𝕸𝕴𝕷 : 𝕭𝕬𝕭 25

7.2K 380 18
                                    

"Assalammualaikum, Rael", sapa Tan Sri Razil sambil menepuk bahu Izrail yang tertidur di kerusi sebelah kanan Qaira.

"Eh, papa. Bila sampai?", soal Izrail kembali dan secara perlahan menggosokkan matanya.

"Baru sampai dengan mama ni"

"Macam mana boleh jadi macam ni, Rael ?", soal Puan Sri Farida yang melihat keadaan menantunya itu masih belum sedar juga.

Izrail hanya menggelengkan kepalanya. Dia enggan menceritakan perkara sebenar kepada orang tuanya itu.

Tidak lama kemudian, kedua orang tua Qaira pun segera tiba di situ. Soalan yang sama diajukan kepada Izrail dan Fawish yang juga baru tiba di situ.

Namun mereka hanya mendiamkan diri dan meminta untuk menjaga Qaira buat sementara waktu ketika mereka keluar.

"Kita berdua ada urusan dekat luar. Minta tolong papa, mama dan aunty , uncle untuk jagakan Qaira dahulu", kata Fawish. Izrail hanya mengangguk.

Mereka hanya membenarkan anak-anak lelaki mereka berdua itu keluar sementara waktu kemungkinan ada kerja luar agaknya.

"Mama tadi, Rael ada bagitahu Alesy untuk bawa Ayder pergi sini. Semalam Rael minta tolong dia jagakan Ayder", kata Izrail.

"Tak apa sementara waktu ni, biar mama jagakan Ayder. Lagi pula lama tak borak dengan dia, kesian juga mam tengok besan mama ni", bicara Datin Daznia lalu mencuit Puan Sri Farida yang berada di sebelahnya itu.

Izrail tersenyum manis. Disebalik manis terselit kebencian dan kemarahannya saat ini apabila melihat tubuh isterinya itu hanya baring lemah.

"Thank you, ma"

Ibu mertuanya itu membalas kembali senyuman Izrail.

"Zaf, aku nak kau jaga bini aku sini. Anak buah aku yang lain ada dekat depan, jangan bagi sesiapa masuk tanpa izin aku" pesan Izrail sebelum dia beredar daripada situ.

"Kau dah bagitahu , Raffael ?", soal Kharl kepada Danial yang sedang fokus memandu Range Rover milik kumpulan mereka itu.

"Kau ni kalau sehari tak tunjuk kebodohan tu memang tak sah ke, Kharl? Harap-harap anak kau nanti tak macam kau", jawab Danial.

"Alaa, aku cakap pun marah. Manalah aku tahu"

"Tadi kita dari mana?"

"Markas"

"Maksudnya, yang dekat belakang ada lapan buah kereta tu siapa punya ?", soal Danial kembali lalu menjeling sekilas ke arah Kharl.

Sepupu dia satu ni muka tu boleh tahan tapi kalau bab siapa paling lambat untuk menangkap sesuatu perkataan , si Kharl inilah dia.

Danial mengeluh.

Entah macam mana dia boleh kahwin pun tak tahu. Anak pun dah dua. Memang betullah cinta itu buta.

"Kita punya. Apa kaitan pula Raffael dengan anak buah kita?"

"Cuba kau toleh belakang ni siapa yang duduk santai dekat belakang! Kau ni ada juga makan kaki aku nanti", kata Danial yang hampir hilang kesabarannya itu.

Sungguh mencabar tahap kesabaran Danial disebelah.

"Eh, ada rupanya Raffael. Kau pun satu duduk senyap dah kenapa?", marah Kharl kembali.

Danial dan Raffael sudah menggelengkan kepalanya.

"Kau baru jer toleh ke belakang takkan kau tak nampak badan aku besar ni", Raffael bersuara.

"Lain kali besar lagi badan tu, aku tak nampak!"

Danial dan Raffael hanya mendiamkan diri. Malas sungguh mereka berdua hendak bersuara untuk melayan kerenah sepupu mereka yang satu ini.





"Have fun bro?", soal Izrail kepada lelaki yang baru sahaja berjaya dibawa oleh anak buahnya itu.

"Arghh", keluh lelaki tadi kesakitan kerana disepak kuat oleh Raffael hingga tersungkur tepat di hadapan kaki Izrail.

"Cobra, mana?", soal Izrail yang sedang duduk di kerusi itu.

Suasana yang sangat menggerunkan di dalam sebuah kilang yang usang itu hanya dengan bunyi titisan air sahaja di dengar. Hanya suara Izrail sahaja memenuhi ruangan itu.

Lelaki tadi hanya mendiamkan diri. Pisau belati yang berada di tangan Izrail itu dipusing beberapa kali.

Ketiga lelaki termasuk Raffael sangat memahami jika Izrail berubah tidak seperti biasanya itu bermaksud dia adalah "Evil".

Fawish dan Danial berdiri tepat disebelah kiri dan kanan Izrail untuk mengawal keadaan Izrail agar tidak melampaui batas.

"Aku tanya mana , Cobra?", sekali lagi soalan itu diajukan kepada lelaki tadi namun tiada sebarang jawapan yang keluar daripada mulut lelaki itu.

Izrail berhenti bermain dengan pisau tadi. Perlahan kakinya mengangkat wajah lelaki itu.

"Non ho dato una possibilità a nessuno oggi. Quindi Raphael porta qui il mio re ( I didn't give anyone chance today. So, Raphael brings my king here )"

Tidak lama kemudian, Raffael kembali lagi dengan membawa satu bekas berwarna putih dan menyerahkannya kepada Izrail.

Semua orang berundur ke belakang jarak yang sedikit jauh daripada Izrail. Mereka tahu betapa ganasnya haiwan peliharaan tuan mereka yang satu ini.

"Hello, my king. È da molto tempo che non giochi. Divertiti, caro ( It's been a long time, you didn't play around. So, have fun dear.)"

Ular tedung itu dilepaskan ke arah lelaki tadi setelah di cium oleh Izrail. Membulat besar mata lelaki tadi melihat ular itu semakin menghampirinya.

Dia cuba untuk mengundurkan dirinya dengan laju ke belakang. Namun, ular itu tidak berhenti mendekatinya.

"Semakin laju kau bergerak semakin laju dia datang dekat kau"

"A-a-aku a-kan bagitahu mana Cobra. Tapi tolong selamatkan aku dari ular ni", mohon lelaki itu.

"Okay, come here king"

Ular tadi diambil kembali oleh Izrail lalu diletakkan kembali di dalam bekasnya.

"Tapi sekadar kau bagitahu aku mana dia berada tak cukup. Aku nak kau jadi mata-mata aku untuk Cobra dan Evros", sambung Izrail kembali.

"Aku akan ikuti segala perintah kau, Evil"

Izrail tersenyum sinis. Dia mendekati lelaki itu secara perlahan. Pisau belati tadi diturunkan secara perlahan di wajah lelaki itu.

Dia hanya memejamkan matanya.

"Aku tahu kau khianat aku, aku humban kau hidup-hidup dalam tanah! Faham!", tengking Izrail. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Raffael, kau tahu apa yang patut kau buat sekarang kan ?", soal Izrail.

"Tahu. Kau ikut aku", arah Raffael kepada lelaki tadi agar mengikutinya.

"Sekarang, aku nak semua yang ada di sini ambil perhatian. Sebaik sahaja bini aku sedar , aku nak budak-budak dekat Itali bersedia untuk operasi"

"Aku nak setiap orang yang ada disini perhatikan gerak - geri musuh ! Aku tahu ada yang khianat kau tahu sendiri akibatnya!", sambung Izrail kembali.

"FAHAM!", jawab semua anak buah TD yang berada di situ dengan serentak.

𝐌𝐑.𝐈𝐙𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐔𝐂𝐈𝐀𝐍𝐎 [OG]Where stories live. Discover now