Nuh's Secret Wife [C]

By Marleneith

649K 23.9K 968

"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikut... More

Author's Note
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
E P I L O G

B A B 18

14.2K 586 7
By Marleneith











TERASA sekejap saja waktu berlalu, hari berganti hari dan harini Nuh sudah berangkat pulang ke tanah airnya semula. Penat jet-lagged diletak tepi dahulu yang penting dia nak melepaskan rindunya pada isteri cantiknya. Tambah, comel juga.

Sepatutnya Megat Nuh Iman berjanji untuk mengambil Calla di rumah Tan Sri Ammar tetapi Calla telahpun menukar fikiran. Dia tak mahu kedua orang tuanya tahu yang Calla dan Nuh sedang tidak baik-baik saja. Jadi Calla pulang senyap-senyap ke kondominium yang sudah dua minggu ditinggalkan.

"Assalamualaikum, flower. I miss you so much. Kenapa balik sini senyap-senyap. D text dah kan nak ambil flower dekat rumah baba. And D call nak datang sini kenapa flower tak angkat call D?" Nuh masuk ke dalam rumah pun menggunakan kunci pendua.

Calla hanya diam duduk memeluk lutut menonton tv. Fikiran menerawang entah ke mana. Hanya jasad saja tinggal di rumah.

Apabila ada sentuhan di bahu Calla, menandakan Nuh sudah berada dekat dengannya. Calla mengelak untuk disentuh dan pejam matanya rapat.

'Aku rindu sentuhan ini ya Allah tapi aku tak mampu nak redha apa yang dia buat' rintih Calla di dalam hati manakala mata sudah terasa panas.

"Babyboo D, hey D balik ni. Kenapa ni flower? Macam takada mood je" Tanya Nuh lembut. Dia cuba

"Sini duduk atas riba D. D nak kiss my flower puas-puas" Calla terasa badannya cuba diangkat lalu dia terus berdiri. Mata yang masih merah akibat menangis merenung dia tajam. Bagai mahu telan Nuh hidup-hidup

"Flower ?" Panggil Nuh dalam nada lembut. Wajahnya sedikit kaget. Tangannya yang cuba meraih tangan Calla malah diterpis kasar.

"Dont touch me!" Larang Calla bengis bagai dirasuk. Jelas muka Nuh bingung dengan tindakan tiba-tiba isterinya itu. Lantas tubuh kecil Calla dipeluk erat. Calla meronta ronta minta dilepaskan tapi apakan daya, Nuh mengetatkan pelukan.

"Stop it flower! Sakit. D ada buat salah apa-apa ke? Kalau ada cuba bagitahu apa salah D" Tanya Nuh dengan wajah yang redup. Dia pelik kenapa Calla bertindak begini

"Bukan salah, tapi dosa! Dosa besar Dato' Megat! I hate you! You jijik! I sumpah bencikan you!" Hambur Calla bersama linangan air mata.

"A-apa salah D flower? D tak faham. Kenapa marah-marah macamni sekali ni?" Soal Nuh sedikit sebak. Kecewa dengan sikap Calla yang agak keterlaluan itu. Baru tinggal 5 hari dah mengamuk begini rupa.

Baru Nuh melangkah setapak, Calla menuding jari memberi amaran.

"Kau jangan dekat! Aku jijik dengan lelaki macam kau. Hipokrit!" Sembur Calla.

"Calla Maleeka! Okay fine, nak marah tu marah lah. Tapi biar D tahu salah D dekat mana? Jangan hina D macamni rupa. I'm your husband" Nuh membela diri.

"Sendiri buat salah sendiri fikirlah. I menyesal kenal you Dato' Megat. I bencikan you!" Nuh pejam mata cuba menelan kata-kata nista dari si isteri meskipun pahit rasanya.

"Okay lagi? Apa yang buatkan you menyesal? Selain bencikan I, kenal I apa lagi Calla Maleeka Tan Sri Ammar?" Nuh mengalah juga akhirnya. Nadanya sedikit begetar.

"I menyesal mencintai lelaki hipokrit macam you. Silap I dari dulu I tak fight dengan baba asalkan I tak jadi isteri kepada seorang lelaki rosak macam you ni!" Luah Calla. Tangisan yang tiada henti semakin melebat.

"Jadi, perkahwinan ni satu kesilapan ke bagi you?" Tanya Nuh. Mata lelaki itu juga kemerahan. Tak sangka kebenaran ya g dia baru dengar benar-benar menghiris hatinya sehancur ini.

"Silap you lagi besar Nuh. Sukar untuk I terima" Calla tersedu-sedan.

"Ye lah, I telan bulat-bulat apa yang you cakap tu even I tak faham apa yang terjadi. I penat, I naik bilik tetamu dulu nak tenangkan keadaan. Kalau ada silap yang mungkin I tak sedar, I minta maaf Calla Maleeka. I betul-betul minta maaf" Nuh bersuara tenang-setenangnya kemudian naik ke atas tanpa banyak bicara.

Calla terjelepuk jatuh di lantai. Dia tak boleh nak berfikir panjang dan bersangka baik sekarang ini. Sudahnya, entah berapa gelen air mata yang terbazir.










SEWAKTU Calla mahu naik ke bilik, dia nampak Nuh baru siap solat dan sedang duduk berteleku di tikar sejadah. Calla juga nampak yang Nuh sedang menangis dalam diam dan mengeat air matanya. Semakin membuatkan Calla sangsi.

"Ya Allah ya tuhanku, berilah aku petunjuk dan tunjuklah kebenaran disebalik apa yang berlaku di dalam rumah tanggaku ini ya Allah,"

"Jika ianya berlaku disebabkan kecuaian aku dalam membimbing isteriku, kecuaian dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang pemimpin maka ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah,"

"Kau jernihkanlah keadaan yang keruh ini kerana aku benar-benar cintakan isteriku. Dan jika apa yang aku hadapi ini salah satu ujian yang kau turunkan kepadaku, kau berikanlah aku kekuatan untuk aku tempuhinya dengan sabar dan redha ya Allah,"

Calla mengemam bibir mendengar doa Nuh yang sayup-sayup di pendengarannya. Suara Nuh yang sebak, suara Nuh yang betul-betul berharap agar hubungan mereka akan kembali jernih.

Nuh bersiap bersama beg pakaiannya seperti mahu keluar. Calla yang sedang duduk menghabiskan masa di meja pula itu dipandang dan suasana benar-benar kekok.

"I balik rumah dulu. Take your time, kalau ada apa-apa masalah you can call me. Assalamualaikum"

Calla tunduk dan meneguk air liurnya perit. Dia nak membalas tapi tak terkeluar kata-kata dari mulutnya. Elok dia angkat wajahnya, Nuh sudahpun keluar. Sudahnya, Calla melepaskan keluhan berat.













       NUH pulang ke rumah Nenda Asiah dan terus mendapatkan nendanya yang sudah lama tidak dijenguk. Sekujur tubuh yang sedang membaca buku itu dipeluk dari belakang. Nuh daratkan dagunya di atas bahu Nenda Asiah.

"Aik, bila balik? Ni datang dengan Maleeka ke?" Tanya Nenda Asiah.

"Baru balik je. Tak balik sorang saja nak jenguk nenda. Maleeka ada di rumah" Nuh terpaksa menipu lagi. Dia taknak nenda tahu yang keadaan rumah tangga mereka tidak begitu baik.

"Ouh rindu nenda lah ni ya?" Nuh angguk menyimpul senyum.

"Buku apa tu nenda? Macam buku catatan je" tanya Nuh yang perasan akan buku di tangan nendanya.

"Ni lah buku catatan papa Nuh. Ni buku zaman dia belajar dulu. Macam-macam nota disekalikan dalam buku ni. Rindu pula arwah" Nuh terpaku dan mengambil buku tersebut.

Muka surat demi muka surat Nuh lihat. Dia senyum tipis. Ada muka surat yang dipenuhi contengan, ada juga quotes, dan ada juga nota ringkas yang dicatat. Tulisan Megat Terawis lebih kurang sama dengan tulisan Nuh. Tidaklah dikatakan cantik tetapi kemas dan senang dibaca.

Di belakang buku, ada diselitkan gambar berukuran pasport seorang wanita yang sangat cantik pada padangan Nuh. Berambut pendek separas bahu dan berwajah kacukan sedikit.

"Mama ke ni?" Tanya Nuh dan Nenda Asiah mengangguk.

"Haah, itulah arwah mama kamu masa muda-muda dulu. Arwah mama Nuh memang ada kacuk dengan orang Belanda. Sebabtu cantik. Nuh pun banyak ikut muka mama" cerita Nenda Asiah membuatkan Nuh tersenyum senang.

"Cantiknya mama..." Nuh masih terpegun melihat wajah arwah mamanya zaman muda-muda dulu. Yang menjadi pujaan hati arwah papanya.

"Cantiklah, mama baik dan pendiam orangnya" tambah Nenda Adiah lagi.

"Nanti jom ziarah kubur papa dengan mama? Bawak Luth dengan Isa sekali" ajak Nuh. Entahlah, waktu macamni dia tiba-tiba rindukan kedua orang tuanya yang sudah pergi menghadap ilahi.

Alangkah beruntungnya orang yang masih memiliki kedua orang tua yang boleh mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Boleh bermanja dengan ibu, rasa air tangan ibu, ada iringan doa yang tak berhijab. Cemburunya Nuh...

Tapi tidak mengapa, mungkin Allah takdirkan dia untuk menjadi seorang anak lelaki yang kuat. Berbakti kepada nenek dan menjaga adik-adik.

"Boleh juga. Dah lama nenda tak ziarah kubur mereka berdua" setuju Nenda Asiah dan Nuh senyum lebar memeluk nendanya erat.

"Tetiba nak bermanja dengan nenda pula" usik Nenda Asiah dan Nuh menyeringai senang.

"Oit! Macam best je, buat apa ni? Nak join jugak" Suara Isa kedengaran. Nuh menjeling dengki.

"Sibuklah kau. Nyah sana" halau Nuh. Dengan selamba, Isa duduk di sisi nendanya dan memeluk juga. Begitulah cara mereka berkasih sayang. Semiga Allah panjangkan usia nenda mereka aminn.


















TBC.

Continue Reading

You'll Also Like

My Fondness By nabh

Teen Fiction

405K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
13.1K 160 16
Warning โš ๏ธ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
318K 11.1K 51
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA. "kau ni kerek ah, ada hati nak kawan dengan aku! Kau cerminl...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...