu bilik air dengan tuala separa pinggang.

"Hai, my Malaiqa. Tunggu aku?" tegur Ian terlebih dahulu. Rambutnya yang basah menutupi separuh dahi disebak ke belakang.

"Husb? Boleh I tanya satu soalan?" sembur Alessandra.

"Haih, jarang-jarang kau mintak izin dulu, baby. Selalu main sembur aje tanya aku sayang kau lagi ke tak kalau kau jadi ulat bulu," sakat Ian. Dia turut mengayun langkah untuk duduk di birai katil.

"I nak tanya..." Alessandra berdiri di hadapan Ian dengan berpeluk tubuh.

"Tanya apa, baby? Hm?" Tangan isterinya ditarik agar mendekat ke arahnya.

Kenapalah suka sangat jauh dengan suami?

Alessandra berdehem. Haisy, dia mana boleh kalau Ian menggodanya sebegini.

"Cakaplah. Kenapa diam?" Ian menggesa.

"I halang you untuk capai impian you, ke?" soal Alessandra setelah lama dia berfikir. Menurut komen-komen yang dia baca tadi, kata mereka, dia punca Ian kurang beraksi di atas gelanggang.

Ian pincingkan mata memandang wajah Alessandra. "Lagi aku tegah, lagi kau baca ya komen-komen mulut puaka tu semua?"

"I cuma baca, tak ambil bawa masuk ke hati pun," gumam Alessandra. Padahal hatinya sudah dilanda rasa serba salah yang kian menggunung.

Ian kulum senyum. "Iya, ke?"

"Ya, kenapa? You tak percayakan I?" tuduh Alessandra.

"Percaya, wifey. Mustahil untuk aku tak percayakan kau. Jadi apa soalan kau tadi?"

"I ini penghalang impian you ke?"

"Impian aku yang mana satu?" Ian berkerut.

"Impian you untuk jadi peserta terbaik Muay thailah," jawab Alessandra.

Terletus tawa kecil di bibir Ian. "Kau sendiri tak tahu apa impian aku sekarang ini, Malaiqa."

"Maksud you? Apa yang I tak tahu? Salah ke apa yang I cakap tentang impian you?" Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan Alessandra. Boleh pula lelaki itu ketawa?

Tangannya naik menjalar ke pinggang sang isteri. "Haah, memang salah pun. Kalau kau ambil ujian pasal aku, confirm kau dapat markah 0. Zero!"

"Then, tell me. Apa yang betul tentang impian you?" cabar Alessandra.

"Kau. Kau impian aku sekarang ni, Malaiqa. Dulu ya, impian aku untuk jadi yang terbaik sampai ke antarabangsa, tapi sekarang dah berubah sejak aku bergelar suami. Status suami itu lagi penting dalam hidup aku. Impian yang aku boleh bawa sampai ke syurga. Aku boleh hilang impian-impian yang lain, tapi bukan kau."

Alessandra terdiam. Lidah terasa terpasung di lelangit. Hilang diksi untuk membalas walaupun sepatah.

"Faham budak kecik? Dah, jangan nak buat muka kelat macam tu. Sayang aku sikit," pinta Ian. Sengaja nada suaranya dileretkan untuk memujuk sang isteri.

"Taknak." Tangannya direntap daripada pegangan Ian.

"Eh? Sayang sikitlah, bukannya aku mintak banyak." Ian berdiri tegak. Ha ambik engkau, nak sangat melawan kan budak pendek ini.

"I cakap taknak." Alessandra masih berkeras.

Ian angguk perlahan. "Kau tak sayang aku ke, wifey baby? Tak apalah, aku faham. Faham sangat. Aku ini memang tiada nilainya di mata kau."

"Eh, tak payah nak berdrama depan I. You kata I apa tadi? Budak kecik? I lagi tua daripada you tahu tak?" cantas Alessandra geram. Padahal dalam hati dia sedikit rasa tercuit dengan tingkah Ian.

Boleh tahan comel juga Ian ini ya.

"Kau lagi tua? Oh betullah. Aku tak nafikan. Orang-orang tua macam kau ni memang degil," sindir Ian sedas meninggalkan Alessandra terpinga-pinga sebelum dia berlalu pergi ke dalam bilik persalinan.

•••

"Kau rasa okay tak aku pakai baju kemeja hitam dengan seluar slack hitam ni?" Ian menanyakan pendapat Alessandra tentang baju yang dipilihnya ketika mereka berada di luar pintu.

"Okay, you nampak hot. Mesti perempuan-perempuan dekat sana suka tengok you. Especially, yang dah lama minat dekat you," jawab Alessandra dengan nada berbaur cemburu.

"Really? So, am I hot enough in your eyes, Malaiqa?" Sengaja dia menyenggol bahu Alessandra.

"Ya. Of course, cause you're my husband."

"Then, that's enough for me. Tadi apa kau sebut nama galeri tu?"

"Blood Poetressa. Tak jauh dari sini. I pun pertama kali dengar nama galeri itu," jawab Alessandra sembari tangannya ini menyarung kasut tumit tinggi.

Belum sempat dia tunduk ingin menyarung kasut tumit tingginya itu, tangan Ian lagi laju menyambar tali kasut YSLnya. Tahu-tahu lelaki itu sudah melutut di hadapannya.

"Baby kenal ke siapa pemilik galeri itu?" Tangan sibuk menyatukan tali kasut tumit tinggi isterinya.

"Tak. Tapi I yakin dia kenal I sebab dia tahu I suka warna hitam, dia tahu I minat arts," ujar Alessandra.

Ian angguk perlahan. "Kalau dia lelaki, jangan pandang dia sangat tau. Kau buat aku cemburu, aku bakar je galeri dia tu nanti."

"Kalau handsome apa salahnya," nyata Alessandra perlahan.

Dahi Ian mula melapis seribu. Dia dongakkan kepala. "Kau cakap apa?"

Pantas, Alessandra gelengkan kepala laju. Aduhai, silap haribulan merajuk si Ian ini nanti.

"Ada ke lelaki yang boleh tandingi kekacakan aku?" Ian berdiri. Badan tegapnya dipeluk.

"Tak adalah. I cuma bergurau tadi. Can we go now, please?" Sengaja nada suaranya dilunakkan.

"Inilah perempuan, dah buat salah, dah kecilkan hati kita, nak lupakan macam tu je. Cuba kalau kita yang buat, seribu tahun mengungkit benda yang sama," bebel Ian.

Tadah ajelah telinga, Alessandra. Suka sangat buat Ian merajuk kan?

•••

Beberapa minit perjalanan, mereka tiba di hadapan perkarangan Galeri Bloodpoetressa. Aneh kerana bentuk bangunannya sangat unik dan kecil. Seluruh dinding dicat dengan warna hitam dan merah. Tak pernah pula mereka perasan kawasan ini.

Mereka berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam galeri tersebut. Ternganga mulut mereka berdua melihat hiasan dan rekaan dalaman galeri itu. Sangat minimalis dan cantik. Beberapa lukisan gambar yang tergantung pada dinding diamati satu per satu.

"Cantik kan, husb?"

"Hm. Cantik lagi kau, baby." Ian jawab sambil lewa. Sebenarnya, dia bukanlah jiwa berseni sangat. Dia cuma ingin mendalami minat Alessandra.

"Hi, Mrs. Alessandra Malaiqa?" Satu suara halus menerpa gegendang telinga mereka berdua.

Alessandra balas dengan senyuman. "Yes, that's me."

"Oh My God, you're so beautiful. Terima kasih sebab sudi menjejak kasih ke galeri kecil kami. Saya, Suri." Gadis dengan skirt pendek itu menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

"Hi, nice to meet you Suri. Thank you for the invitation. By the way, this is my husband, Tengku Ian Hayf," sahut Alessandra sekalian mereka berjabat tangan.

"Nice to meet you, Tengku. Em, puan Alessandra. Buat masa sekarang, pemilik galeri kami yang lebih selesa dikenali sebagai Mr. FA tiada di sini. Beliau ada urusan penting yang ingin diselesaikan terlebih dahulu. Cuma, Mr. FA berbesar hati puan dan tuan sanggup luangkan masa untuk ke sini." Suri bermanis muka.

"Dan, Mr. FA mintak tolong saya assist tuan dan puan kalau ada apa-apa yang diperlukan," sambung Suri lagi.

"Mr. FA itu siapa? I mean, is he well-known sebab I tak pernah pula dengar nama dia," kata Alessandra dengan penuh berhati-hati. Risau pula mengguris hati pemilik galeri ini.

"Oh, Mr. FA actually a very secretive person. Biasalah, orang-orang yang berada dalam bidang seni ini cuma mahu karya dia dikenali oleh dunia bukan dirinya semata. He's 28 years old, dan ini cuma kerja sampingan dia."

Alessandra mengangguk.

"Tch." Ian tiba-tiba mendocak.

"Kenapa you ini?" bisik Alessandra.

"Tengoklah. Mesti dia berlagak sebab dia sama umur dengan kau." Ian menjuihkan bibir.

Alessandra bagaikan tak percaya dengan apa yang dia baru dengar. Sebab itu aje?

Suri terletus tawa. Aduhai, ini pasangan jenis apa ya?

"Maaf mencelah. Saya sebenarnya tak pasti puan Alessandra sudah dimaklumkan atau belum, tetapi nanti akan ada new collaboration between Agency X's models and Bloodpoetressa. Sebab itulah puan dijemput kemari," jelas Suri panjang lebar. Helaian dokumen di tangannya diselak.

"Collaboration apa?" sampuk Ian yang dari tadi tekun mendengar.

"Ini saya serahkan beberapa contoh karya yang pernah dikeluarkan Mr. FA. Semuanya potret gadis, manusia dan haiwan. Cuma, edisi kali ini istimewa sebab puan Alessandra ialah muse baru kami." Sebuah fail dihulurkan kepada gadis tinggi lampai ini. Memang layak dinobatkan sebagai model.

Alessandra mengawal riak terujanya. Biar betul ada karyawan yang sudi melukis dirinya? Semua karya bagus-bagus pula itu. Ian di tepi turut memerhatikan semua lukisan yang terpapar di dalam dokumen itu. Tak dinafikan, Mr. FA itu memang berbakat.

Tapi dah apahal nak lukis isteri Ian?

"Cantik lukisan ini." Jari telunjuk mulus Alessandra menari-nari di atas satu lukisan potret seorang lelaki yang berbaring dengan tangan melekap pada kedua-dua belah telinga. Perincian wajahnya juga mirip riak seseorang yang dalam ketakutan. Tidak lupa juga, cat berwarna merah pada setiap perincian tubuh lelaki itu.

Terdengar tawa halus Suri. Entah apa yang lucu. "Oh, yang ini? Puan mempunyai citarasa yang sama dengan Mr. FA. Lukisan ini namanya 'Blood Desire.' Lukisan yang paling Mr. FA jaga dan hargai. Sebab itulah kalau puan perasan, lukisan itu tak ditayangkan di sini sebagai 'display'."

Mata mereka melilau melihat seluruh ruang ini. Ya, memang tiada.

"Walaupun tidak menggunakan sebarang darah untuk membuat kepingan ini, tapi seluruh lukisan ini cukup menggambarkan semua tekstur dan warna daging segar. Puan hampir boleh membayangkan kanak-kanak yang dipeluk itu membedung dalam kolam darahnya sendiri." Bersungguh-sungguh Suri menjelaskan hasil karya istimewa itu.

Baik Ian atau Alessandra, dua-dua mati kata. Nak kata faham, tidaklah faham sangat.

"Jadi, macam mana? Puan bersetuju ke untuk jadi muse kami?" Suri menyoal lagi dengan senyuman lebar.

"Saya tak ada masalah pun. I feel very honoured actually. Kan, Ian?" Alessandra tersengih dengan mata yang terkebil-kebil. Nak pujuk Ian, kenalah guna senjata kebalnya. Jadi comel.

"Dah kalau kau buat muka seposen macam ni, macam mana aku nak tolak?" Ian melepaskan segugus keluhan. Dia tidak gemar kalau pekerjaan Alessandra melibatkan lelaki, tetapi selepas melihat sinar yang terpancar pada wajah isterinya itu membuatkan dia serba salah.

Tak, tak boleh pentingkan diri Ian. Kena pentingkan Alessandra. Kalau tak, tak boleh bermanja nanti.

Di sebalik cermin CCTV itu, dia tersenyum sinis. Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.

"Nice. Welcome to my territory, Sandra."

Dia bersandar pada kerusi. "Haih, kau memang cantik. Cantik untuk dijadikan karya aku."







TBC

Continue Reading

You'll Also Like

4.6K 155 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
661K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
377K 21.2K 40
Luaay's Vol II Known as His Forever [New Version] 143 [I love you, forever!] Start : 23/02/2023 End : 03/09/2023 highest ranking : #1 2023 #1 wattpad...