Fathi Gabrielle: A Broken Soul

By nssignature

57.6K 5.2K 296

A spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End:... More

Fathi Gabrielle: A Broken Soul
Prolog
Fathi Gabrielle: 1
Fathi Gabrielle: 3
Fathi Gabrielle: 4

Fathi Gabrielle: 2

5.8K 703 36
By nssignature

FATHI membelokkan keretanya ke arah sebuah kedai kek. Niatnya ingin membeli sebiji kek buat Aisya sempena kejayaan sang kekasih dalam mendapat dekan.

Dompet dicapai dan pintu kereta dibuka. Dia berjalan ke arah Kedai Kek Souka. Setelah dia membuat sedikit research, dia tahu bahawa kedai kek ini agak terkenal dengan Kek Carrrot Walnut. Kek ini merupakan salah satu jenis kek yang disukai oleh Aisya.

'Pak.'

Barangan berselerak di lantai. Tak perasan pula dia bahawa ada orang di hadapan. Sampai terlanggar dia dibuatnya. Itulah. Siapa suruh khusyuk sangat memerhati ke arah kedai kek tersebut. Teruja sangat gamaknya ingin membeli sebiji kek kepada Aisya sehinggakan terleka sebegini.

"Sorry." Fathi mengungkapkan maaf sebelum dia bertinggung. Barangan yang sudah terhampar di hadapan mata dikutip satu persatu. Banyaknya barangan yang berwarna merah jambu. Sah sah individu yang dia langgar tadi ialah perempuan. Dia pun tak perasan lelaki ke perempuan yang dia langgar.

Dia bangun dari tinggungan lalu dia hulurkan barangan gadis tadi. Satu senyuman dihulurkan sebagai tanda permohonan maaf.

"Maaf, saya tak perasan," ungkap Fathi sekali lagi. Mata gadis itu bundar memandang ke arahnya. Alamak, gadis itu tak puas hati dengan dia ke?

"Sorry ya cik," ulang Fathi apabila si gadis masih diam memandang ke arahnya.

"It's okay. I pun tak perasan juga tadi. Busy borak dekat phone." Suara si gadis genit itu mulai kedengaran.

Fathi menganggukkan kepalanya. Setelah itu, dia meminta izin untuk berlalu dari situ. Lambat lambat nanti, takut habis pula kek yang diingini.

"Saya minta diri dulu ya. Maaf sekali lagi." Senyuman kembali bergayut di wajah Fathi buat kali kedua. Langkah kembali dibuka setelah dia meminta izin.

Si gadis hanya mampu melihat Fathi berlalu. Tangan si gadis naik memegang dada yang masih lagi berdegup dalam irama yang laju.

Belakang Fathi yang berbalut dengan kemeja masih lagi dipandang sehinggalah Fathi hilang di sebalik pintu kedai.

Sah! Dia sudah mulai jatuh hati dengan lelaki asing yang baru dia temui beberapa minit lalu.

Dia sempat menangkap tag nama yang tergantung pada tali leher lelaki tadi. Agaknya, lelaki itu seorang guru.

"Fathi," desisnya perlahan sebelum dia turut membuka langkah meninggalkan kawasan itu.

FATHI tersenyum lebar setelah dia melihat kelibat Aisya yang baru turun kondo. Sempat dia mengalihkan kepalanya ke bahagian penumpang belakang. Dipastikan dahulu kek serta hadiahnya tak kelihatan, barulah dia keluar dari kereta.

"Sayang," sapa Fathi dari jauh. Aisya berlari lari anak ke arah Fathi. Rindunya dengan kekasih hati! Dah hampir sebulan mereka tidak bertemu empat mata sebegini.

"Sayang!" Sapa Aisya pula. Fathi berjalan ke arah bahagian penumpang lalu dibukakan pintu buat sang kekasih hati.

"Silakan puteriku." Fathi meletakkan sebelah tangan di belakang. Gayanya bagaikan sedang mempelawa seorang puteri memasuki kereta.

"Terima kasih puteraku."

Fathi mengenyitkan matanya ke arah Aisya sebelum dia kembali merapatkan daun pintu. Setelah itu, dia kembali ke arah bahagian penumpang.

"Kita nak pergi mana ni sayang?" Aisya bertanya sambil menarik tali pinggang keledar.

"Rahsia. Nanti you tahu juga." Fathi melirikkan matanya ke arah Aisya dalam senyuman yang masih mekar pada bibir. Rindunya kepada Aisya mulai runtuh satu persatu. Gembiranya hati apabila melihat sang kekasih di hadapan mata.

"Sejak bila pandai berahsia dengan Isya ni? Nak kena ni." Aisya sengaja menggarangkan mukanya. Bagi Fathi, reaksi Aisya itu tersangatlah comel. Hinggakan Fathi tidak dapat menahan dirinya daripada tertawa dengan omongan Aisya itu.

"Mana ada berahsia. Ini namanya kejutan. Sabar je okey sayang," balas Fathi sebelum dia membelokkan keretanya keluar daripada perkarangan kondominium mewah itu.

"Kelas macam mana? Okey tak semua?" soal Fathi. Sudah lama dia tidak bertanya secara langsung begini kepada Aisya. Pertanyaan mereka banyak diajukan melalui panggilan telefon sahaja. Rasa itu tak sama seperti berbicara depan depan seperti ini.

"Okey! Memandangkan setahun lagi nak habis, busy lah sikit sekarang ini."

Fathi menganggukkan kepalanya. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Aisya. Makin dekat dengan tamat pengajian, makin banyak beban yang akan dapat.

Begitulah apa yang dia rasakan tiga tahun lalu. Berkejar ke sana, berkejar ke sini. Tapi itu semua menjadi sebuah momen-momen manis apabila sudah tamat pengajian. Macam mana rindu sekalipun, dia tak akan dapat memutarkan kembali masa ke belakang. Jerih perih waktu siapkan assignment sudah tidak dapat dikembalikan lagi.

"Tak apa. Sikit je lagi. Sayang fikirkan family, insyaAllah tak rasa penat dan busy," nasihat Fathi.

"Fathi pun?" giat Aisya.

Fathi tersenyum seraya memandang ke arah Aisya.

"Kalau rasa I penting, fikirkanlah juga," balas Fathi; turut sama bergurau. Dia tahu bahawa dia penting bagi Aisya. Dia tahu itu.

"Hey mestilah penting. Ini belahan jiwa Isya lah." Laju Aisya membalas. Bimbang pula sekiranya Fathi terasa ke apa. Dengar daripada nada percakapan dan susun atur ayat Fathi pun dah dapat membuatkan Aisya mengerti.

"Ya, sayang. I tahulah. Jangan risau, okey."

Aisya diam setelah itu. Mata memandang ke arah jalan raya. Jalan agak sesak dengan kenderaan memandangkan sekarang ini waktu tamat pekerjaan. Peak hour.

"Fathi okey? Lately ni Fathi busy sangat. Isya takut kalau Fathi sakit ke apa. Dahlah kita jarang sangat dah jumpa sekarang ini." Aisya melirik sekilas ke arah Fathi. Wajah kepenatan milik sang kekasih dipandang. Bawah mata Fathi sudah nampak sedikit lebam. Faktor kekurangan waktu rehat.

"I okay sayang. Penat sikit je sebab rasa macam tak cukup rehat."

Aisya masih tidak jemu memandang sisi wajah Fathi. Kacak betul kekasihnya ini! Haih.

"Janganlah push sangat. Benda tak rushing kan? Isya risaulah." Aisya sudah ingin memasuki mod bebel. Dia bukan apa. Dia takut kalau sesuatu terjadi kepada Fathi. Tak boleh bayangkan kehidupannya tanpa Fathi nanti. Fathi merupakan pembakar semangat dia. Hilang Fathi, hilanglah semangat dia.

"Sorry sebab dah buatkan you risau. Sorry juga sebab lately ni I selalu busy sampaikan you rasa terabai. Sorry sayang. I janji lepasni I akan selalu update whenever I go. Okay, sayang?" Fathi memandang sekilas ke arah Aisya. Wajah cemberut Aisya terpampang di hadapan mata. Dia tahu bahawa Aisya marah. Bukan kerana marah sebab dia tidak menghubungi Aisya, tetapi Aisya marah kerana dia mengabaikan waktu tidurnya.

"Isya tak kisah pun kalau Fathi tak update selalu sebab Isya tahu yang Fathi busy. Tapi please, take care of your health. Isya tak ada dekat dengan Fathi untuk remind Fathi selalu. Fathi tahu tak, Isya ada ternampak satu content dekat tiktok ni. Dia cakap, kawan dia meninggal sebab pembuluh darah pecah. Pembuluh darah pecah tu disebabkan oleh tak cukup tidur dan selalu tidur lewat pagi setiap hari. Isya tak nak sampai Fathi kena macam tu." Aisya sudah mulai membebel. Mulutnya memuncung ke hadapan. Geram!

Fathi masih lagi galak tersenyum. Aisya membebel kepadanya. Itu tanda Aisya merisaukan dirinya. Hai, rindu pula dengan kicauan suara milik sang kekasih.

"Fathi! Dengar tak Isya cakap apa? Dari tadi senyum je." Suara Aisya sudah mulai tinggi. Geramlah dia dengan Fathi ini. Senyum je. Tahu tak semakin Fathi senyum, semakin nampak hensem? Hailah.

"Ya kekasihku. I dengar. Yelah, lepasni I akan tidur on time. I tak akan tidur lewat sampai pukul 2 3 pagi. Okey?" Fathi terpaksa berkata sebegini. Jika dia tak berjanji sebegini, Aisya akan bertambah risau. Dia tak ingin merisaukan Aisya. Banyak benda lagi yang Aisya perlu fikirkan selain daripada dirinya.

"Jangan cakap je. Buat sekali!"

"Ye, sayang. I buat. Hai, sayang I ni. Selalu membebel. Dah macam mummy I. Cubit mulut tu baru tahu."

"Orang membebel sebab sayang. Kalau Isya tak bebel, tu tanda Isya dah tak sayangkan Fathi. Nak suruh Isya tak membebel lagi ke?" Aisya menjeling ke arah Fathi. Fathi masih lagi boleh tersenyum walaupun dah berkali-kali Aisya membebel.

"Mestilah nak dengar you membebel. You tahu tak suara you tu bagaikan alunan lagu yang paling merdu. Alunan lagu indah itu terwujud kerana adanya you," ucap Fathi. Sempat lagi dia bermanis mulut.

Tidak dapat tidak, senyuman terlakar juga pada bibir Aisya. Fathi bijak dalam membeli hatinya. Haih!

Continue Reading

You'll Also Like

573K 21.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
77K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
22.8K 2.1K 25
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
47.1K 5.4K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...