[C] Stella : The Glory of Bla...

By delilanatasha

922K 65.7K 6.5K

๐‘ฝ๐‘ถ๐‘ณ ๐‘ฐ๐‘ฐ [ ๐‘น๐‘ญ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘บ ] โ Be the greatest. Seduce him. Tackle him. Make him on knees. โž Code : Bl... More

Code Name
Prolog
| 1 |
| 2 |
| 3 |
| 4 |
| 5 |
| 6 |
| 7 |
| 8 |
| 9 |
| 10 |
| 11 |
| 12 |
| 13 |
| 14 |
| 15 |
| 16 |
| 17 |
| 18 |
| 19 |
| 20 |
| 21 |
| 22 |
| 23 |
| 24 |
| 25 |
| 26 |
| 27 |
| 28 |
| 29 |
| 30 |
| 31 |
| 32 |
| 33 |
| 34 |
| 35 |
| 36 |
| 37 |
| 38 |
| 39 |
| 40 |
| 41 |
| 42 |
| 43 |
| 44 |
| 45 |
| 46 |
| 47 |
| 48 |
| 49 |
| 50 |
| 51 |
| 52 |
| 53 |
| 54 |
| 56 |
| 57 |
| 58 |
| 59 |
| 60 |
Epilog
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3 - ๐Œ๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘

| 55 |

13.6K 1K 108
By delilanatasha



FAREL memandang butik yang sederhana besar milik Zalfa Athira. Butik dua tingkat ini kelihatan begitu elegan dengan kemasan jubin berkilau dan chandelier. Persis istana.

'Berjaya juga budak sengal ni.'

Farel mencebik bagi menahan senyuman terlorek. Getus hatinya ada masa pula nak berseloroh. Sudah semestinya Zalfa berjaya! Waniat bertudung itu mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai cita - citanya sebagai pereka fesyen dan membuka bisnes.

"Rel?"

Kepala Raja Maraya terjengul daripada pintu bilik persalinan. Farel menarik senyum serta merta.

"Yes, princess?" Soal Farel.

"I rasa kan. Berat badan I naiklah. Sendat" Raja Maraya mencebik. Seakan mahu menangis.

Segera Farel mengetap bibir. Menyorokkan senyumannya. Risau jika Raja Maraya terasa hati.

"Sendat sangat ke? Cuba keluar aku nak tengok" pinta Farel. Tubuhnya mula berdiri mahu mendekati Raja Maraya.

"Tak boleh zip" meleret suara itu. Manja. Farel gigit bibir sendiri menahan rasa.

"Nikah lagi dua minggu tahu. Jangan sampai aku heret kau pergi rumah tok kadi malam ni, Mar" Farel memberi amaran.

"Tergoda eh?" Jari Raja Maarya naik menguis dada Farel tetapi segera lelaki itu menepis lembut.

"Jangan main - main. Nak aku tolong zip kan tak?" Segera Farel mengubah topik. Raja Maraya cuma tertawa kecil lalu tubuhnya dipusingkan. Lagi separuh zip tidak tertutup.

Farel tarik zip sehingga keatas. Benar kata Raja Maraya. Ianya agak sendat.

"See? Macam barut nangka" Raja Maraya menjuih.

"Tak adalah. Kau tak gemuk. Baju ni je yang kecil. Salah ukur kot masa fitting" Farel menyangkal. Tubuh Raja Maraya dipusingkan sekali imbas, mahu melihat keseluruhan hasil. Biarpun baju itu baru 70 peratus siap, tetapi sudah kelihatan cantik di mata Farel.

"Ketat sikit je kan? Ah, boleh fix" Farel meyakinkan Raja Maraya yang tampak mengecilkan mata.

"Fix apa? Baju?"

"Tak lah. Fix otak kau" Farel menjeling malas.

"Manalah tahu you suruh I fix badan I bagi kurus sikit" seloroh Raja Maraya.

"Ada aku cakap macam tu? Takde kan? Badan kau tak salah. Baju ni je salah." Farel mencerlung mata. Ada saja yang Raja Maraya mahu bangkitkan.

"Garangnya boyfriend kita. Breakfast tadi makan cili ke, sayang?"

Farel mengerutkan mukanya, sekali lagi dia menahan senyum. Terpejam celik matanya menahan rasa didada. Telinganya sudah memerah itu diusap perlahan.

'Fuh jadi setan pula ya kau Mar!'

"Sayang sounds lovely. Tapi aku prefer abang" selamba Farel mencuit hidung Raja Maraya yang sudah membuntang mata.

"You want me to call you abang? Nak ke?" Soal Raja Maraya polos.

"Right after our akad nikah, yes. For now, call me whatever you want" Farel menjongket kening.

"Oh okay, babi"

Melongo Farel dibuatnya.

"Princess! Apa ni?" Farel menepuk bibir Raja Maraya perlahan.

"Tadi kata whatever I want? Sekarang ajelah masanya untuk I carut you. Lepas kahwin kalau I carut you jatuh derhaka nanti"

Betul kata papa. Raja Maraya memang suka buat loyar buruk.

"Panggillah cinta hati ke, sweetheart ke, love ke. Babi tu taknak lah" rungut Farel dengan wajah tidak berpuas hati.

"Oh, taknak babi. Okay thial—"

Dengusan kasar dilepaskan bersama tangan yang mula turun dari pinggang. Farel merengangkan otot lenganya sebelum..

"KAU NI KAN AKU CAKAP SEKALI TAK NAK DENGAR HAA AMBIK!"

Dijerut leher Raja Maraya dengan lengan separa kuat membuatkan Raja Maraya menjerit sambil ketawa. Suka dapat mengenakan kekasihnya.

"Eh thial, ni kedai orang. Urat malu you dah putus ke? Lepaskan I!"

"Butik aku ni nampak macam gelanggang MMA ke?" Suara Zalfa mencelah. Wanita itu datang dengan tali pengukur dan buku catatan.

"Sorry" jawab Farel dan Raja Maraya pada masa yang sama. Sengih.

"How's the dress? Ketat ke?" Soal Zalfa sambil menelek baju yang sudah tersarung ditubuh Raja Maraya. Nampak sedikit sendat daripada hari pertama fitting.

"Aku naik berat badan ni" cebik Raja Maraya. Zalfa yang sedang membetulkan baju di badan Raja Maraya itu dipandang lama.

Farel yang mula berjalan ke arah rak kaca yang memaparkan baju - baju display pengantin. Tak mahu kacau proses mengkut baju.

"Baguslah naik. Berat kau turun mendadak lepas operation tempoh hari. Jadi, jangan fikir soal turunkan berat. Enjoy the process. Baju ni aku boleh fix. Takde hal"

Mengetahui Raja Maraya datang mengukur baju ketika badannya masih kurang sihat, Zalfa sudah bersiap siaga dengan apa - apa kemungkinan.

"And you're still gorgeous. Berat kau naik bukan sebab kau gemuk. Kau dah dapat balik bentuk badan asal kau" tambah Zalfa ketika melihat Raja Maraya masih sibuk menelek badannya melalui pantulan cermin besar.

"Yeke?"

Zalfa mengangguk.

"Cubalah tanya Farel. Dia suka tak badan kau macam ni?" Bisik Zalfa dengan senyuman nakal.

Tidak lama Raja Maraya mencebik. Apa yang Farel tak suka tentang dirinya? Kalau boleh, kewujudan Raja Maraya dalam hidupnya mahu dikhabarkan kepada semua orang di muka dunia.

"Pendapat Farel tak valid. Dia dah buta dengan cinta" Raja Maraya membalas kata.

"Eh habistu, pendapat siapa yang valid? Orang luar?"

Raja Maraya terdiam. Berfikir.

"Dalam rumahtangga, tak ada pendapat yang valid selain pendapat kau sendiri dan pendapat suami kau."

"Jadi, kenapa pendapat Farel tak valid? If he loves you with your various weather, others opinions will not matter. Kau nak kahwin dengan Farel bukan dengan orang lain"

Itu dia, sudah keluar nasihat daripada Zalfa Athira. Tubuh Raja Maraya dihadapkan memandang cermin.

"Don't think too much. Macam aku cakap tadi. Enjoy the process. Ini majlis kau dan Farel. Kau orang ialah watak utama. Jangan disebabkan nak puaskan hati orang lain kau yang tak gembira di hari nikah kau sendiri"

Mendengar itu, Raja Maraya mengerling ke arah Farel yang sedang berjalan di sekitar baju - baju pengantin.

Tidak lama, lelaki itu berpaling saat terasa Raja Maraya memanah tatapan ke arahnya. Bersabung sahaja mata mereka, Farel menjelir lidahnya mengejek.

Raja Maraya menjuih bibir, menahan senyuman yang baru mahu mekar.

"Tolak tepi tentang saiz baju. Kau suka dress ni?" Zalfa Athira tersenyum kepada Raja Maray melalui pantulan cermin.





"It's the most gorgeous wedding dress that I've ever seen. Literally like my dream wedding dress. Thank you, Fa"

Tangan Zalfa yang berada di atas bahunya digenggam. Proses membuat gaun pengantin ini bukannya mudah. Semuanya direka sendiri oleh Zalfa mengikut citarasa Raja Maraya dan Farel.

"Kenapa kau nak buat baju untuk sanding kau ya? Biasanya orang buat baju nikah. Sanding orang sewa" soal Zalfa sambil melilit tali pengukur di bahagian lengan Raja Maraya.

"Sebab dari dulu aku nak sangat ada baju gaun macam puteri. Sebiji macam ni. Lagipun, kahwin sekali seumur hidup. Pakai sekali pun tak apa janji aku dapat satu dress impian aku. Nanti aku boleh tunjuk pada anak aku."

Zalfa mengetap bibir. Tahu, kisah tragis Raja Maraya yang langsung tidak berpeluang memakai baju sebegini saat dia sedang membesar.

"Mana tahu, kalau ada rezeki anak perempuan, anak aku boleh pakai baju aku ni waktu dia berkahwin. Kan?" Raja Maraya tersengih.

"Zaman berubah fesyen pun berubah. Mana tahu gaun ni dah ketinggalan zaman masa tu? Anak kau pun mesti ada citarasa tersendiri dengan gaun impian dia nanti."

Raja Maraya mengangguk setuju. Betul juga.

"Boleh jadikan kenangan. Tak payah fikir soal baju ni nak buat apa nanti. Kahwin pun belum" Bahu Raja Maraya ditepuk.

Dipegang dadanya sendiri. Tiba - tiba rasa debar mula berkunjung. Senyuman mula melorek kerana tidak sabar. Sosok Farel yang mula mendekati itu disapa dengan sengihan.

"Macam mana? Boleh fix?" Soal Farel.

"Mestilah boleh. Tak banyak pun. Aku masuk office jap. Nak ambil contoh tiara dan bunga. Nanti kau pilih kau nak yang mana satu" Zalfa meninggalkan mereka berdua apabila Raja Maraya dan Farel mengangguk.

"You're gonna be the most beautiful bride for this year." Farel menyilangkan tangan di belakang badan sambil merenung ke dalam anak mata Raja Maraya.

"I can't wait till be yours, officially" lengan Raja Maraya mula melingkari leher Farel. Begitu juga tangan Farel yang mula meletakkan tangannya di belakang badan Raja Maraya.

Senyuman mereka bertukar, menghangatkan suasana. Seketika mereka tertawa kecil serentak saat malu menyinggah.

Continue Reading

You'll Also Like

663K 25.2K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
ARIES (C) By โ

Mystery / Thriller

1.2M 66.1K 66
๐‚๐Ž๐ƒ๐„ : ๐๐€๐‘๐€๐‡ ๐Ž๐“๐€๐Š + ๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Ÿ๐Ÿ–+ โ€ผ๏ธ ๐“๐จ๐ฉ ๐Ÿ ๐‡๐ข๐ ๐ก๐ž๐ฌ๐ญ ๐‘๐š๐ง๐ค๐ข๐ง๐  - ๐‡๐š๐ฉ๐ฉ๐ฒ (๐Ÿ๐Ÿ-๐Ÿ๐Ÿ) ๐“๐จ๐ฉ ๐Ÿ ๐‡๐ข๐ ๐ก๐ž๐ฌ๐ญ ๐‘๐š๐ง๐ค...
258K 19.8K 44
"DALAM DUNIA NI , kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik...
69.5K 3.4K 36
[SERIES 2 : GREEDY LOVE] Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia per...