Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

380K 23.9K 1.5K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45
Tengku Seducer: 46
Tengku Seducer: 47

Tengku Seducer: 26

7.4K 550 19
By escritordyanne

Sejak mereka bertengkar mulut, sosok Ian langsung tidak kelihatan. Gundah-gelana hati Alessandra sebagai seorang isteri. Serba salah pun ya kerana dia telah melukakan hati Ian. Jam dinding dilirik sekilas. Sudah masuk pukul 1 pagi.

Dia kalih ke kanan, kalih ke kiri tetap mata degil tidak mahu katup. Macam tahu-tahu sahaja dia menunggu si suami. Ralit memikirkan keberadaan Ian, tiba-tiba bunyi kuakan pintu. Ian sudah balik!

Matanya dipejamkan. Sengaja dia tidak mahu lelaki itu tahu dia menanti.

Ian meletakkan jam tangannya di atas meja solek. Dia sudah terlalu rimpuh kerana berjam-jam dia habiskan masa melepaskan geram pada punching bag di akademi. Wajah mulus Alessandra yang nampak seperti diulit lena direnung lama.

"Tidur pun cantik. Bila gaduh je kurang cantik sebab macam rimau," borak Ian sendiri. Mentang-mentanglah isterinya tidur.

Puas merenung wajah Alessandra, dia membawa diri ke dalam bilik air. Badannya berkeringat.

Mendengar sahaja pintu bilik air ditutup, Alessandra kembali celikkan mata. Kurang asam! Dia kata aku macam rimau? Tapi ke mana Ian pergi tadi?

Selesai membersihkan sisa-sisa peluh masin, dia keluar dengan hanya bertuala. Baju tidur di dalam almari dicapai dan disarungkan ke badan. Tempat di sebelah Alessandra menjadi tujuannya seperti biasa.

Alessandra hanya diam apabila terasa henyakan di sebelah. Pasti Ian sudah berbaring. Tak semena, dia terasa hempapan tangan kekar di bahagian pinggangnya. Sebelah mata dibuka sedikit untuk mengintai.

Kelihatan Ian peluk tubuhnya seperti malam-malam sebelum ini. Tak tahan dalam kepuraan, Alessandra bangun mendadak membuatkan Ian terbeliak. Belum tidur isterinya ini?

"You pergi mana? Kenapa baru sekarang balik?" sembur Alessandra bertalu-talu.

"Kau belum tidur?" tanya Ian.

"Belum. I tunggu youlah," jujur Alessandra.

"Oh."

Itu aje dia balas?

"You merajuk dengan I lagi ke Ian? Atau you masih marahkan I?" Pinggang Ian dicuitnya.

"Just sleep Malaiqa. Aku mengantuk dan aku penat. Baring cepat, nak peluk." Ian mendepakan tangannya. Boleh pula isterinya itu duduk sekarang ini? Alessandra tahu tak Ian tak boleh tidur tanpa human bearnya?

"Kenapa nak peluk I kalau you masih merajuk? Ingatkan dah tak sudi," omel Alessandra.

Ian mendocak selari tangannya menarik langsung Alessandra menyebabkan wanita itu terbaring elok di sisinya.

"Banyak mulut. Kita nak peluk itu bagi jelah," ujar Ian perlahan di sebalik samar-samar cahaya.

"Masalahnya you yang tak habis-habis lagi nak merajuk dengan I."

"Merajuk, merajuklah. Peluk tetap kena peluk," gumam Ian. Dia perketatkan lagi rangkulan di pinggang Alessandra. Gemar betul dia dengan wangian isteri.

"Gedik," ejek Alessandra. Dalam keterpaksaan pun, tangannya masih memeluk pinggang Ian.

"Shh, tidur. Esok kau kena bangun awal, kerja." Tangan Ian setia menepuk lembut badan Alessandra seolah-olah isterinya itu anak kecil yang perlu didodoikan.

"I bukan babylah!" tepis Alessandra.

"Kau wifey baby aku."

•••

Hari ini Alessandra terpaksa datang ke agensi sendiri disebabkan Ian mempunyai hal yang lebih mustahak. Padahal dapat dia rasakan lelaki itu masih mengelak untuk berdua-duaan dengannya. Malam semalam sahaja Ian dirasuk hantu manja. Pagi ini dirasuk hantu ice bear.

Sunyi sahaja kawasan agensi disebabkan masih awal. Kakinya berjalan dengan laju ke arah bilik. Alang-alang itu dia mahu lihat kembali semua gambar sewaktu fashion show.

Dahinya berkerut apabila melihat pintu biliknya terbuka sedikit. Dia tak kunci pintu ke sebelum balik kerja semalam? Rasanya dia jarang alpa.

Tempo langkahnya semakin dilajukan. Dia harus tengok dengan mata kepala sendiri jikalau ada orang lain yang menceroboh bilik pejabatnya. Sejurus sahaja pintu dibuka, terpampang satu tubuh tegap sedang membongkok di bawah meja. Rasanya dia cam dengan tubuh ini.

"Fahrel."

Teguran Alessandra membuatkan wajah Fahrel pucat membiru. Tak cukup dengan itu, kepalanya terhantuk pula pada meja. Lantas, dia berdiri tegak. Mukanya dimaniskan.

"Awak cari apa dalam pejabat saya?" soal Alessandra hairan. Matanya melilau melihat keadaan biliknya. Masih sama tiada apa-apa yang berubah.

"Tak ada apa-apa cik puan. Cik puan baru sampai?" tanya Fahrel prihatin.

"Kan saya dah kata panggil Sandra je."

Fahrel menggaru mukanya. "Oh, maaf silap."

"Awak buat apa dalam office saya pagi-pagi ini? Ada apa-apa yang awak nak?" Sekali lagi Alessandra mengutarakan soalan yang dibiar sepi oleh lelaki itu.

"T-tak ada cik- Sandra. Aku- Maksud saya, saya  cuma rasa butang baju saya tercicir dekat sini," jawab Fahrel.

"Really? Dah jumpa ke?" Alessandra mula hilang sangsi meskipun lelaki itu nampak gabra dari sebelumnya.

Laju sahaja Fahrel menggeleng. "Mungkin saya salah pandang. Tak apalah, saya keluar dulu."

"Fahrel, kalau boleh lepas ini jangan masuk pejabat I sesuka hati. Dalam ini banyak benda berharga dan privasi I. I cuma benarkan Ian masuk ke sini," pesan Alessandra tatkala Fahrel melintasinya.

Fahrel tersentak. Pesanan Alessandra dibalas dengan anggukan perlahan. Ketika dia berada di luar, hujung bibirnya naik tinggi.

Hampir berjam-jam dokumen di tangan direnung kosong. Entahlah semua moodnya berterabur hari ini.

"Woi!" Dahlia menampar kuat meja Alessandra apabila kawannya itu termenung jauh.

Alessandra berura-ura ingin mencampak pen ke wajah Dahlia. Berapa kali jantungnya nak terkeluar hari ini?

"Chill, bestie. Termenung jauh nampak. Fikirkan cik abang ke?" usik Dahlia sejajar dia selamba duduk di hadapan Alessandra.

"Kau nak apa? Aku tak ada mood ini," ujar Alessandra malas.

"Pelik. Jarang-jarang kau tak ada mood datang kerja. Aku panggil pun tak dengar. Kau apahal? Cuba cerita," desak Dahlia. Dia kan makcik kepochi.

Terdengar keluhan meniti keluar dari bibir Alessandra. "Dahlia, aku rasa aku dah kecewakan Ian."

"Maksud kau?"

"Ian. Dia taknak bercakap dengan aku sejak semalam. Selalunya, buka je mata bangun tidur mesti ada je benda yang dia bebelkan, tapi tadi dia senyap," luah Alessandra.

"Lah, pasal itu je? Biasalah itu, mungkin Ian tak bercakap sebab dia takut mulut dia busuk ke? Maklumlah bangun pagi tak gosok gigi lagi kan." Dahlia berloyar buruk.

"Dahlia, be serious. Ini kali pertama sepanjang kitorang berkahwin Ian itu taknak cakap langsung dengan aku," tegas Alessandra bercerita.

"Maknanya dia marahkan kaulah itu. Dia marah sebab apa? Pasal fashion show hari itu?" teka Dahlia. Rasanya kalau dia jadi Ian pun dia akan geram.

Alessandra angguk lemah. "Aku ingatkan malam semalam dia peluk aku itu, kitorang dah okay. Rupanya masih sama."

"Kalau macam itu, apa susah? Kau pujuklah laki manja kau itu. Dia suka apa? Peluk? Kau peluklah dia sampai dia cair," cadang Dahlia.

"Tak mudah kali ini Dahlia. Aku dah cuba buat semua benda tapi tak jalan. Selalu dia happy bila aku panggil 'husband baby' tapi pagi tadi tak." Alessandra sandar lemah pada kerusi.

"Aduh gawat ini. Kalau macam itu, kau tahu apa-apa yang Ian suka tak? Maksud aku benda yang betul-betul dia suka?" tanya Dahlia dengan idea yang mula berpancang di mindanya.

"Racing? His Baby Black? Hindustan?" Satu persatu kegemaran suaminya disebut.

"Kau lupa satu benda yang dia suka. Dia suka kau. So, apa yang aku nak simpulkan di sini ialah kau perlu buat benda yang menghiburkan hati dia menggunakan diri kau," ujar Dahlia panjang lebar.

"Aku tak fahamlah."

"Meh sini, aku bisik." Dahlia bangun sedikit untuk berbisik di telinga Alessandra.

"Wait what? No way!" Alessandra bangkit tegak. Idea Dahlia langsung tak tercapai dek akalnya.

"Terserah pada kau. Aku dah bagi cadangan," kata Dahlia selamba. Hujung kukunya ditiup.

"Kau yakin ke cara itu berkesan?" soal Alessandra dengan penuh ragu-ragu.

"Trust me bestie. Budak muda sekarang memang itu yang diorang gemar." Dengan yakin Dahlia menyalurkan secebis sokongan kepada Alessandra.

Baru sahaja Alessandra ingin membalas, bunyi ketukan di pintu mengunci mulutnya.

"Masuk."

Terpacul wajah Fahrel.

"Yes Fahrel? Ada apa lagi? Butang baju you yang mana pula tertinggal kali ini?" usik Alessandra.

Fahrel tayang riak pelik. "Butang baju apa Sandra?"

"Lah, tadi you jugak cakap you cari butang baju you dalam office I." Alessandra menyilangkan tangan di dada.

Fahrel cuma beriak kosong sebelum dia kembali tersenyum.

"Oh, pagi tadi. Ya, ya. Sorry Sandra saya betul-betul lupa pasal itu. Ini, saya datang cuma nak cakap lepas ini saya akan teman cik Sandra ke press conference para model," beritahu Fahrel.

"Pukul 3 kan? Nanti I persiapkan diri. Thanks Fahrel," balas Alessandra.

"No problem."

Dahlia memandang sepi kelibat Fahrel yang semakin menghilang di sebalik dinding.

"Misteri betul bodyguard kau itu. Hari-hari pakai topeng. Dah macam artis popular dulu itu.. Ha! Encik Mimpi! Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu." Dahlia bernyanyi. Memang Fahrel menyerupai artis itu, suka memakai topeng untuk menutup identiti diri yang sebenar.

"Shut up Dahlia. Sekarang kau kena tolong aku. Macam mana caranya tadi?" Perbualan mereka kembali rancak.

Misi Meluluhkan Hati Ian Yang Manja.

•••

"You pergi mana Dilan? Kenapa baru sekarang munculkan diri?" Suara ruangan tamu bergema dengan suara Qasarina. Terjengket-jengket dia mengejar langkah suaminya.

"I penat. I nak tidur Qas."

"Nak tidur lagi? Sudah-sudahlah itu. Baik you pergi kerja, buat duit untuk sara anak ini!" tempik Qasarina. Dia sudah hilang sabar.

Semalam, dia tidak boleh tidur sehingga jam 4 menunggu kepulangan Dilan, tetapi lelaki itu tidak pulang ke rumah.

"Boleh diam tak? I cakap I nak tidur, maknanya I nak tidur!" Suara Dilan mencanak naik tinggi.

"Kenapa you tiba-tiba berubah lepas kita kahwin? You dah tak sayangkan I dengan anak ini ke?" Perutnya yang memboyot ditunding.

Mata Dilan turun ke arah perut Qasarina.

"Pastikan anak itu sah taraf dulu baru kita fikir cara nak besarkan dia," ujar Dilan tak berperasaan sebelum dia mendaki tangga untuk mendapatkan tidur yang terbengkalai malam tadi.

"Dilan! How could you!" Qasarina mengesat air matanya yang mencurah turun. Sungguh dia tidak menyangka Dilan boleh tergamak seperti itu.

Dia jatuh terduduk di bawah lantai. Adakah ini semua pembalasan atas dosanya kepada Ian?

Saat dia sibuk melayani perasaan, satu tangan menghulurkan tisu. Dia angkat kepala dengan air mata yang masih bercucuran.

"Ian."

Ian memandang kosong kondisi Qasarina yang lemah. Dia balik awal ingatkan mahu bertenang, tetapi ternampak pula wanita itu di sini.

"Lap air mata itu, dan pergi isi perut kau," arah Ian mendatar.

"Thanks, Ian. I tak sangka you masih peduli pasal I." Qasarina menyambut tisu di tangan Ian.

"Kalau Malaiqa ada dekat sini pun dia akan buat benda yang sama dengan aku. Tak ada apa yang istimewa," kata Ian. Dia ingin bergegas naik ke bilik.

"I-ian, I minta maaf," ucap Qasarina.

"Dilan ada?" soal Ian mengabaikan kata maaf wanita itu. Dia sudah muak.

Dengan lemah, Qasarina mengangguk.

Ian berpaling dan terus menuju ke arah bilik Dilan. Tak mengetuk seperti biasa, pintu bilik Dilan dirempuhnya. Dilan nampak terkejut dengan kehadiran Ian. Sudah lama dia tidak bersua dengan lelaki itu.

Beberapa helaian kertas putih dicampak kasar di atas badan Dilan yang terkujur di atas katil.

"Sign. Akademi itu bukan bawah kau lagi," arah Ian tegas.

Dilan tergelak sinis. "Seronoklah kau kan? One step closer untuk kau warisi semua harta ayahanda. Dia pun dah taknak tolong anak dia sendiri sekarang."

Terimbau betapa terdesaknya dia meminta tolong Ku Kaf untuk memberinya kerja, tetapi alasan Ku Kaf tetap sama. Dia mahu anak-anaknya semua berdikari tanpa mengharapkan hartanya.

"Bukan kau lagi seronok? Anak kau dah nak keluar, satu-satunya 'cucu' dalam keluarga Ku Kaf," sindir Ian walaupun dia tahu yang Dilan tersilap langkah. Mustahil untuk anak tidak sah taraf boleh menjadi pewaris harta pusaka.

"Kenapa kau nampak tenang? Padahal bini kau belum mengandung pun lagi!" tempik Dilan.

Ian menolak isian pipinya dengan lidah. "Asal? Kau takut kalau Malaiqa mengandung?"

"Kau tak layak jadi bapak kepada anak Malaiqa! Kau cuma gunakan dia dan anak itu untuk kepentingan diri kau sendiri!" Dilan mencengkam leher Ian.

"Habis itu? Siapa yang layak? Kau? Tuih," ludah Ian.

"Kau sendiri guna jalan pintas dengan mengandungkan Qasarina tanpa ikatan yang sah. Sekarang kau nak berlagak baik depan aku?" perli Ian sedas.

"Tak ada kena mengena dengan Qas!"

"Sekurang-kurangnya aku dengan Malaiqa saling cinta dan kitorang akan jaga anak kitorang dengan baik. Kau?" Ian menepis kasar genggaman Dilan di kolarnya.

"Sandra tak cintakan kau!"

Terletus tawa sinis Ian. "Tak apalah Dilan, kau teruskan hidup kau dan aku teruskan hidup aku. Aku tahu nak buat apa dengan perkahwinan aku. Sign perjanjian itu, dan kita selesai."

Ian meninggalkan Dilan dengan amarahnya. Lebih baik dia rehatkan diri. Telefon pintar di kocek seluarnya dibawa keluar. Bertalu-talu pesanan daripada Alessandra termasuk gambar selfie isterinya itu. Pipi bulat isterinya yang jelas ternampak menerbitkan senyuman di bibir.

"Cantik. Pipi gebu dah macam koala," gumamnya sendiri.

It's okay Ian, steady. Kau kena tunjuk kau bukan suami yang lemah.








TBC

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 45 2
The Edrean Hazeeq | his dark lady 𝐄𝐃𝐑𝐄𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐙𝐄𝐄𝐐 & 𝐂𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐌𝐘𝐍𝐀 " aku akan pastikan kau akan mati di tangan aku " - Edrean...
696K 40.1K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...
41.8K 2.8K 39
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen meran...
2.1M 74.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...