HYDRA 187

Galing kay eynaasarah

22.2K 2K 575

#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... Higit pa

โHYDRA 187โž
โBAB 1โž
โBAB 2โž
โBAB 3โž
โBAB 4โž
โBAB 5โž
โBAB 6โž
โBAB 7โž
โBAB 8โž
โBAB 9โž
โBAB 10โž
โBAB 11โž
โBAB 13โž
โBAB 14โž
โBAB 15โž
โBAB 16โž
โBAB 17โž
โBAB 18โž
โBAB 19โž
โBAB 20โž
โBAB 21โž
โBAB 22โž
โBAB 23โž
โBAB 24โž
โBAB 25โž
โBAB 26โž
โBAB 27โž
โBAB 28โž

โBAB 12โž

675 72 6
Galing kay eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

BUNYI azan subuh berkumandang yang keluar daripada notifikasi telefon menyedarkan Dyra dari tidur. Dia baru perasan yang dia sudah tertidur di atas sejadah dalam keadaan masih bertelekung selepas dia menunaikan solat isyak. Keadaan Dyra masih belum sihat sepenuhnya dan badannya masih terasa panas.

Dia tidak mengendahkan tubuhnya yang lemah lalu dia bangun untuk membersihkan diri sebelum mengambil wuduk di dalam tandas.

Selesai solat fardhu subuh, dia membuka telekung untuk menukar kepada pakaian asal dan memakai tudung serta cermin mata palsunya. Dia berjalan ke arah pintu bilik untuk keluar. Dia perasan bilik itu berkunci dan sebenarnya dia tidak ingat sama ada dia yang mengunci pintu di tengah malam.

Selepas dia membuka pintu, dia ternampak sebuah botol air mineral dan beg plastik berada di tepi pintu tersebut. Dia menunduk sebelum tangannya membuka beg plastik dan mendapati di dalamnya diisi sebungkus roti, ubat dan plaster. Keningnya diangkat tanda hairan lalu mengambil barang-barang tersebut dan dibawa masuk ke dalam bilik.

Dyra duduk di atas katil sebelum membuka sebungkus roti untuk mengalas perutnya yang kosong. "Alhamdulillah, syukur ada makanan. Lapar sangat dari semalam." katanya pada diri sendiri dan tersenyum kecil sambil perutnya diisi dengan makanan. Kemudian, matanya beralih pada beg plastik yang diletakkan di atas meja sisi katil sambil mulutnya mengunyah roti. Dia tidak menyangka dia diberi ubat demam, ubat selsema beserta plaster. Dia tersenyum kecil dan berasa berterima kasih kepada sesiapa yang memberinya.

Tidak lama selepas itu, senyumannya hilang dan memikirkan tentang apa yang dia sedang hadapi sekarang serta beranggapan apa yang akan berlaku seterusnya. Dia merasakan kebahagiaan itu belum lagi layak untuk dirasai dan dinikmati.

Selepas menghabiskan roti dan menelan ubat, dia segera bangun untuk menutup lampu dan kipas sebelum dia keluar dari bilik. Dia menuruni tangga dan melihat ruang tamu kelihatan terang dengan lampu menyala. Hydra dan Zorro sedang berada di ruang meja makan.

Zorro menoleh melihat Dyra yang baru sahaja turun. "Ha, panjang umur. Kitaorang baru je mengumpat pasal kau."

Hydra yang kebetulan sedang mengelap kuali bertentangan dengan Zorro, sengaja mengetuk kepala Zorro dengan kuali itu.

"Aduh!" kedua-dua tangan Zorro mengusap kepalanya yang menahan sakit sebelum dia memberikan pandangan tajam kepada Hydra. "Ye, ye. Aku gurau sikit je. Tu pun tak boleh."

Zorro kemudiannya kembali memandang Dyra yang masih berdiri di hadapan tangga. "Meh sini makan dulu, lepas tu aku hantar kau balik rumah. Aku masakkan Lobster dengan Steak untuk kau." Dia mengajak Dyra bersarapan.

Dyra berjalan menghampiri mereka dan melihat hanya ada nasi kosong, telur dadar dan segelas air di atas meja.

"Umm nampak sedap. Pandai kau masak Lobster dengan Steak." kata Dyra yang melayan kata-kata Zorro. Dia mengambil tempat di sebelah Zorro dan menjarakkan sedikit kerusi sebelum duduk.

Telapak tangan kanan Zorro diangkat dan diletakkan pada bahagian mulutnya yang ditutupi topeng seolah-olah membuat reaksi terharu apabila ada seseorang yang sudi melayannya.

"Banyak lah kau punya Lobster dengan Steak. Elok lah dua-dua sekepala." kata Hydra sambil meletakkan kuali yang sudah kering ke dalam kabinet kemudian dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan mereka berdua.

Dyra mengambil makanan di atas meja kemudian melihat mereka berdua sedang memandang skrin telefon masing-masing di meja makan sebelum dia mula menjamu sarapannya.

Zorro sempat memandang wajah Dyra. "Kau okay ke? Nampak muka kau ni macam tak sihat lagi." tanya dia.

"Okay sikit. Dah telan ubat tadi," jawab Dyra, "tapi ubat pill tu memang confirm bukan dadah dari Qillerx kan?" Dyra selamba melemparkan soalan runcing sambil mengunyah.

Hydra dan Zorro terus tersedak air liur masing-masing.

"Macam mintak je. Kalau nak, cakap. Kitaorang boleh bagi diskaun dekat kau." balas Zorro.

Dyra hanya tersengih sebelum dia meneruskan mengunyah makanannya di dalam mulut. Sambil itu matanya asyik melihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Hydra perasan akan kelakuan Dyra lalu bertanya, "Kau cari apa?"

"Alpha. Suara robot yang keluar dalam earbud malam semalam. Dia tak ada dekat sini ke?" Dyra tertanya-tanya bagaimana rupa Alpha. Dia tidak sangka mereka mempunyai robot yang boleh berkomunikasi dalam earbud yang dipakainya dan Dyra dapat merasakan robot itu mesti kelihatan comel seperti watak Wall-e dalam filem.

"Tak ada." Hydra hanya menjawab dengan singkat kemudian dia perasan Zorro seperti memberi isyarat kepadanya sebelum dia menukar topik. Mata kirinya separuh tajam memandang Dyra, "Kau...." Dyra mengangkat mukanya memandang Hydra yang ingin memberitahu sesuatu kepadanya, "Aku dah bagitahu dekat kau sebelum ni tapi aku nak remind balik. Aku dengan Zorro busy nak uruskan masalah kau dan tak akan selalu ada dekat dengan kau lepas ni. Kalau Qillerx datang untuk bunuh kau, kau kena hadap diaorang sendiri."

Zorro yang mendengar penjelasan Hydra hanya duduk bersandar di kerusi sambil menyilangkan tangan di hadapan dada.

Dyra mendiamkan diri. Dia faham bahawa penjelasan Hydra dengan tepat menyatakan realiti dan tahu bahawa masalah yang dia hadapi perlu ditangani sendiri. Sudah tentu mereka tidak akan selalu membantunya kerana mereka juga secara diam-diam kejam seperti Qillerx. Dyra juga tidak mahu ada sebarang kaitan dengan mereka yang dianggap pembunuh.

"Makan cepat. Lepas ni Zorro hantar kau balik rumah." Hydra menyuruh Dyra pantas menghabiskan sarapannya selepas dia melihat Dyra hanya mendiamkan diri. Kemudian, Dyra cepat-cepat mengunyah apabila mendengar ayat yang dikatakan Hydra bahawa dia akan dihantar pulang ke rumah sewanya.

KINI sudah hari ke-4 Dyra berehat di rumah sewanya. Selepas Zorro menghantarnya pulang, Dyra dapat menggunakan cuti yang diberikan oleh pihak universiti kepada setiap pelajar untuk berehat dan demamnya juga semakin berkurangan.

Ayuni mengetuk pintu bilik Dyra sebelum membukanya dan melihat Dyra sedang duduk di hadapan meja belajar sambil menyiapkan tugasan di komputer riba. "Dyra, awak dah betul-betul sihat ke? Kalau tak sihat lagi, rehat lah dulu. Assignment ni bila-bila boleh buat." tanya Ayuni yang kerisauan.

Bagaimana nak buat Ayuni tidak risau kerana apabila Dyra pulang ke rumah sewa beberapa hari lepas, Dyra mula bersin tanpa henti dan demamnya semakin teruk akibat tidak cukup rehat. Pada asalnya Dyra telah memberitahu Ayuni bahawa dia tidur semalaman di rumah ayahnya pada malam yang sebenarnya dia tidur di rumah penginapan Hydra dan Zorro. Maka, Ayuni mengharapkan agar demam Dyra semakin berkurang kerana menjangka sudah mendapat rehat yang cukup selesa di rumah sendiri. Bagaimanapun, selepas Dyra pulang ke rumah sewa, demam dan selsemanya langsung tidak berkurang.

"Alhamdulillah, sihat dah. Saya sambung sikit je lagi assignment ni. Dah nak siap dah pun." balas Dyra sambil menaip di papan kekunci.

"Ha, okay. By the way, Rayna dah settle masukkan barang-barang dia dalam bilik kosong tadi." Ayuni memaklumkan kepada Dyra.

Irasya Rayna yang telah menjadi kawan baru mereka selepas berkenalan semasa di Melaka hari itu kini telah menjadi teman serumah mereka.

Mereka mendapat tahu Rayna sedang mencari rumah sewa dan kebetulan pemilik rumah sewa mereka memerlukan penyewa baru untuk menyewa di bilik kosong di rumah itu. Apabila dalam beberapa hari ini mereka semua diberi cuti, Rayna mengambil keputusan untuk mula membawa masuk barang peribadinya ke dalam bilik kosong tersebut.

"Ha, panjang umur." ujar Ayuni apabila melihat Rayna yang sudah siap menguruskan barangnya lalu masuk ke dalam bilik Dyra. Dyra menghadiahkan senyuman manisnya kepada Rayna. Dia memang suka berkawan dengan Rayna walaupun mereka baru berkenalan di Melaka.

"Korang, jom dinner malam ni dekat Aeon Mall." ajak Rayna teruja.

"Boleh jugak! Kita raikan sempena Rayna jadi rakan serumah kitaorang." Ayuni pun teruja. Sudah lama mereka tidak keluar seperti ini. Dyra tersenyum lebar melihat mereka berdua teruja dan bersetuju untuk menyertai mereka makan malam pada hari ini.

Selepas mereka menunaikan solat Maghrib, mereka terus bersiap sebelum menuju ke Aeon Mall. Lokasi pusat membeli-belah tersebut sangat dekat dengan rumah sewa mereka yang mana mereka hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke sana.

Sampai sahaja di pusat membeli belah, mereka mula berjalan menuju ke Restoran Ayam Kepek. Tempat ini disyorkan oleh Rayna kerana ia telah menjadi viral di media sosial.

Mereka masuk ke dalam kedai dan segera memesan makanan. Tidak lama kemudian, makanan mereka sampai dan lantas menikmati hidangan masing-masing yang lazat. Seronok mereka dapat berbual tentang pelbagai perkara sambil menjamu makanan yang masih panas dan sedap.

"Tak sangka kita tinggal beberapa bulan je lagi untuk habis belajar." ujar Ayuni.

"Tulah, tak sabar nak keluar dari rumah sewa kita. Dah penat selalu tengok muka Ayuni je." sengih Dyra yang sengaja menyakat sahabat baiknya.

"Eh, pemikiran kita sama lah rupanya." Ayuni melayan usikan Dyra. Rayna tersenyum dan tergelak kecil melihat keakraban dua sahabat ini.

Dyra memandang Rayna yang sedang menikmati makanan. "Nanti awak pun habis sama dengan kitaorang ke?" tanya Dyra memandangkan mereka berdua berbeza kursus dengan Rayna.

"Ha'ah, nak ikutkan kita akan habis belajar dalam bulan yang sama nanti." jawab Rayna sebelum Dyra dan Ayuni mengangguk. Selepas mereka tamat belajar di universiti nanti, mereka bertiga hanya perlu terus mencari dan mendapat pekerjaan tetap kerana mereka sudah pun menamatkan latihan industri sebelum ini pada semester lepas.

Sedang Ayuni menjamah makanan, jari-jemarinya tidak henti meleret Instagram feed di skrin telefon. Tiba-tiba matanya terhenti dan tertumpu pada satu post yang keluar dari feed Instagramnya.

"Korang ada baca berita pasal 3 hari lepas ada kemalangan bas dekat lebuh raya sini?" tanya Ayuni. Berita tersebut sudah pun keluar sehari selepas kejadian malam itu dan Dyra juga mengetahui tentang penyebaran ini.

"Ada, bas tu meletup lepas rempuh dekat divider kan? Seorang pemandu bas lelaki dengan seorang penumpang wanita maut dalam bas tu. Kesian kita baca." Rayna bersimpati dengan kejadian yang berlaku tempoh hari di lebuh raya berhampiran.

Dyra mengangguk dan mengatakan dia juga tahu tentang kemalangan itu. Fikirannya penuh kecelaruan. Ini kerana, Dyra benar-benar mendengar dengan sangat jelas sewaktu kemalangan itu berlaku di mana terdapat bunyi tembakan antara Hydra, Zorro dan kumpulan Qillerx. Buktinya juga seorang penunggang motosikal iaitu dari ahli organisasi Qillerx turut terbabas selepas Hydra datang membantunya ketika itu.

Maka, sepatutnya berita tersebut menceritakan juga tentang beberapa orang yang tercedera atau terkorban akibat perlawanan tembak-menembak antara mereka tetapi perkara ini langsung tidak disebut di dalam berita seolah-olah kemalangan itu hanya melibatkan dua nyawa sahaja. Dyra tidak mahu meneka tetapi dia dapat merasakan seperti seseorang yang berkuasa sedang menutup beberapa kebenaran dan menyembunyikan perkara ini daripada orang ramai.

Rayna tiba-tiba teringat akan sesuatu. "Korang, kejap lagi teman saya pergi kedai Popular boleh? Saya nak beli alat tulis."

Ayuni turut bersetuju. "Alang-alang tu sama lah kita. Yuni pun nak pergi beli barang dekat situ jugak. Lepas makan ni kita pergi."

Dyra mengangguk dan mereka semua terus menikmati makan malam yang lazat itu.

Selepas selesai makan, mereka segera bangun dari kerusi dan membuat pembayaran sebelum keluar dari kedai. Semasa mereka berjalan, Dyra terasa seperti seseorang mengekori mereka dan memandangnya berkali-kali.

Dyra cuba untuk tidak mengendahkan perasaannya tetapi selepas beberapa kali Dyra cuba mengesahkan sama ada itu benar-benar hanya perasaannya, Dyra dapat mengetahui bahawa memang benar ada seseorang yang mengekori dan memerhati setiap gerak-geri mereka secara senyap.

Kini, mereka bertiga sudah sampai di kedai menjual alat tulis. Dyra mengekori Ayuni dan Rayna yang sudah pun masuk ke dalam kedai dengan perasaan tidak sedap hati.

Ayuni dan Rayna sudah berada di bahagian alat tulis. "Wah, ada promosi jualan murah!" Ayuni teruja apabila melihat jualan alat tulis di situ ada diskaun.

"Jarang-jarang berlaku ni. Bukan selalu ada promo. Nasib kita datang hari ni. Boleh beli banyak terus." Rayna turut teruja sambil membelek-belek alat tulis di situ. Peralatan alat tulis yang dijual di bawah promosi semuanya diletakkan di atas rak khas di mana kebanyakkannya disusun tanpa pembungkusan.

Dyra hanya menemani mereka berdua yang sedang merambang mata untuk memilih peralatan alat tulis di situ. Di tubir matanya yang tajam dia perasan seorang lelaki yang sering mengekori dan memerhati mereka sebentar tadi tiba-tiba datang semakin dekat ke arah mereka.

Sekelip mata Dyra mencapai dan menggenggam erat gunting yang tergantung di rak di hadapannya lalu dengan pantas menghayun ke arah lelaki itu.

Ayuni dan Rayna begitu terkejut melihat apa yang berlaku.

Mata Dyra berubah tajam. Pegangan tangan yang memegang gunting itu masih kuat. Kini ketajaman hujung gunting berada tepat 1 cm dari leher lelaki itu.

Lelaki itu terkaku sebelum perlahan-lahan menelan air liurnya. Dia memandang tepat pada mata Dyra yang tajam merenung ke arahnya.

"Kau siapa?!"

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Siapa lah agak-agaknya lelaki malang tu.

Author (Eynaa) : Semoga semua baik-baik ajee. Setakat ni okay ke? Sorryy kalau tak memuaskan. Jumpa anda semua dalam bab seterusnya!

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝙕𝙄𝙆𝙄𝙍 ini;
۞لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ۞

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
③ 𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

502K 1.7K 13
Dia hanya insan sederhana,jauh dari sempurna. Tapi yang jelas dimata ternyata bukan mengambar segala yang indah di dada . Bahagia,itu bukan dari mata...
655K 36.5K 65
Beautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Mist...
211K 16.6K 42
selamat datang ke penerbangan wany airlines โ™ก + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama ...
359 55 4
Lottie, gadis comel yang dijaga ketat oleh tiga abang protective yang juga gila. Suatu hari, Lottie yang sedang melarikan diri daripada tiga abangnya...