PERENTAS WAKTU C

By khair_ya

6K 1.1K 46

Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing... More

Daeng | Tun Isyak | Derahim | Zei Wei
Awake | Not them
Danny as Daeng
Is as Tun Isyak
Danial as Derahim
Khairy as Zei Wei
Daeng | Tun Isyak ¹
Daeng | Tun Isyak ²
Derahim | Zei Wei ¹
Derahim | Zei Wei ²
Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya
Danny as Daeng ¹
Is as Tun Isyak ¹
Danial as Derahim ¹
Khairy as Zei Wei ¹
Wajra | Sejora | Wang Bao Bao | Aliya¹
Aliya as Sari
Danny as Daeng ²
Is as Tun Isyak ²
Danial as Derahim ²
Khairy as Zei Wei ²
Wajra, Wang Bao Bao, Sejora
Danny | Sejora
Aliya as Sari ²
Is | Danny | Danial
Khairy as Zei Wei ³
Aliya as Sari ³
Aliya as Sari ⁴
Wajra | Sejora
The reunion, the last hope
The reunion, the last hope ²
Aliya as Sari ⁵
Wajra | Sejora ²
Musuh ²
Musuh ³
The reunion, the last hope ³
Ilmu tasawwuf
Kuasa Sakti
Aliya as Sari ⁶
The reunion, the last hope ⁴
Save Khairy
Save Khairy ²
Aliya as Sari ⁷
The reunion, the last hope ⁶
The reunion, the last hope ⁷
End
Kata-kata bunga wat mu.
NEW BOOK WILL UPDATE SOON🤞🏻

The reunion, the last hope ⁵

79 13 0
By khair_ya

Masing-masing bekerjasama menghias tempat, Danny dan Is tidak ketinggalan bertukang membina tapak pelamin, kepakaran mereka dalam membina tapak pelamin lebih teguh memberi idea baru kepada tukang-tukang kayu, tak sia-sia diorang belajar bengkel kemahiran hidup di sekolah.

Danial pula sedang membantu di dapur. Kepakarannya memang membuatkan chef istana yang disewa sangat terkejut dengan menu-menu yang dicadangkan Danial. Semua mengujakan.

Khairy masih berehat di bilik, Is tidak membenarkan dia keluar. Bahkan disiapkan pengawal yang berjaga di pintu jika perlukan apa-apa.

Is mengelap peluh jantan yang merenik ke dahi. Dilihat kawan-kawannya bekerja keras membantunya. Maklumlah, dapat makan sedap kalau Danial yang masak. Lagi-lagi banyak bahan masakan tu.

"Dani, aku pergi periksa Khairy jap!" Jerit Is pada Danny. Danny melambai mengiakan.

Is berjalan ke halaman belakang rumah keluarganya, menempatkan rumah-rumah utama. Tempat yang di duduknya hanyalah rumah tetamu. Maka hanya malam tadi saja mereka menjengah rumah tetamu kerana hendak merawat Khairy sekaligus tidur disana.

Semasa hendak ke rumah tetamu, dia bertembung dengan Tun Iskandar yang berjalan serupa mayat hidup. Menonong je ke halaman rumah tetamu. Dahla masih pakai kain pelikat tak berbaju pulak tu.

"Apa kau perbuat di rumah tetamu Tun Iskandar?"

Namun tiada balasan, Tun Iskandar melepasinya begitu saja. Naik tercengang Is.

"Tun Iskandar?" Is cuba memaut bahu abangnya itu, namun juga tidak bereaksi, malah mata itu terlihat kuyu bersama senyuman melebar.

Naik bulu roma Is. Dilepaskan abangnya itu.
Tahulah nak nikah dengan Kesuma, tapi dah kenapa gembira dia lain macam?

Terdengar sayup-sayup suara seruling dari rumah tetamu. Is berkerut, saat ini Tun Iskandar menuju ke arah rumah tersebut.

"Hei kau nak kemana? Ni rumah tetamu." Is tarik Tun Iskandar yang sudah hendak naik ke atas, sudah pasti menuju ke arah bunyi seruling tersebut.

Tanpa disangka, Tun Iskandar malah menepisnya, bergerak laju mendekati bilik Khairy, semakin terdengar bunyi serulingnya merdu kian jelas. Semakin laju pula langkah Tun Iskandar.

Terkedu Is. Baru sahaja hendak menahan abangnya, pandangan berburam.

Kakinya melemeh tiba-tiba, dia kepeningan. Matanya berbinar kabur. Saat ini, dia seperti orang mabuk. Kenapa tiba-tiba?

Dia berpaling ke sisi, terlihat wajah Tun Iskandar memerah seakan terpukau sesuatu. Senyuman di wajah Tun Iskandar buatkan dia seriau dan risau.

Dah kenapa pulak mamat ni senyum-senyum macam orang tengah stim!?

'Pakai muka aku pulak tu! Hanat!'

Dia pulak yang geli.

Is mengagahkan dirinya, mata ditutup. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, sehinggalah kerisnya bergegar hendak keluar. Pasti ada sesuatu yang tidak kena saat ini.

Tidak lama selepas itu, bunyi seruling berhenti.

Is bernafas kencang. Naik turun dadanya dek kesempitan nafas. Matanya dibuka, kali ini dia mampu melihat jelas. Kakinya tidak kebas seperti tadi.

"Eh? Kapan aku berada disini?" Tiba-tiba Tun Iskandar berkata sedemikian. Terkebil-kebil Is, bukan tadi mamat ni bukan main nak skodeng Khairy ke?

"Aku harus segera memakai persalinan persandingan, kapan pula aku disini?" Hairannya dan berkata sendiri. Dia lihat sekeliling.

Is berkerut.

"Engkau kemari sendiri, engkau tidak sadar?" Hairan Is.

"Kapan!?" Soalnya terkejut. Is lagilah, ternganga. Jadi memang Tun Iskandar terpukau?

Belum sempat Is membalas bertanya lebih lanjut, terdengar seseorang menegur dari arah atas rumah tetamu. Saat ini mereka berdua di tangga.

"Is?"

Kedua beradik menoleh.

Tun Iskandar terkebil-kebil, dilihat satu wajah asing sangat feminin, rambut panjang ke pinggang itu bersama baju hanfu putih terlihat sangat memukaukan. Tun Iskandar terpanar sejenak.

Macam wau gituw..

"Ry? Kau okey tak?" Is menghampiri. Tapi entah mengapa melihat muka terkedu Khairy. Yang pastinya melihat Tun Iskandar yang juga menatapnya.

'Ah, aku lupa memperkenalkan dia ni abang doplegangger aku.'

"Dia Tun Iskandar, abang aku." Bisik Is buatkan Khairy tersentak.

"Hah?" Lah abang? Abang? Muka sebijik macam Is, maksud dia Is yang berada di zaman moden!?

"Ye aku tau kau terkejut, aku lagi terkejut. Benda mustahil pun jadi tak mustahil." Is tepuk bahu Khairy, ni baru Khairy, belum Danial dan Danny lagi. Rasanya reaction diorang lagi teruk dari Khairy yang cool ini.

"......"

"Engkau pulanglah, sebentar lagi harus bersanding." Is dengan selamba mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Tun Iskandar. Dia tersedar selepas itu.

"Aaaa benar juga. Ampunkan aku tersilap langkah kemari." Dia tergesa-gesa pergi, Is buat muka jijik. Jangan jatuh hati kat Khairy sudah.

"Apsal dia?" Khairy bertanya. Dengan kain pelikat je datang. Tahulah rumah sebelah je. Mujur tak ada orang kat kawasan perumahan tu, semua orang sibuk kat bahagian depan halaman rumah besar Temenggong.

"Entah. Lagi satu, kau buat apa-apa ke tadi?"

"Buat apa?" Khairy tak faham.

"Kau mainkan seruling tu." Is juih bibir dia ke seruling hitam dipegang Khairy.

"Haah, boring. Kenapa?"

Is terdiam. Dia tak rasa Khairy tahu apa yang dia dah buat. Rasanyalah.

"Bahayalah kuasa pukau." Tegur Is perlahan buat Khairy yang buat-buat tak faham itu akhirnya tersenyum.

"Oh, tu. Tahu, sorry. Tadi aku berangan nak pukau kau dari jauh bawak makanan kat aku."

"Otak kau." Terkejut Is. Semata-mata tu je?

"Alih-alih orang yang datang tu muka sebijik macam kau. Aku rasa aku silap bayang tu yang dia pulak muncul. Hehehe."

"Uish, power jugak kuasa seruling kau, bahaya kalau kau salah guna." Is teringat riak Tun Iskandar dah serupa orang jatuh cinta, nampak benor love love kat mata dia tadi. Uish, jangan dia macam tu je nanti bila jatuh cinta. Dia sendiri jijik sia tengok muka dia.

"Tahu, jangan risau." Khairy tumbuk bahu Is. Mereka berjalan beriringan ke dalam rumah. Ruang tamu di duduki. Beberapa dayang istana yang lalu di luar beranda sempat diminta berbuat air mereka berdua.

"Lepas habis majlis ni, kita pergi ke bukit chenor yang ada kaki pergunungan. Jauh jugak dari sini." Bincang Is tiba-tiba.

"Eh kenapa?"

Khairy berhenti mendadak, plan nak larikan diri nak balas dendamnya terbatal. Dia tak boleh pergi selagi Is, Danny dan Danial ada rencana lain. Sangkanya mereka akan berlindung dekat situ. Selamat sikit untuk mereka sebab banyak pengawal dan orang-orang penting. Tapi kalau dah pergi tempat lain, dia pulak yang risau.

Is meminum airnya yang disediakan Dayang rumah. Dia tersengih tiba-tiba.

"Kita kena perkuatkan diri kita sebelum nak lawan Sadiq. Ustaz Saiful cakap Sadiq kerahkan orang dia cari kita. Jadi sebelum kita dijumpai, better kita pergi dulu selamatkan diri."

Khairy berpeluk tubuh. Ustaz Saiful ada cakap, Sadiq ni orang yang mencari barang-barang sakti tersebut. Dia cuba membayangkan siapa Sadiq ni.

Wajah seseorang menyemak di fikiran.

Dendamnya tiba-tiba muncul. Teringat dirinya diterajang dan disepak Sadiq ketika menjadi tahanan Wei Yang. Oh dia?

"Ry."

Khairy tersedar dari termenung.

"Asal muka kau macam nak makan orang? Dengar tak aku cakap?"

"Ya, ya dengar. Aku ikut." Khairy ubah rancangan. Kalau Sadiq pergi cari Tun Isyak, iaitu Is. Maka dia harus melindungi kawan-kawannya. Dia yakin, Wei Yang juga akan bawa anak buah untuk mencari dan menangkapnya.

"Kalau macam tu, kau bersiaplah. Lepas majlis ni kita terus gerak pergi. Aku dah cakap kat Dani dengan Nial." Is tepuk bahu Khairy lalu pergi dari situ.

Khairy pandang saja belakang Is yang sudah pergi. Seruling di tangan dipusing sedang berfikir bagaimana dia harus melawan Sadiq dan Wei Yang.  Khairy faham kenapa Is nak cepat semacam, sebab tak nak keluarga ini risau.

"Sedap jugak teh dia." Khairy mencicip teh tersebut.

.
.
.

Di halaman rumah tetamu utama, kesemua masih bersiap kemas. Masing-masing sudah pun hendak balik menukar pakaian. Begitu juga dengan Danny dan Danial kini hendak berjalan pulang ke rumah tetamu dihuni mereka.

"Assalamualaikum.."

Danny dan Danial menoleh. Seorang wanita separuh baya ditemani Dayang-dayang di belakang. Siapa? Macam orang penting.

"Apakah tuan hamba berdua ini tetamunya anakanda Tun Isyak?" Tanyanya sopan.

Waktu itulah, Danny dan Danial menganga faham. Lantas keduanya serentak membuat sembah junjungan.

"Ampunkan tuanku tidak menyedari. Iya, kami tetamunya Tun Isyak." Jawab Danial.

"Patik pula khadamnya, ini pertama kali kita bersua muka tuanku." Danny menunduk sedikit kepalanya.

"Mari kita ke rumah tetamu, kami ada menyediakan beberapa persalinan untuk saudara semua." Ajak wanita itu.

"Baiklah Tuanku."

Semasa perjalanan hendak ke rumah tetamu, waktu itulah Tun Iskandar muncul bersama Tun Isyak. Mereka sedang berbual di luar rumah tetamu. Tun Iskandar saat ini sangat kacak dengan persalinan pernikahan.

"Bonda?" Serentak kedua mereka menoleh.

Danial dan Danny ternganga. Apakah yang dilihat mereka.

"Nial, er Dani.." Is tak tahu nak cerita bahagian mana. Tengok-tengok Danny dah tahan gelak di belakang bondanya, Danial tahan perut dari meletus tawa. Dah agak, diorang ni memang.

"Anakanda Isyak berbuat apa disini?" Tanya Sari Kembang.

"Anakanda meminjamkan keris anakanda sebagai perhiasan samping kanda. " Jelas Is sambil tunding jari dekat keris di samping Tun Iskandar. Keris biasa je.

Tun Iskandar ketawa sambil gosok belakang kepala.
"Ampun bonda, anakanda kehilangan kerisnya di masa-masa penting ini." Ucapnya.

Danial mahupun Danny dah melongo kagum. Tak expert ada orang guna muka Is boleh ketawa ikhlas macam tu. Dibandingkan dengan Is gelak macam setan.

"Hoi kau berdua." Is bersuara dingin sekaligus buatkan Danial dan Danny tersengih geli hati. Masing-masing tutup mulut.

"Anakanda?" Sari Kembang hairan.

"Apa yang bonda perlakukan kepada tetamu anakanda?" Tanya Is ingin tahu. Pelik jugak Danial dan Danny ikut bonda dia.

"Oh itu, bonda ingin berikan persalinan pada mereka. Pasti mereka tiada pakaian sesuai."

Is mengangguk faham.

"Kau nak ikut?" Tanya Is pada Tun Iskandar.

"Tentu saja, tika ini aku banyak masa." Ucap Tun Iskandar teruja. Is tak sedap hati tengok wajah Tun Iskandar terlalu gembira jumpa kawan-kawan dia. Lagi-lagi Khairy, kau gay ke abang?

Mereka semua terus ke rumah tetamu, Khairy yang sedang bersantai di beranda terkejut dengan rombongan tersebut.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

"Wahh.." Ya, kesemua para wanita dibawah terlihat terkejut dengan kecantikan Khairy saat ini. Inilah yang dirumor oleh banyak Dayang lain yang menjaga rumah tetamu, dikatakan ada lelaki mirip wanita?

Sari Kembang terpukau. Baju hanfu putih bersinar dipakai Khairy saat ini sangat lembut dan cerah. Menampakkan lagi maskulin tubuh tegap Khairy meski berambut panjang serta berkulit cerah.

Lelaki cantik.

"Is, ada ape ni?" Tanya Khairy pada Is yang sedang membuka satu persalinan kain yang diberikan oleh Dayang. Diikuti Danny dan Danial ikut melihat sama.

"Oh, nak bagi kau baju Melayu. Kau nak pakai tak?"

Khairy menggeleng.

"Ini baju terbaik aku ada. Memang aku bawak khas kemari untuk majlis tertentu." Jelas Khairy. Ya, lagipun dia dah selesa macam tu. Malas nak tukar. Lagipun belum tentu dia sesuai pakai baju melayu dengan rambut panjang dia ni.

"Jadi ni untuk Dani dan Nial je la." Is serahkan persalinan baju-baju tersebut.

"Bukan baju tu besar sangat ke kat kau?" Danny pandang baju di tangan Danial yang terlihat lebar. Terdetik pulak dia nak pakai.

"Haahlah, nah." Danial bagi baju tersebut pada Danny.

Bila Danny menyarung baju tersebut ke tubuhnya, terburai gelak Is, Danial dan Khairy.

"Yang ko pergi sarung dah kenapa Dani? Buta ke tak nampak saiz dia?" Soal Is lalu tergelak besar.

"Saiz XXL ni, takkan kau tak sedar bro?" Khairy ikut tergelak.

"Aku terpakai bodo, manala aku tahu besar sangat, kat tangan aku rasa kecik je tadi." Dalih Danny kembali membuka pakaian tersebut. Di campak selamba ke muka Is yang masih tergelak.

"Aku pun tak perasan jugak dowh." Danial tersengih sendiri.

Masing-masing cuba memakai baju yang diberikan. Hanya sekadar menyarung sekilas.

"Ini pertama kali aku melihat engkau tertawa sebegitu Isyak. Aku ikut gembira jika engkau gembira." Ujar Tun Iskandar tiba-tiba.

Buatkan mereka berempat tersedar sesuatu. Ah, puan besar masih ada kat sini!

Tun Iskandar tersenyum lebar, selama ini dia merisaukan adiknya itu. Siapa sangka sahabat-sahabat Tun Isyak sangat menarik.

Danial, Danny dan Khairy terpukau dengan senyuman manis Tun Iskandar.

"Wau." Ucap ketiga-tiganya. Patutlah Kesuma Cengkih menyukai Tun Iskandar. Rupanya sebab senyum Tun Iskandar tersangat istimewa. Eh kejap, Kesuma Cengkih? Muka Tun Iskandar?

Ketiga-tiga mereka berpandangan, jadi memang ada orang suka dengan Is la ni? Asal Is tak perasan lansung!? Lupa pulak diorang yang Is ni pangkat lagi gila.

"Apa?" Tercengang Is dipandang oleh mereka. Nak makan penumbuk?

"Bonda lekaslah bersiap, anakanda sebentar lagi menyusul bersama mereka ini." Pinta Is. Menyedarkan si bonda yang asyik pandang Khairy. Dah kenapa pulak tu?

"Iya, iya. Hmm, siapa ya nama sahabatmu yang satu ini anakanda?" Tanya Sari Kembang ingin tahu.

"Patik Mohd, dari Kerajaan Cina." Jelas Khairy lalu tersenyum manis, apalagi hampir terpukau semua Dayang-dayang yang setia mengikuti Sari Kembang tadi.

"Hamba ingin tahu, apa yang Mohd pergunakan untuk menjaga kulit mukamu, ia sangat halus." Puji Sari Kembang. Is sudah faham akhirnya.

Khairy serba salah dan tersenyum janggal. Dia pun tak tahu kenapa muka Zei Wei terlalu glowing.

"Patik hanya berwuduk biasa." Jawapan klise.

"Adakah tuan hamba Islam?" Terkejut Sari Kembang.

"Iya." Jawab Khairy tersenyum manis.

Maka semakin kagum para wanita disana. Is berdehem, menjeling si Bonda yang tersenyum malu. Mesti nak tahu rahsia Khairy jaga kulit muka la tu.

"Baiklah jika begitu, mari Iskandar, kita harus bersiap." Bonda menarik tangan Tun Iskandar lalu berlalu pergi dari rumah tetamu, mereka terlalu terleka melihat kemesraan Tun Isyak bersama tetamunya. Terkejut pun ada.

"Okey, kita kat mana tadi?" Is toleh bercekak pinggang, dia tersengih serupa kerang busuk.

Danny menggeleng kepala. Danial tepuk dahi dan Khairy tersenyum pasrah.

"Kita kena cepat." Ucap Danny akhirnya.

Is mengangguk laju.

"Sape lambat tukar baju kene jadi tukang kipas pengantin hahahaha!" Laju Is berlari pergi hendak menukar pakaiannya. Terkedu Danial dan Danny, sape je nak?

"Dari dia, aku rasa Tun Iskandar lagi better." Gumam Danial disetujui Danny.

"Tapi, kalau tak ada dia. Tak meriahlah kita." Balas Khairy lembut buatkan mereka tersenyum saja. Ya, kalau takde perangai gila Is. Tak meriahlah mereka.

Berdesup mereka hilang dari pandangan Khairy. Khairy tersengih, takut ler tu jadi tukang kipas Tun Iskandar.

.
.
.
.
.

Semasa mereka hendak ke halaman utama. Is ditegur salah satu pengawal rumah.

"Aku?" Is berkerut.

"Iya Tun Isyak. Katanya jika Tun Isyak lewat menerima berita ini akan menyesal." Ujarnya bersungguh tentang tetamu yang dimaksudkan.

Is garu belakang leher. Nak tak nak dia kena sapa tetamu tersebut.

"Korang pergilah dulu, aku nak gi sapa tetamu kejap."

Is ikut pengawal tersebut. Memang benar ada pasangan suami isteri itu.

Setelah di amati, rupanya si Zoro.

Is membawa mereka ke halaman rumah utama bersama dengan tetamu yang lain, mereka juga dipersilakan menjamu selera memandangkan dia harus menyapa yang lain dahulu.

"Tu bukan Zoro ke?" Tegur Danial.

"Ya, bini dia nak cakap something pasal barang sakti kita." Ujar Is berterus terang.

"Eh, dia tahu ke?" Danny terkejut.

"Tak." Jawab Is sambil mengerling kedua pasangan itu.

"Tapi kenapa sampai cari kau Is?" Hairan Khairy.

"Keris aku, diorang tahu ni keris sakti. Entah macam mana maklumat ni bocor." Ujar Is sambil menggenggam kerisnya.

"Ye ke?" Danny tak sangka.

"Nampaknya kita kena bergerak cepat." Ulas Danial.

"Sebelum tu, perempuan tu nak cakap pasal gelang dia. Sebijik dengan kau Dani."

"Hah? Biar betik kau Is?"

"Ya, aku tak tipu."

"Kau rasa perempuan tu sama cam kita ke?" Soal Danial tiba-tiba. Dia seakan pernah ditegur oleh wanita berselendang putih itu. Namun tidak ingat dimana. Dilihat jauh Sari menutup sebahagian mukanya.

"Entahla, kalau Sejora kita dah jumpa dulu. Kalau Wajra lelaki, ada orang lain lagi ke?" Khairy cuba menjelaskan hakikat tentang itu.

"Takpe ah, aku pergi try tegur. Korang makanlah dulu." Ucap Is.

Is kembali dapatkan tetamunya. Sempat dikerling gelang di pergelangan Sari. Memang benar jelas macam Danny punya. Tak sangka pula gelang tu ada pasangan dia. Mungkin bukan orang dari zaman mereka. Mustahil sama sekali.

"Hmm, gelang isterimu itu serupa dengan gelang sakti."

Hendra terkedu. Pantas dia mengerling Tun Isyak yang tersenyum selamba.

"Sari, kita harus pulang." Hendra menarik tangan Sari. Namun Sari tiba-tiba menepisnya buatkan Hendra terkejut. Kenapa?

Saat ini, terlihat Sari galak menatap pasangan mempelai itu. Is juga ikut melihat Sari. Sedikit hairan kenapa Sari seakan terbeliak melihat abangnya serta Kesuma. Malah Hendra ditepis selamba.

"Saudari.." Is cuba hendak menegur. Entah bagaimana, tanpa kata apa-apa Sari terus meluru ke tempat persandingan. Semua orang terpinga-pinga.

"Is! Macam mana kau ada kat sini! "

Hendra terkedu, Is yang berada di dalam tubuh Tun Isyak tergamam.

'Macam mana dia kenal aku!?'





Bersambung



Bahasa Melayu klasik

Ampun = Maaf
Kemari = Datang
Anakanda = anak
Lekas = cepat
Bersiap = Bersedia/persediaan
Patik = Saya
Khadam = Hamba
Persalinan = Pakaian




Continue Reading

You'll Also Like

4K 417 9
[Kekuatan ini umpama senjata yang mampu dimilikki sesiapa. Jika senjata yang hebat ini jatuh pada orang yang baik. Akan digunakan sejata itu untuk me...
22.9K 1.2K 118
You locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati...
210K 13.6K 52
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah p...
432K 27.5K 107
Sebuah bintang biru berkilau bak belian terletak di galaksi Rima Sakti. Nama bintang tersebut adalah Aqua kristal. Sebuah bintang yang aman dan harmo...