4

19 1 0
                                    

PINTU bilik dikuak menampakkan wajah Caye. "Kau biar betul, Eòin." Lelaki bercerminmata itu merapati dengan riak muka tidak percaya. "Macam mana boleh jadi macam ni?"


Eòin memandang sepi kaki kanannya yang ber- balut putih. Tadi doktor telah memberikan ubat sapu dan kain pembebat. Tiba sahaja di rumah, dia terus menyapu ubat itu lantas membalut tapak kakinya hingga buku lali.

"Aku terseliuh. Itu saja."

"Terseliuh sampai macam ni?" Caye cuba men- jolok kaki yang kaku berbalut itu dengan hujung jari. Dilarang keras oleh Eòin. "Adam kata kau jatuh tangga."

Mengeluh. "Ya. Aku tersilap langkah. Nasib baik dia ada. Sempat pegang aku. Kalau tak, mahu aku tergolek sampai bawah."

"Bahaya betul kau ni. Tangga perpustakaan je pun. Kalau kau jatuh tergolek, mesti lagi teruk kau kena."

Eòin mengamati beg sandang yang digalas sebelah di belakang Caye.

"Kau bawa beg ni nak pergi mana?"

"Oh, aku nak balik kampung. Mak aku suruh. Ada urusan keluarga."

Angguk. "Balik sini bila?"

"Tak pasti. Mungkin Ahad malam."

Mata Eòin hampir terbuntang. "Eh, kau lupa ke lusa kau kena teman aku suntik vaksin?"

Giliran Caye terbuntang. "Yalah. Alamak, aku lupa. Minta maaf Eòin. Aku memang kena balik."

"Kau ni, kan aku dah beritahu kalau aku bawa kawan, vaksin tu percuma. Sebab tu aku ajak kau sekali."

"Aku betul-betul lupa, Eòin. Lagipun aku dah beritahu mak aku yang aku balik hari ni."

Eòin melepaskan keluhan melihatkan raut muka Caye yang terpancar sedikit kekesalan.

"Kau cuba ajak Dazrul," cadang Caye cuba menjernihkan keadaan.

Mencebik. "Dia tu payah. Kau pun tahu dia tak lekat duduk rumah hujung minggu."

"Habis tu, kau tak payahlah pergi."

"Mana boleh! Aku dah buat temu janji! Kau tahu program tu lima hari saja!"

"Kalau kau pergi seorang?" "Mahallah jadinya!"

Caye meneliti tapak kaki Eòin. Eòin yang perasan akan tingkah laku itu menyambung. "Lagipun takkan aku nak pergi dengan kaki berbalut macam ni?"

Caye mengeluh sambil meletakkan beg yang digalas ke atas katil.


"SAYA nak minta tolong boleh?" 

Noeyl: Setahun SajaWhere stories live. Discover now