Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

314K 21K 1.3K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44

Tengku Seducer: 4

5.9K 383 32
By escritordyanne

Suasana akademi MMA kalut dengan pergaduhan antara dua petinju Malik dan Zaidi. Disebabkan salah faham, mereka berdua menjadikan pertarungan itu sebagai pertarungan kalah mati.

"Lawan, lawan!" Sorak orang sekeliling.

Malik terus menerpa ke arah Zaidi ingin melayangkan penumbuk padu sekali lagi. Zaidi sudah longlai di atas lantai gelanggang.

"Korang semua buat apa dekat tempat aku?!" Tempik satu suara garau.

Suara yang bergema satu ruangan menyebabkan suasana sunyi sepi. Masing-masing tidak mampu berbicara dan riuh seperti sebelum ini. Mereka hanya mampu menahan rasa takut di hati melihat wajah garang Ian Hayf dan Tengku Dilan di muka pintu.

"Aku tanya jawab!" Tempik Ian lagi. Dilan di sebelah hanya menggeleng melihat perangai masing-masing. Boleh membusukkan nama akademi.

Sejurus sahaja mereka mendapat panggilan daripada pengurus di sini, terus Dilan mendapatkan Ian. Soalnya, perihal budak-budak di sini cuma Ian yang lebih tahu dan lebih dekat dengan mereka.

"P-phyton," jawab Malik tergagap-gagap.

"Apa masalah kau dengan Zaidi sampai tumpah darah macam ini?" Zaidi yang terkulai di atas gelanggang dikerling sekilas.

"Z-zaidi.." Malik kemam bibir.

"Kau pakai tangan pandai, tapi bila aku suruh buka mulut kau menggelupur. Yang lain? Ada yang nak beritahu aku apa masalah dua ekor ini?" Satu persatu muka penonton di situ direnung tajam.

"Zaidi dengan Malik gaduh pasal perempuan Phyton. Zaidi rampas girlfriend Malik," terang Shawal sebagai salah seorang petinju.

Ian tergelak sinis. "Gaduh sampai tumpah darah disebabkan seorang perempuan? Korang berdua hilang akal ke apa?"

"Aku sayang dia Phyton. Dia satu-satunya kekasih hati aku tapi Zaidi bodoh ini cuba masuk line," jawab Malik.

"Salah Zaidi atau salah perempuan kau?" Soal Ian sinis.

"Maksud kau?"

"Tetamu tak akan masuk kalau tuan rumah tak buka pintu sendiri. Kalau kau rasa Zaidi mampu rampas perempuan kau, maknanya perempuan kau pun rela untuk diri dia dirampas. Pakai otak, Malik."

"Tapi Phyton-"

Ian mengangkat tangannya tinggi menghalang Malik daripada terus berbicara. Dia sudah terlalu penat seharian, dia malas mahu berhadapan dengan perkara bodoh sebegini.

"Aku nak kau angkat Zaidi, dapatkan rawatan untuk dia. Kalau esok lusa aku datang sini, masih ada kesan luka yang kau tinggalkan dekat dia, mati kau aku kerjakan," ugut Ian.

"B-baik," akur Malik. Dia gerun dengan lelaki di hadapannya ini. Sudahlah Ian Co-CEO akademi ini, bila-bila masa dia akan dibuang kalau dia langgar tatatertib.

"Yang lain? Nak jadi tunggul kayu? Bersurai lah!" Perli Ian.

Barulah semua berpusu-pusu turun dari gelanggang dan berlalu meninggalkan Ian dan Tengku Dilan berdua di dalam ruangan itu. Ian duduk di tepi gelanggang memicit kepalanya.

"Garang juga kawan aku ini eh," tegur Dilan setelah dia hanya berdiam diri tadi.

"Kau yang belum pernah tengok aku tengking budak-budak itu semua. Macam itulah cara aku nak didik diorang. Kalau baik sangat, diorang semua pijak kepala aku."

"Tak sangka diorang boleh gaduh macam itu disebabkan seorang perempuan," nyata Dilan perlahan.

"Kau baru tahu ke? Perempuan memang dugaan dan halangan terbesar untuk lelaki," ujar Ian sinis.

"Perempuan juga boleh jadi satu anugerah untuk lelaki. Kau tak boleh pukul rata," selar Dilan.

Ian hanya menayangkan riak wajah kosong.

"Macam mana date kau semalam? Okay tak perempuan itu?"

"Ini lagi satu buat aku baran. Kau tahu tak perempuan itu aku pernah jumpa dia beberapa bulan yang lepas dekat satu restoran masa aku putuskan hubungan aku dengan Natasya?"

"Sumpahlah?"

"Ya. Aku rasa dia ingat aku. Tapi dia tak tahu nama aku masa itu, jadi buat masa sekarang rahsia kau dengan aku selamat. Cuma, dia minta nak jumpa aku lagi," jawab Ian selari tangannya mencapai mop untuk membersihkan kesan tompokan darah di atas gelanggang.

"Pergh, cantik tak?" uji Dilan. Keningnya dijongketkan berkali-kali. Mengusik.

"Cantik," jawab Ian. Tiba-tiba, dia terbayang wajah Alessandra.

"Berkenan?"

"Berkenan."

"Sumpah?!" Ton suara Dilan naik seoktaf. Teruja. Ini kali pertama Ian berkenan dengan salah seorang perempuannya.

Mata Ian membesar. Shit, dia terlepas cakap.

"Sumpahlah Ian?" Tanya Dilan lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Apa kau merepek ini? Jangan kacau aku buat kerja. Aku tak boleh multitask," marah Ian apabila dia terlanjur kata. Entah apa yang merasukinya.

Dilan mencebik. "Biasa apa yang dia cakap itu, apa yang otak fikirkan."

Pagi itu, tatkala Ian sibuk berlatih di dalam gelanggang, fokusnya terganggu apabila dia melihat satu sosok tubuh berpakaian seksi lengkap berpakaian sukan di hujung bilik. Dia kecilkan mata.

"What the hell.. what she's doing here?" Monolognya sendiri.

"Din, kita off hari ini. Esok kau datang practice lagi," pesan Ian kepada lawannya, Din.

Din mengangguk akur. "Roger, Phyton."

Dia terus mencabut pendakap gigi dan berlari keluar dari gelanggang. Sosok tubuh wanita itu dihampiri dengan wajah kelat.

"Hye tengku!" sapa dia teruja.

"Kau buat apa dekat kawasan aku Malaiqa? Kau stalk aku?" Sembur Ian. Sesekali matanya memerhati budak-budak yang lain.

"Wow, so fierce for what?" ejek Alessandra.

"Aku tanya, kau jawab. Kalau kau tak mampu bagi aku jawapan, you better leave Malaiqa," ujar Ian dengan tegasnya. Dia tiada masa untuk bermain-main sekarang ini.

"I datang nak tengok you lah. Atas sebab apa lagi I datang sini?" Dia berpeluk tubuh.

"Aku tak suka orang kacau tempat aku kerja. Tempat aku cari rezeki. Kalau kau nak main-"

Belum sempat dia habiskan ayat, jari telunjuk Alessandra selamat mendarat di atas bibirnya.

"Shh, banyaknya cakap. You memang suka membebel ke tengku?" Alessandra memutarkan bebola matanya. Sudahlah dia bersusah-payah ambil cuti hari ini untuk datang ke sini.

Nasib baiklah alamat akademi ini ada di hujung jarinya sahaja.

Ian senyum senget.

"Ouch!" Alessandra menarik jarinya yang pedih digigit oleh lelaki itu.

"Kau salah orang nak main-main Malaiqa. Now tell me, apa sebab kau datang sini?"

"Tengku tak nampak ke I pakai baju apa ini?!" Tempik Alessandra.

Ian memerhati tubuh wanita itu dari atas sehinggalah bawah. Dari tadi sebenarnya dia perasan Alessandra memakai pakaian sukan lengkap. Cuma agak terbuka di bahagian perut. Ah, apa nak hairan.

"Kenapa dengan baju kau?"

"Ergh. I nak pergi solat."

Ian tergelak sinis. "Pandai kau bergurau?"

"I pakai baju ini mestilah sebab I nak practice dengan you. I nak you ajar I muay thai. Boleh tak?"

"Kau buat lawak apa? Badan kau tak cukup kuat untuk muay thai," bidas Ian. Dia terus berpaling daripada Alessandra. Malas mahu melayan karenah wanita itu.

"Tengku sendiri cakap kita boleh berjumpa lagi kan? Tapi nak harapkan tengku ajak I jumpa, ibarat tunggu gajah terbang," sindir Alessandra.

"Baru semalam Malaiqa, kau dah rindu aku. Aku suruh kita jumpa dekat tempat lain, bukan dekat tempat kerja aku. Sekarang, kau pergi balik. Aku sibuk." Ian terus berpaling daripada wanita itu.

Baru beberapa langkah, dia dapat rasakan belakang badannya berat semacam.

"Woi!" Tempik Ian apabila Alessandra selamat mendarat di belakangnya. Kedua-dua belah kaki wanita itu selamat memerangkap pinggang Ian.

"Tengku taknak ajar I, then I akan terus melekat dengan tengku macam ini," ugut Alessandra. Dia tidak kira, dia perlu juga buat lelaki itu tertunduk dengannya. Piggyback pun piggyback lah.

"Malaiqa, turun. Kalau kau jatuh, siapa nak tanggung?" Tanya Ian dengan nada mendatar. Namun, kedua-dua tangannya tetap memegang utuh peha Alessandra. Risau jikalau terjatuh anak dara orang ini.

"Setakat jatuh, apalah sangat nak dibandingkan dengan sakitnya hati I setiap kali you berkasar dengan I!" gumam Alessandra di ceruk leher Ian.

"Malaiqa! Kau ini memang tak faham bahasa kan?!"

"Ian." Satu suara memanggilnya.

Ian tunduk hormat. Aduhai, masa-masa beginilah sifu Aziz nak muncul.

"Siapa Ian?" bisik Alessandra betul-betul di tepi telinga Ian.

"Bakal suami kau," jawab Ian selamba.

"Ada apa bising-bising ini?" tanya sifu Aziz. Wanita yang didukung Ian dijengul sebentar.

"Ada yang tercedera masa latihan?" Tanya sifu Aziz lagi.

"T-tak sifu. Dia ini- kejap sifu." Dengan pantas Ian melepaskan paha Alessandra membuatkan wanita itu jatuh terduduk.

"Tengku!" Amuk Alessandra selari tangannya menggosok punggung yang sakit. Kurang asam punya lelaki.

"Dia taknak ajar I muay thai! I kan dah bayar for few sessions!" celah Alessandra selari dia angkat punggung untuk bangun. Dia menjeling Ian di sebelah dengan pandangan yang tajam.

"Tunggu. Oh, jadi cik ini cik Alessandra kan? Trainee baru dekat sini?" Soal Sifu Aziz. Rasanya dia ambil maklum tentang semua ahli baru.

Alessandra mengangguk.

"Maaf atas kekurangan kami cik. Tapi cik, tak baik buat macam itu dekat sini. Lagipun dekat sini ramai lagi trainers dan pro-player selain Ian yang boleh ajar cik Alessandra," pujuk Sifu Aziz.

"Taknak. I cakap I nak request dia seorang kan? Apa yang korang semua tak faham?" bidas Alessandra.

"Tapi Ian ini pelatih professional kami, he's our Phyton. Saya risau dia susah untuk bahagikan masa untuk ajar cik Alessandra dan perlawanannya nanti," jelas sifu Aziz dengan nada yang lembut.

"Tak kisahlah Phyton ke Cobra ke. I ini Naagin!" bidas Alessandra.

Sifu Aziz tergelak kecil.

"Sifu. Um, biar saya handle dia," celah Ian. Dia sudah tidak tahan. Lagipun, dia risau rahsia yang dia bukan Tengku Dilan yang dicari wanita ini terbongkar.

Sifu Aziz mengeluh panjang. "Ikutlah. Uruskan cik Naagin kita ini Ian. Jangan sampai mengganggu ketenteraman budak-budak."

Ian mengangguk perlahan.

"Seronok bergaduh dengan orang tua?" sembur Ian setelah kelibat sifu Aziz menjauh.

"Nama panggilan tengku memang Ian ke dekat sini? From Dilan to Ian. How adorable." Alessandra bersuara kembali. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

"Haah lepas ini from Ian to your husband pula," sindir Ian.

"Boleh juga kalau macam itu!" jawab Alessandra suka. Nampaknya dia boleh dapatkan lelaki ini dalam genggamannya dengan mudah.

"Kau ini boleh tahan bodoh jugak."

"Hey!"

"So kau nak berlatih ke taknak? Aku layankan kau ini sebab aku fikir kau dah bazirkan duit untuk labur dekat akademi ini."

"Of courselah I nak. Kita nak mula dari mana?"

"Kita masuk gelanggang dulu. Kau pergi ambil dan pakai equipments dekat dalam bilik sana," arah Ian. Modenya sebagai pelatih sudah diaktifkan.

Tak lama kemudian, Alessandra lengkap dengan peralatan keselamatannya. Persis Ian sewaktu dia ingin bertinju.

"Dah warm up?" Soal Ian kepada Alessandra yang terkial-kial ingin naik ke atas gelanggang yang agak tinggi itu.

Melihat wanita itu mengambil masa terlalu lama untuk naik, dia memaut pinggang Alessandra dengan sebelah tangan sahaja. Dia mengangkat wanita itu naik ke gelanggang.

"Lambat."

"Ish, go easy on me. I baru lagi kut. So, apa tengku tanya tadi?"

"Dah warm up?"

"Belum."

"Okay, warm up dulu."

Menurut arahan, Alessandra mula menggoyangkan pinggangnya ke kiri dan kanan. Seolah-olah dia bermain hula hoop.

"Kau ini nak belajar muay thai ke nak belajar ballerina? Ada aku suruh kau lenggok macam orang tak ada pinggang?" serang Ian.

"Apa lagi yang tak kena dengan tengku ini? I dah buat itu kira okaylah," keluh Alessandra dengan mulutnya memuncung ke hadapan. Asyik-asyik kena marah.

"Muncung-muncung, aku cium nanti tahulah kau," usik Ian.

"You ini kan! Tak habis-habis. Dulu dekat toilet itu pun you cakap benda yang sama!"

"Oh. Still remember me Malaiqa?" Ian senyum senget.

"Whatever."

"Mana lelaki tua kau? Dah mampos?" Soal Ian selari dia mendekati Alessandra. Mereka berdua berada di tengah-tengah gelanggang. Bilik ini cuma ada mereka berdua sahaja.

"You tak ada hak nak tahu personal life I. So I kena buat apa lepas ini?" Alessandra mengubah topik. Gilalah dia kalau beritahu apa yang dia buat dekat lelaki tua bangka itu. Kantoi semua rancangannya nanti.

"Aku train kau untuk serang. But first.." Ian sengetkan kepala sebelum dia menjambakkan rambut wanita itu dengan kedua-dua belah tangan.

"Gigit getah rambut ini," arahnya kepada wanita itu.

Akur dengan arahan, Alessandra menggigit getah rambut di bibir.

"T-tengku nak buat apa ini?" Gumam Alessandra dengan suara yang bergetar. Bukannya apa, dekat betul jarak mereka sekarang ini sehingga dia boleh menghidu aroma maskulin lelaki itu.

Tak menjawab, Ian mengambil getah rambut di bibir wanita itu dan digunakan untuk mengikat rambut Alessandra yang terburai.

"Rule number 1, rambut kena pendek. Tapi disebabkan kau cuma berlatih sekejap, jadi aku ikatkan rambut kau. Kalau tak, macam pontianak," balas Ian.

Alessandra masih terkesima dengan kelakuan lelaki tadi. Rambutnya yang diikat rapi disentuh.

Ian mengundur ke belakang menjarakkan diri. Dia bersedia untuk bertarung dengan wanita itu. Tak lama, dia mendepakan tangannya mencabar Alessandra untuk mendekat.

Alessandra menaikkan kening tinggi. "Ha?"

"Come," arahnya.

Dengan terpinga-pinga, Alessandra memendekkan jarak antara dia dan Ian.

Buk!

"K-kau buat apa ini?"

Alessandra angkat kepala. Dia rehatkan dagunya di dada Ian. "Tengku cakap suruh datang dekat dengan tengku."

"Memanglah. Tapi bukan dekat macam ini. A-aku cabar kau untuk serang aku dulu."

"Yeke? Dah itu kenapa depakan tangan macam minta kena peluk?" Soal Alessandra dengan mata terkebil-kebil.

"Itu maksudnya aku cabar kau mulakan pertarungan Malaiqa. Kau ini memang lurus bendul ke apa?" Dahi licin Alessandra ditolak perlahan menggunakan jari telunjuk.

"Oh. Sorry," ucap Alessandra. Padahal, dia sengaja ingin mengusik lelaki itu. Dia taklah bodoh sangat.

"Mula."

Alessandra terus menerpa ke arah Ian ingin menumbuk wajah lelaki itu namun lelaki itu berjaya mengelak. Baru sahaja dia ingin melakukan serangan lagi, Ian terlebih dahulu mencapai lengan Alessandra sebelum badan wanita itu ditarik naik ke atas bahu dan dihempaskan ke atas gelanggang.

Gila sakit!

"Sakit?" Tanya Ian sinis.

Alessandra mengetap bibirnya sebelum dia bertindak dengan tangkas menarik kolar baju Ian menyebabkan lelaki itu hilang pertimbangan. Kini, Ian berada betul-betul di atasnya.

"K-kau buat apa ini?"

"Tengku main kasar, I pun nak main kasar," kata Alessandra dengan nafas tercungap-cungap.

"K-kau gila? Kalau orang nampak macam mana?" Kepalanya tertoleh kiri dan kanan.

"Let them be. Bukannya diorang yang bayar sesi I ini." Pipi Ian yang kuyup disebabkan peluh diusap lembut.

Bagaikan terbuai dengan sentuhan wanita itu, dia hanya membiarkan diperlakukan sebegitu.

"Ian!" Laung suara wanita.

Ian panggung kepala memandang ke arah muka pintu. Ada Tengku Qasarina manis bertudung warna coklat.

Dia pantas bangun dan meluru ke arah wanita itu meninggalkan Alessandra terbaring di atas gelanggang.

"Qas. Buat apa sini?" Tanyanya tergagap-gagap. Tolonglah jangan Qas melihat kejadian tadi.

"Ian. Siapa itu?" Qasarina menjengulkan kepala ke belakang Ian.

"Kawan I."

"Cantiknya kawan you. I tak pernah tahu pun you ada kawan perempuan selain I?" Tanya Qasarina dengan riak wajah ceria.

"Ya, baru lagi."

"Oh, I see."

"Kenapa you datang?" Tanya Ian.

"I cari Dilan dekat rumah tapi tak ada, I ingat dia datang sini tengok you. Dia pergi mana? You tahu tak?"

"Tak pasti. Biasa time-time macam ini dia main pool. Depends. Kenapa tak call dia?" Dalam hati dia sudah mengeluh. Qasarina memang cuma pedulikan Dilan.

"Tak berjawab. You tahulah kawan you itu kalau dah berseronok mana ingat dekat kita," jawab Qasarina malas.

Ian mengangguk setuju sebelum perhatiannya beralih kepada mangkuk tingkat di tangan Qasarina. "Dekat tangan you itu apa?"

"Oh ini?" Mangkuk tingkat itu diangkat tinggi.

"Inilah bekal I bawa untuk Dilan. Tapi orangnya tak ada," sambung Qasarina.

"Oh, bawa bekal untuk Dilan," tutur Ian perlahan. Cukup hanya dia sahaja yang dengar.

"Alang-alang itu, you lah ambil. Makan tau Ian. Makan dengan kawan you itu," pesan Qasarina.

Wajah Alessandra yang duduk bersilang kaki di tepi gelanggang dijeling sekilas. Boleh tahan cantik. Tapi cantik lagi dia.

"You nak pergi mana?" Soalan Ian memecahkan lamunannya.

"I nak cari Dilan. Tapi I rasa tak akan jumpa so I nak balik."

Ian mengangguk. "Nak I hantar?"

"It's okay, Ian. Teruskan practice you." Qasarina menepuk bahu Ian sebelum dia menyerahkan mangkuk tingkat itu.

Melihat sosok Qasarina semakin hilang dari pandangan, dia terus meluru ke arah tong sampah. Makanan di dalam mangkuk tingkat itu semuanya habis dibuang tidak meninggalkan secebis sisa sekalipun.

"Kenapa tengku buang makanan itu? Membazir tahu tak? Syaitan suka," tegur Alessandra dari jauh. Dari tadi dia hanya memerhatikan gelagat 'Tengku Dilan' dengan wanita asing itu.

Masaklah dia kalau itu saingannya. Sudahlah manis bertudung.

"Kau tak fikir pula syaitan suka tengok kau tak tutup aurat lepas itu berkepit dengan aku 24 jam?" bidas Ian selari dia mendekati Alessandra.

"Tak habis-habis nak mengutuk I. Kenapa tengku buang?"

"Sebab sisa. Aku tak makan sisa orang."

Alessandra mengerutkan kening kerana dia tidak faham satu pun yang diperkatakan lelaki itu. Kalau dia lihat keputusan peperiksaan bahasa Melayu lelaki ini, pasti C.

"Kau nak berlatih lagi ke tak ini?" Persoalan Ian menyentakkannya dari lamunan.

"Nak. Tapi boleh tak tengku berlembut sikit dengan I as a newbie? Nak tercabut semua tulang I tahu tak?"

"Nanti biar aku buat sampai tercabut mulut kau. Biar kau tak bercakap macam selalu," gurau Ian.

"Jahatnya. I hilang nanti tengku juga yang gelisah cari I."

"Tak ada makna. Dah naik, kita lawan."

Alessandra tergelak kecil melihat wajah serius lelaki itu. Nak bergurau sikit pun tak boleh.

Continue Reading

You'll Also Like

284K 13.6K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
ARIES (C) By ❁

Mystery / Thriller

1.2M 66.1K 66
𝐂𝐎𝐃𝐄 : 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐎𝐓𝐀𝐊 + 𝐃𝐄𝐑𝐀 𝟏𝟖+ ‼️ 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠 - 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 (𝟐𝟏-𝟐𝟐) 𝐓𝐨𝐩 𝟏 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐞𝐬𝐭 𝐑𝐚𝐧𝐤...
376K 21.2K 40
Luaay's Vol II Known as His Forever [New Version] 143 [I love you, forever!] Start : 23/02/2023 End : 03/09/2023 highest ranking : #1 2023 #1 wattpad...
303K 19.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...