Ur The Dream | c

Door dellavies

258K 13.3K 844

[ Karya Pertama ] ♡︎ For her. He signed an agreement promising to be hurts For him. She is attempting to fort... Meer

UR 0
UR 1
UR 2
UR 3
UR 4
UR 5
UR 6
UR 7
UR 8
UR 9
UR 10
UR 11
UR 12
UR 13
UR 14
UR 15
UR 16
UR 17
UR 18
UR 19
UR 20
UR 21
UR 22
UR 23
UR 24
UR 25
UR 26
UR 27
UR 28
UR 29
UR 30
UR 31
UR 32
UR 33
UR 34
UR 35
UR 36
UR 37
UR 38
UR 39
UR 40
UR 41
UR 42
UR 43
UR 44
UR 45
UR 46
UR 47
UR 48
UR 49
UR 50
UR 51
UR 52
UR 54
UR 55
UR 56 (NEW)
UR 57
UR 58 (New)
UR 59

UR 53

3.3K 221 24
Door dellavies

Lirikan mata memandang Khalea yang sudah menyembah lantai, pantas Tengku Fai keluar dari perut kereta dan mendapatkan gadis itu.

Hampir dia menyentuh bahu Khalea namun wajah Hakeem berlalu difikiran...cancel...cancel

"Are you okay?" tegur Tengku Fai bernada risau. Melihat wajah itu sudah dipenuhi air mata. Telefon digengaman kecil Khalea dia rampas.

Hanya berbekal number yang tertera Tengku Fai menyangkut disisi pipi. Suara lelaki memanggil nama lelaki itu langsung membutirkan senyuman diwajah beku Tengku Fai.

"Sayang! Love! Sweetheart! Sayang okay tak??!" Hakeem memanggil risau. Habis semua jenis panggilan keluar.

"Cuba pilih satu nak guna panggilan apa...tak pening ke tukar-tukar?" dengar sahaja suara lelaki membalas kata Hakeem terus terbungkam geram.

"Siapa kau? Khalea mana?!" soal Hakeem berang.

"Fai" balas Tengku Fai selamba. Nasib baik Tengku Fai yang jawab kalau lagi dua orang itu pasti ada saja mahu kenakan Hakeem.

"Ohh" nafas dilepaskan perlahan. Ingatkan siapa tadi. Gelabah Hakeem.

"Kau buat apa dengan Khalea??! Sayang aku mana??!" pintas Hakeem pantas.

"Dia tengah menangis" jawapan Tengku Fai langsung tiada perasaan ya

"Bagi balik phone pada Khalea" Hakeem sakit hati bercakap dengan manusia beku sorang ini.

Khalea yang masih terbelenggu tanpa kata, Tengku Fai tegur tiada daya. Telefon bimbit gadis itu dia hulur kembali. Khalea capai bersama getaran pada jemari yang masih tersisa.

"Masuk" arah Tengku Fai tegas. Pintu yang baru dia buka tadi, dibuka luas untuk gadis itu.

Khalea kuatkan diri untuk bangun dan melintas badan tegap Tengku Fai melulu kedalam rumah. Dia duduk disofa tanpa menoleh pintu yang baru ditutup Tengku Fai dari luar.

Khalea tenung screen phone lama.

Hati yang mula memberat, Khalea cekalkan diri untuk kembali mendekatkan telefon bimbin ke telinga sendiri.

"Assalamualaikum" salam diberi.

"Ya Allah sayang..." keluh Hakeem. Nafas berat didada dilepas sesaat.

"Awak dah ingat sa..saya?" terketar-ketar suara Khalea bertanya. Dada terasa sungguh tersiksa memendam rasa.

"Saya minta maaf...maafkan saya sayang sebab sakitkan awak" dengar esakan halus Khalea.

"Stop crying sweetheart. It hurts me" rayu Hakeem lagi. Dengar sahaja perkataan sakit, Khalea langsung henti tangis. Khalea tidak mahu Hakeem merasa apa-apa kesakitan lagi. Sudah terlalu banyak perkara lelaki itu hadapi sejak bersama dia.

"Saya rindu awak" lontar Khalea bernada. Terjungkit kening Hakeem, bibir mengukir senyuman manis. Hati mula tenteram bersama bunga yang mula memekar.

"Sweetheart, you have no idea how much i miss you right now. I want to be with you sayang"

"Sayang pun" cantas Khalea laju. Hakeem sudah terkemut kemut bibir menahan perasaan sendiri. Hakeem tarik bantal disebelah dan dia peluk kuat.

"Sayang?"

"hm"

"I am on my way to you. I need to go now, I love you sayang saya. Wait for me" Hakeem bergegas bangun setelah waktu berputar ke jam dia harus bergerak untuk naik flight pulang ke Malaysia.

"Be safe, baby. Saya sayang awak" hantar Khalea menahan rasa. Dia takut, taku akan segala kemungkinan.


---


Abaya silver satin silk di sarung pada badan, tidak terlalu beria, Khalea hanya makeup nipis. Lagi setengah jam mereka akan bertolak ke hotel mewah bagi sambutan kepulangan Hakeem dan Puan Sri Amina. Ianya juga majlis kesyukuran atas kesembuhan anak lelaki mereka walaupun Hakeem masih mengunakan tongkat sebagai bantuan.

Pelik kerana selalu majlis begitu diadakan di rumah agam mereka sahaja. Mungkin ramai yang dijemput, sisa fikiran Khalea membuat andaian.

Dalam fikiran Khalea hanya untuk betemu lelaki yang dia rindukan, Hakeem Rafei. Dia mahu memandang dan meresap segala rindu dalam hati pada lelaki itu.

"Cepatlah! Ish! apa yang makeup macam nak pergi dating ni" Khalea mula bising apabila dia menerjah bilik Faima. Aileen dan Faima sedang makeup dari tadi tak siap-siap. Sudahlah Khalea yang memandu, nanti jammed macam mana.

"Kau ingat kau sorang je nak anak Tan Sri huh?! Mana tau aku jumpa jodoh kat sana. So, aku kene bersiap sikitlah" bebel Faima

"Ni bukan sikit hanat. Aileen, sejak bila kau bersiap bukan main ni?" dia tegur Aileen pula.

"Aku nak anak Tan Sri juga..." bahas Aileen perlahan

"Habis si daniel tu apa? Anak beruk?" soal Khalea bersama dahi yang kian berkerut.

"Haah anak beruk! lepas kita grad dia langsung tak tegur or chat aku. Aku! nak! move on!" terkedu Khalea mendengar amarah Aileen. Sakit hati betul tu.

"Sepuluh minit lagi tak siap aku tinggal" dia keluar dan turun dari tangga menghentakkan kaki. Sengaja mahu memberontak.

Khalea masuk kedalam perut kereta dan terus pasang lagu dawai, Khalea nak karoake kejap. Hilangkan rasa marah dan salurkan rasa sendu. Biasalah perempuan tak sendu pun sebenarnya cuma perasaan tengah bosan.

Habis tiga buah lagu, masih tidak nampak batang hidung dua kawan baik dia. Kesabaran Khalea sudah menipis. Mahu menekan hon kereta risau menganggu kedamaian perumahan, lagipun sudah hampir pukul lapan setengah malam.

Majlis berlangsung pada pukul sembilan, setengah jam je tinggal. Pintu kereta dia buka serentak pintu rumah juga terbuka luas. Muncul wajah- wajah yang menyuakan senyuman kambing.

"Masuk cepat! Aku ni ada buah hati nak jumpa!" berang Khalea.

"EHHHHH siapa nak tutup pagar?" sambung Khalea memberi bertanya dalam memberi arahan.

Faima mengalah memandang kearah seluruh badan Aileen yang telah masuk ke bahagian hadapan kereta. Sempat dia menjeling pada Aileen yang hanya tersengih.

Ah sudah lewat. Mereka tiba di Hotel lima belas minit lewat dari waktu ditetapkan. Selalunya dia tiba lewat satu minit, Puan Sri Amina pasti akan call atau message dia. Namun, tiada apa yang berlaku mungkin majlis juga dilambatkan atas alasan tertentu.

Semua berseloroh masuk kedalam lift dan terus ke tingkat paling atas. Aik? sambutan dekat rooftop ke? Melihat dua rakan baiknya yang langsung tiada keraguan malah keterujaan yang memuncak.

Berhenti sahaja lift, pintu terbuka luas. Permandangan indah bandar dahulu menjadi perhatian Khalea. Cantik. Terlalu indah. Hiasan diatas ini juga membungkam kata Khalea. Mungkin ada majlis lain sedang berlangsung disini.

Tetapi keadaan senyap tiada manusia lain selain mereka bertiga. Khalea bertenggek pada besi penghalang dan menatap keindahan langit dari bangunan yang kian mencapai kemuncak dunia.

Apabila suasana menjadi terlalu senyap, tiada lagi bicara Aileen mahupun Faima. Khalea pantas menoleh untuk mencari gerangan uda gadis itu.

Kaku

Kaki bagai digam ke permukaan lantai.

Khalea menatap gerangkan yang beberapa meter jauh daripada dia. Namun, wajah itu dapat dia tafsirkan pemiliknya.

Lelaki itu kemas bersama turtleneck hitam dan coat panjang diluar. Hakeem berdiri ditengah antara laluan yang dilimpahi susunan bunga tulips perlbagai warna. Khalea tersenyum mekar.

Air mata dihalang dari keluar. Khalea menahan rasa hati. Dia sebak.

Kaki bergerak melintas lampu yang mula menyala mengikut rentak dia lepas dari bunga yang terhidang mekar. Khalea berhenti satu meter dari Hakeem yang berdiri tegak merenung dirinya. Abaya yang dipakai beralun halus dengan angin yang damai dimalam hari.

"Sayang saya..." Hakeem panggil lembut.

Khalea hanya tersenyum membalas. Senyuman yang sukar untuk putus.

"You know what, Khalea" terjungkit kening Khalea mendengar suara Hakeem yang kedengaran serius.

"I once dream to have a beautiful family one day but I never dream of a girl that can lead me to those dream of mine...until, i meet you"

"When i saw you sleeping in the office those night, i was starstruck by your beauty, an angel beauty. I never know my heart can beat that fast haha" Hakeem tergelak mengingat kembali saat dia melihat dan merenung gadis itu hampir sepuluh minit sebelum membuat keputusan untuk kejut gadis itu dari tidur.

Mata merenung tajam anak mata Khalea yang mula bergenang air mata. Dia mula turunkan kaki dan melutut sebelah kaki.

"Awak buat apa ni? Kaki awak belum sembuh" marah Khalea risau. Semakin dia menghampiri lelaki itu dengan harapan Hakeem akan kembali berdiri.

Namun, tidak Hakeem masih melutut.

"When i bring you to meet umi that night and as expected i know she would loves you, by then i'm fully assured you are definitely the one for me. Our relationship and everything happens with you, It feels like a dream. To my actual reality, you are the dream that brings so much happiness" sehabis kata Hakeem keluarkan sekotak yang dilaputi kain velvet berwarna maroon.

"For me, I do want to be with you for the rest of my life..." nafas ditarik dalam. Hakeem mencari courage untuk meluahkan rasa yang terpendam.

"What about you? Will you let me be your halal partner eternally?"

Akhirnya gugur air mata Khalea yang dari tadi menunggu masa untuk jatuh.

"Yes, you sure can" Khalea menjawap sambil kepala mengangguk beberapa kali.

"YEAYYYYYYY CONGRATSSS" bunyi sorakan dan lampu yang kian terbuka semuanya memutar kepala Khalea 360 darjah mencari punca suara.

Retina mata memandang kearah Ibu dia dan umi Hakeem yang berdiri bersebelahan, semakin berat rasa didada cuba menahan.

Seluruh keluarga kecil Hakeem dan keluarga dia turut disitu menyaksikan perkara tadi. Ah! malunya. Khalea tutup wajah dia yang mula memerah.

Puan Sri Amina mencapai tangan Khalea dari menutupi wajah cantik itu dan disarung cincin pada bakal menantunya.


20 November 2023

Maaf yang tunggu. I haven't been so well this past week.
And Im so sorry if chapter makin bosan :(

To be continue...

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

508K 23.1K 73
[ Book 4 ] • 𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐦𝐲 𝐚𝐧𝐬𝐰𝐞𝐫𝐞𝐝 𝐝𝐮'𝐚 • Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas...
348K 17.2K 66
TENGKU ARJUNA MIKAEL | LILY SOFIA♠️ Tengku Arjuna Mikael seorang jewellery designer yang sangat terkenal.Setiap rekaannya pasti akan mendapat sambu...
566K 19.4K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
1.8K 121 26
3rd story 📍it's all about her Izz Sofea. Izz. Si introvert. Tak banyak pasal dia. Mintak jangan kacau space dia, itu je. Tapi Danish anak Kak Ida me...