Ziyad Hayder

By _EISHA

844K 84.9K 13.9K

⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tun... More

𝐓𝐔𝐀𝐍 π™πˆπ˜π€πƒ π‡π€π˜πƒπ„π‘
𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆 𝐔 𝐄
Chapter -1
Chapter -2
Chapter -3
Chapter -4
Chapter -5
Chapter -6
Chapter -7
Chapter -8
Chapter -9
Chapter -10
Chapter -11
Chapter -12
Chapter -13
Chapter -14
Chapter -15
Chapter -16
Chapter -17
Chapter -18
Chapter -19
Chapter -20
Chapter -21
Chapter -22
Chapter -23
Chapter -24
Chapter -25
Chapter -26
Chapter -27
Chapter -28
Chapter -29
Chapter -30
Chapter -31
Chapter -32
Chapter -33
Chapter -34
Chapter - 35
Chapter -36
Chapter -37
Chapter -38
Chapter -39
Chapter -40
Chapter -41
Chapter -42
Chapter -43
Chapter -44
Chapter -45
Chapter -46
Chapter -47
Chapter -48
Chapter -49
Chapter -50
Chapter -51
Chapter -52
Chapter -53
Chapter -55
Chapter -56
Chapter -57
Chapter -58
Chapter -59
Chapter -60
Chapter -61
Chapter -62
Chapter -63
Chapter -64
Chapter -65
Chapter -66
Chapter -67
Chapter -68
Chapter -69
Chapter -70

Chapter -54

7K 512 12
By _EISHA

ISAAC merenung bulan di malam hari. Sambil itu, otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sekejap dia picit pelipis dahinya sekejap dia menghela nafas berat.

"Apa niat kau sebenarnya ni Daniel?"

Isaac keluar dari perut kereta lalu dia terus mendekati Daniel yang sedang berdiri tegak dan menghadap keindahan kota di malam hari. Isaac berdehem. Daniel terus toleh ke belakang bersama dengan senyuman yang sangat misteri.

"Apa yang kau nak?" Soal Isaac. Sungguh dia lelah. Pagi uruskan majlis pernikahan Ziyad dan Sarah. Baru nak berehat waktu malam, tiba-tiba rasa tak sedap hati apabila secara tiba-tiba Daniel kongsikan live location kepada Isaac dan mengarahkan Isaac segera tiba di lokasi itu kalau tidak mahu perkara buruk berlau pada Sarah.

"Ingat kau tak nak datang, kawan lama." Ujar Daniel mendatar. Isaac selukkan tangannya ke dalam kocek seluar lalu dia menghela nafas kasar.

"Straight to the point jelah. Kau mengganggu waktu aku, kau faham tak? Orang macam kau ni sebenarnya kena sedar diri. Orang dah tak nak, kau paksa-paksa macam babun."

"Aku kesian dengan kau Isaac. Sayang Sarah macam nak mati tapi dia tak nampak effort kau pun. Dia lebih pilih Ziyad yang pernah tinggalkan dia. Kau sanggup berhenti kerja as pilot walaupun kau tak dibuang kerja macam Ziyad. What a waste."

"Aku dah malas merempit atas langit. Lagipun, dah cukup pengalaman yang aku dapat. Bawa kapal terbang bosan even duit berkepuk masuk. That's not my passion." Isaac silangkan tangannya pada dada. Dia renung wajah Daniel.

"Eh straight to the point please."

"Aku tak suka tengok Sarah dan Ziyad bahagia." Ujar Daniel mengundang tawa Isaac. Daniel selukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

"Jadi? Masalah diaorang ke masalah kau? Ke masalah aku? Hm? Masalah kau, kan? Kau nak suka ke tak suka ke, itu masalah kau. Diaorang dah kahwin, dah bahagia. Kau tu masih stuck dengan masa silam." Isaac pandang wajah Daniel.

"Jangan sibuk kejar masa silam sebab masa silam tak akan sama dengan masa yang akan datang. Move on. Learn how to move on."

***

"ASSALAMUALAIKUM abang! Good morning!" Ziyad toleh ke belakang apabila dia mendengar suara itu. Terus senyum lebar dia melihat Sarah sedang berlari anak mendekati dirinya. Ziyad terus dakap tubuh Sarah lalu kucupan dilabuhkan pada ubun-ubun si isteri.

"Waalaikumsalam sayang and good morning too. Sarah ke mana tadi? Abang bangun solat subuh, Sarah dah tak ada sebelah abang." Sarah dongakkan kepalanya melihat Ziyad.

"Hee Sarah kemas ruang tamu abang. Abang lupa semalam apa yang jadi? Hm?" Sarah cekak pinggangnya. Ziyad ketawa lalu dia cuit hidung Sarah. Acah nak jadi garang, kecil cenonet.

"Alah kacang ketot abang ni, nak marah-marah pula. Sarah yang mulakan peperangan kusyen dan bantal sofa. Abang mana boleh kalah." Ujar Ziyad lalu dia rapikan rambutnya bagi kemas.

"Abang hensem-hensem ni nak pergi mana?"

"Abang memang sentiasa hensem, sayang tak tahu ke? Abang pakai kain pelikat je pun dah hensem apatah lagi bersiap macam ni sekali." Ziyad mula masuk bakul angkat sendiri. Sarah tepuk dada Ziyad. Dasar pakcik tua berlagak!

"Abang hensem tapi dah tua. Abang dah nak 40 tahun, kan? Hahaha tua."

"Alah, tua ni juga jadi kegilaan sayang." Memerah pipi Sarah apabila Ziyad berkata begitu. Dia cucuk manja dada Ziyad.

"Abang abang..."

"Ya sayang?" Ziyad tundukkan kepalanya hendak melihat Sarah. Paling dia suka tentang isterinya itu, bukan sahaja hati tapi iris mata isterinya itu. Sangat memikat!

"Hihi, abangggg.."

"Ya sayanggg..." Ziyad sudah tersengih lebar. Ingin sahaja dia cubit pipi isterinya itu. Geram!

"Abanggg.."

"Ya sayangku, intan payungku, berlian dan rama-rama ku." Ziyad kucup dahi Sarah. Kemudian, mereka sama-sama melihat diri mereka melalui pantulan cermin. Tidak ada jarak diantara mereka berdua.

"Terima kasih sudi jadi isteri abang, sayang. Abang minta maaf sebab Sarah terpaksa hadap perangai tak semenggah abang sebelum kita kahwin." Ujar Ziyad secara tiba-tiba. Disebabkan itu, Sarah mengerutkan dahinya.

"Mana ada perangai abang tak semenggah? Semua elok jelah. Cuma abang tu, ada nakal sikit. Sikit jelah nakalnya, tak banyak."

"Sarah pun nakal juga. Degil pun. Abang rasa nak je picit Sarah bagi lumat lepastu bagi kucing makan." Ujar Ziyad. Sarah juihkan bibirnya.

"Degil dengan abang je. Saja nak uji abang boleh sabar ke tidak dengan perangai Sarah and congrats. Abang dah berjaya laluinya now I'm all yours." Sarah hadiahkan senyuman yang... menggoda.

"Sarah! Pagi lagi ni!"

"Well, it's not my problem!"

"Silly girl!"

***

DATO' HASHIM senyum sahaja melihat Sarah dan Ziyad yang sedang menuruni anak tangga sambil berborak mesra. Eryan silangkan tangannya pada dada. Daddy rampas mama daripada Eryan!

"Morning Eryan!" Tegur Sarah. Dia dekati Eryan lalu didukung tubuh Eryan. Eryan terus peluk Sarah kemudian dia tayang wajah berlagak pada ayahnya. Bluek daddy, mama, Eryan punya!

"Mama, jom sarapan. Eryan tunggu mama tau nak breakfast." Ujar Eryan. Sengaja dia mengada-ngada dengan Sarah depan Ziyad. Biar ayah dia tersiksa!

"Jom! Abang, jom breakfast. Sarah yang masak tau dengan ibu. Jom jom." Sarah tarik Ziyad sehingga ke ruang meja makan. Ziyad sudah terpinga-pinga. Sejujurnya, dia tidak selalu mengambil sarapan pagi. Selalu makan sehari sekali sahaja. Bukan nak diet cuma tak ada mood nak makan.

Mungkin lepas ini dah ada isteri, ada mood balik nak makan?

"Sarah, abang jaranglah sarapan pagi." Ujar Ziyad.

"Alah tak apa. Abang kena biasakan tahu?" Ziyad anggukkan kepalanya. Akur sahaja dengan permintaan si isteri. Nanti tak ikutkan, merajuk pula! Sarah sudahlah tipikal seorang wanita yang kuat merajuk!

Tapi tak apa, kita suka yang kuat merajuk ni!

"Assalamualaikum Ziyad." Tegur Datin Rosa sambil wanita itu meletakkan pinggan ke atas meja. Ziyad pandang wajah Datin Rosa lalu dia senyum.

"Waalaikumsalam ibu, morning." Sekadar berbahasa bak kata orang-orang tua dahulu. Ziyad duduk lalu Sarah mengambil tempat di sebelah dia. Ziyad lihat sarapan pagi yang akan dia ambil sebentar lagi.

Ada nasi lemak lah pulak!

"Sayang masak semua ni ke?"

"Haah kecuali sambal. Sarah masih tak pandai masak sambal."

"Tak apa, perlahan-lahan belajar." Pujuk Ziyad. Ziyad ambil pinggan lalu dia cedukkan nasi buat Sarah. Sarah tergamam dengan perlakuan Ziyad itu.

"Eh."

"Apa eh eh?"

"Tak... tak ada apa." Sarah tunduk. Jari kakinya menguis lantai. Jari jemari tangannya bermain sesama sendiri. Sedar akan perlakuan Sarah itu, Ziyad senyum. Dia rapatkan wajahnya pada telinga Sarah lalu dia berbisik.

"Kenapa nervous ni sayang?"

"Daddy! Jangan kacau mama nak makan! Apa kiss-kiss mama ni?" Tegur Eryan. Dari tadi dia melihat sahaja ayahnya bersama dengan ibunya. Nak bercinta depan dia pula! Mana boleh! Kalau bukan sebab dia, daddy tak akan tertarik pada mama!

"Mana ada daddy kacau. Ask atok. Atok dulu lagilah. Orang-orang yang lahir tahun 60an ni, lagilah punya bercinta kalah orang zaman sekarang. Mereka dulu bercinta tak belajar daripada novel-novel cinta, tau? Semuanya lahir dari hati sendiri." Ujar Ziyad dan disetujui oleh Dato' Hashim.

"Habistu daddy? Belajar dari novel cinta?"

"What do you think?"

"Argh! Daddy!"

"Daddy satu. Eryan kosong."

To Be Continued

Nak gaduh-gaduh tak?

Jomlah gaduh-gaduh eh? Baru best. Sweet and mendatar je, macam tidak best lah sahabat

Hehe

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 120K 51
"Daddy always said not all the people in your life will stay with you, he was right. Cause he was the first to leave." **** Bella Najwa. Kisah kanak...
22.7K 2K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. ...
1M 42.7K 72
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin d...
284K 18.6K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...