Fake It Till You Make It (gxg...

By miztique__

29.6K 1.3K 508

[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut denga... More

FITYMI 1
FITYMI 2
FITYMI 3
FITYMI - Characters Description
FITYMI 4
FITYMI 5
FITYMI 6
FITYMI 7
FITYMI 8
FITYMI 9
FITYMI 10
FITYMI 11
FITYMI 12
FITYMI 13
FITYMI 14
FITYMI 16
FITYMI 17
FITYMI 18
FITYMI 19
FITYMI 20
FITYMI 21
FITYMI 22
FITYMI 23
FITYMI 24
FITYMI 25
FITYMI 26
FITYMI 27
FITYMI 28
FITYMI 29
Epilog
EXTRA - Road Trip #1
EXTRA - Roadtrip #2
EXTRA - Roadtrip #3

FITYMI 15

770 42 18
By miztique__

Jarum jam di dinding tepat menunjukkan pukul 5 petang dan Dyla masih lagi bertungkus lumus siapkan kostum untuk event mereka nanti. Dengan final year project yang masih tergendala, dia kena siapkan kostum untuk hari terbuka supaya dia dapat sambung semula projek dia. Beberapa jarum dia cucuk pada mannequin yang ada dalam studio tu. Usai berbuat demikian, dia melangkah ke belakang untuk tengok hasilnya.

Tuxedo yang kemejanya berwarna hitam dan coat dan seluarnya berwarna putih. Tali leher berwarna putih tu tergantung elok pada kolar kemeja itu. Di kepala mannequin tu ada label yang tertulis nama 'Aisy'. Mata birunya meliar ke arah tiga lagi mannequin yang berada dalam studio tu.

Satu tuxedo yang klasik, kemeja putih, coat dan seluar hitam serta bowtie hitam. Yang kedua punya all white, kecuali tali leher saja berwarna maroon. Dan yang ketiga punya takde coat tapi ada vest. Kedua-dua kemeja dan vest tu berwarna hitam, cuma pada vest tu ada corak yang berwarna emas.

Tanda nama yang dilekatkan pada ketiga-tiga patung tu dia baca. Yang klasik nanti milik Farra, all white punya milik Sasha dan yang ber-vest tu AJ yang pakai nanti. Termasuk dengan yang dia baru siapkan untuk Aisy ni dah jadi empat.

Dyla tersenyum bangga, empat kostum dia berjaya siapkan dalam masa seminggu lebih. Tak sia-sia dia korbankan masa tidur dia. Ni tinggal lagi Trisha punya kostum saja then dia dah siap. Disebabkan Piya akan jadi chef untuk haritu, dia tak perlukan kostum macam yang lain. Dyla pula dia plan nak pakai turtleneck hitam dan blazer biru gelap je untuk event tu. Blazer biru tu projek dia untuk sem lepas dan ni lah peluang dia untuk pakai pakaian tu.

Anak mata birunya mengerling pada design kostum untuk Trisha. Dark purple tailcoat dengan turtleneck putih. Turtleneck tu dia dah ada, tinggal nak buat coat dengan seluar je. Dia pandang bekalan kopinya yang dah habis lalu lepaskan keluhan berat. Nampaknya dia kena buat kostum untuk Trisha ni pada esok hari. Matanya dah barai dan kepalanya dah sakit sebabkan kekurangan tidur. Dia pun dah habis bekalan kopi jadi mustahil dia boleh fokus buat kerja nanti. Ada lagi 4 hari sebelum event tu dan kalau Dyla start jahit pagi esok, mungkin lusa malam dia dah siap (tanpa tidur).

Dyla kemas semua barangan dia lalu masukkan dalam beg galasnya. Semua design dia simpan dalam drawer dan patung-patung tu dia susun diletakkan jauh daripada tingkap. Dah siap kemas apa yang patut, Dyla menggalas begnya lalu melangkah keluar daripada studio tu. Tombol pintu tu dikunci dan untuk langkah berjaga-jaga dia pasang mangga pada grill pintu tu. Dalam kepalanya dia dah fikir balik ni dia nak mandi, bersihkan badan dia then tidur sepuasnya.

"Lama I tak nampak you kat kampus. Rupanya you stay sini"

Hampir terjatuh kunci dalam pegangan dia bila terdengar suara garau tu. Dia tarik nafas dalam-dalam, tiba-tiba dia rasa macam deja vu masa awal-awal dia minta tolong daripada Aisy. Tapi kalini dia tak sempat nak dail nombor telefon kawannya tu. Dyla mengepal tangannya, dia tak boleh nak berharap kat kawan-kawan dia je. Kalau mereka takde, sape nak backup dia kecuali diri dia sendiri.

"Delilah? I cakap dengan you ni"

Zain mendekatinya, tangan lelaki tu mencapai untuk selak rambut strawberry blonde gadis tu. Membulat mata lelaki tu bila tangannya ditepis kasar oleh gadis tu. Anak mata biru tu jeling tajam pada dia, cold like ice. Zain menapak kebelakang, terkejut tengok gadis tu tiba-tiba berani macam ni.

"You really need to stop grabbing me out of nowhere. I bukannya girlfriend you pun"

Dengar kata-kata tu makin buatkan Zain panas hati tapi dia pura-pura nak menampakkan dirinya acuh tak acuh. "You single and I pun single. I think there's no harm if I try nak flirt dengan you"

"There's a line between flirting and outright harrassment, you dickhead" Amuk Dyla sambil menolak tubuh Zain menjauh daripadanya. Dengan dirinya tak cukup tidur dan kurang kafein dalam sistem, tubuhnya bergerak dengan sendirinya. "Also, in case you still buta, I'm a taken woman"

Zain ketawa sinis, "Yeah? By whom?"

"Aisy Nazmeen. This college's track star" Balas Dyla sambil memeluk tubuhnya. Dia cuba untuk berdiri tegak, nak menampakkan dirinya confident dan tak takut dengan laki tu. Tapi bila dia nampak senyuman di bibir lelaki tu makin lebar, dia rasa keyakinan diri dia berkurangan sedikit.

"Oh, you meant your friend?"

Dahi Dyla berkerut. "Two girls can date each other, darling. Gay people exist y'know"

"Mhmm, except you aren't gay"

Dyla tergamam. Jantung dia berdegup laju. Lidah dia kelu, mulutnya terasa berat nak menjawab. Peluh sejuk membasahi dahinya. Bila Zain nampak wajah pucat Dyla, lelaki tu lepaskan ketawa kuat. "I fucking knew it!"

Bila Dyla tak bersuara langsung, Zain pegang gril di belakang Dyla dengan kedua-dua tangannya, sekaligus memerangkap gadis tu. Bibirnya masih menguntumkan senyuman sinis. "You nak attention I je, kan? Nak bagi I jealous. And I'm telling you, it worked. I almost percaya you dah jadi lesbian but a little bird told me the opposite" Pipi Dyla dia tepuk lembut, "It's okay. I'll give you masa sampai habis hari terbuka untuk you play around with your girlfriend then afterwards, I'll make you mine once again, darling"

Sejurus dia tuturkan janji tu, Zain lepaskan Dyla daripada perangkapnya. Lelaki tu berjalan keluar dari bangunan tu selepas mengenyit mata ke arah dia. Selepas lelaki tu meninggalkan dia, Dyla rasa badannya takde tenaga. Dia hampir menangis tapi bunyi notifikasi iPhone dia membatalkan hajatnya. Dia keluarkan alat tu dan baca mesej daripada group dia.

Trisha: tempat dah setup. Jom meetup kejap, nak bincang details

Dyla mengesat mukanya kasar dengan lengan bajunya. Dia taknak bazir tenaga dia dengan menangis, ada event yang diorang nak kena buat.

-

"Surprise!"

Piya menjerit sambil taburkan confetti bila kawan-kawan dia menapak masuk ke dalam bilik kuliah/kafe/host club mereka untuk hari terbuka tu nanti. Trisha mengurut dahinya, "Piya! Aku baru sapu!"

Kawan dia yang selalu hyper tu tersengih kambing sambil menggaru belakang kepalanya. Muka toya, takde rasa bersalah. Aisy tersengih lebar tengok perangai Piya. Sasha, macam biasa cuba nak jadi hero Trisha, mencapai penyapu dan penyenduk. "No worries, I'll clean it up"

Muka Trisha mencair daripada stress kepada terharu. Heh, simp. Aisy gelak dalam hati. Dia mendekati Dyla, cuba nak ajak gadis tu mengumpat sekali tapi kata-katanya mati di bibirnya bila nampak muka pucat kawannya. Ada yang tak kena ni.

"Okay, so, apa pendapat korang dengan deco kafe ni?" Soal Trisha, cuba nak mulakan perbincangan. Gadis-gadis yang lain memandang sekeliling, untuk tengok dekorasi yang Trisha, Piya dan AJ dah setup. Mata hitam Aisy meliar daripada langsir ke alas meja. Semua nampak oke je kat mata dia tapi entah kenapa rasa macam ada something yang kurang. Sasha membuka mulut, "Seems alright to me tapi rasa cam plain sikit" Huh, so bukan dia sorang yang fikir camtu. 

"Hmm, tula aku pun rasa gitu tapi tak tau nak tambah apa" Omel Trisha sambil mengusap-ngusap dagunya. Aisy tengok kawannya dah macam atuk-atuk yang berjambang gayanya. Kemudian Piya pula yang menyampuk, tangannya masih ligat menggunting kertas-kertas warna nak buat confetti lagi. "Apa kata kita tanya our very own designer/fashionista. Dia je pakar bab-bab gini"

"For once, idea kau bernas, Piya" Balas Farra, dia duduk di salah satu meja di situ sambil baca novel. Kedua-dua kakinya diangkat atas kerusi untuk bersila, betul-betul melayu. 

"Thanks!" Jawab Piya tapi muka gembiranya berubah jadi mencuka bila dia sedar yang kawannya perli dia, bukannya puji ikhlas. "Hei!" Jerit dia lalu baling gumpalan kertas ke arah Farra. And of course, kertas-kertas tu bertaburan. Farra gelak kuat, Sasha hampir ketuk Piya dengan penyapu.

AJ menggulingkan mata tengok perbalahan kawan-kawan dia. Tapi apa yang Piya cakap tadi ada betulnya. Mata hitamnya mengerling ke arah Dyla yang berdiri di sebelah Aisy. Aneh, daripada tadi dorang diam.

"Dyla? We need some fashion advice for this one" Seloroh AJ sambil ketawa kecil tapi bila kawannya tak respon apa-apa, buatkan dia berkerut dahi. Nampaknya bukan dia seorang yang rasa Dyla pelik harini. Aisy perlahan-lahan menepuk bahu Dyla, menyedarkan dia daripada termenung. Anak mata birunya memandang hairan ke arah Aisy. 

"Piya and AJ tanya kau tu" 

Dyla pandang sekeliling, mukanya terkejut; seakan-akan dia baru sedar dengan dekorasi tempat tu. Lepas dia dah habis scan bilik ni mukanya berkerut. Haa, sah ada benda tak kena. "Terlalu minimalistic. Colour dinding dah putih then kau guna silver as tablecloths. Langsir tu pun rasanya better tukar. Dah blended in dengan tablecloths"

AJ menggaru kepalanya, pening dengan feedback Dyla. "Then warna apa yang sesuai? Aku tak reti bab-bab ni" Aisy tiba-tiba merangkul bahu Dyla sekaligus menarik gadis tu mendekat dengan dia. Mata biru Dyla membulat kerana terkejut. "Then, aku ngan Dyla lah pergi cari accessories yang sesuai nak naikkan mood kafe ni"

Tak sempat Dyla nak membantah, Aisy dah menariknya keluar daripada situ. Kawan-kawan yang lain hanya melambai lalu kembali ke tugas masing-masing.

-

"Okay, spill"

Dyla berhenti membelek streamers berwarna emas tatkala dia dengar soalan tu. Fokusnya beralih ke arah Aisy yang tengah berdiri sambil memegang bakul DIY yang hampir separuh penuh. Dyla memerah muka bila perasan situasi dorang ni macam domestic couple.

"Spill apa?"

"Kau ada problem kan? Sebab tadi kat bilik kuliah tu kau tak fokus langsung. Selalunya kalau benda-benda yang tak cantik kat mata kau, kau akan bising dulu. Ni tak" Jelas Aisy panjang lebar. Sisi badannya dia sandarkan pada dinding, kepalanya pun sama. Matanya lembut bila pandang muka Dyla. "Ingat point ketiga dalam janji aku? I'm your friend, you could always tell me if something's bothering you"

Dadanya terasa seakan-akan dicucuk bila dengar ayat tu. Dia terharu tapi pada masa yang sama sedih sebab orang lain terpaksa masuk campur masalah dia. Dyla mengeluh berat, matanya kembali pada accessories dinding di depannya. "Zain"

Aisy terus berkerut dahi bila dengar nama mamat tu. Dia berhenti bersandar dan berdiri tegak, seolah-olah menampakkan dia possessive terhadap Dyla. If only that's true. "Apa jantan tu buat kat kau?"

"Dia dah tau"

"Ha?"

Dyla menarik nafas panjang lalu bangun dari mencangkung untuk letakkan streamers emas yang dia pilih tadi dalam bakul Aisy. "Dia tau kita fake date. Just dia fikir kita fake date sebab aku nak bagi dia jealous" Dyla ketawa pahit selepas tuturkan ayat terakhir tu. Lelaki tu dengan ego memang tak dapat dipisahkan.

Muka Aisy jadi pucat dan tampak kaget. Dia pun tak sangka lakonan dorang boleh terkantoi seawal ni. Baru sebulan lebih dorang fake date, takkan dah kantoi. Bahu Dyla dia pegang lembut, matanya menunjukkan dia risaukan kawannya. "Dia ada sentuh kau ke?"

Dyla menggeleng tapi mukanya jelas dia takut. "Takde. T-tapi dia cakap lepas event ni, dia nak aku balik" Nafas tajam ditariknya sekilas, "Dia ingat aku couple ngan kau suka-suka sebab nak test je. Aku tak tau nak buat apa lagi dah, Ai"

Tangan kanan Aisy mengesat pipi Dyla, lembut. Bila masa dia nangis pun Dyla tak perasan. Aisy menarik dia ke dalam satu pelukan hangat. "We'll figure it out" Bisiknya perlahan, tangannya mengusap-usap belakang badan Dyla, nak tenangkan dia. Dyla benamkan mukanya pada bahu Aisy, cuba menahan emosi.

Bila Dyla dah tenang, dia cadangkan untuk mereka fokus pada event tu dulu baru masalah dia. Dia tau event ni penting untuk AJ, bermaksud ianya penting juga bagi Aisy. Dan selepas apa yang Aisy dah buat untuk dia, Dyla nak balas budi. Dia akan jadikan kafe mereka program paling laris masa event tu nanti.

Usai pilih semua barang accessories yang nak menaikkan lagi seri kafe dorang, Aisy dan Dyla mengorak langkah untuk beratur di kaunter. Sepanjang mereka beratur dan proses pembayaran tu, Aisy berdiam diri. Matanya kosong, seakan-akan dia termenung. Dyla tak tau apa yang gadis tu tengah fikirkan tapi dia tak soal. Mungkin benda tu takde kaitan dengannya.

Selepas bayar, dua kawan tu berjalan ke parkir kereta yang lengang. Ramai yang parking betul-betul depan kedai tu, mungkin sebab malas nak jalan. Dyla tak boleh nak judge dorang sebab tadi pun Aisy plan nak parking depan kedai je tapi disebabkan penuh jadi terpaksa parking kat belakang ni. Kena berjalan sikitlah nak pergi kedai tu.

Selepas Dyla keluarkan kunci keretanya, Aisy tiba-tiba berhenti berjalan. Gadis bermata biru tu pandang muka kawannya dengan dahi berkerut. Dah kenapa pulak ni?

"Aisy?"

Gadis atlet tu pandang muka Dyla, mukanya nampak ceria sikit berbanding tadi. Seolah-olah dia jumpa barang hilang. "Aku tau cemana nak nampakkan yang hubungan kita tak fake"

Jap, dari tadi dia diam diri sebab fikir pasal ni ke? Muka Dyla membahang sebab rasa dirinya penting kat mata Aisy. "Oh? How?"

Kalini muka Aisy pulak memerah tapi dia menelan liur dan paksa dirinya untuk mendekati Dyla. Bila dia berdiri betul-betul di depan gadis tu, dia tersenyum nervous. "Rasanya kita kena naikkan lagi PDA"

Dyla terkebil-kebil seketika lalu darahnya terus meluru naik ke mukanya bila dia fahamkan maksud kawannya. "PDA?? As in--"

"Public Display of Affection. Ya" Jawab Aisy, mukanya pun dah sama warna dengan baju jersey dia.

"So, kau punya solution is kita kena makin bermanja-manja depan semua orang?"

"Yes"

Dyla menekup mukanya, jantungnya berdegup laju. Dia tak sure dia boleh handle situasi ni. Mata kanannya memandang wajah Aisy melalui ruang antara jari telunjuk dan jari hantu miliknya. "Tapi... Aku rasa kita dah cukup kot berlakon depan orang lain. Peluk-peluk, flirting bagai. I even sat on your lap once!"

Aisy menggigit bibir bawahnya, nampak lebih nervous daripada tadi. Mata hitamnya tertumpu pada bonet kereta Dyla, bukan pada empunyanya. "There's one thing kita tak pernah buat"

Ha?

Oh.

OH!

"Aisy?!?!" Jerit Dyla, kepalanya terasa pening dengan jawapan kawannya. Takkanlah Aisy nak cadangkan dorang buat tu?? Atlet tu mengangkat bahunya, kakinya menyepak batu kerikil di kawasan parking tu, jelas dia pun segan dengan cadangan dia.

"I mean, that's what lovers do, no? They kiss"

"Tapi kita tak pernah tau. Even kat pipi pun"

"Exactly. Sebab tu Zain nampak hubungan kita fake. Plus kita takde perasaan kat sesama sendiri so that's something we're lacking. So, aku rasa kalau kita k-k-kiss.. ehem, kita boleh cover that part" Terang Aisy, matanya tenung jalan tar, sekali pun tak pandang muka Dyla. So, dia tak nampak muka Dyla tersenyum pahit bila dengar part 'takde perasaan kat sesama sendiri'.

Nafas berat dia lepaskan. It's okay. Hubungan palsu ni pun sebenarnya more than enough for her. Dia taknak paksa someone yang tak suka kat dia untuk balas perasaan dia balik. Dia bukannya Zain.

"Okay"

Aisy mengangkat kepalanya laju, mata hitamnya membulat. "O-okay?"

Dyla mengangguk. "Okey. Aku setuju"

Muka Aisy masih memerah, sekuntum senyuman kecil terukir di wajahnya. "Alright then"

"So, bila nak start?"

Si atlet tu menggaru lehernya, tepat pada tahi lalat yang berada di situ. "I don't know, I didn't think you'd agree this fast honestly" Ujarnya dengan tawa perlahan.

Tiba-tiba Dyla terasa berani sedikit. "How bout now?"

"Huh?!" Aisy terkejut dengar cadangan tu tapi wajahnya berubah menjadi neutral bila dia hadamkan situasi mereka. Kedua-dua tangannya dia seluk dalam poket seluar jeans dia. "I guess it's logic kita start sekarang, eh? Tak nampak awkward nanti. Like practice" Omelnya perlahan lalu pandang mata biru milik Dyla. "Okey"

Dyla berdiri tegak bila ideanya dipersetujui oleh Aisy. Kedua-dua tangannya dia letakkan atas bahu kawannya dengan perlahan. Aisy pula teragak-agak nak kalungkan lengannya pada pinggang Dyla. Gadis bermata biru tu menunggu tindakan Aisy seterusnya tapi bila nampak kawannya struggle nak buat apa dulu, Dyla tak dapat nak tahan ketawanya.

"Diamlah. Aku tak pernah buat benda-benda ni" Marah Aisy, perasaan malu mula melanda dirinya.

Dyla tersenyum mengejek, keningnya terangkat sebelah. "Aik? Kata ramai peminat? Banyak experience. Takkan kiss pun tak pernah"

Aisy menjeling Dyla, tajam. "Most of my relationships tak tahan more than a month..." Kemudian dia mengerling ke tepi, tak nak tengok Dyla gelakkan dia. "AJ always said yang aku ni oblivious. Tak tau nak baca orang. So ended up, aku tak paham nak baca signals yang ex-ex aku kasi. Then lepas dua-tiga bulan baru aku sedar apa yang diorang maksudkan"

"Is that why kau single sampai sekarang?"

Aisy tersenyum senget. "Yeah, sebab aku takut aku salah baca orang. Nanti jadi lain. So better aku single je dulu" Pelukan dia pada pinggang Dyla diperketatkan. "And truth to be told, I also used our fake relationship ni untuk train social skills aku. And.., I think I've improved"

"Hmm, as your training partner, I'd say you did. Cuma still oblivious sikit" Jawab Dyla, satu tawa mengejek terlepas dari bibirnya.

"What's that supposed to mean?"

Ah, no good. Dia hampir kantoikan yang dia syok kat kawannya. Undur, Dyla, undur! Tukar topik cepat. "Nothing. So! Sekarang ni aku akan ajar kau another thing in dating. Nak kiss ni kepala salah sorang ke teleng sikit, so tak berlanggar hidung"

"Alah, hidung kita dua bukannya besar pun cam karakter citer Despicable me tu"

Dyla tergelak kuat. "Bodoh kau ni. Kang terpenyek hidung takleh nafas cemana?"

"Ikut mulut"

"Mulut kau kan busy buat benda lain, bengap. Never breathe through your mouth during kissing. That's why hidung kena ada ruang"

Aisy mengangkat keningnya sedikit. "Pro kau bab-bab ni. Mesti ada experience"

Dyla lepaskan keluhan berat. Teringat past relationships dia. And ya, termasuklah mamat tu. "Unfortunately"

Bila Aisy faham apa yang Dyla maksudkan, dia tiba-tiba menjadi lebih serius. Seolah-olah dia tak suka Zain pernah sentuh Dyla sebegitu. Kedua-dua tanganya diangkat lalu menekup wajah Dyla, kepalanya ditelengkan sedikit. Anak mata hitamnya pandang ke arah bibir Dyla sekilas lalu ke arah mata biru milik gadis itu. "What's next?"

Dyla menahan nafas. Jari jemarinya bermain-main dengan rambut magenta milik Aisy dek kerana nervous. "N-next, we kiss" Usai dia sebut benda tu, bibir Aisy dah melekap pada bibirnya. Dyla seolah-olah rasa kejutan dibibirnya bila Aisy cium dia.

Tapi bila dia perasan yang Aisy hanya letakkan bibir dia pada bibirnya, Dyla teringat yang gadis tu takde experience bab-bab ni. Jadi dialah yang menggerakkan bibirnya, ajar kawannya cara yang betul. Aisy cuba tiru apa yang Dyla buat, walaupun awkward pada awalnya tapi dia cepat pickup.

Disebabkan tak cukup nafas, Dyla terpaksa menarik badannya daripada ciuman tu. Terkejut dia bila Aisy mengetatkan pegangan dia pada muka Dyla dan cium dia sekali lagi. Aisy seakan-akan dah ketagih padahal baru je dia ajar tadi. Masak macam ni.

Dyla terpaksa gigit bawah bibir Aisy dengan kuat untuk sedarkan kawannya. Aisy terperanjat lalu meleraikan ciuman tadi. Dia pegang bibir bawahnya dan bila dia perasan berdarah, matanya menjeling Dyla. "Ow. What the hell?"

Amarah dalam dirinya perlahan-lahan menghilang bila dia nampak keadaan Dyla di depannya macam mana. Rambut strawberry blonde dia kusut, mukanya merah dan lipstick di bibirnya pun comot. Entah kenapa, Aisy suka tengok Dyla macam tu.

Kedua-dua mereka terdiam janggal bila sedar apa mereka dah buat. Tak lama lepas tu, Dyla berdehem lemah, kepalanya meneleng ke keretanya.

"Jom balik. Nanti tercari-cari pula dorang"

Aisy tak mampu nak cakap apa-apa, lidahnya masih kelu. Matanya tertancap pada bibir Dyla semasa dia mengangguk setuju.

Tbc

Hope yall enjoyed ;) also votes and comments for my motivation boost, thanks!

Miztique__

Continue Reading

You'll Also Like

26.2K 779 27
"Jadi barista pun bolehlah..daripada aku jadi penganggur terhormat kat rumah..sementara waktu ja..nati aku cari kerja len.."-apple. "nyesal plak data...
6.2K 167 17
GxG ! Yin - seorang yang baik hati dan lemah lembut tetapi sikapnya yang suka merajuk dan selalu menyalahkan pasangannya itu sangat teruk. ⫘ Rika - s...
5.8K 199 15
Leftenan Tengku Sera Carcel bertunang dengan Raja Permaisuri Laura Paragon selama 20 Tahun. Ya, 20 Tahun. Mereka bertunang sejak umur Sera masih 6 Ta...
108K 2.5K 22
" Jalan tu pakai mata bukan pakai graviti otak kau . " - Lisa " Kenapa dia marahkan aku ? Apa salah aku ? " - soal Ad binggung " Lisa, here we have y...