Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

321K 21.5K 1.4K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: Prolog
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45

Tengku Seducer: 1

8.7K 380 10
By escritordyanne

"Lock me up and throw away the key
He knows how to get the best out of me
I'm no fools for the world to see
Trade my whole life just to be"

Dia keluar berkemban sambil bernyanyi. Tangan sibuk mengeringkan rambut yang masih basah. Matanya tertancap pada satu gaun satin merah semerah bunga ros yang elok tergantung. Agak seksi dengan belahan pada bahagian peha yang hampir menampakkan isi dalamnya.

Dia perlu jayakan misi dia kali ini. Meranapkan Tengku Rafael. Pemilik Katsuara Holdings. Tangannya mencapai gaun satin itu dan menyarungnya.

Tok tok!

"Masuk," pelawanya.

Terjengul kepala seorang wanita tua di sebalik pintu. "Sandra, cantiknya anak mama. Nak kemana ini?"

Alessandra tersenyum. Dia berpusing-pusing menayangkan gaun yang menyerlahkan hampir 90 percent kulitnya.

"Cantik kan ma? Sandra ada perjumpaan penting kejap lagi. Mama ada nak cakap apa-apa ke datang bilik Sandra ini?"

"Cantik sangat. Jangan-jangan Sandra nak pergi tarikh rahsia lagi ya?" usik mama, Puan Callista.

Alessandra membuntangkan mata dan terus menerpa menekup mulut mamanya. Selamba. Hampir lemas orang tua itu Alessandra!

"Mama! Blind date. B-l-i-n-d D-a-t-e. Bukan tarikh rahsia!" ujar Alessandra.

"Oh mana mama tahu orang muda panggilnya apa sekarang." Puan Callista menggaru-garu skarfnya.

"Mama please. Kawal mulut itu dan simpan rahsia Sandra kemas-kemas jangan sampai papa dengar. Sandra taknak papa rasa serba salah," tegah Alessandra. Risau kalau didengari papanya meskipun lelaki tua itu hanya mampu terlantar di atas katil menunggu rawatan susulan.

"Tak apa ke Sandra buat semua ini? Tak bahayakan anak mama ke?" Tanya Puan Callista dengan rasa gusar di hati.

"Mama dulu buat okay aje kan? Even better, mama dapat jumpa papa dan kahwin dengan papa," balas Alessandra sambil tangan sibuk memakai cincin di setiap jari.

Puan Callista termenung jauh. Dia tahu sebab Alessandra menjadi sebegini. Anaknya itu mengorbankan masa depan dan kareer demi suaminya, Aaron. Lelaki bukan beragama Islam yang dicintainya sewaktu mereka bertemu dahulu ketika dia menjalankan misi sama seperti Alessandra sekarang. Disebabkan cinta kepada Callista, Aaron sanggup masuk Islam deminya. Namun, takdir berlaku kejam kepada mereka sekeluarga apabila Aaron jatuh sakit. 

"Mama?" Tangannya dilayangkan ke kiri dan kanan muka Puan Callista.

"Ya?"

"Termenung pula bila Sandra cakap. Mama nak apa?"

"Oh. Mama cuma nak tanya, Sandra nak makan dulu tak?" Soal Puan Callista.

Alessandra mengetuk dagunya yang runcing. Berfikir. "Rasa macam taknak. Lagipun kejap lagi Sandra akan keluar makan. Tapi nanti kalau Sandra balik awal, Sandra makan lauk yang mama masak okay?" ujarnya sambil tangan ralit memakai subang berbentuk kristal kiri dan kanan telinga.

Puan Callista hanya mengangguk kecil.

"Sandra dah nak gerak. Mama dengan papa take care dekat rumah ini. Anything please call me,"  pesan Alessandra.

Beg berjenama Gucci diambil dan langkahnya dipercepatkan menuju ke bawah. Menunggu mangsanya tiba.

Bunyi deruman kereta Ferrari menzahirkan senyuman di bibirnya. He's coming and mission on!

Pintu kereta dibuka.

"Hai sayang."

KEADAAN di tepi tasik sunyi sepi, hanya bertemankan beberapa kereta yang lain. Mereka berdua duduk berdua-duaan di dalam kereta menikmati pemandangan luar.

"Sayang, bila kita boleh berdua-duaan ini? You asyik ajak I jumpa dekat cafe. Tak cafe, mesti tempat yang ramai orang," ujar Tengku Rafael. Kekura tangan gadis itu dicium lembut.

Alessandra menayangkan riak wajah manis. Dia memusingkan badannya sedikit menghadap Tengku Rafael yang lagi merenungnya tak lepas.

"My handsome man, kan I dah cakap. You kena sabar sikit. Kalau you sabar, you boleh dapat habuan. Lagipun sekarang kan kita berduaan?" ujar Alessandra dalam nada berbisik. Jari telunjuknya menguis dada bidang lelaki itu.

"I dah tak boleh sabar sayang. I nak you. I want you so bad. My body craves for you."

Tangan orang tua itu sudah mula merayap di atas paha Alessandra. Geli-geleman rasanya diperlakukan sebegitu dengan orang tua tak sedar diri ini.

"Wife you nak letak mana? Anak-anak you? Cuba you jawab. Nanti dia cari you macam mana? Lagipun, I dah pernah beritahu you kan? I tak nak berkongsi Rafael. I nak you untuk I seorang je. Boleh?" tangannya dimainkan di atas peha Rafael.

Main-main paha ya.

"I dah bosan dengan dia. Dia sendiri tak terurus dekat rumah itu, langsung tak jaga penampilan. Tak macam you, you pandai goda I. Dekat luar, I akan fokus dekat you sayang. So can I get my reward for today? Penat I tahan diri dari tadi. You seksi sangat malam ini sayang," rengek Tengku Rafael.

'Isteri kau tak jaga penampilan sebab kau yang tak reti jaga dia! Semua tanggungjawab kau letakkan dekat atas bahu dia. Lelaki tak guna.' desis hati kecil Alessandra.

Sekejap sahaja lagi Sandra. Kau boleh tahan beberapa bulan kut dengan orang tua miang ini.

"You nak apa?" Alessandra pura-pura bertanya.

"A kiss. Or perhaps more than that pun I terima sayang," riak wajah Tengku Rafael berubah menjadi nakal. Andai dia boleh terkam perempuan muda di sebelahnya ini sudah lama dia buat.

"Sure sayang. Come here". Alessandra menggamit Tengku Rafael untuk berada dekat dengannya.

Tengku Rafael mula merapatkan pipinya ke muncung bibir Alessandra sebelum...

Tok tok! Tok tok! Bunyi tingkap kereta diketuk. Alessandra tersenyum sinis.

Stretttt! Bunyi kain dicarik-carik. Rafael terkejut dengan perlakuan tiba-tiba wanita itu.

"You buat apa ini sayang? Jangan gelojoh sangat. Ada orang dekat luar itu," tanya Rafael cemas. Mana tak cemas perempuan itu sekarang ini hampir separuh bogel dengan gaun yang terkoyak sana-sini.

'Gelojoh? No way, Tengku Rafael'

Terlihat dua orang pegawai polis yang baru tiba di situ menjenguk ke dalam kereta milik Tengku Rafael. Maklumlah, tingkap tinted mengehadkan pandangan mereka.

"Tolong! Tolong! Dia nak rogol saya! Encik!" terpekik terlolong Alessandra secara tiba-tiba memeranjatkan Tengku Rafael.

Tanpa sempat sedar dengan keadaan sebenar, pintu kereta Tengku Rafael ditarik dari luar dan menampakkan dua pegawai polis yang menyaksikan lakonan Alessandra itu.

"Encik! Apa encik cuba buat ini?" tanya salah seorang pegawai polis itu.

"Di- dia cuba rogol saya encik.. sa- saya taknak tapi dia paksa s-sampai dia koyakkan baju saya". Tergetar-getar suara Alessandra. Berlakon kena jadi.

Tengku Rafael memandang Alessandra tidak berkelip. Apa benda ini? Perempuan ini cuba perangkap diakah?

"Tengku Rafael? Betul lah kan?" tanya pegawai polis itu lagi.

Tengku Rafael yang dari tadi diam tidak berkutik cuba memproses keadaan sekarang mula bereaksi.
Dia mengangguk dengan tekaan pegawai polis itu. Nak nafikan apa lagi kalau semua orang tahu dia pemilik Katsuara Holdings.

"Ikut kami ke balai polis, Tengku. Undang-undang tetap undang-undang".

Tanpa membuang masa, pegawai polis itu dikenali dengan nama Inspektor Sani terus menyambar kedua-dua tangan tengku Rafael dan digari.

Pegawai yang lagi seorang menghampiri Alessandra dan meletakkan jaket kulit miliknya menutupi separuh badan wanita itu yang terbuka.

"Cik okay?" tanya dia.

Alessandra hanya mengangguk.

"Apa kau buat ini?!" Serang Tengku Rafael. Tiada lagi panggilan sayang untuk wanita itu.

Alessandra tersenyum senget.

"Kau permainkan aku?! Dasar perempuan jahanam! Kau tahu aku tak buat semua itu. Kau guna-gunakan aku! Jalang!" tempik tengku Rafael lagi.

Alessandra mengalihkan pandangan ke arah pegawai polis di sebelahnya. "Boleh saya bercakap dengan dia sekejap?"

"Cik pasti cik okay?"

Alessandra hanya mengangguk. Gila tak okay? Senyuman sinis terbentuk melalui bibirnya. Dia menghampiri telinga tengku Rafael dan berbisik sesuatu.

"Alololo, marahnya. Janganlah marah-marah. Nanti makin tua. Oops lupa! You memang dah tua kerepot.  So, how is it Ku Rafael? Think that you're a good player huh? But too bad darling, your wife is the actual player." Alessandra mengejek lelaki itu.

"Kau berkomplot dengan wife aku? Kau memang celaka!"

"Tanpa wife kau, kau bukan siapa-siapa Tengku Rafael. Aku nak kau berpijak pada bumi yang nyata. Selama berbulan-bulan, aku goda kau tak pernah sekalipun kau hidu permainan aku. That means, you're a dumb. Bodoh!"

"Lain kali, dah tua-tua bangka jaga testis kau. Jangan menggatal asyik nak makan luar sedangkan anak bini kau tunggu kau dekat rumah. Nak spend time sama-sama tapi kau buat khianat belakang mereka!" sambung Alessandra lagi.

"Celaka! Sial punya perempuan!" maki Rafael tidak mempedulikan pandangan orang sekeliling dan dua pegawai polis yang menahannya.

Alessandra menampar lembut hujung rambutnya ke belakang badan. "Well, goodbye Tengku Rafael. Enjoy your time in prison, mahkamah or neraka paling dalam erti kata mudahnya. Itu tempat selayaknya untuk lelaki macam kau bersemadi."

Misi memikat Ku Rafael, tamat.

Alessandra tersenyum puas apabila membaca berita hangat yang baru dikeluarkan berkenaan Tengku Rafael. Habis jatuh reputasi lelaki itu disebabkan kejadian malam tadi atas pertuduhan cubaan merogol seorang wanita. Alessandra lah itu!

Automatik segala harta, kekayaan milik lelaki itu berpindah nama ke atas isteri dan anak-anaknya.

Ting! Satu pesanan masuk ke dalam i-Message.

'Thank you, Alessandra. You're truly the greatest seducer. Thanks to your agency too." - Ku Rin

Isteri Tengku Rafael.

"Penat Sandra?" tegur seorang wanita yang baru tiba di pejabat. Tampak awet muda tetapi sebenarnya dia agak berusia.

Madam Laia. Kawan baik Puan Callista. Mereka pernah bekerjasama suatu masa dahulu.

"Hm. Miang betul orang tua itu. Dari awal sampai habis cakap kotor dengan I." Alessandra menggulingkan mata.

"Nasib baik kamu tak jadi lauk gulai dia." Madam Laia mengusap lembut kepala Alessandra.

"Ergh, madam please lah. Lepas ini I nak request madam bagi I yang normal sikit. Miang dia itu tolong kurangkan to 50 percent. Penat I nak kena pura-pura I enjoy being their companion." Alessandra berpeluk tubuh.

"You seorang aje yang I boleh harapkan Sandra. You cantik, sexy literally full package. Mana-mana lelaki memang akan tersungkur depan you. Untung I bagi you yang berpangkat tengku, raja je. Cuba I bagi you yang biasa-biasa? Lagi tak betah you nanti". Madam Laia tergelak membayangkan wajah cemberut Alessandra nanti jika dia diletakkan dalam situasi tersebut.

"Pleaselah, Madam. Minta kerat 14 kalau I kena layan orang-orang bawahan macam itu," dia memicitkan kepalanya yang berdenyut.

"Good job on your last mission. Tapi itu bukan bermakna you boleh rehat."

Alessandra menjungkitkan keningnya sebelah.

Madam Laia tersenyum lalu mencampakkan satu fail hardcover di atas meja. Alessandra memerhati tulisan yang terdapat pada fail itu.

'Maklumat Sulit'.

Alessandra mengeluh. Misi baru lagilah nampaknya. Tak cukup rehat dia jadinya.

"Alessandra Malaiqa, our alluring seducer. Your mission this time, flirt with this playboy and make him kneel for you."

"Kali ini tengku mana pula? Keturunan apa?" tanya dia malas.

"Be excited Sandra! Kali ini pucuk muda. Tengku Dilan. CEO dan sekali gus memerangkap pemilik sebenar Unholy MMA Academy," jawab Madam Laia. Dia menyisip sedikit air kopi di atas meja.

"Wait what? MMA Academy? He knows how to fight?" terangkat kening Alessandra.

Madam Laia hanya mengangguk. "He's just 23 years old but apparently he is the owner of that academy. Agak mustahil kalau dia owner akademi itu tapi dia tak pandai berlawan kan? Tapi you jangan risau, kami sentiasa ada belakang you incase things go wrong."

"Things go wrong tu macam mana? Dia nak pukul I? Dia nak muay thai I?" Airis menongkat dagu.

"Possible. Kalau you jentik emosi dia ke tahap yang melampau. You pernah sekali experience kan tengku Adhan mengamuk macam mana sampai hampir mati you masa itu?"

Automatik badan Alessandra mengeras. Teringat kejadian 2 tahun lepas yang mana dia hampir mati diseksa ketika melakukan misi menggoda Tengku Adhan. Tidak dia sangka Tengku Adhan terlalu agresif sehinggakan lelaki itu menggunakan kekerasan ke atas dirinya. Nasib baik malam itu ada penyelamat yang sampai sekarang kekal misteri.

Alessandra tersedar dari lamunan apabila jari Madam Laia tepat-tepat dipetik di hadapan wajahnya.

"Fokus, Sandra," kata wanita tua itu tegas.

"Sorry. So this time, how old is he again?" tanya Alessandra.

"Tengku Dilan budak mentah lagi. Baru 23 years old. Even muda daripada you. Senanglah kan kerja you nak gula-gulakan dia? Oh, dalam fail itu I dah selitkan semua maklumat pasal dia kecuali, kita ada satu masalah," jelas Madam Laia dengan keluhan.

"What is it?"

"Kita tak ada gambar dia dan keluarga dia. Keluarga Tengku itu terlalu sulit. Susah nak terobos masuk," jawab Madam Laia.

Memang betul, sedaya-upaya orang-orangnya menjejak maklumat Tengku Dilan tetapi satu hal itu yang mereka tak dapat sampai sekarang. Terpaksalah serahkan semuanya pada Alessandra untuk merungkai identiti lelaki itu.

"Ha? Kalau tak ada gambar macam mana I nak cam dia? Kalau muka dia macam larva kuning macam mana?" Dia menyilangkan tangan di dada.

Madam Laia mengangkat bahu berkali-kali. "You tak perlu tengok muka dia pun. You bukan nak kahwin dengan dia. Lagipun I dah berusaha sehabis baik cari gambar Tengku Dilan tapi tak ada satu pun. Itu yang I pelik sedangkan he's quite famous among ladies."

Alessandra hanya mengeluh. Duduk zaman purba ke apa lelaki itu tak ada gambar langsung? Ni zaman moden kut.

"Don't worry Sandra. As usual, Dahlia will help you out. She will plan your date with him. You tinggal datang, genggam dia until he falls for your charms and, you dropped the bomb. As easy as that."

***
TBC
Next chapter, Adrian Hayf.
drop your votes and comments.

Continue Reading

You'll Also Like

192K 19.3K 39
[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik...
4.6K 156 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
2M 71.1K 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerj...
105K 5K 69
Benci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu te...