Suatu ketika yang agak kelam-kabut di hutan....
Fang: *tarik rambut* WOI!!!!!! BINATANG APA KORANG BURU NI?!?!?!
Fang terjerit melihat raksasa badak-beruang tergolek dengan lidah terjulur keluar yang diburu orang-orang puak Chromia.
Luther: Tak perlu risau. Orang-orang pakcik akan uruskan raksasa ni. Cukuplah buat beberapa hari...
Fang: *heavy sigh* Yelah...
Sejak serangan ke atas Edison Express oleh Dakolla bersama bala tentera golem,Luther pindahkan seluruh kampung ke tempat Edison Express terhempas. Fang berusaha membaiki Edison Express dengan bantuan kawan-kawannya supaya mereka boleh teruskan perjalanan mereka ke Lagamut.
Yaya: Fang! Motherboard ni nak pasang ke nak tukar baru?
Fang: Hm? Ganti dengan yang baru! Wayar tu kalau terputus suruh Gopal tukar benda lain sebagai ganti!
Yaya: Okey!
Yaya dan Ying membantu Fang baiki Edison Express manakala Gopal berkurung dalam gerabak keenam seorang diri. Entah apa yang dia buat dalam gerabak tu sorang-sorang. Lily dan Amaya pulak....
Lily: *growling* Lepaslah....
Reverse: Tak nak~
Reverse masih belum puas mengusik Lily. Ada kalanya dia usik Amaya tapi disebabkan masa silam Amaya yang kurang pendedahan dengan topik romantik,reaksi yang ditunjukkannya agak kurang memuaskan bagi Reverse.
Lily tengah selenggara senapang dia, tapi Reverse nakal pergi duduk belakang dia sambil elus ekornya manja.
Reverse: *tarik ekor*
Lily: *flinch* Ngh~!
Reverse: Hehe~
Lily: "Sabar,jangan lupa itu alter ego BoBoiBoy. Jangan terkam dia lagi..."
Amaya yang perhatikan mereka dari belakang pokok mengalami perasaan yang aneh yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Dadanya kencang,wajahnya merah dan matanya tak lepas memandang Reverse bermanja-manja dengan Lily.
Genaplah seminggu sejak Edison Express terhempas akibat terlanggar perisai halimunan. Fang bertungkus-lumus membaiki Edison Express untuk menyambung perjalanan,tetapi,ada saja hal yang terjadi.
Luther mengarahkan orang-orangnya memotong dan asingkan daging dengan kulit raksasa yang diburu. Daging raksasa tu akan dibahagikan dan diberikan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan. Manakala bahan seperti kulit,tanduk,kuku cakar,ekor dan sebagainya diserahkan kepada mereka memandangkan puak Chromia tidak memiliki keupayaan untuk memproses bahan-bahan tersebut.
Lily selesai selenggara senapang dia. Dia bangkit dan berjalan ke Edison Express untuk simpan senapangnya, tapi Reverse tarik dia duduk dan rangkul lehernya.
Reverse: Nak cepat-cepat pergi mana? Duduklah kejap~
Lily: *sigh* Dengar. Walaupun kau dan BoBoiBoy orang yang sama, perangai kau memang menyakitkan hati aku!
Reverse: Nak buat macam mana? Kami orang yang sama~
Lily: *meluat* Kalaulah kau bukannya BoBoiBoy,dah lama aku cakar muka kau.
Reverse: Hm? Kasar nampak. Baiklah, kalau kau cakap macam tu.
Reverse menutup mata. Rambutnya perlahan-lahan bertukar menjadi hitam dengan sedikit putih,yang kemudiannya jatuh tak sedarkan diri. Lily segera menyambut BoBoiBoy setelah dia bertukar tempat dengan Reverse.
Lily: BoBoiBoy! BoBoiBoy! Kau dengar tak?! BoBoiBoy!!
DALAM KESEDARAN BOBOIBOY
BoBoiBoy: REVERSE!! KAU #####!!!
Reverse: Hyahahahahahahahahah!!
BoBoiBoy kejar Reverse dengan perasaan nak penggal kepala dia tapi Reverse larikan diri. Maka terjadilah adegan kejar-mengejar antara BoBoiBoy dan Reverse yang diperhatikan elemen yang dikunci.
???: Hm.....seronok nampak....
BoBoiBoy: Seronok apa bendanya??! Si gila ni dah ambil alih badan aku untuk main dengan Lily!! Kau ingat aku nak biarkan je?!
Reverse: Tsk. Tsk. Tsk. Sedarlah yang kau takkan berani main dengan dia macam tu.
BoBoiBoy: Sebab aku bukannya macam kaulah! Mari sini!!!
Reverse: *lari* Hihihihihi!
Elemen yang dikunci sekadar menongkat dagu melihat mereka berdua berkejar-kejaran dalam kesedaran BoBoiBoy.
Sementara itu,BoBoiBoy dibawa masuk ke dalam Edison Express setelah dia bertukar tempat dengan Reverse. Dia dibaringkan atas katil sementara Fang periksa keadaan dia.
Amaya: Macam mana.....dengan keadaan BoBoiBoy?
Fang: Hm.....nampaknya dia dah bertukar dengan Reverse. Tapi....
Lily: Tapi?
Fang: Disebabkan Reverse ambil alih badan BoBoiBoy dalam jangka masa yang lama,mentaliti dia agak lemah jadi dia perlu berehat untuk sementara.
Lily: *relief sigh* Maksudnya dia akan kembali normal?
Fang: *nod*
Semua orang berasa lega mendengar BoBoiBoy akan kembali bersama mereka. Namun,tiada siapa tahu akan kekecohan yang terjadi dalam kesedarannya.
BoBoiBoy berjaya tangkap Reverse dan libas dia dengan pedang halilintar. Reverse kini baring dengan kesan libasan pedang pada badannya.
Reverse: Ugh....hehe....
BoBoiBoy: *grumble* Padan muka!
???: Hehehe. Seronok aku tengok korang berdua.
BoBoiBoy: Hmph! Kau seronoklah, dah kau tak keluar!
???: Meh. Kalau kau biar aku keluar, mesti lagi seronok.
BoBoiBoy: Tak boleh!
???: *pout*
Reverse: Apa kata macam ni?
Reverse perlahan-lahan bangun, tangannya menekan bahagian yang dilibas pedang.
Reverse: Apa kata....kau benarkan kami keluar? Ikut kesesuaian kau.
BoBoiBoy: Apa kata.....jangan harap? Aku tahu kalau salah seorang dari korang berdua terlepas,habis semua benda!!!
Reverse: Aku tahu. Apa yang aku maksudkan,adalah untuk kau cipta kata laluan untuk salah seorang dari kami keluar.
BoBoiBoy: Kata laluan? Password untuk korang?
Reverse: Ya! Kau cuma perlu gunakan password tu dalam situasi kecemasan je!
BoBoiBoy: Macam mana aku nak tahu yang korang berdua takkan mengganas?
???: *sigh* Banyak tanyalah kau ni. Kau dah lupa masa kau lawan Dakolla tu? Apa jadi?
BoBoiBoy: ......
???: Jadi? Kau setuju ke tak?
BoBoiBoy menggaru kepala kasar, berfikir patut tak dia terima tawaran dari mereka berdua. Kalau diikutkan hati,dia tak nak salah seorang atau kedua-dua mereka keluar sebab mereka. Tetapi,sejak berlawan dengan Dakolla,BoBoiBoy sedar semakin jauh mereka ke depan semakin banyak musuh yang lebih kuat.
BoBoiBoy: *heavy sigh* Yelah! Aku faham!!
Reverse: Terbaiklah!!
???: Hehehe!
BoBoiBoy: Nak buat macam mana? Cakap cepat!
Reverse: Macam ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BoBoiBoy: Egh....kepala aku....
BoBoiBoy membuka mata. Dia dapati dia berada di dalam bilik rawatan setelah dia bertukar tempat dengan Reverse. Kepalanya terasa berat, kemungkinan kerana bertukar tempat buat masa yang lama.
BoBoiBoy bangkit dan duduk memegang kepala. Pandangannya sedikit kabur,namun perlahan-lahan kembali normal.
Perjanjian antara dia,Reverse dan elemen yang dikunci masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia memandang sekeliling bilik,mencari cermin untuk digunakan. Melihat tiada cermin di situ,BoBoiBoy bangun dan berjalan keluar menuju ke nilik yang dikongsi bersama Gopal dan Fang.
Dia masuk ke dalam,berjalan ke arah cermin kecil terganggu di tepi katil dan lihat dirinya. Wajahnya sedikit pucat dan bibirnya kering. Selain dari penampilannya seperti orang sakit, dia tidak merasakan sebarang perubahan lain terhadap dirinya.
BoBoiBoy: "Nampaknya aku kena kurangkan masa aku bertukar tempat dengan Reverse. Atau mamat tu...."
Dia teringat akan perjanjian antara dia,Reverse dan elemen yang dikunci itu. Dia menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.
BoBoiBoy: Hammel.
Rambutnya berubah warna dari hitam kepada putih. Irisnya bertukar merah dan bibirnya menguntum senyuman sinis.
Reverse: Yep. Sama macam apa yang dijanjikan. Franiel.
Rambutnya berubah kembali. BoBoiBoy menghembuskan nafas lega melihat perubahan yang dilakukan berada dalam keadaan terkawal.
BoBoiBoy: "Baguslah Reverse tunaikan janji dia. Masalahnya seorang lagi tu."
Elemen yang dikunci memerhati dari dalam kesedaran BoBoiBoy, perubahan sementara yang dilakukan dengan menuturkan kata laluan yang ditentukan.
???: *grin*
BoBoiBoy berjalan keluar dari bilik menuju keluar. Langit bertukar gelap, matahari digantikan dengan bulan. Kedengaran keriuhan di luar Edison Express dari mereka yang berkumpul bersama untuk makan malam.
Luther: Silakan. Pakcik yakin rasanya sedap!
Yaya: Terima kasih pakcik!
Yaya,Ying,Gopal dan Fang rasa kekok bila Luther memandang mereka seperti figura berstatus tinggi,jadi mereka meminta dia melayan mereka secara kasual.
Orang-orang puak Chromia berkenalan dan menjadi rapat dengan mereka setelah Yaya dan Ying menjalankan pemeriksaan ke atas mata mereka. Awalnya mereka agak takut,namun selepas ditunjukkan pemeriksaan yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya,orang-orang puak Chromia mula merapati mereka berdua.
Orang lelaki puak Chromia cuba berkenalan dengan Yaya dan Ying serta Lily tapi mereka tak berani pergi dekat dengan Amaya. Orang-orang perempuan pula cuba mendekati Fang namun hanya segelintir saja yang berbual dengan Gopal,itupun perbualan singkat.
Mereka kini sedang makan malam mengelilingi unggun api yang besar. Daging raksasa yang diburu dipanggang atas api dengan salutan herba yang digunakan puak Chromia.
Gopal: Mmm!! Sedapnya!!
Amaya: Semua makanan awak kata sedap. Awak tak alergik dengan apa-apa ke?
Gopal: Tak! Aku makan je semua benda!
Ying: Kalau macam tu,kau kena kurangkan makan daging. Perut kau dah makin buncit.
Gopal: Dey! Perut jangan main!!
Fang: Mengaku jelah Gopal. Kau dah buncit dah pun.
Lily: *cackle* Buncit. Hahahahaha!!
Gopal: *facepalm*
Yaya: Sudahlah tu. Tak baik usik Gopal.
BoBoiBoy melihat mereka dari belakang,berseronok bersama sambil bergelak ketawa. Sesal dan bersalah menjalar di hatinya.
BoBoiBoy: *geleng kepala* Jangan fikir yang bukan-bukan. Fikir positif.
Dia menghampiri mereka secara senyap-senyap kerana tak nak menganggu keseronokan mereka. Malangnya dia terpijak ranting, menarik perhatian semua orang ke arahnya.
BoBoiBoy: Err....hai?
Orang pertama yang meluru ke arahnya adalah Gopal dengan mulut comot dengan makanan dan Lily dengan kuku cakar yang dikeluarkan.