Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

320K 21.4K 1.3K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 32

8K 491 29
By escritordyanne

TERMANGU-MANGU dibuatnya Alessandra apabila seluruh pandangannya menjadi gelap ditutup dengan kain hitam. Sejak awal perjalanan tadi, Ian sudah mengarahkan dia untuk kekal tutup mata dan percayakan lelaki itu.

"Ian, lama lagi ke nak sampai? Tak boleh ke bukak aje mata I ni?" tegur Alessandra apabila dia semakin berasa tidak yakin dengan perjalanan mereka.

"Aip, tak boleh, tak boleh. Wifey, aku tutup sekejap je. Aku janji aku tak akan bahayakan kau," balas Ian.

Alessandra toleh sekilas ke arah Ian di sebelah. Dia yakin lelaki itu masih fokus memandu.

"Masalahnya, sekalipun you bukak bukannya I boleh agak jalan itu? I bukan orang sini," bidas Alessandra.

Ian membalas pandangan Alessandra sebelum dia tergelak sendiri. Aduhai, comel betul.

"Kenapa you gelak? You jangan macam-macam eh Ian." Amaran diberikan oleh Alessandra.

"Tak adalah, kau itu comel sangat. Dah macam ninja." Ian tergelak sendiri.

"Amboi, suka kutuk I! Lama lagi ke?" Alessandra menopang siku di tepi tingkap.

"About 10 minutes? Kau lelapkan mata, tidur sekejap. Dah sampai, I will wake you up sayang." Dia mengusap rambut ikal mayang isterinya. Ya Allah, semoga suatu hari nanti kau berikan hidayah kepada isteriku.

"Tak perlu susah-susah lelapkan mata pun, mata I dah memang tertutup," sindir Alessandra.

Sekali lagi, Ian tertawa lepas.

"I nak handbag I kejap boleh tak?" pinta Alessandra.

"Sure. Nah, wifey."

Terasa huluran Ian di atas telapak tangannya. Masalah sekarang ini, kenapa bagnya ini lembik semacam? Tak cukup dengan lembik, terasa pula itu urat timbul. Kejap...

"Ini bukan bag I! Ini tangan you!" Dia menampar kuat tapak tangan Ian yang berada di atas tangannya. Sudahlah tak nampak, dipermainkan pula.

"Lah, silap ke? Aku dengar 'hand' je tadi. Yang belakang itu tak dapat tangkap. Kalau macam itu, pegang jelah terus. 'Hand' jugak ini. Senang." Terasa tangan kekar Ian menggenggam erat tangannya.

Alessandra berdecit. "Suka ambil kesempatan."

Seperti yang dijangka, mereka sampai ke lokasi yang ingin dituju setelah 10 minit perjalanan. Ian keluar terlebih dahulu untuk membuka pintu isterinya. Nak harapkan Alessandra memang tidaklah dah kalau matanya ditutup habis.

"Silakan, my gorgeous beautiful adorable princess." Dia genggam erat tangan Alessandra. Risau kalau tuan puteri ini jatuh terjelopok.

Lambat-lambat Alessandra menapak keluar dari kereta. Dapat dia rasakan hembusan angin mencium seluruh tubuhnya. Dekat mana ini?

"Are you ready?" bisik Ian tepat di telinga Alessandra.

"Ready."

Ian mendocak. "Kau masuk kawad ke ini? Tak rasa langsung semangatnya. Sekali lagi, baby. ARE YOU READYYYYY?!"

Alessandra mengeluh panjang. "READY!"

Ian tergelak besar. Memang lurus bendul rupanya isterinya ini.

"One... two... three!" Ikatan kain hitam pada mata Alessandra melorot jatuh je bawah.

Wanita itu melongo. Khali.

"Welcome to our new home, wifey sayang." Pipi mulus Alessandra dikucup sekejap.

"Ian..." Alessandra masih melopong.

Di hadapannya saat ini, jelas terpampang sebuah banglo mewah berwarna putih dengan hiasan bunga-bungaan di taman.

"Speechless ke?" usik Ian.

"Cantik."

Ian balas dengan anggukan. Tangannya direhatkan di atas puncak kepala Alessandra. Ceh, mentang-mentang dia tinggi.

"Indeed. Semua yang milik aku memang cantik."

"Milik you? You ada rumah sendiri ke?" Alessandra mendongak mencari wajah sang suami.

"Kau. Kau cantik."

"Dah jom kita masuk? Tengok bahagian dalam pulak," ajak Ian. Dia merangkul pinggang Alessandra.

Buka sahaja pintu utama, terkuak mulut Alessandra melihat hiasan dalaman yang berkonsepkan moden luxury. Belum sentuh lagi bahagian dinding wainscoting berwarna putih keemasan yang ditampal dengan cermin berbentuk diamond

Ian memeluk pinggang Alessandra dari arah belakang. "Cantik tak deko rumah kita?"

"Cantik sangat-sangat!"

"Ya? Bagi aku biasa. Mungkin sebab seluruh kecantikan dekat dunia ini kau dah ambil," puji Ian dengan sengihan.

"Janganlah asyik puji I, ish! Tapi bila masa you uruskan hal rumah ini? Dan bila masa rumah ini siap?"

"Malaiqa, kau kena tahu satu perkara pasal aku. Aku suka ada plan yang proper. Jadi, sebelum aku kahwin tanpa aku tahu siapa yang akan jadi isteri aku lagi... aku dah siapkan rumah untuk dia. Sebab aku nak isteri aku selesa. Dia kahwin dengan aku bukan sebab nak hidup susah."

"Lepas kita kahwin, aku terus mula sibuk deko luar dalam rumah ini sampaikan masa aku dekat akademi itu terhad. Sebab itu, siap lambat sikit. Sorry, kau terpaksa hadap dua ekor tu lama-lama," jelas Ian panjang berjela.

"Thank you Ian. I really appreciate it. I tak kisah pun berapa lama kita tinggal dekat rumah Ku Kaf. As long as I tak tinggal sorang." Alessandra pusing menghadap Ian sepenuhnya.

"And now, bila kita boleh mula pindahkan semua barang ke sini?" tanya Alessandra.

"Lusa? Sebab esok aku nak ke akademi sekejap. Jumpa Mighdad sebelum dia mula bertugas balik," jawab Ian.

"Oh, Mighdad dah nak bertugas balik? Bosanlah Dahlia kalau macam itu." Alessandra tertawa kecil.

"Dahlia? Apa kaitan Dahlia dengan Mighdad?" Kening Ian bertaut. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

"You tak tahu ke? Sejak diorang berdua berkenalan dan balik sama-sama lepas race you itu, terus diorang berdua berkawan tau."

"Really? Like how?" Makin hairan Ian apabila Mighdad tidak bercerita apa-apa kepadanya.

Jongket bahu.

"I tak tahu, tapi itu apa yang Dahlia beritahu I. Dia selesa dengan Mighdad. Lagipun, Mighdad itu totally taste Dahlia. Ada kacukan Arab dan gentleman. Tapi, kawan you itu dah ada girlfriendlah pulak," jelas Alessandra. Masih dia ingat betapa terujanya Dahlia bercerita tentang latar belakang lelaki itu.

"Mighdad ada girlfriend?" Rasanya dia tak salah dengar kan? Oh tidak, nampaknya Mighdad masih menggunakan taktik lama untuk menolak para wanita yang ingin mendekatinya.

"Ya. Itulah belenggu yang mencengkam diorang berdua sekarang ini, tapi entahlah. Pandai-pandailah diorang fikir, I malas nak ambik tahu."

"I see. Dah jomlah, kita masuk tengok-tengok. Lepas itu, kita beli barang-barang. Nak?"

Laju sahaja Alessandra mengangguk. "Nak!"

Mereka sampai di shopping mall berdekatan rumah. Awal-awal lagi Ian sudah menawarkan diri untuk membawa troli kehulur kehilir. Katanya, Alessandra cuma perlu berjalan bak permaisuri di sisi.

"Kita dah beli barang dapur, lepas itu nak beli barang apa lagi?" Suara Alessandra memecahkan kesunyian antara mereka.

"Barang kau? Isteri aku ini taknak beli apa-apa?" soal Ian.

"I tak tahulah nak beli apa," balas Alessandra. Dia sendiri tak ingat barang apa yang dia belum ada.

"Just say anything you want, wifey baby," desak Ian.

"Kalau dapat Swarovski seronok jugak kan." Sengaja dia menjeling Ian dengan ekor matanya.

"Swarovski itu bukan yang budak kecik pakai helmet merah putih itu ke?" Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Itu Kick Buttowskilah!" Alessandra menampar lembut bahu Ian. Tak lama kemudian, terletus juga tawanya.

Mata Ian turut mengecil dek tergelak. "Oh, bukan eh? Sorry, baby. Aku ingat kau nak dia. Betul ke nak Swarovski ni? Ada ke kedai dia dekat sini?"

"Eh you ini pun! I main-mainlah. Jangan nak ambik serius semua benda boleh tak? Dah jomlah balik," marah Alessandra. Gila ke apa nak beli benda-benda mahal macam itu. Dia menarik lengan Ian untuk keluar dari mall itu.

Sudahnya tercongok juga Alessandra di hadapan pintu masuk shopping mall ini menunggu Ian untuk pergi ke tandas.

"Hai, tunggu siapa?" tegur seorang lelaki tinggi lampai. Selamba sahaja dia menghalang pandangannya.

Diam.

"Sorang je ke? Kalau sorang, abang boleh hantarkan." Lelaki itu masih cuba untuk berkomunikasi dengan Alessandra.

"I dah ada suami. Nampak cincin ini?" Tangannya diangkat tinggi. Terserlah cincin berlian tanda ikatan perkahwinan dia dan Ian.

"Biasa perempuan gunakan alasan cincin itu nak kata dah kahwin, padahal single. You nak tipu I eh?" Lelaki itu tersenyum senget. Oh pleaselah, langsung tak mencairkan hatinya yang keras.

"Ikut suka youlah percaya atau tak."

Baru sahaja Alessandra ingin melintasi lelaki itu, pergelangan tangannya direntap.

"Halah, sabarlah dulu cik adik."

"What the hell?!" tempelak Alessandra.

"Let her go." Satu suara garau membuatkan Alessandra berpaling laju. Ah, dia sudah sampai.

"Who?"

"I said let 'my wife' go. Kau pekak ke apa?" Ian terus menerpa ke arah mereka berdua. Tangan Alessandra yang masih berada dalam genggaman jejaka itu ditarik dan susuk tubuh isterinya disorokkan ke belakang tubuhnya.

"My wife? Betul ke ini suami you?" Kepala lelaki itu terjengul ke belakang badan Ian.

Alessandra mengangguk.

"Words, Malaiqa. Apa kau ingat lelaki bebal macam ini akan faham body language kau?" Tegas suara Ian memberikan arahan.

"Ya, masalahnya dari tadi lagi I dah beritahu dia yang I dah ada suami."

"Jadi kaulah yang tak faham bahasa?" Dia menolak dada lelaki itu.

"Bro, aku—"

"Sekali perempuan itu cakap taknak, kau kena respect dia. Walaupun perempuan itu tak cakap apa-apa kau tetap kena respect dia. She's mine. Bahasa mana lagi yang patut aku guna untuk fahamkan kau?" Timbul urat tegang pada ruas dahi Ian.

"Chill, aku— aku mintak maaf. Aku ingat dia tipu." Lelaki itu angkat tangannya tinggi tanda mengalah. Seram betul tengok raut wajah lelaki di hadapannya ini.

"Blah." Ian menolak isian pipinya dengan lidah.

Kelam-kabut lelaki tadi berlari meninggalkan sepasang suami isteri. Aduhai, silap mangsa pula kali ini.

"Kau, Malaiqa. Kan aku suruh kau tunggu dekat dalam duduk sebelah guard itu? Kenapa kau degil?" Tajam renungan mata Ian menghunus sepasang mata Alessandra.

"I— I rimas."

"Kau lagi rela rimas atau kau lagi rela kena kacau macam tadi? Jawab." Ian menyilangkan tangan di dada.

"I tak tahu pulak akan kena macam tadi," balas Alessandra perlahan.

"Itu nasib baik lelaki yang tak bertamadun kacau kau, aku gertak sikit dia terus lari. Kalau 'dia' yang kacau kau macam mana?" sambung Ian lagi.

"Dia? Siapa?" Ruas dahi Alessandra berlapik dek berkerut. Siapa yang dimaksudkan oleh Ian? Dia tak faham.

Khali sejenak.

Yang ada, cuma keluhan kasar Ian. "Nothing."

"You.. marahkan I ke Ian?" Dia mencuit pinggang Ian. Dia rasa janggal kerana sudah lama dia tidak dimarahi suaminya itu.

"Tak, Malaiqa. Aku marahkan diri aku sebab tak boleh nak jaga kau. Dan aku marah sebab aku tak boleh nak terima hakikat yang kecantikan kau ini bukan untuk tatapan aku seorang," balas Ian. Riaknya yang tegang mula berubah kendur.

Alessandra menelan air liurnya yang terasa kelat.

"Nah, ambik." Tanpa aba-aba, satu beg mewah berjenama Swarovski dihulurkan.

"I—Ian are you serious right now? I main-main jelah tadi." Tangannya tidak menyambut huluran Ian.

"Just take it."

"Mana boleh. Mahal sangat ini, Ian." Alessandra masih berkeras. Dia tak biasa dimewahkan dengan cara seperti ini.

"Take it. Kalau kau tak ambik aku akan anggap kau bencikan aku."

"Kenapa pula nak anggap macam itu?"

"Sebab aku beli dengan kasih sayang. Kalau kau tak ambik, maknanya kau tak terima kasih sayang aku. Cepatlah, Malaiqa. Tangan aku dah lenguh ini," gesa Ian.

Alessandra mengeluh perlahan. Beg kertas itu bertukar tangan.

"Kalau I tahu, I taknak bergurau macam itu tadi," gumam Alessandra.

"Tahu mengomel je kan mulut ini?" Dia cekup bibir Alessandra yang memuncung ke hadapan.

"Ian!" Terkumat-kamit bibirnya.

"Comel. Aku geramlah. Kenapa aku tak boleh marah dekat kau lama-lama?"

"Sebab I comellah." Alessandra bangga.

"Tahu pun. Susahlah ada isteri comel macam ini. Aku mudah terbuai. Lagi satu, kalau orang bagi hadiah kita kena cakap apa?"

"Shankyou." Ah sudah dia pelat! Ini semua salah Ian yang duk mengepit bibirnya.

"Shankyou?" Ian tertawa perlahan.

"Lepaskanlah bibir I. Ish you ini orang nampaklah!" tegah Alessandra.

"Ye tak ye. Nanti diorang tengok bibir kau. Alang-alang itu, meh aku tutup seluruh muka kau," ujar Ian.

Kepala hoodie Alessandra ditarik ke atas dan digunakan untuk menutup seluruh wajah isterinya. Cuma kelihatan bibir Alessandra sahaja. Ha, macam ini barulah orang tak boleh usyar isterinya.

"Macam mana pulak I nak jalan?" Dia mendengus. Sudahlah tadi kena tekup dengan kain hitam, kali ini hoodie hitam pula?

"Suami kau ni kan ada? Kita boleh pimpin awaklah, takdehal."  Tangan Alessandra dikepit di bawah ketiaknya. InshaAllah, tak masam.

•••

"MIGHDAD dah nak mula bertugas dekat pangkalan balik?" Dahlia menghirup kopi panasnya sekejap.

"Ya, Dahlia. Dah lama Mighdad bercuti, kali ini ditugaskan untuk misi baru." Tenang sahaja Mighdad menjawab. Itu memang sifat aslinya. Tenang dan santai. Agak kontra dengan Dahlia.

"Berapa lama kali ini?" Dahlia bersandar pada kerusi.

Mighdad mengambil bantal di belakang tubuhnya. Dia hulurkan bantal itu kepada wanita di hadapannya ini.

"Dahlia, guna bantal ini untuk alas belakang itu. Nanti sakit badan," arah Mighdad dengan senyuman semanis karamel.

Dahlia menyambut huluran Mighdad.

"Thank you, Mighdad." Dia selesakan diri dengan badannya beralaskan bantal.

"Maaf, Mighdad potong soalan Dahlia pula. Berbalik kepada soalan tadi, mungkin dalam 6-9 bulan."

"Lama jugak."

"Ya, kenapa? Dahlia risau akan merindui Mighdad ketika kita berjauhan ke?" sakat Mighdad.

Dahlia terdiam. Ah, lelaki ini memang suka porak-perandakan perasaannya.

"Dahlia.." panggil Mighdad lembut.

Oh Mighdad, tolonglah jangan seksa jiwa saya.

"Cakaplah apa-apa pun Dahlia. Mighdad nak dengar suara Dahlia. Buat bekalan menahan rindu." Mighdad tersenyum manis sekali lagi. Lelaki ini, memang tak pernah lekang dengan senyuman.

"Mighdad, janganlah baik sangat dengan Dahlia. Lagipun, Mighdad sendiri kata kita cuma sebatas kaw—"

Cakaplah Dahlia! K-A-W-A-N! Apa yang susah sangat?

Mighdad tertawa perlahan. "Dahlia sendiri tak mampu nak utarakan status kita. Maknanya, Dahlia pun tak mahu kita cuma sebatas kawan."

"Memang pun," gumam Dahlia perlahan.

"Hmm?"

Aduhai, cakap 'hm' pun dah buat seketul hati Dahlia mencair.

"Suka butterflies, suka sunset, suka minum kopi pahit extra double shots, tak suka cuaca yang terlalu sejuk, sukakan lelaki yang pemurah dengan senyuman dan suka berjenaka santai. Kalau lihat orang tua minum sendiri, laju saja matanya ingin menangis.."

Dahlia tercenung mendengar setiap satu perkara yang dia gemar meniti keluar daripada bibir Mighdad. Macam mana lelaki itu boleh hafal semua perkara fasal dia dalam tempoh perkenalan yang singkat?

"Dan paling penting, luarannya nampak kasar tapi hati? Lembut selembut kain kapas yang mudah dirobek," sambung Mighdad lagi.

"M—macam mana Mighdad boleh ingat semua itu?"

Mighdad menjongket bahunya. "Mighdad mudah ingat semua perkara yang Mighdad suka."

Dahlia duduk tegak. Janggal. Entah kenapa terasa seperti itu satu luahan perasaan?

"Mighdad, tak baik kalau Mighdad terus-terusan mempermainkan perasaan Dahlia. Hari itu, Mighdad sendiri beritahu yang Mighdad dah ada girlfriend jadi Dahlia tak patut letak apa-apa harapan," cantas Dahlia.

Masih ingat lagi dia hampir menangis 3 hari 3 malam. Nasib cuma 2 hari 2 malam.

Mati senyuman Mighdad.

"Ya, maaf sebab dah keterlaluan. Mungkin setelah Mighdad pergi Dahlia boleh cari lelaki yang lebih baik dan sentiasa ada untuk menemani Dahlia kemana sahaja. Mighdad seorang askar, negara terletak nombor satu sebelum perkara yang lain. Jadi, Mighdad tak mampu.." Terasa ada sesuatu yang tersekat di kerongkongnya.

'Tak mampu nak lihat seorang lain wanita yang dicintainya pergi kerana sering ditinggalkan'

"Tak mampu apa?" Dahlia bertanya.

"Tak ada apa. Nanti Dahlia jaga diri, jaga iman dan jaga solat. Jangan selalu tengok Netflix sambil makan. Risau nanti sejuk makanan tu." Mighdad tertawa lepas mengenang cerita Dahlia tentang magginya yang kejung.

"Tak adalah." Dahlia turut ketawa.

Ah pahit mahu melepaskan Mighdad pergi berbulan-bulan lamanya. Dia sudah terlalu selesa dengan lelaki itu. Tapi sayang, Mighdad tak rasakan benda yang sama.









TBC
Salam ramadan kareem, semua.
It's a goodbye for now.
Jumpa lepas raya.

Continue Reading

You'll Also Like

606K 6.8K 12
COVER EDITING!! Ayyan Mikael & Haira Irisha @ Brenda 𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐓𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒: ──── Senyuman sinis terukir dari bibirnya. Jari jemari kasarnya liar m...
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
103K 5.9K 34
[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dal...