Tujuan

By shafyann

37.2K 2.1K 201

Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March More

TUJUAN
prologue
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20

bab 14

1.3K 97 18
By shafyann

SEBAIK meletakkan bag di atas meja, langkahnya terus diatur ke pantri. Dalam langkah ke sana, Muhaira disapa-sapa staf basementnya. Ikutkan hati malas mahu menyahut dan lempar senyum, namun dipaksa jua dek tahu mahu dilaber sombong dan kurang adab.

Masuk sahaja ke ruang pantri, cawan dicapai dengan niat mahu membancuh susu coklat. Tak sempat menjamu sarapan yang dibikin umi dirumah tadi, asbab bangun lewat. Bangun lewat sebab tidak lena tidur dek terfikir-fikir tentang lamaran Ahmad Syakir.

Heater diangkat, dituangkan air panas itu ke dalam cawan. Tanpa sedar, keluhan terlepas daripada bibirnya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini senang saja keluhan terbit. Barangkali kerana masalah yang semakin sarat di kepala gamaknya.

Siap menuang air panas, sepeket serbuk coklat dicapai. Hujung plastik dikoyak, kemudian serbuk coklat dibubuhkan ke dalam cawan yang berisikan air panas. Lalu, bancuhan itu dikacau bersama camca kecil.

"Tak baik mengeluh pagi-pagi."

Suara parau yang muncul tiba-tiba menyentakkan Muhaira daripada terus mengacau air. Seketika tubuhnya terhinjut kecil. Dadanya yang disambar debar halus diurut perlahan dengan tangan. Belum sempat tubuh berpaling, hidung pula mencium aroma cologne wangi. Sepertinya dia pernah menghidu bau ini.

Lantas tubub dipaling. Melihatkan tubuh tegap yang lampai berdiri betul-betul di hadapannya, Muhaira tersentak lagi. Aiseyman, mujur tidak berlaga tubuh!

Kepala didongak, memandang empunya badan.

"A..awak?"

Bibir Syakir membentuk senyuman manis.

"Iya. Air untuk saya tak ada ke?" Kepala menjenguk memandang secawan coklat di atas kabinet.

Termangu Muhaira mendengar pertanyaan itu. Selangkah dia menapak ke belakang, mahu mencari jarak antara mereka. Takut nanti ada staf lain masuk, habis cerita sampai disemua pelosok tingkat bangunan!

"Awalnya sampai?" Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Syakir masih setia tersenyum. Bilamana mata terpandangkan lingkaran gelap di bawah mata si cantik itu, senyumannya mengendur. Muhaira yang menapak kebelakang itu didekati.

"Eh," risau dengan Syakir. Apa lelaki ni nak buat? Kenapa tiba-tiba serius? Ah sudah, Muhaira mula risau dengan perilaku Syakir yang berubah drastik.

"Awak tak sihat ke Muhaira?" Lembut suara parau itu menyoal dirinya. Muhaira meneguk liur yang terasa berpasir.

"Sihat..." Jawabnya dengan rasa takut. Menapak lagi kebelakang hingga tiada lagi ruang untuk berundur. Muhaira tersandar di dinding pantri. Ketika Syakir semakin menghampiri, ulas bibir digigit perlahan. Oh tidak!

"Kenapa muka nampak lesu? Nampak pucat semacam aje," tak menyedari tangannya sudah naik mengusap lingkaran gelap mata Muhaira. Lama diamati wajah pucat kesayangannya. Tiga hari tidak berjumpa dan tanpa kabar, Syakir tidak senang hidup. Sungguh dia risau akan gadis ini.
Bila bertemu pula, Muhaira pucat semacam. Mestilah hatinya makin diambang perasaan risau terhadap Muhaira.

"Saya sihat." Tangan Syakir ditepis. Tak selesa bila berkedaan begitu dengan lelaki yang bukan mahram. Saat dirinya berganjak ke kanan, segugus nafas dihela. Entah mengapa sesak dadanya bila duduk serapat itu dengan Syakir. Rasa lemas!

"Awak tak sihat, jangan datang kerja. Kalau pitam macam mana? Nasib baik saya datang pejabat awak hari ni. Kalau tak, saya tak tahu. Awak pun dah lah liat nak text saya." Omel Syakir. Tak puas hati dengan sikap Muhaira yang semakin hari semakin dingin dengannya. Sebab satu hal, habis hancur semua perancangan sesi perkenalan mereka.

"Saya sihat lah. Kalau tak saya tak ada lah datang kerja." Muhaira masih tak mahu mengalah. Mahu juga membela diri sendiri. Lelaki ni pun satu, aku tak sihat sebab engkau lah!

Mendengarkan alasan yang baginya langsung tidak muhasabah itu, Syakir pula mengeluh berat.

"Kalau macam tu, baik. Habiskan air ni, lepastu awak pergi masuk bilik Rania. Nanti kena sembur dengan dia tahu lah,"

Muhaira mengangguk kepalanya.


***


MACAM biasa, meeting pasti habis lambat. Syarikat ini rak pernah habis dengan hal penceroboh luar. Ada juga yang mencuri wang saham, ada saja yang tidak kena. Sampai terpaksa panggil peguam untuk selesaikan masalah.

Sejujurnya Muhaira tidak tahu apa tujuan Syakir kesini. Nak kata dia dipanggil Rania, tidak pula dia nampak Syakir dan Rania masuk ke bilik. Sering juga dia menjenguk-jenguk mencari Syakir.

Kepala yang semakin berat dipegang dengan kedua tangan. Kelopak mata sudah memberat menahan rasa. Bukan ngantuk, tapi rasa berat yang amat.  Sebelum ini pun dia pernah saja tidak tidur. Tapi, tak pula sampai begini.

Tubuh yang tak mampu berjalan lurus itu berpaut dengan sisi meja. Matanya sipi-sipi terbuka, dapatlah melihat jalan untuk berjalan.

Selang beberapa langkah, tubuhnya mula hilang imbangan. Denyutan dikepala semakin menjadi-jadi. Terasa dicucuk-cucuk bahagian dan memberat satu kepala. Dan tidak sampai beberapa saat, tubuh Muhaira jatuh mencium lantai.

"Muhaira!"

Terdengar suara-suara menyeru namanya. Namun dia tak mampu mencelik mata lagi seperti kebiasaan. Pandangannya mula kelam. Suara-suara itu semakin lama semakin kedengaran sayup-sayup. Akhirnya Muhaira rebah tidak sedarkan diri.

***

"MACAM mana kakak boleh pingsan? Kau buat apa dengan kakak aku? Kau kacau kakak aku ke? Kau ni nak kena viral dekat TikTok niii...."

Terdengar sayup-sayup suara lelaki bertikam lidah. Perlahan-lahan kelopak mata terpisah, mencelik sedikit demi sedikit. Berkerut-kerut wajah menahan silau lampu di siling. Menyedari dirinya terbaring lemah di atas katil, semakin besar celikan dicelik.

Aku kat mana?

Segenap ruang bilik diamati, cuba mentafsir dimana tempat dia berada.

"Muhaira..."

Drastik kepala menoleh mencari punca suara. Ah, Syakir. Kepala yang sedikit terbaik tadi direhatkan semula ke atas bantal. Namun ternampakkan Ulhaq yang berdiri di sudut bilik sambil menyilang tangan di bawah dada, Muhaira kembali menaikkan kepala.

"Ulhaq..."

"Huh! Dia buat apa dekat akak? Haq tanya dia tak nak jawab! Mulut tu macam ada emas!" Cemuh Ulhaq tidak puas hati. Menjeling Syakir yang menunjukkan supaya perlahankan suara, makin bara Ulhaq dibuatnya. Ewah, dia suruh kita diam pula!

"Awak dah sedar," Syakir senyum tipis. Lega hati bila Muhaira akhirnya sudah tersedar dari lena panjang.

"Saya kat mana?"

Muhaira cuba untuk bangun, namun bahunya ditolak Syakir agar kekal baring.

"Awak kat hospital. Awak warded. Saya dah cakap awak tak sihat, nak juga nafi." Syakir tak puas hati ni. Dia lah manusia paling huru-hara bila Muhaira pingsan pagi tadi!

"Abah umi mana? Yam?" Itu yang terlintas dikepala.

"Solat maghrib. Jangan risau, adik lelaki awak ada sekali."

Muhaira kembali memejamkan mata. Lenguhnya badan dia! Berlengas lagi tu.

"Muhaira..."

Mata kembali dicelik. Dipandang Syakir yang memandangnya dengan tatapan redup.

"Awak tak sihat sebab saya ya?" Sambil menunduk Syakir bertanya.

"M...mana ada."

"Abah umi awak cakap awak tak tidur malam. Kenapa sampai macam tu? Fikirkan lamaran tu ya?" Duga Syakir sambil tersenyum tawar.

"Saya tak paksa. Sikit pun tak paksa. Minta maaf kalau saya nampak terburu-buru tentang soal kahwin. Saya bukan lelaki yang pandai ambil hati perempuan supaya perempuan terikat dengan saya. Cara saya itu aje. Kahwin. Kalau awak rasa ragu-ragu dengan saya, tak apa..."

Alahai, Muhaira pula diharung rasa serba salah. Diintai sepasang mata Syakir. Nampak lelaki itu sedih.

"Apa pun keputusan awak, saya terima. Cuma yang saya minta jaga diri. Saya tak suka tengok orang yang saya sayang sakit. Tuhan je tahu betapa luruh hati saya bila awak rebah dekat pejabat tadi tau," Syakir mencebik bibir. Malu pun ada, tapi apa dia kisah.

Muhaira terbungkam sendiri. Padangannya mencuri pandang wajah Syakir yang tampak mendung. Seketika senyuman dilorek tanpa sedar. Tenang dan senang bila dirinya diambil berat oleh seseorang.

"Aip, aip, aip! Belum halal, belum dapat restu Haq, jangan macam-macam!"

Ah, Syakir mendengus kecil. Kacau daun betul!







Tbc.
Update : 28 feb 2024

Nakkawindah sekdio. Sori semalam tak update🫠

Continue Reading

You'll Also Like

39.3K 3.8K 22
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
18.6K 1.7K 23
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...