𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀�...

Від amiieya

300K 15.2K 588

"I told you she is mine, Evil! Aku akan ambil balik hak aku! Kalau aku tak dapat dia maka aku akan pastikan k... Більше

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 1
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 2
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 3
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 4
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 5
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 6
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 7
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 8
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 9
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 10
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 11
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 12
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 13
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 14
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 15
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 16
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 17
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 18
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 19
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 20
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 21
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 22
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 23
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 24
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 26
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 27
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 28
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 29
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 30
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 31
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 32
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 33
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 34
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 35
𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 37

𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 36

3.8K 291 32
Від amiieya

"MAAF, tuan Izrail tengah ada meeting sekarang. Tiada sesiapa dibenarkan untuk masuk" kata pekerja yang bernama Sarah itu. Dia memandang Qaira dari atas sehingga ke bawah. Seakan tidak berpuas hati.

Eh, penyondol ni! Dia ni memang , kalau tengok aku datang memang muncung mulut dia. Kau tahukan aku ni bini dia? Tak akanlah aku tak dibenarkan masuk ke dalam pejabat suami aku sendiri? Bukannya aku terus masuk ruang mesyuarat itu terus! Ini dah dua orang penyondol yang tak tahu malu aku jumpa.

Marah Qaira. Hayder yang berada disebelahnya hanya menatap tajam ke arah Sarah. Dia menjelingnya. Sarah pula memberikan riak wajah yang sombong dan angkuh. Dia memang tidak suka juga dengan anak lelaki Izrail itu.

"Kau ni, Sarah! Kau tahukan dia itu isteri tuan? Kenapa kau tak bagi mereka masuk? Anak boss pun ada sekali" bisik pekerja perempuan yang bernama Jishea kepada Sarah.

"Shut up! Peduli apa aku" jawabnya dengan tanpa ada rasa hormat terhadap Qaira.

"No, it's okay miss! Saya boleh tunggu suami saya habis mesyuarat dekat sini. Apa pun thank you sebab dah bagi kerjasama yang amat berharga" kata Qaira. Nadanya sahaja berlembut tetapi di dalam hatinya, dia ingin sahaja mengeluarkan kata-kata kesat di situ. Beruntung sahaja ada Hayder di sebelah. Dia tidak ingin anak lelaki mereka mendengar perkataan yang tidak elok.

"Come baby! We tunggu your daddy there" ajak Qaira kepada Hayder untuk duduk di atas sofa yang disediakan di kawasan lobi itu. Sebenarnya Izrail tidak berada pun di dalam pejabat. Dia hanya menipu Qaira. Sengaja membuatkan dia menunggu di situ.

"Mommy! Kenapa mommy tak marah dia? Bukan mommy garang ke?" soal Hayder. Dia tidak berpuas hati dengan layanan Sarah. Dia merajuk.

"Sayang, tak semua benda kita kena marah. Kalau kita layankan sahaja perangai dia, semakin menjadi dia nanti. Hidup ni kena diam tetapi diam bukan berarti tidak tahu, hanya mommy sahaja malas ingin besarkan masalah. Lagi pula daddy tengah ada kerja , lebih baik kalau kita tak ganggu dia dahulu" terang Qaira panjang lebar agar anak lelakinya itu memahami maksud dia.

Hayder hanya mengangguk. Tidak lama kemudian kelihatan kelibat Fawish, Faheem, Danial dan juga Kharl berjalan menuju ke arah pejabat Izrail. Namun, mereka belum menyadari kehadiran Qaira dan Hayder yang telah pun berada di situ.

"Unclee!!!!" teriak Hayder. Serentak kepala mereka semua memandang tepat ke arah empunya suara. Mereka tersenyum sehingga ke telinga. Lantas anak kecil itu berlari ke arah mereka.

"Ayder! Ayder buat apa sini?" soal Fawish.

"Jumpa daddy" jawabnya ringkas. Cermin mata hitam yang dikenakan tadi diletakkan di atas kepalanya.

"Kenapa tak tunggu dalam office daddy?" soal Faheem kepada anak buahnya itu.

"Tu haa singa bibir merah tu tak kasi mommy masuk! Bencilah dia" marah Hayder sambil menunjuk ke arah Sarah yang sedang melayani tetamu di kaunter itu.

"Who baby Ayder? Who didn't let my wife to do anything she want?" soal Izrail yang baru sahaja muncul daripada belakang. Hampir terjatuh juga jantung mereka berempat mendengar suaranya.

Suara yang menyeramkan. Hantu pun kalah.

"Daddy!" Hayder segera mendapatkan Izrail. Perlahan tangannya menunjuk ke arah Sarah. 

Izrail sudah mendengus. Beraninya dia melayani isteri dia sendiri seteruk itu. 

"Come baby" ajak Izrail. Tangan anak lelakinya dipimpin. Langkah kaki dibesarkan dan terus menuju ke arah Qaira yang sedang sibuk memandang ke arah ipad miliknya dari tadi. Dengan segak dan bergayanya mereka sekumpulan berjalan. Seakan-akan diketuai oleh Hayder. 

"Sayang..." panggilnya. 

Qaira yang mendengar namanya diseru itu pun segera menoleh. Dia mengenali suara maskulin itu. Milik suaminya. 

"Eh, abang? Abang bukan meeting dekat dalam ke?" sengaja Qaira membesarkan sedikit suaranya agar didengari oleh Sarah. 

Sarah yang menyadari kehadiran Izrail disitu terus mengubah kelakuannya. Sempat dia memerhati ke arah cermin yang ada di lobi itu untuk melihat wajahnya. 

"Since when abang meeting? Why sayang tak tunggu dalam pejabat abang? Sayang tahukan, you don't need any permission here if you want to come? Who's that girl?" kata Izrail dengan lembut tetapi riak wajahnya sangat serius. Tiada satu senyuman pun terukir apabila dia berada di kawasan khalayak ramai. 

Melihat sikap dingin suaminya itu, Qaira enggan menjawab dia tidak ingin suaminya marah disitu. 

"No, abang. Jomlah abang, sayang ada bawa baju tadi kan nak tukar baju right? Abang nak meeting lagi nanti. Tak pasal-pasal abang lambat" kata Qaira untuk mengubah topik. 

"Well, abang tahu sayang saja nak tukar topik. But, abang tak akan biar dia untuk terus sakiti sayang. Cobra seorang sahaja pun sudah cukup" 

"Follow me" tangan isterinya itu ditarik.

"Oh, yea! Fawish, kau tolong sound sikit betina tak sedar diri tu! Aku tak nak dia buat benda sama lagi selepas ini. Qaira, isteri aku dan itu hak dia kalau dia nak datang sini" kata Izrail sekali lagi sebelum dia beredar meninggalkan ruangan lobi itu. Namun kali ini dia berbicara tanpa menoleh ke belakang hanya suara dia sahaja bergema disitu. 

Tiada satu pun yang berani bersuara. Sikap dingin dan baran Izrail itu jika tidak dikawal boleh melenyapkan nyawa seseorang disitu bila-bila masa sahaja. 

"Haa, kau dengar betina? Jangan kau nak berani nak sentuh atau pun tinggikan suara dekat adik perempuan aku! Aku lama dah perhatikan kau dari dulu lagi. Kali ini bukan Izrail yang marah tapi aku! Ingat elok-elok , simpan di dalam setiap celah otak kau" kata Fawish dengan nada yang tinggi. Geram juga dia melihat perangai Sarah itu dari dahulu. 

"Dah, blah!" ajak Faheem. Mereka semua beredar meninggalkan kawasan lobi itu. 



"SAYANG, kenapa nak pergi mall? Duduk sini dengan abang boleh? Teman abang kerja hmm" 

"Abang boshan aaa seorang diri" rayu Izrail. Dalam diam ada sepasang mata menjelingnya dengan tajam. 

Tadi bukan main garang, sekarang dah macam kucing. 

"Sayang nak temankan Ayder. Dia ajak keluar. Bosan sangat diam dekat rumah" jawab Qaira. Perlahan dia mengusap kepala suaminya itu. Izrail sengaja meletakkan kepalanya di atas riba isteri dia sendiri. 

Rindulah tu nak manja. Maklumlah dah berapa hari kena halau oleh anak sendiri tidur di luar bilik. Nasib baik syurga dibawah tapak kaki ibu, kalau ayah? Berdosa dah gamaknya si Ayder. Bebel Izrail di dalam hati. 

"Daddy, do not waste our time please! Hari ini mommy, Ayder punya. Daddy go work" Hayder bersuara. Dia cemburu. 

"Eleh, biarlah daddy dengan mommy! Ayder tu dah sleep dengan mommy semalam sudahlah. Ini nak halau daddy pula" debat Izrail. 

"Cepatlah, daddy! Ayder nak jalan dengan mommy. Malam nanti Ayder nak watch k-drama dengan mommy. So, daddy tak boleh disturb!" jawab Hayder kembali. 

Oh, nak tengok k-drama ya? Nak tengok mamat korea tu? Aku ni lagi handsomelah! Tak apa tunggulah nanti, tahulah apa yang jadi. Marah Izrail di dalam hati. Matanya dikecilkan ke arah Hayder. Kini mereka berdua menatap mata masing-masing.

"Abang, bangunlah nanti Ayder merajuk" pujuk Qaira. Anak beranak ini jika dibiarkan tak akan habis debatnya disitu. 

"Ish, kacau daun betullah budak ni! Humban kau dalam bawah tanah baru kau tahu" bebelnya. Perlahan Izrail bangun untuk duduk. Hayder apa lagi melihat Izrail tidak bermanja dengan Qaira itu pun tersenyum gembira. Mestilah dia suka. 

"Sayang jangan balik lambat. Pastikan Rafael follow both of you okay?" pesan Izrail kepada isterinya tercinta itu. 

"Okay abang sayang! Sayang nak minta izin dulu, abang" tangan kanannya dihulurkan kepada Izrail. Hayder walaupun sering berdebat dengan daddynya itu juga tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Dia mencium tangan kanan Izrail. 

Dasar orang ketiga. Selalunya orang dewasa yang menyondol pasangan orang lain, ini tidak anak sendiri pula tu! Budak bertuah! 



JAM menunjukkan tepat pukul 8 malam. Sesuai dengan janjinya, mereka berdua tidak akan balik melebihi waktu  yang ditetapkan oleh Izrail. 

Mereka berdua keluar daripada kereta. Anak buah TD sudah menunggu di luar untuk mengambil barang yang dibeli. 

Namun sebaik sahaja keluar, Qaira pun terus memberitahu kepada mereka. 

"Saya tak ada beli apa-apa. Hanya makanan awak semua ada di dalam itu. Ambillah, kalau boss awak semua tanya jawablah isteri kesayangan dia yang belanja"

Anak-anak buah TD itu hanya mengangguk dan tersenyum ke arah puan mereka. Baik hati sungguh. 

"Come sayang, kita masuk rumah. Mandi lepas tu ready untuk solat isyak okay?" 

Hayder hanya mengangguk. 

Setelah pintu rumah mereka itu dibuka luas oleh Qaira, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ruang tamu mereka itu kosong. Bukan hilang sofa tetapi televisen yang mewah milik suaminya itu hilang. Seakan tiada apa di dinding ruang tamu rumah mereka. 

Rafael yang berada di belakang Qaira dan Hayder itu pun turut terkejut melihat reaksi mereka berdua. 

"Mommy! Where is our cinema?" soal Hayder. 

"Ada pencuri ke masuk rumah kita?" tanya Qaira pula kepada Rafael. 

Rafael menggeleng. Tetapi di dalam hatinya dia sudah tahu ini angkara siapa. Izrail. Sepupunya itu kalau sudah cemburu, memang semua benda dia boleh buang. 

"Wait, biar mommy check cctv dekat rumah. Siapa pula yang berani hilangkan tv ni?" 

Telefon pintar milik Qaira itu dikeluarkan dari dalam saku seluarnya. Dia membuka rakaman cctv beberapa jam yang lalu dirumahnya. 

"Astagfirullahallazim..." Qaira menarik nafas sedalamnya setelah melihat rakaman cctv  tersebut.  Hendak marah buat masa sekarang pun tiada gunanya juga. 

"What's wrong mommy?" soal Hayder. Qaira hanya mampu mengeluh. 

"Don't tell me that..." 


to be continued


Продовжити читання

Вам також сподобається

208K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
51.3K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
500K 5K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
95.4K 4.8K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...