Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

380K 23.9K 1.5K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45
Tengku Seducer: 46
Tengku Seducer: 47

Tengku Seducer: 25

7.6K 543 30
By escritordyanne

TIBALAH hari Alessandra akan memperagakan koleksi baju Madam Laia. Bilik persalinan yang penuh dengan orang ramai membuatkannya terasa sesak. Sudahlah payah ingin menukar baju di sini.

Ian yang dari tadi memerhati gelagat Alessandra mengeluh perlahan. Inilah salah satu punca dia berat hati ingin memberikan keizinan kepada wanita itu untuk menjadi model.

"Fahrel, tolong aku. Cari mana-mana bilik kosong untuk isteri aku tukar pakaian," arah Ian kepada Fahrel yang setia berdiri di sebelahnya. Sentiasa berjaga-jaga.

"Bilik kosong? Untuk apa?" tanya Fahrel.

"Kau ada nampak Sandra itu selesa nak tukar baju dia dekat sini? Semua dalam ini dah macam ikan sardin. Bini aku itu ikan emas, kena jaga elok-elok. Pergi cari bilik," terang Ian tegas.

Sejujurnya, pada mula dia memang tak berkenan dengan Fahrel tetapi lelaki itu memang cekap menjalankan tugas sebagai bodyguard Alessandra. Kurang sikit kerisauan yang mencengkam dirinya.

"Baik." Fahrel akur.

Ian bersandar di tepi pintu menanti Alessandra yang masih terkial-kial. Sudahlah tiada seorang pun yang menolong isterinya itu.

Tiba-tiba ada seseorang yang berbadan tegap melanggar bahunya yang baru ingin melangkah ke arah Alessandra.

"Sorry," ucap lelaki itu perlahan. Di tangan lelaki itu ada memegang pelbagai kanvas lukisan dan cat warna. Mungkin ini pelukis yang dijemput hari ini.

"Tak apa," ujar Ian tak lama kemudian.

Dia terus menghayunkan kaki ke arah Alessandra meninggalkan jejak lelaki tadi.

"Malaiqa, tunggu sekejap. Aku suruh Fahrel carikan bilik kosong untuk kau," beritahu Ian.

"Bilik kosong? Untuk I ke?" tanya Alessandra hairan. Baju yang akan diperagakan nanti masih berada dalam genggamannya.

"Yelah, untuk kau. Bilik ini tak sesuai untuk perempuan tukar baju. Ramai lelaki yang tengok." Mata Ian menjeling tajam beberapa model lelaki sembari tangannya memegang baju-baju Alessandra. Alahai, kasihan isteri.

"Sandra, saya dah carikan bilik. Jomlah," sapa Fahrel dengan tercungap-cungap.

"Aku suruh kau cari bilik kosong bukan buat bilik sampai kau letih macam ini," sindir Ian.

Fahrel menggosok tengkuknya. Dia sendiri tak tahu mengapa dia cepat penat.

"Thanks Fahrel. You're the kindest bodyguard ever," puji Alessandra ikhlas.

"Yang. Ini tak adil ini yang. Aku yang suruh dia carikan bilik untuk kau tapi dia dapat nama?" selar Ian.

"You suruh pakai mulut je, tapi dia pakai seluruh organ dia. Kan Fahrel?" Wajah kepenatan Fahrel dikerling sekilas sebelum dia mula mengorak langkah ke arah bilik yang diperkatakan lelaki itu.

Ian cemberut sendiri.

•••

IAN hanya berdiri di tepi menonton setiap sesi peragaan baju Alessandra. Sudahlah baju isterinya itu semua tak cukup kain. Memang teruk fesyen zaman sekarang. Makin lama dia tonton, makin membengkak hati memikirkan lelaki lain seronok melihat tubuh isterinya, namun sedaya-upaya dia cuba kawal. Dia tidak mahu menjadi punca rosaknya impian Alessandra.

Fahrel yang dari tadi berdiri di sebelah dijeling.

"Ehem. Kau kerja untuk Sandra berapa lama?" Ian cuba berborak dengan Fahrel di sebelah. Lelaki itu tampak dingin dengan seluruh baju hitam.

"Saya kerja selagi mana Sandra bergelar model di Agensi X. Kenapa itu?" balas Fahrel mendatar.

"Saja. Aku cuma nak tahu. Kalau boleh aku nak kau kerja lama sikit jaga dia, sebab kau buat kerja boleh tahan cekap," puji Ian. Dia tak boleh nafikan perkara itu.

Fahrel tergelak kecil. "Kalau jaga orang yang kita sayang, memang akan cekap."

"Apa kau cakap?" soal Ian apabila dia tidak dapat mendengar dengan baik disebabkan suasana yang hiruk-pikuk.

"Tak ada apa. Sandra memang cantik kan?" Tiba-tiba Fahrel menukar topik.

"Isteri Ian, mestilah kena cantik." Ian menyungging senyum.

"Baik, tibalah masa untuk acara terakhir yang dinanti-nantikan. Penukaran baju secara langsung di atas pentas bersama Cik Alessandra Malaiqa!" Suara pengacara majlis diikuti dengan tepukan gemuruh yang bergema di seluruh ruangan menyentakkan dua jejaka daripada terus berbual.

"What the hell?" Ian terus menghampiri pentas peragaan.

"Sabar semuanya. Jangan salah faham lagi. Penukaran langsung ini bermaksud Cik Alessandra akan cuba menukar koleksi sekarang kepada koleksi lain dalam masa 10 saat di hadapan kita semua," terang pengacara majlis itu lagi.

Alessandra tersenyum kelat. Dia tidak tahu menahu tentang sesi ini tapi memikirkan ini salah satu skop kerja, terpaksalah dia pura-pura tahu.

"Kita akan sediakan langsir khas untuk model kita!" Tepukan gemuruh beserta sorakan riang mula meriuhkan ruang kembali.

Langsir khas yang disediakan itu sangat lutsinar sehingga boleh menampakkan isi dalam. Ini yang mereka guna untuk tutup badan Alessandra?

Tiba-tiba bunyi mikrofon yang berdengung membuatkan seisi dewan menutup telinga mereka. Bunyi ini selalu terjadi kalau ada dua mikrofon yang dibuka serentak.

"Seronok korang nak jadikan isteri aku bahan tontonan?" Satu suara garau melalui mikrofon memenuhi dewan.

Spotlight mula mencari gerangan yang memegang mikrofon sehinggalah terhenti kepada seorang jejaka yang memakai jaket kulit hitam beserta kemeja putih.

"Ian," seru Alessandra perlahan.

"Aku tanya, seronok ke jadikan isteri aku bahan tontonan?" Senyuman palsu ditayangkan. Kalau ikutkan hati, sudah pecah muka mereka semua.

"Isteri kau siapa?" jerit seorang penonton.

Ian tergelak sinis. "Kau tengok depan, yang mana cantik? Yang kanan ke kiri?"

"Kiri!" Mereka semua menyebut kedudukan Alessandra.

"Tahu pun. Tak akanlah isteri aku lelaki berambut biru pacak tengah itu?" sindir Ian pedas.

Pengacara majlis di sebelah Alessandra menyentuh gaya rambutnya. Tak cantik ke gaya dia hari ini?

"Kalau korang nak sangat tengok orang tak pakai baju, meh sini tengok aku. Kalau nak tengok badan tentera, bagitahu aku. Aku ada seorang kawan," perli Ian sampai Mighdad diheretnya sekali.

Gurauan Ian mengundang tawa semua tetamu yang hadir.

"Hey you, wifey baby. Inilah sebab aku taknak kau ikut serta peragaan ini. Benda macam ini menaikkan darah akulah sayang." Kali ini fokus Ian teralih kepada Alessandra yang membatu.

"Cukup-cukuplah peragaan baju kau itu. Sekarang, turun dan kita balik. Kau boleh sambung tukar baju kau dekat rumah, depan aku," arah Ian sekali gus kakinya makin menghampiri depan pentas.

"I-ian, I tak boleh," tolak Alessandra dengan suara yang amat perlahan. Dia mengharapkan lelaki itu dapat membaca gerak bibirnya.

Sesampai sahaja dia di hadapan pentas, terpaksalah Ian mendongak sedikit untuk melihat Alessandra.

"Take my hands, kita balik. Enough is enough." Sekali lagi Ian ulang arahannya. Tangan kanannya dihulurkan ke arah Alessandra yang masih tercegat.

Alessandra mencangkung untuk merapatkan kedudukannya dengan Ian di bawah.

"Ian, mana boleh I pergi macam itu je. Ini semua kerja I. Kalau Madam Laia marah macam mana?!" bisiknya.

"Alessandra Malaiqa, kemarahan makcik itu tak terbanding dengan rasa marah aku dan marah Tuhan sekarang ini. Aku ulang sekali lagi, turun." Suara Ian semakin keras. Tiada langsung bunyi kemesraan.

Alessandra menggulingkan biji mata. Suka hati aje nak panggil orang makcik!

Dia masih berkira-kira. Jikalau dia turun sekarang, dia akan kehilangan pekerjaannya. Tapi kalau dia berdegil, bagaimana dengan Ian?

"Ian, please. Faham situasi I," lirih Alessandra sayu. Dia juga tidak berkehendak dengan acara itu, tetapi dia amat mementingkan tugasnya sebagai seorang model.

Ian mengeluh perlahan. "Kau betul-betul nak buat?"

Alessandra mengangguk laju. Dia harap sangat Ian boleh faham.

"Kalau macam itu, terpaksalah aku biarkan kau," ujar Ian pasrah.

Akhirnya, wanita itu tersenyum.

"Tapi aku nak balik. Aku tak sanggup tengok," pinta Ian selari dia mula mencabut jaket kulit daripada tubuh. Mungkin panas.

"Habis itu I nak balik dengan siapa?" Alessandra menjuihkan bibir. Dia nak balik dengan Ian, taknak orang lain.

"Fahrel ada," jawab Ian ringkas.

"Yelah," akur Alessandra.

"Meh salam aku dulu." Sekali lagi Ian menyuakan tangannya untuk disalam oleh isteri tercinta.

Dengan riak sedih, Alessandra sambut jua huluran Ian. Tangan kekar Ian dikucup sekejap.

Ian tersenyum sinis sebelum dia menarik kasar tangan Alessandra membuatkan wanita itu tepat terjatuh di atas bahunya. Dia merangkul kaki isterinya agar tidak tergolek.

"Got you, wifey baby."

Tetamu yang hadir turut terkejut dengan tindakan spontan Ian. Macam guni beras diangkat isterinya itu!

"Ian?" soal Alessandra terpinga-pinga.

Ian tersenyum senget. "Kau memang silap kalau kau fikir aku akan biarkan kau tayang badan kau depan semua orang. Kau milik aku."

"Ian, it's not funny. Let me go!" Badan belakang Ian ditampar berkali-kali.

"Tak sakit tak sakit welk!" ejek Ian. Kakinya mula bergerak meninggalkan dewan.

"Ian! Berani you tipu I?! Lepaskan I!" ronta Alessandra.

Ian hanya mengabaikan permintaan Alessandra. Terpaksalah hanya sebelah tangan digunakan untuk menutup badan belakang isterinya yang terdedah dengan jaket kulit. Pantang betul apabila badan Alessandra menjadi tontonan lelaki lain.

Fahrel yang dari tadi menjadi pemerhati tertawa perlahan.

"You're so full of surprises, tengku. Kau dengan bini kau sama-sama penuh muslihat." Dia cepat-cepat ingin mengekori langkah mereka berdua.

Sejurus sahaja kakinya memijak lantai luar dewan, fokusnya terganggu. Beberapa potret lukisan kanvas Alessandra ketika memperagakan baju tadi direnung lama oleh Fahrel. Penumbuknya dikepalkan.

•••

Ian elok bersandar di kepala katil memerhati Alessandra yang dari tadi mundar-mandir dalam keresahan.

"Duduk wifey baby. Come to me, kita peluk-peluk. Janganlah buat aku pening," arah Ian.

"You fikir pening you je? Pening I? Matilah kalau Madam Laia marah!" bidas Alessandra. Geram betullah dengan Ian ini.

"Makcik itu tak akan marah kau. Aku akan cakap dengan dia nanti," balas Ian. Dia mula berdiri ingin menenangkan isterinya.

"You cakap senanglah sebab bukan you yang kena nanti." Dia menjauh daripada Ian.

"Memang senang. Aku cuma perlu gerakkan lidah atas bawah, depan belakang." Ian cuba berjenaka.

"Funny. Dahlah I nak tukar baju. Tepi."

"Kenapa kau tak tukar baju kau dekat sini?" soal Ian sejajar tangannya diselukkan ke dalam poket seluar.

"Kenapa I kena tukar baju dekat sini pulak? Biasa I memang tukar dalam bilik air," jawab Alessandra.

"Then hari ini buka baju kau sini. Depan aku."

"Kenapa I kena buka baju depan you pula?" Alessandra berpeluk tubuh. Sungguh dia tak mengerti apa yang Ian ingin sampaikan.

"Aku kata, buka baju." Ian tekankan arahannya. Tiada langsung secalit senyuman di bibir. Kali ini dia betul-betul serius.

"I taknak I malu." Alessandra menolak permintaan Ian. Masakan dia mahu tukar baju di hadapan lelaki ini? Dia masih ada rasa malu meskipun sudah berbulan-bulan menjadi suami isteri yang sah.

"Malu?" Sinis kedengaran tawa Ian. Selangkah demi selangkah dia susur ke arah isteri.

"Depan suami sendiri kau tahu malu. Depan semua penonton lelaki tadi itu tak tahu malu pula kau?" perli Ian.

"What do you mean?" Kerutan di dahi Alessandra semakin jelas kelihatan.

"Kau masih nak buat acara terakhir itu, Malaiqa!Kalau aku tak dukung kau bawa balik rasanya dah tersebar gambar-gambar kau atas pentas itu." Suara Ian naik seoktaf.

Alessandra memicit puncak hidungnya. "Itu cuma kerja Ian. I cuma peragakan baju Madam Laia. You sendiri tahu skop kerja I."

"Tapi kau sendiri tak tahu kan acara terakhir itu wujud? I can read your face, wifey baby," duga Ian.

Alessandra terkelu seolah-olah lelangitnya lari daripada mencecah lidah. Macam mana Ian boleh sedar perkara itu?

"Lagi satu, semua baju yang diorang bagi untuk kau pakai tadi tak cukup kain. Kau sedar tak?" sembur Ian lagi.

"Samalah dengan pelakon hindustan you yang menari bergelek sana sini itu," gumam Alessandra. Macamlah dia tak perasan suaminya itu memang gemar menonton cerita hindustan.

"Kau cakap apa?" Gerun untuk menafsirkan pandangan mata Ian terhadap isterinya sekarang ini. Ada ke pula dibandingkan dengan wanita hindustan?

"Look, Ian. I nak buat macam mana lagi? You jugak yang beri keizinan pada I kan? Lagipun, model lain pun akan buat benda yang sama." Alessandra masih tidak mahu kalah.

"The problem here is they're not my woman. But you! You're my woman, Malaiqa!"

Alessandra tersentak dengan jerkahan Ian.

"Sehelai rambut kau pun kalau boleh aku taknak diorang tengok.." Hujung rambut Alessandra dipintalnya.

"Inikan lagi nak bagi diorang tengok satu badan kau."

Alessandra mendengar dengan tekun. Rasanya, ini sisi Ian yang dahulu waktu kali pertama mereka berjumpa. Dingin dan tidak berperasaan.

"Aku tak suka diorang tengok badan isteri aku. Kau faham tak?" Sedaya-upaya Ian mengawal ton suaranya. Dia sama sekali tidak suka meninggikan suara kepada wanita terutama wanita itu isterinya.

"Bukan setiap masa I kena jadi hak you. You ingat jadi model ini senang ke? Susah juga untuk I." Lembut sahaja Alessandra memadamkan api yang membara dalam diri Ian.

Ian menarik nafas dalam sebelum nafasnya dihembus kasar. Hilang sudah sabarnya ini.

"You know what Malaiqa? Up to you. Aku cakap apa-apa pun tak akan masuk dalam kepala kau. Nak sangat sertai fashion show itu? Pergi. Suruh Fahrel hantar," jawab Ian sembari dia melintasi Alessandra untuk keluar dari bilik. Lagi lama dia disitu lagi susah untuk dia kawal kemarahannya.

"Posesif."

"Apa kau cakap?" Ian berhenti berjalan.

"You. Posesif!" ulang Alessandra.

Ian menolak isian pipinya dengan lidah. "Kau kata aku posesif? Kau belum tengok sisi posesif aku yang sebenarnya."

"Then show me. Try to touch me." Sengaja Alessandra ingin menguji lelaki itu.

Ian merenung dalam mata isterinya. "Jangan cabar aku wifey baby."

"I said, try to touch every inch of my body, Tengku Ian Hayf Kafrael. Lagipun you macam dah lupa niat asal you kahwin dengan I. You perlukan anak untuk balas dendam pada Dilan kan?" Alessandra masih tekad mencabar ego Ian.

"Aku tak perlukan semua itu lagi. Aku cuma perlukan kau, Malaiqa." Suara Ian makin tenggelam tatkala dia mula turun untuk melabuhkan ciuman pada bibir munggil sang isteri.

Tok tok!

Baru sahaja Alessandra ingin dibawa ke dunia rama-rama ciptaan suami, bunyi ketukan pada pintu mencelah momen mereka.

"Saved by the door." Ian senyum sinis.

Sebelum dia membuka pintu, satu gigitan halus di leher Alessandra ditinggalkan membuatkan wanita itu mendesis kesakitan.

"For now cukup aku tinggalkan tanda yang kau milik aku," katanya mendatar.

Pintu bilik dibuka. Terpacul wajah bibik mereka.

"Tengku Ian, Ku Kaf panggil masuk ke dalam bilik kerja. Ada hal yang nak dibincangkan," beritahu bibik.

"Ku Kaf?" Ian bertanya dengan seribu kerutan di dahi. Jarang sekali ayahanda ingin berbual di bilik kerja.

"Ya, tengku. Sekarang."

Ian mengangguk perlahan. Nak taknak terpaksalah dia turutkan jua.

•••

SUASANA suram di bilik Ku Kafrael hanya ditenung lama oleh Ian. Sejak dia masuk, ayahanda sibuk menyusun dokumen dan dia diarahkan untuk duduk di luar menunggu.

"Son, mari sini," panggil Ku Kaf.

"Ada apa ayahanda?" Ian terus menyembur dengan soalan. Dia bukannya boleh berjauhan lama dengan Alessandra.

"Ian dah sihat?" soal Ku Kaf langsung.

Ian mengangguk. "Alhamdulillah."

Suasana janggal sebentar.

"Terima kasih sebab masakkan bubur untuk Ian waktu itu," ucap Ian tiba-tiba.

Sanubari seorang ayah bagaikan direntap oleh seorang anak. Buat pertama kali ada perkara baik yang dia lakukan untuk anaknya, dan buat pertama kali Ian nampak ikhlas berterima kasih dengan dirinya.

"Sama-sama. Sebenarnya, tujuan ayahanda panggil Ian masuk ke sini sebab nak bincang pasal harta pusaka. Are you ready?" Ku Kaf membawa keluar satu fail besar.

"Harta pusaka? Rasanya lebih baik ayahanda berbincang dengan Dilan. Dia anak kandung," bidas Ian.

"Ian pun anak kandung ayahanda. Selama-lamanya kenyataan itu tak akan berubah. Ayahanda tak kutip Ian dekat rumah anak yatim itu melainkan ayahanda cuma ambil balik hak ayahanda," tegas Ku Kaf membetulkan salah faham yang berselirat antara mereka dua beranak.

Ian diam.

Ku Kaf mengeluh perlahan. "Ian, sampai masanya nanti bila semua dokumen dah siap, ayahanda sendiri akan beri pada Ian."

"Hari itu Maisarah datang jumpa Ian? Dia cakap apa?" Setelah lama dia peram soalan itu, akhirnya terluah juga.

"Ayahanda tahu dari mana?" Kening Ian bertaut.

"Just answer my question, son," tegas Ku Kaf bersuara.

"Jadi perempuan itu memang umi Ian?" Soal Ian.

Dengan perlahan, Ku Kaf mengiyakan. "She's your mother."

"Kenapa dia baru muncul sekarang?" Hati Ian ibarat direnyuk seperti kertas yang tak mungkin akan kembali cantik.

"I don't know son. Ayahanda dah bagi amaran untuk dia jangan dekat dengan Ian, tapi dia degil," luah Ku Kaf resah.

"Dia tahu tak apa yang dia dah buat pada hidup Ian?" Soalan itu berlegar dalam minda Ian.

"Orang macam dia tak akan pernah sedar. Ayahanda minta maaf, disebabkan kecuaian ayahanda dia boleh jumpa Ian sampai Ian demam hari itu. Lepas ini kalau dia datang lagi beritahu ayahanda," ucap Ku Kaf kesal. Dia amat pantang kalau ada makhluk yang menyakiti anak-anaknya.

"Kenapa? Ayahanda nak buat apa?" Ian tayang riak wajah hairan.

"Nak smack down dia."

Terletus tawa kecil Ian. "Ayahanda itu dah tua, mana larat."

Ku Kaf tergelak.

"Ayahanda suka tengok Ian yang sekarang. Ceria, dan pandai buat lawak. Tak macam dulu, 24 jam serius," usik Ku Kaf.

"Nak buat macam mana, Ian tak boleh pilih nak jadi serius atau lawak. Sebab Ian buat apa-apa pun memang menawan." Dia angkat bakul sendiri.

Untuk kesekian kalinya, Ku Kaf tergelak. Aduhai, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.





TBC

Continue Reading

You'll Also Like

18.4K 511 32
#Book 1 in Mine Series "Can we get ice cream?"-Liana "Kiss me first."-Azrul .......... Tengku Azrul Affendi. Nama segah personaliti tuan empunya bad...
51.5K 2.2K 176
Ahli politik adalah tempat di mana rakyat mengadu nasib, dan tempat di mana rakyat melemparkan marah. Tetapi politik ini adalah percaturan dalam per...
19.2K 1.3K 41
"Baru aku tahu sebenarnya susah jadi terlajak femes ni!" - Senja Qalillah Susahlah jadi orang terhangat di pasaran ni! Senja Qalillah dalam dilema...
21.3K 280 6
"Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil...