Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

380K 23.9K 1.5K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45
Tengku Seducer: 46
Tengku Seducer: 47

Tengku Seducer: 15

8.3K 493 49
By escritordyanne

"SEGAK tak aku?" soal Ian di luar pintu wad Aaron. Hari ini, mahu tak mahu dia tetap harus perkenalkan diri di hadapan mama dan papa Alessandra.

Alessandra menilik tubuh Ian dari atas sampai ke bawah. Kemas dengan rambut disikat rapi, baju kemeja lengan pendek berwarna hitam dan seluar jeans putih. Perfect!

"Segak. Macam ejen pelancongan," gurau Alessandra.

Ian berdocak. "Betul-betullah Malaiqa. Aku ini nak jumpa bakal bapak mertua aku. Kalau aku tak kacak, mesti papa kau fikir anak perempuan dia ini tak pandai pilih lelaki nak dijadikan suami."

"Papa I bukannya berfikiran kolot macam itu. Nak berfikir pun, otak papa I sakit sekarang ini."

"Okay lagilah papa kau ada boleh nak fikirkan pasal kau walaupun sakit, daripada aku? Aku ibu ayah pun tak ada," lontar Ian.

"You jangan nak dark jokes dengan I boleh tak?"

"Siapa yang mula dulu? Kau juga," bidas Ian. Dia yang mulakan, dia yang panas.

"Haih, newlyweds. Nak berdiri berapa lama dekat luar? Sandra, papa dah tunggu dekat dalam. Tak sabar nak jumpa bakal menantu dia yang helok ini," tegur umi.

"Youlah ini nak bergaduh dengan I," marah Alessandra. Dia mendengus sebelum mendahului langkah Ian.

"Not too fast, Malaiqa. Gentleman first." Ian menarik kepala Alessandra sebelum kini kedudukan mereka berubah. Ian masuk terlebih dahulu.

Tak guna punya Ian, melawan hukum alam.

Masuk sahaja mereka ke dalam ruangan wad yang sunyi sepi, kepala Aaron siap memerhatikan sosok tubuh Ian.

"Hai, papa! Papa macam mana hari ini? Sihat?" Alessandra memulakan bicara terlebih dahulu. Takkanlah nak suruh Ian dahulu kan?

Aaron angguk perlahan. "Sihat macam inilah. Sandra bawa siapa ini?"

"Sandra bawa bakal suami Sandra, bakal menantu papa," jawab Alessandra. Dia duduk di birai katil, sesekali tangannya meliar mengurut seluruh kaki Aaron.

"Assalamualaikum uncle." Ian tunduk untuk menyalam tangan lelaki berumur yang terlantar di atas katil. Cuma kelihatan mata yang sipi-sipi terbuka.

Kepalanya terasa berat. Tangan Aaron mengusap puncak kepalanya.

"Nama siapa ini?" tanya Aaron dengan nada suara yang sangat perlahan.

"Ian. Ian Hayf, uncle." Ian hadiahkan senyuman semanis gula.

"Uncle tak pernah tahu pula Sandra ada berkawan dengan lelaki. Maklumlah, uncle habiskan masa cuma terlantar menyusahkan Sandra," nyata Aaron.

"Mana ada papa susahkan Sandra," nafi Alessandra.

"Macam mana kamu boleh berkenalan dengan Sandra? Bercinta dah lama?" siasat Aaron lagi.

"Sandra dengan Ian tak berc-"

"Saya yang sukakan Malaiqa dulu uncle," pintas Ian laju.

"Malaiqa?" Aaron memandang isterinya sekilas meminta jawapan.

Callista hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.

"Yes, Malaiqa."

"Kenapa Ian panggil Sandra, Malaiqa? Tak pernah-pernah uncle dengar orang panggil Sandra macam itu," ujar Aaron dengan sengihan.

"Dalam hidup ini, pasti ada seseorang yang kita anggap sebagai malaikat sebab bagi kita kehadiran dia ibarat anugerah daripada Tuhan," jawab Ian panjang berjela.

"Seseorang dalam hidup Ian itu, Malaiqa. Sebab itu Ian suka nama itu lagi. Dan Ian pasti, uncle dengan aunty cantik pun beri nama itu pada dia sebab Malaiqa ibarat malaikat kecil yang membahagiakan uncle dan aunty cantik. Betul tak?"

Aaron dan Callista tertawa serentak. Petah betul Ian ini menjawab. Kata-katanya menenangkan hati pula itu. 

Manakala, Alessandra dia cuma mampu terkesima dengan jawapan Ian. Dia sendiri tidak pasti apakah ada kejujuran dan keikhlasan disetiap bait ayat itu?

Seronok mentertawakan Ian, Aaron terbatuk. Inilah nasibnya sekarang, pantang buka mulut sikit pasti tekak terasa perit.

Alessandra bingkas bangun mencapai segelas air di tepi katil. Cawan itu dihulurkan kepada Aaron.

"Tengok itu. Kan doktor dah pesan dekat papa, jangan banyak cakap dan jangan banyak gerak," tegas Alessandra bersuara.

"Kalau papa tak banyak gerak, dah macam mayat hidup pula Sandra," gurau Aaron.

Badan Alessandra mengeras mendengar sebaris kalimah itu. Dia tak bersedia untuk takdir itu menjemput mereka sekeluarga.

Ian cuma merenung wajah wanita yang makin redup jika dipandang. Alahai Malaiqa, kau masih nak berlagak kuat.

"Ian, boleh dekat sikit dengan uncle? Uncle nak cakap sesuatu tapi uncle tak boleh cakap kuat sangat," pinta Aaron. Dia menggamit Ian untuk merapat.

Ian balas dengan anggukan sebelum dia ajukan telinganya ke mulut Aaron.

"Terima kasih sebab sudi terima Sandra dalam hidup Ian," ujarnya langsung.

"Tolong jaga Sandra untuk uncle. Uncle tak tahu sampai bila uncle boleh jadi ayah dan satu-satunya lelaki dalam hidup Sandra. Bila-bila masa Tuhan akan jemput uncle menghadap-Nya. Ian tolong jadi lelaki yang Sandra boleh percaya dan bergantung." Terasa tangan Aaron menepuk perlahan bahu Ian. 

"Papa ini, janganlah cakap macam itu." Alessandra tayangkan riak wajah sedih. Dia memeluk kejap badan Aaron.

"Ian tak akan mampu gantikan tempat uncle dalam hidup Sandra. Berat tanggungjawab itu," balas Ian perlahan.

"Kamu tak perlu gantikan tempat uncle, Ian. Tempat seorang ayah memang akan sentiasa menaungi takhta dalam hati anak perempuannya. Cuma, kamu boleh jadi dan berikan yang lebih baik." Kali ini, pipi anak muda itu ditepuk perlahan oleh Aaron. Sejuk hatinya melihat wajah Ian.

"InshaAllah, uncle. Ian cuba." Dia menjeling sekilas muka Alessandra.

"Papa, mama. Sandra nak pergi toilet kejap. Sakit perut." Alessandra meminta izin untuk beredar.

"Sure, Sandra. Taknak mama teman?"

"It's okay, ma. Sandra kan dah besar," tolak Alessandra dengan gurauan.

Alessandra menutup pintu wad rapat sebelum dia berlari untuk mengambil nafas panjang pada kerusi yang tersusun di hujung koridor. Dia menekan dada yang terasa sesak berulang kali. Matanya bergenang dek air mata yang masih degil ingin bercucuran.

"Nah." Satu tangan menghulur sehelai tisu.

Apabila Alessandra angkat kepalanya, wajah Ian menjelma.

"Apa ini?"

"Tisu tandas orang lain dah guna tadi. Aku recycle," selorohnya. Dia duduk di sebelah Alessandra.

Wanita itu menayangkan riak wajah jijik.

"Aku bagi itu, cuba ambil. Cakap terima kasih. Semudah itu, Malaiqa."

"Thank you. Tapi kenapa you bagi I? I tak nangis pun," selar Alessandra.

Itulah kelebihan seorang perempuan, mampu menutupi seribu kesedihan yang meranapkan jiwa.

"Kau tak perlu tunjuk sisi kau yang kuat depan aku Malaiqa. Manusia adakalanya memang akan kalah dengan emosi sendiri. Pasir yang dihempas ombak takkan kekal tersusun di tempat yang sama, begitu juga dengan manusia. Dihempas berkali-kali dengan dugaan, mustahil untuk kau terus bertahan."

"I kuat. I cuma sedih dengar papa cakap macam itu dengan you. Lagipun, I tak boleh janji yang I mampu kuat seorang diri. I risau dengan diri I," ngadu Alessandra.

"Jangan risaukan diri kau."

"Kenapa I tak boleh risaukan diri I?"

"Sebab ada aku untuk risaukan kau."

Alessandra diam tidak berkutik. Sisi Ian ini, sisi yang baru.

"Ian. I nak tanya boleh?"

"Kalau aku cakap tak boleh, kau masih akan bertanya."

Alessandra mencebik. "Tak adalah, tadi I dengar mama berborak dengan doktor, dia cakap semua kos rawatan papa dah ditanggung."

Ian anggukkan kepala. "Iye? Siapa yang baik sangat itu? Mesti dia handsome."

"You ini serius boleh tak?"

"Nanti aku serius, kau sedih. Aku tak suka," respons Ian.

Wanita itu mengeluh. "Kenapa you bayar kos rawatan papa I sedangkan kita belum pun kahwin lagi? You tak takut kalau I mungkir janji atau I batalkan perjanjian kita?"

Sebab dia dah mula belajar cintakan kau, Sandra.

Ian kerling wajah sugul Alessandra sekilas. "Aku taknak kau hilang orang yang kau sayang disebabkan ketamakan aku."

"Maksud you?"

"Aku taknak kau rasa sakitnya hidup tanpa mama dan papa kau. Hidup terkapai-kapai.. rasanya tak seronok Malaiqa. Kau boleh hilang aku, tapi bukan papa kau," jawab Ian dengan senyuman yang penuh makna. Senyuman pahit.

"Jadi sebab itu you bayar dulu?"

"Hm."

"Thank you Ian. You memang baik." Baru kali ini, pinggir bibir Alessandra naik mencanak tinggi. Dia gembira.

"Kau tak cakap pun aku tahu. Ini, kau mesti lapar kan? Biasanya perempuan kalau sedih, nak makan."Ian bangun dengan sebelah tangan di dalam poket. Terpaksalah paras matanya diturunkan sedikit untuk menatap Alessandra yang masih duduk di bangku.

"Mana you tahu?" Alessandra terkebil-kebil. Tiba-tiba perut rasa lapar pula.

"Bukan hati kita je bertaut, perut pun sama. Aku lapar juga." Ian menggosok belakang tengkuknya malu.

Alessandra tertawa kecil. "Ada-ada jelah you ini."

"Jom, meh bangun. Boleh bangun tak itu ke nak aku dukung?" Tangannya siap dihulurkan.

"Tak payahlah, malu orang tengok." Dia menepis tangan Ian.

"Apa nak malu pula? Nanti lepas kahwin aku dukung kau juga."

"You nak dukung I buat apa?" Kening Alessandra bertemu. Hairan pula.

"Dukung kaulah bawa lari daripada orang ramai. Aku kan tak boleh tengok kau jadi perhatian ajnabi. Tapi dukung bawa lari masuk biliklah. Lebih afdhal," seloroh Ian.

Terbuntang mata Alessandra mendengar seloroh Ian. "Baik you tutup ajelah mulut you itu. Cakap memang tak tengok orang."

"Tutup dengan mulut kau boleh?" Ian kenyitkan mata.

Alessandra pincingkan matanya. Besar kecik besar keciklah pandang budak ini.

"Kalau I dengan orang luar tahu pula sebut ajnabi itu ajnabi ini. Tang dia tak ikut hukum asyik nak minta comolot boleh pula." Alessandra menyindir.

"Comolot? Maksud kau minta apa?" Ian bertanya.

"Cium mulut."

Ian menekup mulutnya dengan tangan kiri menindih tangan kanan.

"Astaghfirullahalazim, aku tak sangka kau segelojoh ini Malaiqa. Kau nak cium aku? Uncle! Aunty cantik! Anak kome gatal!" jerit Ian sembari dia berlari meninggalkan Alessandra terpinga-pinga.

"Ian Hayf Ku Kafrael! I cakap youlah bukan I!" Kaki pendek Alessandra mengejar kaki panjang Ian. Siaplah dia nanti.

Callista tersenyum dari jauh melihat dua anak muda itu. Dari tadi dia cuma memerhati tingkah mereka berdua. Memang benar kata Ian, dia pandai memujuk lara hati Sandra.










Dek kelaparan mereka berdua singgah di sebuah mall yang terletak berdekatan dengan hospital. Makin jauh, makin meragam pula perut masing-masing nanti.

"Kita dah jalan nak dekat seminit. Kau nak makan apa?" soal Ian.

Seminit pun berkira?

Disebabkan Ian berhenti mendadak, dahi Alessandra automatik bercantum dengan badan lelaki itu.

"Kalau berhenti itu boleh tak bagi isyarat dulu supaya I bersedia?" tempelak Alessandra. Dia membetulkan rambutnya yang kusut.

"Baiklah, maaf sang puteri." Ian merapatkan kedua-dua tangannya seakan-akan dia meminta ampun. Over sangat!

"I puteri?" Alessandra kulum senyum. Belum pernah Ian memanggilnya dengan gelaran istimewa macam ini.

"Haah, puteri Mal."

"Puteri mana itu? Tak pernah dengar pun," sebik Alessandra.

"Maleficient. Sesuai untuk kau. Bertanduk dan tak ada perasaan," selar Ian laju. Dia bersiap-sedia berundur beberapa langkah kebelakang sebelum dadanya menjadi habuan telapak tangan Alessandra.

Alessandra memincingkan matanya memandang Ian.

"Sang puteri Ian ini nak makan apa?" Ian kembali membongkok menyamai ketinggian mereka. Tangannya direhatkan di atas kepala Alessandra. Dahlah pendek, lepas itu buat muka cemberut macam ini. Comel.

"I ikut je cadangan you. I tak boleh fikirlah," jawab Alessandra lemah.

"Kepci nak?" cadang Ian.

Alessandra gelengkan kepala. Bosan.

"Kalau macam itu, how about Sukiya?"

"Taknaklah Sukiya."

"Then? Kau nak apa?" Ian mula hilang sabar. Inilah masalah perempuan sedunia, kata tak kisah tapi bila cadang semua tak mahu.

"I nak... Suki-you!" Alessandra mengenyitkan mata ke arah Ian.

"Main-main. Aku benam kepala kau dalam kuah Sukiya itu nanti, Malaiqa." Tegas Ian memberikan ugutan. Cis, dia terpedaya.

Alessandra berdehem. Alahai, urat-urat malu baru nak bercantum balik.

"I rasa I tahu nak makan apa. I nak nasi ayam yang I selalu makan dengan papa. Kedai itu dekat hujung level ini kalau tak silap I." Kepalanya terjengul-jengul.

"Boleh pun pilih. Dah jom," ajak Ian.

Mereka sampai di dalam kedai Flor Vida yang terkenal dengan pelbagai makanan klasik. Mereka memilih tempat duduk yang tersorok dari pandangan. Labuhkan punggung sahaja, seorang pelayan bernama Shafiq memberikan menu.

Ian hanya mampu menggelengkan kepala melihat keterujaan Alessandra membelek menu.

Tak lama kemudian, keluar keluhan panjang dari dua ulas bibir Alessandra.

"Kenapa?" Ian menegur tanpa menunggu masa.

"I nak nasi ayam, tapi I cari dari tadi tak ada pula. Mungkin dia dah keluarkan dari menu," rungut Alessandra.

Ian cuma memerhatikan tingkah wanita itu dengan ekor mata.

"Kau nak nasi ayam sangat ke?"

Alessandra mengangguk. "I craving nasi ayam tapi cuma nak makan yang kedai ini buat. Tapi nak buat macam mana, tak ada dalam menu ini."

"Betul ke tak ada?" Ian bertanya bagi mencari kepastian.

"Oh, dia tulis kat sini hari ini tak dijual. Tak apalah, bukan rezeki I. You nak makan apa?" Alessandra terus menutup buku menu. Tiada selera pula. Biarlah cuma Ian seorang yang makan.

"Takkan kau tak makan langsung?" soal Ian prihatin. Tadi kemain lapar.

"I tak selera pula. It's fine, I boleh teman you makan," jawab Alessandra riang.

"Tunggu kejaplah. Aku nak order terus dekat kaunter." Ian bangkit dari kerusi dan terus meluru ke arah kaunter.

Alessandra mencebik. Boleh sahaja order di sini. Ah, malaslah dia mahu ambil tahu.

Ian menjeling Alessandra yang leka bermain dengan telefon sebelum dia membawa langkah ke dalam dapur.

"Bos, bos tak boleh masuk dapur kami," larang seorang staf Flor Vida.

"Mana nasi ayam kau?"

"Ha? Nasi ayam kami memang tak buat setiap hari Rabu bos. Semua staf dan regular customers kami tahu."

"Chef kau mana?" Ian menyilangkan tangan di dada.

"Ada apa ya?" Muncul seorang lelaki dengan bertopi dari arah belakang.

"Zed Hazim!"

"Ian Hayf!"

Mereka saling berlaga bahu. Siapa yang tak kenal dengan Zed Hazim? Salah seorang ahli basketball Black Briged dan merupakan cef termuda di kawasan sini.

"Apahal ini Ian sampai ceroboh masuk dapur aku? Dahlah tak beritahu aku yang kau nak datang," tegur Hazim dengan nada ingin merajuk.

"Aku sumpah lupa kau owner kedai ini, Zim. Emir pun tak beritahu aku." Ian tergelak.

"Biasalah, Emir itu dalam kepala otak dia fikirkan bini dia je," ejek Hazim. Dekat sini beranilah dia kutuk kawan baiknya itu, depan-depan kecut perut bang.

"Aku tak banyak masa ini. Ada satu hal aku nak tanya kau. Kenapa kau tak buat nasi ayam hari ini?" Nada suara Ian kembali kendur.

"Oh, Rabu tak ada nasi ayam sebab diganti dengan ayam blackpepper special. Asal? Kau nak nasi ayam?"

"Bukan aku yang nak. Zim... kita kawan kan?" Ian menggenggam bahu Hazim dengan riak wajah yang sukar ditebak.

Lambat-laun Hazim mengangguk. Macam lain macam aje bunyinya itu.

Lama menunggu, barulah muncul sosok Ian menarik kerusi.

"You pergi mana?" Alessandra serbu dengan soalan.

"Ada itu. Dalam hati kau menyorok disebalik kerinduan kau," usik Ian.

Baru sahaja dia ingin menjawab, muncul Shafiq dengan dua pinggan makanan. Satu nasi ayam dan satu ayam blackpepper. Pinggan nasi ayam diletakkan di hadapan Alessandra.

"Eh, bukan tak ada ke nasi ayam? I tak nampak pun dalam menu you?" tegur Alessandra pelik.

"Er.. k-kami lupa nak buang notis tentang nasi ayam itu dalam menu cik. Sekarang, hari-hari kami buat. Enjoy your meals," ucap Shafiq.

Cuma perasaan Alessandra atau Shafiq seolah-olah ketakutan?

"Makan, Malaiqa. Jangan seronok sangat tengok dia," tegur Ian senada.

Sebelum itu, dia sibuk mencarik-carik isi ayam. Setiap kali dia makan bersama wanita itu, dia perasan Alessandra jarang habiskan ayam yang bertulang. Mungkin dengan cara ini, baru wanita itu boleh makan sampai licin. Dia tolak kembali pinggan ke arah Alessandra yang setia menunggu.

"Makan."

"Thank you Ian." Dia mencapai sudu dan garfu. Dengan satu gigitan sahaja dia boleh merasakan kenikmatan nasi ayam klasik. Siapalah cef kedai ini ya, memang profesional.

Ian pula lebih selesa makan dengan tenang. Tiada sebutir kata keluar dari mulut masing-masing.

"Ian, I tak pernah tanya kan? Birthday you bila? I cuma tahu birthday tengku Dilan. Itupun sebab ada dalam rekod," tanya Alessandra secara mendadak kerana dia bukannya seseorang yang gemarkan suasana sunyi.

"12.12.2001."

"Cantiknya tarikh you!" puji Alessandra.

"So, apa hadiah paling terbesar you pernah dapat? Maksud I, hadiah yang paling you suka?" Alessandra teruskan bertanya.

"Malaiqa."

"I tanya, jawablah betul-betul." Alessandra rasa menyampah. Mulalah itu nak main-main.

"Malaiqa hadiah terbesar dalam hidup aku," jawab Ian lagi sebagai penekanan terhadap jawapannya tadi.

"Kenapa I pula?"

"Kau bakal jadi amanah terbesar aku. Bukan ke amanah itu dikira sebagai satu hadiah juga? Bukan semua orang boleh pegang amanah." Cuma sekilas Ian memandang Alessandra sebelum dia kembali menjamah makanan.

Bagi Ian itu jawapan biasa, tapi bagi Alessandra jawapan itu mampu mengunci mulutnya daripada terus berkata-kata.

"See? Pantang aku sweet sikit, terkunci mulut kau," ejek Ian.

"Mana ada!"

Continue Reading

You'll Also Like

55.3M 1.8M 66
Henley agrees to pretend to date millionaire Bennett Calloway for a fee, falling in love as she wonders - how is he involved in her brother's false c...
91.8M 2.9M 134
He was so close, his breath hit my lips. His eyes darted from my eyes to my lips. I stared intently, awaiting his next move. His lips fell near my ea...
16.4M 546K 35
Down-on-her-luck Aubrey gets the job offer of a lifetime, with one catch: her ex-husband is her new boss. *** Aubrey...
194M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...