EVA

By CIK_ZALIKHA

56.2K 5.9K 494

"Macam mana kau hancurkan hidup dia. Macam itu juga aku akan hancurkan hidup kau."-EVA EVA INAYA, hidupnya be... More

PROLOG
Bab 2
BAB 3
Bab 4
bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11

Bab 1

5.1K 539 112
By CIK_ZALIKHA

                     BEBERAPA TAHUN YANG LALU...

“ARGHHH!"
 
BERGEMA suara wanita menjerit kesakitan di dalam bilik bersalin. Doktor yang ditugaskan untuk menyambut bayi sudah bersedia berada dihujung katil. Bahkan, beberapa misi yang ada turut memberi bantuan kecil.

Berkerut wajah si doktor apabila bayi yang sepatutnya keluar, masih lagi tersekat di dalam sana. Jika dibiarkan, kemungkinan dua nyawa itu tidak dapat diselamatkan. Suasana di dalam bilik itu tak pernah sunyi daripada jeritan. Semua sedang panik.

"Doktor, saya dah bawakan Cik Eva!" Celah misi yang baru muncul bersama seorang wanita muda. Eva namanya.

Tanpa menunggu lama, Eva terus berlari mendapatkan sahabat baiknya yang sedang berperang dengan nyawa sendiri. Dia pun tidak tahu bayi itu akan terlahir hari ini. Sanggup dia merempuh segala lampu isyarat merah yang menghalang semasa di jalan raya tadi semata-mata ingin memberi semangat kepada kawannya, Iris.

"Eva... Tolong aku, Eva... sakit..." Rintih Iris, bergetar suaranya. Dahi tak henti-henti mengeluarkan cecair peluh.
Seluruh tubuh menggigil menahan kesakitan yang luar biasa. Bagaikan tulang belakangnya retak sekaligus, kulit terasa seperti dicarik-carik dengan kuku yang tajam dan bahagian vagina yang seolah-olah hendak terkoyak.

Sungguh, seksanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Lekas Eva menggenggam sebelah tangan Iris yang terkapai-kapai ingin mencarinya. Kuat.

"Iris, kau kena kuat iris! Aku ada dekat sini! Tekan sikit sahaja lagi. Jangan takut, aku ada!" Kata Eva, bersungguh-sungguh. Dia sendiri tidak sanggup melihat wanita itu menahan derita. Lebih cepat bayi itu keluar, maka cepatlah kesakitan itu hilang.

Malah si Iris menggeleng kepala dengan penuh pasrah.

"Tak boleh... Aku tak kuat..."

"Jangan cakap macam itu, Iris! Aku tahu kau boleh. Bila aku cakap push, kau tekan kuat-kuat ya?" Arah Eva. Dia tidaklah mahir dalam bidang ini, tetapi mungkin jika dia memberi kata-kata semangat. Semua urusan menjadi lebih mudah.

Iris hanya mampu mengangguk kepala. Air liur ditelan berkali-kali. Sebelah tangan menggenggam cadar katil, menakala sebelah lagi erat pada pegangan Eva.

"Okay, one... two... Three... Push!" Eva mula memberi arahan. Semerta tangannya rasa digenggam kuat. Mata Iris terpejam rapat. Muka berkerut saat dia meneran perut, menolak bayi yang tersekat di dalam rahim itu supaya keluar.

"Erghhh!" Kuat dia mengerang kesakitan. Darah mengalir keluar begitu banyak saat dia menekan dengan kuat.

"Bagus, Iris! Sekali lagi. Push!"

"Erghhh!!! Sakit...."

"Yes! Ada keluar sikit, Iris. Kau kena bertahan sikit aje lagi. Kuatkan lagi tolakan kau!" Ujar Eva, sekejap dia menjenguk ke arah bawah. Melihat ada tanda-tanda bayi itu hendak keluar dari celahan kangkang wanita itu. Doktor yang berada dihujung sudah bersedia ingin menyambut. Salah seorang misi lekas mencapai tuala berwarna putih. Keluar sahaja bayi itu, dia akan terus membalutnya.

"Satu, dua, tiga... sekarang!"

"Arghhhh!!!" Jerit Iris sekuat hati. Menggigil tangannya menggenggam cadar katil. Muka berpeluh-peluh. Gigi terketap-ketap atas dan bawah. Dia menggunakan segala kudrat yang masih tersisa, menekan perut sehingga terasa ada yang bergerak keluar.

Dan kemudian...

Bunyi tangisan bayi memenuhi ruang bilik kecemasan itu. Terus Iris letakkan kepala ke bantal. Turun naik dadanya menarik dan menghembus nafas yang tercungap-cungap. Sedikit demi sedikit tangan yang menggenggam cadar katil itu terbuka. Genggaman pada tangan Eva juga terasa lemah.

Berkaca anak mata Eva saat ini. Kepala wanita itu digosok-gosoknya sebagai tanda dia telah pun berjaya.

"You did great, Iris... You did great..." Ucap  Eva penuh sebak di dada.

Bahkan Iris tidak berkata apa. Hanya mampu menangis, bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan. Biarpun bayi itu wujud dengan hasil yang haram. Namun, Tuhan tetap memberikan dia peluang untuk melahirkan anak itu dengan mudah.

Anak matanya hanya melihat ke atas. Seolah-olah ada cahaya yang datang ke arahnya memberi petanda gembira. Bibir yang kering itu terus tersenyum. Dia reda untuk pergi.

"Cik Eva. Bayinya perempuan!" Kata si misi itu.

Eva tersenyum gembira. Langsung dia menyambut bayi yang diserahkan oleh misi itu secara berhati-hati. Comel sungguh wajahnya. Putih berseri, pipi merah. Bulu matanya lebat, kening terukir cantik. Masyallah, indah sungguh ciptaan yang maha Esa.

"Iris! Kau dapat anak perempuan. Comel macam muka kau. Tengok ni!" Ujar Eva, dia membawa bayi itu dekat dengan Iris yang berada di atas katil. Ingin menunjukkan bayi yang dilahirkan comel seperti emaknya.

Namun, wanita itu langsung tidak menoleh melihatnya. Matanya hanya memandang ke atas tanpa berkelip.

Kening Eva berkerut. Jantungnya kembali berdegup laju. Entah mengapa dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Iris?" Eva cuba memanggil nama itu.

Bahkan, tidak dijawab. Makin membuatkan Eva rasa gelisah. Wajah doktor dipandang.

"Doktor, kenapa dengan Iris?! Iris, bangun iris!"

Lekas Doktor itu berlari ke sebelah katil. Diperiksa bahagian lengan dan leher wanita itu untuk merasakan sama ada denyutan nadi masih berjalan atau tidak.  Kemudian, wajah doktor itu terus berubah. Jelas menandakan berita tidak baik bakal menjengah ke telinga. Mata yang terbuka itu, disapu agar terpejam dengan sempurna sebelum kain putih ditarik menutupi seluruh muka.

Eva geleng kepala. Tak mungkin!

"Iris! Kenapa kau pergi? Iris, bangun balik!"

"Cik Eva, sabar Cik Eva!"

"Apa? Sabar? Kenapa dia yang kena pergi? Sepatutnya jantan-jantan tak bertanggungjawab itu yang harus pergi dahulu bukan dia!!!" Bentak Eva, tidak puas hati.

"Bawa bertenang cik Eva..."

"Tak guna jantan-jantan tu, dia biarkan Iris rasa terseksa sedangkan mereka boleh hidup bahagia dengan pasangan yang lain... tak guna!!!"

Tuk!

"Auch!" Eva mengaduh sakit. Mimpi pahit yang bermain sebentar tadi lenyap serta-merta. Kepala yang terhantuk dicermin kereta saat berhenti mengejut digosok-gosok perlahan. Haih, mengapa mimpi seperti itu kembali datang ke dalam lenanya?

"Maaf, Cik Eva! Tadi ada lelaki tu dia melintas secara mengejut. Saya terpaksa berhenti mengejut jugak." Kata si pemandu itu. Merayu meminta maaf atas kesilapannya tadi.

"Tak apa. Teruskan jalan." Kata Eva acuh tak acuh.

Pemandu itu mengangguk kepala tanda akur. Lantas, pemanduan pun diteruskan seperti biasa. Sampai sahaja di persimpangan, kereta pun membelok ke kanan.

Tidak sampai beberapa minit, kereta yang dipandu akhirnya berhenti apabila tiba dihadapan sebuah tadika mesra. Terus Eva melangkah keluar dari perut kereta, dengan kasut tumit tinggi berwarna hitsmnya dia berjalan penuh gaya masuk ke dalam kawasan itu. Cermin mata hitam yang dipakai ditanggalkan lalu disimpan ke dalam beg tangan mahal miliknya.

"Awak Puan Eva ya? Penjaga Aliya." Sapa wanita yang berdiri di tepi pintu tadika itu. Jelas di tanda nama yang tersangkut di dada bertulis Cikgu Yati.

Eva mengangguk kepala mengiyakannya.

"Ya, saya dapat panggilan tadi tentang Aliya bergaduh dengan budak lelaki sampai dia menangis."

"Haah, betul. Orang tua budak lelaki tu pun ada datang sekali. Mereka tuntut duit sebab Aliya tertolak anak mereka sampai luka dekat bahagian belakang kepala. Jemput masuk dulu, kita bincang di dalam."

"Sure." Seraya Eva menanggalkan kasut tumit tingginya sebelum melangkah masuk ke dalam tadika itu. Murid-murid yang lain sudah pulang. Hanya tinggal seorang budak perempuan yang sedang bermuncung mulut, dan seorang budak lelaki yang tak henti-henti menangis di dalam dakapan orang tuanya.

"Aliya." Panggil Eva.

Terus budak perempuan itu mengangkat muka memandang Eva.

"Mama!" Lantas dia bangun, berlari mendapatkan Eva. Paha wanita itu dipeluk erat.

Bahkan, kedua-dua orang tua budak lelaki itu turut bangun apabila melihat kemunculan Eva. Muka mereka nampak tidak puas hati.

"Awak mak budak tu ya? Eh, lain kali ajar anak awak tu elok-elok ya? Suka-suka hati tolak anak kitaorang sampai terjatuh kena bucu meja! Kalau jadi apa-apa yang teruk macam mana?!" Bentak wanita yang berumur 35 tahun itu, jelas geram.

"Itulah. Sampai berdarah kepala anak kami dibuatnya! Kami nak minta wang untuk rawat luka si Naufal!" Sampuk si suami kepada wanita itu pula.

Eva mengeluh kecil. Dia menunduk memandang Aliya yang masih memeluknya.

"Aliya, kenapa tolak Naufal sampai jatuh?" Soal Eva, dia mahukan penjelasan daripada Aliya terlebih dahulu sebelum mendengar kata-kata orang lain.

"Eh, yang awak tanya dia kenapa? Macamlah dia nak jujur!" Hambur Perempuan itu.

"Diam sekejap boleh? Saya tanya anak saya, bukan anak awak!" Balas Eva, geram. Terus terdiam wanita itu dibuatnya. Dia merengus sebelum berpaling ke lain.

Eva tidak peduli. Sebaliknya kembali menunduk memandang Aliya, menanti anaknya untuk bercerita perkara yang sebenar. Dia pasti, pokok tak akan bergoncang jika tiada angin yang meniupnya. Sudah tentu ada perkara yang terjadi sebelum pergaduhan berlaku.

"Naufal tu! Dia kata Aliya anak haram sebab Aliya binti Abdullah. Semua orang ketawakan Aliya tadi sebab itu Aliya tolak dia. Tapi tak kuat pun! Dia yang buat-buat jatuh sendiri!" Ujar Aliya.

Kepala Eva kembali terangkat, kini anak mata mencerun tajam melihat ke arah Naufal yang berada di dalam pelukan emaknya. Kecil besar sahaja dia memandang budak kecik itu. Berani sungguh dia berkata begitu kepada Aliya!

Bibir Eva mengetap sebelum pandangan teralih ke arah si bapa Naufal pula. Kemudian, bibirnya tersenyum sinis.

"Kenapa awak pandang suami saya macam tu? Kita sekarang tengah bincang pasal budak-budak ni!" Sampuk wanita itu.

"Sekarang baru saya tahu anak Puan dengan Encik ikut perangai siapa? Perangai bapak dia rupanya." Ejek Eva, tanpa ada perasaan takut.

Terlopong bibir wanita itu mendengarnya.

"Eh, kau cakap apa ni? Mulut tu jaga sikit!"

"Apa yang saya salah cakap? Saya cuma cakap,  anaknya ikut perangai bapak dia. Bermakna, anak Puan dengan Encik ni tak cermin diri sendiri sebelum berkata-kata." Pedas sindiran Eva sehingga mencucuk ke hati orang tua budak lelaki itu.

Langsung wanita itu mara ke hadapan penuh langkah amarah.

"Kurang ajar betul kau ni, kan?!" Tangan laju naik ingin menampar wajah Eva. Namun, tangan Eva lebih pantas menangkapnya. Dicengkam dengan kuat. Wanita itu tergamam. Mata membulat terkejut.

"Anak aku bukan anak haram. Ajar sikit anak kau supaya jaga pertuturan sebelum aku sendiri cerita dekat dia, daripada mana hasil dia dilahirkan." Sinis Eva, perlahan. Cukup diantara dia dan wanita itu sahaja yang mendengarnya. Langsung tangan yang dicengkam itu ditolak kasar sehingga wanita itu terundur ke belakang.

Jelas riak wajah kedua-dua orang tua itu berubah saat mendengar ugutannya. Sepasang suami isteri itu saling berpandangan. Bagaimana Eva boleh tahu semua itu?

Beberapa wang kertas bernilai ambil rm100 dikeluarkan dari beg tangannya sebelum dicampak tepat ke muka sang suami itu. Kasar.

"Ambillah duit tu. Cukup untuk bawa anak korang pergi klinik dan tukar tadika terus. Sudah! Jom balik, Aliya..." Ujar Eva, penuh sinis sebelum dia melangkah mencapai beg galas Aliya yang berada di kerusi. Tangan kanan budak kecil itu ditarik mengikutnya sama-sama meninggalkan tadika mesra itu.

Pintu kereta segera dibuka oleh pemandu peribadinya. Mereka langsung melangkah masuk ke dalam perut kereta.














                   “ASSALAMUALAIKUM!" Laung empat remaja berumur 15 tahun itu serentak. Masing-masing ditangan mereka memeluk buku teks. Sedia ingin mengulang kaji pelajaran untuk periksa PT3 yang semakin menghampiri. Sesekali loceng yang berada ditepi pagar rumah agam itu ditekan menandakan kehadiran mereka.

Langsung pintu gerbang automatik itu terbuka. Terhegeh-hegeh wanita tua itu menyarung selendang ke kepala sambil melangkah keluar dari rumah menyambut kehadiran mereka berempat. Datin Shima namanya.

"Ha dah sampai. Meh masuk, meh!" Pelawanya, begitu mesra.

Lantas mereka pun melangkah masuk ke dalam kawasan perumahan itu apabila diberi keizinan. Kasut dibuka sebelum mereka menuju ke dalam rumah yang besar itu. Terus mereka mengambil tempat duduk di bahagian kerusi meja yang tersedia seperti biasa.

"Sekejap ek, auntie panggil abang Ezran." Katanya. Mereka sekadar mengangguk kepala.

Kemudian, Datin Shima pun mengatur langkah ke arah tangga. Kepala mendongak melihat ke tingkat atas.

"Abang! Turun bawah cepat, diaorang dah datang ni!" Jerit Datin Shima.

"Gahhh!!!"

"Opocat mak kau!" Terkejut Datin Shima dibuatnya saat disergah dari belakang. Terus dia berpusing memandang Ezran yang sudah terbelahak melepaskan tawa. Ya Tuhan, buat terkejut sahaja! Budak ini suka sangat buat dia terkejut. Nasib lah dia tiada apa-apa penyakit.

"Ya Allah, sejak bila pula kamu turun? Terkejut mak!"

"Abang pergi dapur tadi. Nak air oren. Ta... Tapi air oren habis." Kata Ezran. Atau nama panjangnya Ezran Noar bin Dato' Hanif Mustafa. Suaranya sedikit gagap. Bukan kerana ada masalah untuk bercakap, tapi sewaktu kecil dahulu dia terkena demam panas. Oleh itu, perangainya agak kebudak-budakan. Cara pertuturan pun kadang-kadang tidak kemas. Namun, diberikan kurniaan Allah S.W.T kepadanya otak yang sangat bijak sehingga mampu membuat kelas tuisyen bagi pelajar yang tidak mahir dalam apa-apa subjek sekalipun.

"Nak air oren cakaplah dekat mak. Tu! Kawan-kawan abang dah sampai, diaorang nak belajar. Pergi sana."

"Okay. Mak buat air oren tau. De... dekat diaorang sekali."

"Iya, pergi sana lekas!"

Ezran mengangguk kepala. Langsung dia melangkah ke arah sudut belajar mereka siap terlompat-lompat lagi seperti budak-budak baru dapat gula-gula. Masing-masing sudah duduk ditempat mereka. Buku nota tersedia di atas meja.

"Abang Ezran, hari ni kita nak belajar subjek apa?" Soal Intan.

"Korang nak subjek apa?" Soal Ezran. Pen maker yang berada di atas whiteboard dicapai.

"Subjek matematik?" Cadang Danial.

"Okay. Kalau macam itu, kita belajar pasal bab algebra. Dalam buku nota yang abang bagi tu muka surat 38, tengok pada soalan, katakanlah dia bagi a dalam kurungan ada a tambah x lepastu tutup kurung dan lepastu ada lagi satu a dan dalam kurungan dia x dan xy, maka tengok a dekat sini ada berapa? Ada satu,  jadi a², dan sini ada x² dan Xy. Maka sini bawa ke kanan, so kena tolak..."

"Jab! Sabar bang, muka surat pun belum buka lagi ni!" Kelam-kabut mereka menyelak helaian buku nota matematik itu. Laju sungguh lelaki itu menerangkan tentang algebra. Dipapan putih sudah terconteng panjang jalan kerjanya. Namun, satu habuk pun mereka tidak faham.

"Ni tolak yang ini, lepastu ni kena tambah yang ini! Dan inilah jawabnya. Siap!" Ujar Ezran. Pen maker ditutup. Dia menoleh memandang ke arah pelajar-pelajarnya siap tersenyum bangga.

"Faham?"

"Faham apanya, bang? Kami buka buku pun belum abang dah bagi karangan." Kata Nazri. Sampai tergaru-garu kepala dibuatnya. Pening.

"Oh ya ke? Maaf. Abang tak perasan. Hihi." Katanya. Siap tersengih lagi.

"Ezran, ni mak dah buat air oren. Korang pun minumlah ya." Sampuk Datin Shima yang baru muncul bersama dulang berisi beberapa gelas air oren sebelum diletakkan ke atas meja.

"Terima kasih, auntie." Ucap mereka serentak.

Datin Shima sekadar tersenyum sebelum berlalu pergi.

Mereka pun bangun mengambil air oren dan kembali ke tempat duduk. Berehat sebentar.

"Lepas minum air, kita sambung belajar." Kata Ezran sebelum air oren itu diteguk perlahan-lahan.

"Bang, kita ni dah selalu sangat belajar. Apa kata hari ni abang buka topik lain pula?" Cadang intan. Rakan-rakannya yang lain mengangguk kepala tanda menyokong.

Kening Ezran berkerut. Air oren yang telah habis diminum diletakkan ke atas dulang semula.

"Topik apa?"

"Abang tengok tak drama baru yang viral tu? Kisah lelaki tu bercinta dengan perempuan autisme. Best gila!" Ujar Haura, mula membuka topik baru untuk dibualkan.

"Oh, cerita tu! Aku ada tengok!" Sampuk Intan.

"Best, kan?"

Intan mengangguk kepala mengiyakannya.

"Bila tengok cerita tukan, Haura automatik teringatkan abang. Watak perempuan tu lebih kurang macam abang. Bendul tapi bijak. Tapi lelaki tu tetap terima perempuan tu seadanya. Sweet betul!" Ujar Haura. Tersenyum-senyum dia saat terbayangkan drama episod semalam.

"Agak-agaknya, kalau abang Ezran bercinta akan jadi macam cerita tu tak?" Soal Danial pula.

Serentak mereka berpaling memandang ke arah Ezran. Menantikan jawapan.

Terkulat-kulat dia mahu menjawab. Sekejap kepala yang tidak gatal digaru.

"Abang tak tahulah. Abang tak pernah bercinta. Abang Zahrin aje yang pernah." Balas Ezran.

Kening mereka berkerut.

"Kenapa? Takkan tak ada perempuan yang nak dekat abang? Abang ada rupa tahu tak? Mustahillah tiada yang berkenan!" Kata Intan.

Bahkan Ezran menggeleng kepala.

"Bukan tak ada yang nak. Tapi mak abang yang tak benarkan. Dan dulu pun abang pernah buat permintaan nak kahwin..."

"Habis? Apa yang jadi?" Laju sahaja Haura menyampuk. Macam menarik sahaja untuk didengar. Langsung mereka  menggerakkan kerusi supaya lebih dekat dengan lelaki itu untuk lebih fokus.

"Waktu tu..."

Terus bayangan dikepalanya memainkan semula detik-detik itu. Dimana suasana waktu itu sangat meriah. Kawasan belakang rumah yang dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni, belon yang digantung pada setiap sudut. Manakala meja panjang elok tersusun di penjuru kanan dan dihidangkan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan.

Bahkan, ahli pemain muzik juga turut diupah bagi menghiburkan tetamu. Tatkala kanak-kanak yang dibawa bersama orang tua mereka elok bermain kejar-mengejar disekitar kawasan itu.

Sehinggalah tibanya tepat pukul 12 malam. Masing-masing berkumpul dibawah pokok besar yang dipasangkan lampu. Digantung banner besar bertulis 'Selamat Hari Jadi kepada Ezran untuk kali ke 27.'

"Selamat hari jadi..." penghujung lagu disambut dengan tepukan. Langsung Ezran menunduk meniup lilin yang bernyala diatas kek dua tingkat itu.

Sekali lagi mereka menepuk tangan.

"Tahniah, Ezran! Dah besar kamu sekarang." Puji rakan ibunya, Puan Laila. Ezran hanya tersengih menampakkan gigi. Sesekali topi kon yang senget itu dibetulkan.

"Sebagai tanda hari jadi ke 27, abang. Mak dengan ayah nak tunaikan permintaan abang. Abang daripada dulu lagi tak pernah minta apa-apa, oleh itu sekarang abang berhak minta apa sahaja. Cakap aje, nak mainan ke? Nak pergi waterpark ke? Mak dengan ayah akan bawa nanti." Ujar Datin Shima, siap menawarkan Ezran untuk membuat permintaan lagi. Disaksikan tetamu sebagai bukti perjanjian mereka.

Bersinar mata lelaki itu mendengar. Dalam masa yang sama, dia agak sedikit terkejut. Benarkah dia boleh minta apa-apa sahaja? Sesekali wajah Datin Shima dan Dato' Hanif dipandang. Mereka mengangguk kepala seolah-olah sedia menerima apa sahaja permintaan yang bakal keluar.

Ezran diam sebentar. Memikir.

Tik! Tok! Tik! Tok!

Lima minit juga dah berlalu. Mereka masih sabar menunggu. Pasti susah untuk Ezran membuat permintaan yang cuma berlaku beberapa tahun sekali.

"Ermmm..." Anak mata Ezran meliar ke segenap kawasan. Tercari-cari sesuatu yang dia belum miliki. Langsung anak matanya terhenti ke arah abangnya, Zahrin yang sedang bermesra dengan seorang wanita dihujung sana. Mereka nampak bahagia. Siap bergelak tawa sambil main cubit-mencubit.

Entah mengapa, hati ini tiba-tiba sahaja terdetik untuk merasakan perasaan seperti itu. Dia tidak pernah lagi bermanja dengan mana-mana perempuan, selain Datin Shima. Manakala abangnya pula, setiap hari boleh dikatakan bertukar-tukar wanitanya. Mungkin abang Zahrin terlebih nakkan kasih sayang kut?

Tapi, dia tidak mahu tamak. Satu pun jadilah.

"Ab... Abang nak..." Anak mata mula beralih ke arah Datin Shima.

Emaknya masih lagi tersenyum menanti.

"Abang nak apa, sayang?" Soal Datin Shima.

"Cakap aje, kami akan tunaikan." Celah Dato' Hanif. Meyakinkan hati Ezran untuk membuat permintaan.

"Ab... Abang nak..." Lantas dia menunduk sedikit, ingin berbisik ditelinga Datin Shima. Malu pula nak beritahu dihadapan tetamu.

"Isteri." Katanya. Kemudian, Ezran kembali berdiri tegak. Bibirnya tak henti tersengih daripada tadi. Tatkala Datin Shima kelihatan tercengang.

"Dia minta apa, sayang?" Soal Dato' Hanif.

Perlahan-lahan Datin Shima menoleh memandang suaminya dengan muka pucat.

"Dia nak isteri, bang." Kata Datin Shima.

Mereka saling berpandangan buat beberapa minit. Terdiam.

GEDEBUK!

Terus sepasang suami isteri itu rebah ke tanah. Suasana yang tadinya meriah kini bertukar kecoh dan huru-hara. Ada yang pergi ambil air, ada yang siap tolong kipaskan muka mereka yang berpeluh-peluh.

"Sampai pengsan?!" Serentak mereka terkejut. Kepala tergeleng-geleng saat mendengar cerita yang begitu sadis itu.  Tak sangka, permintaan yang dianggap kecil itu boleh buatkan kedua-dua ibubapanya pengsan dan dikejarkan ke hospital gara-gara mendapat darah tinggi.

Ezran hanya mampu pasrah dan mengangguk kepala dengan begitu kecewa.

"Abang pun tak tahu apa salah abang waktu tu..."


Continue Reading

You'll Also Like

167K 13K 34
Her marriage was fixed which was an arrange marriage but she moved to London for pursuing her career and dreams and after that she would marry. But i...
4.3M 273K 103
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
299K 19.9K 20
"YOU ARE MINE TO KEEP OR TO KILL" ~~~ Kiaan and Izna are like completely two different poles. They both belong to two different RIVAL FAMILIES. It's...
222K 13.4K 15
"ဘေးခြံကလာပြောတယ် ငလျှင်လှုပ်သွားလို့တဲ့.... မဟုတ်ရပါဘူးဗျာ...... ကျွန်တော် နှလုံးသားက သူ့နာမည်လေးကြွေကျတာပါ.... ကျွန်တော်ရင်ခုန်သံတွေက...