Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

380K 23.9K 1.5K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45
Tengku Seducer: 46
Tengku Seducer: 47

Tengku Seducer: 6

6.6K 402 12
By escritordyanne

HARI ini suasana di Akademi Unholy MMA agak sibuk. Tengku Dilan dan Ian Hayf berjalan beriringan masuk ke dalam akademi memandangkan mereka ingin memantau keadaan.

Langkah mereka berdua terhenti apabila terhalang dek taburan bunga ros yang banyak dan bersepah di muka pintu akademi. Ian mengerutkan dahi.

"Apa benda ini bro? Ada anniversary apa-apa ke dekat akademi kita?" bisik Dilan bertanya.

"Melani," panggil Ian mengabaikan soalan kawan baiknya.

Tiada sahutan.

"Melani!" Laung Ian di muka pintu. Dia bercekak pinggang melihat taburan bunga ros di atas lantai berbentuk hati.

"Ya, ya Phyton! Kenapa?" Muncul sosok tubuh Melani yang berpeluh.

"Apa benda semua ini?" Jari telunjuknya ditundingkan ke arah taburan bunga-bunga ros.

"Oh. Bunga-bunga ini ke? Cik Alessandra yang buatkan. Dia hias sendiri awal pagi tadi. Tak ada siapa yang dibenarkan jalan atas ini selagi kau tak sampai," jawab Melani sambil lewa. Ingatkan besar sangatlah isunya sampai lelaki itu terpekik terlolong menyeru namanya. Rupanya pasal bunga-bungaan ini je.

"Alessandra? Perempuan hari itu ke?" bisik Dilan kepada Ian.

"Siapa izinkan dia untuk kotorkan akademi aku? Dan kenapa kau ikut arahan dia?" Tanya Ian dengan nada tegas. Sekali lagi dia mengabaikan Dilan.

"Tapi Phyton, dia buat untuk kau juga. Katanya surprise. Aku rasa dia betul-betul syok dekat kau," balas Melani dengan sengihan.

"Gila Ian. Kau jampi apa dekat perempuan itu sampai macam ini dia buat nak goda kau? Penangan kau masih berbisa nampaknya bro," ejek Dilan.

"Dia syok dekat kau, bukan aku. Kau rasa kalau dia tahu aku cuma bodyguard yang menyamar sebagai kau, kau rasa dia masih nak berkenalan dengan aku? Hell no."

"Then, baik kau jujur cepat, Ian. Takpun nak senang kau singkirkan dia macam mana kau singkirkan perempuan-perempuan kau sebelum ini," cadang Dilan.

"Perempuan-perempuan 'kau'." Sengaja Ian menekan perkataan 'kau' soalnya ini semua berpunca daripada perangai playboy Dilan. Dia langsung tak heran dengan perempuan itu semua. Dia lakukan ini semua atas jasa ingin menjaga nama baik keluarga Ku Kaf.

"Tak kisahlah. Yang penting lepas ini aku sumpah aku tak buat lagi dah. Cuma, macam aku cakap kau kena buang dia macam mana kau buang Tasya."

"Malaiqa tak semudah Tasya. Dia bukan sejenis yang mudah berputus asa Dilan. Kau belum kenal dia," keluh Ian.

Lihat saja berapa kali dia harus menolak pelawaan wanita itu untuk keluar bersama.

"Dia tak semudah Tasya atau kau yang rasa susah nak lepaskan dia? Apahal? She's quite attractive and interesting huh?" uji Dilan dengan kening terjongket nakal.

"Yup. She's quite interesting. Kau nak tahu kenapa? Sebab tak pernah-pernah lagi ada perempuan yang nak kenal kau dengan akademi Unholy MMA ini. Aku nak tahu the actual reason dia nak berkenalan dengan kau. Kenapa ramai-ramai lelaki, dia nak date dengan kau," panjang lebar Ian memberikan penjelasan. Kalau tak faham juga, elok dia campak Tengku Dilan ke Pluto.

"Kalau kau dah tahu sebabnya? Kau nak buat apa?" Tautan kening Dilan semakin rapat.

"Aku akan pastikan dia tak akan dapat apa yang dia nak. That's all."

Suasana di Agensi X sunyi sepi. Madam Laia, Alessandra dan Dahlia bertentang enam mata. Hari ini Madam Laia memanggil mereka berdua untuk mengetahui perkembangan misi memikat Tengku Dilan.

"So far okay Sandra?" Soal Madam Laia selari dia mencicip sedikit kopi.

Alessandra mengangguk kecil. "Okay. I dah boleh dekat dengan dia. Walaupun banyak kali dia reject I."

"Tengku Dilan reject kau?" sampuk Dahlia.

"Hm. Banyak kali. Aku ajak makan, taknak. Aku ajak keluar berdua, taknak. Dia sibuk dengan akademi MMA dia itu sampaikan aku terpaksa pura-pura aku minat muay thai," ngadu Alessandra.

"Pelik. Apa yang aku dengar daripada buah mulut orang, Tengku Dilan itu langsung tak ambil tahu pasal akademi itu. Hidup dia memang 24 jam berfoya-foya ditemani bodyguard khas dia itu," jelas Dahlia.

"Bodyguard khas? Tak pernah aku nampak pun sepanjang aku keluar dengan dia?" Alessandra mengerutkan dahi.

"Haah cik Seducer. Tengku Dilan kau itu ada bodyguard. Cuma, masa dengan kau dia simpan kut bodyguard itu. Nak berdua-duaan dengan kau."

"What kind of person is he? Is he handsome?" Soal Madam Laia.

Alessandra mengangguk. "Yup. Very attractive. He's a MMA fighter and also.. a biker I guess? Paling penting, tak boroi."

Madam Laia dan Dahlia ketawa serentak.

"Wait what? A biker? Dahlia you cakap dia cuma tengku biasa? Just a CEO?" Kali ini Madam Laia merenung Dahlia tajam menanti jawapan.

"I-I pun tak faham sebenarnya Madam. Semua yang Sandra tahu pasal Tengku Dilan, semuanya contradict dengan apa yang kita tahu. Takkan information kita salah?" Dahlia musykil.

"Tapi betullah. Masa I kena ragut hari itu, dia yang selamatkan I dengan motor dia itu. Nasib baik dia cekap," ujar Alessandra. Hatinya menahan rasa debar membayangkan layanan baik lelaki itu.

"Kau kena ragut?!" tempik Dahlia.

"Hm. Masa kau ambil aku lambat itulah," perli Alessandra.

"Enough girls. It's okay. Abaikan. Sandra, I nak you terus jayakan misi kita ini. I taknak kita kecewakan klien kita. Buat Tengku Dilan itu jatuh terduduk. Jangan you pula yang jatuh terduduk," pesan Madam Laia tegas.

"I won't Madam." Alessandra memutarkan bebola mata. Walaupun dia tak dapat nafikan beberapa kali dia hampir lemah dengan layanan lelaki itu.

"Oh! Sandra. Aku lupa. Masa kau jumpa dia kau ada perasan tak taik lalat dekat tepi mata dia?" Tiba-tiba Dahlia bertanya dengan suara yang lantang. Teruja.

"Taik lalat?" Alessandra cuba mengingat memori bersama lelaki itu. Rasanya tiada. Yang ada, cuma wajah tampannya. Eh.

"Setahu aku, tak ada babe. Kenapa?"

"Aku tak tahulah aku salah tengok ke apa, tapi masa aku jumpa dia dekat golf arena hari itu, aku perasan ada taik lalat kecil dekat tepi mata dia. Cuba kau tengok balik nanti."

"Mungkin aku yang tak perasan kut," jawab Alessandra cuba menyedapkan hati.

Tiba-tiba bunyi deringan telefon menyampuk perbualan mereka bertiga. Tertera nama tengku Dilan di skrin. Dia tersenyum senget.

"Hello? Nak jumpa? Okay."

"Siapa?" tanya Dahlia tidak sabar-sabar.

"Tengku Dilan." Alessandra terus mencapai beg tangan dan berlalu pergi.

SAMPAI sahaja dia di tepi tasik, matanya melilau mencari kelibat Ian Hayf. Oh, lelaki itu santai berdiri dengan sebelah tangan di dalam poket menghadap tasik.

"My tengku!" Laung Alessandra teruja. Mode berlakonnya sudah diaktifkan.

Ian menoleh sekilas ke arah suara nyaring itu sebelum dia buang kembali pandangan ke tasik. Tiada satu senyuman pun di bibirnya.

"Sombongnya. Tasik itu lagi cantik daripada I nampaknya. Ke tengku syok dekat salah seekor ikan dalam itu?" perli Alessandra sesampai sahaja dia di sebelah Ian.

Ian mengeluh.

"Kau buat apa dekat akademi aku? Kenapa kau buat sepah?" Sembur Ian. Dia kini menghadap sepenuhnya ke arah wanita ini.

"Buat sepah apa? Oh! Bunga ros itu ke?" teka Alessandra.

"Apa motif kau?"

"I buat sebab I nak happykan tengkulah. Apa lagi sebabnya?" Alessandra tersenyum manis.

Wajah Ian dilirik. Tiada taik lalat. Sah, Dahlia berhalusinasi.

"Itu bukan happykan aku tapi buat aku lagi serabut. Kau tahu tak aku malu dengan budak-budak itu semua?" Sedaya-upaya Ian mengawal intonasinya. Sudahnya tadi dia terpaksa suruh Melani menyapu semua ros itu dan dibuang ke tong sampah.

"Kenapa tengku nak malu? Lelaki pun patut dirayakan, diberikan kejutan. Bukan perempuan aje," bidas Alessandra.

"Tapi aku bukan boyfriend kau Malaiqa. Berapa kali aku nak cakap? Jangan layan aku macam aku ini hak kau." Tegas Ian bersuara.

"Tengku memang akan jadi hak I pun nanti," balas Alessandra selamba.

"Aku taknak."

"I tetap akan pastikan tengku jadi milik I." Alessandra masih berkeras.

"Kau nak buat apa? Heret aku pergi jumpa tok kadi? Kau nak perangkap aku lepas itu kita kena paksa kahwin?" tuduh Ian.

"What's wrong with you? Tengku ingat I jahat sangat ke? Kejap layan I baik, kejap layan I macam sampah. Tengku memang pentingkan diri kan?" Alessandra tidak mampu menahan amarah di dada. Sudahlah dia terpaksa lakukan misi ini, lelaki ini pula asyik memijak maruahnya.

"Salah ke aku cakap? Aku dah suruh kau awal-awal lagi untuk berhenti kacau hidup aku. Hidup aku aman sebelum wujudnya kau Malaiqa," jujur Ian berkata.

"Aman? Really? Tengku pernah fikir tak apa perasaan perempuan-perempuan yang tengku pernah lukakan hati mereka? Diorang boleh hidup tenang macam tengku ke?" sindir Alessandra.

"What do you mean?"

"Jangan pura-pura bodoh tengku Dilan. You dah banyak mainkan hati perempuan, lepas itu you lepas tangan dengan kata maaf. You lupa ke? Tak semua orang yang memaafkan mampu melupakan. Boleh jadi diorang berdendam," ujar Alessandra.

Terbayang wajah sedih kliennya yang datang meminta Agensi X untuk jatuhkan Tengku Dilan kerana dia pernah menjadi salah seorang mangsa cinta lelaki itu.

"Berdendam tak akan bawa mereka kemana. Apa kaitan semua itu dengan situasi kita sekarang?" Ian berpeluk tubuh.

"I cuma nak tengku hargai apa yang I buat untuk tengku. Susah sangat ke?"

"Aku tak boleh. Kau faham tak?!" Teriak Ian.

"Kenapa?"

"Aku cintakan Qasarina dan tiada siapa yang boleh gantikan tempat dia! Bila kau wujud dalam hidup aku, dia makin menjauh daripada aku sebab dia ingat kau girlfriend aku. Faham tak?!" Ian memicit kepalanya yang berdenyut.

Alessandra mendecit. "Sebabkan perempuan itulah tengku naik suara dekat I sekarang?"

"Perempuan itu ada nama. Nama dia Qasarina," selar Ian.

"Dan I ada maruah. Tengku asyik-asyik menangkan perempuan itu dan injak-injak maruah I. Teruk sangat I di mata tengku?" Nada Alessandra mula berjauh hati. Tak tahu mengapa dia terasa sangat.

"Kau nampak terhegeh-hegeh. Aku tak sukakan perempuan yang mudah dikejar," jawab Ian sinis.

Alessandra mengangguk faham. Baru dia tahu perasaan sebenar lelaki itu. Dia rasakan Alessandra perempuan yang mudah.

"Faham. Faham sangat. Thank you so much, dear tengku. I akan turutkan semua kemahuan you. I tak akan kacau hidup you lagi!" Alessandra mengemam bibirnya. Alamak, dia terlepas cakap! Lantaklah.

Terasa ada satu sentakan hebat di hati Ian Hayf mendengar jawapan wanita itu. Entah apa yang dia rasakan, dia pun tak pasti.

"B-baguslah," jawab Ian sepatah. Dia buang pandangan jauh ke tasik. Asalkan bukan harus memandang wajah sugul Alessandra.

Alessandra mendengus kasar sebelum dia melangkah pergi. Nanti-nanti sahajalah dia fikirkan alternatif lain ingin jatuhkan Tengku Dilan. Yang pasti, dia tak mahu menggoda lelaki itu lagi.

Ian hanya mampu memerhatikan langkah Alessandra dengan ekor mata. Dia mengeluh panjang. Mengapa dia terasa sakit sedangkan dia yang mahu wanita itu pergi?

Malam itu, Ian berbaring di atas katil menunggu waktu Isyak. Tangannya sibuk melayari media sosial dan sesekali membaca Whatsapp daripada kawan-kawan.

Satu mesej dari dua hari lepas telah menarik perhatiannya. Mesej pemberitahuan tentang majlis prom universiti secara besar-besaran yang akan diadakan nanti. Tak semena, terbit satu senyuman riang di bibirnya membayangkan siapa gerangan yang akan dia ajak untuk menjadi pasangannya nanti.

Tengku Qasarina.

Terus dia mendail nombor wanita itu, namun tidak berjawab. Sekali lagi dia mencuba.

"Hello?" jawab Tengku Qasarina.

"Qas. Tidur ke?" tanya Ian berbasa-basi.

"Tak. Kenapa Ian?"

Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nervous pula. "You dapat notice tentang prom? You pergi?" tanya Ian.

"Oh, prom itu ke? Pergi. Kenapa?" jawab Qasarina malas.

"You dah ada date? Kalau belum—"

"Sorry Ian. I pergi dengan Dilan. Dilan tak beritahu you ke?" cantas Qasarina.

"You dah deal dengan Dilan? Bila?" Ian menahan rasa berkobar-kobar di hati. Masakan mereka berdua mengkhianatinya?

"Dah. Lama dah, lagipun I yang ajak dia. I tak terfikir pula you nak ikut sekali. Selalu you teman Dilan jadi bayang-bayang dia je tunggu dekat luar kan?" ujar Qasarina.

Ian mengepalkan penumbuk. Bayang-bayang?

"Kali ini I terasa nak pergi," balas Ian lemah.

"I see. You ini pun Ian tak akanlah tak ada perempuan lain yang nakkan you sampai jadikan I pilihan you?" Terdengar suara tawa Qasarina di hujung talian.

"Maksud you?"

"Yelah. Lelaki macam Dilan yang dikenali sebagai playboy itu pun ada date nak pergi prom, tapi lelaki sekacak dan sesetia you tak ada? Malulah Ian," ejek Qasarina.

Ego Ian rasa dicarik-carik. Tercabar rasanya apabila tengku Qasarina membandingkan dirinya dengan Dilan. Kawan baik dia sendiri pula itu.

"It's fine, Qas. I rasa I dah ada date."

Terlintas nama seseorang dalam fikirannya. Dia rasakan cuma wanita ini yang dapat membantunya.

Alessandra.

Alessandra boleh bantu Ian untuk buktikan kepada tengku Qasarina yang dia juga boleh mencari perempuan lain. Tetapi, menjadi satu masalah apabila wanita itu berjauh hati dengannya pula sekarang. Sudahnya, semalaman dia berfikir apa yang harus dia lakukan.

Continue Reading

You'll Also Like

6M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
122K 6.1K 32
Jatuh hati dengan senior? memang tu lah yang terjadi. Hanya mampu lihat dari jauh saja. tapi siapa sangka suatu hari senior yang dia sukai mendapat n...
41.6K 2.8K 39
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen meran...
229K 7.4K 11
[SEDANG DIROMBAK] "𝑰'𝒎 𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑲𝒏𝒊𝒈𝒉𝒕 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑾𝒊𝒍𝒍 𝑷𝒓𝒐𝒕𝒆𝒄𝒕 𝒀𝒐𝒖 𝑭𝒓𝒐𝒎 𝒀𝒐𝒖𝒓 𝑾𝒐𝒓𝒔𝒕 𝑭𝒆𝒂𝒓." Darrell Irfan vs Ad...