Ian Hayf's: Tengku Seducer

By escritordyanne

380K 23.9K 1.5K

2nd Addiction Series [ Ian Hayf | Alessandra Malaiqa ] ••Digalakkan untuk membaca Her Addictive Poison terl... More

Ian Hayf's: Tengku Seducer
Tengku Seducer: 1
Tengku Seducer: 2
Tengku Seducer: 3
Tengku Seducer: 4
Tengku Seducer: 5
Tengku Seducer: 6
Tengku Seducer: 7
Tengku Seducer: 8
Tengku Seducer: 9
Tengku Seducer: 10
Tengku Seducer: 11
Tengku Seducer: 12
Tengku Seducer: 13
Tengku Seducer: 14
Tengku Seducer: 15
Tengku Seducer: 16
Tengku Seducer: 17
Tengku Seducer: 18
Tengku Seducer: 19
Tengku Seducer: 20
Tengku Seducer: 21
Tengku Seducer: 22
Tengku Seducer: 23
Tengku Seducer: 24
Tengku Seducer: 25
Tengku Seducer: 26
Tengku Seducer: 27
Tengku Seducer: 28
Tengku Seducer: 29
Tengku Seducer: 30
Tengku Seducer: 31
Tengku Seducer: 32
Tengku Seducer: 33
Tengku Seducer: 34
Tengku Seducer: 35
Tengku Seducer: 36
Tengku Seducer: 37
Tengku Seducer: 38
Tengku Seducer: 39
Tengku Seducer: 40
Tengku Seducer: 41
Tengku Seducer: 42
Tengku Seducer: 43
Tengku Seducer: 44
Tengku Seducer: 45
Tengku Seducer: 46
Tengku Seducer: 47

Tengku Seducer: Prolog

13.3K 462 2
By escritordyanne

Mata-mata keranjang para lelaki di restoran itu tertawan dengan kecantikan gadis bertubuh langsing di hadapan mereka ini. Benda free wajib tengok! Si dia mengabaikan pandangan para lelaki yang dari tadi tidak berhenti merenungnya atas bawah. Ada yang ditemani isteri pun, masih mata itu meliar.

Jijik!

Dia menyeluk beg tangan dan mengambil keluar satu lipstik berwarna merah pekat untuk dioleskan ke atas bibirnya yang mulus. Mulutnya dimuncungkan menampakkan lagi bentuk bibirnya yang seksi.

Bunyi kerusi ditarik di hadapannya memberhentikan segala yang dilakukan oleh dia. Dia tersenyum ke arah sosok tubuh tinggi lampai yang selamba duduk tanpa menuturkan sebarang kata. Tengku Dilan.

Rasa macam dia pernah bertemu dengan lelaki ini tapi di mana ya?

"Hai tengku, please have a seat," Alessandra cuba bermanis muka. Dress yang hampir terlorot di bahagian dada ditarik ke atas sedikit.

"I'm already seated," balas lelaki itu sepatah.

Alessandra menahan rasa geram di hati. Dia menayangkan senyuman palsu yang mungkin. Kalau ada orang tengok senyuman dia sekarang, mungkin dia dikatakan psiko.

"You looked good today, tengku," puji Alessandra.

Dia tidak dapat menafikan ketampanan Tengku Dilan. Tidak pula Madam Laia memberitahunya yang Tengku Dilan sekacak ini. Maklumlah dia tidak pernah bertemu atau kenal dengan gerangan itu sebelumnya. Rasanya tidak pernah juga dia dengar orang-orang memuji ketampanan Tengku Dilan. Tengku di hadapannya ini kacak dengan baju kemeja t putih berjenama Ralph Lauren dan seluar slack cream. Old money style gitu!

"Kau dah puas tenung aku?" tegur Tengku Dilan mengaburkan segala bayangan Alessandra.

"Sorry, tengku. So tengku, I yang minta tolong kawan I untuk bagi nombor tengku masa dekat golf arena dan masa itu juga kawan I tu cakap dengan tengku yang I berkenan untuk berkenalan dengan tengku dan akademi MMA tengku. Remember?" Tangan dihulurkan sebagai tanda hormat. Sengaja dilentokkan badannya ke hadapan sedikit memancing pandangan lelaki itu.

Lelaki beb! Lauk depan mata tak akan duduk diam aje.

"Ya," ucap lelaki itu pendek. Huluran tangan wanita itu dibiarkan sepi namun matanya tetap menilik wajah cantik Alessandra.

Alessandra menarik tangannya ke bawah perlahan-lahan. Kurang ajar punya Tengku Dilan! Sombong dengan aku ya. Tunggu lah semua dah aku rancang dalam kepala otak aku yang bernas ini.

Sebenarnya, pertemuan itu bukannya tidak sengaja. Malah, ia disengajakan. Semuanya berjalan lancar mengikut rancangan Alessandra dan agensinya untuk mendekati Tengku Dilan. Tengku Dilan yang dikatakan polos dan mudah tertipu jadi senanglah kerja dia. Demi pembalasan dendam seseorang yang pernah dipermainkan oleh Tengku Dilan.

"Oh lupa pula I nak perkenalkan diri. I am Alessandra Malaiqa. I pernah beritahu sebelum ini through kawan I, Dahlia."

Lelaki itu mengerutkan dahinya. 'Shit Dilan! Kau memang main sauk je ke mana-mana perempuan kau jumpa?' Dia bermonolog dalam hatinya sendiri.

"Tengku?" Tangan Alessandra dilambaikan kiri kanan di hadapan wajah Tengku Dilan apabila lelaki itu diam tidak berkutik.

"Ehem. Siapa nama kau tadi?" tanya dia.

Alessandra menayangkan senyuman manis. "Alessandra Malaiqa. Tengku boleh panggil saya Ales—"

"Malaiqa."

Terasa satu getaran aneh di lubuk hati paling dalam Alessandra apabila lelaki itu memanggil nama keduanya.

"Say it again?" Kening Alessandra diangkat tinggi.

"Malaiqa. Itu nama kau kan?" Dia berpeluk tubuh.

"Actually, no offence but I don't like that name. And I don't give you the right to call me out by that name, Tengku." Ton suaranya direndahkan. Takut-takut dia terlepas amarahnya.

"But I like that name more. Malaiqa. Membawa maksud, bidadari. And I don't ask for your permission too. Mulut aku, hak aku," jawab lelaki itu.

Pedas! Sekali lagi Alessandra terdiam disebabkan jawapan lelaki ini. Sepanjang 28 tahun dia hidup, belum pernah lagi ada orang panggil dia dengan nama keduanya. Dia benci nama keduanya itu kerana tidak kena dengan imejnya yang penggoda. Tetapi lelaki di hadapannya ini, tidak mempedulikan langsung apa yang dia rasa.

"Look Malaiqa. Let's not waste each other's time. I don't agree to this blind date and I'm not interested in you unless kau nak bercakap tentang akademi." Dia bersuara lagi apabila kesunyian menerpa kami.

"Are you sure you tak interested dengan I? I can treat you better than anyone." Alessandra menampar lembut rambutnya ke belakang. Menayangkan leher jinjangnya yang seksi.

"Tch. Darjat perempuan yang bermaruah sangatlah berbeza dengan darjat perempuan yang tak bermaruah macam kau ini," sindir lelaki itu.

Alessandra tersentak. Cepat-cepat dia kawal riak wajahnya. Stay cool, Sandra stay cool. Bukan sekali kau pernah dihina.

"Tengku-"

"Umur macam kau ini sepatutnya mula bertaubat dan cari pasangan dunia akhirat kau. It's not time for you to play around. Kau ingat aku tak tahu berapa ramai lelaki dah jadi mangsa kau? Mind to tell me, aku mangsa yang keberapa?" sambung 'Tengku Dilan' itu lagi.

"I tak faham. Tengku, I berminat dengan Tengku je. That's why I approached you," balas Alessandra. Dia membetulkan kedudukannya.

"Banyak sangat cakap. Look Malaiqa, aku mengaku kau memang alluring. The more I look at you, the more I'm addicted to your beauty. Apatah lagi lelaki-lelaki kat luar sana yang suka makan luar. Tapi sayang, kau bukan taste aku. Sebab itu aku cakap jangan bazirkan masa," seloroh lelaki itu.

"You sure? I takut one day you termakan dengan kata-kata you sendiri. I takut you yang tersungkur depan I."

"And what if the roles switch? Kau yang akan tersungkur depan aku, Malaiqa." Tengku Dilan senyum senget.

Malaiqa, Malaiqa lagi yang keluar dari tutur bibir lelaki itu!

"Tengku Dilan, I datang nak baik-baik dengan you. I nak enjoy the night with you." Dia cuba menggapai tangan lelaki itu. Namun hampa, ditepis!

"Really? Bukan sebab kau nak dekat aku sebab aku ini daripada golongan kayangan? Aku berduit, aku ada segalanya. Aku rasa kau lebih interested dengan benda itu daripada diri aku sendiri," duga si tengku.

"Tengku, I tak pernah tengok muka you before this. I cuma dengar nama je. Macam mana pula I nak ambil tahu pasal harta tengku semua kan?" pandai kau cover ya Sandra!

"Then how are you so sure that I'm Tengku Dilan?" Lelaki itu selamba meneguk minuman Alessandra dan menggigit straw itu tanpa serba salah.

"Maksud you?" tanya Alessandra.

Selamba nampak lelaki ini minum bekas air liur dia! Tak geli ke? Pakej gigit pulak itu. But, he's so hot!

Kejap.

Hold on.

Alessandra melopong. Dia baru teringat wajah lelaki ini. Lelaki di restoran itu rupa-rupanya Tengku Dilan?

Lelaki itu tergelak sinis. "Kau belum pernah bersua dengan dia. Kau belum pernah kenal dia pun. Tapi kau boleh ajak dia berjumpa and even worse a date? Korang berdua sama-sama bodoh."

Ha sudah! Alessandra dah pening. Kenapa pula mamat ini bahasakan diri dia as 'dia' pulak dah ini?

"Tengku, kita pernah berjumpa kan? And kenapa tengku asyik bahasakan diri as 'dia' ini?" tanya Alessandra dengan rasa gusar di hati.

Alessandra berhenti ketawa apabila lelaki di hadapannya ini mula ketawa sinis.

"For the first question, yup. We've met before. For the second question, kau tak perlu tahu. Stay clueless. Anyway, I'm busy. Aku ada battle nak kena hadir lepas ini. Kalau tak ada apa nak cakap lagi, aku nak angkat kaki."

"Battle apa malam-malam macam ini?" Alessandra mengerutkan dahinya.

Dia berpeluk tubuh. "Lawan orang. Aku buat orang itu berdarah sebab dia dah cari pasal dengan tuan aku."

"Maksudnya? Ada kaitan dengan akademi Unholy MMA ke?" tanya Alessandra lagi.

Alessandra dengar lelaki itu berdecit. Dia tiba-tiba bangun menghampiri Alessandra. Betul-betul bersebelahannya.

"1 more question, lady. Then I'm leaving," arah Tengku Dilan. Dia tiada masa nak melayan wanita ini kerana dia ada perkara yang lebih penting perlu diselesaikan sebentar lagi.

Dia menongkatkan sebelah tangannya di atas meja menanti soalan daripada wanita itu. Tanpa disedari jarinya naik bermain dengan hujung rambut wanita itu.

Alessandra kulum senyum dan membiarkan jari lelaki itu bermain di celah-celah rambutnya. Act fool, act fool!

"Okay, one more question. Can we meet again?" nada suara sengaja dilembutkan sekalian dengan mata yang terkebil-kebil.

"Kalau tiada aral melintang, why not?" selamba lelaki itu membalas. Tangan masih setia bermain dengan helaian rambut wanita itu. She's so gorgeous. How can I take my eyes off her?

"Good. I'm happy to hear that. Disebabkan tengku ada hal saya lepaskan tengku malam ini. Just.. next time please be available for me to spend the rest our night together." Jari-jemari runcingnya dimainkan secara putaran di atas dada lelaki itu.

'Tengku Dilan' membongkokkan tubuh menyamai ketinggiannya dengan wanita yang masih duduk di situ.

"Sure. But before I go, Miss Malaiqa, dengar cakap aku. Nasi lemak dua ringgit kau tu.." mata lelaki itu turun ke arah dua gunung kepunyaan aku.

Cepat-cepat aku menyilangkan tangan di dada menghalang pandangan lelaki itu.

Nakal sangat kenapa ini!

"...simpan. Jangan tayang dekat siapa-siapa pun. Nasib hari ini aku masih lelaki yang boleh pertahankan iman dia, kalau tak memang habis kau aku terkam dekat sini juga. Sekarang kau terselamat, but next time, no more gorgeous," bisik lelaki itu.

What the h...

"See you, Malaiqa." Dia bersiul nakal.

Alessandra hanya memerhati sosok tegap Tengku Dilan yang semakin menghilang dari pandangannya. Lelaki itu sememangnya misteri.

Betulkah ini Tengku Dilan yang Madam katakan polos dan mudah tertipu? Kenapa sekarang Alessandra rasakan dia yang sebenarnya ditipu?

Dia mengambil telefon dan mendail nombor seseorang. "Beb, kau yakin ke dengan semua maklumat kau pasal Tengku Dilan? Just, aku sumpah rasa target aku kali ini bukan mudah."

Continue Reading

You'll Also Like

401K 22.1K 41
Luaay's Vol II Known as His Forever [New Version] 143 [I love you, forever!] Start : 23/02/2023 End : 03/09/2023 highest ranking : #1 2023 #1 wattpad...
117K 5.2K 36
Under SSR SERIES ⋆͛︎ #2 GREEDY LOVE Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicab...
26.4K 1.5K 22
╭┈─────── ೄྀ࿐ ˊˎ- ╰┈➤ ❝ 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐁𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝 ❞ Farell Daniel × Arbelle Davrina FARELL DANIEL | Si jejaka yang mempunyai sep...
689K 39.7K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...