Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

320K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 34

6.2K 505 41
By escritordyanne

DUA hari berlalu, akhirnya hari ini Ian sekali lagi akan bertempur di atas gelanggang. Tujuannya hari ini cuma satu, dia mahu menang dan menaikkan nama Akademi Unholy MMA.

Minyak disalut ke seluruh tubuhnya yang tidak ditutup dengan apa-apa kain, dan rambut yang tersikat rapi disebak ke belakang. Sarung tangan yang tersarung elok di tangannya digigit untuk diperketatkan lagi.

"Hey, the Venomous Python. Single?"

Giginya berhenti menggigit apabila suara yang amat dikenalnya itu menerjah deria pendengarannya. Dia tersenyum penuh makna.

"Sorry, I'm taken by the Greatest Seducer." Ian balas, tetapi badan masih membelakangkan gerangan itu.

"Aw, too bad. I thought I could beat her and seduce you," balas manusia itu lagi.

"Still no, I'm already under her spell. Her love spell," ujar Ian sinis. Dia berpusing menghadap sepenuhnya susuk tubuh yang berbual dengannya dari tadi.

"Pity you, you're already under her knees." Gerangan itu menghampirinya selangkah demi selangkah.

"Stop playing around Malaiqa and just hug me. Your hug would make me feel okay and energetic." Ian mendepakan tangannya dengan senyum yang mengada.

Alessandra tergelak kecil. Alahai, sengaja dia ingin mengusik suaminya itu. Maklumlah, lelaki itu nampak stres dan gementar. Dia melajukan hayunan kaki untuk mendakap tubuh Ian.

Pelukan mereka bersatu. Lantaklah badan Ian melekit sekalipun, asalkan mereka dapat memeluk satu sama lain.

Ian menghidu sepuasnya haruman rambut Alessandra. Meskipun orang lain rasa itu cuma bau yang biasa, namun bagi Ian, bau badan isterinya adalah satu bau yang menenangkan.

"Are you nervous?" soal Alessandra apabila tiada tanda-tanda Ian ingin melepaskan tautan mereka.

"Hm."

"From rate 1-10, how nervous are you?" Pelukan mereka terlepas. Tangan Alessandra melingkar di leher Ian.

"1?" Ian jawab.

"Only 1?" Kening Alessandra bertaut rapat.

"Yeah. Because 9 out of 10 are already filled by my love towards you." Ian mengenyit mata nakal.

"Euw, playboy. Fokus, fokus. Jangan main-main lagi." Alessandra menepuk-nepuk bahu Ian tanda memberi semangat.

"I got the prettiest girl in the world, do you know how hard it is to focus?" Ian bermanis mulut ibarat dia menanam tebu di tepi bibir.

"Ergh, stop it Ian. By the way, I ada dua perkara nak beritahu you." Mata bundar Alessandra terkuak sedikit cukup menjelaskan yang dia teruja. 

"What is it?" Ian siap untuk pasang telinga.

"First, I tak tahu apa yang you akan rasa lepas dengar berita ini tapi tadi I ada tengok akhbar. Tengku Qasarina tuntut fasakh terhadap Tengku Dilan," beritahu Alessandra dengan wajah yang mendung. Dia bukan apa, dia jadi simpati pula dengan keadaan Qasarina yang masih belum pulih daripada keguguran, kali ini kena hadap kes penceraian pula.

Ian mengangguk perlahan. Dia sudah lama tahu daripada Ku Kaf tentang hal ini.

"Dan lagi satu! I ada surprise untuk you sebelum you start berlawan," beritahu Alessandra teruja.

"Surprise apa wifey? Kau datang ini pun dah dikira satu kejutan untuk aku." Mata Ian berpapasan dengan mata Alessandra. Sudahlah wanita itu comel dengan baju jersey yang dicuri daripada Ian dan cap berwarna hitam.

"You kenalah keluar dulu kalau nak tahu. Jom, jom!" Alessandra menarik pergelangan tangan Ian.

"Nak pergi mana? Tak boleh ke kalau kita peluk je?" Ian membebel sendiri sembari kakinya ikutkan sahaja langkah Alessandra.

"Tak boleh!"

Setibanya mereka di hadapan gelanggang, muncul seorang wanita yang amat dikenalinya. Siapa lagi kalau bukan...

"Hayf, anak umi." Maisarah tersenyum manis. Dia melapangkan tangan untuk membawa Ian ke dalam dakapan.

Pantas, Ian menyorok di belakang Alessandra dengan tangan masih bersatu antara satu sama lain. Tidak, dia belum bersedia untuk bermesra dengan Maisarah.

Alessandra seakan-akan faham dengan perasaan Ian cuma menayangkan senyuman manis pada mak mertuanya. Tangan Ian digosok-gosok untuk menyalurkan kekuatan.

"Umi, maaf tunggu lama. Anak manja umi ini mana boleh kalau hilang Sandra sikit." Ah sudah, dia ikut perangai siapa suka angkat bakul sendiri ini?

"Tak apa, umi faham. Hayf, umi datang bukan nak ganggu atau paksa Hayf pun.. umi cuma nak beri dorongan kepada anak umi sendiri. Hayf tak keberatan kan?" Maisarah mengerling ke arah Ian yang diam tidak berkutik.

Ian mencenung ke arah wanita berumur di hadapan mereka saat ini. Dia kehilangan diksi.

"You, cakaplah apa-apa pun." Terherot-herot bibir Alessandra berbisik dengan suaminya di belakang.

"Taknak."

Alessandra mengeluh. "Okay, fine."

"Python? Boleh get ready masuk gelanggang sekarang." Sifu Aziz menegur mereka semua. Wajah Maisarah ditenung lama. Rasanya dia cam wanita ini, penyebab Ian ingin melibatkan diri dalam Akademi Unholy MMA.

Angguk.

"Aku pergi dulu, Malaiqa. Apa-apa panggil aku. Jangan tinggalkan aku tau sayang?" Pipi Alessandra dielus lembut.

"Kenapa I nak tinggalkan you pulak? Mestilah I nak tengok suami I berlawan dari awal sampai habis." Alessandra tergelak kecil.

"Manalah tahu. Orang-orang yang aku sayang suka tinggalkan aku," ujar Ian selari ekor matanya menjeling ke arah Maisarah sekilas.

Dia pantas berpaling meninggalkan dua wanita itu.

"Umi, jangan ambil hatilah ya kata-kata Ian. Dia cuma perlukan masa lebih sikit." Alessandra merangkul lengan Maisarah.

"No, it's okay. Umi faham."

PERLAWANAN pun berlangsung. Kawasan gelanggang gegak-gempita dengan sorakan daripada pelbagai pihak. Alessandra koyak senyum sendiri apabila terkenang kali terakhir dia lihat Ian berlawan adalah ketika kali pertama Ian melamarnya.

Sesekali dia lihat Ian merentangkan kakinya selebar pinggul dengan lutut yang dibengkokkan sedikit. Kaki Ian yang lebih dominan diletakkan di belakang badannya supaya dia dapat kumpulkan momentum yang tinggi untuk menendang. Aksi itu dipanggil sebagai kuda-kuda pertarungan. Macam mana Alessandra boleh tahu? Eh, mestilah tahu itukan suami dia.

Ian mencerlung tajam ke arah lawannya. Tangannya mula bergerak, penumbuknya yang dominan diletakkan pada kedudukan paras hidung untuk melindungi mukanya daripada diserang. Dagunya ditundukkan ke arah tulang selangka. Masih dia ingat pesan Sifu Aziz, kedudukan ini boleh membantu dia menangkis serangan pihak lawan daripada terus-menerus menyerang bahagian sensitif iaitu hidung dan mata hitam. Sengaja dia mengubah kedudukannya secara berkala untuk mengelirukan pihak lawan. Dia yakin, dengan cara ini pihak lawan tidak boleh ramal langkahnya.

Sifu Aziz kulum senyum melihat taktik yang digunakan anak buahnya itu. Seperti yang dijangka, Ian bukan lawan yang setanding untuk pihak lawan itu.

Dada Ian berombak naik turun seakan-akan dia sudah bersedia untuk menyerang. Dengan sekali putaran, Ian memukul pihak lawan secara terus. Dalam pada masa yang sama, dia menutup badannya supaya serangan balas lawan tidak boleh menyelusup masuk. Sesekali Ian melakukan tendangan roundhouse. Beberapa kali tendangan, pihak lawan tampak letih asyik diasak dengan serangan padu Ian.

Tatkala pihak lawan menyasarkan kepalanya, Ian menyatukan kedua-dua tangannya pada paras bahu untuk membentuk perlindungan tambahan pada wajah.

Beberapa detik kemudian, perlawanan mereka tamat apabila pihak lawan tidak terdaya ingin melawan serangan Ian lagi. Pengadil tinju mengangkat tangan Ian tinggi tanda perlawanan kali ini berpihak pada Akademi Unholy MMA.

After all, he's the Venomous Python.

"Ian!"

Maisarah turut berjalan laju di sebelah Alessandra. Tatkala Alessandra mendepakan tangan untuk menarik Ian ke dalam pelukannya, dia tertolak ke tepi apabila Maisarah menyiku pinggangnya. Ramai yang tak nampak kejadian itu, tetapi dia sendiri rasa.

Alessandra terkaku sebelum dia kembali menarik senyum. Tak, dia tak boleh tunjukkan perasaan negatif di hadapan Ian.

Ian tersenyum lebar apabila dia dapat menangkap tubuh genit Alessandra berlari keanak-anakan ke arahnya. Isteri Ian kenapa comel sangat ini? Tak ada ke akta dekat dunia ini yang boleh saman orang kalau comel sangat?

"Move. Make some way for my wife," arah Ian tegas kepada anak-anak buahnya yang lain.

Namun, senyumannya mati serta-merta sejurus sahaja susuk tubuh Maisarah terlebih dahulu mendakapnya. Dia sendiri tidak tahu datang dari mana wanita itu, tetapi satu hal yang dia rasa sekarang. Rasa kehangatan yang luar biasa.

"Congrats, Hayf. Umi bangga dengan anak umi," gumam Maisarah. Terpaksalah dia mendongak untuk mencari wajah anaknya yang berkeringat. Dah tinggi dah anaknya ini.

Tangan Ian masih kekal di sisi.

"Congrats, husband. I'm so proud of you, my Phyton," ucap Alessandra ketika dia sampai di hadapan dua beranak yang masih berpelukan ini.

"Sayang." Ian menolak badan Maisarah sejajar kakinya merapati Alessandra. Rambut ikal mayang isterinya diusap perlahan.

"Ini orang yang sama ke dengan yang berlawan tadi? Kenapa manja pulak ini? Suami saya tertukar ke?" sakat Alessandra.

"Baby, janganlah buli aku. Depan orang lain aku 'Python', tapi depan kau aku nak jadi 'husband baby'." Ian kenyitkan mata.

"Eleh. Jomlah, kita keluar dari sini lepas itu kita pergi makan. Umi? Jomlah makan sekali dengan kami," ajak Alessandra. Langsung dia tak hiraukan pandangan Ian yang sarat dengan seribu persoalan sekarang ini.

"Boleh. Jomlah," sahut Maisarah.

•••

MEREKA bertiga tiba di sebuah restoran. Sengaja Alessandra duduk bertentangan dengan dua beranak membiarkan Ian duduk di sebelah Maisarah. Namun, tautan tangan mereka di bawah meja masih tidak terlepas.

Maisarah meletakkan dua ketul sotong ke atas pinggan Ian. Anak lelakinya itu cuma memandangnya dengan riak yang kosong. Entah apalah yang bermain dalam fikiran Ian dari tadi.

"Makanlah sotong ini, Hayf. Umi tengok nasi Hayf itu kosong sangat," ujar Maisarah.

Alessandra terdiam. Ian.. allergic sotong.

Lambat-laun Ian mengangkat sudu yang diletakkan lauk sotong untuk disuakan ke dalam mulutnya.

"Ian! I–I nak sotong itu boleh? Nampak macam sedap pula." Alessandra menahan sudu di tangan Ian. Apa kena dengan suaminya ini?

"Sandra, itu kan bahagian Hayf yang umi bagi. Kalau Sandra nak, Sandra boleh order yang lain," celah Maisarah.

"T-tapi Sandra suka makan yang Ian punya umi. Lagipun afdhal orang kata makan lauk yang sama dengan suami," bidas Alessandra tergagap-gagap. Kenapa Ian langsung tak terkesan dengan sotong itu? Dia lupa ke dia alergi?

"Kau nak?" tanya Ian setelah lama dia mengunci mulut.

Alessandra angguk laju.

"Makanlah. Aku bagi semua," kata Ian selari tangannya sibuk mengalihkan dua ketul sotong itu ke dalam pinggan Alessandra.

"T-thankyou." Barulah Alessandra dapat menghembus nafas lega.

Mereka bertiga sambung makan. Sesekali Alessandra cuba untuk memeriahkan keadaan dan mengurangkan keadaan yang janggal antara mereka, namun Ian masih berkeras ingin menghiraukan kehadiran Maisarah.

Akhirnya, mereka mula beransur pulang. Sempat Maisarah titipkan pesanan kepada Ian untuk selalu berhubung dengannya. Dia ingin mereka kembali seperti dahulu kala walaupun memori 'dahulu kala' itu tak pernah wujud dalam hidup Ian.

Sampai sahaja di dalam bilik, Ian menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk. Lengannya digunakan untuk menutup matanya. Penat seharian.

"Ian, I nak tanya sikit ini." Alessandra duduk di birai katil.

Ian celikkan mata. "Tanyalah. Wife aku nak tanya apa hm?"

"Pasal umi, pasal makanan tadi," sambung Alessandra lagi.

Soalannya membuatkan Ian duduk tegak. Dia cuma diam memberi laluan untuk isterinya menyambung persoalan.

"You cakap you nak berbaik dengan umi slow-slow, tapi kenapa you langsung tak layan dia tadi? Kalau ada pun, you cuma angguk atau geleng," sembur Alessandra.

"Sebab aku selalu teringat kejadian dia tinggalkan aku depan rumah anak yatim itu. Aku.. aku tak boleh lupakan benda yang terakam kemas dalam minda aku, Malaiqa. Tak semudah itu untuk aku lupakan momen-momen aku mimpi ngeri ditinggalkan keseorangan," balas Ian mendatar.

"Suami kau ini bukan tak cuba langsung, dia cuba Malaiqa. Boleh kau tunggu aku?" Dahi Alessandra dikucup.

"Hm, sorry. Lagipun benda-benda macam ini I tak boleh nak paksa." Alessandra mengalah.

"Tak apa, aku tak marah isteri aku pun. Ada soalan lagi?"

"Gosh, I hampir lupa. Kenapa you tetap nak makan jugak sotong yang umi bagi? You tahu kan you allergic dengan sotong. Kalau you makan, you akan gatal-gatal satu badan dan mungkin sesak nafas jugak. Sedar tak?" Nada suara Alessandra berbaur risau. Siapa jelah yang tak risaukan suami sendiri? Ian demam sahaja hidupnya boleh huru-hara inikan kalau Ian masuk hospital?

"Malaiqa," panggil Ian sembari dia berdiri menghadap isterinya. Baju di badan ditanggalkan. Dia ingin membersihkan diri setelah seharian keluar.

Kening Alessandra terjongket naik tanda dia bertanya.

"Dia memang nak aku mati dari dulu pun. Aku cuma mudahkan urusan dia." Ian tersenyum sepintas lalu meninggalkan Alessandra termangu-mangu.









TBC

Continue Reading

You'll Also Like

662K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
103K 5.9K 34
[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dal...
607K 6.8K 12
COVER EDITING!! Ayyan Mikael & Haira Irisha @ Brenda 𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐓𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒: ──── Senyuman sinis terukir dari bibirnya. Jari jemari kasarnya liar m...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...