My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

🤍 PROLOG II

173 7 0
By liayurina

"HANNA, ayah dan ibu kau kasi tak pergi lawatan tu?" tanya Aleya dengan perasaan yang berdebar-debar ingin tahu. Dia maklum tentang kedua-dua orang tua Hanna yang susah memberi dia kelonggaran untuk pergi ke mana-mana seorang diri melainkan ada peneman. Sedangkan hendak datangnya ke rumahnya untuk mengulang kaji pun, si ayah dan ibu Hanna pun berfikir berkali-kali untuk membenarkan pergi. Padahal jarak antara rumah dia dengan Hanna tidak terlalu jauh pun. Masih lagi dalam kawasan taman yang sama.

“Ehem, kau rasa?”

“Tak payahlah nak rasa! Cepatlah bagi tahu,” gesa Aleya kepada Hanna yang tampak tenang membaca novel siri penyiasatan Sherlock Holmes.

"Hahaha, mestilah kasi! Tak sia-sia doa aku makbul sebelum balik rumah semalam!"
Tidak sangka, pihak sekolahnya mengadakan program lawatan sekolah ke Port Dickson khas untuk pelajar tingkatan tiga setelah usai tamatnya PT3. Percuma sahaja. Semuanya ditanggung oleh pihak sekolah. Hanya tinggal minta kebenaran dari ibu bapa sahaja serta membawa sedikit wang untuk belanja nanti.

“Alhamdulillah… Kasi pulak dia orang benarkan kau pergi lawatan tu.” Natrah menyampuk dengan mulutnya masih penuh dengan nasi goreng yang dibekalkan oleh maknya sebelum ke sekolah.

"Entah lah… Tapi aku rasa bersyukur sangat! Alhamdulillah.”

“Alhamdulillah, bagus lah tu… Haih mana pulak si Fify ni? Dia ni pergi tandas ke, betapa dalam tandas? Beli ke tidak aku punya roti tu…” Aleya membebel sambil matanya mencari bayangan Fify disebalik murid-murid yang lalu lalang di tepi makmal fizik berdekatan dengan tempat mereka lepak iaitu meja bulat batu.

"Asslamualaikum…. "

"Waalaikumussalam. Kenapa kau lambat Fiy? Nasib baik masa rehat ada lagi. Aku tak tahan nenek tepi aku ni membebel pasal kau," selamba gajah Hanna berkata tanpa memandang Fify yang membei salam. Dirinya sibuk membaca novel yang ada ditangannya.

Terbeliak mata Aleya. Dia memandang dengan pandangan tajam ke arah Hanna yang menunjukkan riak tenang membaca novel itu.

"Sorry lah, perut aku buat hal tadi.” jawab Fify seraya meletakkan tiga bungkusan roti berlainan inti di atas meja bulat batu bersama botol air miliknya. Aleya sudah terlebih dahulu mengambil roti coklat yang dipesannya kepada Fify sebelum keluar dari kelas untuk rehat. Memandang Fify hendak ke tandas alang-alang pergi terus ke koperasi membeli roti yang dipesan Aleya.

Hanna yang tekun membaca senyap-senyap mengintai bungkusan roti yang berbaki dua bungkus atas meja. Dia melihat Fify sudah mengambil satu roti berintikan jagung. Air liur ditelannya tatkala melihat satu bungkusan roti berintikan ayam serunding itu yang merupakan inti kegemarannya. Menyesal pula tidak memesan dekat Fify supaya beli sekali untuknya.

“Ambil je lah, Hanna. Memang aku beli untuk kau pun.” Seperti tahu apa yang difikirkan oleh Hanna, Fify bersuara sambil mengunyah roti dimulutnya.

“Thanks Fify! Nanti aku bayar balik tau.”

“It’s okay. Aku belanja,” kata Fify lagi.

“Jadinya… Kita semua akan pergi lawatan tu kan?” soal Natrah yang sejak tadi hanya diam dengan makanannya.

Aleya dan Natrah hanya mengeyakan. Hanna pula tidak memberi reaksi apa-apa. Dia sibuk mengunyah roti ayam serunding  itu.

“Eh, Hanna?”

“Aku pergi.” Hanna menjawab pertanyaan Fify. Seperti dijangkanya, Fify kelihatan terkejut sekali. Ini pertama kali dia mendengar bahawa kedua-dua orang tua sahabatnya memberi keizinan. Selama ini, memang cukup payah.

“Ayah dan Ibu aku kasi aku pergi lawatan tu. Dengan syarat aku tak merayap jauh-jauh.”
Fify mengangguk faham.

“Alhamdullilah… Kita berempat semua akan pergi nanti! Yeay!”

“Yeay!” Hanna, Aleya dan Natrah menyahut hujung kata Fify dengan perasaan yang tidak dapat di zahirkan oleh mereka sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

856K 85.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
3.4M 302K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.8M 61.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
27.4K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...