HYDRA 187

By eynaasarah

22.3K 2K 575

#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... More

โHYDRA 187โž
โBAB 1โž
โBAB 2โž
โBAB 3โž
โBAB 4โž
โBAB 5โž
โBAB 6โž
โBAB 7โž
โBAB 8โž
โBAB 9โž
โBAB 11โž
โBAB 12โž
โBAB 13โž
โBAB 14โž
โBAB 15โž
โBAB 16โž
โBAB 17โž
โBAB 18โž
โBAB 19โž
โBAB 20โž
โBAB 21โž
โBAB 22โž
โBAB 23โž
โBAB 24โž
โBAB 25โž
โBAB 26โž
โBAB 27โž
โBAB 28โž

โBAB 10โž

646 77 6
By eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

BAS itu dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi. Ini membuatkan Dyra hilang imbangan tetapi dia masih cuba bertahan. Dia memandang tepat ke wajah wanita yang mengacukan pistol ke arahnya. "Kau siapa?!"

Soalan Dyra tidak dijawab.

"Qillerx?" Dyra menyebut nama organisasi itu sebelum wanita itu kembali senyum sinis.

Dia sudah agak. Siapa lagi selain Hydra yang selalunya tidak teragak-agak untuk mengacukan pistol atau pisau ke arahnya dengan niat untuk membunuhnya. Tak lain tak bukan dari anak-anak buah dalam organisasi Qillerx.

"Apa yang kau nak??"

"Bunuh kau!" Wanita itu kemudiannya melepaskan tembakan ke arah Dyra. Matanya yang sudah sedia menganalisa gerak geri wanita itu membuatkan Dyra sempat mengelak dan pantas melangkah mendekatinya.

Tangan Dyra terus mencapai dan menggenggam barrel pistol yang berada di tangan kanan wanita itu dan cuba menepisnya. Pada masa yang sama, wanita itu cuba menguatkan tangannya daripada bergerak ke tempat lain dan hanya mahu mengacukan pistolnya semula ke arah Dyra.

Mereka bergelut sehingga wanita itu sanggup melepaskan beberapa das tembakan dengan harapan peluru akan terkena pada Dyra.

Dyra yang masih memegang bahagian barrel pistol daripada diacukan ke arahnya kini tubuhnya rebah bersama wanita itu akibat bergelut sesama sendiri dalam keadaan tidak stabil di dalam bas yang bergerak laju.

Sempat Dyra mengangkat kaki kanannya dan menendang perut wanita itu sekuat hati. Ini membuatkan wanita itu terundur sambil menahan kesakitan.

Dyra yang masih terduduk di atas lantai bas dan belum sempat berdiri, kembali memandang wanita di hadapannya yang kini berdiri semula sambil mengacukan pistolnya tepat ke arah Dyra.

Sewaktu itu, Dyra tidak mempunyai banyak tenaga kerana dia masih berada dalam keadaan yang tidak sihat. Dia perlu mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan tenaganya semula.

Tanpa membuang masa, wanita itu memberikan senyuman sinis lalu menarik picu pistol ditangannya.

Bagaimanapun, bunyi yang keluar dari pistol itu bukanlah bunyi tembakan yang dilepaskan. Ia adalah bunyi yang menandakan pistol itu telah pun kehabisan peluru.

Kini Dyra pula tersengih. "Colt 1911. Ada 7 butir peluru je. Tapi kau dah habiskan kesemua 7 butir tadi."

Wajah wanita itu berubah apabila dia tidak menyangka bahawa Dyra mengetahui tentang model dan butiran senjata api yang digunakannya.

Pemandu bas itu turut memandangnya melalui cermin pandang belakang apabila mengetahui pistol itu kehabisan peluru.

Bagaimana dia boleh tahu tentang pistol yang digunakan wanita itu? Tidak semua orang tahu siapa diri Dyra yang sebenarnya.

"Connected."

Dyra menyedari akan bunyi yang menunjukkan pengaktifan earbud secara tiba-tiba. Jantungnya mula berdegup kencang. Harapannya apabila mendengar kedatangan Hydra menjadi kenyataan.

Dyra sengaja memakai earbud kepunyaan Hydra yang masih disimpannya sejak dia keluar dari rumah. Walaupun Hydra sudah memberitahunya bahawa dia tidak akan campur tangan lagi dalam hal yang berkait dengan Dyra, Dyra masih cuba untuk menaruh sedikit kepercayaan kepada Hydra bahawa dia akan masih datang untuk membantunya.

Padahal Dyra tahu Hydra tidak jauh beza dengan Qillerx yang mempunyai niat jahat untuk membunuh orang. Tetapi, setakat pertemuan antara mereka berdua, Dyra masih merasakan dia boleh meletakkan kepercayaan kepada Hydra untuk menyelamatkannya apabila dia diburu oleh Qillerx.

Wajah Dyra terus berubah apabila melihat wanita itu mula berlari ke arahnya.

Belum sempat wanita itu mendekati Dyra, Dyra terdengar bunyi seperti sebuah motosikal sedang menghampiri mereka.

Tayar bas tiba-tiba meletup akibat terkena tembakan dan pemandu bas itu mula gelabah apabila dia tidak dapat mengawal sterengnya dengan baik.

Dalam keadaan bas yang tidak stabil, Dyra dan wanita itu tidak dapat mengimbangkan badan. Bas tersebut akhirnya hilang kawalan dan merempuh divider lebuh raya dengan begitu kuat kerana sebelum itu bas telah dipandu terlalu laju.

Tanpa diduga, kepala Dyra terhantuk pada kerusi penumpang yang keras di dalam bas semasa kemalangan itu berlaku dan keluar bunyi desisan yang kuat kedengaran oleh Dyra membuatkan kedua-dua matanya dipejam rapat sambil menahan kesakitan di kawasan kepala.

Semuanya berlaku dengan begitu pantas.

"- y̶r̶a̶..."

"D̶y̶r̶a̶..."

Kerana desisan yang kuat, Dyra tidak dapat mendengar dengan jelas tetapi dia dapat merasakan terdapat bunyi seperti seseorang sedang memanggil namanya.

"Dyra!"

Selepas beberapa saat, suara itu mula jelas kedengaran di dalam earbud yang dipakai oleh Dyra di telinganya.

Dia membuka mata dan cuba untuk bangun secara perlahan-lahan sambil masih melawan bunyi berdesing dan rasa sakit di kepalanya yang sudah mula reda sedikit demi sedikit.

"Dyra, kau okay tak?!"
"Kau cepat-cepat keluar dari bas tu sekarang!" arah Hydra.

"Hydra..kau dekat mana?" Dyra menanyakan keberadaan Hydra ketika dia mula melangkah keluar menuju ke pintu bas sebelum dia melihat wanita itu masih terbaring tidak sedarkan diri.

"Aku ada je dekat dengan kau. Jangan risau. Kejap lagi aku datang. Aku nak kau keluar cepat dan lari jauh dari bas ni."

Bunyi desisan itu semakin hilang dan Dyra mula mendengar bunyi tembakan di dalam earbudnya seolah-olah bunyi itu berada berhampiran Hydra.

Kemudian Dyra keluar dari pintu bas dan mula melihat sekeliling. Dia terdengar bunyi tembakan datang dari arah kiri. Dyra pantas berlari ke kanannya bertentangan dengan arah tembakan. Dia cuba berlari sekuat mungkin dalam keadaan tidak sihat dan cedera ringan selepas kemalangan itu.

Tidak sampai dua minit selepas Dyra mula berlari, tiba-tiba satu letupan kuat datang dari arah belakangnya menyebabkan Dyra secara tidak langsung berhenti berlari dan tertunduk kerana terkejut sebelum dia mengalihkan pandangannya melihat bas awam yang dinaikinya tadi sedang terbakar.

Dyra terkedu melihat keadaan yang kini berlaku di depan matanya. Kakinya terasa begitu lemah untuk bergerak.

Dyra terus teringat tentang Hydra.

"Hydra!" Dyra memanggil Hydra sebelum kakinya mula melangkah ke arah bas yang terbakar itu. Di situlah Dyra terdengar bunyi tembakan tadi dan menyangka Hydra masih berada di sana.

"Dɾα, ʝαɳɠαɳ ρҽɾɠι ʂιƚυ!"

Tiba-tiba satu suara robot keluar dari earbud membuatkan Dyra berhenti berlari serta-merta ke arah Hydra.

Dyra mengangkat keningnya. Ini adalah kali pertama dia mendengar suara robot atau suara seperti radio rosak bercakap di dalam earbud yang dipakainya.

"Zorro ke ni?"

"Bυƙαɳ, αƙυ Aʅρԋα. Kαυ ƚαƙ ρҽɾʅυ ρҽɾɠι ԃҽƙαƚ Hԃɾα. Dια ԃαɳ Zσɾɾσ αƙαɳ ԃαƚαɳɠ ԃҽƙαƚ ƙαυ ƙҽʝαρ ʅαɠι. Aƙυ ɳαƙ ƙαυ ʅαɾι ʂҽɱυʅα ƙҽ ʂαɳα ƈҽραƚ."

"Tapi..Hydra-"

Alpha melepaskan keluhan. "Bҽƚυʅʅαԋ αρα αɳɠ Hԃɾα ƈαƙαρ. Kαυ ɳι ɱҽɱαɳɠ ԃҽɠιʅ. Bαɾυ αƙυ ƚαԋυ."

Dyra terdiam seketika. Eh, robot pun boleh mengeluh? First time dengar bunyi robot mengeluh.

"Dҽɳɠαɾ ƈαƙαρ αƙυ. Pҽɾɠι ƈҽραƚ. Dιασɾαɳɠ ԃαԋ ɳαƙ ԃҽƙαƚ. Jαɳɠαɳ αɠι ԃιασɾαɳɠ ƚαɳɠƙαρ ƙαυ." Alpha memberi arahan kepada Dyra.

Dyra terus memusingkan badannya dan berlari semula ke arah yang disuruh. Dyra berlari sekuat hati sebelum dia terdengar bunyi motosikal yang dipandu laju datang dari belakang ke arahnya. Sambil berlari, dia sempat menoleh ke belakang untuk melihat sama ada penunggang motosikal itu adalah Hydra. Namun, motosikalnya berbeza dengan motosikal yang ditunggangi Hydra sebelum ini. Dyra cepat-cepat memandang ke hadapan semula untuk berlari menyangka ia adalah salah seorang ahli Qillerx. Hanya ada satu jalan utama di situ yang tidak ada jalan lain untuk dia bersembunyi memandangkan dia masih berada di tengah-tengah lebuh raya yang kosong.

Bunyi motosikal yang semakin hampir membuatkan jantung Dyra berdegup kencang.

Tidak sampai sesaat, bunyi dua kenderaan berbeza dipercayai datang daripada motosikal Kawasaki Ninja H2R yang ditunggang Hydra diiringi kereta Ford Mustang Shelby GT500 berwarna oren yang dipandu Zorro kini laju menghampiri penunggang motosikal itu dari belakang.

Hampir sahaja ahli organisasi Qillerx itu sudah menghampiri Dyra, motosikal Hydra kini berada betul-betul di sebelah motosikal lelaki itu. Dalam sekelip mata, tangan kiri Hydra yang sedang memegang sebatang kayu besbol pantas menghayun dan memukul pada topi keledar penuh lelaki itu dengan kuat dan membuatkan dia terjatuh kasar dari motosikalnya.

Motosikal lelaki itu terbabas di hadapan Dyra sebelum Dyra cepat-cepat berhenti daripada berlari dan kakinya benar-benar sudah terasa lemah lalu secara tidak langsung kakinya dijatuhkan di atas jalan.

Hydra dan Zorro terus memberhentikan kenderaan mereka dengan menarik brek dan handbrake masing-masing dalam keadaan parking secara drift.

Dyra cuba menenangkan nafasnya yang tercungap-cungap. Dia melihat lelaki yang terjatuh dari motosikal tadi masih belum bangun dan hanya terbaring di atas jalan. Kemudian, dia memandang Hydra dan Zorro yang sedang melangkah keluar daripada kenderaan mereka sebelum datang menuju ke arahnya.

Hydra melihat Dyra yang masih terduduk di atas jalan dalam keadaan tidak bermaya. Dahinya berkerut disebalik topeng lalu dia melepaskan keluhan.

"Dah, jom kita balik."

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Ada character baru ke? Nanti korang akan tahu tau kenapa. Tak boleh la nak spoil awal2^^

Author (Eynaa) : Jangan lupa vote tauuu. Thank youuu.

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝙕𝙄𝙆𝙄𝙍 ini;
۞يا حي يا قيوم۞
Yaa Hayyu yaa qoyyum
("Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal.")

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
③ 𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

3K 164 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
8.9M 468K 68
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang...
367 55 4
Lottie, gadis comel yang dijaga ketat oleh tiga abang protective yang juga gila. Suatu hari, Lottie yang sedang melarikan diri daripada tiga abangnya...
1.3M 111K 57
๐Ÿ“Œ ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...