HYDRA 187

By eynaasarah

22.3K 2K 575

#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... More

❝HYDRA 187❞
❝BAB 1❞
❝BAB 2❞
❝BAB 3❞
❝BAB 4❞
❝BAB 5❞
❝BAB 6❞
❝BAB 7❞
❝BAB 8❞
❝BAB 9❞
❝BAB 10❞
❝BAB 11❞
❝BAB 12❞
❝BAB 13❞
❝BAB 15❞
❝BAB 16❞
❝BAB 17❞
❝BAB 18❞
❝BAB 19❞
❝BAB 20❞
❝BAB 21❞
❝BAB 22❞
❝BAB 23❞
❝BAB 24❞
❝BAB 25❞
❝BAB 26❞
❝BAB 27❞
❝BAB 28❞

❝BAB 14❞

665 72 15
By eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

Dyra tersentak apabila mendengar suara AI keluar daripada beg sandangnya. Dia pantas bersandar pada dinding sebelum tangannya meraba-raba mencari earbud yang disimpan di dalam beg.

Kini, Dyra sudah menjumpainya lalu dia segera menyelitkan earbud itu melalui tepi tudung dan memakainya ke telinga kiri.

"Hydra?"

"Kҽɳαρα ƙαυ ƚαƙ ƚҽɳɠσƙ ƚҽʅҽϝσɳ?!" suara robot tegas bertanya.

"Al..pha?" tanya Dyra sebelum dia mengangkat keningnya, "kenapa dengan telefon?" Kemudian, dia mengambil telefonnya yang diset ke mod senyap daripada beg sandang. Nampaknya dia terlupa untuk menyahaktifkan butang mod senyap selepas kelasnya tamat. Dia sentiasa mengaktifkan telefonnya dalam mod senyap semasa di dalam kelas supaya tidak berdering semasa sesi belajar.

Dyra membuka skrin telefonnya dan mendapati dia telah menerima 10 mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Dyra mengimbas nombor telefon tersebut dan menyedari ia adalah daripada orang yang sama yang menghantar mesej kepadanya malam semalam. Kini Dyra baru mengetahui mesej yang diterimanya adalah daripada Alpha.

'Eԋ, ƙҽɳαρα ƙαυ αԃα ԃҽƙαƚ ʂιƚυ?'
'Bҽƚƚҽɾ ƙαυ ƙҽʅυαɾ ԃαɾι ʂιƚυ ʂҽƙαɾαɳɠ.'
'Dɾα, ƚҽɳɠσƙ ϝσɳ ƙαυ.'
'Oι σι, ʝαɳɠαɳ ρҽɾɠι ʂιƚυ!'
'Dαԋ ƙҽɳαρα ƙαυ ρҽɾɠι ƚҽɾƈҽɠαƚ ԃҽραɳ ριɳƚυ ƚυ?!'
'Kαυ ɳαƙ ɱαƚι ƈҽραƚ ƙҽ, σι!'
'Tυɾυɳ ԃαɾι ƚιɳɠƙαƚ ƚυ ʂҽƙαɾαɳɠ!'
'Dια αƙαɳ ɳαɱραƙ ƙαυ ʅαԋ!!'
'Dɾα, ƚҽɳɠσƙ ʅαԋ ƙαυ ρυɳα ƚҽʅҽϝσɳ!!'
'Tҽɳɠσƙ ϝσɳ ƙαυ, Dɾα!!'

Dyra membaca mesej daripada Alpha satu persatu sebelum dia tersentak mendengar pintu di sebelahnya semakin dihempas dengan kuat. "Sorry...telefon aku buat silent," katanya dan dia mendengar Alpha mengeluh, "Tapi...macam mana kau boleh tahu aku ada dekat sini?"

"Aƙυ ƚҽɳɠαԋ ԃҽƚҽƈƚ ʝҽʝαƙ Qιʅʅҽɾx. Tια-ƚια αƙυ ƚҽɾɳαɱραƙ ƙαυ ԃҽƙαƚ CCTV."

"CCTV?" Dyra melihat CCTV yang dipasang di sudut syiling di dalam kelas itu sebelum dia bertanya lagi, "Pintu ni tadi, kau ke yang bukak?"

"Yҽ, αƙυ ɠσԃαɱ ʂιʂƚҽɱ υɳƚυƙ υƙαƙƙαɳ ριɳƚυ." jelasnya.

"Kau ni sebenarnya...Hacker ke??" Dyra melontarkan soalan serius setelah dia cuba menggabungkan semua petunjuk dan maklumat yang dapat daripada Alpha.

"Sҽƙҽʝαρ, αɠι αƙυ ɱαʂα. Aƙυ ƚҽɳɠαԋ υʂ ʂҽƚƚʅҽƙαɳ ʂσɱҽƚԋιɳɠ." ujar Alpha yang sedang sibuk melakukan sesuatu. Dyra perasan yang dia dapat mendengar dalam earbudnya sesuatu yang berbunyi seperti seseorang sedang gigih menaip pada papan kekunci.

Kehairanan Dyra tentang bagaimana Alpha boleh mengetahui nombor telefonnya kini terjawab jika ternyata Alpha benar-benar seorang penggodam.

Ketika itu Dyra sempat memikirkan sangkaannya bahawa Alpha itu robot adalah tidak benar. Bayangannya tentang rupa Alpha seperti Wall-e hancur berkecai. Memandangkan Alpha seorang penggodam, sudah pasti dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai kebolehan teknikal menggunakan suara robot sebagai penyamaran untuk tidak mendedahkan identitinya.

Dia tidak tahu mengapa dia boleh terus membayangkan Alpha adalah robot selepas dia mendengar suara itu dan dalam banyak-banyak robot, dia boleh terus membayangkan Alpha kelihatan seperti Wall-e yang comel itu. Ini mungkin kerana dia berharap sekurang-kurangnya salah satu wajah anak buah Hydra tidaklah seram seperti Hydra dan Zorro.

Pantas Dyra menggelengkan kepala untuk menyentap khayalan dan pemikiran.

Kini, bunyi cubaan menghempas pintu telah terhenti. "Kenapa tiba-tiba senyap?" Dyra mula berdiri semula daripada bersandar di dinding dan membiarkan kakinya bergerak menghampiri pintu lalu menjenguk pada cermin kecil lutsinar sebelum mendapati lelaki itu sudah tiada.

"Dια αԃα ʅαɠι." kata Alpha yang kebetulan sempat melihat skrin rakaman CCTV yang terpapar di monitornya seolah-olah tahu apa yang tertanya-tanya di fikiran Dyra. Lelaki yang memburu Dyra kini sedang berdiri di sebalik dinding luar kelas.

"Kαυ..ʝαɳɠαɳ ƚҽɾƙҽʝυƚ αƙυ ɳαƙ αɠιƚαԋυ ɳι..." Dyra mengangkat keningnya menunggu apa yang Alpha ingin memberitahu, "...ριɳƚυ ԃҽραɳ ƙαυ ƚυ ʂҽƙҽʝαρ ʅαɠι αƙαɳ ƚҽɾυƙαƙ."

Dyra mengerutkan dahi, "Apa maksud kau?"

"Sҽƙαɾαɳɠ, υƙαɳ αƙυ ʂσɾαɳɠ αɳɠ ƚҽɳɠαԋ ɠσԃαɱ ʂιʂƚҽɱ. Qιʅʅҽɾx ρυɳ αԃα ԋαƈƙҽɾ ԃια ʂҽɳԃιɾι αɳԃ ԃια ρυɳ ƚҽɳɠαԋ ɠσԃαɱ ԃαʅαɱ ʂιʂƚҽɱ αɳɠ ʂαɱα." selepas mendengar penjelasan Alpha, baru Dyra faham bagaimana lelaki itu boleh berada di dalam kelas sebentar tadi seorang diri tanpa ditemani mana-mana pensyarah. Rupa-rupanya dia sudah pun mendapat akses secara haram daripada penggodam Qillerx.

"Dια ƚҽɳɠαԋ ʂҽԃαα υραα ɱҽɳɠɠσԃαɱ ʂιʂƚҽɱ υɳƚυƙ υƙαƙ αʅιƙ ριɳƚυ ƚυ. Aƙυ ƚҽɳɠαԋ ƈυα υɳƚυƙ ԋσʅԃ ԋαƈƙιɳɠ αƙυ αɠι ԃια ƚαƙ ԃαραƚ υɳʅσƈƙ ριɳƚυ." katanya lagi sambil jemarinya masih sibuk menekan papan kekunci.

"Tαρι ρҽɾƙαɾα υƚαɱα αɳɠ αƙυ ɳαƙ αɠιƚαԋυ ƙαυ ɳι ιαʅαԋ ƙҽɱυɳɠƙιɳαɳ ҽʂαɾ ƙҽʝαρ ʅαɠι ριɳƚυ ƚυ αƙαɳ ƚҽɾυƙαƙ αʅιƙ ʂҽα αƙυ....ҽɾɾɾɾ....αԃα ƚҽɾʂαʅαԋ ƚρҽ ɯαƙƚυ υαƚ ƈσԃιɳɠ ƚαԃι. Sσ, ʂҽƙαɾαɳɠ Qιʅʅҽɾx ԃαԋ ɳαƙ ԋαɱριɾ υɳʅσƈƙ αƙυ ρυɳα ԋαƈƙιɳɠ." sambungnya lagi sebelum matanya kembali memandang sekilas ke arah monitor yang sedang memaparkan rakaman CCTV untuk melihat Dyra yang terdiam seketika.

Mata Dyra dipejam dalam hanya beberapa saat sebelum dia menghela nafas. Kemudian, dia merenung ke arah meja-meja di dalam kelas itu. Setiap meja mempunyai set komputer lengkap yang disediakan untuk kegunaan pelajar. Dia mendapati tiada alat yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Sedang jari-jemari Alpha masih laju menekan pada papan kekunci untuk cuba melawan penggodam Qillerx, suara robotnya berdehem setelah melihat Dyra hanya berdiam diri, "Hαƈƙιɳɠ ɳι υƙαɳ ʂҽɳαɳɠ ɳαƙ υαƚ ɱαƈαɱ ƙαυ αƈα ԃαʅαɱ υƙυ ɳσʋҽʅ αƚαυ ƚҽɳɠσƙ ɱσʋιҽ. Dαʅαɱ ƈҽɾιƚα ƚυ ʂҽɱυα ɱҽɳιρυ ʝҽ σʅҽԋ ƚρҽ ʅαʝυ-ʅαʝυ ʅҽραʂ ƚυ ʂɱσσƚԋ ʝҽ ԃια ƚρҽ ƚαƙ αԃα ʂαʅαԋ αρα-αρ-" belum sempat Alpha menghabiskan ayatnya yang panjang lebar, Dyra tergelak kecil.

"Ye, aku faham. Jangan risau, aku bukan macam Hydra yang jenis nak marah-marah tak tentu pasal. Aku tahu benda tu susah." ujar Dyra yang tahu kebimbangan Alpha bahawa dia ingat Dyra akan menilai had kebolehannya.

"Hα, ʝαɳɠαɳ αɠιƚαԋυ Hԃɾα ƚαυ ραʂαʅ ɳι."

Dyra memandang ke arah CCTV. "Nampak muka aku ni macam kawan baik Hydra ke?" Dia bertanya. Memang tidak mungkin dia serapat itu dengan Hydra untuk memberitahu hal-hal seperti ini.

"Eɱɱ ƚαƙ, ɳαɱραƙ ɱαƈαɱ ɱυƙα ɳαƙ αɠι ρҽɳαɱραɾ αԃα ʅαԋ." jawab Alpha jujur.

"Tahu pun." kata Dyra sementara tangannya sibuk membuka beg sandang di bahunya dan mengeluarkan sebatang pen.

"Kαυ ƚσʅσɳɠ ʅҽɳɠαԋƙαɳ ɱαʂα ԃια ʂҽɱҽɳƚαɾα αƙυ ƈυα ԃαραƚƙαɳ ʂҽɱυʅα αƙʂҽʂ υƚαɱα υɳƚυƙ ƙαɯαʅ ʂιʂƚҽɱ."

"Berapa lama lagi pintu ni akan terbukak?" tanya Dyra lalu memasukkan pen tadi ke dalam poket seluar belakangnya. Nasib baik Dyra memakai seluar ke kelas pada hari ni dan tidak memilih untuk memakai kain seperti biasa. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan salah seorang ahli Qillerx di siang hari seperti ini.

"Dαʅαɱ...15 ʂααƚ." jawab Alpha dengan nada robotik yang serius.

Mata Dyra kini bertukar tajam. Dia terus berjalan ke arah pintu sebelum tangannya mencengkam kuat tombol pintu dan memejamkan matanya seketika, "Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ujian yang pedih, penderitaan, takdir yang buruk, dan hinaan musuh." Dia berdoa dalam hati kemudian membuka matanya semula memandang ke hadapan. Dia redha dan bersedia menerima ujian yang bakal dihadapinya selepas ini.

Pintu tersebut telah mengeluarkan bunyi sensor yang menandakan pintu itu kini tidak berkunci. Lelaki tadi sudah pun berada di pintu depan semula. Dyra kemudiannya menahan pintu sambil memegang tombol pintu supaya memberi masa kepada Alpha untuk melakukan sesuatu.

Pintu yang ditahan Dyra ditolak oleh tangan lelaki itu sambil memulas tombol pintu dengan kasar. Dyra tidak mahu mengalah dan menolak pintu dengan sekuat hati. Ternyata kudrat lelaki itu tidak dapat ditandingi oleh Dyra. Dengan tolakan yang kuat menggunakan tenaga lelaki, dia berjaya membuatkan Dyra terundur ke belakang dan badannya dihempas ke dinding.

Lelaki itu telah menyelinap masuk ke dalam kelas lalu laju menutup pintu. Kedengaran bunyi sensor yang menandakan ia telah dikunci semula.

"Kαυ ƈυα ҽɾƚαԋαɳ!" kata Alpha yang sedaya upaya menaip kod untuk membuka pintu semula, "Hԃɾα. Dia dah σɳ ƚԋҽ ɯα untuk datang dekat kau." Hati Dyra terasa luluh setelah mendengar ayat Alpha.

Dyra menyedari ada sesuatu di tangan kanan lelaki di hadapannya. Jantung Dyra berdegup kencang dan dadanya berombak apabila dia merasai apa yang bakal dia hadapi seterusnya.

Lelaki itu menggenggam pisau lipat dan meluru ke arah Dyra. Belum sempat Dyra mengelak, matanya tajam memerhati bilah pisau yang hampir mengenai mukanya. Bagaimanapun, Dyra sempat menangkap bahagian pergelangan tangan lelaki itu yang berlapik dengan baju lengan panjang bagi mengelak pegangan lelaki itu menikamnya.

Mereka berada dalam keadaan bergelut. Tubuh Dyra dihempap bertubi-tubi ke dinding atas penolakan dan perbalahan demi menahan dan menepis pisau di tangan lelaki di hadapannya.

Namun, pada satu tahap tangan sasa lelaki itu telah menepis Dyra dengan kasar menyebabkan Dyra tercampak ke tepi berhampiran salah satu meja. Siku kanannya terkena tepi meja sebelum jatuh. Dyra mengadu sakit. Beg sandangnya sudah jatuh di atas lantai.

Lelaki itu terus menghampiri Dyra yang sedang duduk di atas lantai. Semakin dekat lelaki itu, semakin Dyra mengesot ke belakang.

Nafas Dyra bercelaru dengan degupan jantung yang laju. Risaunya melanda apabila melihat keadaan sekarang dengan pintu yang masih berkunci dan hanya mereka berdua di dalam kelas itu.

"Korang tak serik ke buat benda-benda macam ni?" suara Dyra kedengaran mendatar dan sayu. Dia menahan amarahnya yang membara.

"Kau dah tahu banyak benda, jadi kau kena terima padahnya. Aku cuma jalankan arahan." Lelaki itu kemudiannya cuba menerkam Dyra. Dyra pantas mengelak namun lelaki itu sempat menyambar kaki kanannya yang berlapik seluar. Kini Dyra sedang bergelut untuk melepaskan kaki kanannya.

Dia menepis-nepis kakinya namun cengkaman lelaki itu terlalu kuat menyukarkan Dyra untuk melepaskan diri. Sebelah tangan lelaki itu masih memegang pisau lipat.

Kini, Dyra tiada pilihan lain selain memilih pilihan terakhirnya. Kalau boleh Dyra tidak mahu menggunakan pilihan terakhirnya kerana berbuat demikian adalah sesuatu yang kejam baginya, tetapi itulah cara terbaik untuk dia mempertahankan diri.

Sebelum lelaki itu mahu menghayun pisau untuk menikam Dyra, Dyra lantas menyelitkan tangannya untuk mengeluarkan pen daripada poket belakang.

Lalu, dia menekan kepala pen supaya pen mata bola terkeluar dari hujung pen sebelum Dyra pantas menghayunkannya ke hadapan sehingga mencucuk kuat belakang tangan kiri lelaki yang memegang kaki kanannya.

Lelaki itu terus melolong kesakitan. Hayunannya turut terhenti. Serentak itu, jelas di mata Dyra, darah merah pekat mula memercik dan mencurah keluar daripada tangan lelaki itu.

Dyra mengetap gigi. Percikan darah terkena tangannya. Dia menahan rasa tidak suka dengan tindakannya tetapi dia terpaksa melakukannya.

Tanpa menghiraukan kesakitan lelaki itu, Dyra melepaskan tangannya daripada pen setelah kakinya kini bebas daripada genggaman.

Walaupun lelaki itu sedang meringkuk kesakitan, dia cuba menyerang Dyra semula.

"Pҽɾɠι ԃҽƙαƚ ριɳƚυ ʂҽƙαɾαɳɠ, Dɾα!" sensor pintu berbunyi.

Mendengar arahan Alpha, Dyra pantas berguling ke kanan untuk mengelak daripada terkaman mengakibatkan lelaki itu rebah ke lantai. Dyra sempat menendang tangan kanan yang memegang pisau lipat menyebabkan pisau itu terlepas dan jatuh terseret ke lantai.

Kemudian, cepat-cepat Dyra bangun serentak itu Dyra mengambil beg sandangnya di atas lantai sebelum pantas berlari ke arah pintu. Lelaki yang tidak mahu tewas itu bingkas bangun dan menarik pen daripada belakang tangan kirinya sambil meraung kesakitan lalu mengambil pisaunya semula sebelum menjejaki Dyra.

Dyra terus berlari keluar dari kelas sambil menggenggam beg sandangnya untuk menuju ke arah kawasan lif dan tangga. Sebaik sahaja dia sampai ke destinasi dan membelok ke kanan melepasi dinding, tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang dan terjatuh dengan kasar di atas lantai.

Dahi Dyra berkerut dan giginya mengetap menahan kesakitan apabila dia mendarat di lantai keras kemudian dia mengangkat badannya dalam keadaan duduk. Lantas, dia membetulkan cermin matanya sebelum mendongak untuk melihat siapakah orang yang dia langgar.

Dyra tersentak apabila melihat gerangan itu ialah Neil Heidi. Perlanggaran tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada Heidi di mana hanya Dyra yang terjatuh dan Heidi masih berdiri di situ sambil merenung Dyra dengan muka hairan, "Kau dah kenapa?"

Dyra mengatur nafas terlebih dahulu sebelum bingkas bangun daripada duduknya. Namun dalam masa yang sama, Dyra terkejut apabila lelaki tadi sudah berada di belakang Heidi.

Heidi menoleh apabila terdengar bunyi tapak kasut seseorang tiba-tiba berhenti di belakangnya.

Dyra cepat-cepat mencapai dan menarik kuat jaket kulit hitam yang dipakai Heidi untuk menjauhkannya daripada lelaki yang hendak menghayun pisau lipat untuk menikamnya.

Kedua-dua tangan Dyra mencengkam beg sandangnya sebelum dia terus mengangkat beg itu untuk menahan dan menepis hayunan pisau lipat. Terasa betul pisau tajam itu mencucuk pada buku nota di dalam beg itu.

"Lari!!" jerit Dyra. Tangannya yang memegang beg sandang itu digenggam erat menahan tikaman pisau yang semakin ditolak lelaki itu. Heidi terkejut melihat situasi yang berlaku di depan matanya sekarang lebih-lebih lagi dengan tindakan Dyra yang berada di hadapannya menyuruhnya melarikan diri dari situ.

Lelaki itu menarik kembali pisau yang dicucuk pada beg sandang Dyra sebelum tangan kirinya yang berdarah masih cukup kuat untuk mencengkam kasar beg itu dan mencampakkannya ke tepi menyebabkan tangan Dyra terlepas daripada begnya. Lelaki itu meraung kesakitan kerana memaksa dirinya menggunakan tangan kirinya sendiri.

Belum sempat Dyra bertindak, lelaki itu pantas menghayunkan semula pisau di tangan kanannya ke arah Dyra. Ternyata, Heidi terus melangkah ke hadapan Dyra dan mengelak bilah yang hampir mengenai dadanya sebelum dia menangkap pergelangan tangan lelaki itu dan memulasnya menyebabkan pisau itu terlepas dan jatuh ke lantai. Lantas, kaki kanan Heidi menendang pisau di lantai untuk menjauhkannya.

"Tekan butang lif sekarang!" mendengar arahan Heidi, Dyra lantas menoleh dan menekan butang turun di tepi lif di situ.

Mahupun Dyra sudah menekan butang lif berkali-kali, lif itu tidak bergerak langsung. "Tak boleh..lif ni rosak!" Dyra memberitahu Heidi. Risau wajahnya apabila melihat Heidi. Dia tidak sangka dia boleh melibatkan Heidi dalam masalahnya sekarang.

Lelaki itu kemudiannya menghentakkan kepalanya ke kepala Heidi secara tiba-tiba membuatkan Heidi berundur sedikit ke belakang.

Lantas, Heidi melemparkan tumbukan yang kuat dan lelaki itu terjatuh. Heidi cepat-cepat pergi mengambil beg sandang Dyra di atas lantai dan berlari ke arah Dyra.

Dia memulangkan beg sandang kepada Dyra dan memberi isyarat supaya mereka keluar menggunakan tangga. Heidi terus bergerak dan menolak pintu di sebelah lif untuk masuk ke laluan tangga. Dyra mengekori Heidi dari belakang.

Ketika mereka hendak melangkah menuruni anak tangga, Heidi sempat menoleh ke belakang melihat lelaki itu sudah pun berada di belakang mereka yang pantas cuba menghayunkan penumbuknya.

Serentak itu, Heidi terus menolak Dyra ke tepi. Dyra amat terkejut dengan tindakan Heidi. Tidak semena-mena satu tumbukan menjunam mengenai wajah Heidi. Kuat. Lontaran kuat yang diberikan ketika kaki Heidi di atas anak tangga membuatkan Heidi terundur ke belakang dan terjatuh. Mendadak.

Dyra tersentak dan terkedu. Jelas di mata Dyra menyaksikan Heidi jatuh satu tingkat ke bawah melalui anak tangga yang tinggi sebelum dia mendarat. Tubuh Heidi kini tidak bergerak.

Nafas Dyra kembali bercelaru dengan degupan jantung yang laju. 'Ya Allah...apa...aku dah buat...'

Kriiiiiingggg!

Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi. Lelaki itu mula cemas lalu berlari keluar dari pintu tangga tadi, meninggalkan Dyra dan Heidi.

"H-Heidi..." Dyra terus menuruni anak tangga dengan laju untuk pergi ke Heidi.

Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti di tengah tangga apabila dia terpandang seseorang sedang berdiri di tangga setingkat sebelumnya.

Orang itu kelihatan seperti baru tiba di tingkat tersebut untuk naik tetapi langkahnya terhenti setelah melihat apa yang berlaku di depan matanya.

Dyra tergamam seketika.

"Aidi..." rintih Dyra perlahan.

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Alamak saya pulak rasa macam tak sabar nak baca bab seterusnya. Sebab next bab ni banyak scene2 favourite. Jenuh perah idea untuk create scene2 ni and after this punya hehe.

Author (Eynaa) : By the way, tertanya-tanya pulak mana Hydra? Tadi Alpha kata Hydra on the way. Dia singgah mana lah agak-agaknya.

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝘿𝙊𝘼 ini;
۞سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم۞
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil 'Azhim ("Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung.") (HR Al-Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072)

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...
908K 66.2K 85
BOOK ONE: ANNABELLA VALIANT BOOK TWO: AYDAN THE ANGELE BOOK THREE: ARYAN THE FIRST PRINCE ********** Aydan de la Ralynne. He's a Prince but also a Tr...
Quotes By -

Spiritual

25.6K 1.6K 200
YOUR DAILY SPIRITUAL PILLS ✨ Compilation of Islamic quotes & advices that I've found. Enjoy. ✓ Doa ✓ Hadith ✓ Quran verse ✓ English/Malay Islamic Qu...
3.1M 319K 89
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya m...