HYDRA 187

By eynaasarah

22.3K 2K 575

#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... More

❝HYDRA 187❞
❝BAB 1❞
❝BAB 2❞
❝BAB 3❞
❝BAB 4❞
❝BAB 5❞
❝BAB 6❞
❝BAB 7❞
❝BAB 8❞
❝BAB 9❞
❝BAB 10❞
❝BAB 11❞
❝BAB 12❞
❝BAB 13❞
❝BAB 14❞
❝BAB 15❞
❝BAB 16❞
❝BAB 17❞
❝BAB 18❞
❝BAB 19❞
❝BAB 20❞
❝BAB 21❞
❝BAB 22❞
❝BAB 23❞
❝BAB 25❞
❝BAB 26❞
❝BAB 27❞
❝BAB 28❞

❝BAB 24❞

656 75 45
By eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

AIDI menarik kerusi di sebuah meja kosong. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut dan meletakkan begnya di atas kerusi sebelah, sebelum memanggil pelayan kedai untuk memesan. Kedai mamak itu dipenuhi oleh pelajar universiti yang sedang menjamu makan dan minum sebelum memulakan sesi peperiksaan petang dan ada juga yang baru selesai menjawab kertas peperiksaan sesi pagi.

Selepas kertas terakhirnya pada sesi pagi dijawab, Aidi mengambil keputusan untuk singgah mengisi perutnya yang kosong di kedai mamak berhampiran universitinya sebelum pulang.

Pelayan kedai mamak atau dikenali sebagai aney sudah menghampiri mejanya untuk mengambil pesanan makanan dan minuman, "Apa mau minum?"

"Ais kosong, satu. Kasi manis lebih. Sebelum ni saya minum rasa tawar."

Aney itu menyengih dan mengangguk lalu laju menekan menu minuman Aidi di skrin tablet di tangannya tanpa sebarang pertanyaan lebih seperti sudah biasa dengan permintaan Aidi.

"Makan?" soal aney lagi.

"Nasi lemak sambal sotong, satu. Lemak tak nak."

Aney itu memandang Aidi dan mengangkat kening, "Order nasi lemak tapi itu lemak tak mau?"

"Ha'ah, aney. Saya kena diet. Dah dua minggu jawab exam, otak saya dah naik berat. Penuh saya isi dengan hafalan. Nanti saya makan nasi lemak jadi tambah pulak lemak otak saya."

Aney yang mendengar penjelasan Aidi hanya mengangguk lalu kembali menekan menu makanan di skrin tablet, "Nasib baik you order dengan saya. Kalau aney lain mau kasi terajang you masuk longkang tepi sana."

Aidi memandang kornea mata aney, "Macam pernah niat je, aney?" sakatnya.

Aney itu laju tersengih dan menggeleng. Selepas pesanan diambil, aney kembali ke dapur restoran. Aidi duduk sambil melihat sekeliling. Tidak lama kemudian, pesanan ais kosong dan nasi lemak tiba. Perlahan-lahan gelas minuman bersama pinggan makanan diletakkan di atas mejanya.

"Terima kasih, aney!"

Aney membalas ucapan terima kasih Aidi dengan senyuman lalu mengangkat tangan sebelum pergi mengambil pesanan di meja lain. Aidi kemudiannya menadah tangan membaca doa sebelum makan. Lantas, dia mengambil sudu dan garfu sebelum memulakan makan.

Sedang Aidi menyuap nasi ke dalam mulut, sekumpulan pelajar perempuan datang dan mengambil tempat di meja sebelah yang tidak jauh dari mejanya. Mereka juga memesan makanan dan minuman sebelum berbual sesama mereka.

Aidi tidak mengendahkan perbualan mereka pada mulanya tetapi sebaik sahaja nama One Knight disebut secara tiba-tiba, Aidi secara tidak langsung mula fokus mendengar.

"Sampai sekarang kita tak tahu siapa sebenarnya One Knight kan?"

"Betul. No one knows. Esok kita dah last paper. Dah nak habis uni dah. Nampaknya, identity One Knight still remain mystery."

Aidi menarik segelas ais kosong di atas meja sebelum menyedut melalui straw. Dia sempat merenung ke arah sekumpulan pelajar itu sambil tekun mendengar perbualan mereka.

"Kau rasa, One Knight pun hari terakhir jugak ke hari ni dekat uni?" tanya salah seorang daripada kumpulan itu.

Mereka mengharapkan One Knight akan kekal untuk membalas dendam dan menghentikan gejala buli di universiti mereka yang akan sentiasa wujud setiap kali ada kumpulan pelajar baru memasuki semester baru.

Paakk!

Tertunduk badan Aidi apabila belakangnya di hempuk dengan sesuatu yang keras. Serentak itu, air yang sedang disedut olehnya terus tersembur keluar.

Perbualan kumpulan pelajar itu terus terhenti setelah terkejut mendengar hempukan kuat pada belakang Aidi yang berada di meja sebelah mereka.

"Seronok usha perempuan lama-lama?"

Sempat Aidi mengerutkan dahinya sambil tangannya mengusap belakang badan yang terasa sakit sebelum berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang bersuara tegas itu.

"Aku? Usha?" soalnya yang terasa seperti difitnah.

Ayuni yang berdiri di belakangnya mula berjalan dan menarik kerusi bertentangan di hadapan Aidi sebelum melabuhkan punggung. Dia meletakkan sebuah buku tebal yang telah digunakan untuk menghempuk belakang Aidi tadi di atas meja.

Kumpulan pelajar yang berada di meja sebelahnya kemudian memandang ke arah lain dan kembali berbual sesama sendiri agar tidak mengganggu perbualan yang kelihatan seperti seorang teman lelaki dikantoi oleh kekasihnya.

"Yelah, awak pergi tenung perempuan-perempuan yang tengah duduk dekat meja sebelah tu," katanya yang cukup hanya didengari oleh Aidi.

Kerutan di dahi Aidi masih belum hilang. Bukan niatnya sengaja untuk melihat sekumpulan pelajar perempuan di sebelah mejanya itu tetapi dia hanya tekun mendengar perbualan mereka berkenaan dengan One Knight.

Aidi kemudian bersandar dan menyilangkan tangan, "Betul kata orang, zaman sekarang ni penuh dengan fitnah."

Dia memandang Ayuni yang sedang tersenyum ke arah aney dengan memberi isyarat tidak mahu memesan apabila Ayuni perasan aney itu menghampiri meja mereka.

"Awak cakap apa tadi?" soal Ayuni yang tidak mendengar apa yang Aidi katakan tadi setelah dia memandang Aidi di hadapannya semula.

"Exam kau macam mana?" Aidi menukar topik.

"Alhamdulillah, okay," jawab Ayuni sambil tersenyum, "Leganya rasa, hari ni dah habis final exam! Tak sangka kita dah habis uni."

"Confident je kau dah habis uni. Kut kau kena repeat lagi lepas tahu result nanti."

"Ish, jangan bagi orang stres balik, boleh tak?" Ayuni mencebik. Aidi pula tersenyum melihat usikannya menjadi.

Aidi kemudiannya bertanya tentang rancangan Ayuni, "Apa plan kau dengan kawan serumah kau lepas ni?"

"Em, minggu depan kitaorang keluar dari rumah sewa dan balik ke rumah family, sambil tu masing-masing start cari kerja." Ayuni membalas dan dia bertanya perkara yang sama kepada Aidi, "Awak?"

Aidi menurunkan tangan yang disilang. Dia memegang sudu dan garfu semula sebelum memandang seketika nasi yang masih berbaki di atas pinggan, "Cari kerja halal," jawabnya lalu dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulut.

Ayuni memandang Aidi. Tidak tahu kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang difikirkan Aidi sebelum Aidi menjawab soalannya.

"Mana kawan kau yang jawab exam dengan tangan luka tu?" pertanyaan Aidi telah melarikan pandangan Ayuni.

Aidi bertanya tentang keberadaan Dyra sambil mulutnya masih mengunyah. Sudah dua minggu mereka menghadapi minggu peperiksaan semester akhir dan dia sering terserempak dengan Dyra serta mengetahui keadaan Dyra yang menjawab peperiksaan dengan tangan yang cedera.

"Dyra dekat surau uni, dia nak solat zohor dulu. Sekarang, saya tengah tunggu Dyra siap solat, kejap lagi kitaorang nak pergi makan untuk celebrate since dah habis last paper."

Selesai sahaja sesi bergambar bersama rakan-rakan sekelas yang juga telah selesai kertas peperiksaan akhir tadi, Dyra pergi ke surau untuk menunaikan solat zohor sebelum mereka berdua mahu pergi makan. Sementara menunggu Dyra, Ayuni yang sedang bercuti dari solat pergi menemui rakan-rakannya yang lain buat kali terakhir sebelum mereka semua pulang.

Pada ketika itu, Aidi terpandang ke luar kedai dan dia ternampak Emir sedang berjalan di tengah jalan tidak tahu ke mana dia hendak pergi. Matanya hanya memandang jejak kaki Emir beberapa saat sebelum dia kembali memandang Ayuni di hadapan.

"Kau pergi dengan siapa lagi?" tanya Aidi.

"Kitaorang berdua je. Rayna belum habis exam lagi, dia ada last paper petang karang. Dia kata dia balik lewat malam ni sebab dia keluar celebrate dengan kawan-kawan dia. Jadi, kitaorang celebrate dulu."

Ayuni kemudian mengangkat kening, tertanya-tanya kenapa Aidi bertanya, "Kenapa?"

"Aku tanya je kut kau ada keluar dengan lelaki lain. Aku just nak pesan, zaman sekarang, banyak lelaki-lelaki yang bahaya. Jadi, jangan keluar dengan lelaki sembarangan."

"Oh," Ayuni mengangguk perlahan. Dia kembali memandang Aidi, "termasuk awak?"

"Aku lain. Baik, handsome, tak panas baran. Kau tak nampak ke ada banyak perempuan-perempuan yang tengah beratur dekat tepi aku?"

Ayuni memandangnya dengan muka tiada reaksi, "Diaorang tengah beratur sebab nak beli nasi kandar." Setepek kesedaran realiti Ayuni beri kepada Aidi.

Aidi berdehem, "Ha, aku nak cakap, lelaki yang tak ada ramai perempuan macam aku ni lah, lelaki yang baik."

Kebetulan Aidi terpandang kembali ke luar kedai. Dia ternampak pula ketibaan sebuah kereta Myvi yang tidak diundang baru sahaja sampai dan berhenti di hadapan keretanya yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran kedai mamak.

"Kepala brain dia!"

Ayuni terkejut apabila tiada angin tiada ribut, Aidi tiba-tiba meninggikan suaranya. Ayuni terus berpaling mengikut pandangan Aidi dan melihat keadaan yang berlaku.

"Aku syak dia ni memang dah lama tak puas hati dengan aku," kata Aidi yang menahan geram.

"Tak pun, dia ni selalu cirit-birit agaknya. Tak tahan sampai tak sempat nak masuk parking betul-betul." Menyempat Aidi berfikiran positif walaupun dalam diam sudah beribu kali dia berjampi.

Kelihatan kereta Heidi yang sengaja diparkir secara double park di hadapan keretanya membuatkan dia bingkas bangun daripada kerusi dan meninggalkan Ayuni sendirian seketika untuk pergi ke arah keretanya.

Ayuni menggelengkan kepala, "Tadi cakap tak panas baran. Lelaki semua sama je," katanya pada diri sendiri.

DYRA perlahan-lahan membuka mata. Tangan kirinya mencapai telefon dan mendapati dirinya terlelap selama lima belas minit. Mengetahui Ayuni masih menunggunya, Dyra bingkas bangun dari baring di atas karpet surau dan membetulkan tudungnya yang sudah dipakai tadi selepas selesai solat zohor.

Selepas kertas peperiksaan terakhir tadi selesai, kepenatan selama dua minggu Dyra menghadapi minggu peperiksaan terus dirasai olehnya termasuk kepenatan Dyra yang banyak menulis menggunakan tangan kanannya yang cedera. Kerana itu membuatkan dia ingin berehat seketika selepas solat dan tidak menyangka dia boleh terlelap.

Selepas membetulkan tudungnya, Dyra menyarungkan sepasang stokin di kaki dan sarung lengan sebelum mengangkat beg sandang sisi. Dia kemudian segera keluar dari surau dan memakai kasutnya yang diletakkan di atas rak.

Dyra berjalan ke arah sebuah pintu berhampiran sebelah surau wanita dan menarik tombol itu sebelum berjalan menuruni anak tangga yang membawanya ke tingkat bawah. Kakinya yang memijak setiap anak tangga kini sudah sampai ke bahagian tangga terakhir.

Tangan kirinya kemudian memulas tombol pintu dan menolak pintu itu untuk keluar dari kawasan tangga. Tanpa diketahui Dyra, pintu yang ditolaknya hampir terkena pada seseorang yang kebetulan sedang lalu di laluan di sebalik pintu itu.

Dyra tersentak apabila pintu yang dibukanya tiba-tiba ditahan kuat.

Mata Dyra yang tertumpu pada tangan kanan seseorang yang sedang menahan erat pada bahagian tepi pintu di hadapannya, terus dialihkan dan melihat bahawa orang itu ialah Heidi.

Sudah berminggu-minggu Dyra tidak nampak kelibat Heidi sehingga kini, Heidi sedang berdiri di hadapannya.

Wajah Heidi kelihatan basah. Ini adalah kali pertama Dyra melihat rambut depan Heidi diselak ke belakang tetapi masih terdapat sedikit helai rambut berjuntai di dahinya.

Mata Dyra secara tidak sengaja tertumpu pada gaya rambut Heidi yang kelainan kemudian perasan pandangan Heidi yang memandang tepat ke arahnya tanpa sebarang reaksi muka.

"Ah, sorry." Dyra segera mengalihkan pandangannya dan kembali melihat tangan kanan Heidi yang memegang erat pada tepi pintu. Tangan itu juga kelihatan basah membiarkan air menitik ke lantai. Nampaknya, Heidi baru sahaja selesai mengambil wuduk di ruangan wuduk lelaki di tepi surau berhampiran laluan keluar yang digunakan Dyra.

"Tangan..awak, dah elok?" tanya Dyra apabila melihat tiada lagi balutan di tangan kanan Heidi.

Heidi menurunkan tangannya yang memegang tepi pintu sebelum dia pula menyoal Dyra, "Kau?"

Dyra mengangkat kening, hairan dengan pertanyaan Heidi.

Pandangan Heidi beralih ke tangan kanan Dyra yang tidak lagi berbalut dengan gauze tetapi diganti dengan plaster.

"Aku ada ternampak kau jawab exam dalam hall sebelum ni dengan tangan kau berbalut," ujar Heidi.

Mata Heidi tiba-tiba memandang Dyra dengan serius, "Tangan kau kenapa? Lelaki hari tu cederakan kau lagi?" Heidi bertanya sama ada lelaki yang cuba mencederakan Dyra semasa kejadian di blok sains sebelum ini, adalah punca tangan Dyra cedera.

Laju Dyra menggelengkan kepala dan menafikan, "Eh tak. Saya terjatuh..lepas tu tangan ni terkena benda tajam." Perlahan tangan Dyra dibawa ke belakang badan, "Lelaki tu tak datang dah lepas kejadian hari tu. Jadi, jangan risau."

Dahi Heidi berkerut sedikit. "Ada aku kata aku risau?"

Dyra terus berkerut dahi. Lantas, Heidi menoleh ke kiri dan berjalan meninggalkan Dyra di permukaan pintu.

Dyra cuba menenangkan diri dan tidak menghiraukan kata-kata Heidi yang menyakitkan hati lalu dia berjalan ke hadapan dan menutup pintu sebelum dia teringat sesuatu.

"Heidi!"

Langkah Heidi yang masih di tengah laluan sebelum masuk ke surau terhenti apabila terdengar namanya dipanggil Dyra. Dia menoleh ke belakang untuk melihat Dyra yang ingin bertanyakan sesuatu.

"Awak ada pernah hantar mesej dekat saya sebelum ni?" Dyra tiba-tiba melontarkan soalan itu untuk mendapatkan kepastian dari mulut Heidi sendiri walaupun Hydra sudah memberitahu mesej yang diterimanya bukan daripada Heidi tetapi telah digodam.

"Mesej?" Heidi hairan kenapa Dyra bertanya tentang itu, "Tak ada. Aku tak ada masa nak mesej kau."

Mendengar jawapan Heidi membuatkan Dyra hanya mengangguk.

"Kenapa?" tanya Heidi apabila dia merasakan sesuatu di sebalik soalan Dyra.

Dyra kemudian teringat bahawa Rayna dan Heidi mengambil bidang yang sama dan kelas yang sama. Rayna ada memberitahunya bahawa petang ini adalah kertas peperiksaan terakhirnya jadi ia mesti sama dengan Heidi.

Dyra mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan masa Heidi, "Tak ada apa. Awak ada exam kan kejap lagi?" Dyra mengukirkan senyuman kecil dan memandang Heidi yang berdiri tidak jauh di hadapannya, "Allah yuftah 'alaikum, Semoga Allah membukakan jalan untuk awak. Saya pergi dulu." Dyra sempat memberi ucapan kepada Heidi sebelum dia beredar.

Heidi hanya memerhati Dyra berpaling dan berlalu pergi meninggalkannya di situ. Dia kemudian memandang ke tempat lain seketika sebelum dia turut berpusing ke belakang dan masuk ke dalam surau untuk menunaikan solat zohor sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi sesi menjawab kertas peperiksaan akhir.

TANGAN Dyra memegang permukaan muka depan dan perlahan-lahan menutup Al-Quran di hadapannya, "Sadaqallahul 'Azim." Dyra yang baru selesai membaca Al-Quran, masih membiarkan dirinya duduk memandang Al-Quran itu buat seketika.

Dyra cuba untuk memegang pesanan dari arwah ibunya. Ibunya dulu sering memesan bahawa walau sesibuk mana pun kita, sempatkanlah masa untuk membaca Al-Quran setiap hari kerana dengannya kita akan selamat.

Setiap malam Dyra membaca Al-Quran, Dyra tidak melupakan amalan membaca Surah Al-Mulk sebagai pelindung dari azab kubur dan Surah Al-Waqiah sebagai pembuka rezeki.

"Surah apa yang terpanjang dalam Al-Quran? 152, 156 dan 186."

Tiba-tiba Dyra teringat akan soalan yang ditanya Hydra.

"...aku nak kau cari dan tafsirkan jawapan untuk soalan-soalan yang aku tanya tadi."

Dyra merenung pada Al-Quran di hadapannya. Sudah berminggu-minggu Dyra tidak berjumpa dengan Hydra. Qillerx juga telah mendiamkan diri dan tidak lagi datang memburunya selepas kejadian di gudang mereka.

"Jawapan?"

Dyra tahu.

Dyra tahu bahawa jawapan kepada soalan Hydra berada di dalam Al-Quran ini.

Tiba-tiba Dyra terdengar bunyi pintu gril di tingkat bawah sedang dibuka.

Walaupun pintu biliknya tertutup, namun memandangkan keadaan rumahnya sekarang berada dalam keadaan sunyi kerana Ayuni sudah pun tidur awal di dalam bilik, bunyi goyangan pintu gril di bawah masih kedengaran walaupun kurang jelas.

Dyra melihat jam dinding di biliknya menunjukkan pukul 10:37 malam. Nampaknya Rayna sudah pun pulang ke rumah selepas selesai makan di luar bersama rakan-rakannya sebelum sesi perpisahan antara mereka yang akan pulang ke kampung masing-masing serta memasuki alam pekerjaan.

Dyra bangun dari sejadah dan membuka kain telekung bahagian bawah dan meletakkannya di atas katil. Dia membiarkan dirinya masih memakai telekung yang berwarna putih itu menutupi kepala dengan berniat untuk menyambung mengaji Al-Quran lagi selepas ini.

Kakinya melangkah berjalan ke arah pintu bilik. Dia ingin berehat seketika sebelum menyambung mengaji Al-Quran lantas mengambil keputusan untuk minum air di dapur sambil menyambut kepulangan Rayna.

Tangannya kini mencapai tombol pintu dan memulas. Tertanya-tanya juga kenapa bunyi membuka pintu gril kedengaran begitu lama. Ketika itu, Dyra teringat lampu di luar kawasan pintu bawah tidak dibuka, jadi ianya pasti sukar untuk Rayna memasukkan kunci ke pintu gril dalam keadaan gelap.

Apabila Dyra membuka pintu biliknya, bunyi pintu gril dibuka tidak lagi kedengaran. Dyra terus menuruni anak tangga yang bercahaya di mana hanya lampu di atas tangga sahaja yang dipasang. Lampu ruang tamu di tingkat bawah tidak dibuka kerana Ayuni dan Dyra hanya menggunakan tingkat atas sahaja pada malam ini.

Semasa Dyra menuruni anak tangga, Dyra terdengar bunyi pintu kayu bawah ditutup. Dyra yang sudah sampai ke tingkat bawah menoleh ke kanan dan melihat pintu kayu rumahnya memang berada dalam keadaan tertutup.

Dyra menoleh melihat sekeliling di kawasan ruang tamu yang gelap itu.

Sunyi.

Dyra hairan. Tiada kelibat Rayna sudah masuk ke dalam rumah itu. Adakah dia salah dengar bunyi pintu gril dibuka dan pintu kayu rumah ditutup?

Dyra cuba tidak mengendahkannya dan terus melangkah ke dapur untuk memenuhi hajatnya meminum air.

Dia menghidupkan suis lampu dapur dan pergi ke arah kabinet yang terletak di sudut dinding. Tangan kanannya mula membuka dan mencapai sesuatu di dalam kabinet tersebut.

Dyra menelan air liur. Jantung Dyra ketika itu sebenarnya sudah mula berdegup kencang.

Wajahnya perlahan-lahan mula berubah dan matanya bertukar tajam.

Dyra tahu ada sesuatu yang tidak kena.

Di saat itu, tangan Dyra yang sedang memegang erat sesuatu di dalam kabinet pantas ditarik keluar dan memusing ke belakang sehingga pisau tajam yang dipegang seseorang di belakangnya tercampak ke tepi setelah Dyra menepisnya dengan sebuah pistol pemetik api.

Mengetahui senjata lelaki itu sudah terlepas dari tangan, Dyra terus mengacukan pistol pemetik api yang dipegang erat di tangannya dalam kedudukan yang menjajarkan sasaran tepat di dahi lelaki itu.

Jari telunjuknya diletakkan pada picu pemetik api seperti memegang pistol sebenar.

Dyra memandang tepat ke wajah lelaki itu. Topeng hitam yang menutup bahagian hidung dan mulut. Dyra mengetap gigi menahan geram.

"Qillerx."

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Agaknya kali ni, macam mana Dyra lawan pakai pistol pemetik api dapur tu ye?

Author (Eynaa) : Spoiler - Next bab ialah scene diaorang lawan + identity revealed 👀

Author (Eynaa) : Apa-apa pun, saya ship Aidi dengan Aney tu lah.

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝘿𝙊𝘼 ini;
۞اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا۞
("Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik.")
(HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

207K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
479K 40.6K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...
502K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...