2

9 1 0
                                    

"EÒIN tak makan lagi ke?" 

"Elok je dia makan tadi." 

"Dia makan apa?" 

"Mi segera."

"Mi segera??" 

Caye menggeleng. Matanya merenung sahajakawan-kawannya yang sedang ralit menatal skrintelefon. 

"Kawan tengah bersedih, korang boleh je duduklepak sambil main telefon." 

"Bukan kau tanya dia dah makan ke tadi?"rungut salah seorang kawannya bernama Dazrul."Aku jawablah dah makan."

"Makan mi segera semata-mata bukan maksudnya makan."

Talbish mengalihkan tumpuan daripada skrin kepada Caye. "Nanti dia makanlah tu. Pandailah dia lapar, dia cari makan."

"Weh korang tengok! Perempuan ni lawalah!" Suara teruja Vyan menarik perhatian mereka di atas sofa itu lalu segera melihat apa yang ditunjukkan. "Dia jadi model pakaian! Korang nak tahu, dia ni adik Ahmet!"

"Eòin masih tengah bersedih, korang tak ada apa-apa perasaan ke??" Caye yang masih tercegat menguatkan suara.

"Apalah kau ni Caye." Giliran Talbish pula bersungut. "Ia cuma kucing saja."

"Lagipun dah banyak hari kucing dia mati," kata Dazrul. "Takkan dia nak berkabung sampai bila- bila?"

"Korang ni memang kawan tak ada simpati," gumam Caye kecewa sebelum melangkah melintasi ruang tamu itu.

Dituju bilik seseorang lalu diketuk pintu. "Eòin? Kau kat dalam? Aku nak masuk ni." Tiada balasan.

Rumah itu hanya dihuni Eòin, Caye dan Dazrul. Selebihnya ialah kawan-kawan yang kadang-kadang suka datang melepak. Itu pun ada lagi kawan-kawan mereka yang tidak datang.

Caye pula kadangkala sahaja tidur di rumah itu, memandangkan setiap hujung minggu dia akan pulang ke kampung halamannya yang dekat sahaja. Ada malam-malam dia akan menumpang di rumah kawan sekelasnya yang menetap di kampus.

Dazrul lagilah, jarang-jarang sahaja tinggal rumah itu. Biasanya dia datang pada hari-hari jadualnya padat. Selesai kuliah terakhir, dia akan datang ke sini, sekadar untuk tidur berteduh. Pada hari dia lapang tanpa sebarang kelas, pasti dia merayap ke mana-mana. Hujung minggu jangan disebut, sukar sekali untuk melihat hatta bayangnya di rumah.

Jadi tinggallah Eòin berseorangan di rumah itu, bagai keseluruhan rumah itu miliknya. Sebelum ini dia ada membela seekor kucing berbulu putih yang lebat.

Sekarang, kucing itu sudah tiada. 

Caye segera memulas tombol pintu.

"Aku suruh dia cari girlfriend baru, tak nak." Terdengar suara yang menyahut dari satu jarak, datang daripada Talbish. Pada masa yang sama, daun pintu dikuak.

"Dia bukan playboy macam kau!" Sempat lagi Caye menghamburkan balasan.

Noeyl: Setahun SajaWhere stories live. Discover now