Fake It Till You Make It (gxg...

By miztique__

29.1K 1.3K 501

[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut denga... More

FITYMI 1
FITYMI 2
FITYMI 3
FITYMI - Characters Description
FITYMI 4
FITYMI 5
FITYMI 6
FITYMI 7
FITYMI 8
FITYMI 9
FITYMI 10
FITYMI 11
FITYMI 12
FITYMI 13
FITYMI 14
FITYMI 15
FITYMI 16
FITYMI 17
FITYMI 18
FITYMI 19
FITYMI 20
FITYMI 22
FITYMI 23
FITYMI 24
FITYMI 25
FITYMI 26
FITYMI 27
FITYMI 28
FITYMI 29
Epilog
EXTRA - Road Trip #1
EXTRA - Roadtrip #2
EXTRA - Roadtrip #3

FITYMI 21

692 44 7
By miztique__

You're an asshole but I love you
And you make me so mad, I ask myself
Why I'm still here, or where could I go
You're the only love I've ever known
But I hate you, I really hate you.

Lagu True Love oleh P!nk bergema dalam ruangan kereta. Aisy bersandar pada passenger seat kereta Dyla. Matanya mengerling pada skrin carplay di dashboard kereta tu. 8:20 p.m. Hampir 2 jam mereka di jalan dan takde satu perkataan pun bertukar antara mereka.

Fokusnya beralih ke arah gadis di sebelahnya. Dyla yang tengah bersandar sambil memandu, mata birunya fokus pada jalan di depannya. Beberapa kali, jari jemarinya akan mengetuk-ngetuk stereng dan dia akan mendengung perlahan seiringan dengan lagu.

Aisy menarik nafas dalam, dia tak tahan lagi dah dengan keheningan tu jadi dia ambil keputusan untuk bersuara. "Berapa lama lagi kita nak sampai sana?"

Dyla mengerling ke arah si atlet tu sekilas lalu ke arah waze dia pula. "Kat sini dia cakap 40 minit lagi" Jawab Dyla dengan ton suara mendatar. Aisy mengangguk lalu meletakkan kepalanya pada cermin pintu. Mata hitamnya meliar sekeliling dalam kereta tu. Ada patung sotong dan beberapa patung bobbing head versi Doraemon dan Hello Kitty turut menghiasi dashboard tu. Ada beberapa keychain disangkut pada rear mirror. Bau dalam kereta ni wangi, macam vanilla.

Aisy tersenyum lembut, Dyla memang suka deco benda. Tak kiralah apa pun mesti dia akan tinggalkan kesan yang menandakan sesuatu tu dia punya ataupun dia pernah berada di situ. Berbeza dengan kereta Aisy, dari awal beli sampai sekarang pakai, takde satu pun decoration. Simple dan boring.

"Ugh, this song's sucks. Tukarkan boleh?" Pinta Dyla, tangannya tengah ligat pusingkan stereng untuk membelok.

Si atlet tu hanya menurut perintah. Butang next ditekan dan salah satu lagu Doja Cat bermain di speaker. Dahi Dyla dikerutkan. "Next. Aku tak suka dia ni"

"Too wild for you, princess?"

Aisy hanya dapat jawapan berbentuk jelingan tajam. Si atlet tu mengangguk tanda dia menyerah kalah. Lagu seterusnya dimainkan dan seperti tadi Dyla tak suka. Beberapa kali mereka ulang benda yang sama sampailah si Aisy naik muak.

"Okey, how bout this. Aku buka lagu dari playlist aku? Since kau ni picky sangat"

Dyla tak beri apa-apa jawapan jadi Aisy ambil keputusan untuk teruskan plannya. Dia connect henfon dia dengan bluetooth pada carplay tersebut. Lagu pertama di playlist dia dimainkan. Sepanjang tiga lagu yang dimainkan Dyla tak beri apa-apa reaksi. Dia diam dan dengar saja, takde bantahan atau rungutan seperti tadi. Sampailah lagu yang dinyanyikan oleh Katy Perry.

In another life
I would be your girl
We keep all our promises
Be us against the world.

Aisy terkejut bila Dyla tukar lorong dan masuk ke susur R&R. Bila gadis tu dah parking, Dyla cepat-cepat matikan enjin. Aisy mati kutu dengan apa yang terjadi depan mata dia ni. "Dyla? Kau nak gi tandas ke?"

Tanpa diberi apa-apa jawapan, Dyla melangkah keluar daripada kereta tu meninggalkan Aisy berseorangan. Si atlet tu menarik nafas panjang, mata hitamnya meliar. Tak boleh nak fokus tatkala mindanya laju memikirkan seribu satu sebab kenapa Dyla bersikap macam tu. Tak dapat jawapan, gadis tu hentak kepalanya pada dashboard. Patung-patung atas dashboard tu bergegar sebabkan hentakan tadi. Mata hitamnya tertancap pada skrin fonnya. Tajuk lagu tadi dia baca.

The one that got away.

Fuck. Bodoh kau ni Aisy.

-

Mukanya rasa lebih segar selepas dibasuh dengan air paip sinki dalam tandas tu. Dyla mengangkat kepalanya untuk tengok refleksi mukanya di cermin. She's a mess. Rambut serabai, mata merah dan muka pucat. Dah macam orang sakit. Tapi.., mungkin dia memang sakit pun? Sakit yang tiada luka.

Dyla maki dirinya sebab buat perangai macam tadi. Dia ingat dia dah boleh kawal emotional outbursts dia tapi rupanya tak. Being near Aisy still triggers her. Hujung singki tu dia genggam, pernafasannya cuba dia kawal balik. Tawa pahit terlepas daripada bibirnya. Dia pun satu, gedik nak suka kat Aisy dah kenapa? Kan sendiri yang sakit.

Selepas beberapa kali dia memaki dirinya dalam hati, Dyla luruskan semula rambut dan kemaskan dirinya. Taknak nampak yang dia baru lepas mental meltdown. Puas hati dengan result dia, kakinya mengorak keluar daripada tandas tu. Lampu jalan menyinari kawasan situ. Tak ramai yang singgah R&R malam ni.

Tibanya dia di keretanya, dia perasan yang Aisy takde dalam kereta. Naik hairan (plus risau tapi dia taknak ngaku), mata birunya meliar sekeliling, cuba nak cari kelibat kawannya. Akhirnya matanya jatuh pada figura Aisy yang tengah duduk atas penghadang besi. Tanpa fikir panjang, Dyla berjalan menuju ke arah kawannya.

"Aisy?"

Bila ditoleh Dyla perasan yang Aisy tengah makan burger. Muncul perasaan annoyed dalam dirinya. Dia mental breakdown and minah ni boleh sedap-sedap melantak? Perasaan negatif tadi mula muncul semula. Tapi nampaknya Aisy tak perasan sebab dia lontarkan sengihan lebar ke arahnya.

"There you are. Meh duduk sini. View kat sini lawa"

"Takde masa. Kalau nak sampai rumah aku sebelum 12, kita kena gerak sekarang"

Senyuman Aisy masih tak lekang di mukanya. "I know that but last aku makan pagi tadi. And aku sure kau pun dah lama tak makan. So, how bout we rest for a bit. There's no harm pun" Tak sempat Dyla nak bidas balik, si Aisy sambung buka mulut. "And, don't worry. Lepas ni aku pulak yang drive. Kita lepak sini jap, oke?"

Semarah mana pun Dyla kat kawannya tapi dia still cair dengan tona suara Aisy. Senyuman dan intonasi lembut, siapa je tak cair? Perasaan negatif tadi bercampur baur dengan perasaan sayang terhadap Aisy. Tak mampu nak melawan, Dyla panjat penghadang tu untuk duduk bersebelahan dengan kawannya. Ada jarak antara mereka.

"Nah. Awal aku ingat nak belikan kau burger juga tapi teringat kau jaga makan. So, aku belikan kau pau ngan air mineral je. Hope that's okay"

Mata birunya tertancap pada plastik yang berisi dua biji pau dan sebotol air mineral. Bila cakap pasal pau, dia teringat hari yang bermulanya semua mess ni. Hari dimana dia call Aisy tanpa sengaja dan gunakan kawan dia untuk lari daripada Zain Atif. Dia masih ingat hari tu, seolah-olah macam baru semalam terjadi. Dia masih ingat betapa panasnya cuaca pada hari tu, rupa gerai cendol tu, riak wajah makcik tu bila dengar dia dan Aisy bergaduh mulut. Dia masih ingat semua tu. Bagi dia memori tu manis sebab kat situlah dia mula jatuh hati dekat Aisy.

Tapi lepas beberapa minggu, memori tu bertukar menjadi pahit. Tiap kali teringat semula mesti jantung dia rasa macam kena tikam berkali-kali. Dia naik menyampah dengan makanan dalam plastik tu. Dyla pegang tangan kanan Aisy yang pegang burger tadi lalu dia dekatkan mukanya pada makanan tu. Dia gigit makanan tu, mata birunya tajam tenung mata hitam Aisy. Bila dia menjauhkan dirinya, Aisy baru boleh bernafas dengan normal semula.

"Aku dah malas nak kisah pasal diet bagai ni" Jelas Dyla sambil mengunyah makanan tadi. Aisy masih tergamam hanya mampu mengangguk. Selama tiga tahun, dia tak pernah nampak Dyla makan benda-benda camni. Dia mula nak bangun daripada duduknya. "Kalau gitu, kau tunggu sini. Aku gi beli lain untuk kau"

Tangan Dyla menarik lengan baju Aisy, menyuruhnya untuk duduk semula. Aisy menurut saja, mukanya masih hairan dengan kelakuan kawan dia pada malam tu. "Takyah. Kita kongsi jela. Kalau kau still lapar kau boleh ambik pau ni. Aku tak minat sangat" Cadang Dyla sambil mengangkat plastik tadi. Aisy hanya mampu mengangguk saja. Dah macam burung belatuk dah Dyla tengok.

Si atlet tu menggigit makanan tadi lalu hulurkan pada Dyla. Gadis tadi terima pelawaan tu. Dia gigit betul-betul pada bekas Aisy tadi. Muka Aisy membahang. It's stupid, dah kenapa dia nak segan pasal benda-benda ni? Dorang pernah kiss kot. Takat kongsi makan gini, apalah sangat.

Dia taknak fikir banyak pasal peristiwa tu jadi dia buka mulut untuk kosongkan mindanya. "Kenapa ajak aku balik rumah kau?" Dyla hulur semula burger tadi pada empunyanya.

"Sebab aku nampak AJ balik ngan Farra. So, aku buat andaian yang kau akan terperap dalam kampus sampai cuti habis" Dyla melepaskan nafas perlahan. "Aku bengang dengan kau tapi takdelah sampai tahap benci. Apa kau buat salah, yes. Tapi tak bermakna perasaan kau tak valid. Aku overreacted haritu"

Aisy tersenyum senget. "Ni cara kau nak minta maaf ke?" Satu gigitan lagi sebelum pass semula pada Dyla.

Dyla tergelak kasar. "Perasan. Not everything bout you, y'know. Minta maaf kat kau is a part of it. Main reason is aku nak berdamai dengan diri aku" Jari jemarinya bermain-main dengan tali beg plastik tadi. Mata birunya merudum dan Aisy tak suka tengok kawannya macam tu.

"Berdamai?"

"Yep. Aku selalu benci kat diri aku sebab sendiri yang cari pasal and sendiri yang sakit. Major of the fault was mine. Tapi aku tujukan marah tu kat kau eventho kau tak tau apa pun. Not fair for you" Kepalanya didongakkan, matanya tertumpu pada langit malam tu. Disebabkan mereka jauh daripada kawasan bandar, bintang-bintang pada malam tu tampak dengan jelas. "So, aku nak gunakan cuti midsem ni untuk fix this. Fix myself and our friendship. Aku nak berdamai dengan diri aku, nak maafkan diri aku. And maybe, once I managed to do so, mungkin aku dapat move on.."

Pap!

Dengar perkataan terakhir tu membuatkan Aisy terasa seakan-akan ditampar kuat. Move on? As in moving on with her life or from Aisy? Kalau moving on dengan hidup dia then Aisy masih ada alasan untuk kekal dalam hidup gadis kacukan melayu-jerman tu. Tapi kalau moving on from her, then maksudnya mereka berdua kena berhenti berjumpalah kan? Sebab dialah penyebab Dyla sakit. And let's be real, most of people kalau move on ngan ex atau crush selalunya dorang cut off terus. No contact, and sometimes jadi stranger.

Bila Aisy bayangkan yang dia dan Dyla makin berjauhan dan kemungkinan yang mereka jadi stranger buatkan dadanya sakit. Rangka rusuk dia seakan-akan memeluk jantung dia dengan erat. Nak bernafas pun sakit. Of course dia nak support Dyla untuk sembuhkan penyakit hati yang dia alami sekarang ni tapi kalau ditanya sanggup ke dia untuk berpisah daripada gadis tu? Jawapannya; tak.

People come and go, tu prinsip yang dia pegang selama ni. Parents dia, 'kawan-kawan' dia kat sekolah dulu. Dia tak terkesan kalau orang (kecuali AJ) tetiba blah daripada hidup dia. Tapi lepas semua masalah ni terjadi, Aisy mula redha kalau AJ dah taknak jadi kawan dia. Sebab tu dia tak confront kawan baiknya selepas gaduh tempoh hari. Bagi dia macam menghitung bulu kambing, buat sesuatu yang sia-sia.

Tapi Dyla? Sejak gadis tu melangkah keluar daripada biliknya, Aisy makin sakit. Pada awalnya dia ingatkan punca sakit tu lahir sebab AJ. Yela, kawan baik + crush dia, logiklah dia sesakit tu. Tapi lepas saban hari, dia lebih terkesan bila Dyla yang pulaukan dia. Mood dia auto ke laut bila dia perasan Dyla mengelak daripada dia tiap kali mereka bersua. Aisy ingatkan tu perasaan yang sama dia rasa bila kehilangan AJ tapi ni lain sikit. Perasaan sakit tu lagi perit, lagi pedih.

And sekarang dah terubat sikit bila Dyla mula menyapa dia semula. Tapi lepas dengar apa yang kawannya cakap tadi, pasal berdamai dengan diri dia, pasal move on--- Sepatutnya dia bagi kata-kata semangat, bantu dia untuk capai apa yang dia nak tapi Aisy tak boleh. Aisy tak kuat.

Dia baru dapat semula Dyla untuk harini dan tiba-tiba gadis ni nak move on dari dia? Aisy rasa menyampah dengan diri dia sebab selfish tapi dia tak mampu nak tipu diri dia, perasaan sebenar dia.

"Aisy? Weh, kau.. oke tak ni?"

Suara Dyla mengejutkan dia daripada mengelamun. Dia cuba nak ukir senyuman palsu untuk tenangkan kawannya tapi bila ibu jari Dyla sentuh pipinya, area betul-betul bawah kelopak mata, dia batalkan niatnya. Muka gadis blonde tu sayu dan risau. "Asal ni? Kenapa kau nangis?"

Sebab kau.

Tapi Aisy tak mampu mengungkapkan ayat tersebut. Tak, dia taknak tengok Dyla makin rasa bersalah, makin benci dirinya sendiri sebabkan Aisy saja. Si atlet tu cuba nak sorokkan mukanya, tangan kanannya mengesat air mata dengan kasar. Dia paksa dirinya untuk tenang. Dyla perlukan dia, dia kena kuat.

Tatkala badannya ditarik ke dalam satu dakapan hangat, air matanya berjurai. Mukanya dipusingkan lalu dibenamkan pada leher Dyla, kedua-dua tangannya merangkul erat badan gadis tu. Dia rindu ni. Dia rindu Dyla. Overwhelmed dengan emosi yang bercampur baur dalam dirinya, mulutnya dibuka.

"Aku minta maaf... Semua ni salah aku... Aku ego, aku pentingkan diri..." Satu tawa pahit terlepas daripada bibirnya. "Contoh macam sekarang ni, sepatutnya aku yang tolong kau tapi... Dah terbalik pula. Kenapa kau still nak terima aku, Dyla? Padahal apa yang aku reti just sakitkan orang. I'm a bad person"

Dyla berdiam diri. Dia hanya mengusap belakang badan Aisy sambil tunggu kawannya tenang semula. Selepas beberapa minit, mereka kekal di posisi sebegitu. Sehinggalah Aisy dah tak tersedu-sedu seperti tadi. Bila gadis berambut magenta tu mengangkat kepalanya, dia cuba nak sorokkan mukanya daripada Dyla dengan kedua-dua tangannya.

"Sorry.., I'm a mess"

Dyla menepis lembut kedua-dua tangan Aisy daripada mukanya. Perlahan-lahan, kedua-dua tangan gadis blonde tu menekup muka si atlet tu. Matanya dia pandang tepat pada mata hitam milik Aisy. Dia masih segan dan gugup bila bertentang mata macam ni tapi Aisy perlukan dia.

"No need to be sorry. Love can make people do some crazy shit, can make people go blind. Kau tak boleh nak kawal especially bila kau sayang sangat-sangat kat orang tu"

Mata Aisy dilarikan. Dia mengerling ke arah permandangan di depan mereka. Parking lot yang majoritinya kosong dan kedai-kedai yang dibuka 24jam untuk para musafir. Dyla masih pegang kepala kawannya.

"And to answer your question just now, 'kenapa aku still terima kau?' Because of the exact same feelings you're having for AJ. Aku tak boleh nak benci kau. Walaupun aku palau kau kat kolej, tapi percayalah aku tahan diri aku daripada lari ke kau semula"

Dia dapat rasakan Aisy mula jadi tegang, kemungkinan cemas dan panik. Macam dia nak lari dan sembunyi. Sebab apa? Sebab dia jijik ke dengan Dyla? Tu sangkaan si fashionista tu tapi tanpa pengetahuan dia, Aisy rasa tak selesa sebab jantungnya berdegup kencang. Dia taknak Dyla nampak mukanya memerah.

"You fucked up and so did I. Kalau aku judge dan hukum kau berat-berat, tak hipokrit ke aku?" Dyla lepaskan tawa perlahan. Suaranya pecah dan serak-serak. Ah, emosi mula mengawal dirinya. "Motif aku bawa kau balik dengan aku untuk buktikan kat kau masih ada orang yang ambil berat pasal kau, sayangkan kau walaupun orang tu bukan pilihan kau. You mean a lot to me, Aisy. Losing you for the first couple of weeks was like starless nights for me. Dark and empty. Even if you don't love me back, my love for you won't change"

Aisy pandang lot parking tu lama. Matanya masih tak tengok muka Dyla. Bila gadis kacukan tu mula nak rasa dirinya bodoh sebab menampakkan dia ni desperate sangat, Aisy akhirnya menoleh ke arahnya. Sekuntum senyuman simpul dia hadiahkan pada Dyla.

"Ingat janji yang kita buat time awal-awal fake date dulu? Aku dah langgar janji ketiga which 'kalau dah suka kat someone else bagitau pihak satu lagi.' Tapi aku takkan langgar janji kelima kita. Fifth point of our promises..., I would never hated you. Aku tak janji kita takkan sakit tapi aku janji untuk tak benci kau. You're dear to me, Dyla"

Dyla tak dapat nak tahan dirinya. Segala emosi yang dia simpan dalam dirinya akhirnya berjaya keluar. Plastik yang dia pegang tadi terjatuh atas tanah tapi tak diendahkan oleh mereka berdua. Dyla terus memeluk Aisy sekali lagi dan seperti tadi, Aisy membalas dakapan hangat tersebut.

"I missed you so much, pumpkin"

Dyla tergelak basah, mukanya dia benamkan pada dada Aisy. Dia rindu ni. Dia rindu bau perfume yang Aisy kerap guna, dia rindu betapa hangatnya pelukan Aisy, dia rindu habit Aisy yang suka bermain-main dengan rambutnya tiap kali berpelukan macam ni. Dia rindu semuanya.

"I missed you too, Ai"

Berminggu-minggu mereka tak bertegur sapa, jadi strangers buat seketika. Akhirnya, pada malam tu mereka berdua pulang ke dalam hidup masing-masing.

Feels like home. 

Nak pulihkan satu luka tu ambik masa lama, sama juga dengan luka yang tak dapat ditanggapi pancaindera ni. So, memang akan ambik masa untuk mereka oke macam dulu (ni alasan je ni sebab author suka drag drama HAHAHAH)

Kita dah tengok cemana Dyla jatuh hati dengan Aisy, kalini giliran heroine kita yang kedua pula yang catch feelings 😈 Stay tuned for their developments on next updates. Citer ni panjang lagi ni 😭

Votes and comments are appreciated. See ya!

Miztique__

Continue Reading

You'll Also Like

11.1K 313 9
Kata orang dari mata turun ke hati. Pertama kali aku tatap mata dia, takkan jatuh terus ke hati? Tak mungkin ini jodoh kerana persamaan antara kami b...
58.8K 1.8K 29
"Tak sangka hanya dengan 2 bulan perkenalan aku boleh jatuh cinta dengan dia.. Tp dia perempuan!!" Boleh ke jatuh cinta dengan perempuan doh??
2.8K 142 10
Ibu kandung Mikayla meninggal dunia semasa lahirkan dia. Ibu penjaga Mikayla sekarang pula masih janda sampai sekarang. Dia langsung taknak usaha car...
7.6K 281 8
Kisah aku dengan cinta yang dikatakan pertama. permulaan cerita hidup aku mcm mana bole ada rasa terbengkok ni. rase ini biarlah aku saja yang tahu. ...