𝐊𝐑𝐎𝐍𝐈𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐆...

Galing kay Niemza

3.4K 667 220

Membesar sebagai anak keluarga pahlawan, hidup yang diketahuinya berubah drastik saat Karunia, kuasa sakti di... Higit pa

Pendahuluan
Prolog : Retak Menanti Belah
Bab 1 : Tiada Rotan, Akar Berguna Juga
Bab 2 : Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain
Bab 3 : Api Padam, Puntung Berasap
Bab 4 : Makan Hati, Berulam Jantung
Nota Pengarang
Bab 5 : Mata Lepas Badan Terkurung
Bab 6 : Hilang Adat Tegal Muafakat
Bab 7 : Hutang Darah Dibalas Darah
Bab 8 : Antah Berkumpul Sama Antah
Bab 9 : Berlurah Di Balik Pendakian
Nota Pengarang
Bab 10 : Ular Menyusur Akar, Takkan Hilang Bisa
Bab 11 : Kuat Ikan Kerana Radai
Bab 12: Menggantang Asap Mengukir Langit
Bab 13: Batu Jatuh ke Lubuk
Bab 14: Pelembut Hati Keras
Bab 15 : Api dalam Sekam
Bab 16: Anak Harimau Jangan Dipelihara
Bab 17: Angin Bersiru Kami Tahu
Bab 18: Gunting Makan di Hujung
Bab 19 : Salin Tak Tumpah
Bab 20: Semanis-manis Gula Berpasir Juga
Bab 22 : Ibarat Telur Sesangkak
Bab 23: Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
Bab 24 : Kayu Besar di Tengah Padang
Bab 25: Bagai Sigai Dua Segeragai
Bab 26: Tiada Dibawa Orang Sehilir Semudik

Bab 21: Diberi Kuku Hendak Mencengkam

79 14 7
Galing kay Niemza

Sejak panggilan tengahari tadi, berek itu hingar bingar kerana pemenang-pemenang sayembara yang berbaki sudah berkemas untuk keluar. Apabila hujan berhenti, kegamatan itu beransur menjadi kesunyian. Ibaratnya, denting jatuh sebatang jarum juga boleh kedengaran.

Athari dan Lanang sengaja membiarkan pintu bilik mereka terbuka luas supaya suasana di luar dapat mereka dengar. Antara mereka berempat, tiada tanda-tanda antara mereka akan ikut meninggalkan berek itu. Guntur dan Bakti pula belum kembali ke bilik itu sejak tadi.

“Mana Guntur dan Bakti?” tanya Athari setelah lama mendiamkan diri.

"Menemui kenalan baru mereka yang ingin pulang," balas Lanang, masih membaca buku panduannya dalam keadaan berbaring. “Peramah benar mereka berdua itu. Sebentar sahaja sudah dapat mencari kawan.”

“Begitu…”

Khali.

“Kata mereka, yang ada di dalam bingkisan yang disediakan oleh Tengku Putera itu lumayan.” Lanang bersuara perlahan. Athari bangun dari pembaringannya lalu memandang ke luar tingkap. Sedang remang-remang senja. Sebentar lagi hari pasti akan gelap.

“Adakah kau ingin berubah fikiran?”

“Aku ragu-ragu…” Berat hela nafas Lanang. Dia bangun dan duduk menghadap Athari yang duduk di katil yang bertentangan.

Dia berfikir-fikir sejenak sebelum menyambung, “Aku datang dari Kampung Bhumija Hijau, Athari. Cuma Satria Sulung yang bertugas mengawal kampung. Engkau pun tahu, kita perlu melalui pembesar daerah sebelum dapat diserap masuk ke pasukan utama Inderagana.”

Athari sudah dapat meneka apa yang pemuda itu ingin katakan tetapi dia hanya diam mendengar.

“Bila aku mendengar istana ingin membentuk pasukan untuk Tengku Putera yang baru kembali itu, aku fikir inilah peluang aku untuk sertai Teras Satria dan capai pangkat yang lebih tinggi. Tapi… rupanya kita pemenang yang tidak diraikan sama sekali,” luah Lanang.

Mereka berdua diam seketika, mengenang kembali kejadian yang telah berlaku selama mereka memasuki istana.

Gara-gara penolakan halus Putera Zulkarnain, berbelas orang Satria telah tawar hati dan memilih kembali ke pasukan asal. Kemudian, hampir seminggu ini mereka diabaikan di berek ini, terasing dari pasukan Satria Istana yang lain. Puncaknya pertemuan ringkas tadi. Pemimpin tertinggi Satria Istana sendiri seperti acuh tidak acuh melayan mereka. Entah berapa ramai kecewa dan undur diri kali ini.

Athari akhirnya bangkit menuju pintu. Dia menoleh kiri dan kanan, memeriksa lorong setingkat itu sebelum menutup pintu.

“Apa yang engkau tahu tentang Tengku Putera Zulkarnain?” Athari bertanya. Dia menyandar pada daun pintu itu sambil memeluk tubuh.

“Tengku Putera?” Lanang menjongketkan kening. Soalan itu datangnya agak tiba-tiba. Tindakan Athari juga menjemput resah. “Mengapa engkau tiba-tiba bertanya tentang Tengku?”

“Aku ingin tahu. Sebelum engkau menyertai sayembara tempoh hari, engkau tahu atau tidak, jika kita menang, kita dijanjikan menjadi pengawal peribadi Tengku Putera?”

Mengecil mata Lanang menilik riak wajah tenang Athari. Nadanya menjadi lebih rendah ketika menjawab,  “Berdustalah jika aku tidak tahu tentang itu. Jika tidak, aku tidak akan berada di sini.”

“Begitu juga aku. Tapi, soalanku… apa yang engkau tahu tentang Tengku Putera?” ulang Athari, separuh mendesak.

“Apa yang aku tahu…” Lanang mulai berhati-hati menyusun kata-katanya, “Tengku Putera Zulkarnain ialah anak gahara Tuanku Raja Zulaqram. Bonda Tengku Putera pula gemulah Ratu Cenderakasih Aulia. Ini menjadikan Tengku Putera saudara sekadim kepada Tengku Puteri Zulaikha. Semua orang tahu itu. Atau, adakah engkau tahu apa yang aku tidak tahu?”

Athari menghela nafas perlahan.

“Benar, semua orang tahu keluarga diraja Inderagana hanya terdiri daripada empat orang sekarang. Kita mempunyai seorang puteri dan seorang putera. Tapi, mengapa… sementara Puteri Zulaikha dapat dilihat membesar di istana, Putera Zulkarnain pula harus membesar berasingan?”

“Bukankah kerana Tengku Putera lemah jantung seperti Tuanku Raja?” Lanang menjawab tanpa fikir panjang.

“Adakah Tengku Putera yang kita lihat malam itu ada tanda-tanda sakit?”

Lanang tergamam. Perlahan-lahan dia menekup mulut. Baru tersedar sesuatu. Putera Zulkarnain begitu lincah, cergas dan bertenaga ketika bertarung. Bahkan, mampu menumbangkan lawan-lawannya dengan mudah. Putera itu juga mengendalikan kuasa Karunianya dengan baik.

Lantas, segala pengetahuan am yang Lanang ada tentang putera itu runtuh seruntuhnya.

“Engkau tinggal jauh dari kota ini, jadi wajar engkau tidak tahu. Memang itulah yang diuar-uarkan pihak istana dari dahulu lagi. Pada mulanya tiada yang menyangkal, melihatkan sejarah kesihatan Tuanku Raja Zulaqram sendiri. Namun, mulut tabuh dapat disumbat. Mulut orang bagaimana menyumbatnya? Lama-kelamaan, golongan bangsawan mulai resah dan gelisah apabila Tengku Putera tidak pernah dibawa menziarahi istana ini. Mereka mulai mendesak kemunculan Tengku Putera. Engkau rasa, mengapa?”

Hampir mendesis sendiri, Lanang menjawab, “Aku… aku tidak tahu. Aku sangka keluarga diraja damai-damai sahaja?”

Athari menggeleng. Naifnya.

“Fikirlah, Lanang. Kita ada dua calon pewaris takhta. Seorang puteri yang bukan anak gahara, namun disayangi rakyat jelata manakala seorang lagi putera anak gahara yang disokong oleh para petinggi kerajaan. Sampai di sini, engkau mengerti maksudku?”

“Tapi, Tengku Putera Zulkarnain sudah mengumumkan tidak ingin menentang ayundanya!” bidas Lanang.

“Sebab itulah aku mahu tunggu dan lihat. Aku juga ada matlamat yang sama denganmu. Tapi, jika kau ingin berubah fikiran lakukan sekarang. Berada berdekatan dengan Tengku Putera, walaupun kita hanya pengawal, kita mungkin terheret dalam perebutan takhta antara putera dan puteri negeri kita ini. Dengan kepulangan Tengku Putera, para bangsawan yang selama ini menyokong baginda pasti akan mula bergerak. Adakah engkau bersedia untuk menghadapi sepak terjang istana?”

Kali ini, tiada jawapan daripada Lanang. Dia meraup wajah dan terus membatu. Athari pula mendesah nafas panjang. Dia mengerling tingkap yang masih terbuka. Langit sudah benar-benar gelap. Masa untuk membuat keputusan mungkin baru sahaja tamat.

Tiba-tiba, bunyi loceng berbunyi deras.

Bagai disentak, Athari dan Lanang terus menerpa keluar. Di beranda yang bertentangan, mereka berdua menemui Bakti ada di sana bersama dua orang lagi penghuni berek yang lain. Mereka sempat bertukar pandangan keliru.

“Bagusnya berek ini! Semuanya serba baru!”

Pintu utama berek mereka sedang terbuka luas, dan segerombolan lelaki membanjiri masuk tanpa diundang. Walaupun tanpa kain samping atau tanjak rasmi berwarna kuning pinang, mudah untuk mengenali mereka itu siapa. Hanya Satria Istana yang memakai baju seragam hitam dengan rekaan kolar cekak musang.

Para Satria Istana itu membuat ruang tengah berek seperti tempat mereka sendiri. Bilik demi bilik di tingkat bawah dimasuki, seperti mencari penghuninya. Bingkisan yang ada di atas bangku juga dikerumuni dan dibelek-belek tanpa izin.

“Ada tujuh bingkisan lagi yang masih tersisa!” laung salah seorang dari mereka.

Seorang lelaki yang duduk sambil melunjur kaki di atas meja, memerhatikan sekeliling. Athari dan penghuni-penghuni berek yang lain menonjol dalam keramaian itu dengan pakaian mereka yang berwarna.

“Satu.” Lurus jarinya kepada pemuda yang sedang duduk sudut ruang. Mencerun mata panda itu apabila dituding begitu. Dia mempunyai parut baru di pipinya kirinya.  Sekejap sahaja, dia dikerumuni. Dia berdiri. Bahasa tubuhnya jelas bersedia untuk mempertahankan diri.

“Dua… Tiga... Empat.” Telunjuk lelaki itu mengarah pula pada kumpulan Bakti. Mereka bertiga saling berpandangan dengan riak wajah yang keliru dan tidak senang. Apatah lagi, beberapa orang mula naik ke tingkat atas dan mengepung mereka dari semua arah.

“Lima dan enam.” Lelaki itu mengerling pula pada Lanang dan Athari yang berada di beranda yang bertentangan. Athari spontan menampal senyuman palsu apabila perhatian tetamu-tetamu tidak diundang itu tertumpu kepada mereka berdua.

“Tidak cukup satu! Cari yang seekor lagi!” jerkah lelaki itu tiba-tiba. Beberapa orang Satria Istana yang berdekatan pintu terus memecut keluar. Athari sempat melihat mereka tersebar ke serata arah di luar berek itu.

Guntur tidak ada di sini.

“Seekor?” Lanang merengus tidak percaya. Athari menepuk-nepuk perlahan belakang pemuda itu. Makin lebar senyuman yang dia tayangkan pada Lanang.

“Tuan-tuan, boleh kami tahu apa hajat tuan-tuan melawat ke mari?” tanya Athari sopan.

“Oh, tentu sahaja kami ingin menemui kalian. Sudah menjadi adat untuk meraikan pendatang baru. Tidakkah kalian pernah mendengar upacara penerimaan anggota Satria baru?”

Mereka ketawa beramai-ramai. Kedengaran begitu keji. Cukup memberi amaran bahawa niat mereka bukan baik-baik.

“Tuan-tuan bertindak atas arahan siapa?” Athari tidak berganjak, masih mengekalkan ekspresi tenangnya. “Selagi kami belum menerima surat rasmi penerimaan sebagai sebahagian Satria Istana, kami masih kekal dalam Teras asal kami, masih dengan pangkat asal kami. Benar?”

Lelaki itu merenung Athari lama sebelum mendengus. Dengan gerakan tangannya, Satria-satria yang sejak tadi mengerumun, tiba-tiba menerkam mereka berenam. Lanang spontan meronta kerana terkejut. Bakti dan dua pemuda yang bersamanya juga cuba melawan. Namun, itulah yang menyebabkan mereka diperlakukan dengan kasar. Hanya Athari yang tenang membiarkan dirinya ditangkap.

Mereka berlima digiring paksa menuruni tangga. Pemuda berparut yang sedari tadi sememangnya sudah berada di tingkat bawah, juga meronta ganas untuk melepaskan diri. Namun, apabila seorang menentang ramai, dengan mudah dia ditakluki.

Sebaris mereka disusun di hadapan lelaki yang berlagak ketua itu. Pelipat lutut mereka berenam disepak, serentak mereka jatuh melutut. Belakang badan mereka dipijak, dan tangan mereka ditarik ke belakang, menghalang mereka tidak dapat bangkit melawan. Tertunduk mereka berenam dengan wajah hampir ke lantai.

Kolar baju Athari dicekak, memaksa dia bersemuka dengan lelaki itu.

Lelaki itu berkata, “Mungkin engkau lupa. Kalian sudah diberikan peluang untuk keluar dari istana ini dengan hormat. Tetapi, kalian memilih untuk tinggal. Itu ertinya, kalian sudah meninggalkan Teras lama kalian untuk menjadi Satria Istana.”

“Tapi, itu tidak membolehkan kalian melayan kami begini!”

Sepakan keras serta-merta menghentam perut pemuda yang membentak itu. Meringkuk dia menahan kesakitan. Bakti ingin menerpa memeriksa keadaannya, namun dirinya sendiri masih ditekan.

“Itu adalah contoh pertama buat Satria Istana baru yang tidak mempunyai disiplin dan adab. Nampaknya, kalian mempunyai begitu banyak gerigi kasar yang harus diperhalusi. Jangan fikir hanya kerana kalian menang berakaran di gelanggang sayembara, kalian sudah boleh menggelar diri kalian Satria Istana. Jangan… mimpi!” Pipi Athari ditampar-tampar, semakin keras di hujung kata. Athari memejamkan mata, cuba menghalang penghinaan itu daripada mencetus kemarahannya.

Lelaki itu berdiri semula lalu berkata, “Aku, Tuan Satria Daik Tarhaka, Bentara Setia Ingat namaku baik-baik. Bentara Kanan, Tuan Satria Jamdar memberiku kuasa untuk memberikan pelatihan semula kepada kalian. Tapi, aku tidak salahkan kalian jika kalian memilih untuk undur diri… ada ramai Satria Istana di sini menggantikan kalian. Lebih layak, lebih berpengalaman.”

“Betul!” Ucapannya disambut sorak persetujuan dari Satria-satria lain.

Athari sedaya upaya menghalang dirinya menggeleng atau tergelak kecil. Keangkuhan dalam nada lelaki bernama Daik Tarhaka itu mencuit hati. Dia pernah mendengar nama lelaki ini. Mengikut kedudukan pangkat Satria Istana, Bentara Setia adalah pangkat paling rendah setelah Bentara Muda, Bentara Kanan dan Bentara Utama. Tuan Daik pula sudah bertahun-tahun menjadi Bentara Setia untuk pasukan yang mengawal perkarangan istana. Athari tidak tahu apa lagi maksud di sebalik perbuatannya ini, jika bukan kerana bengkak hati.

“Eh, kalau begitu mengapa tuan-tuan tidak bertanding dalam sayembara itu juga? Tiada pula saya melihat tuan-tuan di sini ada dalam kalangan 30 pemenang akhir?” Tiba-tiba, suara Bakti mencelah.

‘Bakti!’ jerit Athari di dalam hati. Dia menjegil mata pada pemuda itu. Mengapa lurus bendul benar pemuda yang seorang ini? Athari berkalih pandang pula pada Satria-satria Istana yang mengelilingi mereka. Wajah masing-masing mula merona merah. Tuan Daik itu pula wajahnya sudah seperti udang dibakar.

Pada saat itu, Athari ingin menepuk dahi sendiri, tapi tangannya masih dicengkam orang. Satria Istana yang sudah berjawatan seperti Tuan Daik tidak dibenarkan menyertai sayembara itu. Manakala, Satria-satria Istana lain tidak ada dalam kalangan 30 pemenang akhir, pasti sudah kecundang.

Tanpa sengaja dan tanpa bersalah, Bakti telah menabur garam pada luka!

“Apa yang sedang berlaku di sini?” Suara lantang seorang perempuan mencarik ketegangan di dalam ruang itu. Mata Tuan Daik terbeliak. Dia memberi isyarat cemas kepada anak-anak buahnya sebelum memusing bebola kaki menuju ke pintu utama.

Dengan kelam-kabut, Athari dan lima lagi pemuda lain dipaksa berdiri. Laju tangan-tangan satria-satria itu membetulkan pakaian dan menghilangkan kesan pijakan di badan pada badan mereka berenam.

Di hadapan pintu, beberapa orang Srikandi dan awang-awang istana berdiri di situ. Guntur yang tinggi lampai pula nampak menonjol di belakang mereka.

“Srikandi Dang Anum!” seru Tuan Daik. “Aneh sekali. Seharusnya saya yang bertanya, apa yang Srikandi-srikandi Puterii lakukan di sini? Jika mencari kekasih hati, berek kami lebih banyak pilihan.”

“Tidak, terima kasih.” Dang Anum membalas tegas. “Kami datang ke mari untuk bertemu dengan anggota-anggota Satria Putera. Berek ini, berek yang dikhaskan untuk mereka. Justeru, apa yang kalian lakukan ramai-ramai di sini? Di mana mereka?”

“Kami di sini, puan!” Athari melambai dari tengah-tengah kepungan itu.

Mahu tidak mahu, Sattria-satria itu menyisih untuk memberikan mereka laluan. Athari segera mengambil peluang itu untuk menuntun Lanang, Bakti dan tiga lagi penghuni berek itu keluar dari kepungan itu. Tajam mata Dang Anum memerhatikan mereka atas ke bawah apabila mereka berenam sampai di hadapannya.

Dang Anum berpaling memandang Bentara Setia itu. “Tuan Daik, tuan belum menjawab soalan saya.”

“Tiada apa-apa yang berlaku, puan. Kami hanya berhajat menyambut kedatangan Satria-satria baru ini,” jawab Tuan Daik. “Lagipula, Tuan Jamdar memberi kuasa kepada saya untuk melatih mereka.”

Dang Anum diam memerhatikan sekeliling. Dia menggariskan senyuman sebelum membalas. “Tuan Daik, kalau baru diberi berkuku, jangan hendak terus mencengkam. Mereka ini bakal menjadi Satria Putera, sudah pasti esok lusa mereka akan berganding dengan kami para Srikandi Puteri. Takutnya tercencang puar, tergerak andilan.”

Mendengarkan perkataan Dang Anum, Athari menarik nafas lega manakala Tuan Daik nampak terpempan.

Lembut sahaja nada Dang Anum berbicara. Namun, Athari cukup faham amaran yang disampaikan Dang Anum.

Baru diberikan kuasa, Tuan Daik tidak patut terus menganiaya orang bawahan. Secara tidak langsung juga, Srikandi itu mengumumkan mereka bertujuh sebagai sebahagian mereka. Menganiaya mereka bertujuh, bererti mengusik para Srikandi Puteri.

“Tentu sahaja, puan. Tentu sahaja…” Tuan Daik mengangguk-angguk. Namun, Athari dapat melihat Tuan Daik menikam pandangan tajam kepada mereka ketika dia menunduk hormat pada Dang Anum.

“Maafkan kami jika kunjungan kami ini sebenarnya langkah sumbang, Srikandi. Maka, kami menangguhkan keraian kami untuk memberi laluan urusan puan bersama mereka. Kami minta diri.”

Tanpa menunggu jawapan Dang Anum, Tuan Daik menonong keluar, diikuti oleh anak-anak buahnya. Sekejap sahaja berek itu menjadi kosong semula apabila gerombolan tetamu tidak diundang itu berlalu pergi. Dang Anum menggeleng sendri. Dia berpeluk tubuh lalu menoleh pada tujuh penghuni berek Satria Putera itu. Mereka bertujuh segera berdiri tegak dalam barisan memanjang, menantikan ucapan dari Dang Anum.

“Saudara-saudara, saya kira kedatangan kami agak lewat petang ini, maka biar saya ringkaskan. Kami akan mengambil semula bingkisan-bingkisan itu, memandangkan saudara sekalian memilih untuk tetap berkhidmat dengan Tengku Putera.” Dang Anum menoleh ke belakang. “Awang, tolong bawa masuk tujuh raga, dan ambil bingkisan di atas bangku.”

Awang-awang mula bergiliran masuk lalu meletakkan bakul raga bersaiz besar di kaki mereka bertujuh.

“Di dalam raga ini, ada perlengkapan asas untuk kalian sebagai Satria Istana yang baru. Seharusnya, saya menerangkan apa yang kalian akan lakukan bermula esok, tetapi memandangkan masa semakin suntuk, biarlah saya tangguhkan ke esok pagi. Berehatlah dahulu malam ini. Itu sahaja, bersurai!”

Setelah mengucapkan terima kasih, para Srikandi dan awang istana itu pun meminta diri. Tinggallah mereka bertujuh.

Mereka hanya saling pandang sesama mereka dalam kekok. Tanpa berkata apa-apa, mereka memunggah raga itu masuk ke bilik masing-masing.

“Athari,” Lanang memanggil apabila hanya mereka berdua di tangga. “Adakah yang baru berlaku itu, antara akibat yang harus kita hadapi sebagai pengawal Tengku Putera?”

“Begitulah… Sudah terlambat untuk menyesal sekarang, saudaraku.”

Lanang mendesah lalu meraup wajah.

“Ah, aku sudah tekad! Kalau mati pun aku tidak akan menyesal, luka pun aku tidak akan menyiuk!” kata Lanang separuh menjerit. Athari sekadar ketawa kecil.

Maksud Peribahasa:

"Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya."
[Maksud: Jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya]

"Diberi berkuku hendak mencengkam."
[Maksud: Diberi kuasa sedikit sudah hendak menindas (menganiaya) orang.]

"Tercencang puar, tergerak andilan."
[Maksud: Jika menyindir (memusuhi dan lain-lain) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati.]

"Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk."
[Maksud: Azam yang tekad, sudah bulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya]

P/s:
Kemaskini untuk minggu ini sangat lambat ya. Sebenarnya aku sudah berhajat menerbitkan kemasikini baru kelmarin, hari Jumaat sesuai jadual. Tapi, edit punya edit (dan fokus melayang jauh beberapa kali) tahu-tahu sudah jam 3. Tak kuat. Saya pun tidur. Kepada pembaca-pembaca yang setia menanti kemaskini Kronika Inderagana, saya minta maaf dan terima kasih kerana kekal setia!

Koranglah pancang semangat saya untuk terus menulis!
Itu sahaja, jangan lupa komen, undi dan kongsi!

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

366 126 7
Sharon Letyal Oswell,seorang muggle-born kini berpindah ke Sebuah akademi yang dikenali sebagai "Hogwarts".Di sana dia juga diejek oleh Pelajar berd...
50K 4K 11
[PEMENANG WATTYSMY 2020 KATEGORI SCIENCE FICTION] "Makin pendek umur dunia, makin banyak benda pelik yang berlaku." - Azmi "Dia lagi besar dari gajah...
29.8K 645 189
Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal...
593 87 54
Berkisah tentang seorang pembaca novel yang mati dan masuk ke dalam cerita novel yang dia baca sebagai Leon Moriet,seorang penjahat dalam cerita tapi...