FATHI menutup komputer riba miliknya apabila kantuk menjelma. Badan diregangkan setelah hampir empat jam dia hanya duduk sahaja di atas kerusi. Mata sempat menilik jarum jam yang sudah menginjak ke angka 2 pagi.
Ralit sangat dia membuat penyelidikan artikel hingga tak sedar bahawa sudah lewat pagi.
Dia berjalan bangun dan masuk ke dalam tandas bagi mencuci wajah dan menggosok gigi. Setelah selesai rutin hariannya, dia berjalan ke arah katil lalu punggung dilabuhkan.
Tangan mencapai telefon pintar yang berada di atas night stand. Wallpaper telefon dipandang terlebih dahulu sebelum dia membuka skrin kekunci.
Ikon WhatsApp diketik. Ada mesej daripada sang pemilik hati. Dua jam lepas lagi Aisya menghantar pesanan kepadanya namun dia tak perasan. Sudah menjadi kebiasannya sekiranya dia melaksanakan tugas, dia akan membiarkan telefon pintarnya berada jauh darinya agar dia tidak terganggu dan seterusnya membiarkan kerja kerja penyelidikannya terabai.
Badan dibaringkan ke atas katil sebelum dia membalas pesanan daripada Aisya.
Aisya- 'Sayang, busy ke? Isya nak cerita benda ni.'
Aisya- 'Nanti Fathi free, Fathi chat Isya eh. Sorry ganggu waktu malam Fathi.'
Aisya- 'Goodnight my man. I love you♥️'
Fathi membuang keluhan apabila membaca bait pesanan tersebut. Rasa ralat menjelma kerana sejak akhir akhir ini, masanya untuk Aisya telah kurang. Waktu Aisya nak bercerita pun, dia tidak ada. Dia tak mampu memberikan masa untuk Aisya. Teruknya dia rasakan.
Dia terpaksa mengorbankan masa terluangnya. Selepas habis sesi mengajar, dia terpaksa bergegas ke pusat tuisyen kerana dia merupakan salah seorang tenaga pengajar. Apabila sampai ke rumah, matahari pula mulai malu malu untuk menjelma wajah.
Selepas isyak, dia akan melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk hari berikutnya dan seterusnya menyemak kerja-kerja anak muridnya.
Setelah siap memperuntukkan masa untuk sekolah, dia akan mulai melakukan penyelidikan artikel sehingga ke lewat pagi. Dia terpaksa melaksanakan banyak kerja dalam satu-satu masa kerana dia sudah bertekad untuk melamar Aisya tahun depan. Iaitu tahun akhir pengajian sang kekasih.
Jika mereka berkahwin di tahun akhir pengajian, senanglah sikit bagi pihak Aisya. Aisya tidak perlu ditempatkan jauh jauh sehingga ke Sabah atau Sarawak. Aisya akan ditempatkan berdekatan dengan tempat kerja Fathi.
Kerana itulah Fathi begitu tekad untuk mencari duit sampingan. Bukannya dia tak boleh meminta daripada keluarga papa dan juga keluarga mummy. Cumanya, dia nak gunakan sendiri tulang empat keratnya selagi boleh. Dia tidak mahu mengharapkan wang daripada keluarganya. Biarlah dia bertanggungjawab sedari sebelum menikah lagi. Susah tidak apa, asalkan dia tidak perlu bergantung kepada orang lain.
Alhamdulillah, sekarang ini pun dia sudah mampu membeli sebuah rumah dan sebuah kereta. Rumahnya tidaklah terlalu besar tetapi cukuplah untuk memberikan keselesaan kepada Aisya dan bakal anak-anak mereka nanti.
Jari mulai berlari di atas dada skrin. Pesanan daripada Aisya dibalas kembali. Dia hulurkan maaf terlebih dahulu kerana sudah membuatkan Aisya ternanti nanti balasannya terlalu lama.
Dua jam.
Rasanya, Aisya pun sudah lelap. Lagipun esok Aisya ada kelas pagi.
Setelah membalas pesanan daripada Aisya, telefon pintarnya ditutup. Tak lama kemudian, kantuk mulai menjelma.
TELEFON berdering beberapa kali minta diangkat. Fathi lantas mengangkat panggilan daripada Aisya. Jarang sekali Aisya ingin menelefonnya waktu waktu siang begini. Rasanya, pasti ada sesuatu yang penting.

YOU ARE READING
Fathi Gabrielle: A Broken Soul
RomanceA spin-off: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband Fathi Gabrielle | Clarissa Arabella Start: 27/12/2023 End: - All right reserved @nssignature ©NSSIGNATURE, 2023