ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.9K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang

BAB 47: Teman

342 51 23
By shirxyvki

Rudy mendesis kuat. Dia hampir menarik tangannya jauh daripada Iman tatkala kekuranya yang terluka menyentuh kapas yang lembab dengan antiseptik.

Pantas Iman mengangkat kepala. Dapat dia lihat dahi Rudy semakin berlapis menahan sakit.

"Maaf..." pohon gadis itu perlahan.

Mereka kini sudah tiba di Akademi dan berada di infirmary. Sepanjang perjalanan ke sini agak sukar. Namun syukur juga kerana selamat sampai.

Rudy menghela nafas perlahan tika Iman meminta maaf. Tak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana maka dia hanya membisu.

Sesekali dia akan mendengus lagi tika Iman sambung membersihkan lukanya. Dan setiap kali itu juga Iman akan mengangkat kepala.

Rudy cuba untuk beriak tenang seakan tindakan kecil Iman yang berusaha untuk berhati-hati itu tidak memberi apa-apa kesan pada hati adamnya. Diingatkan pada diri bahawa itu hanyalah sifat lembut semula jadi Iman yang tidak mempunyai apa-apa makna.

Kerana dia bukanlah sesiapa. Dia yang pernah melukakan hati kecil hawa itu tak layak untuk berangan istimewa.

Perut Rudy memulas dengan perasaan yang menjerat dari hati ke kepala.

Kenapa Iman?

Kepala Rudy kusut memikirkan sebab akan takdir yang berselirat ini. Dalam-dalam ramai-ramai orang, mengapa perlu Iman? Mengapa perlu dia yang datang menolong?

Hina seorang hamba jika mempersoalkan takdir. Dan Rudy sedar. Namun hati kecilnya yang kerdil dan tak berdaya itu masih mendambakan jawapan. Tak perlu banyak. Cukup sekadar melegakan keserabutan jiwa.

"Kenapa ibu jari awak..."

Rudy tersentak, tersedar dari lamunan tika suara Iman memukul gegendang telinga. Matanya terus membulat untuk sesaat. Tanpa membenarkan Iman menghabiskan soalan, dia pantas menarik tangannya.

Jantung Rudy berdetak laju. Sungguh dia lupa pasal keadaan ibu jarinya. Liur Rudy diteguk tanpa sedar. Tidak sedar tindakan drastiknya telah menyebabkan hati Iman sedikit terguris. Sesaat selepas itu, baru Rudy sedar dia terlampau gelabah.

Rudy memandang Iman yang cuba mengawal ekspresinya agar tidak nampak terlalu tersinggung. Jantung Rudy sekali lagi berdetak. Rasanya lebih tersepit dan sesak.

"Takda apa." Rudy menjawab tanpa nada, cuba berlagak tenang. Berlagak tidak perasan dengan reaksi Iman. Dia tak boleh tunjuk rasa bersalahnya. Dia takda hak. Kerana Iman tak sepatutnya tolongnya di waktu-waktu begini.

Persona beku Rudy yang dipasang itu berjaya membuatkan sukma hawa tersebut meluruh. Biarpun sudah lama Iman cuba membantu Rudy, lelaki itu masih tak mahu dia mendekati.

Degil. Itulah apa yang dapat Iman simpulkan di balik hatinya yang luka bercampur geram. Mengada dan tak guna. Sekali hati terkilan Iman mengutuk Rudy.

Dia menarik nafas perlahan, cuba juga untuk bertenang. Dan Iman mengambil satu bandage roll dari sisinya yang dia sediakan tadi.

"Aku boleh buat sendiri." Rudy berkata, cuba mencapai pembalut tersebut.

Namun Iman laju sekali melarikannya dan untuk pertama kali di infirmary itu, mata mereka bersabung. Terus jantung Iman berdegup kencang tanpa dia mahu. Dia melihat mata Rudy yang kelihatan turut sama terkedu.

"Saya kan ada," kata gadis itu, tanpa sedar.

Terhenti nafas Rudy semerta. Semakin galak pula jantungnya berombak. Namun cepat-cepat dia menyangkal perasaannya. Wajah tanpa riak dipasang.

"Kalau kau rasa ini kali pertama aku luka macam ni..."

Iman membeku sebaik mendengar suara perlahan Rudy. Dia diam melihat lelaki itu sekali lagi cuba mencapai bandage roll dari tangannya dengan tenang. Dan kali ini Iman tidak melawan.

"... kau silap." Bandage itu akhirnya bertukar tangan.

Rudy mengerling Iman sekilas dari ekor mata dan sekejap saja plastik bandage roll itu dikoyakkan dengan satu jari.

"Aku dah biasa."

Iman kekal membisu. Sekali lagi hati hawa itu terkilan dengan sikap Rudy. Bahunya terjatuh tatkala melihat ejen muda inviso tersebut membalut lukanya sendiri tanpa kekok. Lincah dan cekap.

Kurang lima minit, tangan Rudy sudah sepenuhnya berbalut. Daripada setiap jari, dibalut sepenuhnya pula ke bahagian kekura sehingga ke pergelangan.

Iman menatap balutan tersebut dengan wajah yang berkerut. Balutan itu kemas. Ketat. Macam sudah berkali-kali dilakukan.

Kalau Rudy mengatakan yang dia sudah biasa balut sendiri begitu, bermakna dia juga sudah biasa tercedera di tempat yang sama. Dan biasa itu bermakna berkali-kali.

Iman mengetap rahangnya lembut. Itu tak sepatutnya menjadi norma untuk remaja yang berumur 14 tahun.

Gadis itu kemudian merengus halus. Totebag di sisi dicapai.

"Kalau dah takda apa-apa, saya minta diri dulu," pamitnya, bangkit dan mengorak langkah pergi.

"Weyh."

Langkah Iman lantas terhenti. Kepalanya tidak terus berpusing. Namun tangannya hampir saja tergenggam sendiri.

'Weyh'? Memang tak pernah suka nama Iman ke macam mana? Kenapa susah sangat Rudy nak cakap lembut-lembut dengannya? Wajah Iman berpaling.

"Duduk," arah lelaki itu sambil memberi isyarat kepada Iman untuk duduk semula. Kening gadis itu pula yang tercantum kali ini.

Dia melihat Rudy mengambil aid-kit lalu diletakkan di sebelahnya.

"Tangan kau pun luka jugak, kan?"

Iman menghela nafas perlahan. Baru teringat alam hal itu. Tanpa sebarang bunyi, Iman kembali duduk semula di hadapan Rudy.

Sebaik tangannya dihulur, Rudy sapu sedikit ubat antiseptik di tempat lukanya. Dan kali ini, Iman pula yang mendesis pedih.

Walaupun Rudy tidak menunjukkan apa-apa reaksi, namun Iman perasan lelaki itu memperlahankan pergerakannya. Selesai meletakkan ubat, Rudy menghulurkan Iman plaster.

"... terima kasih." Iman menyambut dan terus tampal.

"Nah."

Kepala Iman terangkat tika Rudy menghulurkan sesuatu kepadanya. Dan laju saja mata gadis itu terbuntang dengan sinaran.

Dompet dia!

"Mana awak jumpa?" Laju Iman mengambil dompetnya daripada tangan Rudy. Terus berdiri kerana teruja. Suaranya tanpa sedar ternaik sedikit tinggi.

"Budak tadi curi."

Iman pantas membuka zip dompet itu. Sebaik dia yakin semua hartanya masih ada, dia menghela nafas lega. Bibirnya mengulum senyuman lebar dan syukur.

Ya, Allah. Alhamdulillah! Takda apa yang hilang. Nyawanya takkan melayang.

"Terim..."

"Siapa ambik kau?" soal Rudy tanpa nada, tidak sedar terpotong ayat Iman.

Iman terdiam seketika. Merudum hormon serotoninnya. Termati juga senyuman dia.

"Saya jalan kaki je balik rumah," jawabnya setelah menyimpan dompetnya ke dalam beg. Tidak lagi seteruja tadi.

Dahi Rudy langsung berkerut.

"Malam-malam? Bapak kau mana?" soalnya, bangkit lalu mengemas plastik-plastik sampah dan aid-kit.

Iman meneguk liurnya. Mengambil masa untuk berfikir sebelum menjawab.

"Ada... tapi ayah saya sibuk. Jadi saya jalan je la balik rumah."

"Rumah kau jauh, kan?" soal Rudy lagi dengan tak percaya. Dia menyimpan semula aid-kit ke dalam kabinet.

"Jauh ke?" Dahi Iman pula yang berlapis. "Rasa dalam 15 minit..."

"Aku teman kau." Rudy laju memotong lagi.

Terbeliak sesaat biji mata gadis itu dibuatnya.

"Eh, takpa! Awak kan kena rehat? Dah lewat ni," tolak gadis itu, mula menggelabah.

"Sebab dah lewat la aku hantar kau balik."

"Tapi..."

Rudy mengecilkan pandangan matanya. Menikam Iman sehingga terus gadis itu tidak berkata apa-apa.

Rudy berjalan terlebih dahulu. Meninggalkan infirmary.

Iman tertunduk dan merengus perlahan. Keruh wajahnya dan dia membiarkan sahaja Rudy keluar daripada bilik ini. Sungguh, dia tak suka dengan sikap dominasi Rudy yang asyik nak menang. Dengar cakap dia pun tak nak.

Melihat Iman yang masih tidak berganjak, Rudy meraup rambut dengan sebelah tangan sambil mengeluh kecil.

"Kau dah tolong aku."

Kepala Iman terangkat kembali. Memandang belakang tubuh lelaki itu. Dia melihat tengkuk lelaki itu diusap lembut sebelum tangan itu jatuh ke bawah.

"Biarlah aku tolong kau pulak."

Terkedu. Sedikit terkejut. Melihat Rudy yang sedikit berbeza daripada karikaturnya yang asal buatkan wajah Iman mengendur. Badannya juga sudah tidak menegang lagi seperti tadi.

Rudy cuma mahu berterima kasih. Dan mengenali lelaki ini, sememangnya dia tidak akan cakap depan-depan yang dia hargai pertolongan Iman. 

Iman menatap belakang tubuh ejen inviso yang setia berdiri di hadapan pintu masuk infirmary ituJelas menunjukkan yang dia masih menunggunya. Nafas Iman dihela perlahan, lalu langkahnya dibuka mendekati Rudy.

Rudy tidak membalas. Mendengar tapak kaki Iman yang melangkah mendekatinya sudah cukup buat dia tak keruan.

Rudy menahan jantungnya yang berdegup agak laju. Memang tak reti bertenang ke apa jantung dia ni?

"Solat isyak dulu. Pastu baru aku hantar kau."

Iman terdiam untuk seketika sebelum dia mengangguk. "Okey." 

Dia tak boleh solat untuk minggu ini. Tapi nak mengaku itu depan Rudy, segan la pulak. Jadi dia mengangguk saja.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

RUDY membuka langkahnya terlebih dahulu, berjalan mendahului Iman. Dia ingat jalan ini. Jalan untuk ke rumah Iman. Memandangkan dia pernah secara haramnya meminta alamat gadis itu daripada Jet.

Mereka tidak bercakap sepanjang perjalanan, namun Rudy tak semena memperlahankan langkahnya agar selari dengan gadis itu buat beberapa ketika. 

Dia mengangkat kedua-dua tangannya hingga ke paras bahu Iman. Tidak menyentuh, cukup untuk membuat dia faham dan berhenti melangkah.

"Sini." Rudy memberi isyarat kepada Iman agar berdiri di sebelahnya yang bertentangan.

Iman akur lalu bergerak tanpa suara. Sesaat saja, Rudy kini telah mengambil tempat di sebelah bahu jalan dan memastikan Iman berada di bahagian yang tidak terdedah. Selesai itu, Rudy kembali berjalan mendahului.

Iman dapat rasakan wajahnya sedikit berbahang dengan tindakan kecil Rudy. Bibirnya terketap sendiri, cuba untuk tidak terjatuh hati untuk kali ke berapa untuk tahun ini.

"Uit! Dating ke tu?"

Iman menoleh ke sisi. Berderau darahnya semerta. Dua orang lelaki di atas motor asyik merenung mereka dengan senyuman yang meleret.

Rudy pantas mendekati Iman, spontan mengangkat tangannya ke belakang tubuh kecil gadis itu. Sama seperti tadi, tidak menyentuh. Sekadar ingin melindungi. Mata Rudy ditajamkan, menikam lelaki rempit tersebut.

"Ish, garangnya boyfriend." 

"Takda siapa nak culik la." 

"Dating elok-elok."

Berdesing telinga Iman mendengar. Menusup sampai ke jantung. Dia melihat saja dua orang lelaki asing itu merempit jauh ke depan. Berasap sungguh rasa.

Inilah sebab Iman tak mahu Rudy menghantarnya pulang. Terutama sekali malam-malam begini. Mestilah orang akan fikir yang bukan-bukan. Walaupun niat Rudy itu baik, tapi Iman tetap rasa bersalah. Bukannya dia tak pandai jaga diri.

Tak semena Iman tersentak tika telinganya menangkap bunyi zip. Dia melihat Rudy sudah menanggalkan hoodienya, mendedahkan hanya t-shirt putih berlengan pendek pada tubuh lelaki itu.

"Pakai ni," suruh Rudy seraya menghulurkan hoodienya.

Kening Iman tercantum, kehairanan. "Untuk?"

Rudy berdecit. Banyak soal la pulak.

"Takda la kena kacau lagi dengan mana-mana jantan. Cepatlah." Dia meletakkan hoodienya di atas kepala Iman.

Malas dia tunggu Iman menyambut. Lambat. Kalau tak dipaksa, takdanya Iman nak pakai.

Iman menjerit halus tika hoodie Rudy disangkut pada kepalanya. Dia mendengus kecil, menarik hoodie itu dengan. Iman menikam belakang tubuh Rudy.

Huh! Kasar betul. Omel hati perempuan Iman sambil menyarungkan juga hoodie besar itu pada tubuhnya.

"Cover sekali kepala kau tu. Kau nak orang nampak kau pastu tegur aku kasi kau pakai hoodie aku pulak ke?" bebel Rudy membuatkan Iman berdecit kuat. Menyampah betullah.

"Yalah, nak cover la ni. Cakap baik-baik, tak boleh ke?" lawan Iman dengan muka cemberutnya, namun tetap juga menaikkan hood untuk menutup kepalanya.

Rudy sekadar menjeling Iman dari bahu sebelum menjuling ke atas. Makin bertambah geram hati gadis itu dibuatnya. Tak guna.

"Jangan jauh sangat."

"Ya." Iman pantas bersuara akur. Tidak kasar namun tidak juga lembut.

Iman perhati hoodie Rudy pada tubuhnya. Terlalu dan sememangnya oversized. Hud dia hampir benar-benar menyembunyikan wajah gadis itu. Lengan hoodie pun besar, maka dia hanya biarkan hoodie itu tersangkut pada bahu sahaja.

Sedang Iman berjalan di belakang Rudy, dia terasa pehanya dihentak lembut dengan sesuatu yang ada di dalam poket hoodie ini. Keningnya tercantum beberapa ketika.

Fokus Iman terganggu. Tangannya cuba diseluk masuk ke dalam poket itu namun segera terhenti tika suara Rudy memecahkan suasana.

"Weyh."

Malas-malas Iman mengangkat kepalanya memandang Rudy. Tenaga yang diperlukan untuk Iman agar tidak membuat muka menyampah sangatlah banyak.

"Ya?" Malas-malas juga Iman menyahut. Weyh, weyh. Cuba sebut nama orang. Sedaplah sikit dengar.

"Jalan ni ramai lelaki melepak," kata Rudy membuatkan Iman memandang sekumpulan lelaki dewasa yang bermotor sedang memonopoli kawasan lorong utama yang menjadi laluan ke rumahnya.

Terus bulu roma gadis itu merinding. Ah, ini yang tak suka ni.

"Kau tau jalan lain tak?"

Iman mengangguk. "Ada. Tapi jauh sikit."

"Takpa. Jom." Rudy menggeleng kecil lalu membuka tangannya ke belakang tubuh gadis itu dan memberi isyarat agar berpatah balik.

Iman hanya menurut tanpa banyak bunyi. Liur diteguk tanpa dia mahu dek jantungnya yang berdegup laju dengan keprihatinan Rudy. Berkali-kali Iman mengingatkan dirinya bahawa semua ini tiada makna. Hanya membalas budi.

"Terima kasih." Iman bersuara di tengah-tengah keheningan malam.

Kali ini dia dan Rudy memang berjalan sebelah-sebelah kerana lelaki itu tidak begitu kenal dengan kawasan baru ini.

Rudy sekadar mengangkat bahunya ke atas. "Takda hal. Kau kan perempuan."

Iman tersenyum kecil.

"Walaupun awak tahu saya juara Wushu antarabangsa?" soal Iman saja ingin mengurangkan ketegangan antara mereka. Namun tak semena, Iman mendengar dengusan halus daripada lelaki itu.

"Juara tak juara, kau tetap perempuan, Iman. Kuat mana pun kau, kau perempuan."

Demi sahaja kekata itu terlucur, Iman tersentak. Tidak terfikir pula dia yang Rudy akan berkata sedemikian. Terus saja perut gadis itu terasa seperti terhempas.

Melihat Iman yang semerta bisu, Rudy mula gelabah. Terus diteguk liurnya. Dia tak bermaksud hendak menyinggung perasaan Iman. Dia hanya mahu melindungi. Aih... melindungi? Rudy merengus lagi. Dia pun tak tahu apa yang dia nak.

"A... aku... tak cakap yang kau ni... lemah." Rudy mula berbicara dengan nada cemas.

"Aku pun kalau lawan dengan kau, belum tentu boleh menang kalau takda Roza," kata lelaki itu membuatkan Iman terkedu pula.

"Tapi kan elok kalau kau jalan berteman." Sebaik saja ayat itu terlucur Rudy terbeku sendiri. Langkahnya juga turut berhenti. 

Kejap, bukan. Macam tak sesuai je bunyi. Kepala Rudy sudah mula tak betul. Dia semakin gelabah. Tambah pula Iman pun sudah memandangnya dengan riak hairan.

Semakin kencang jantung Rudy sebaik bertentang mata dengan gadis itu. Pantas matanya dialihkan. 

"Tak, bukan... me... memanglah aku ni lelaki. Tapi kau kenal aku, kan?" Rudy cuba menjelaskan dirinya agar Iman tak salah anggap. Tapi makin tak betul pula ayat yang keluar daripada mulutnya.

Dan dia sedar yang dia semakin mengarut. 

"Kalau aku... tapi aku takkan... tapi kalau aku..." Rudy rasa macam nak tumbuk diri sendiri. Dia menghela nafas berat sambil meraup wajahnya sehingga ke rambut. 

"Kau bunuh je la aku." Dengan nada yang perlahan, Rudy berkata. Fed up sangat bunyi.

Iman tergelak perlahan dari tepi. Terus membuatkan Rudy mengetap bibirnya kuat. Matanya juga sudah terkatup dengan telinga yang jelas berona merah.

Perasan yang Rudy makin bertambah malu, Iman sedaya upaya cuba meredakan tawanya.

"Tak... bukan. Saya bukan gelakkan awak. Cuma..." Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan dirinya.

"Banyak awak cakap dengan saya malam ni," kata gadis itu pula dengan senyuman kecil. Dia memandang Rudy redup.

"Lama saya tak dengar."

Rudy tersentak. Jantung lantas beritma pantas. Lama saya tak dengar. Itu apa yang Iman cakap. Rindu. Itu apa yang Rudy faham.

Wajah Rudy membahang lagi dan kepalanya pantas berkalih ke tepi. Dia tak mahu Iman nampak wajahnya yang terkesan dengan tutur itu.

"Tapi takpa. Awak jangan risau."

"Kalau awak cuba apa-apakan saya, bukan setakat saya tapi ayah dan adik saya pun akan  kerjakan awak sekali."  Iman berkata dengan nada tenang bersama senyuman.

Terkedu Rudy sesaat sebelum dia melepaskan tawa kecil. Bahunya dijongetkan ke atas lalu kembali mengorak langkah.

"Takda masalah dengan aku," katanya bersahaja dan disambut dengan tawa halus Iman lagi. Dia juga turut sama membuka langkah.

Perjalanan mereka kembali sunyi. Tak semena, kepala Iman teringatkan satu soalan yang masih belum terjawab.

"Rudy."

Lelaki itu sekadar menggumam kecil.

"Umur awak berapa?"

Spontan dahi Rudy berkerut. Pantas dia berpaling memandang Iman. Umur?

"Asal?"

"Awak lagi muda daripada saya, kan?"

"Nak masuk dua tahun belajar sama-sama, takkan tak tahu?"

Iman terdiam seketika. Ayat Rudy kedengaran seperti dia tersinggung. Tapi dalam masa yang sama macam perli juga.

Sungguh Iman tak dapat nak tebak apa yang dirasai lelaki ini. Boleh jadi dua-dua. Rudy punya mood swing bukan boleh diteka suka-suka.

"Kenapa... awak cakap awak lagi tua?"

Dahi Rudy berkerut sesaat sebelum dia teringat peristiwa di rumah agam bulan lepas. Spontan dia menepuk dahinya sendiri secara mental. Dia betul-betul lupa pasal itu.

"Entah. Mungkin sebab kau pendek sangat, buat aku lupa." Selamba saja Rudy menjawab.

Dahi Iman berkerut tiga lapis.

"Pendek?" Gadis wushu itu tergamam.

Iman memang sedar dirinya sedikit kecil berbanding kawan-kawan perempuannya yang lain. 153 cm pada usia 15 tahun. Sangat... menyedihkan.

Tapi macam mana dengan Rudy? Lelaki ini tingginya melebihi 175 cm dan dia cuma 14 tahun! Secara ringkasnya, Iman hanyalah pada paras leher ke dagu Rudy sahaja.

"Kalau saya pendek, awak pulak apa? Tiang? Dia yang tinggi macam orang Belanda. Cakap orang."

"Bisinglah kau ni, ikan," pintas Rudy sambil berdecit halus.

"Ikan?" Sekali lagi Iman tergamam. "Awak panggil saya ikan?"

"Haah, sebab kau dengan ikan sama. Sebiji. Tambah pula dengan sut ejen biru kau tu, sesuai sangat."

Terkebil-kebil Iman mendengarnya. Apa benda yang Rudy merepek ni? Dalam banyak-banyak haiwan, ikan juga Rudy nak samakan?

"Kenapa ikan?" soal Iman perlahan sambil berdecit tak puas hati. Tak comel langsung.

"Sebab ikan kau campak air tawar ke air masin ke, dia tetap boleh hidup. Macam kaulah... berkawan dengan sesiapa pun tetap boleh jaga diri. Tak senang terpengaruh."

Terkedu. Wajah Iman mengendur sambil memandang Rudy.

"Kau macam... berenang ikut arus. Deras macam mana sekalipun, kau tak lawan. Tapi dalam masa yang sama, kau kekal duduk dalam ombak kau sendiri. Sebab tu kau tak hanyut."

Walaweh... ayat! Iman mengetap bibir sendiri. Kagum dalam masa yang sama, turut geli hati. Mana Rudy dapat ayat berfalsafah macam tu? Sudah mula membaca ke?

Terus kotak ingatan Iman teringat gambar yang diambil Jet. Gambar yang termasuk juga candid Rudy yang sedang membaca.

"Tapi tak semua ikan boleh hidup dalam air tawar dengan air masin," kata Iman sengaja kedengaran polos.

Rudy menghela nafas menyampah.

"Pandai-pandailah kau fikir kau ikan manja ke ikan kebal."

"Manalah saya tahu. Saya kan cuma ikan," jawab Iman membuatkan Rudy menjuling ke atas.

"Tak macam awak..."

"Aku apa?" Laju Rudy memintas.

"Takda apa." Iman laju menggeleng.

"Kau nak cakap aku landak?" tebak Rudy, keras sungguh nadanya.

"Saya tak cakap apa-apa." Sekali lagi Iman menidakkan.

Sekali lagi Rudy menjuling ke atas. Namun kali ini disertakan dengan keluhan kecil.

"Tapi tak salah..."

Langkah Rudy lantas terhenti lalu dia memusingkan badannya memandang Iman dengan mata yang terjegil.

Hampir meletus tawa Iman melihat muka garang Rudy. Dia cuba sehabis baik untuk tidak tertawa.

"Okey, tak, tak, tak. Saya gurau. Saya gurau." Iman menyusun 10 jarinya sambil menahan senyum sendiri.

"Gurau, gurau." Rudy menjeling Iman atas bawah. "Terasalah!"

"Oh? Awak terasa? Ada hati rupanya. Heh, maaf."

DOUBLE KILL!

Rudy mendengus kuat, memusingkan tubuh dan kembali mengorak langkah meninggalkan Iman di belakang. Sakit betul hati. Makin bertambah sakit hati tika telinganya menangkap gelak halus Iman dari belakang.

Dasar sungguh!

Sungguh Iman tak dapat menahan gelaknya walaupun dia cuba. Sengaja dia kasi panas lagi hati Rudy. Balasan!

Ada bau benda hangus, tak? Oops! Itu bau hati Rudy yang tengah terbakar la. Wakaka!

"Rudy!" Iman pantas mengejar langkah besar lelaki itu. Tak pasal-pasal tersalah jalan nanti.

"Awak..."

"Diamlah." Rudy pantas memotong gadis itu yang sudah muncul di sebelahnya. "Kalau ada orang tengok, tak malu ke? Terpekik-pekik..."

Iman tergelak lagi dengan bebelan Rudy kali ini. Garangnya dia.

"Janganlah marah, orang tua-tua kata nanti cepat tua."

"Orang tua-tua tu kau ke?" soal Rudy garang namun terselit juga nada usikan.

Termati senyuman Iman dan diganti pula dengan mata yang sedikit terbuntang. Apa?

"Aku kalau nampak tua pun tak jadi masalah, sebab hakikatnya aku lelaki," sambung lelaki itu tersenyum bongkak.

Hampir berubah muka Iman namun cepat-cepat dia mengawal riaknya. Amboi. Bangga betul.

"Dan walaupun aku lagi muda, antara kita berdua, aku lagi bijak." Makin galak Rudy membongkak tika Iman diam tak berbicara.

Iman mengetap bibirnya. Wah, wah ini lelaki... dah cukup amalan ke?

"Aih? Senyap terus? Tadi banyak sangat bunyi. Asal? Modal habis?" sindir Rudy lagi berdas-das.

Iman berdecit geram.

"Senyaplah. Kalau ada orang tengok, tak malu ke? Dia yang mula dulu, dia pula yang marah," bebelnya penuh geram.

Terlepas gelak Rudy tika Iman memulangkan baku buah keras kepadanya.

"Bila aku marah?"

"Tadi? Sampai tinggalkan saya sorang-sorang kat belakang tu, bukan marah?"

"Bukan... itu malas nak melayan kau je."

"Awak...!" Iman semakin berasap. Merah padam wajahnya menahan marah.

Terlepas juga akhirnya gelak yang ditahan-tahan oleh Rudy. Walaupun ini sudah masuk kali kedua Rudy melihat sisi Iman yang berbeza, dia tetap juga terkejut.

Rudy tak pernah tahu pula Iman yang pemalu dan pendiam ini jenis suka menyakat. Banyak cakap pula tu. Heh, takdalah ayu sangat.

Dia mengerling sekilas Iman yang di sebelah. Berbekalkan lampu jalan yang cukup terang, dia dapat lihat betapa geramnya gadis itu.

"Takyah nak marah sangat. Kau usik aku dulu, memang mendapatlah."

"Hmm, sensitif juga awak ni."

"Yalah. Ingat lelaki takda perasaan ke?"

"Saya tahulah lelaki ada perasaan. Tapi saya tak tahu awak pun ada," balas Iman, menekan perkataan 'awak'.

Rudy memandang gadis itu dari sisi, lalu rahangnya digerakkan. Menahan geram, menahan senyum.

Iman hanya memberi reaksi bangga sahaja setelah memperli Rudy. Dan Rudy akhirnya melepaskan tawa yang kecil. Sungguh adam itu sangat terhibur.

Kalau Iman macam ini selalu kan bagus. Jujur Rudy lebih suka sisi Iman yang kuat melawan berbanding diri gadis itu yang banyak berlembut.

Bukannya Rudy tak suka perempuan yang sopan. Cuma Iman yang kuat melawan lebih mencabar. Lebih seronok.

Rudy berdehem kecil pula untuk menghilangkan rasa geli hati. Macam orang gila dah senyum sorang-sorang. Nafasnya ditarik dalam-dalam, pantas mengingatkan hati adamnya.

Jangan bahagia sangat, Rudy. Jangan terlalu gembira.

Mahal bayarannya. Kau tak tahu andai kau mampu bayar atau tidak.

Dan kau pun tak tahu andai kebahagiaan yang sementara ini berbaloi ataupun tidak.

Jadi, jangan...

Jangan terlalu bahagia. Dengan sesuatu yang kau yakin tidak kekal lama.

 

 

 

 

 

 

 

═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 3.5k

Kena sound dekat mb terus update 😔🤟🏻

Continue Reading

You'll Also Like

399K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
40.6K 2.3K 45
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
28.6K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
109K 2.2K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...