Fathi Gabrielle: 4

12.9K 772 47
                                    

FATHI mencium tangan mummy. Setelah itu, kedua-dua belah pipi mummy nya dicium lembut.

"Rindunya dekat anak mummy ni!" Mummy terus saja memeluk diri Fathi dengan erat. Rindu betul dengan anak bujang yang tidak tahu jalan pulang ke rumah ini. Haih.

Fathi tertawa halus sebelum dia memeluk pinggang mummy untuk masuk ke dalam rumah. Ruang tamu itu lengang tanpa penghuni. Agaknya, semua sudah berada di dapur.

"Daddy dengan adik kat mana?" Fathi tak dapat menahan dirinya daripada bertanya.

"Ada dekat dapur. Diorang dah tunggu dekat sana."

Fathi menganggukkan kepalanya sebelum dia dan mummy menghalakan langkah ke arah ruangan dapur. Dari jauh, sudah kelihatan si adik sedang berborak dengan daddy.

"Fathima!" Seru Fathi.

Laju sahaja kepala Fathima bergerak ke arah suara yang memanggil dirinya. Mata Fathima bersinar-sinar apabila melihat figura sang abang yang sedang berdiri di jenang dapur.

Terus sahaja dia bangun dari duduknya lalu berlari-lari anak ke arah Fathi. Tak sampai seminit, dia sudah pun melompat ke dalam pelukan Fathi.

"Abang!" jerit Fathima. Rindunya dekat satu-satunya abang yang dia ada ini.

Fathi tergelak melihat keterujaan Fathima. Dia sempat mencium puncak kepala Fathima sebelum diusap lembut.

"Dah lama abang tak balik sini. Dah lupa ke dekat adik sebab teringatkan adik yang sebelah sana?" rajuk Fathima. Adik yang sebelah sana adalah bermaksud adik-adik Fathi sebelah papa.

"Mana adalah. Abang busy sikit semenjak dua menjak ini. Mana boleh abang lupa adik abang yang manja seorang ini." Fathi mengepit batang hidung mancung Fathima setelah pelukan antara mereka terenggang.

Fathima memang mudah cemburu sekiranya Fathi melebihkan adik-adik sebelah papa. Mungkin faktor Fathima merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga mummy ini. Anak perempuan. Biasalah tu.

"Ingatkan abang dah lupakan adik." Muncung Fathima keluar sedepa ke hadapan. Sekali lagi, Fathi tergelak. Alahai, manja betullah.

Fathi memeluk bahu Fathima sebelum mereka berjalan ke arah meja makan.

"Daddy," sapa Fathi sebelum dia memeluk badan Lodovico; bapa tirinya. Lodovico menepuk-nepuk belakang badan Fathi.

"Sihat Fath?"

"Alhamdulillah, sihat dy." Fathi senyum segaris. Dia tidaklah berapa rapat dengan bapa tirinya ini. Mungkin faktor usia Lodovico yang lebih muda dari mummy.

Lagipun, mereka pun jarang bersua mata. Fathi tinggal di rumah sendiri dan amat jarang melawat mummy ke vila. Kalau ada pun melawat mummy, kebiasaannya daddy tidak ada di sini.

"Duduklah. Nanti sejuk pula lauk ni." Amaya menepuk sekali bahu sang anak. Fathi menganggukkan kepalanya sebelum dia mengambil tempat bersebelahan dengan Fathima.

Fathi memandang ke arah meja makan. Banyak juga lauk yang disediakan. Mummy bagaikan ingin meraikan tetamu. Tetapi rasanya tidaklah begitu kerana mummy tak ada cakap apa-apa pun.

"Banyak lauk my. Macam ada tetamu pula," ujar Fathi; seraya mengepit seketul ayam goreng berempah lalu diletakkan di atas pinggan.

"Banyaklah abang sebab mummy excited nak ajak abang dinner sekali." Kecoh mulut Fathima menjawab sambil melirik ke arah mummy. Mummy tersenyum sebagai tanda mengiyakan.

"Saja. Bukan selalu Gab nak datang sini." Kini, mummy pula mengeluarkan kata.

Usai doa makan diaminkan, masing-masing diam di meja makan. Sudah menjadi adat dalam keluarga mereka untuk tidak berbicara sewaktu sedang makan kerana bimbang nampak tidak sopan.

Fathi Gabrielle: A Broken SoulWhere stories live. Discover now