Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

320K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 36

5.5K 547 34
By escritordyanne

"Sandra. Ian masuk hospital. Allergic reaction."

Tangkai jantung Alessandra bagaikan direntap kasar apabila menerima panggilan telefon daripada Hazim tadi. Dia menyarung apa sahaja pakaian yang sesuai untuknya pergi ke hospital terdekat. Nasib baiklah masih ada kereta Swift yang elok tersadai di halaman rumah.

Sesampai sahaja dia di hospital, dia langsung bertanyakan jururawat di situ di mana wad milik Ian. Lantaklah dia berpeluh-peluh sekalipun asalkan dia dapat jumpa Ian secepat mungkin.

Kata jururawat yang bertugas, Ian ditempatkan di wad AB. Dengan langkah yang laju, dia mencari bilik suaminya.

Bang!

Bunyi pintu dihempas kuat menarik perhatian Ian.

"Wifey." Ian tersenyum kelat apabila pandangannya disajikan dengan tubuh Alessandra di ambang pintu.  Dia mendepangkan tangan untuk mengalu-alukan Alessandra ke dalam pelukannya.

"Ian!" Alessandra tersebik-sebik. Tunggu masa sahaja untuk dia meraung. Dia pantas mengecilkan diri ke dalam pelukan Ian.

"Kenapa ni? Janganlah nangis sayang aku." Ian memujuk isterinya lembut. Sesekali sisi kepala Alessandra dicium.

"Tsk.. tsk.. I baru tinggalkan you sekejap, you dah masuk hospital."

Ian mengemam bibir menahan tawa yang ingin meloncat keluar. Sebenarnya, dia tahu sahaja Alessandra akan kemari. Semua atas jasa kalung GPS yang masih elok menggelung leher isterinya.

"You okay ke? Ada sakit dekat mana-mana lagi? Doktor cakap apa? Doktor ada bagi ubat tak?" Bertalu-talu soalan Alessandra tanda dia betul-betul khuatir dengan keadaan suaminya.

Akhirnya, tak dapat ditahan lagi tawa Ian. Dia tergelak bukan kerana apa, tapi kerana tingkah Alessandra sangat comel di matanya sekarang ini.

"Kenapa you gelak?" Dengan mata yang berlinang, dia bertanya.

"Mata sembap, hidung merah, bibir tercebik keluar. Kau comel sangat tahu tak? Aku geramlah wifey," ujar Ian. Dia geselkan hidung mereka.

"Pleaselah Ian, cakap betul-betul dengan I. You okay ke tak? Ada apa-apa side effects ke?" Alessandra mengongoi dalam dakapan Ian.

"Hey, hey. Don't cry, beautiful. I'm okay. Tengok? Aku boleh bergurau senda lagi dengan kau ini kan?" Kepalanya disengetkan dengan senyuman yang mampu meruntuhkan dinding-dinding konkrit di dalam hati Alessandra.

"I dah cakap dah jangan makan sotong tu walaupun umi suruh! You degil!" Berkali-kali dia mendebik dada bidang Ian.

Ian menggenggam tangan isterinya. "Kau risaukan aku?"

Laju Alessandra mengangguk sehingga menitis satu air matanya.

"Kenapa kau risaukan aku?" Sengaja Ian bertanya sementalah tangannya sibuk bermain dengan sanggul Alessandra yang diikat kemas.

"Sebab you suami I." Halus suara Alessandra melontarkan jawapan. Kalaulah Ian tahu betapa kalutnya dia waktu nak keluar rumah tadi, mesti lelaki itu gelak terbahak-bahak.

"Oh, sebab itu aje? Lagi?"

"Sebab I ada you sorang je untuk dirisaukan," jawab Alessandra lagi.

"Eh tapi kan, mana ada orang risaukan orang yang dia tak sayang," seloroh Ian. Keningnya dijongket nakal.

"Sebab I sayanglah I risau."

Ian pincingkan mata memandang wajah nakal Alessandra.

"Are you trying to toy with my feelings, madam?"

"Did you feel played by?" Alessandra membidas.

"Then you succeed, madam. I'm fooled by it." Ian tergelak kecil.

"Tapi I tak main-main." Pandangan Alessandra semakin redup.

Ketawa Ian mati mendadak.

"What do you mean?" Kelihatan berlapis-lapis ruas dahi Ian cuba menghadam apa yang barusan dia dengar.

"As you heard just now. I risaukan you sebab I sayang you. Maknanya I sayang dan cintakan you. Apa yang you tak faham?" Alessandra mengesat air jernih yang melekat di pipinya. Syukur suaminya tidak apa-apa.

"Ulang balik please. A—aku tak salah dengar kan wifey?" Dia menarik pinggang Alessandra untuk merapat.

Wanita itu mencebik. "Sekali cukuplah. Satu hari, satu cinta."

"Ala, Ian's wifey baby, please. Aku kan sakit ini. Mana tahu dengan kau ulang balik ayat itu, aku boleh terus sembuh. Lepas itu kita boleh balik rumah kita sama-sama," omel Ian panjang.

"You memang kan? Suka guna alasan tu!" Riak Alessandra berbaur tidak puas hati. Selalu sahaja dia kalah kalau berlawan dengan lelaki itu.

"Bolehlah, bolehlah." Ian merayu. Sesekali telinga Alessandra ditiupnya membuatkan wanita itu menggeliat geli.

"Ian Hayf."

Kening Ian terangkat naik tanpa sebarang suara.

"Jawablah I dulu!"

Ian tertawa lepas. "Ya, sayang Ian. Kenapa panggil nama aku?"

"I say—"

Terhenti percakapannya apabila jari telunjuk Ian mendarat di bibirnya.

"Shh, let me do it first. Gentleman first," arah Ian lembut. Jari-jemari Ian turun mencari tangan Alessandra lalu digenggamnya.

"Malaiqa, dunia akhirat aku akan berbakti sebagai suami kau. Belajar mencintai aku, dan aku akan mencintai kau dalam setiap hembusan nafas aku."

Alessandra terpempan mendengar janji yang dilafazkan Ian sejurus sahaja akad nikah mereka. Ian masih berpegang utuh pada janji yang satu itu?

"Disebalik janji tu, ada tanda sumpah yang aku pegang sampai mati iaitu untuk aku mencintai kau dan menjalankan amanah aku sebagai suami kau. Cuma aku, tak ada lelaki lain," sambung Ian lagi.

"You.. rasa apa yang I rasa, Ian?" Terkebil-kebil Alessandra menjamah seluruh wajah suaminya.

Ian mengiyakan dengan anggukan. "Sumpah, aku cintakan kau lebih dari selamanya, Malaiqa. Kalau kau kenal siapa Ian Hayf, kau akan tahu yang dia tak akan sesekali berkahwin dengan wanita yang dia tak cinta. Dan sekarang aku yakin yang aku tak bertepuk sebelah tangan."

Alessandra terkesima, sebelum tak lama kemudian hujung bibirnya ternaik tinggi. "Yes, I do love you, Tengku Ian Hayf Kafrael."

"Jadi jangan pernah lupa janji aku yang satu tu, Malaiqa. Faham tak ni?" Ian makin merapatkan jurang nafas antara mereka.

"Faham." Sayup-sayup kedengaran suara Alessandra.

"Hm? Tak dengarlah wifey, betul-betul faham ke?" Kepalanya makin ke hadapan, begitu juga dengan Alessandra yang semakin ke belakang. Silap percaturan, boleh terbaring mereka berdua di atas katil hospital yang sempit ini.

"Fahamlah, ey you ini janganlah dekat sangat. Nanti doktor dengan nurse masuk macam mana?!" Tangan Alessandra naik menumbuk perlahan dada Ian.

"Tsk, sakit. Janganlah pukul situ. Situ kan ada kau," ujar Ian.

"Banyaklah akal you kan?" Ketawa Alessandra terletus perlahan.

"Malaiqa.." seru Ian selari dia memeluk erat tubuh wanita pujaannya.

"Yes?"

"Dia.. senyum."

Terkebil-kebil Alessandra cuba menangkap siapa yang dimaksudkan Ian. Siapa yang senyum? Kenapa orang itu senyum?

"Maisarah.. dia senyum bila aku dalam kesakitan tadi." Ian memejamkan mata, cuba mengimbau kembali keadaan kecoh di restoran Hazim tadi. Dapat dia rasakan bibir Maisarah ternaik tinggi sewaktu memeluk dirinya. Dia bukannya bodoh.

Soal Alessandra menipunya tentang Maisarah, dia ingin lupakan sahaja. Bukan salah isterinya. Dia tahu Alessandra sudah cuba sehabis baik untuk pulihkan hubungan mereka anak beranak.

Tahulah Alessandra bahawa Maisarah yang dimaksudkan Ian. Sangkanya, wanita berumur itu akan berubah, rupanya masih sama. Tapi apa motif dia kembali ke hidup Ian?

Suasana jeda.

•••

PINTU wad terkuak luas kerana Alessandra perlu turun ke kafe untuk membeli makanan. Sudah seharian dia tidak makan dek terlalu khuatir dengan keadaan Ian. Sampai dipaksalah baru dia mahu mengisi perut yang kosong.

Hatinya yang tadi berbunga mekar kembali layu apabila terpacul gerangan yang baru sahaja dia dan Ian bualkan. Maisarah.

"Hayf okay? Macam mana keadaan dia?"

Alessandra menyilangkan tangan di dada. Dia mengerling sekilas ke arah dalam wad. Fuh, bersyukur Ian masih leka dengan buah-buahan.

"Umi, kita cakap dekat sana boleh?" arah Alessandra dengan penuh sopan-santun meskipun banyak perkara yang ingin dia bahaskan dengan wanita bergelar mertuanya ini.

"Kenapa tak boleh cakap dekat sini? Sandra jangan cakap yang Sandra tak bagi umi tengok anak umi sendiri? Nak jadi macam Ku Kaf ke?" Berombak naik turun dada Maisarah apabila dia tidak mampu mengawal amarahnya lagi. Berani wanita tak sedar diri ini nak sekat hubungannya dengan Hayf?

Mereka berdua berjalan ke hujung berdekatan dengan lif.

"Umi, Sandra bukan nak biadab jauh sekali nak pisahkan umi dengan Ian. Masalahnya sekarang ini, suami Sandra sendiri yang taknak jumpa umi," ujar Alessandra. Sedaya upaya dia menahan ton suaranya daripada naik mencanak tinggi. Ingat, hormat tetap hormat.

"Kenapa pula Hayf taknak jumpa umi? Apa salah umi pada dia? Pasal alergi tu? Hayf sendiri yang tak bagitahu dia alergi sotong!" bidas Maisarah.

"Ian tak beritahu, tapi Sandra ada beritahu," selar Alessandra dengan riak wajah kosong.

"Apa?"

"Umi lupa ke? Atau pura-pura lupa?" Kening Alessandra ternaik tinggi.

"Lupa apa?" Maisarah mendengus kasar. Tembelangnya sudah pecahkah?

"I told you my husband is allergic to seafood, especially squid. But what did you just do? You fed Ian even more squid? That's absurd, umi," sambung Alessandra lagi. Dia memicit puncak hidungnya.

"What? Oh jadi sekarang Sandra cuba-cuba nak tuduh umi sengaja cederakan anak umi sendiri? Umi tak akan buat macam itulah!" jerkah Maisarah. Pandangan mata-mata di situ dihiraukan.

"If the shoes fit." Alessandra menjongketkan bahunya.

"Berani Sandra eh?" Maisarah terus menerpa beberapa langkah ke arah Alessandra sebelum satu penampar lima jari melekat di pipi mulus menantunya itu. Barulah dia puas.

Alessandra memegang pipinya yang terasa pijar. Dia.. baru sahaja ditampar?

"Apa salah Sandra sampai umi sanggup tampar Sandra?" soal Alessandra.

"K—kau!"

"Puan Maisarah!"

Kedua-dua wanita itu berpaling serentak memandang susuk tubuh di hadapan pintu wad sana. Bergema satu tingkat ini dengan tempikan Ian.

"H—hayf. Hayf dah sihat ke?" Maisarah terkotak-katik meninggalkan Alessandra untuk menghampiri Ian.

Namun, Ian malah melintasi dia dan terus mendapatkan isterinya yang masih terkedu dengan kejadian tadi.

"Are you okay? Sakit?" tanya Ian. Pipi Alessandra dielus perlahan.

Alessandra cuma membalas melalui pandangan mata. Dia tak mampu bersuara apatah lagi ingin memburukkan ibu kepada suaminya sendiri.

Ian menghela nafas panjang. "Cakap dengan aku Malaiqa, apa patut aku buat dengan dia? Patut aku tampar dia balik biar dia rasa kesakitan yang sama dengan kau atau patut aku heret dia keluar dari sini?"

"No need Ian, I'm fine." Tangan sejuk Ian di pipinya dipegang.

"Hayf.. umi tak sengaja. Tadi umi terkejut Sandra salahkan umi," rintih Maisarah.

"Yang kau tampar ini.. isteri aku." Tajam sepasang mata Ian menikam wajah wanita yang bergelar uminya.

"Ian, it's okay." Alessandra menggosok lembut lengan Ian mengharapkan suaminya mampu bersabar.

"Aku yang tak okay. Aku sendiri tak pernah angkat tangan pada kau!" Nada suara Ian naik seoktaf. Ah, dia marah.

"Ian, you masih tak stabil lagi. Jomlah, kita lupakan semua ini," rayu Alessandra.

"Kau! Puan Maisarah! Aku tak pernah bersetuju untuk terima kau masuk balik ke dalam hidup aku dan ayahanda. Aku jugak tak pernah teringin nak jadi anak kau! Selama ini aku sabar sebab isteri aku suruh aku sabar!"

"Tapi lepas apa yang kau dah buat dekat isteri aku hari ini, aku tak akan maafkan kau! Kau melutut merayu sekalipun, pintu kemaafan aku dah tertutup untuk kau!"

"Hayf! Kenapa Hayf benci sangat dengan umi? Kenapa Hayf lebih percayakan perempuan yang baru Hayf kenal beberapa bulan?" balas Maisarah dengan tangisan yang teresak-esak.

"Kau... senyum."

"Maksud Hayf apa?"

"Kau senyum dalam kesengsaraan aku, Puan Maisarah. Bila aku hampir mati tadi, kau pura-pura peluk aku tapi kau senyum. Kau dah lama nak aku mati kan?" sinis Ian berhujah. Masih dia ingat perasaan haru-biru tadi.

"Hayf, umi sedih—"

"Diam!"

Badan Maisarah terhinjut apabila dijerkah Ian.

"Kalau kau nak sangat aku mati, kau patut bunuh aku masa aku dalam kandungan kau lagi. Waktu aku masih belum kenal dunia. Kenapa kau tak bunuh je aku?"

Alessandra mendongak memandang sisi wajah Ian. Dapat dia lihat tubir air mata Ian yang bakal pecah bila-bila masa.

"Kau mengharapkan aku untuk mati, tapi kau tak tahu yang aku sendiri hari-hari hidup menunggu waktu untuk aku mati. Bukan kau sorang yang nak aku mati," sambung Ian lagi.

"Hayf, umi—"

"Jangan seksa hati aku lagi Puan Maisarah. Biarlah aku hidup macam anak yatim, tanpa kau disisi. Aku tak akan tuntut kasih sayang dan masa kau untuk aku lagi dah. Cuma satu yang aku nak.."

Maisarah merenung dalam-dalam mata anaknya.

"Jangan sakitkan isteri aku lagi. Sekali kau angkat tangan pada dia, seluruh rasa hormat aku pada kau ranap. Kau tak jauh beza macam orang asing bagi aku," ujar Ian dengan nada berbaur amaran. Tangan Alessandra digenggam erat.

"Umi tak tahu dengan apa Sandra dah sodok fikiran Ian, tapi umi tak bersalah. Umi tetap wanita yang dah lahirkan Ian. Fikir-fikirkanlah." Maisarah mencapai beg tangan di atas kerusi sebelum dia berlalu pergi.

Ian menarik nafas panjang sebelum dihembus keluar.

"You okay ke?" Alessandra menegur suaminya. Tubir mata Ian yang berair dilap dengan ibu jari.

"Aku yang patut tanya kau. Sakit?" Kini, tubuh Ian sepenuhnya menghadap isterinya kembali.

Alessandra balas dengan gelengan. "Tadi je rasa kebas, sekarang rasa macam dah okay."

"Sorry," ucap Ian. Dia kucup pipi Alessandra yang memerah.

"It's not your fault," bidas Alessandra.

"It's my fault. Aku gagal lindungi kau. Sorry." Sekali lagi pipi Alessandra dikucup.

"You ini tengah pujuk I atau pura-pura pujuk I sebab nak ambil kesempatan?" sindir Alessandra dengan niat ingin bergurau.

"Ala, kantoi ek?" Tawa kecil Ian terletus perlahan. Dia menyebak rambutnya yang terjuntai ke hadapan.

"Dah agak." Alessandra mencebik.

"Wifey, rasa-rasa bila aku boleh keluar dari hospital ini? Aku bosan, jom kita lari?" ajak Ian. Dia goyang-goyangkan lengan Alessandra.

"Nak ke?" cabar Alessandra.

"Jom, kita buat kerja gila." Ian kenyitkan mata.







TBC
Selamat berpuasa.
Maaf tunggu lama ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

662K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
105K 5K 69
Benci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu te...
607K 6.8K 12
COVER EDITING!! Ayyan Mikael & Haira Irisha @ Brenda 𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐓𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒: ──── Senyuman sinis terukir dari bibirnya. Jari jemari kasarnya liar m...
103K 5.9K 34
[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dal...