Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

6K 638 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24

Chapter 25

152 9 3
By -Akio-Akeichi-

Sebaik sahaja semua orang telah kembali, mereka semua berkumpul di kantin sekolah. Di sana menjadi tempat untuk mereka bermesyuarat. Namun, pada masa yang sama, Safiyyah menatap ke sekeliling dengan tatapan waspada. Manakala Eira kekal tenang walaupun dia tahu bahawa ada yang tidak kena pada sekitar mereka. Harraz juga bersikap tenang seperti sang isteri.

"Baiklah! Sebelum tu.. aku ucapkan selamat datang pada Emir, Afwan, Suhairi, dan juga Safiyyah! Bermula dari detik ini juga.. mereka berempat akan bersama dengan kita untuk settlekan masalah yang ada di sekolah ini!" Ujar Eira seperti biasa tanpa rasa resah mahupun gelisah.

"Actually.. kitorang agak terkejut bila Eira panggil kami untuk masuk bersama.. sedangkan perancangan kita semua adalah untuk melindungi kampung dan menguruskan connection luar!" Ujar Afwan.

"Walaupun Eira tetapkan connection luar.. namun ia tidak berjalan baik seperti apa yang dirancangkan!" Jawab Eira.

"Maksud?" Tanya Suhairi.

"Empat sekampung dan tahfiz.. terkait antara satu sama lain! Walaupun punca utama di sekolah ni.. tapi.. kampung juga terkait sama! Sebab tu makhluk ni mampu bergerak sesuka hati di luar tanpa segan silu dan takut akan apa-apa!" Ujar Eira dengan serius.

"Hmm... kalau macam tu.. even kita menjadi back up luar pun.. kemungkinan untuk meminta pertolongan juga adalah mustahil! Itu maksud kau?" Teka Emir.

"Betul! Tambahan pula, makhluk tu tahu bahawa Emir ada dengan kita!" Ujar Eira.

"Hah! Betul-betul parah!" Ucap Afwan dengan wajah tidak percaya.

"So? Apa perancangan korang kali ni? Memandangkan plan awal dah kucar-kacir!" Tanya Suhairi dengan tenang.

"Sebelum tu.. aku nak setiap ketua laporkan apa sahaja yang korang dapat sepanjang keluar daripada sekolah tadi!" Arah Eira.

"Benar seperti apa yang kau inginkan Eira! Kemungkinan kes kita kali ini melibatkan sejarah hitam 4 sekampung! Dan.. memang dah ada tanda di mana kesan-kesan berlakunya ajaran sesat sudah mula menyebar! Buat masa ini, ketua kampung dan 3 kampung yang lain akan cuba membanteras penduduk yang melakukan ajaran sesat secara diam diam!" Lapor Rafia.

Rafia mengingati perkara yang ia lakukan di kampung sepanjang ia bertemu dengan ketua kampung dan tok imam tadi bersama Fatin dan Syahiril. Sebaik sahaja tiba di rumah ketua kampung, mereka melakukan pertemuan antara 3 ketua kampung yang lain secara sembunyi seperti yang diarahkan oleh Eira di dalam sampul surat yang Eira beri kepada mereka. Selepas berkumpul secara rahsia, mereka sama-sama menyiasat setiap kampung dan mencari tanda-tanda ajaran sesat yang berlaku! Setelah mengetahui bahawa adanya tanda ajaran itu, mereka semua terkejut.

Ditambah dengan bantuan Suhairi dan Afwan yang memang sering meronda kampung, memperkuatkan lagi tentang fakta bahawa ada segelintir penduduk kampung telah jatuh kepada ajaran sesat tersebut. Ajaran yang pernah membawa kemusnahan kepada sebuah kampung di masa lalu. Sejarah hitam kampung Seroja yang menyembah syaitan! Itulah yang membuat Tok Ketua dan ketua kepada 3 kampung yang lain benar-benar sakit kepala, terkejut dan tertekan akan hal yang mengejutkan ini..

"Apa yang Tok Ketua katakan?" Tanya Harraz apabila mendengarkan laporan Rafia, Fatin dan Syahiril.

"Tok kata jangan risaukan mereka! Mereka akan tangkap penduduk yang terlibat dengan sebaik mungkin dan sesenyap mungkin agar ketua mereka tidak tahu akan hal tersebut So, urusan kampung ni.. serahkan sahaja pada mereka dan mohon pada kita semua untuk selesaikannya agar kampung ini tidak lagi hadap benda-benda berdosa seperti ini!" Jawab Syahiril.

".Bagaimana pula dengan Abang Hadwan, Emir dan Fiqah?" Tanya Eira.

"Seperti yang kau duga Eira! Kita punya pagar telah dibuka dan ada pagar yang hampir rosak! Seperti ada yang cuba musnahkan pagar setiap kampung! Buat masa ni.. Abang Hadwan dan uruskan! Cumanya, kita tak tahu kalau pagar tu akan dimusnahkan lagi atau tidak memandangkan hal ini juga sangat serius!" Jawab Fiqah.

"Nampaknya hal ini tak boleh dibuat lengah lagi! Kita perlu segera menyelesaikannya!" Ujar Harraz.

"Apa yang kau jumpa dekat kubur lama, Eira?" Tanya Fatin.

"Kesan ritual kesesatan! Pondok Mak Kintan.. di luar nampak usang.. tetapi di dalam.. penuh dengan peralatan ritual!" Jawab Eira dengan serius.

Membuatkan mereka yang lain tidak mampu menahan rasa terkejut mereka akan fakta tersebut. Harraz bersikap tenang, manakala Safiyyah tidak duduk tenang. Manakala Haikal hanya berdiam diri dan Kemy hanya memerhatikan Haikal secara diam-diam. Mereka tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata akan apa yang telah berlaku. Perkara ini sungguh mengejutkan di mana sekolah tahfiz sendiri menjadi tempat pembangunan ritual lama.

"Jadi.. apa perancangan kau yang seterusnya?" Tanya Suhairi.

"Suhairi, Afwan, Kemy, dan Senior Haikal! Empat orang ini akan jadi team maklumat! Eira nak maklumat tentang sekolah tahfiz ni, peristiwa mak kintan, kejadian ajaran sesat, akhbar dan sebagainya yang related dengan kes kita kali ni!" Ujar Eira.

"Okay!" Sahut Kemy.

"Abang Hadwan, Fiqah, Rafia and Syahiril akan jadi team keselamatan! Tugas team ni akan bertumpu kepada keselamatan semua orang dan juga memastikan setiap kawasan selamat! Memandangkan ada beberapa tempat yang memang keras. Rafia dan Abang Hadwan yang akan memimpin manakala Fiqah dan Syahiril akan jadi back up jika hal paranormal berlaku.." Jelas Eira.

"Kita bekerjasama setelah sekian lama ye, Abang Hadwan?" Ucap Rafia dengan senyuman nakal sehingga membuat Hadwan tidak senang akan hal tersebut namun masih menganggukkan kepalanya.

"Untuk Fatin dan Emir akan jadi team kecemasan! Well~ memandangkan korang ni memang handal dalam pertolongan cemas dan juga Fatin juga pandai dalam perubatan ruqyah.. so korang akan jadi team kecemasan!" Sambung Eira.

"Okay, Eira!" Sahut Fatin dan Emir.

"Untuk Eira, Abang Harraz and Safiyyah! Kita akan jadi team pemimpin! Memimpin sebagai perantara dan akan menjaga semuanya agar tidak ada makhluk yang akan cuba cederakan kita sepanjang masalah ini berlaku! Memandangkan kita akan berhadapan dengan 3 makhluk sekali gus!" Ujar Eira.

"T-tiga?" Ucap Afwan yang tergagap kerana terkejut.

"Ya! Tiga yang paling kuat, yang lain adalah jin!" Jawab Eira dengan serius.

"Walaupun yang utama kuat, namun jin yang lain juga tidak boleh dikesampingkan! Tambahan pula, mereka ibarat askar yang melindungi 2 makhluk dan yang satu lagi itu berdendam!" Sampuk Safiyyah dengan santai.

"Menakutkan.." Gumam Suhairi yang meremang bulu romanya.

"Benar! Ia sangat menakutkan kerana kita akan berhadapan dengan 3 roh yang berlainan! Walaupun dahulu di sekolah Seri Setia kita berhadapan dengan dua roh yang teraniaya dan satu manusia.. kali ini lebih berat lagi!" Ujar Harraz.

"Tidak mengapa! Berat mahupun tidak.. itu adalah ujian Allah! Hanya sahaja kita mahu atau tidak sahaja menghadapinya.. So, siapa siap?" Ucap Eira.

"Mahunya tak siap! Tentu sahaja demi menjaga agama!" Sahut Fiqah.

"Kes kali ini melibatkan Islam! Sebagai umatnya, aku tak akan mundur!" Tambah Rafia.

"Allahuakbar! Aku masuk! Aku siap!" Laung Syahiril dengan semangat.

"Kami juga siap! Ini bukan kerana kami polis! Tapi ini adalah tugas sebagai seorang hamba kepada Allah yang memberikan kita Islam untuk dijaga dan dipertahankan!" Ucap Afwan yang dibalas anggukan dari Suhairi.

"Siap Eira! Mana kami tak siap! Ujian cuma berat sikit dari yang dulu! Belum cuba belum tahu!" Ucap Fatin.

"Benar! Kalau tak cuba.. selagi itu kita akan  terus berpusing di tempat yang sama!" Celah Emir dengan senyuman sedih.

Tap!

"Hanya dengan melangkah ke hadapan sahaja kita mampu bergerak terus! Itu yang terbaik!" Ujar Hadwan sambil menepuk bahu Emir yang membuatkan Emir tersenyum kecil.

"Haikal juga tak akan mengalah okay!" Sampuk Haikal dengan senyuman seribu satu senyum miliknya.

"Ugh.. kau pun kena hati-hati! Jangan cakap besar jer! Kena sampuk sikit dah lemah!" Sindir Kemy.

"Aloo~ cinta saya ni cuma risaukan saya jer kan~" Usik Haikal.

"Diamlah!" Gerutu Kemy namun pipinya tetap tersapu warna kemerahan.

Eira tersenyum apabila melihat gelagat dan semangat rakan-rakannya itu. Meskipun susah untuk menghadap kes kali ini, ditambah pula dengan kehadiran tiga roh yang berbeza-beza, kehadiran jin, dan pengamal ilmu sesat.. Namun, mereka semua sanggup menyahut seruan ujian dengan penuh berani dan tidak takut akannya. Eira tidak menafikan bahawa dia itu tidak begitu kuat.. Namun..

"Abang di sini Eira~ kita semua akan saling menyokong antara satu sama lain.. Allah juga akan sentiasa bersama dengan kita! Jadi.. jangan risau wahai isteriku.. " Bisik Harraz sambil menyentuh tangan isterinya.

Eira kembali tersenyum. Inilah yang ia maksudkan! Walaupun dirinya masih banyak kekurangan, namun Allah menghantar banyak bantuan sokongan untuk menutupi kekurangan yang ada dalam dirinya. Dari itu, ia tidak begitu takut, di tambah dengan kehadiran yang Maha Esa yang sentiasa mendengarkan luahannya 24jam, yang sentiasa bersama dirinya, tidak pernah tidur dan meninggalkannya. Itulah sumber kekuatan yang ia perlukan! Kepercayaan dirinya kepada Allah itu sentiasa ada dengannya membuat dirinya merasa kuat. Ditambah bantuan demi bantuan yang Allah hadirkan juga menjadi penguat dirinya. 

"Ya.. tidak sia-sia untuk aku berjuang di jalan ini selagi Allah itu bersama denganku!" Batin Eira dengan semangat.

Selesai sahaja perbincangan antara mereka, setiap pasukan bergerak untuk melakukan tugas mereka. Kemy, Haikal, Afwan dan Suhairi menuju ke bilik data sekolah dan memulakan kerja-kerja mereka untuk mencari maklumat. Fatin dan Emir juga mengikuti mereka memandangkan kesihatan Haikal masih belum stabil setelah disampuk kemarin. Manakala Rafia, Hadwan, Fiqah, Syahiril melakukan rondaan sekeliling sekolah. Mereka ingin memastikan lagi bahawa tidak ada apa-apa yang bahaya akan berlaku, khususnya kubur lama yang menjadi tempat ritual syaitan.

Takut jika pengamal ajaran sesat menyelusup masuk ke sekolah tahfiz sepanjang mereka melakukan siasatan terhadap sekolah dan kubur lama tersebut. Manakala Eira, Harraz, dan Safiyyah menuju ke arah bilik guru disiplin, tempat yang paling berpuaka di sekolah tersebut. Safiyyah melihat-lihat bilik tersebut dengan santai, manakala Eira membelek-belek dokumen yang ada di atas meja. Harraz melihat keluar tingkap di mana ia dapat melihat deretan kubur lama di sana.

"Hm.. bagaimana Fiyya?" Tanya Eira.

"Well~ not bad akak!" Jawab Safiyyah dengan senyuman manis yang terkesan santai.

"Kamu nampak santai walaupun aura bilik ini penuh dengan tekanan hm?" Ujar Harraz yang sedikit mengusik adik iparnya itu.

"Aura macam ni.. Fiyya dah biasa dah! Dari kecik sampai sekarang selalu main dengan dorang!" Jawab Safiyyah sambil menyentuh deretan dinding di sana.

"Tidak seperti Eira.. Fiyyah memang berani daripada kecil! Walaupun masih kecil, dia dengan mudah membuli jin-jin jahat yang ada di sekeliling dia!" Sampuk Eira sambil tersenyum.

"Yep! Terutamanya yang ini!" Ucap Safiyyah yang berhenti di satu kawasan dinding.

Hal itu langsung menarik perhatian Eira dan Harraz. Safiyyah tetap menatap dinding tersebut dengan tatapan tajam. Dia terlihat santai, namun ia masih kekal berwaspada. Jari telunjuk tangan kanannya digerakkan. Mengukir kalimah 'Allah' di sana. Mulutnya terkumat-kamit membaca satu ayat yang sering digunakan untuk mematahkan sihir. 

BLAARR!!

Kawasan dinding yang ia bacakan ayat suci al-Quran dan diukir kalimah 'Allah' itu langsung meletup, mengeluarkan asap dan kesan terbakar di sana. Letupannya kecil, namun kesan bakar yang ditinggalkan terlihat jelas. Dibalik jari telunjuk Safiyyah, terukir satu kalimah kuno yang tidak dapat dibaca. Namun, hal itu tentu sahaja tidak mustahil bagi Eira yang merupakan seorang perantara yang berpengalaman. Dari tempatnya, Eira melangkah mendekat ke arah Safiyyah..

"Ini.." Gumam Eira yang menyentuh ukiran kalimah kuno tersebut.

"Akak tahu ke simbol apa ni?" Tanya Safiyyah.

"Pemanggil Setan!" Gumam Eira dengan tangan terketar-ketar.

"Hm? Isteriku? Kenapa kamu nampak macam takut?" Tegur Harraz.

"Kakak?" Seru Safiyyah yang kebingungan.

"Mungkin.. kamu tak familiar dengan simbol ni.. Fiyya! Tapi.. ini.. ini simbol yang.. simbol yang pernah Tok Wan ceritakan dulu.." Ucap Eira dengan wajah yang kalut.

"Maksud akak?" Tanya Safiyyah.

.....

10 tahun yang lalu, di saat Eira masih lagi berumur 9 tahun dan dalam latihan untuk menjadi perantara, sang gadis menemukan sebuah kotak lama di stor rumah tok wannya. Disebabkan rasa ingin tahunya yang begitu kuat, Eira pun membawa kotak tersebut keluar daripada bilik stor. Ia membawanya ke ruang tamu di mana tok wannya berada..

"Tok Wan~~" Seru Eira dengan nada yang sangat girang kerana menemukan sesuatu.

"Ada apa Eira?" Tanya Tok Wan yang segera mengalihkan perhatiannya daripada surat khabar yang dibaca ke arah cucu tercinta.

"Eira jumpa kotak yang menarik~" Ucap Eira sambil menunjukkan kotak tersebut kepada sang tok wan.

"Hm.. ini.." Gumam sang tok wan sambil meneliti isi kotak tersebut.

"Ini kotak apa tok wan?" Tanya Eira dengan wajah ingin tahu.

"Ini kotak sejarah lama di mana moyang kita menuliskannya sebagai diari Eira.." Jawab Tok Wan dengan senyuman lembut.

Eira menatap ke arah sang tok wan dengan wajah kebingungan. Namun, rasa ingin tahu yang tinggi membuat Eira membuka kotak misteri tersebut. Di sana terdapat diari lama, beberapa gambar lama, dan sebuah tangkal usang yang terlihat sudah sangat lama. Eira melihat gambar-gambar lama tersebut dengan wajah bingung.

"Itu gambar moyang kita dengan 5 orang ketua kampung di 5 buah kampung ini!" Jelas Tok Wan yang sudah dapat meneka pemikiran sang cucu.

"Eh? Lima? Bukan kita cuma ada 4 kampung jer ke tok wan?" Tanya Eira dengan nada terkejut.

"Itu sekarang.. tetapi dahulu.." Ucap Sang Tok Wan yang tiba-tiba berubah sedih.

Eira melihat wajah tok wannya yang berubah menjadi sayu. Entah mengapa topik ini membuat tok wannya menjadi sedih. Eira ingin bertanya akan sebab mengapa tok wannya sebegitu.. Namun, belum sempat ia ingin menanyakan soalan tersebut, Rafia yang keluar membeli barang yang dipesan oleh tok wan telah pun kembali..

"Ini dia tok wan! Barang yang tok wan pesan.." Ucap Rafia seraya menyerahkan barang belian tersebut kepada sang tok wan.

"Terima kasih Rafia.." Ujar Tok Wan yang mengambil barang tersebut lalu di bawa ke dapur.

Eira melihat ke arah tok wannya yang mula sibuk di dapur. Manakala Rafia melihat kotak usang yang berada di dekat Eira. Wajahnya menunjukkan tanda tanya yang besar kerana bingung akan apakah ingin dilakukan oleh sahabatnya yang satu ini terhadap kotak usang tersebut. Akan tetapi, pertanyaan itu ditahan oleh dirinya apabila melihat beberapa lembar gambar lama bertebaran di sekitar Eira. Ia mengambil salah satu gambar tersebut dan melihatnya. Hinggalah ia tertarik akan diari usang yang masih berada di dalam kotak tersebut. Rafia menggapainya dan mula membaca..

"Setelah setahun berlalu sejak mimpi ngeri Kampung Seroja.. walaupun penduduk di empat sekampung lain hidup aman damai seperti biasa.. namun.. kisah gelap ini masih membekas do hati setiap penduduk. Belum lagi aku yang merupakan sahabat baik kepada si dia.. sukar untuk melupakan peristiwa yang sedemikian.." Ungkap Rafia.

"Kau baca apa tu?" Tanya Eira.

"Buku yang dalam kotak ni laa~" Jawab Rafia.

"Kampung...Seroja?" Ungkap Eira yang membaca bait kata dari diari usang tersebut.

"Itu adalah salah satu kampung yang termakmur di antara lima buah kampung di sini pada suatu ketika dahulu.." Ujar Tok Wan yang keluar daripada dapur.

"Lima kampung?" Ucap Rafia dengan wajah kebingungan.

"Ya! Dulu di sini.. ada 5 buah kampung di mana Kampung Seroja merupakan kampung yang paling kuat ajaran agamanya!" Jawab Tok Wan yang duduk di antara Rafia dan Eira.

"Ke mana Kampung Seroja pergi Tok Wan?" Tanya Rafia.

"Sudah musnah.." Jawab Tok Wan dengan sendu.

Eira kembali melihat wajah sendu tok wannya apabila nama kampung itu disebut-sebut. Dia merasakan bahawa ada sesuatu kisah sedih disebalik kampung yang disebut sebagai Seroja itu. Dan hal itu terbukti apabila Tok Wannya mula menceritakan sejarah gelap 5 sekampung ini di mana awalnya sebuah ritual menyembah syaitan berlaku tanpa disedari orang-orang dan permulaannya berlaku disebabkan gara-gara ketua kampung Seroja, Mak Kintan. Eira dan Rafia yang mendengarkan kisah tersebut tidak mampu menahan rasa terkejut mereka.

Di saat yang sama, Eira membelek-belek diari usang tersebut. Di sana mengungkapkan setiap luahan hati rasa kecewa dan sedih dari nenek moyangnya yang merupakan perantara di masa itu. Sebuah kisah yang pilu dan sebuah amaran yang diungkapkan kepada generasi akan datang. Sekiranya kisah ini kembali terulang, kepada keturunan yang terpilih untuk berjuang ke jalan yang sama seperti moyangnya ini, maka ada banyak amaran dan tanda-tanda yang tertulis di dalam diari tersebut.. 

Dan salah satunya adalah  logo dan simbol ritual penyembahan tersebut dan bagaimana untuk mencegahnya..

.....

Harraz dan Safiyyah terdiam mendengarkan kisah yang diceritakan oleh Eira. Sunyi meliputi bilik tersebut dan tidak ada sesiapa yang membuka mulut mereka. Eira juga hampir melupakan memori lalu jika ia tidak melihat simbol tersebut. Namun.. ada sesuatu yang membuat dia yakin. Amaran, tanda-tanda dan apa yang diungkapkan oleh moyangnya kini sudah berlaku..

"Nampaknya.." Ucap Safiyyah yang menarik perhatian Eira dan Harraz.

"....."

"Nampaknya.. kitalah generasi itukan kakak~" Ujar Safiyyah dengan senyuman santai.

"Um! Nampaknya kitalah yang akan menghadapi apa yang moyang kita pernah hadap! Tapi.." Ucap Eira yang terhenti.

"Tapi masih belum terlambat untuk membendung situasi ini.. sebabnya.. di zaman moyang kamu perkara tu sudah melarat disebabkan tiada yang tahu, bahkan kekuatan mereka juga sangat kuat! Dan tiada method yang sedia ada untuk melawan mereka! Tapi di saat sekarang.. kita sudah diberi amaran! Kamu juga sudah dilatih bukan begitu wahai isteriku?" Ujar Harraz sambil tersenyum.

"Betul akak! Dulu moyang kita hanya satu orang perantara dibantu penduduk lain! Tapi akak.. kali ni kita ada 3 perantara! Apa yang perlu kita takutkan.. dan Allah juga pasti berada disamping kita!" Tambah Safiyyah.

"Pfftt.. benar! Kita juga bukan lemah! Jadi.. ini juga merupakan perkara baik! Ditambah.. kampung juga ada yang akan menjaganya.. So.. tiada masalah!" Ucap Eira dengan nada lega.

"Lakukan sahaja yang terbaik! Selebihnya.. biar Allah yang tentukan!" Ujar Harraz.

"Ya.. benar! Subhanallah.. Maha Kuasa Allah.. Dia sebaik-baik Pelindung!" Gumam Eira.

Kelihatannya ketiga-tiga perantara ini sudah membulatkan tekad mereka untuk melakukan yang terbaik dari yang terbaik. Ditambah mereka juga sudah ada jalan penyelesaian terhadap apa yang menanti mereka. Hanya tinggal melaksanakannya sahaja.. maka Insyaallah.. Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa ke Atas Alam ini.. Maka segalanya pasti akan baik-baik sahaja..

(Maka..kita akan masuk ke bab yang lebih serius di chapter akan datang! Stay Tuned)

Continue Reading

You'll Also Like

2.5M 84.2K 37
| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE ๐๐ฎ๐ข๐ ๐ฉ๐ซ๐จ ๐ช๐ฎ๐จ : ๐€ ๐Ÿ๐š๐ฏ๐จ๐ฎ๐ซ ๐จ๐ซ ๐š๐๐ฏ๐š๐ง๐ญ๐š๐ ๐ž ๐ ๐ซ๐š๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ง ๐ซ๐ž๐ญ๐ฎ๐ซ๐ง ๐Ÿ๐จ๐ซ ๏ฟฝ...
435K 25K 89
Terima kasih semua yang dah sudi baca, undi dan komen :D Dari #1 sampai #44: Himpunan cerita pendek tentang pengalaman diri sendiri, pengalaman ahli...
9K 3.2K 30
Kau akan mati dengan cara yang paling hina dan menyeksakan, sayang. Memang benar aku sudah mati. Tapi cinta, ianya masih mekar mengisi hati. Mungkin...
4.8K 139 5
Tanpa adanya bicara, Mahupun sentuhan yang lara, Pasti ada yang peka, Menzahirkan yang telah tiada. Aku. Masih. Wujud.