Noeyl: Setahun Saja

By LLPub_Official

119 9 0

Tergamam melihat seorang manusia misteri sedang membaca di atas rak buku di dalam sebuah perpustakaan, Eòin d... More

PROLOG
2
3
4
5

1

28 2 0
By LLPub_Official

"KAU tak pergi sekali ke?" 

"Tak, aku kena jumpa profesor dulu.Mungkin lambat sikit. Nanti kau nak balik dulu kaubalik saja." 

Eòin mengangguk cuma. Dia meninggalkankawannya yang berubah haluan lalu menaiki tanggalebar menuju perpustakaan. 

Masuk sahaja ke dalam, dia menuju sudut yangsama. 

Gadis itu. 

Dia lagi.

Eòin sudah banyak kali melihat orang yangsama di situ. Entah kenapa seingat dia, sudahbeberapa lama gadis itu membuat keputusan untukmenghabiskan masa di tempat kegemarannya. 

Namun hari ini, langkahnya lama benarterpasung. 

Matanya langsung tidak berkelip. 

Gadis itu sedang berbaring mengiring di atasrak buku. 

Biar betul! 

Eòin ligat memusingkan kepala. Tiada siapaselain dia di situ. Fenomena itu hanya dia seorangyang nampak. 

Sudut itu agak tersembunyi dengan barisanrak-rak buku yang melindungi tiga buah mejapersendirian yang didekatkan pada dinding. Disitulah dia suka bersendirian. 

Sebelum tiba-tiba sahaja ada orang lain yangjuga suka melepak di tempat tersorok itu. 

Dia tidak begitu kesahkan kehadiran baharuitu, namun makin lama dia makin menyedaribahawasanya dia agak terganggu dengan gadis itu. 

Pertama sekali yang dia perasan ialah senaraibuku yang dibaca. Pernah satu hari dicuricuri tengok tulang belakang buku yang disusunbertindan di atas meja, saat jiran sebelahnya itusedang leka membaca. 'Cara-Cara Berkomunikasi Sebagai Manusia'. 'Masa Depan Manusia'. 'Manusiadan Teknologi yang Memudaratkan'. 'InternetMemberikan Kegelapan Kepada Otak Manusia'.'Manusia Secara Semula Jadi'. Serta banyak lagibuku tebal berwarna hijau, merah, kuning, biru,jingga, namakan apa-apa sahaja warna. 

Dia bukan mahu menjadi 'jiran' yang penyibuknamun otaknya tidak henti-henti ligat berfikirbahawa 'teman'nya itu mengalami kecelaruanidentiti. Cara-cara berkomunikasi sebagai manusia?Apa, dia bukan manusiakah? 

Hari-hari seterusnya gadis itu berterusanmengagumkannya dengan tajuk-tajuk buku yangsemakin ligat mencetuskan persoalan. Salah satunyayang dia masih ingat sampai sekarang, 'Manusia:Bukan Untuk Dijual'. 

Eòin silih berganti menghantar jelinganterkesima kepada gadis itu, hinggalah akhirnyagadis itu menoleh ke arahnya. 

Waktu itu dia perasan, anak mata gadis itujernih seperti guli. Warna biru.Waktu itu jugalah dia menyedari, ada secebiscalitan mekap hitam pada hujung matanyamenyerupai stail smokey. Kalau dari jauh, memangtidak akan perasan. 

Cepat-cepat dia mengalihkan muka lalumenumpukan semula perhatian kepada kerjanya. 

Walau apa-apa sekalipun minat gadis itu, diatidak mahu masuk campur. Merinding.

Kali kedua dia terkejut ialah pada hari dia tiba di situ dan mendapati gadis itu selamba sahaja berbaring di atas lantai sambil mengangkat buku yang dibaca di atas muka. Terperanjat dia hingga hampir terlanggar. Kalaulah terlanggar, dah satu hal dia terjatuh atas perempuan itu nanti.

Hari-hari seterusnya gadis itu membaca di atas meja.

Di bawah meja.

Di belakang kerusinya. Dia pula tidak perasan. Hingga saat dia mahu menolak kerusi daripada meja untuk bangun, dahinya berkerut kerana kerusinya tidak boleh bergerak. Dah kenapa?

Ditoleh ke belakang, perempuan itu sedang meniarap berdekatan kerusinya sambil membaca.

Hingga dia terpaksa bersuara buat pertama kali. "Maaf, cik boleh ke tepi sikit?"

Kalau tidak entah sampai bila dia akan tersekat di situ.

Pada hari lain dia nampak gadis itu sudah tercongok di atas kerusi. Buku di tangan agak menarik minatnya.

'Cabbage White: A Full Encylopedia About The White Beauty of Spring'.

Dengan ilustrasi terang gambar rama-rama spesies Pieris rapae, atau Cabbage White.

Laman rumahnya ada banyak rama-rama putih itu, dan dulu, dia mempunyai teman yang suka menikmati keindahan itu.

Hari ini, perempuan itu buat hal lagi. Eòin masih tidak berkelip memandang manusia yang seakan-akan tidak mengakui kewujudannya di situ.

Gila perempuan ni! Dia panjat rak tu ke? Semata-mata nak baca buku??

"Macam mana awak boleh panjat rak tu?" Suara Eòin akhirnya keluar asbab perasaan ingin tahu yang terlalu tulen. "Kalau ada orang tengok, macam mana?"

Gadis itu mengalihkan mata daripada halaman buku menuju pandangannya. "Tak ada orang kat sini, kan?"

"Kalau orang datang sini?"

"Kalau orang datang sini biarkan saja. Kita bukan sesiapa nak halang orang."

Mendongkol juga Eòin mendengar respons itu. Anak siapalah perempuan ini? Memang ibu bapanya hantar ke universiti untuk baca buku di atas rak perpustakaan ke?

Eòin meletakkan buku dan fail kertas di atas meja besar. Minatnya sudah rapuh untuk masuk campur urusan orang lagi.

"Biasanya awak ulang kaji kat meja tu." Kedengaran satu suara.

Eòin mengerutkan dahi sambil mendongak melihat punca suara itu. Meja persendirian yang selalu dia guna, dia tahu maksud gadis itu.

Itu kali pertama 'teman' asingnya itu bertanyakan soalan, seingatnya.

Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas, jadi dia biarkan sahaja soalan itu dibawa pergi oleh hembusan pendingin hawa.

Leka dia dengan kerjanya, hinggalah akhirnya dia perasan gadis di atas itu membuat belekan dengan bunyi yang kuat. Banyak kali.

Schwish.

Jarinya tekun menari-nari di atas buku nota.

Schwish.

Pen di tangan digoyang-goyang kala dia cuba menghadam apa yang dibaca.

Schwish schwish.

Penggunaan daging anak lembu dari semasa ke semasa menjadi isu yang besar, berikutan anak lembu dipisahkan daripada induk sebaik sahaja dilahirkan dan menghadapi pelbagai tekanan seperti dinafikan penyusuan atau tidak diberikan makanan sebelum akhirnya disembelih.

Bagai dilahirkan untuk mati. Schwish schwish.

Lembu dikatakan mempunyai ikatan emosi yang kuat dan kebiasaannya meraung apabila melihat anak mereka diambil.

Schwish schwish.

Anak lembu biasanya dikumpulkan di tempat- tempat sempit untuk mengehadkan pergerakan seperti berlari dan bermain. Ini dikatakan untuk menghalang sebarang pembentukan otot sekali gus menjadikan daging lebih lembut.

Schwish schwish schwish.

Untuk kes yang lebih teruk, ada anak lembu yang terus disembelih sebaik sahaja dilahirkan.

Schwish schwish schwish.

Anak lembu yang masih baru dilahirkan hampir-hampir sahaja tidak mampu bergerak atau berjalan menuju tempat penyembelihan. Mereka akan dipegunkan dengan kejutan elektrik sebelum kemudian digantung secara terbalik untuk penyembelihan.

Schwish schwish schwish schwish.

Ada orang tidak fokus dalam pembacaan nampaknya ....

Eòin meneliti lagi muka surat yang ditatap, sambil sesekali tangannya mencatat isi penting.

Schwish schwish schwish schwish schwish.

Buku umumnya menghasilkan bunyi schliff yang halus ketika diselak. Jika diteliti dengan lebih mendalam, bunyinya mirip dengan bunyi deruan ombak yang bersedia memalu pesisir pantai, cuma dalam skala lebih perlahan.

Kadang-kadang, ia mengeluarkan bunyi seperti sruhhh, atau sussurus. Atau shruhhh. Kadangkala lebih hampir kepada shhh. Helaian kertas yang nipis menghasilkan nada yang terdengar kering. Serak. Garuk.

Schwish schwish schwish.

Ensiklopedia biasanya menghasilkan bunyi yang tebal, meleret dan menciut, disebabkan permukaan helaiannya yang agak licin dan sedikit tebal daripada buku biasa.

Schwish schwish schwish schwish schwish.

Berdasarkan bunyi, dia yakin manusia di atas itu sedang mendalami sebuah ensiklopedia.

Eòin menghela nafas panjang-panjang. Tubuh ditegakkan untuk mengusir rasa lelah pada pinggang. Dadanya cuba mengawal rasa ketidaksabaran daripada menjadi mekar.

Lalu dia fokus kembali.

Pip!

Bunyi itu kedengaran.

Pip! Pip!

Lagi.

Pip! Pip! Pip!

Dia menarik nafas semula, kali ini menggunakan mulut.

Pip! Pip! Pip! Pip! Pip! Pip! Pip! Pip! Pip! Pip!

Dia mahu meraung melontarkan rasa yang serabut, tetapi dia cuba bertahan.

Namun kesabarannya mula menipis apabila bunyi halaman yang diselak berterusan menggunakan ibu jari terus kedengaran menggugat keheningan.

Bukankah perpustakaan sepatutnya menjadi tempat yang tenang dan aman??

Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kali ini bunyi itu menjadi lebih laju, seperti dijana dengan kuasa turbo. Seperti si pembaca sudah mula bosan dengan apa yang dibaca.

"Hmm, boleh tak awak perlahan sikit?" Eòin berdeham terlebih dahulu sebelum meluahkan permintaan yang sudah tidak dapat dibendung lagi.

Bunyi itu serta-merta terhenti.

Eòin menggeleng sebelum menyambung tugasannya.

Anak lembu yang sudah disembelih ...

Tap!

Eòin berpaling ke belakang. Dilihat gadis itu sudah berada di bawah, berjalan pergi bersama ensiklopedia hampir dua kali ganda besar daripada tapak tangannya.

Eòin terbelalak. Perempuan tu baru melompat turun tadi??


Continue Reading

You'll Also Like

96 52 8
Yang pasti, hanya aku. Kejadian tragik yang melanda Hassan membuatkan dia menjadi seorang yang matang. Kejadian tersebut telah membuatkan dia kehilan...
45.3K 2.6K 22
𝐁𝐨𝐨𝐤 # 𝟏 𝐨𝐟 𝐓𝐡𝐞 𝐑𝐚𝐚𝐳 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬. Love or betrayal? Consumption of betrayals. Internal betrayal? Yes! Will they be overcome? Or W...
152K 386 101
Erotic shots
7.3M 303K 38
~ AVAILABLE ON AMAZON: https://www.amazon.com/dp/164434193X ~ She hated riding the subway. It was cramped, smelled, and the seats were extremely unc...