550 Tahun

By mairendly

3.4K 324 10

Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya ber... More

Halo Haluuu
Prolog - H
Episod 1
Episod 2 - H
Episod 3 - H
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8 - H
Episod 9 - H
Episod 10 - H
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18 - H
Episod 19 - H
Episod 20 - H
Episod 21 - H
Episod 22 - H
Episod 23 - H
Episod 24 - H
Episod 25
Episod 26
Episod 27
Episod 28
Episod 29
Episod 30
Episod 31
Episod 32
Episod 33
Episod 34
Episod 35
Episod 36
Episod 37
Episod 38
Episod 39
Episod 40
Episod 41
Episod 42
Episod 43
Episod 44
Episod 45
Episod 46
Episod 47
Episod 48 - H
Episod 49 - H
Episod 50 - H
Episod 51 - H
Episod 52 - H
Episod 53 - H
Episod 54 - H
Episod 55 - H
Episod 56 - H
Episod 57 - H
Episod 58 - H
Episod 59 - H
Episod 60 - H
Episod 61 - H
Episod 62 - H
Episod 63 - H
Episod 64 - H
Episod 65 - H
Episod 66 - H
Episod 67 - H
Episod 68 - H
Episod 69 - H
Episod 70 - H
Episod 71 - H
Episod 72 - H
Episod 73 - H
Episod 74 - H
Episod 75 - H
Episod 76 - H
Episod 77 - H
Episod 78 - H
Episod 79 - H
Episod 80 - H
Episod 81 - H
Episod 82 - H
Episod 83 - H
Episod 84 - H
Episod 85 - H
Episod 86
Episod 87
Episod 88
Episod 89
Episod 90
Episod 91
Episod 92
Episod 93
Episod 94
Episod 95
Episod 96
Episod 97
Episod 98
Episod 99
Episod 100
Episod 101
Episod 102
Episod 103
Episod 104
Episod 105

Episod 44

27 6 0
By mairendly

" Eh, kau nak pergi mana ni Bang Imran ? ", tegur Pak Afi dengan berasa aneh sebaik sahaja dia terlihat Imran yang sedang membawa turun bagasi hitamnya dari tangga.

" Aku nak pergi ke mansion aku kat Melaka ", balas Imran sambil menempatkan bagasinya di tepi tangga.

Selain daripada rumah Pak Afi di Selangor, Imran ada lagi satu tempat tinggalnya, iaitu sebuah rumah agam yang terletak di hujung Bandar Hilir. Rumah itu jarang dikunjungi Imran. Dia hanya ke sana paling kurang sebulan sekali. Dan rumah agam itu sangat istimewa kerana di situlah terletaknya segala khazanah Imran daripada pengembaraannya sepanjang 550 tahun.

" Ada apa ? ".

" Urusan penting ".

" Kalau ye pun bagilah tahu ".

" Dah-dah, jom makan sana ".

Tidak sempat dibalas Pak Afi, Imran pun terus sahaja menuju ke meja makan. Di atas meja tidak banyak menu yang dihidangkan. Hanya asam laksa dan air teh biasa dan teh hijau sahaja.

" Eh, dah kenapa pakai hoodie je tu ? Tak kerja ke ? ", tegur pula Mak Nab yang sedang menuang air satu persatu ke dalam cawan kaca.

" Nak ke Melaka. Katanya ada urusan penting ", jawab pula Pak Afi mewakilkan Imran yang telahpun mula mencedok laksa.

" Urusan apa yang penting sangat tu ? ", soal Mak Nab lagi sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

Malangnya, jangankan menjawab, menoleh pun tidak. Imran hanya fokus dengan menguyah asam laksanya sahaja.

" Tak ke awal sangat ? Kalau ye pun geraklah lepas subuh. Ini waktu sahur pun belum habis ", omel Pak Afi.

" Nanti jalan jammed ".

Pak Afi pun pasrahkan sahajalah.

Kemudian, Mak Nab yang baru duduk pula menyoal.

" Jadi, Tuan tak ikut kami beraya kat Busanlah nanti ? ".

Imran mengangguk.

Mak Nab pun mengeluh.

" Ingatkan, kalau bawa Tuan bolehlah jumpa dengan ayah saya kat sana. Dia memang betul-betul rindu sangat dengan Tuan ".

Imran pun memandang Mak Nab.

" Oh ya ke ? Kalau macam tu kirimkan salam saya kat dia. Cakap dengan dia saya kat Melaka ".

Mak Nab pun melepaskan keluhan yang berat. Sementara Pak Afi yang perasan akan air muka isterinya segera dipujuk. Dia mengusap tangan Mak Nab di bawah meja. Mereka pun saling berpandangan.

" Eh ni, mana lagi sorang ? Tak sahur ke ? ", tanya Imran secara tiba-tiba.

Kedua-dua pasangan tua itu pun seakan-akan menyedari sesuatu. Dengan pantas, Mak Nab mengatur langkah menaiki tangga. Sambil berjalan, dia sempat mengomel.

" Haishhhh, budak Zafirul ni ! Dah besar panjang pun liat nak bangun ! ".

" ZAFIRUL ! BANGUN ! KAU UZUR KE SAMPAI TAK BANGUN NI ?! ".

Selepas kelibat Mak Nab sudah naik ke tingkat dua, Pak Afi memandang Imran semula.

" Urusan apa yang penting sangat ? ".

Imran pun menghela nafas.

" Aku nak lawat kampung aku. Salah ke ? ".

" Tapi, takkan kau nak beraya sorang-sorang kat sana ? ".

" Tak, Hanafi. Kau ingat lagi Edward dan Edmond ? ".

Lama Pak Afi terdiam.

" Oh budak kembar tu. Kenapa ? ".

" Aku kena tolong settlekan masalah diorang ".

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Lebih kurang pukul sembilan pagi, Imran telahpun sampai ke destinasinya. Sebelum dia tiba di rumah agamnya, dia singgah sebentar ke masjid untuk menunaikan solat sunat dhuha. Selepas itu, dia singgah lagi ke mana-mana kedai untuk membeli sedikit barangan dapur.

Pada masa yang sama, di rumah agamnya, ada sepasang kembar seiras yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.

"Abang, betul ke Tuan Imran sanggup tak ikut family Pak Afi semata-mata nak beraya dengan kita di sini? ", soal Edmond kepada abangnya, Edward.

Edward yang sedang menyiram pokok bunga mawar merah pun terjeda.

"Yes Edmond. Aku tak tahulah nak cakap apa lagi kat Tuan. Katanya dia nak tolong kita belajar di oversea sana. Tapi, kau pun tahu kan yang kita ni nak bekerja kat sini je ? ".

"Betul-betul", balas Edmond.

Meskipun mereka berketurunan Portugal, Edward dan Edmond sememangnya fasih berbahasa Melayu. Manakan tidak, kalau dari kecil sudah didedahkan dengan cara kehidupan orang Melayu?

"Sebab korang muda lagilah kena belajar, bukan bekerja ! " celah seorang dari belakang. Dan orangnya merupakan pemilik rumah agam ini.

"Eh Tuan Imran ! " serentak kembar itu menjerit lalu bersalaman dengan Imran.

"Ish tuan ni, kalau datang mesti suka buat orang terkejut ! " omel Edmond.

"Lah, rumah aku. Suka hati akulah " balas Imran dengan selamba.

"Kalau ye pun bagilah salam " ujar Edward pula.

Imran pun tersenyum senget.

"Assalamualaikum semua.. ".

"Waalaikumsalam, haa macam nilah karakter Indra Sujiwa yang kita dengar! Peramah.. Sopan-santun... " bodek Edmond.

"Eh tapi dik, tak cukup sempurna kalau Indra tak berpantun. Ya tak tuan? " Edward menjongketkan kening kepada Imran.

Imran pun memusingkan bebola matanya.

"Khutbah Jumaat oleh Pak Abu,
Terlihat gagah di atas mimbar,
Sudah lama tidak ketemu,
Wahai dua beradik kembar ".

Alangkah lebarnya senyuman dua beradik itu.

"Wahh, ini baru Melayu ! Melayu sejati , rancak berpuisi ! " ujar Edmond.

Imran pun menggeleng-gelengkan kepala.

"Bukan main kau orang ni ya? Dah solat zohor atau belum? " Imran bercekak pinggang.

Kedua-dua jejaka itu tersengih.

"Tuan, jadilah imam.. " pinta Edward.

"Ihh, mengada-ngada" Imran pun terus berpaling daripada mereka.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Usai menunaikan solat asar, Imran keluar dari rumahnya melalui laman belakang. Meskipun rumahnya dikelilingi hutan, Imran sudahpun arif tentang jalan untuk menuju ke sesuatu tempat.

Setelah melalui jalan hutan yang begitu sempit dan gelap dek dilindungi pokok-pokok yang begitu tinggi, akhirnya dia sampai ke satu tempat. Tempat yang lapang dan luas, iaitu pantai.

Imran melangkah lagi sehingga hujung seliparnya bertemu dengan gigi pantai. Ombak yang tenang perlahan-lahan mencium kakinya.

Imran pun mengambil tempat duduk di atas sebuah batu yang besar berdekatannya. Matanya tak lekang daripada memandang laut yang terbentang luas. Langit pun masih membiru. Tanda tak mahu bertukar senja kerana waktu pun baru menunjukkan pukul 6:30 petang.

Senaskhah Al-Quran lama ditatap sayu. Kulit coklatnya sedikit pudar, walaupun sudah beratus tahun dijaga. Selepas lama menatap, Imran pun membukanya dan menyelak helaian pada Surah Fussilat.

Imran membacanya dengan penuh merdu dan syahdu. Menggunakan alunan taranum jiharkah, alam sekitar pun turut sama mengalunkan kepada Imran sebuah ketenangan jiwa yang menyenangkan. Rambutnya elok melambai-lambai pandangan. Imran sungguh khusyuk membaca Al-Quran sehingga tidak menyedari akan kehadiran dua insan di belakang.

Edward dan Edmond setia terpacak di belakang Imran sambil tersenyum lebar. Mereka pun berasa tenang mendengar suara merdu Imran yang mendayu-dayu mengalahkan juara qari. Hampir 10 minit mereka khusyuk merenung Imran dari belakang.

Apabila Imran berpaling ke belakang, barulah dia menyedari kehadiran dua beradik itu.

"Suka dengar aku bertaranum ke? ".

Serentak itu, mereka pun tersengih.

"Malam ini lepas tarawih aku ajar".

"Yeayy" tersengih lebar dua orang belia itu.

Mereka pun berjalan meninggalkan pantai.

"Hidangan dah siap belum? " soal Imran sambil berjalan.

"Dah tuan, tinggal tunggu berbuka je " balas Edmond.

Imran pun mengangguk.

"Sedaplah lauk asam pedas tuan. Esok kita berbuka dengan menu tu lagi boleh tak? " pinta Edward dengan teruja.

"Of course, yes. Aku memang plan nak masak hari-hari. Nanti tak usahlah susah fikir menu apa ".

Mereka pun mengangguk. Tak lama kemudian si Edmond menyoal lagi.

"Sebab apa Tuan memang sukakan asam pedas ? ".

"Sebab itu lauk kegemaran kami ".

"Maksudnya? " Edward tidak mengerti.

"Nanti aku ceritakan kisahnya".

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Pada malam yang bertemankan bulan dan bintang, Imran pun telah selesai mengajar kembar itu bertaranum di dalam bilik healing. Kata Imran bilik itu sangat sesuai untuk dijadikan tempat mengajar.

"Fuh, tak sangka bertaranum ni susah" keluh Edmond.

"Kau jangan cakap gitu, dik. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa " nasihat Edward.

"Takpe Edmond. Boleh berlatih esok. Lagi bagus kalau pukul empat nanti. In sya Allah boleh dapat pahala Lailatul Qadar " Imran tersenyum tenang.

"Betul juga tu, tuan. Lagipun, hari ni malam ke 27 ! Malam ganjil! Sudah tentu ada kemungkinan malam ni malam Lailatul Qadar" Edmond tersenyum riang.

Imran pun menggangguk sambil tersenyum kecil pula. Kemudian, pandangannya beralih ke tingkap kaca di atas. Kepala didongakkan melihat bintang-bintang yang berteraburan di langit malam. Imran sengaja membina tingkap di siling bagi memudahkannya untuk mendongak ke langit, melihat ciptaan yang maha Esa.

Edward dan Edmond turut sama ikut. Mereka pun mendongak ke atas sambil menyandarkan kepala di atas sofa empuk.

"Kenapa tuan suka bulan dan bintang? " soal Edward tanpa menoleh Imran.

"Sebab... semua tu sebuah kenangan yang besar... Walaupun mereka dah tiada, aku tetap mahu mewujudkan keberadaan mereka. Supaya aku anggap mereka masih ada" Imran ketawa kecil sebelum menyambung "Tapi tulah, macam gila pun ada aku ni. Orang-orang yang dah tiada mana boleh hidup balik".

Tersentak kembar seiras itu. Mereka masih belum tahu kisah silam Imran yang sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja yang sudah didedahkan. Mereka masih tertanya-tanya apakah yang berlaku sehinggakan Imran berkata demikian.

"Purnama ni sungguh menawan dan mempesonakan. Macam si dia, yang aku gelarkannya permata berharga.. " kata Imran lagi dengan nada yang sayu.

"Sungguh aku bersyukur kerana Allah telah ciptakan alam yang serba indah ni. Aku rindu akan jasad alam ini dahulu. Aku rindu dengan kesegaran ciptaan Allah dahulu. Sebab, ciptaan-Nya tak pernah tak cantik. Selalu indah di mata, menyejukkan hati yang lara.. ".

"Alam ni dah bertahun-tahun menemani aku mengenal dunia. Alam ni tak pernah tinggalkan aku. Walaupun beribu-ribu kenalan aku dah tiada, tapi alam ni masih setia. Bulan dan bintang masih wujud. Begitu juga matahari dan pantai. Aku sedar yang dunia ni belum kiamat lagi. Sebab tu aku bersyukur sangat-sangat" Imran tersenyum pahit pula.

Dan Imran pun teruskan berkata-kata dengan luahan hatinya yang terpendam sejuta, sehinggalah dia mengantuk lalu tertidur. Edward dan Edmond pun mengambil sehelai selimut lalu menyaluti tubuh Imran yang kelihatan penat setelah puas meluah.

*
*
*
*

Al-Qadr 97:3

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

-Ada masa nanti, buatlah amal ibadah sebanyak yang mungkin pada 10 malam terakhir Ramadan. Buat banyak-banyak, banyaklah pahala yang dapat ✨

Fussilat 41:12

فَقَضَىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَاتٍ فِى يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِى كُلِّ سَمَآءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِمَصَٰبِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ

Malay - Abdullah Muhammad Basmeih

Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

- Ciptaan Allah terpaling paling hebat, sempurna dan cantik !

Peribahasa :

#Alah bisa tegal biasa
=sesuatu pekerjaan yang rumit ataupun sukar untuk disempurnakan akan menjadi lebih mudah jika sering dilakukan.

Continue Reading

You'll Also Like

3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...
309K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
99.1K 5.2K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
59K 4.5K 6
'' Abah, kenapa mak hijau abah?" MIMI ''Ahhhhh, kau diam lah anak derhaka. Aku nak masak kopi ni!'' PAK SHARIK ''Mi, mi tak paham..'' MAK PIONAH