Ian Hayf's: Tengku Seducer

escritordyanne tarafından

320K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... Daha Fazla

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 8

5.8K 387 26
escritordyanne tarafından

ALESSANDRA sibuk meneliti satu persatu juadah yang disediakan malam ini. Ian? Entah kemana lelaki itu menghilang. Mungkin sibuk dengan kawan-kawan ataupun menghisap vape di luar.

Baru sahaja dia ingin menyua sebiji anggur ke dalam mulut, muncul satu suara yang menegurnya.

"Betul ke you girlfriend Ian?"

Wah! Tak ada salam, tak ada mukaddimah tiba-tiba nak tanya hal peribadi orang. Apabila dia pandang, wajah wanita abaya menerjah kornea. Ah, sakit mata.

"You ini siapa?" Alessandra menyilangkan tangan di dada.

"I Tengku Qasarina, kawan Ian. 'Bestfriend' Ian," jawab Qasarina. Entah mengapa dia rasa tergugat dengan kehadiran wanita secantik Alessandra ini.

"Bestfriend je. Ingatkan pegang title 'wife' dia sampai you rasa you ada hak nak persoalkan I siapa dalam hidup Ian," sindir Alessandra. Kau nak lawan sangat, aku lawan.

"I bukannya apa, I cuma nak tahu siapa yang malang sangat boleh bercinta dengan Ian. Kalau you nak tahu, Ian itu playboy tau? Suka mainkan perasaan perempuan," tuduh Qasarina. Walhal, dia cuma dengar cerita daripada Dilan.

"Aw, he's a playboy? Kalau dia playboy, then I playgirl. Barulah sesuai kan, sweet couple gitu." Alessandra tayang senyum tak ikhlas.

"Apa masalah you eh? I datang tegur you baik-baik. Nak nasihatkan you. I nak selamatkan you daripada Ian." Qasarina mendengus kasar.

"Nak selamatkan I atau you cemburu perhatian Ian bukan lagi pada you? Maklumlah, sejak I muncul dalam hidup Ian, you ibarat angin berlalu pada dia. So sad," ejek Alessandra.

"M-mana ada I cemburu. I tak hamak punlah Ian itu," bidas Qasarina.

"It's okay Tengku Qasarina. If you don't want Ian, then I want him." Alessandra menepuk-nepuk bahu Qasarina.

"What?" Pelipis Qasarina semakin jelas kelihatan.

"You heard me right. I nak dia. I nak Ian jadi milik I. Kalau you berani-berani hina dia depan I, atau you berani mengaku you sukakan dia, siaplah mulut you itu I carik-carik bagi makan anjing." Sengaja dicengkam kuat bahu Qasarina sebagai tanda amaran.

Terkunci mulut Qasarina mendengar amaran perempuan ini. Tak menyangka ada perempuan yang begitu inginkan Ian. Tak boleh jadi ini, baik Dilan ataupun Ian, mereka berdua harus tetap dambakan dia. Dia harus lakukan sesuatu.

"Hai, seorang ke?" tegur seorang budak lelaki. Alahai, budak-budak sangat. Mesti sebaya Ian ini.

"Tak, bertiga."

"Really?" Tanya mereka dengan penuh perhatian.

"Ini. Ada malaikat kiri kanan tengah catat dosa pahala I. Tak nampak?" perli Alessandra. Penatlah, tadi dia dah bergaduh dengan Qasarina, sekarang harus layan budak-budak pula.

"Pandai you buat lawak. Biasa perempuan lawak ini single. I Hadif. Ini kawan I, Fakhrul. You?" Lelaki itu menghulurkan tangan.

"Alessandra Malaiqa. Just call me Sandra." Baru sahaja dia ingin menyambut huluran tangan pemuda itu, tangannya ditarik oleh seseorang.

"Buat apa ini sayang? Diorang kacau you?" tegur satu suara garau di belakang. Terasa jari-jemari pemilik suara itu bermain di pinggangnya. Siapa lagi kalau bukan Ian Hayf.

'Sayang?!'

"T-tak.." Dah apahal kau gagap ini Alessandra? Baru satu perkataan itu.

Ian mencerlung tajam ke arah budak-budak lelaki di hadapan mereka sekarang ini.

"Korang buat apa lagi dekat sini? Blah lah. She's my girl." Ian dengan selamba mengemaskan lagi rangkulan di pinggang Alessandra. Dia panas hati melihat ramai lelaki berkerumun berborak dengan wanita itu. Baru sekejap dia tinggalkan Alessandra untuk menghisap vape di luar dewan.

"Seronok?" Pandangannya turun ke arah Alessandra.

"Apa yang seronok?" Terpaksalah Alessandra mendongak memandang lelaki tinggi lampai macam traffic light ini.

"Seronoklah. Semua lelaki itu bagi perhatian dekat kau. Puji kau, cuit kau sana sini," perli Ian.

"Are you being jealous right now Mr Tengku?" Alessandra mengecilkan mata. Nakal.

"I am not. Cuma, aku dah bagi warning tadi kan? Malam ini kau.. aku punya Malaiqa. Your eyes only on me. Aku taknak orang hidu lakonan kita," bidas Ian mencari alasan.

Padahal memang cemburu.

"Dah I cantik nak buat macam mana?" Alessandra mengeluh.

Ian menolak isian pipi dalam dengan lidah sebelum dia bertindak meleraikan ikatan rambut Alessandra lalu habis rambut wanita itu diserabaikan sampai menutup separuh muka.

"Tengku! Tengku! Stop, my hair!" Alessandra menahan tangan lelaki itu.

"Tutup muka kau ini. Aku taknak lelaki lain tengok. Biar diorang anggap kau selekeh," ujar Ian dengan sengihan sinis. Dia cukup berpuas hati dengan rambut serabai Alessandra sekarang ini. Barulah lelaki lain tak boleh usya.

"You gila ke?!" tempik Alessandra dalam nada yang terkawal.

"Ian!" Laung Tengku Dilan dari jauh. Di sebelahnya ada Tengku Qasarina setia menemani. Meluat.

Alessandra di sebelah sudah tayangkan riak wajah masam. Lagi masam daripada lemon. Habis serabai rambutnya!

"Dil-"

Alessandra mengangkat keningnya tinggi. Ian berdehem.

"I-ian. Ian Hayf," sambung Ian. Hampir sahaja dia terlepas cakap nama sebenarnya.

"Kau menari tak?" tanya Dilan. Alessandra di sebelah Ian dikerling sekilas. Inilah rupanya wanita yang menggoncang hebat dunia rakan karibnya.

"Ada tarian ke?" celah Alessandra teruja. Eh hello, dia berbakat dalam perkara ini. Dia seducer terbaik kut.

"Ada. Kejap lagi," balas Dilan dengan senyuman.

Ian merangkul bahu Alessandra. Dia tidak suka jikalau wanita itu rapat dengan tengku Dilan. Bukannya dia tidak tahu perangai kawannya itu.

"You nak menari tak?" Alessandra memandang Ian dengan mata terkebil-kebil.

"Kalau kau nak, aku seribu kali nak sayang." Ian menyelit juntaian rambut wanita itu ke belakang telinga. Mula dah lakonannya.

Hati tengku Qasarina mendongkol geram. Sejak bila Ian boleh jadi selembut ini? Siap panggil sayang pula itu?

"Nak sweet-sweet janganlah tunjuk dekat orang," sindir Qasarina.

"Nak buat macam mana Qasarina. Ian ini memang manja, clingy suka sentuh-sentuh I. Kalau I hilang sikit, mesti dia tak senang duduk. Kalau I nak apa-apa, sepantas kilat dia bagi. Comel!" lawan Alessandra sejajar tangannya mencubit pipi Ian.

Ian menahan tawa di dalam hati. Wanita ini kalau bab sakitkan hati orang, memang nombor satu.

"Baiklah, semua para mahasiswa dan mahasiswi, sila ambil tempat masing-masing dan bersedia untuk menari bersama pasangan anda!" ujar suara MC teruja membuatkan satu dewan riuh menenggelamkan suara mereka berempat.

"Jom baby koala?" ajak Alessandra. Sesekali matanya menjeling tengku Qasarina.

"Jom, sayang." Ian menarik tangan wanita itu sebelum dia meninggalkan Dilan dan Qasarina terkulat-kulat. Biar mereka berdua tahu, dia pun boleh bahagia dengan cara dia sendiri meskipun palsu.

Setibanya mereka di tengah-tengah dewan, mereka hanya ditemani dengan lampu spotlight dan lampu malap. Seolah-olah dunia milik mereka berdua.

Lagu Taylor Swift - The Way I Loved You mula bergema.

"Put your hands on my shoulder koala," arah Ian dengan nada berbisik.

Alessandra menelan air liur. Pandangan redup lelaki itu terhadapnya sekarang ini mampu membuatkan lidahnya terkelu. Dengan perlahan, dia meletakkan kedua-dua tangannya di atas bahu Ian.

"Good girl."

"K-kita berlakon je kan? Kenapa you bersungguh sangat ini?" soal Alessandra tergagap-gagap. Rasa macam lidahnya diikat dengan tali.

"Siapa cakap aku berlakon?" Pipi Alessandra yang memerah seperti tomato diusap lembut.

Badan mereka berdua bergerak mengikut alunan musik.

"Y-you ini kenapa tengku?" Hati Alessandra bergelora hebat. Kali pertama hatinya rasa sebegini disebabkan seorang lelaki.

"Don't call me tengku. I'm Ian. Call me Ian please," pintanya dengan suara mendayu.

"I-ian."

Lelaki itu tersenyum manis. Dia mencantumkan dahi mereka berdua.

"Kenapa kau buat aku macam ini Malaiqa? Kenapa kau buatkan hati aku tak tenang?" bisiknya.

"Maksud you?"

"Dia pun tak mampu buat hati aku meronta macam ini. Aku tak suka bila lelaki lain pandang kau, aku tak suka bila kau tarik perhatian diorang. You're all mine," sambung Ian lagi mengabaikan soalan Alessandra. Dia seperti dirasuk.

"Jangan cakap you dah mula cintakan I?" teka Alessandra. Kalau ya, mudahlah kerjanya.

Ian menggeleng laju. "This is not love. Aku yakin. Aku sendiri tak faham dengan diri aku. Sejak kau datang dalam hidup aku, hati aku menjerit nama kau. Bila kau tak ada, hati aku rasa kosong."

"Mungkin itu cuma nafsu you. Atau, sebenarnya you buat semua ini sebab you jealous tengku Qasarina dengan lelaki itu? You jealous dia pilih kawan you?" duga Alessandra.

"Salah ke kalau sekali je dalam hidup aku, aku nak dapatkan apa yang aku nak? Aku nak menang?" bidas Ian.

Ya, dia lakukan semua ini kerana dia cemburu, dia rasa tidak adil tengku Qasarina tidak memilih dirinya. Melalui Alessandra, dia dapat bina egonya dengan merasakan dia masih ada harapan untuk dijadikan pilihan. Alessandra, wanita yang terhegeh-hegeh pada dia akan tetap memilih dia. Dia yakin itu.

"Tak semuanya akan berjalan seiring dengan keinginan kita Ian," pujuk Alessandra. Tangannya beralih ke pinggang Ian.

"Tapi kau akan tetap pilih aku kan?" Mata Ian tepat menikam mata Alessandra.

Wanita itu terdiam. Ini semua sebab misi. Mustahil dia akan setia dengan lelaki itu meskipun beberapa kali lelaki ini mampu menggoyahkan dinding keimanan yang dia bina.

Belum sempat dia memberikan jawapan, lagu Taylor Swift tepat habis membuatkan mereka semua berhenti menari.

Alessandra menjarakkan dirinya dengan Ian. Sesak nafas.

"I- I nak balik dulu, kalau tak ada apa-apa."

"Kau nak pergi mana?" Tangan Ian setia menggenggam pergelangan tangan Alessandra.

"I nak balik. I datang sini cuma untuk tolong you, bukan teman you sampai habis."

"Kau balik naik apa?"

"Naik kereta kawan I," balas Alessandra. Kepalanya statik menunduk tidak mahu bertentang mata dengan Ian.

"Kita balik sekali. Aku hantarkan," pelawa Ian. Tak sampai hati pula nak bagi wanita itu balik seorang diri dan menyusahkan orang lain disebabkan dia.

"It's okay," tolak Alessandra. Gila ke? Dia hampir mati lemas dalam kata-kata Ian.

"Aku. hantarkan." Sengaja dia menekan dua butir ayat itu. Apa yang susah sangat wanita ini nak faham?

"Majlis ini macam mana? Kawan-kawan you?" soal Alessandra.

"Tak ada makna prom night ini bagi aku tanpa kau." Jejaka itu masih berkeras.

Sudahnya setelah penat berdolak-dalih, Alessandra hanya mampu akur. Dia terpaksa naik superbike milik Ian dengan gaun yang panjang meleret ini. Nasib baik cuma terselak sedikit di bahagian betis.

Ian memakaikan helmet di kepala Alessandra sebelum dia menyelusuri jalan raya yang sunyi dengan laju. Baik Ian ataupun Alessandra, dua-dua lebih memilih untuk berdiam diri menikmati angin malam. Tangan wanita itu memeluk erat pinggangnya membuatkan Ian tersenyum kecil di sebalik helmet.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...
105K 5K 69
Benci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu te...
1.4M 53.2K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...