Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

312K 20.9K 1.3K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44

Tengku Seducer: 2

7.2K 395 8
By escritordyanne

Meskipun bermandi dengan peluh, dia tidak mengalah. Latihan pada hari ini bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan yang akan datang. Nasib baik dia memakai t-shirt tanpa lengan pada hari ini memandangkan dia perlukan tenaga sepenuhnya untuk berlatih dengan Sifu Aziz.

Dia tidak lupa memakai pendakap gigi sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan giginya patah semasa perlawanan. Begitu juga dengan sarung tangan nipis.

Buk Buk!

"One more," arah lelaki separuh umur berjambang putih.

Buk Buk!

"Good punch, Phyton," puji Sifu Aziz. Dia cerlung tajam setiap pergerakan Ian Hayf.

Ian Hayf. Jejaka tampan yang berbakat dianugerahkan kebolehan untuk beraksi di gelanggang. Digelar 'Phyton' dalam Akademi Unholy MMA kerana sentiasa memenangi kesemua pertandingan 'muay thai' yang disertainya. Hasil latihan sejak dari kecil membuahkan hasil sehingga hari ini.

CEO Akademi Unholy MMA ini, Tengku Dilan memerangkap sebagai rakan baik Ian Hayf yang mengelola akademi ini. Tujuan akademi ini ditubuhkan atas permintaan Ian sendiri demi mengasah bakatnya. Sifu Aziz pula dilantik sebagai ketua pelatih MMA di sini.

MMA atau Mixed Martial Arts adalah pertandingan yang menggunakan pelbagai jenis pertahankan diri.  Pelbagai jenis seni mempertahankan diri dibenarkan dalam MMA ini seperti taekwondo, karate, judo, muay thai.

"Saya tak rasa cukup kick lagi, sifu. Saya banyak termiss shot," ngeluh Ian.

"Kunci untuk kemenangan ialah tenang, Phyton. Kau kena belajar itu semua. Apa yang aku nampak, kau terlalu cepat nak balas serangan tanpa kau fikirkan strategi lawan kau seterusnya. Tindakan kau itu akan memakan diri kau nanti. Kau perlukan fizikal yang kuat selain perlu bijak dalam melakukan teknik atau pergerakkan untuk menewaskan musuh," nasihat panjang diberikan oleh sifunya.

"Baik, sifu." Dia akur. Peluh yang menitik dibiarkan sahaja.

"Kau MMA fighter terbaik di akademi ini. Disebabkan kau lah Tengku Dilan boleh tubuhkan akademi ini. Jadi, buat yang terbaik. Sekarang kita tamatkan latihan. Kau rehat dan balik. Fikirkan cara untuk kau baiki kesilapan kau. Esok lusa aku panggil kau masuk gelanggang, kalau kau masih buat silap yang sama, aku tarik nama kau daripada perlawanan itu."

"Saya minta maaf sifu. Saya janji saya akan perbaiki teknik saya selepas ini." Adrian tunduk memberi hormat kepada lelaki tua itu. Mereka berdua turun dari gelanggang.

"Lepas ini kau pergi mana? Aku kenal dengan kau, kau tak akan balik awal."

Sifu Aziz sudah biasa dengan kegiatan harian anak didiknya yang satu ini. Tak pernah melekap di rumah dan sentiasa ada sahaja perkara yang ingin dilakukan.

"Macam biasa saya ada perjumpaan penting, sifu. Tengku Dilan's order," jawab Ian malas. Tangannya laju mengemas beg pakaian dan botol air.

"Kau tak penat asyik kerja bawah orang? Mungkin sudah tiba masanya kau mula ambil orang pula kerja untuk kau. Kau berpotensi, Phyton," cadang sifu.

"Saya selesa hidup macam ini. Kerja di bawah orang tak bermaksud kita tak boleh selevel dengan mereka. Lagipun, Tengku Dilan sekeluarga dah baik ambil saya bekerja dan hasilnya lumayan."

"Apa-apa sahaja lah. Jangan lupa kirim salam dekat Tengku Dilan. Cakap dengan dia jangan ternak lemak, mari datang berlawan dengan aku." Sifu Aziz mencabar rakan Ian.

Adrian tergelak kecil. "Dia itu penakut. Tak ada maknanya nak lawan sifu yang hebat ini. Dia lagi rela duduk rumah goyang kaki. Saya gerak dulu."

Sifu Aziz membalas dengan anggukan. Dia berpaling untuk melihat pelatih-pelatih MMA yang lain.

Ian yang baru selesai membersihkan diri, menyarung t-shirt putih dipadankan dengan jaket kulit hitam mula mengorak langkah ke arah 'Black' kesayangannya.

"Hasta la vista, Black baby." ujar Adrian. Dia bercakap sendirian dengan motosikal Ducati miliknya.

"Ian! Kau nak pergi mana?" tegur satu suara di belakangnya.

Tengku Dilan.

Dia memutarkan bebola mata. Tak kasi chance langsung nak bermesra dengan Black.

"Bila kau sampai?"

"Tadi. Aku ingat nak ajak kau keluar. Jomlah lepak." ajak Tengku Dilan.

Adrian menghampiri rakan karibnya itu dan mengepit kepalanya bawah ketiak. Persis perbuatan 'headlock'.

"Woi! Sakit sakit!" Dilan menepuk tangan Adrian.

"Eh bahalol, disebabkan kau lah aku tak boleh nak lepak cuti-cuti ini. Aku kena keluar sebab awek kau itu tak boleh berenggang dengan kau sikit."

Dilan mendongakkan kepala memandang Adrian memandangkan kedudukannya yang membongkok sekarang ini.

"Handsome juga kau kalau pandang dari bawah ini, Ian," puji Dilan secara tiba-tiba.

Adrian melepaskan cengkamannya dan berundur ke belakang. Dia menayangkan riak jijik.

"Sebelum aku belasah kau, baik kau senyap," amaran diberikan. Sarung tangan hitam dipakai bersedia untuk menunggang Ducati.

"Aku ini majikan kau tau, Ian. Kau kena hormat aku. Apa aku suruh, kau kena buat. Tugas kau untuk lindungi aku. Nanti kalau kau susah, aku pula yang tolong. Kan kan?"

"Banyaklah kau. Setakat ini kerja aku asyik lindungi kau daripada perempuan-perempuan seram dekat luar sana itu. Aku susah mana ada kau tolong. Aku buat sepah, aku kemas sendiri. Kau buat sepah, aku yang kena kemas. Kawan jenis apa kau ini?" perli Adrian.

"Kali ini kau jumpa siapa? Sarah? Yasmin? Lili? Ke Jenab?" Dilan melabuhkan sikunya di atas cermin sisi 'Black' kesayangan sahabatnya.

Adrian menolak lembut kepala Tengku Dilan. "Apa kau ini bengap sangat? Awek keliling pinggang, tapi satu pun kau tak pandai jaga. Semua nama kau sebut itu tak tersenarai pun."

Tengku Dilan tersengih nakal. "Dah itu? Siapa lagi?"

"Natasya. Aku dah muak dengan dia. Dia punya menggatal lagi teruk daripada aku. Nafsu dia bukan level biasa-biasa, level kuda."

Dia menggeliat membayangkan cara wanita itu menggodanya.

"Muka handsome macam ini Ian, siapa yang taknak terkam? Aku pun nak," ujarnya dengan sengaja. Dagu Adrian diusap lembut. Dilan terhibur melihat wajah tegang kawannya.

"Kau jangan jadi kunyit kejap lagi aku tibai bersepai," marah Adrian.

"Tapi aku peliklah. Sepanjang kau menyamar jadi aku, tak akanlah tak ada yang sangkut? Punyalah lawa semua yang aku pilih."

"Aku tak suka benda yang mudah. Semua perempuan pilihan kau itu, aku layan sikit terus diorang secara sukarela serahkan diri dekat aku. Nasib baik aku ini lelaki yang penuh dengan iman." Dia mendabik dada.

"Halah. Selagi kau belum berpunya, aku boleh manfaatkan rupa paras kau untuk goda perempuan-perempuan itu dan mulut pedas kau untuk singkirkan diorang dengan mudah." Dilan senyum senget.

Adrian mengeluh panjang. Lain yang orang cakap, lain yang masuk dalam kepala otak Dilan itu.

Satu perkara yang tidak dapat difahami sampai sekarang, Tengku Dilan sememangnya suka mendekati ramai perempuan melalui media sosial atau jarak jauh sahaja. Tidak kira status, umur dan pangkat, semua dia akan bedal. Cuma, tiada seorang pun yang dia ambil serius. Dia pandai menjaga identitinya.

Semua hanya sekadar satu permainan kerana menurut dia semua perempuan itu sama. Apabila mana-mana perempuan meluahkan perasaan, dia akan lari dan menyerahkan semuanya kepada Ian untuk selesaikan mereka.

Kebiasaannya dia akan menghantar Ian untuk berjanji temu dengan semua wanita itu menyamar sebagai dia. Mati dia kalau Ku Kaf tahu dia berani berjanji temu dengan sembarangan wanita. Lagipun, dia akui Ian lagi kacak daripadanya.

"Kenapalah aku boleh setuju nak tolong kau buat kerja gila ini?" gumam Ian.

"Kau pun tahu kenapa bro. Kalau apa-apa jadi, incase perempuan-perempuan itu semua naik gila ke apa, atleast nama baik aku terjaga. Nama Ku Kaf terjaga. Aku boleh gunakan alasan dia salah orang," jawab Dilan panjang lebar.

Baru sahaja mulut Ian terkuak ingin membalas, bunyi notifikasi telefon mengalihkan perhatiaannya.

Dia membuka aplikasi Whatsapp.

'Miss you baby, come faster.' - Natasya.

"Kau tengok! Pantang aku hilang sekejap. Dah nak dekat 200 missed calls, unread messages. Gila, gila." Ian menggelengkan kepala.

Dilan merangkul bahu Ian yang sudah bersedia untuk menunggang motosikal. "Thank you Ian. Kali ini, tolong selesaikan dia. Aku janji lepas ini aku cari yang lebih elok."

"Sembang. Bertaubatlah Dil. Jangan mainkan hati perempuan. Lagipun, janji kau aku tak pernah percaya. Dah blah. Balik rumah. Bahaya kau duduk luar seorang diri. Kau pun tahu Ku Kaf marah macam mana nanti." Ian memutarkan mata ke atas.

Ku Kaf merupakan gelaran yang diberikan kepada ayah Tengku Dilan. Dari kecil, Ian dibawa masuk ke dalam keluarga ini sebagai anak angkat dan disebabkan ketangkasan dan kecekapan Ian berlawan, dia diamanahkan oleh Ku Kaf untuk menjaga anak bujangnya daripada sebarang bahaya memandangkan mereka merupakan keluarga ternama.

Dilan mengeluh. Sedegil-degil Dilan pun, dia tahu dia tak mampu ingkar dengan arahan Ian. "Aku gerak dulu bro."

Mereka berjabat tangan.

Ian memakai helmet hitamnya apabila kelibat Tengku Dilan mula menghilang dari pandangan. Dia naik duduk di atas Ducati Panigale V4 R. Bunyi deruman enjin yang kuat hasil jeritan Ducati miliknya itu menandakan dia bersedia untuk menelusuri jalan raya menuju ke destinasi seterusnya.

Hari ini, dia akan selesaikan semuanya dengan Natasya. Dia mahu hidup bebas.

Splash!

"You memang tak guna Dilan. Selama ini I ingat you setia tapi you lagi teruk! I benci you! I benci you!" Habis wajah tampan Ian menjadi habuan secawan air.

"Sweet."

Lidah Ian menjilat sisa air fresh oren yang selamat melekat di keseluruhan wajahnya.

Natasya meraup rambutnya kasar. Lelaki di hadapannya ini sudah mempermainkan hatinya apabila tiba-tiba sahaja dia minta untuk putus! Ingatkan jumpa hari ini untuk berbincang tentang perkahwinan mereka.

Selama tiga bulan dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu, dia sentiasa mendapat layanan seperti seorang puteri raja. Masakan lelaki itu boleh berubah secara mendadak begini. Sudah bosankah dia?

"You ingat relationship kita ini main-main ke Dilan? I serius. I nak kahwin dengan you. I sanggup buat apa sahaja untuk you," rayu Natasya. Harga dirinya jatuh merundum di hadapan lelaki kacak ini.

"Really? Anything?" Ian menjongketkan kening. Tangannya sibuk mengelap wajahnya yang basah melekit.

"Yes, baby. You know me right?" jawab Natasya dengan nada mengada.

"Then, offer yourself to another guy," arah Ian dengan muka selamba.

"What?!" Bergema satu ruangan luar restoran dengan suara nyaring Natasya.

Ian menggaru keningnya. Walaupun dah biasa, tapi dia masih malu apabila mata-mata memandang ke arah mereka sekarang ini.

"Say it again, baby?" pinta Natasya.

"Apa? Kau sendiri cakap kau boleh buat apa sahaja untuk aku. Aku nak kau bagi diri kau dekat lelaki lain. Diorang pasti suka dapat perempuan macam kau." Ian senyum senget.

"I would never do that!" Tempik Natasya.

"Why? Easy Natasya. Aku nak kau pergi cari lelaki lain selain aku. Senang cerita, aku cabar kau goda bodyguard aku," pancing Ian.

Padahal 'bodyguard' yang dimaksudkan itu dia sendiri.

"You gila Dilan? Dia bodyguard you je kut. Tak setaraf dengan you!" Natasya melempar rambutnya ke belakang bahu.

Sudah diagak. Wanita ini hanya memandang status dan taraf. Mustahil ada yang akan menyukai seorang bodyguard.

"Tch. Apa beza aku dengan lelaki lain? Kenapa kau sanggup turunkan harga diri kau untuk aku tapi tidak untuk lelaki lain?" Adrian memerli. Pedas.

Natasya terdiam. Ada selit kebenaran dalam kata-kata lelaki itu.

"Here's an advice from man to you before we end, jangan pernah murahkan diri kau dan serahkan segalanya pada lelaki yang belum tentu serius nak halalkan kau. Termasuk aku, termasuk Tengku Dilan. You will get played so hard by a player," pesan Ian tegas.

"Apa maksud you termasuk you dan Tengku Dilan? You lah Tengku Dilan. You mabuk ke?" Natasya ketawa sinis. Lelaki ini cuba bergurau ke sekarang?

"Look, Natasya. Aku malas nak defend diri aku ataupun argue dengan kau lagi. Buang masa. Kau faham? Apa yang kau fikir dalam kepala otak kau itu semuanya betul. Aku dah bosan dengan kau," kata Ian selamba.

Inilah satu fakta tentang lelaki bernama Ian Hayf, dia langsung tak mempedulikan perasaan mana-mana perempuan kecuali wanita idamannya, Tengku Qasarina. Wanita yang menjadi igauan siang malam dia sejak kecil. Tengku Qasarina membesar sama-sama dengan dia dan Dilan.

Ian menyeluk poket seluar dan mengeluarkan vape miliknya. His addiction. Dia pandang sekilas wajah mencuka Natasya dan bangkit daripada duduk.

"You nak pergi mana? We're not done yet! Jangan tinggalkan I," rintih Natasya. Dia bangun memeluk Ian dari belakang.

Ian berpaling pantas menyebabkan Natasya terdorong ke belakang.

Dia menghampiri perempuan itu dengan senyuman nakal. Adrian menghembus asap vape betul-betul tepat pada wajah Natasya. Terbatuk-batuk perempuan itu dibuatnya.

"Rule number 1. Jangan sentuh aku kalau kita dah tak ada apa-apa urusan. Get lost from my face. Kali ini aku boleh jamin asap je, lepas ini dengan api-api aku bagi." Nadanya sengaja ditegaskan bagi menakutkan Natasya.

Sememangnya, Natasya ketakutan. Kenapa lelaki ini berubah 360 darjah? Pantas, dia mencapai beg tangannya di atas kerusi dan berlalu pergi. Dia sudah tidak tahan dihina lelaki itu! Tunggulah nanti.

Ian hanya memerhatikan belakang Natasya yang semakin menjauh. Dia kembali menyambung aktiviti menghisap vape tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhatikan drama TV3 antara dia dan bekas teman wanitanya. Lupa, bekas teman wanita Tengku Dilan. Ah Dilan! Ini semua salah kau.

Tiba-tiba, pandangannya tertarik kepada seorang wanita yang berpakaian sangat elegan sedang bermesra-mesraan dengan lelaki tua di kawasan luar restoran. Dia menghembus asap vapenya sambil mata masih menikam tajam pasangan itu. Perempuan itu nampak muda sangat.

"Dah pupus populasi lelaki dekat dunia ini sampai lelaki tua kerepot itu pun boleh dapat perempuan secantik itu? Gila," monolognya.

Sedang dia ralit memerhati wajah cantik perempuan itu, entah macam mana tiba-tiba mata mereka bertembung.

2 saat, 3 saat, 4 saat.

Mula timbul idea nakal dalam kepala Ian. Dia mengenyitkan mata ke arah wanita itu.

Wanita itu nampak terkejut dengan perlakuan rawak Ian sehingga mengundang tawa lelaki itu. Adrian berpaling dan melangkah ke tandas. Perlu membasahkan wajahnya yang masih terasa melekit disebabkan pancuran air fresh oren Natasya tadi.

Beberapa minit dia berada di dalam tandas, dia keluar untuk pulang. Terasa lama pula dia berada di restoran ini.

"Aduh!" jerit satu suara nyaring yang melanggar dada bidangnya. Adrian menurunkan pandangan ke paras dada kerana wanita yang melanggarnya ini agak rendah.

"Kau yang langgar aku, kau yang sakit?" perli Adrian.

Wanita itu memanggungkan kepala memandang gerangan yang mempunyai dada sekeras batu konkrit. Habis sakit kepalanya.

Adrian terkesima melihat sepasang mata bundar cantik yang mampu menghasilkan getaran asing dalam hatinya.

Damn, so gorgeous.

Tak lama, dia gelengkan kepala cuba untuk sedarkan diri daripada terus hanyut dengan kecantikan wanita itu. Dia cepat-cepat membuang perasaan asing itu. Are you mad Ian?

"Masalahnya, you yang tak nampak I nak lalu tadi. Mata itu boleh tak gunakan seeloknya? Buta!" sembur wanita itu.

"Haah, memang aku buta. Buta dengan kecantikan kau." Hujung rambut panjang milik wanita itu ditarik dan dihidu sepuasnya. Wangi! 

"You gila ke?! Oh. Lepas dah break dengan girlfriend you tadi, terus nak menggatal?" Wanita itu menarik rambutnya daripada pegangan Ian.

Ian tertawa jahat sebelum dia melangkah setapak demi setapak mengunci wanita itu pada dinding.

"So, kau lah salah seorang penonton tak berbayar drama aku tadi? Hm? Nampaknya, aku menarik perhatian kau." Sambil bercakap, sambil matanya tak habis-habis menjadikan wajah wanita itu sebagai santapan.

"M-maksud you apa?" Wanita itu mengalihkan mukanya ke tepi daripada menjadi tatapan Ian.

"Yelah. Ada lelaki dekat sebelah kau pun, mata kau masih nak perhatikan aku. That means, you're attracted to me." Dagu wanita itu dicengkam dan ditarik menghadapnya. Dia merenung dalam mata wanita itu.

'Kau cantik'.

"You jangan nak perasan! Semua orang dekat situ boleh nampaklah dah kalau bising terjerit-jerit macam itu. Lain kali, nak bergaduh cuba cari tempat yang tersorok sikit. Malu dekat orang," bidas wanita itu.

Mulutnya yang terkumat-kamit membebel diperhatikan Ian. Dia tak sedar tentang perkara itu.

"Senyap," arah Ian.

"Huh? You siapa nak suruh I senyap?" Dia berpeluk tubuh.

"Senyap sebelum mulut kau aku jadikan makanan aku malam ini."

Wanita itu terlopong dengan ayat selamba Ian. Biar betik lelaki ini. Dia terus ketap bibirnya.

"Tahu pun nak senyap."

"Tadi kau cakap dengan aku yang aku tak tahu malu kan? Kalau kau?" tanya Ian lagi apabila wanita itu lebih selesa membisu. Takutlah itu kena makan.

"What's with me?" jawab gerangan itu.

"Yelah. Kalau nak menggatal dengan pucuk tua macam itu, make sure tersorok sikit. Malu dekat orang. You deserve better." Ian terasa puas hati apabila dia mampu ulang kembali ayat-ayat wanita itu tadi.

"You tahu apa pasal I? Ikut suka I lah, " Bibirnya dimuncungkan. Lelaki ini dah kenakan dia balik.

Adrian menjentik muncung bibir wanita itu. "Jangan biasakan muncung macam ini. Dapat dekat lelaki gatal, jadi habuan diorang nanti."

"You pun gatal."

Kenyataan selamba gadis itu mengundang ketawa Adrian. Terhibur dengan keberanian wanita itu.

"Then want to try me? Tengok sejauh mana aku boleh jadi gatal," ujarnya sengaja ingin mengusik.

"Well, how about you try me first. You salah orang nak main-main ini." Wanita itu dengan beraninya menarik kolar bajunya merapatkan wajah mereka berdua.

Lama mereka berkeadaan sebegitu sebelum diganggu.

"Sandra, you dah sudah ke?" satu suara gemersik membantutkan perbuatan mereka.

Ian mendengus kasar.

"Oops, got to go. Jangan nakal-nakal. Takut you tersungkur nanti, because I'm not your easiest target, baby boy. See you when I see you," ucap wanita itu dengan senyuman sinis sebelum meninggalkan Ian termangu-mangu.

Ian hanya mampu memerhatikan belakang badan perempuan itu. Dia tidak sangka perempuan misteri itu mampu mengunci mulutnya.

"Sandra..."

***
Votes and comments.
my red flag hero, Adrian Hayf.

Continue Reading

You'll Also Like

55K 3.2K 47
[𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓻𝓼. 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 2 ] 𝐅𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐤𝐚𝐬𝐲𝐚𝐟 ¦¦ 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐭𝐚𝐬𝐡𝐚 𝓗𝓮𝓻 𝓒𝓸𝓸𝓵 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭 " Awak!! " FAHI...
339K 24.8K 50
𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 4 [C O M P L E T E] "Engkau tetap ada dihati aku." Dia Nayra Lacrissa Xaverra,gadis yang dari kecil dilatih menjadi seorang mafia. Berke...
37.5K 2.1K 22
Kerana aku tahu bukan aku yang bakal menjadi tujuan. - MUHAIRA Typo alert!! 1#kisahcinta on 8March
291K 18.8K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...