Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

320K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 27

6.5K 554 46
By escritordyanne

BUNYI hujan yang lebat di luar menggusarkan hati Ian. Dari tadi dia menanti kepulangan isteri tetapi masih tak kelihatan batang hidung Alessandra. Mahu mencari, dia tengah dalam fasa merajuk. Habis seluruh lantai di bilik dijejaknya.

Baru teringat akan sesuatu, dia mencari telefon pintar yang dicampak entah ke mana. Aplikasi 'Tracker' dibuka. Ini salah satu cara mudah untuk dia jejak lokasi sebenar Alessandra. Ada gunanya juga rantai yang dipasang dengan GPS itu.

Dahinya berkerut melihat lokasi terkini Alessandra. Rasanya macam dia kenal kawasan ini. Bukan ke.. ini pekarangan rumah Ku Kaf?

Tiba-tiba, kedengaran bunyi aneh dari luar tingkap. Seolah-olah ada orang sengaja membaling batu ke arah tingkap biliknya. Ada perompak ke? Pantas, dia menghayunkan kaki ke tingkap. Kawasan luar rumah ditinjau.

Kelihatan seorang wanita berpakaian persis Alessandra berdiri di tengah laman.

"Malaiqa? Dia buat apa tengah-tengah hujan ini?" Tuala di ampaian ditarik. Haih, kalau demam isterinya itu macam mana?

Belum sempat dia ingin turun mendapatkan isterinya, muzik berirama menyapa gegendang telinga. Luar tingkap dijenguk kembali.

"What?" Ian bagaikan tidak percaya dengan apa yang dipertontonkan kepada dia saat ini.

Bole chudiyan, bole kangna
Haai main ho gayi teri saajna

Pinggul Alessandra mula melenggok ke kiri dan ke kanan. Dalam hati habis disumpah ranahnya Dahlia atas idea ini. Kata Dahlia, inilah kesukaan anak-anak muda sekarang. Tambahan pula Ian memang minat Bollywood.

Tak pasal-pasal dia kena belajar menari dalam masa yang singkat tadi. Tak apa Alessandra, demi memujuk putera muda yang merajuk.

Dia toleh ke belakang sekilas untuk mengintai jikalau masih ada sosok Ian di tingkap. Ya, lelaki itu sedang menontonnya sekarang. Bajunya yang lencun disebabkan hujan diabaikan sahaja.

Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa)

Badan Alessandra mula berputar, dengan gerakan tangan yang dihayunkan lembut.

Ian tersenyum senget. Ah, ini pasti cubaan Alessandra untuk memujuk hatinya yang masih rajuk. Dagunya yang licin tanpa sebarang janggut diusap beberapa kali.

What a nice view.

Sepantas kilat dia berlari turun ke halaman rumah. Perkara sebegini jarang berlaku.

Haai haai main marjaawa marjaawa tere bin
Ab to meri raatein kat ti taare gin gin
Bas tujhko pukaara kare,
meri bindiya ishaara kare

Alessandra masih meneruskan tariannya dengan harapan Ian nampaklah usahanya yang satu ini. Biasanya budak-budak tak merajuk lama kan?

Belum penghujung lagu, tiba-tiba tangannya ditarik membuatkan segala pergerakannya terhenti. Ian mencerlung ke arahnya tajam.

"Enough, Malaiqa." Mendatar suara Ian memberi arahan.

Kalau ikutkan hati kecil, dia sebenarnya seronok melihat tarian Alessandra, tetapi pada masa yang sama dia risau kalau isterinya itu demam berlama di bawah hujan.

"Ian," panggil Alessandra sayu.

"Masuk sekarang. Kalau kau demam macam mana sayang?" Dia menutup badan Alessandra dengan tuala yang dibawa tadi. Nasib baiklah ada payung juga.

"I tak akan berhenti menari selagi you tak maafkan I," kata Alessandra. Dia masih berdegil meskipun kesejukan mula menyusup masuk ke dalam badannya.

"Macam mana aku nak maafkan kau kalau kau buat macam ini? Kau bahayakan diri kau tahu tak?" jawab Ian sembari rambut Alessandra yang basah diselitkan ke belakang telinga.

"Mana ada I bahayakan diri I," nafi Alessandra. Setakat hujan apalah sangat. Duduk dalam bilik bersama Ian yang marah akan dirinya sama seperti berhadapan dengan guruh.

"Hujan kan ini sayang?" Lembut sahaja Ian menegur isterinya. Pinggang Alessandra ditarik merapat untuk mengelakkan wanita itu basah terkena rintik hujan. Bahunya yang basah dibiarkan saja.

"Bila you nak maafkan I? Pasal fashion show itu, I dah minta maaf. Lepas itu, I dah cakap dengan Madam Laia yang I taknak ada acara macam itu lagi." Sekali lagi, Alessandra mencuba nasib. Kalau dia tak dimaafkan, sia-sialah usaha dia malam ini.

"See? Kan boleh kita bincang elok-elok. Hari itu kau asyik nak bidas aku buatkan aku geram," balas Ian.

Alessandra menjuihkan bibir. "Sebab you yang marah I dulu."

"Aku marah sebab aku pertahankan hak aku."

Dalam hati Alessandra menahan debaran di dada. Apatah lagi berada dekat dengan suaminya di bawah hujan.

"Siapa ajar kau menari ini semua? Setahu aku, kau bukannya layan Bollywood ini. Aku ajak kau tengok kau taknak." Ian tanya dengan penuh kehairanan. Selalunya kalau dia sibuk melayan cerita Bollywood, pasti banyak sahaja alasan Alessandra ingin mengelak.

"Dahlialah siapa lagi," jawab Alessandra.

"Patutlah. Otak udang bertemu otak udang." Sengaja Ian ulang kembali ayat Alessandra tempoh hari. Dia masih ingat wanita itu menggelarnya dengan Mighdad sebagai sekawan otak udang.

Wajah Ian ditikam dengan tajam bak pisau belati menghunus tubuh. Geram betullah!

"Dah jomlah kita masuk. Ke kau nak aku angkat kau macam dalam filem itu semua?" tawar Ian.

"Boleh ke?" Mata Alessandra bersinar hebat. Siapa sahaja tak suka didukung kalau penat macam ini?

"Tak apalah. Tak jadi. Kau berat," usik Ian.

"Ian! Memang jahat kan mulut you? Sampai hati kata I berat," rajuk Alessandra.

"Maksud aku, berat dengan pahala." Hidung Alessandra dicuit.

Bahu Alessandra dirangkulnya. Mereka jalan beriringan ke dalam rumah.

"You dah maafkan I ke?" Terpaksa dia mendongak mencari muka Ian.

"Hm. Aku mana boleh lama-lama marah dengan kau. Lagi lama aku marah, lagi susah aku nak bermanja," ujar Ian.

"Lagipun kau susah-payah belajar tarian itu semua untuk pujuk aku. Itu betul-betul luar jangkaan aku, wifey baby." Ian tertawa.

Alessandra mencebik. "Nak kena menari dulu baru nak maafkan I."

"Tahu tak yang, aku tidur semalam tak lena. Puas aku cari apa yang tak cukup, rupanya sebab tak peluk kau macam selalu. Terseksa jiwa aku," adu Ian.

"Siapa suruh marah I lama-lama? Kan dah tak dapat peluk," ejek Alessandra.

"Ya, lepas ini kita insaf taknak merajuk dah. Malam ini nak peluk puas-puas," pinta Ian.

"Thank God. Kesungguhan I membuahkan hasil juga. Tak adalah tersisa macam itu usaha I tebalkan muka menari tadi." Kali ini, baru Alessandra terhibur dengan perbuatannya. Tak sangka Alessandra, umur macam ini pun masih kuat menari.

"Right, kau menari saling tak tumpah macam Kareena Kapoor wifey baby," puji Ian.

Alessandra tersipu malu. "Really?"

"Tapi versi dark web."

Pap!

Ian mendesis kesakitan apabila dadanya ditampar kuat oleh sang isteri. Ini tangan atau Thanos?

"Jahat!"

Ku Kaf menggeleng dengan ketawa melihat anak dan menantunya bermain di bawah hujan tadi. Seronok dia melihat persembahan oleh Alessandra. Ingatkan wanita manalah datang buat tarian malam-malam buta di rumahnya ini. Alahai, zaman bercinta muda-mudi.

•••

Mereka berdua berbaring tenang menghadap siling. Masing-masing menunggu kantuk tiba. Alessandra merehatkan kepalanya di atas lengan sasa Ian.

"Wifey baby, pandang aku kejap." Ian bersuara.

Menurut, Alessandra angkat kepala memandang wajah suaminya.

"Okay, dah lepas rindu," ujar Ian dengan senyuman.

Alessandra mencebik. Terasa lembut usapan Ian di rambutnya.

"Wifey baby, kita belum berkesempatan nak pergi honeymoon lagi kan?" tanya Ian.

"Ya, kita sama-sama sibuk Ian. I sibuk dengan modelling, you pula sibuk dengan akademi." Alessandra mengeluh perlahan. Jari-jemari Ian yang tersarung cincin perkahwinan mereka disentuh.

"Nanti kalau kita betul-betul free, aku bawa kau pergi honeymoon okay? Tunggu sikit je lagi. Urusan tukar nama pemilik akademi itu dah nak selesai," pujuk Ian.

"I tak kisah pun bila-bila," balas Alessandra.

"Tak kisah? Maknanya kau taknak spend time dengan akulah itu. Tak apa, faham. Kita je sayang dia sorang." Nada Ian berbaur merajuk.

"Oh God, Ian please. I tak cakap macam itu pun!" Dada Ian ditampar perlahan.

"Esok cuti jom jalan-jalan? Nak tak?" cadang Ian memandangkan esok hari Sabtu. Lagipun duduk di rumah mereka tidak berbuat apa-apa.

"Nak pergi mana?"

"Jantung hati Ian ini nak pergi mana? Aku mestilah kena ikut, kalau tak ikut nanti aku tak hidup," jawab Ian. Dia dengan punchlinenya, berpisah tiada.

"I ada tengok kawan I post, dia pergi taman rama-rama. Macam seronok." Baru sahaja beberapa hari yang lepas dia melihat keseronokan Dahlia keluar bersama kekasih barunya. Entah siapalah kekasih makcik itu.

"Taman rama-rama? Tak payahlah. Hari-hari perut aku ini ada rama-rama berkepak bila tengok muka kau," selar Ian.

"Crocodile mouth," ejek Alessandra.

Ian tergelak kecil. Tak habis-habis nak samakan dia dengan buaya. Padahal dia lagi kacak daripada buaya.

"Kalau macam itu, apa kata kita pergi Zoo!" Alessandra semakin teruja. Sudah lama dia teringin melihat haiwan-haiwan di sana.

"Pergi Zoo kau nak tengok apa?" soal Ian pelik. Dia bukanlah pencinta haiwan sangat tapi kalau itu yang Alessandra mahu, pasti dia turutkan.

Bahagia isteri, bahagia dia.

"I teringin nak tengok haiwan yang comel-comel. Macam arnab, hamster, panda!" Riang sungguh suara Alessandra menjawab.

"Oh, kalau setakat arnab aku pun boleh jadi. Tengok ini." Ian menonjolkan gigi depannya. Sengaja dia meniru lagak seekor arnab.

Terletus tawa Alessandra dengan gurauan Ian. Lelaki ini sentiasa pandai menghiburkan hatinya.

"Main-mainlah."

"Kau taknak tengok pula monyet ke? Beruk ke? Chimpanzee ke?" Ian mengeratkan rangkulannya. Kakinya menggelung separuh badan Alessandra. Ah, selesa betul apabila berada dekat dengan isteri.

"Buat apa? Diorang itu bising, suka menari, tak reti duduk diam." Alessandra menggelengkan kepala terbayang haiwan-haiwan itu.

"Okaylah itu, boleh kau ajak diorang masuk team kau. Menari Bole Chudiyan," usik Ian.

"Ian Hayf! I buat semua itu sebab you merajuk tau!" Perut suaminya dicubit.

Ian tertawa besar.

"Sampai hati you gelakkan I," rajuk Alessandra. Dia mengesot ke tepi. Merajuk.

"Alolo, tak sayang tak. Kita suka awak buat semua itu. Comel." Dia memeluk erat tubuh isterinya yang mula ingin menjauh.

"Yelah itu," ujar Alessandra tak percaya.

"Ya, wifey baby. Dah jom kita tidur esok nak tengok rabbit. Ong ong!" ajak Ian. Haruman pada rambut Alessandra dihidu sepuasnya.

"Itu bunyi kataklah!"













TBC
terima kasih sebab masih sudi baca Ian.

Continue Reading

You'll Also Like

105K 5K 69
Benci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu te...
103K 6K 34
[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dal...
607K 6.8K 12
COVER EDITING!! Ayyan Mikael & Haira Irisha @ Brenda 𝐇𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐓𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒: ──── Senyuman sinis terukir dari bibirnya. Jari jemari kasarnya liar m...
40.5K 2K 26
|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23