PERENTAS WAKTU C

By khair_ya

6.3K 1.2K 49

Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing... More

Daeng | Tun Isyak | Derahim | Zei Wei
Awake | Not them
Danny as Daeng
Is as Tun Isyak
Danial as Derahim
Khairy as Zei Wei
Daeng | Tun Isyak ¹
Daeng | Tun Isyak ²
Derahim | Zei Wei ¹
Derahim | Zei Wei ²
Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya
Danny as Daeng ¹
Is as Tun Isyak ¹
Danial as Derahim ¹
Khairy as Zei Wei ¹
Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya¹
Aliya as Sari
Danny as Daeng ²
Is as Tun Isyak ²
Danial as Derahim ²
Khairy as Zei Wei ²
Wajra, Wang Bao Bao, Sejora
Danny | Sejora
Aliya as Sari ²
Is | Danny | Danial
Khairy as Zei Wei ³
Aliya as Sari ³
Aliya as Sari ⁴
Wajra | Sejora
The reunion, the last hope
The reunion, the last hope ²
Aliya as Sari ⁵
Wajra | Sejora ²
Musuh ²
Musuh ³
The reunion, the last hope ³
Ilmu tasawwuf
Kuasa Sakti
Aliya as Sari ⁶
The reunion, the last hope ⁴
Save Khairy
Save Khairy ²
Aliya as Sari ⁷
The reunion, the last hope ⁵
The reunion, the last hope ⁶
End
Kata-kata bunga wat mu.
NEW BOOK WILL UPDATE SOON🤞🏻

The reunion, the last hope ⁷

95 11 0
By khair_ya

Long chapter, 6000+. Mohon anda baca bila keadaan selesa. Pastikan anda siap sedia dengan keadaan sekeliling. Lunaskan kewajipan penting dahulu sebelum terus membaca. Sekian dari author..

Kyya

__________________________________________

"Kapannya kembali lagi anakandaku?" Sari Kembang merisaukan anak bujangnya yang satu. Dipeluk erat melepas rindu.

"In Sya Allah sudah cukup kekuatan di dalam diri." Is mengusap kepala wanita itu. Dia juga terkilan dengan diri sendiri sebab tak mampu nak manjakan wanita itu seperti mamanya. Setidaknya biarlah Tun Isyak sendiri kembali. Dia tak janji.

Yang hanya menghantar penghantaran mereka hanyalah Tun Iskandar dan Sari Kembang memandangkan yang lain masih melayani tetamu. Al-maklumlah, mereka pergi masa majlis berlangsung. Kata nak cepat.

Setelah berpamitan, akhirnya mereka tinggalkan rumah tersebut.

"Wah, aku tak sangka Tun Iskandar betul-betul sebijik macam kau Is, yang peliknya macam mana kau tak masuk tubuh dia?" Sekali lagi Aliya bersuara tak puas hati.

Mereka berenam berjalan bersama ke desa berdekatan rumah Danny. Nak sapa Mastika pulak.

"Cakap aku, tapi kau ni lah yang paling pelik." Usik Is tersengih-sengih. Sempat dicubit pipi putih tembam Aliya.

Geram dapat sentuh yang fizikal punya.

Hendra yang melihat sudahlah cemburu buta. Ditarik Sari menghimpit dengannya.

"Oi kau Is, orang tu dah bersuami. Agak-agaklah kau nak picit pipi dia." Tegur Danny perasan dengan sikap Hendra yang sejak dari tadi tak bersuara.

"Oh ye eh, sorry tak perasan." Is tergelak. Lucu dengan sikap Hendra.

"Oh ye, aku datang rumah kau sebab gelang ni. So macam mana?" Aliya bukak topik yang dibincangkan. Tak sempat dia nak borak pasal gelangnya.

"Oh lupa, gelang kau pakai tu sama dengan gelang Dani." Jelas Is buat mereka semua terkejut. Danny menyinsing pergelangan tangannya. Menunjukkan gelang yang sama dengan Aliya.

Hendra terkedu melihat kejadian tersebut.

"Ia barang sakti Aliya." Jelas Danny.

"Mustahil, hanya bangsa manusia sahaja yang berhak menggunakan barang sakti. Jika itu bangsa kami, hendak menyentuhnya saja tidak dapat." Jelas Hendra lalu meminta Aliya menanggalkan gelangnya.

Selepas itu, dia meminta Aliya meletakkan di atas telapak tangannya. Hampanya, gelang itu jatuh tertimbus tangan Hendra.

Melihat kejadian aneh lagi takjub, mereka berpendapat bahawa barang sakti agak luar biasanya.

"Aku sudah mengenal Sari cukup lama, jelaslah dia memang keturunan Bunian. Hanya sahaja aku tidak percaya dia bisa memakainya." Jelas Hendra.

"Hmm, mungkin sebab kehidupan sebelumnya..." Bisik Aliya sedikit dengar atau tidak.

"Apa maksudmu Sari?" Hendra terganggu.

"Hmm, kali terakhir kau buat apa Aliya?" Tanya Danial ingin tahu. Dia akui bahawa Sari adalah Bunian, kerna dia sendiri menyaksikan Sari di alam bunian. Tapi itu Sari, Aliya belum muncul tika itu.

"Barang-barang korang dihantar Ameer ke rumah, aku selongkar beg Danny sebab beg dia bercahaya. Jumpalah gelang tu, jadi aku pakai." Jawab Aliya dengan tingkah polos.

Akhirnya keempat-empat pemuda itu bertepuk dahi. Aliya-aliya, dibuatnya macam barang dia.

Hendra pula tidak faham, tapi dia sabar menunggu isterinya menjelaskan nanti.

"Kau ni, main bukak je ek?" Danny geram.

"Hehehe sorry, I'm addicted too.." Aliya menguap gelang di tangannya lagak comel. Jelaslah dia suka gelang tersebut.

"Ye ye je kau. Kalau ditakdirkan kita tak jumpa, selamanya kau dekat zaman ni." Ucap Danny buatkan Aliya terdiam. Hilang cerianya menjadi gadis sopan terus.

Danial menghidu sesuatu. Hendra disebelah Aliya dijeling.

"Aliya, kau ada bagitau suami kau ke?" Danial tiba-tiba menyampuk.

"Belum lagi. Aku ingat nak bagitau malam ni." Aliya membelai kepala Hendra bersama senyuman sayu. Entah diterima tidak dia jika dia menjadi Sari saat ini. Hendra terkebil-kebil.

"Aliya, masa kau nikah dengan dia. Waktu tu engkau ke yang menjadi Sari? Atau Sari yang nikah dengan dia?" Tanya Khairy tiba-tiba. Ada sesuatu yang menjadi persoalan di benaknya.

"Dah tentu aku." Jawab Aliya tersenyum.

Mereka berpandangan. Jelaslah ini bukan gurauan dari Aliya.

"Jadi, kau tak nak balik rumah kau?" Danny akhirnya faham maksud Khairy ikut terpempan. Mereka semua berhenti mendadak meneruskan perjalanan.

Kalau Aliya yang benar menikah dengan Hendra, maksudnya Aliya..

Aliya tersenyum tipis.
"Aku ambil keputusan untuk stay kat zaman ni. Aku ada suami yang harus dilayankan." Luah Aliya akhirnya. Ya, dia nak tinggal kat zaman tu.

Danny yang lain terkedu. Tak sangka mereka menerima berita sedih macam ni.
"Jadi kita berpisah dekat zaman ni Aliya?" Soal Danny tersenyum sayu.

"Ya, aku ada kehidupan baru. Kita akan berpisah dekat zaman ni." Aliya menggapai tangan Hendra. Dia ikut bersedih.

Suasana sunyi sebentar, melayan hati.

"Tapi sekarang kitorang belum balik lagi, masih nak cari cara nak pulang. Tak payah la semua nak sendu." Is dah mengalir air mata. Adoyai. Nak buat drama pulak Is ni.

"Huhuhu.."

Maklumlah, dia kan selalu usik hantu tu. Jadi sedih bila barang permainan dia takde.

Terkejut mereka semua. Khairy pulak tergelak-gelak dek tengok Is dah deras mengalir air mata.

"Yela-yela, aku akan stay dengan korang sampai pulang ke zaman asal korang semula." Janji Aliya sambil tersenyum gembira. Tak salah spend time untuk kali terakhir.

"Yeay! Hantu Aliya teman kita!" Jerit Khairy teruja sambil buat segala hi-5 dengan yang lain.

Aliya mencebik.
"Excuse me, I bukan hantu lagi ya. Dan bukan manusia juga." Aliya bercekak pinggang. Menggelembung mulutnya tak puas hati di label gitu. Terpanar mereka semua tengok muka cute Aliya. Termasuk juga Hendra.

Maklumlah, wajah tu sentiasa pucat berhias darah. Kali ni, terlihat jernih dan bagai pau saja.

"Geram betul aku nak picit pipi dia." Gumam Danny sedikit berbisik. Mengalih pandang ke arah lain. Danial, Is dan Khairy yang mendengar jelas apa diperkatakan Danny tersengih saja. Maklumlah, hubungan Danny paling lama dengan hantu Aliya ni.

"Yela, kau dah dapat tubuh fizikal tu jaga diri kau." Tegur Danial.

"Dah bersuami jugak tu." Tambah Is tersengih.

"Dan jangan susahkan suami kau. Kesian dia." Ucap Khairy, perasan Aliya selama ni buat ikut kepala dia. Hendra pulak jadi pak turut. Tak faham. Why?

"Ish! Yela-yela." Aliya memuncung masam ditegur begitu.

Danny tersenyum tipis.

"Aliya, aku sayang kau macam adik aku sendiri. Jaga diri kau dekat sini." Ucap Danny sedikit lembut. Terkesima sesiapa yang mendengar. Termasuk Aliya.

"Hendra, aku percayakan dikau untuk jagakannya." 

Hendra yang tak faham bahasa mereka terkejut bila Danny tegur dia tiba-tiba. Lama, sebelum dia perasan kesemua pandang dia dengan berharap.

"Semestinya, kerna dia isteriku. Aku bersumpah, selagi aku hidup, aku tidak sesekali membiarkan Sari ku terluka." Ucap Hendra sedikit angkuh. Dia tak faham cerita, tapi kalau tengok keempat-empat orang itu, mereka semacam rapat. Sejak bila?

Mereka tersenyum hiba. Lantas selepas itu mereka meneruskan perjalanan kembali. Masing-masing rancak berborak dalam bahasa mereka buatkan Hendra hanya terdiam mengikut saja kaki Sari yang pastinya ikut bersama mereka. Perjalanan pulang mereka juga sehala.

Patutnya saat ini, dia harus kembali pulang bekerja sama Sadiq untuk menyerang Tun Isyak dirumah. Tapi siapa sangka Tun Isyak sendiri sudah bergerak awal.

Sadiq tentu menyangka Tun Isyak masih dirumah. Manakala dia, mengekori musuh terlalu dekat.

"Hendra, aku ingin berbual sama engkau." Is datang mendekat Hendra tiba-tiba, berbisik sesuatu.

Hendra terkejut, namun dilayani saja Is yang tetiba tersengih sebelah dia. Danny terlihat sedang berbual dengan isterinya di depannya. Rasanya tidak salah dia ikut berbicara.

"Apa dia?" Hendra layankan saja.

"Sudah goda isterimu belum?"

Terbutang mata Hendra, ini dah masuk topik panas ni.

"Goda? Urusan rumah tangga ku bukan masalahmu." Jelas Hendra tak suka.

"Hehehe, engkau pasti kesulitan menghadapi isterimu yang ini? Benar tidak?"

Hendra sedikit tertanya-tanya, bagaimana Tun Isyak tahu?

"Bukan masalahmu Tun Isyak." Hendra malas nak cakap pasal bini dia.

"Aku tahu rahsia nakal Sari, engkau pasti kecanduan.." Usik Is tersengih. Betul-betul buat jiwa lelaki Hendra merana hendak tahu.

"A-Apa yang kau perkatakan ini!? Sudah!" Hendra mempercepatkan langkah. Berona wajahnya meski saat ini memang benar dia berusaha menggoda Sari. Hakikatnya, Sari bukanlah wanita biasa seperti di kampungnya. Sangat teguh jiwanya.

"Aku nak tolong bod*h." Bengang Is bila dirinya tak dilayan. Khairy tergelak-gelak di belakang diikuti Danial geleng kepala.

.
.
.
.
.
.

"Mastika tahu."

Danny tergamam. Senyuman Mastika saat ini sangat manis dan terpaksa.

"Tapi kenapa kanda tidak bilang terus sama Mastika?" Ucap Mastika lagi sangat santai menuangkan air ke cawan buluh.

"Kerna aku takut engkau kecewa Mastika." Luluh hatinya memberitahu perkara sebenar itu bila reaksi diterima bukanlah terkejut mahupun mengatakan dia gila. Tapi gadis di depannya, sangat tenang.

"Mastika sudah tahu lama, ketika di rumah tok penghulu lagi Mastika melihat perubahan besar pada Kanda. Kanda Daengku bukanlah orang yang suka bersedekah hasilnya. Bukan juga orang yang menghormati orang tua. Sejak hari kanda membawa Mastika pergi dari rumah Tok penghulu lagi, Mastika menyedari bahawa kanda bukanlah Kanda Daeng." Perlahan Mastika kata bersama senyuman tipis dan dia merenung lantai.

Dan kerana itu jugalah dia mula belajar seni pertahankan diri bersama Sejora. Dia takut.
Dia takut perilaku abangnya kembali lagi.

Danny dengan spontannya menyentuh kepala Mastika, diusap lembut. Mastika mengangkat kepalanya, terkejut dengan perlakuan Danny yang tiba-tiba begitu.

Beberapa saat berlalu, seakan masa milik mereka berdua.

"Ek?"

Air mata itu mengalir di pipi. Suasana seakan berhenti.

"Mastika, aku berbuat salahkah?" Danny gelabah, dia tidak tahu hendak pujuk perempuan. Mastika tiba-tiba menangis depan dia.

"Kanda kenapa bersikap begini!?" Marah Mastika memukul-mukul bahunya. Marah tanpa sebab. Danny tak faham. Tapi dia tahu, dia buat tadi tanpa sedar. Al-maklumlah, dah biasa dengan Sejora. Kalau perempuan lain, memang tak dia buat meski dengan Aliya sekalipun.

"Harus aku bagaimana lagi? Menamparmu?"

"Kanda!"

"Hahahaha."

"Kanda, malam nanti tidur luar." Marahnya lalu memalingkan kepalanya. Merajuk lah katakan. Entah mana dia belajar merajuk macam tu, dari Sejora ke? Ish, jangan dibawak pengaruh buruk dengan orang-orang lama oi Sejora!

.
.

Sejora be like tengah memanah.

"Hachum!"

'Ada orang cakap pasal aku? Eh, dimana panahku?'

Sejora mencari anak panahnya yang kini sudah memanah pokok. Tepat di sebelah kepala Derahim.

"Nasib saja tidak mengenaiku." Derahim mengurut jantungnya berdegup kencang.

.
.

"Kanda hendak ke mana?" Mastika memeluknya. Danny tersenyum serba salah. Ni bila dah jelaskan dirinya siapa, makin mengada pulak Mastika ni.

"Aku hendak ke satu tempat. Jauh dari sini. Mulai sekarang, aku inginkan dikau jaga diri. Untuk itu, malam ini engkau bersiap bermalam di rumah Sejora dua tiga hari ini." Jelas Danny berharap. Dipegang bahu Mastika supaya jangan bergantung harap lagi dengannya. Maklumlah, Daeng ni dah lah orangnya tak boleh diharapkan kalau dia boleh balik zaman asalnya.

"Tapi Kanda janji sama Mastika, harus pulang."

"Mastika, aku tidak janji. Tapi tuhan melayakkannya. In Sya Allah aku berusaha pulang." Danny tak tahu apa akan jadi pada tubuh Daeng, apa yang penting dia harus minta Mastika bersiap segala kemungkinan. Kuat dan cekal hatinya bila ditinggalkan.

"Baiklah jika begitu." Mastika tersenyum tipis. Akur dengan keputusan abangnya.

"Uwu, ade orang tu caring pasal perempuan lain." Usik Aliya sorok disebelah pintu.

Terkejut dua beradik itu.

"Hoi perempuan! Keluar kau!" Bengang Danny terasa malu diperhatikan.

Aliya tergelak mengekek melarikan diri. Seronok sakat Danny yang sudah kemerahan di pipi. Maklumlah, saat ini dia sedang pujuk Mastika.

Dalam dirinya bukanlah Daeng, hakikat dia bukan abang sebenar Mastika, buatkan dia sedikit tersuka sama sikap Mastika. Suka?

Danny geleng kepala. Suka je pun. Jangan lebih.

"Kanda?" Mastika tenung abangnya yang menggeleng kepala tiba-tiba.

"Hmm, Mastika. Kami harus berangkat sebelum malamnya. Engkau juga bersiap-siaplah ke rumah Sejora.."

"Iya iya." Mastika bersiap-siap. Malam ini dia akan tidur di rumah Sejora atas cadangan abangnya. Dia tak tahu sebab apa, katanya untuk berjaga-jaga.

Abangnya juga telah menjelaskan siapa dirinya yang bukan Daeng, namun dia terima dan masih menganggap Danny abangnya. Mastika betul-betul orang yang terbuka fikirannya. Danny lega tidak perlu menjelas banyak benda.

.
.


Hendra memaku pandangan ke arah Khairy yang sedang bermain gitar bersama Is, saat ini dia cukup terpegun dengan mereka yang melantunkan sebuah lagu yang dia tidak kenal.

Selama duduk di negeri Melaka ini, sudah bermacam lagu dia ketahui. Hatta lagu manusia sekalipun, dia sudah tahu di pelosok kampung mahupun kota pelabuhan.

Jadi, mereka tengah nyanyikan lagu apa?

"Wah, dah lama aku tak dengar korang mainkan gitar." Datang Isterinya berwajah ceria.

"Nak aku nyanyikan lagu apa?" Danial tersenyum manis. Hendra cukup terkilan kerna disaat ini Isterinya seakan meminta sesuatu pada lelaki lain meski saat ini dia tidak pandai menyanyi.

"Hm, sahabat?"

Danial mengangguk. Lantas, dia meminta Danny yang kebetulan keluar dari rumah menuju ke pondok tempat mereka duduki.

"Dah ke bro?" Tanya Is.

"Tunggu Mastika jap, dia kemas barang baju. Korang nak aku buat apa ni?" Hairan Danny bila Danial kasi gitar.

"Aliya mintak kau bawak lagu Sahabat."

"Sahabat? By who?" Danny ikut duduk, sebelah Hendra. Hendra terkejut dengan sikap selamba Danny.

"Najwa Latif." Aliya bertepuk tangan suka.

"Tak reti ah." Balas Danny buatkan Aliya yang tadinya ceria terus memuncung mulut. Hilang senyuman terujanya.

"Ape je lagu korang boleh buat?" Tanya Aliya bosan.

Mereka berempat berpandangan. Borak punya borak, Hendra pula yang tak sabar nak dengar.

"Sari, kenapa mereka memanggil engkau Aliya?" Hendra mengajak isterinya berbual.

"Bisakah malam nanti aku ceritakan kanda?" Pinta Aliya lembut siap mengusik suaminya. Apalagi, blushing la Hendra. Tak ape, tunggu je. Tak lari bini dia tu. Kanda ek? Jadi suasana hati isterinya tika ini sangat gembira mungkin, sehingga memanggilnya sebegitu.

"Kitorang dah jumpa lagu sesuai." Danny tiba-tiba mencelah perbualan mereka.

"Lagu apakah itu?" Hendra pula yang mengaju pertanyaan. Dia pulak terlebih tak sabar.

"Memandangkan isterimu sudah menyakiti hati kami, maka kami persembahkan lagu nenekku pahlawanku." Ucap Is bangga.

Hendra berkerut. Lagu apa tu?

"Hah? Sejak bila aku menyakitkan hati korang?" Tercengang bengang Aliya.

"Sejak kau nikah tak bagitau aku." Tambah Danny buatkan Aliya terkedu.

"Ampun, aku menerima lagunya." Aliya buat sembah junjung. Maklumlah, memang salah dia.

Mereka tertawa kemudiannya melihat Aliya mengakui kesilapannya. Sengaja usik.

"One two three four."

Khairy mula memetik gitar diikuti Is bergendang lantai. Danny ikut memetik gitar lalu Danial masuk menyanyi.


"Wahhh."

Mereka menoleh, melihat Mastika bertepuk tangan. Begitu juga Hendra yang ikut terkagum dalam diam.

"Mastika? Engkau sudah bersiap?" Tanya Danny bangkit dari duduk diikuti yang lain.

"Iya, mari."

Selama perjalanan, Mastika sentiasa beriringan dengan abangnya Daeng, meski telah diperkenalkan Aliya. Tetap sahaja ingin sebelah Danny.

"Brother dah ada partner. Kita bila lagi?" Usik Is buatkan mereka berempat tergelak. Memerah muka Danny. Hanya Mastika dan Hendra masing-masing tak faham situasi.

"Hoi." Danny bagi jelingan tajam satu-satu beruk di belakangnya. Mentang-mentang semua pakat mengusik dia ada adik cantik macam Mastika.

"Mastika, nanti bilang pada Sejora kami ke Bukit Chenor ya." Ujar Danny, saat ini mereka berpisah di jalan bertentangan.

"Iya." Mastika lalu menyalami Daeng. Dia tersenyum tipis. Sedar yang sekarang Daeng bukanlah abangnya namun dia sangat bersyukur dipertemukan oleh lelaki itu.

Danny merasa sedih yang kepalang. Dia menahan rasa terbuku di hatinya. Ini adalah sebuah perpisahan. Dia harus terima. Meski Mastika tidak menyedari dia akan pergi buat selamanya, dia akan merindui gadis itu. Sungguhpun begitu, dia sangat senang bersama Mastika.

"Mastika pamit dulu. Hati-hatilah perjalanannya." Ucap Mastika sebak. Air matanya jelas bergenang. Lalu dia pun mula melangkah pergi.

'Tak..'

Mastika berjalan pergi. Danny mengetap bibirnya, entah kenapa dia betul-betul serba salah.

'Dia menahannya..'

Tidak memandang belakang lagi. Mastika pasti tertekan!

Danny tak tunggu lama terus berlari dan menarik tangan Mastika.

Saat itu, terlihat jelas air mata jernih yang kini sudah mengalir di pipi Mastika. Gadis itu, betul-betul menangis atas kepergiannya!

Tubuh langsing Mastika terus didakap. Waktu itulah, Mastika menangis kuat. Teresak-esak seakan anak kecil. Semua orang berada disitu tidak masuk campur.

"Ampunkan aku Mastika. Ampunkan aku. Aku tidak harus berbuat begini." Danny merasa serba salah teramat.

Mastika hanya menggeleng payah. Jelas dia sangat tertekan. Dia menyenangi kehadiran Danny. Malah saat ini pegangan tangan Mastika sangat erat tak mahu melepaskan Danny.

Dia tahu, dia tahu bahawa lelaki itu akan kembali ke zamannya. Sebab itulah Danny sangat memperlakukannya dengan baik sekali. Dia terkesan. Sangat terkesan dengan sikap Danny menitikberatkannya!

"Kanda, Mastika ingin kanda tetap disisi Mastika." Luah Mastika akhirnya jujur.

"Ampunkan aku Mastika, aku harus pulang ke zamanku." Ucap Danny meleraikan pelukan. Ditenung tajam Mastika. Sungguh saat ini dia berharap Mastika berubah hati.

"Tidak, Jika kanda ingin pergi, Mastika ingin ikut." Jelas Mastika bersungguh, air matanya dikesat kasar. Tidak peduli lagi sikapnya sudah keanakan-anakan. Sudah terlalu banyak memendam.

"Aku rayu padamu Mastika.."

"Mastika ingin ikut, bawa Mastika sekali." Mastika pula merayu. Teresak-esak menarik pergelangannya.

Danny menggeleng. Dia tertunduk, tidak mampu memandang Mastika.

"Kanda, Mastika ingin ikut. Katakan, Mastika akan lakukan apa saja." Mastika sangat merayu.

"Tidak Mastika.."

"Kanda.."

Danny mengelap air mata Mastika. Terus-menerus Mastika menggeleng tidak mahu ditinggal pergi.

"Mastika, engkau ini..Sangat berdegil.." Danny tersenyum pasrah. Tidak lama selepas itu, tanpa memberi amaran terlebih awal, terus dia menghentak belakang leher Mastika.

Mendadak gadis itu pengsan akhirnya.

"Bro, perlu ke kau buat semua ni?" Is datang memeriksa. Mereka semua tidak banyak bicara tentang perkara tadi. Sudah jelas Mastika sangat menyayangi Danny meski bukan abangnya.

Mastika pasti!

Sudah jatuh cinta!

Ya, itu difikirkan oleh mereka. Hanya Danny yang masih tak perasan tentang perasaan Mastika.

"Ya, korang gerak dulu. Aku nak ke rumah Sejora kejap hantar dia. Nanti aku menyusul, kita kena tiba sebelum magrib." Jelas Danny lalu mengangkat badan Mastika gaya bride style.

"Kalau camtu kitorang gerak dulu la. Ko hati-hati." Danial menyalami Danny diikuti yang lain.

"Pastikan kau selamat sampai." Ujar Khairy pula.

"Kita berjumpa kat sana nanti Danny!" Ucap Aliya pula. Mereka melambai pergi setelah itu.

Danny pula terus ke rumah Sejora. Tidak jauh lagi dari situ.

.
.
.
.

Sejora mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Danny. Saat ini, dia sangat mencemaskan Mastika yang seakan pengsan dalam dukungan Danny. Apa sudah berlaku?

"Danny? Apa yang terjadi? Kenapa Mastika bisa begini?" Tanya Sejora terus melihat keadaan sahabatnya itu.

"Dia tahu siapa aku, setelah aku mengatakan kebenarannya. Tetap saja dia ingin mengikutku."

"Kemana?"

"Kami berencana hendak ke kaki bukit, perkampungan Chenor."

"Sangat jauh Danny, apa yang kamu semua lakukan disana?" Hairan Sejora.

Di depan pondok tempat perlatihan Sejora, Mastika dibaringkan di atas papan kayu disana. Danny tersenyum hiba.

"Pertempuran, Ustaz Abuya minta kami bersiap bersama Ustaz Saiful. Katanya Sadiq sudah bergerak." Jelas Danny buatkan Sejora terkejut besar.

"Apa? Kapan?"

"Dua minggu yang lalu, tika aku mengenalmu."

"Tidak, Sadiq tentu sedang mempersiapkan angkatannya. Jika begini terus engkau dalam bahaya Danny." Jelas Sejora yakin tentang perangai Sadiq. Memperkukuh pertahanan dan juga memperbanyakkan jumlah tentera adalah cara Sadiq. Sebab itu mereka tidak bergerak untuk menyerang! Tapi menggertak.

"Kerna itu kami ke Bukit Chenor. Kami bisa mengatasinya disana." Jelas Danny. Dia sudah bersiap-siap hendak pergi.

Sejora kebingungan. Saat ini, dia sedang mencari-cari sosok Wajra. Pasti sekarang Wajra sudah sihat walafiat, kerna itu dia tidak muncul-muncul untuk memperkuatkan diri. Tapi dimana dia?

"Aku harus pergi, jagakan Mastika untukku. Aku tidak yakin aku bisa pulang selamat." Sayu Danny berkata.
"Apa maksud engkau?"

"Aku kapan saja bisa mati kerna Sadiq. Dia mempunyai barang sakti."

"Apa!?"

"Katanya milik Wajra."

"Tidak, ini berbahaya. Jelas berbahaya, kekuatan barang sakti dimiliki.."

"Ya aku tahu, kekuatannya luar logik akal. Kau tidak perlu risau, tahulah kami merencanakannya." Jelas Danny sudah mengagak apa yang terjadi.

"Sepatutnya ia milik Wajra." Jelas Sejora.

"Tapi dia tak muncul-muncul. Kau yakin dia ada?"  Danny bersoal tak puas hati dengan keberadaan Wajra yang misteri.

"Iya, dia datang bersamaku. Sudah pasti dia ada. Tapi, jika Wajra tidak memiliki barang saktinya, sudah pasti dia ada rencana lainnya."

Danny tertarik.

"Rencana apa yang kau semua bincang sebelum tiba ke zaman ini?" Tanya Danny hendak tahu.

"Membunuh engkau semua.."

Danny tergamam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tuan tidak apa-apa?"

Danny biarkan pertanyaan jin ular yang setia mengekornya. Dia saat ini sedang berfikir-fikir bagaimana harus dia kembali tanpa melibatkan kematian mereka.

Sejora mengatakan peluang tipis untuk kembali selain kematian, namun ada satu mitos menjelaskan bahawa mereka boleh kembali jika ada seseorang yang mampu membaca satu kalimat sumpahan sebagai perantara. Jelas Sejora dan Wajra datang kemari bersama kalimat sihir sumpahan tersebut.

Tetapi, dimana harus mencari kalimat ayat sumpahan tersebut? Siapa saja hendak mendendangkan kepada mereka?

"Tuan?"

"Diamlah!" Danny tak tunggu lama terus datang cekak si Jin ular, berkat kuasa sakti gelang dia mampu menyentuh keberadaan makhluk tersebut.

"Engkau jangan ikut aku, engkau bukan sebahagian dari takdir manusia, engkau adalah makhluk halus! Berurusanlah engkau sesama jenis engkau!" Danny terus memukul si Jin ular sehingga terpelanting jauh. Tanah terkuak seperti dibajak, jin ular tahu itu kekuatan dari barang sakti. Dia sepatutnya tidak berlebih-lebihan.

"Hamba kembali, setelah memeluk agama Islam." Ujarnya lalu pergi menghilang.

Danny hanya mengerling tajam. Tidak melayan si jin ular yang sudah melesap pergi. Danny terduduk, di bahu pinggir jalan. Kelam senja sudah mencapai batas bahawa siang melabuh tirai. Namun dia belum lagi menyusul kawan-kawannya.

"Apa yang aku kena buat.." Danny meraup mukanya. Dia kelihatan cemas dan gelisah setelah mendengar semuanya dari mulut Sejora. Wajra akan membunuh mereka hanya untuk menghantar mereka kembali.

Tapi, siapa saja nak rela diri untuk terbunuh!

Danny menatap dingin lantai tanah. Jika harus terbunuh, dia akan memastikan kawan-kawannya selamat. Tidak kira! Mereka semua harus hidup mencari jalan pulang sendiri. Tapi bukan dengan cara terbunuh!

"Dia tiada hak untuk mengatur nyawa aku."

Dengan tekad yang tinggi, dia bangkit dari duduknya. Menatap senja yang kian melabuh. Hatinya sudah ditetapkan, untuk melindungi kawan-kawannya.

" ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.."

.
.
.
.
.
.
.

Aliya melambai mereka bertiga.

"Besok jumpa ye Aliya! Janji tau!" Jerit Is dari jauh.

"Iye! Korang hati-hati!" Balas Aliya juga. Mereka berpisah disitu.

Hendra mendekati isterinya lalu dengan sengaja memeluk dari belakang. Dia menyembamkan mukanya ke leher isterinya. Tercengang Aliya dengan tingkah suaminya.

"Engkau kenapa Hendra?"

"Hmm, seharian ini aku sunyi. Engkau tidak banyak bicara sama aku. Aku perhati saja sikap engkau melayani yang lain sehingga mengabaikaku." Adu Hendra manja.

Aliya tertawa. Alahai kesiannya..

"Ampunkan ya kanda, Sari merahsiakan sesuatu.."

"Sari, kapan engkau memanggil ku kanda?" Terkejut Hendra. Dia sedikit terasa dihormati.

"Emm, hehehe. Aku teringin saja. Kenapa? Tidak suka?"

"Eh tidak, aku suka. Jika selalu begini aku suka Sari." Hendra tersenyum lebar. Aliya tersipu, alahai Hendra. Nampak sangat dia manja orangnya. Diluar tegas, dalamannya hanya dia saja yang tahu.

"Kanda hendak tahu?"

"Iya."

"Bisa berjanji samaku?"

"Apakah iya penting?" Hairan Hendra.

"Iya Kandaku. Ia penting, ini rahsia terbesarku yang orang tuaku juga tidak tahu."

Hendra mengangguk.

"Aku berjanji."

"Berjanji tidak tinggalkan diriku?" Aliya berharap. Tampang Hendra bersungguh itu buatkan dia terasa hendak menangis..

"Itu sudah pasti Sariku sayang." Hendra mengusap rambut isterinya. Perjalanan ke tempat mereka masih terasa jauhnya meski tidak lama lagi hendak sampai.

"Kanda percaya tidak, aku ini dulunya seekor roh yang bergentayangan? Hidup di antara dua dunia."

"Hahaha, bisakah engkau jangan bergurau Sari? Sekarang masuknya waktu maghrib. Sudahi gurauannya." Hendra merasa kelakar pula.

Namun, melihat Sari hanya tersenyum tipis itu buatkan Hendra berhenti mendadak meneruskan perjalanan. Ditenung wajah isterinya.

"Benarkah?"

"Aku bukan Sari, tapi aku Aliya. Tun Isyak dan yang lain juga bukan mereka, ada orang lain menghuni jasad mereka.." Jelas Aliya perlahan.

Hendra terkedu.

"Semua ini adalah penyebabnya Hendra." Aliya tunjukkan gelangnya.

"Ini yang membawaku ke zaman ini. Aku merasuki tubuh Sari, mendapat ingatan Sari dan juga mendapat kehidupan Sari. Di kehidupan sebelumnya aku adalah manusia yang mati kecelakaan." Aliya tersenyum tipis. Dia takut mengatakan kebenarannya, tapi dia terpaksa.

"......"

Bersama surai langit keemasan, menyerlah wajah mulus Aliya di sinari petang itu, hatinya melembut tiba-tiba. Suasana jingga petang betul-betul memberi suasana romantis seperti menduga situasi dicipta Aliya itu mampu dimaafkan Hendra. Hendra tidak percaya dihadapannya adalah orang lain. Tetapi, sejak bila?

"Sari..Bisakah aku inginkan kepastian sesuatu darimu?"

"Apa itu kanda?" Aliya menyengetkan kepalanya comel. Hendra menahan geramnya melihat telatah comel Aliya.

"Siapa menikahiku selama ini?"

"....."

"Sari.."

"Sudah tentu aku. Sari tidak mengenalmu, tapi aku mengenalmu. Engkau lelaki pertama yang aku jumpai di perkampungan manusia pada waktu itu."  Jelas Aliya akhirnya buatkan Hendra bernafas lega. Jadi selama ini, Aliya lah yang dinikahinya itu. Kerana kelegaan, dia spontan memeluk isterinya itu.

"Aku tidak akan meninggalkanmu." Janji Aliya.

"Terima kasih Sari, aku cinta padamu." Luah Hendra akhirnya. Biarlah surai langit keemasan itu menjadi bukti cintanya. Biarlah Tuhan menyaksikan keikhlasannya. Sungguh saat ini, dia bersyukur dia dianugerahi cinta pertama untuknya.

"Aku juga, cinta padamu Hendra." Ucap Aliya dan membalas pelukan suaminya.

"Alhamdulillah.."

'I love this sunset Ya Allah..' Aliya menangis kegembiraan..

.
.
.
.

Sadiq merenung kelakuan Bunga di hadapannya. Bunga yang menyuruh pak Belang mencium sesuatu buatkan dia sabar menunggu.

"Mereka sudah pergi.." Ujar Bunga dingin.

Sadiq tersenyum sinis, dia bertinggung menghadap tanah lalu menguis sedikit.

"Mereka memiliki barang saktinya, harus aku teruskan tidak perjalanan ini Bunga?" Sadiq melebar senyum meleret. Sengaja meminta pandangan anak buahnya.

"Aku sarankan tuan bersiap dengan pasukan tempur, lawannya bukan calang-calang." Jelas Bunga mengusap sesuatu di udara. Meski tidak nampak, Sadiq tahu ada Pak Belang disisi Bunga.

"Kenapa aku harus berwaspada?" Sadiq seakan diremehkan. Dia bangkit berdiri merenung Bunga yang melarikan pandangan.

"Kerna, Belangku menghidu sesuatu. Jenisnya ikut bergabung." Ujar Bunga perlahan.

Sadiq tergelak besar tiba-tiba.

"Bukankah engkau harus senang Bunga, engkau mendapat lawan."

"Bukan itu aku khuatirkan.." Bunga terus memotong percakapan Sadiq.

"Apa?" Dingin Sadiq menyoal.

"Belang menghidu kerakusan. Salah seorang dari mereka, menyimpan dendam. Aku tidak tahu siapa, tapi ia bersama hawa membunuh." Bunga tidak tahu siapa orangnya. Tetapi tidak Sadiq. Mengingati seseorang yang berjanji membunuhnya. Wei Yang juga menghantar surat mengatakan adiknya terlepas.

"Zei Wei. Biarkan Wei Yang menguruskan adiknya itu."

Bunga diam. Sebenarnya, dia merahsiakan sesuatu dari Sadiq. Belangnya mencium keberadaan Hendra disana. Dalam diam dia meragui Hendra, datangnya membawa seseorang yang sama bangsa nya. Jelaslah, hanya Hendra yang bunian. Tapi siapa lagi seorang?

Mereka pergi dari situ.

Tidak jauh dari sana, pengawal yang berjaga di luar keluarga Tun Isyak sentiasa berwaspada. Melihat rombongan ramai berlengkap senjata sudah menggerunkan.

Namun, tiada pula serangan mengejut. Apa yang pasti, lelaki berbadan besar bersama wanita jubah hitam labuh terus menatap rumah keluarga Tun Isyak.

"Apakah aku harus mengabari Tun Isyak tentang ini?" Ujar pengawal itu sendiri akhirnya.

.
.
.
.

Wajra menyantuni segala gerakan silatnya. Di bawah awan mendung senja, peluhnya mengalir deras ke leher. Ilmu dalam diri diperkukuhkan sehari demi sehari.

Muncul Andika membawa seguni makanan. Setelah sehari adiknya berangkat pergi mencari keperluan makanan dan maklumat, akhirnya dia kembali dengan wajah puas.

"Ustaz Saiful ke bukit Chenor." Andika menyampaikan maklumat.

"Dia pasti membawa Tun Isyak dan juga Daeng kesana." Simpul Wajra. Dia mendekati pondok lalu mengeluarkan bilah keris.

"Kanda bagaimana?"

"Aku harus tiba sebelum mereka. Jika tidak, aku akan ketahuan sama Tun Isyak juga Daeng."

"Mereka itu, Perentas waktu seperti kanda?" Tertarik Andika ingin tahu.

"Iya, engkau pasti Ustaz Abuya turut tiada di perkampungan?"

"Pasti, Ustaz Saiful juga tiada. Orang kampung melihatnya pergi."

Wajra bersiap-siap, dia mengemas itu ini dalam perjalanannya.

"Kanda.."

"Iya?" Wajra tak fokus panggilan adiknya.

"Andika ingin ikut."

"Tidak usah." Wajra melarang keras. Dia beralih menatap adiknya itu. Dia tidak mahu Andika tersakiti.

"Tapi Sadiq akan cederakan kanda lagi. Aku tidak mahu ia terjadi."

"Lelaki cina itu tidak ada ilmu. Dia menitikberatkan punya kekuatan dalam diri. Sifat serakahnya akan membinasa diri. Usah risau akanku. Tanpa barang sakti, aku bisa mendapatkan yang lain." Jelas Wajra. Dia kini sudah membawa beg kainnya yang dipikul belakang badan.

Andika mengangguk pasrah. Jika itu pengakhirannya, dia harus bersiap mental dan fizikal bahawa abangnya akan pergi meninggalkan dia di dunia itu. Dia tidak pasti, abangnya akan kembali dengan selamat. Dia tidak mampu menentang takdir jika itu yang tuhan kehendakkan.

"Jaga diri.."

"Engkau juga Andika.."

Mereka berpelukan untuk kali terakhir. Andika menangis semahunya. Berserah dengan takdir. Dia akan hidup bersendirian, mulai saat ini.

.
.
.
.

Kembali ke zaman moden.

Dato' Nasir menutup panggilan telefonnya. Sungguh hatinya berdetak risau akan anaknya di kuil yang ditempatkan di Melaka.

Siapa sangka rancangan mereka tidak berjalan semulus yang disangka.

"Siapa Nasir?" Dato' Razali yang juga mendengar khabar berita disana terasa ingin balik kesana juga.

"Mereka pemburu harta karun. Entah siapa yang mengawal mereka dan mengetahui keadaan anak-anak kita." Ucap Nasir sedikit berfikir.

"Apa?"

"Mereka adalah musuh Wang Bao Bao sekian lama. Mereka inginkan barang sakti pada anak kita. Aku tak sangka masalah ni bukan masalah kecil." Ujar Nasir.

"Jadi, kita kena selamat mereka Nasir." Dato' Razali berencana hendak kembali ke kuil Melaka. Namun dihalang Dato' Nasir.

"Tak perlu, aku dah letakkan beberapa pengawal profesional. Bukan tu je, beberapa anggota yang aku guna, adalah pembunuh upahan." Nasir tersenyum meleret. Naik terkedu Dato' Razali mendengarnya.

.
.
.
.
.
.

Wang Bao Bao membalut luka yang dialami oleh lelaki di hadapannya. Dia tidak sangka kehadirannya kini sudah terbongkar oleh pasukan penjahat yang dikenali sebagai pemburu harta karun.

"Mereka menyedari Azman tiada di tempat kerja dan menyelidiki diam-diam kemari. Dato' Nasir sememangnya sudah sediakan payung sebelum hujan." Luah Wang Bao Bao cukup terkesan.

Jika tidak ada pengawalan, pasti mereka sudah diserang. Dato' Nasir tidak boleh dibuat main.

"Mereka hanya datang untuk barang sakti bukan? Kenapa tidak diserahkan kepada mereka?" Hairan lelaki itu sebagai pengawal mereka.

"Kau tidak faham, barang sakti itu mampu mengubah sejarah. Jika mereka kembali ke masa lalu, maka hancurlah kita. Pasti sekarang kita tidak akan terlahir ke dunia ini." Dingin Wang Bao Bao berkata.

"Kalau begitu, kita hancurkan barang sakti tersebut setelah mereka sedar." Muncul seseorang berlengkap senjata api di sebalik dinding rumah itu. Matanya dingin menatap Wang Bao Bao.

"Bos, " Lelaki yang luka di tangannya kembali bangkit. Dia menunduk sedikit kepalanya menandakan hormat.

"Jika kau mampu menahan asakan mereka, aku berterima kasih." Wang Bao Bao pergi.

Lelaki itu melirik dingin anak buahnya. Kalau bukan tawaran gaji tinggi oleh Dato' Nasir, dia takkan terima kerja ini.

Namun, siapa sangka dia sebagai pembunuh upahan terus mendapat posisi tinggi sebegini. Sekaligus mengawal hampir ke seluruh anak buahnya serta orang-orang yang disewa Dato' Nasir sendiri. Kekayaan Dato' Nasir memang luar biasa.

"Jika kau tersilap lagi, aku akan letakkan kau di barisan hadapan terus, biar kau mati tidak menyusahkan ahli lain. Aku tak perlulah komrad lemah untuk bertempur bersama. Ia akan menjadi beban untuk yang lain." Ucapnya lalu pergi.

"Baik bos." Jawab anak buahnya takut.

.
.
.
.
.
.

BAM! BAM! BAM!

Arus sengit tembak menembak berlaku di kuil tersebut. Mujur sahaja kuil itu jauh dari pendalaman dan jauh dari jalan raya atau pun kampung.

Maka, tiada sesiapa pun menyedari saat ini menjadi medan perang.

Bunyi tembakan dan bom saling bertukar ganti. Namun tetap sahaja, yang berada di puncak sentiasa menangi.

Di tempat lain pula. Terdapat sekumpulan individu yang sibuk menembak ke dalam bahagian kuil yang dijaga ketat tersebut. Tiga orang lelaki merupakan sahabat baik itu berusaha mencari cara.

"Sial! Kenapa kita kena berperang dengan mereka!" Marah salah satu musuh.

"Aku tak sangka Azman mampu menyewa sekumpulan lelaki bersenjata. Ini sudah melebihi perkiraan kita Roy!"

"Kau diam Shah, disebabkan kaulah anggota kita mati! Asal kau terus tembak anggota diorang!? Kita boleh bincang masa tu tak!"

"Aku tahu aku buat apa! Mereka bukan penembak biasa setan! Mereka pembunuh upahan! Kau ingat boleh bincang ke Mat!"

BAM! BAM! BAM!

"Weh kita berundur, anggota kita banyak mati. Kita kena lapor bos!" Jelas Roy.

"Tsk, mereka sekarang bukan orang biasa. Siapa yang mereka lindungi sangat ni." Shah meludah ke sisi. Menembak bahagian dalam kuil bukanlah mudah, dimana ia menempatkan di atas berbukitan. Posisi ini sangat strategik bagi pihak lawan. Mereka akan kalah!

"Berundur!" Jerit Mat pada anak-anak buahnya. Saat ini, mereka tidak mampu menyerang lagi. Mereka jelas kalah telak.

Mereka kalah!

.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke zaman silam.

"Alhamdulillah, dah sampai juga Tun Isyak akhirnya.." Ustaz Saiful memeluk tiga pemuda itu dengan syukur.

"Sudah ku bilang aku bukan Tun Isyak." Is merungut. Muncungnya naik tak suka.

"Jika kamu masih menggunakan paras rupa Tun Isyak, sudah semestinya patik harus hormat. Bilang bagaimana lagi jika patik harus memanggil Tun Isyak dihadapan rekan-rekan seperjuangan lain?" Jelas Ustaz Saiful menunjukkan keadaan mereka.

Semua yang ada disana melambai Is dan kawan-kawannya. Is dan lain membalas dengan mengangguk dan tersenyum.

"Dah semacam kem tentera dah." Puji Khairy kagum.

"Mereka membuat persiapan kah?" Tanya Danial hendak tahu.

"Iya, dibilang begitu mereka ini pernah bertempur di medan perang. Selebihnya adalah anak murid Panglima Hitam." Jelas Ustaz Saiful.

"Dimana Ustaz Abuya?" Khairy menyedari riak muka Ustaz Saiful berubah.

"Dia, sedang memasak." Ujar Ustaz Saiful lalu kembali tersenyum.

"Eh, jika begitu aku harus membantu. Ustaz? Bisa tunjukkan dimana tempat masaknya?" Danial teruja hendak memasak bersama.

"Iya. Kamu berdua pergilah mandi. Daeng tiba nanti patik jemputkan." Jelas Ustaz Saiful sopan. Is dan Danial yang menerima perkara itu mengangguk tanpa ragu.

Tapi tidak Khairy. Dia sudah memutuskan segenap hatinya untuk melindungi kawan-kawannya.

Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena saat ini. Riak wajah Ustaz Saiful tadi berubah seketika.

"Ustaz Saiful, bisa kita berbicara berdua?" Khairy mempunyai insting kuat. Mampu membaca fikiran curiga dari seseorang. Is sudah berlalu pergi tinggalkan mereka berdua.

"Iya Mohd?"
S

ee

"Ustaz sembunyikan apa-apa dari kami?"

Ustaz Saiful pada mulanya terkejut lalu menghela nafas perlahan.

"Aku berserah pada kalian untuk berhati-hati disini. Itu saja ku pintakan." Ustaz Saiful lalu berlalu pergi.

Khairy melihat kepergian belakang Ustaz itu. Jadi maksud ustaz Saiful, mereka ada musuh?

Jadi siapa?

.
.
.
.

Anda terlalu lama membaca, sila pergi rehat sekejap mata tu untuk beberapa minit sebelum kembali membaca. Okey?
.
.
.

Danny tiba lewat selepas Isyak. Ustaz Saiful menjemput Danny seperti dijanjikan.

Saat melihat Is dan Danial sedang berlatih, hatinya membeku untuk memberitahu perkara sebenar. Atas alasan dia setuju atau tidak dengan rancangan Wajra. Dia sendiri bingung.

Hidup salah, mati pun salah. Harus bagaimana?

'Ya Allah..'

"Danny, kau sejak dari tadi diam dah kenapa?" Tegur Khairy tiba-tiba. Hening malam memberi peluang Danny meluah sedikit kegusaran hati.

"Kau rasa, kalau kita mati kita dapat balik tak?" Soalan ditujukan tiba-tiba.

"Maksud kau, bunuh diri?"

"Eh tak.." Danny mengetap bibir. Dia pun takut mati, tapi sewaras dia tidaklah bunuh diri.

"Kau yakin ke kalau kita mati terus balik zaman kita?" Khairy sengaja bertanya, walhal Danny sudah menemui jawapannya.

'Ya.'

"Tapi mati tu sakit, tuhan melarang keras hambanya mati. Dosa besar." Ucap Danny perlahan.

Khairy syak sesuatu, sejak dari petang tadi Danny seperti tiada semangat hendak berkata. Hanya tersenyum palsu seperti biasa.

"Sejora cakap apa?" Akhirnya terluah juga rasa ingin tahunya.

Danny tidak menjawab. Dia sendiri keliru. Jika Sejora tak memberitahu tentang itu, selamanya berfikir Wajra berpihak pada mereka. Sedangkan Wajra adalah musuh utama yang harus dielakkan mereka semua.

Ya, Wajra adalah orang yang harus dielakkan.

"Aku, tahu cara nak balik ke zaman asal kita."

Mendengar itu, terbutang mata Khairy. Senyuman mula terbentuk di bibirnya.

"La kau tau ke? Macam mana?" Soal Khairy kelegaan.

Danny menggeleng.

"Itu, aku akan beritahu setelah tiba masanya." Balas Danny tersenyum tawar. Khairy mengangguk faham. Saat ini, dia tidak mampu memaksa Danny yang masih dalam kebingungan dan kegelisahan. Dia takkan paksa.

"Susah ke nak balik tu Danny?" Tanya Khairy nak tahu.

Danny mengangguk. Tidak teragak-agak jawapannya. Khairy faham kenapa Danny gelisah semacam akhirnya.

"Tapi janji dengan aku, yang aku orang first kau kena bagitau." Tersengih Khairy membodek.

Danny tertawa kecil. Sedikit terhibur meski dia tiada semangat nak ceritakannya.

"Yela. Kau kan adik angkat aku. Semestinya kau orang pertama." Sengaja Danny menekankan perkataan adik angkat tu. Tersengih dia bila tengok muka Khairy berkedut seribu.

"Cakap macam kau kutip aku tepi jalan."

Danny tersengih mendengar balasan Khairy.

"Yo korang, borak apa tu?" Datang Danial dan Is bersama peluh, six pack wo.

Dari bertarung, Danial suka menjadikan batu sebagai objek tembakannya ke arah Is. Buktinya, dia jadikan Is sebagai sasaran tembakan objek yang dia jumpa dimana-mana. Baik batu, mahupun air. Pasti diguna sebaik mungkin. Tembakannya tepat. Pelik padahal sekali cuba. Kau ingat kau avatar?

Bila ditanya, dia guna kuasa cincin. Untunglah.

"Aku ingat kau berkepit dengan dengan mamat sana. Dia tak berenggang sejak dari tadi dengan ustaz Abuya. Siapa dia?" Hairan Khairy. Perasan ada seseorang yang terlihat asing, mungkin kenalan Ustaz Abuya.

"Yang mana?" Is ikut toleh setelah mengelap peluhnya.

Danny terdiam. Dia ikut menoleh sama apa yang dimaksudkan Khairy, sedangkan tadi mereka borak benda lain. Pandai ye tukar topik si Khairy ni.

"Oh, dia tukang masak. Kenalan Ustaz Abuya. Nama dia Andika, orangnya ramah." Jelas Danial.

Mereka berempat hanya memandang susuk tubuh dimaksudkan. Adakalanya membantu beberapa orang yang berlatih. Gerak gerinya sangat cantik dan menarik dilihat.

"Dia pandai silat ke?" Tanya Is ingin tahu. Dia teruja.

"Haah, guru dia orang lain. Siapa ek nama dia, Tok Mudim..Kita tak kenal, tapi Tun Isyak' dulu mungkin kenal." Jelas Danial.

"Kau macam dah borak banyak dengan dia." Khairy menghidu keramahan Andika yang dimaksudkan.

"Hehehe. Dah orang dia ramah, aku layan jela."

Is menyinsing lengan baju. Lalu tergelak macam papa Zola.

"Meh, kita lawan dia." Is bersemangat.

"Tapi tak perlu guna barang sakti. Apa macam?" Cadang Danial tersengih mencabar Is.

"Oh boleh.."

Danny tersenyum sahaja dengan telatah kawannya. Biarlah dengan cara ini dia mampu bertenang.

"Kau nak ikut tak?"

Danny menggeleng dengan pelawaan Khairy.

"Korang pergilah, aku sakit perut ni. Siang nanti aku berlatih dengan korang." Ucap Danny tersenyum palsu.

Is berkerut. Menghidu kepalsuan Danny menipu. Senyuman itu, bukanlah senyuman asli. Dia kenal senyuman palsu tu.

"Hmm, kalau camtu kau rehatlah Dani." Is tepuk bahu Danny. Danny mengangguk lalu beredar pergi, lansung tak menoleh ke belakang.

Is terus toleh pandang Khairy yang mengangkat buntut.

"Oi, kau gaduh dengan Dani ke?"

"Hah? Seingat aku, kali terakhir aku gaduh dengan dia masa jadi hantu." Tercengang Khairy. Asal tetibe ni?

"Dah tu, kenapa dia perlu tipu dia sakit perut?" Hairan Is yang dapat membaca situasi.

Suasana krik krik krik jap.

"Hah!? Dia tipu!?" Danial terkejut. Dia termakan lakonan Danny? Kali pertama ditipu Danny!

"Wah, hebat benor kau baca dia." Kagum Khairy. Membulat matanya tidak percaya Is yang tahu lebih dalam perangai Danny.

"Semestinya, sampai bentuk taik dia pun aku tau." Ucap Is buat mereka tergelak.

"Mu ni Is." Danial geleng kepala.

"Itu, dia ada benda tak nak jujur dengan kita. Aku perasan dia banyak diam, jadi aku tanya." Khairy bersuara perlahan. Patut ke bagitau?

"Kau tanya apa?" Is hendak tahu. Dia tak boleh tengok member dia down sorang-sorang.

"Aku tanya dia, masa pergi jumpa Sejora, perempuan tu ada cakap apa-apa ke sampai dia jadi diam camtu." Cerita Khairy akhirnya.

"Aku ingat diam sebab memang dia sakit perut." Danial tak sangka.

"Lepastu?" Is masih soal.

"Dia cakap adalah, tapi bila tiba masanya dia bagitau kita." Balas Khairy sambil mengangkat pandang ke arah muka Is. Muka yang selama ini hanya ceria dan suka buat lawak bodoh dia, berkerut tidak puas hati.

'Dia caring, jarang aku tengok muka dia macam ni. Agak-agak aku dapat perhatian sama ke?' Ucap hatinya agak kagum dengan sikap Is.

"So, untuk sekarang kita tak perlu bagi masalah kat Danny. Sambil-sambil tu ajak je dia berlatih dengan kita supaya dia tak moody macam tadi." Cadang Danial.

"Aku setuju." Is kembali tersenyum sambil petik jari.

"Bagi dia tidur dululah, esok pagi kita layan dia macam biasa." Cadang Khairy pula. Masih merahsiakan tentang perkara tadi. Maklumlah, dia nak jadi orang pertama yang tahu macam mana nak balik ke zaman asal mereka. Wekekekee.

Mereka mengangguk mengiakan.

"Kalian semua ini sedang berbuat apa? Hendak berlatih bersama?" Muncul satu figura asing di depan mereka.

Danial tersenyum ceria, terus mendekati pemuda itu lalu bahu pemuda itu dipaut ramah.

"Korang, dia Andika. Dialah tukang masak kita."

"Aku Andika." Wajra tersenyum manis. Saat ini, dia berjaya memalsukan namanya berkat Ustaz Abuya dan Ustaz Saiful yang dipaksa menutup mulut mereka.

Mujur dia sampai awal.

"Aku Tun Isyak, panggil saja Isyak. Dia Mohd, mualaf." Is perkenalkan masing-masing.

Khairy sekadar mengangguk. Dalam banyak-banyak orang, kenapa lelaki tu menegur mereka dengan santai sedangkan dia bukanlah orang penting? Dari situ, timbul kecurigaannya lagi.

Apakah kerana dia kenalan Ustaz Abuya dan Ustaz Saiful?

Tak mungkin. Bahkan anak buah panglima hitam pun jarang tegur mereka sebab keberadaan Tun Isyak.

"Kami masak bersama petang tadi. Macam mana? Sedap tak?" Danial teruja cerita tanpa malu berbahasa asing depan Andika a.k.a Wajra itu.

"Wah, patutlah sedap." Is setuju.

"Aku gembira kalian menyukai masakanku, moga kita bisa akrab."

"Semestinya." Sahut Is dan Danial serentak.

"Kami dengar engkau hebat bersilat? Bisa bertarung dengan mereka?" Khairy tiba-tiba menyoal sedikit sombong.

"Bisa, kerna itu aku mengajak kalian bersilat. Engkau bagaimana?"

Is terus pergi tempat latihan. Biarlah diaorang borak, dia nak panaskan badan.

Khairy tersenyum sinis. Lelaki di depannya terlalu terbuka, malah selamba bercakap macam diorang ni orang tak penting. Kalau orang lain, mungkin akan berhati-hati bila jumpa Tun Isyak, atau Andika ini tidak mengenal Tun Isyak?

'Penyamar?'

"Aku bisa. Tapi bukan dengan silat." Jawab Khairy.

"Oh, Mohd bisa duduk melihat kami. Jika begitu, kita teruskan latihannya. Minta tunjuk ajarnya Derahim." Sopan pula kali ini. Pada pandangan Khairy, lelaki itu tengah mengelak darinya.

"Ah Y-Ya." Danial jawab tersekat. Pelik kenapa Khairy tiba-tiba bertingkah sombong dan berlagak. Is pulak dah menonong ke tempat latihan. Memang tak baca situasi lansung.

.
.
.
.

Wajra menjeling Khairy dari jauh.

'CEO termuda seperti dia boleh baca situasi sekeliling. Aku terlalu remehkan dia.' Wajra membuka kekuda silat. Bersiap sedia melawan Is.

"Tidak perlu sopan denganku." Tun Isyak tersengih.

"Iya." Sahut Wajra. Sekaligus boleh mencari kelemahan semua orang dengan cara ini. Siapa sangka mereka bukan anak-anak nakal di fikirannya.

Mereka akhirnya bertarung. Dalam benak fikiran Wajra, masih meneliti setiap inci sikap dan perilaku empat orang itu. Dalam berlawan itu, dia masih bertenang.

Danial, seorang yang bersifat ramah dan suka membantu. Tapi, keluarganya mereka mengatakan Danial ni mampu melihat makhluk halus. Entah benar atau tidak.

Is, anak tunggal dan dikatakan dia aktif di kelab silatnya. Berkawan dengan Danny sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanya anak orang kaya yang misteri.

Danny, setakat ni dia belum berjumpa Danny. Dia juga seperti Iskandar, tapi dia seperti abang mereka semua. Berbisnes sendiri dengan menjual perfume atau barang-barang yang mengusir makhluk halus.

Tapi kalau dah kelebihan seperti itu, dibawak ke zaman silam pun belum tentu berguna.

Khairy, baginya sangat berbahaya. Meski seorang CEO termuda, insting nya cukup berpengalaman. Diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Danny. Apa yang dia pasti, Khairy memerhati sekeliling meski dia terlihat lemah dari yang lain.

Mereka bukan anak-anak nakal seperti dikhabarkan. Mereka ada keistimewaan tersendiri. Kalau begini, hendak bawak balik mereka akan mengambil masa sebelum Sadiq terlebih dahulu tiba merampas barang-barang sakti.

Bersambung

Bahasa Melayu klasik

Kapan = Bila
Ampunkan = Maafkan
Anakanda = Anak
Perkatakan = mengatakan
Bisa = Boleh
Kalian = kau semua

Continue Reading

You'll Also Like

33.6K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...
48.2K 2.7K 45
Tiada siapa tahu wujudnya sebuah markas di dasar kolam renang terbiar itu. Apatah lagi wujudnya seorang ahli sihir lelaki yang tinggal di dalamnya. W...
67.6K 1.8K 16
Cinta itu telah pergi. Lalu ia datang kembali. Dalam suratan takdir yang aneh. Cinta itu tak pernah ada Ia hadir tanpa undangan Dalam suratan takdir...
Puas Ku Merayu [H] By bunga

Historical Fiction

3.7K 562 45
The Last Sultan : Sultan Ahmad Shah of Malacca بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ‎ ❝ In the name of God, the Merciful, the Compassionate. ❞ ﹋﹋﹋﹋﹋...