𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 πƒπ€πƒπƒπ˜!

By Izayhss

189K 5.6K 216

Perbezaan umur bukanlah satu halangan dan bermaksud bahawa mereka tidak sesuai untuk menjadi pasangan. "How... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
Castβ™‘οΈŽ
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3
π‘Ίπ’‘π’†π’„π’Šπ’‚π’ π‘ͺ𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4 [ last ]

BAB 56

827 39 5
By Izayhss

MASING - masing hanya diam membisu. Sudah sepuluh minit mereka sebegitu rupa. Razzin Razz yang sedang menyuap isterinya makan, Diana Dayana yang sibuk dengan dunia media sosial nya, Malek Iskandar dan Farid Al Haider pula hanya termenung di meja makan. Sedangkan Tengku Rayqal dan Eyrah Elyana sedang sibuk bagaimana ingin memulakan perbualan mereka.

"Uhuk! Uhuk!",

"Eh sayang! Okay tak ni!",

Razzin gelabah. Terus dia menyuakan segelas jus Apel kepada isterinya. Zayn menyedut rakus sehingga hilang rasa pedas di trakea nya.

"Kau ni gila ke apa suap aku cili tu. Karang mulut kau yang cilikan nanti karang", marah Zayn. Bukannya suaminya tidak tahu bahawa dia tidak suka makan makanan pedas.

"Alah, sorry lah sayang. Aku tak perasan lah. Sibuk tengok apa yang kau tengok dalam telefon tu", balas Razzin selamba. Tangannya masih lagi menyuap pasta ke dalam mulut isterinya. Begitu juga dengan Zayn.

Marah, tapi sayang.

"Urmm, korang sebenarnya nak bincang apa sebenarnya? Kenapa kita berkumpul harini?", Soal Diana mendatar.

Tengku Rayqal dan Eyrah yang mendengar soalan yang ditanya Diana, terus mereka berasa lega. Akhirnya, ada juga manusia yang sedar dengan kewujudan mereka di cafe Farid hari ini.

"Nak bincang fasal Aleeya dan Marissa", ujar Tengku Rayqal.

Semua terus terkaku. Masing-masing menghentikan apa yang mereka sedang buat tadi. Keluhan panjang dilepaskan.

"Kenapa dengan diorang?", Tanya Diana.

"Patut ke kita buang diorang dari kumpulan kita?",

Dum!

"Aku tak setuju",

Semua mata tertumpu kepada Zayn yang sudah menunjukkan wajah dinginnya.

"Aku tak kisah. Lagipun, dia dah khianati kita. Takkanlah sesenang itu kita nak maafkan apa yang dia dah buat? I can't take it", ujar Diana.

"Itu kau. Bukan aku. Apapun yang jadi, kita masih boleh perbetulkan semuanya. Kita ada hak untuk maafkan diorang. Lagipun, semua manusia ada silapnya. Tak ada manusia yang tak ada dosa. Semua manusia berhak dimaafkan dan memaafkan. Manusia yang tak maafkan itu adalah sama persis dengan syaitan. Kau pernah dengar tak cerita fasal syaitan dan Nabi Muhammad? Dimana syaitan diarahkan untuk tunduk pada Nabi Muhammad. Tapi, dia bongkak. Dan rasa tak layak untuk tunduk pada siapa-siapa pun. Tambahan pula, sewaktu Nabi Muhammad masih hidup pun dia tak pernah tunduk, apatah lagi waktu Nabi Muhammad sudah meninggal. Dia rasa hilang darjat dia nanti bila tunduk pada orang yang dah mati. Begitu juga dengan apa yang sedang terjadi pada kita. Kau nak cakap aku tak marah dengan apa yang diorang dah buat? Tipulah. Aku masih lagi cuba untuk maafkan diorang. Hidup ni, jangan persis sama dengan syaitan. Merana hidup nanti", ujar Zayn panjang lebar. Dia cukup tidak berkenan dengan kata-kata Diana. Mereka masih diberikan peluang untuk perbetulkan semuanya. Namun, dia masih protes.

Yang lain hanya mampu diam. Sedang menghadam kata-kata pedas dari mulut ibu mengandung kembar itu.

"Tapi, mereka tetap akan terima balasan. Sebab apa yang diorang buat itu adalah benda yang paling bodoh. Aku tak boleh terima semua ni", kata Diana protes. Dia masih lagi dengan pendiriannya.

Zayn bangun dari duduknya. Diana yang berada di sebelahnya terkejut. Dia beralih memandang Zayn.

"Sayang..", Razzin memanggil isterinya yang seperti sudah hilang kawalan diri.

"Eh kau ni kan, memang tak reti-reti nak memaafkan orang ke huh? Bukannya dia bunuh mak bapak kau pun! Yang kau nak panas sangat ni dah kenapa?!",

Giliran Diana pula turut bangun dari duduknya.

"Kau tu ha kenapa. Nak marah-marah orang pula. Biarlah aku nak maafkan diorang ataupun tak. Itu antara aku dan diorang!",

"Itu bukan tentang kau dan diorang! Tapi itu urusan diorang dengan Allah! Benda yang dah berlalu usah diungkit! Kau tak layak nak maafkan diorang walau kau benci dengan diorang sekalipun!", Bidas Zayn.

Diana terkedu. Dadanya berombak menahan amarah. Orang mengandung kalau bercakap memang savage sangat eh? Ini dah masuk kali ketiga aku sentap!

"Excuse me..", satu suara mencelah.

Semua mata memandang ke arah dua gadis yang baru tiba di meja makan itu.

"Aleeya.. Marissa", tiba-tiba sahaja nama-nama itu terpancul keluar dari bibir Eyrah.

"Aku nak minta maaf dengan apa yang aku dah buat selama ni. Eyrah, aku harap kau dah tahu apa niat sebenar aku untuk bunuh arwah Uncle Naz dan Aunty Ina", kata Aleeya mendatar. Matanya memandang tepat ke arah Eyrah.

Tiba-tiba Diana bertindak mengeluarkan sepucuk pistol hitamnya dari kocek seluarnya, lalu dihalakan tepat di kepala Aleeya dan Marissa bersilih ganti.

"Kau jangan nak berpura-pura baik dekat sini, Aleeya. I know the side of you. Kau lebih teruk dari syaitan",

Klak!

"Dan kau..jangan nak acah-acah paling tersakiti dekat sini. Kau ingat kau baik sangat ke huh? Kau dengan syaitan pun, tak ada beza. Jangan asyik nak cari salah orang kalau diri sendiri pun buta dengan salah diri sendiri. Macam bullshit", balas Zayn. Pistol silver nya juga turut dihalakan pada Diana.

"Aku rasa kau yang macam syaitan sekarang ni, Zayn. Haritu, kau yang belasah Aleeya macam orang gila. Tapi, sekarang ni kau back up dia pula. Kau berpihak pada siapa sebenarnya?", Soal Diana.

"Aku akan berpihak pada orang yang benar. Aku dah tahu niat sebenar Aleeya dan Marissa. Jadi, aku tak rasa yang diorang ni salah. Apa yang diorang buat itulah adalah betul. Bunuh manusia yang tak ada faedah untuk hidup dalam dunia sial ni", jawab Zayn.

"That's right. I agree with it", celah Farid tenang.

Zayn tersenyum kemenangan memandang anak mata Diana. Malah, Diana hanya mengetap giginya.

Klak!

Diana menarik picu pistol nya.

Bang!

Zayn melepaskan tembakan ke udara. Mujurlah mereka berada di dalam ruang makan yang berasingan dengan pelanggan lain. Kalau tak, mahu menggelupur diorang lari keluar.

Yang lain hanya bertindak terkejut dengan tindakan Zayn.

Perlahan-lahan Zayn mengacukan pistol silver nya di kepalanya sendiri. Picu turut ditarik.

"Zayn!", Jerit Eyrah. Dia terus bangkit dari duduknya.

Kerja gila apa yang diorang ni nak buat?!!

"Sayang! Letak pistol tu!", Arah Razzin. Dia juga turut bangun dari duduknya.

"Korang! Please lah! Benda boleh bincang elok-elok kan!", Malek mula membuka mulut apabila melihat keadaan semakin tenat.

"Zayn, please. Jangan buat benda bodoh ni. Ingat anak-anak kau", pujuk Marissa pula.

Zayn langsung tidak endah dengan kata-kata mereka. Malah, Zayn terus memandang ke arah Diana.

"You kill her, that's mean you kill me", sinis Zayn berkata kepada Diana.

Klak!

Eyrah turut melakukan perkara yang sama. Dia mengacukan pistol milik Tengku Rayqal di kepalanya sambil menangis tanpa bunyi.

"Avenir..jangan buat macam ni sayang..", pujuk Tengku Rayqal.

Sejak bila pula isterinya ambil pistol yang ada di kocek seluarnya?

"Ha matilah semua orang. Matilah. Biar aku sorang saja yang hidup dalam dunia ni", ujar Malek pasrah.

"Tak apa, kau hidup dengan aku", balas Farid selamba.

"Err, kalau macam tu, aku lagi rela mati", balas Malek cemberut.

Diana terkebil-kebil memandang kawan-kawan nya yang sudah mengacukan pistol di kepala masing-masing. Hanya dia sahaja yang mengacukan pistol nya di kepala Aleeya.

"Kenapa? Takut?", Soal Zayn sinis.

Diana menggigit bibir.

"Ishh! Fine! Aku kalah!", Diana menjatuhkan pistolnya dari terus dihala di kepala Aleeya.

"Huh, kan aku dah cakap. Diorang sanggup mati demi aku. Kau ada? Tak ada kan?", Balas Zayn sambil menjatuhkan pistol nya di sisi.

Yang lain masih lagi mencerna apa yang sedang terjadi. Kenapa dengan diorang ni? Tadi bukan main bergaduh, kali ini boleh siap dengan pakej tersenyum-senyum lagi. Diana pula pakej muncung mulut.

"Apa semua ni?", Tanya Eyrah.

"Korang mesti terkejut kan? Sebenarnya kitorang yang plan semua ni",

"Sebab?",

"Sebab boleh dik",

"Kepala hotak kau lah sebab boleh", balas Zayn sambil mengetuk kepala Diana dengan kuat.

"Aduh! Sakitlah! Sudah lah hati aku ni sakit dengan kata-kata sentap kau tadi. Ini tambah pula dengan sakit dekat kepala", ngadu Diana sambil mengusap-usap kepalanya.

Zayn hanya menggulingkan matanya ke atas. Siapa suruh cari fasal. Kan dah dapat. Padan muka.

"Sebab aku nak perbaiki semua salah faham yang dah berlaku. Aku tak nak kita bermasam muka antara satu sama lain lagi. Jadi, kalau antara kita ada niat nak bunuh Aleeya dan Mar, memang aku sanggup mati macam tadi", terang Zayn.

Tengku Rayqal terdiam mendengar itu. Matanya beralih memandang isterinya yang masih leka mengesat air matanya.

Dia juga perlu membuang niatnya untuk membunuh Aleeya dan Marissa. Kalau tidak, dia akan kehilangan isterinya dan juga yang lain. Dia tidak sanggup kehilangan orang tersayang nya lagi. Cukuplah apa yang telah menduga keluarga mereka.

"So, kosong-kosong lah eh?", Celah Marissa sambil tersengih menayang gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Banyaklah kau kosong-kosong. Balik nanti aku nak kau pergi kemas markas, lepas tu bayar bil makanan kitorang. Boleh?", Kata Zayn mendatar.

"No hal. Asalkan kita dah berbaik dan dah tak bergaduh macam haritu", balas Marissa.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pun tak suka kalau kita putus kawan. Sudahlah kita dah berkawan lama, tiba-tiba nak putus pula hanya sebab salah faham", ujar Eyrah pula. Dia sudah mula tersenyum memandang satu persatu sahabat-sahabatnya.

Yang lain hanya membalas dengan satu senyuman manis. Kecuali Farid yang masih dengan wajah kosongnya.


















TENGKU Rayqal menghampiri isterinya yang sedang berdiri di balkoni bilik mereka. Pinggang isterinya dipeluk sebelum dia mendaratkan satu kucupan lembut pada pipi isterinya.

"Kenapa abang tengok isteri abang ni tersenyum saja memanjang. Ada apa-apa yang abang tak tahu ke?", Tanya Tengku Rayqal pelik.

Sejak balik dari restoran Farid tadi, tak henti-henti isterinya menguntum senyuman. Terbit rasa bahagia di dalam dirinya.

"Tak ada apalah abang. Sayang cuma bahagia bila semua dah berbaik semula macam sebelum ni. Dan sayang rasa, sayang dah bersedia untuk lahirkan anak kita", perutnya yang sudah genap usia 9 bulan itu diusap lembut.

"Oh my! Are you serious?! Kalau sayang cakap macam tu, abang pun tak sabar nak tengok anak kita nanti. Agak-agaknya, lelaki atau perempuan ya anak kita?",

"Kalau sayang lah kan, sayang nak baby boy. Nanti bila dia dah lahir, mesti muka dia hensem macam abang kan", kata Eyrah sambil membayangkan wajah anaknya ketika sudah besar.

Tengku Rayqal tersenyum.

"Kalau abang, abang nak baby girl. Nanti, dia boleh cantik macam mummy dia. Lepastu, asyik merajuk. Mesti comel kan", kata Tengku Rayqal pula.

Eyrah memandang Tengku Rayqal dengan wajah tidak puas hati.

"Kenapa? Abang nak cakap yang sayang ni, kuat merajuk ke?",

"Eh, tak adalah. Abang main-main saja dengan sayang. Kalau isteri abang ni merajuk sekalipun, senang je nak pujuk", jawab Tengku Rayqal sambil mencuit hidung isterinya.

"Iyalah tu. Padahal takut kena tidur dekat sofa nanti", mata diguling ke atas tanda protes. Nak jaga hati kita lah tu.

"Mana adalah sayang. Kalau abang tidur dekat sofa nanti, ada orang tu pun nak tidur juga. Katanya tak boleh tidur kalau tak peluk abang.", Perli Tengku Rayqal.

Eyrah menampar bahu suaminya.

"Sudahlah! Malas nak layan",

"Mummy! Daddy!",

Pasangan itu beralih melihat anak perempuan mereka yang sedang berlari menuju ke balkoni.

"Eh, sayang mummy dah balik!", Eyrah duduk di kerusi, lalu tangannya didepa untuk memeluk Tengku Raysha.

"Best tak duduk dengan Tokma dan atuk dua hari ni?", Tanya Tengku Rayqal.

"Best! Best sangat!", Jawab Tengku Raysha sambil tersenyum manis.

"Baguslah", Tengku Rayqal mengusap kepala anaknya dengan lembut.

Lagipun, anaknya sendiri yang ingin tinggal dengan Tengku Adnan dan Datin Afrina. Katanya, ingin luangkan masa bersama. Padahal, selama ini pun sudah kerap luangkan masa.

"Mummy, bila adik Raysha nak keluar? Raysha tak sabar nak tengok adik Raysha", tanya Tengku Raysha sambil meletakkan telinganya di permukaan perut Eyrah yang sudah sarat.

"Sabar ya sayang. Tak lama lagi adik Raysha akan keluar tengok kakak dia yang cantik ni", usik Eyrah.

"Raysha rasa, adik rasa girl or boy?", Tanya Tengku Rayqal.

"Hmm, I think.. it's boy! Sebab perut mummy besar dan mummy kuat sangat", jawab Tengku Raysha.

"Hm? Mummy kuat? Mummy buat apa?", Soal Tengku Rayqal.

Eyrah sudah mula kecut perut. Matilah dia jika Tengku Rayqal tahu dia curi-curi untuk buat kerja rumah ketika lelaki itu tiada.

"Haritu, mummy angkat bakul baju untuk sidai kain dekat luar. Lepastu, mummy angkat sofa untuk vacuum karpet. Lagi satu, mummy hampir panjat pokok mangga. Nasib baik Raysha nampak kereta daddy yang sedang parking dekat garaj", jujur Tengku Raysha.

Eyrah sudah memejam mata dengan rapat sambil mengetap bibir.

"What?! Mummy nak panjat pokok mangga?!",

"Iya daddy. Nasih baiklah daddy dah balik waktu tu. Kalau tak, mesti mummy tak boleh turun dari pokok", kata Tengku Raysha mendatar.

"Astaghfirullahalazim, kenapa sayang pergi panjat pokok mangga tu pula? Bahaya tahu. Kalau jadi apa-apa nanti, siapa yang susah?", Tengku Rayqal sudah mula mencekak pinggangnya.

"Ala, waktu itu sayang craving nak makan mangga belakang rumah tu. Itu yang sanggup nak panjat pokok", Eyrah tersengih menayang gigi.

Tengku Rayqal hanya menggeleng.

"Kan abang dah cakap sebelum ni, kalau nak apa-apa, bagitahu abang. Biar abang yang panjat. Dah tu, dapat tak sayang makan buah mangga tu?",

"Dapat. Hehe..",

"Jangan cakap sayang yang panjat",

"Eh, tak lah. Zayn yang panjat",

Tengku Rayqal meraup wajahnya. Ya Allah, kau berikanlah kekuatan padaku untuk mengharungi cabaran hidup ini ya Allah.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 59.6K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
645K 26.9K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
120K 4.2K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
9.7K 1.1K 14
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu