Unreachable Princess

Bởi luvvakie

181K 16.3K 1K

Aella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihor... Xem Thêm

| chapter 1
| chapter 2
| chapter 3
| chapter 4
| chapter 5
| chapter 6
| chapter 7
| chapter 8
| chapter 9
| chapter 10
| chapter 11
| chapter 12
| chapter 13
| chapter 14
| chapter 15
| chapter 16
| chapter 17
| chapter 18
| chapter 19
| chapter 20
| chapter 21
| chapter 22
| chapter 23
| chapter 24
| chapter 25
| chapter 26
| chapter 27
| chapter 28
| chapter 29
| chapter 30
| chapter 31
| chapter 32
| chapter 33
| chapter 34
| chapter 35
| chapter 36
| chapter 37
| chapter 38
| chapter 39
| chapter 40
| chapter 41
| chapter 42
| chapter 43
| chapter 44
| chapter 46
| chapter 47
| chapter 48

| chapter 45

1.6K 172 11
Bởi luvvakie

"ARE you fine with the way it is now.... Aella...?"

Aella. Nama yang kini terasa begitu jauh, namun dekat dalam masa yang sama.

"...!?..."

Liviania tersentak, tersedar daripada lena. Kemudian tak lama selepas itu, kedengaran keluhan terlepas dari bibirnya yang terkatup rapat.

"............"

Apa yang di mimpinya sebentar tadi?

Dia menutup dan membuka matanya untuk menangkap sisa rasa mimpi tadi. Namun hanya perasaan sedih dan sayu sahaja yang terasa di lubuk hatinya.

Gagal mengingati mimpinya, Liviania cuba menenangkan debaran yang dirasa dengan menghembuskan nafas panjang.

Setelah tenang, baru Liviania sedar yang dia bukan lagi berada di atas kapal, namun di atas katil empuk di dalam sebuah bilik.

Matanya segera tertumpu pada langsir halus yang terdapat di sekeliling katil. Liviania kemudian duduk dan memusingkan kepalanya memerhatikan keadaan sekeliling dengan lebih teliti.

Ruangan tersebut menempatkan lebih daripada beberapa perabot. Beberapa rak buku di belakang set sofa dengan meja teh terletak di tengahnya. Berhadapan katil saiz king yang didudukinya, terdapat tingkap besar yang memanjang dari lantai sehingga ke siling.

Dia melihat sekali lagi sebelum menyedari bahawa ianya bukan tingkap melainkan sebuah pintu.

Kemudian, satu suara yang penuh dengan kebimbangan datang dari pintu tersebut.

"Master!?"

Tanpa bersuara, Liviania hanya memberikan senyuman kecil sebelum mengangguk ke arah dua ekor wolve tersebut.

Melihat itu, Jaen segera berlari mendekati sisi katilnya diikuti dengan Jay dibelakang.

"Berapa hari dah berlalu?"

"Dua hari, Master. Sekarang kita berada di sebuah penginapan di salah sebuah kota di Empire Asterin." Jawab Jay tenang, seperti biasa.

Liviania angguk faham seraya memusingkan bahunya dan meregang-regangkan ototnya yang terasa agak ngilu.

"Hmm, ia lebih kuat dari yang dijangkakan."

".........."

"Maksud kau?" Sampuk satu suara comel, yang kini sudah memasuki ruangan tersebut.

Liviania berpaling dan memandang Anorua yang terbang mendekatinya dan terus duduk di atas ribanya.

".........."

"Rantai yang dibuat oleh ras demon." Balas Liviania.

Dia mengusap lembut Anorua yang seperti biasa, berwajah serius.

"..........."

"Jellyfi- Buffy... dia tak dapat lepaskan diri dari rantai tu selama 10 tahun walaupun dia salah satu daripada puak terkuat Human-Beast." Sambung Liviania.

Mendengar itu, Anorua mengangguk faham.

"Jadi, apa rancangan kau seterusnya?" Soal dragon putih tersebut.

Sejurus itu, kesemua pasang mata disitu memandang Liviania.

".........."

Bahasa yang digunakan oleh Anorua kedengaran kasar, berbeza sungguh dengan penampilannya yang comel, fikir Liviania sejenak.

Namun tanpa pengetahuannya, hanya dia dan wolvenya sahaja yang menganggap Anorua 'comel'.

"Master...?"

Panggil Jaen apabila gadis tersebut hanya termenung tanpa menjawab soalan yang diaju tadi.

Tersentak dari lamunan, Liviania memberikan senyuman kepada mereka bertiga sebelum kembali bersuara.

"Pertama sekali, we should say our thanks to Üratara, Captain Sëira and others."

"Saat ini hanya His Highness Üratara dan beberapa pengawalnya sahaja yang ada bersama kita."

"-Captain Sëira dan anak kapalnya masih berada di kapal. Ianya memakan masa selama 3 jam daripada tempat penginapan ini untuk kembali ke perairan di mana kapal mereka berlabuh." Balas Jay dengan panjang lebar.

"Ah... I see."

•••

LIVIANIA mengeluarkan cloak berwarna kelabu dari dalam Space Ring yang tersarung pada jari kelingkingnya. Cincin tersebut adalah pemberian daripada Her Highness Läthal, sebagai ganti kepada cincinnya yang sebelum ini di hancurkan oleh Üratara.

Cincin kali ini agak berbeza kerana ianya memiliki ruangan yang sepuluh kali ganda lebih besar berbanding dengan cincin sebelumnya, namun cincin ini tidak mempunyai fungsi untuk mengubah warna rambutnya.

"..........."

Bahagian hood daripada cloak tersebut disarung sehingga menutupi keseluruhan wajahnya. Sejurus itu, dengan diekori dua ekor wolves putih bersaiz besar dan seekor dragon yang kini sudah bertukar kepada transparent, Liviania membuka pintu bilik tersebut dan keluar.

Turun sahaja ke tingkat bawah, Liviania melihat Üratara, Hënokh dan pengawal Elve yang lain sudah tiba lebih awal. Kesemua mereka memakai cloak dan langsung menunduk hormat apabila melihat Liviania datang ke arah mereka.

Sebaik sahaja Üratara menyambutnya dengan muka risau, Liviania mengukir senyuman kecil.

Jaen dan Jay yang mengekorinya dari belakang terus melompat keluar dari sisi dan menegur Hënokh dengan nada riang.

Selama dua hari Liviania tidak sedarkan diri, hubungan wolves itu dengan Elve tersebut semakin akrab.

"Saya berterima kasih atas bantuan kamu semua semasa saya tidak sedarkan diri." Ujar Liviania seraya menunduk sedikit.

Liviania, memakai jubah hanfu berwarna hitam dan dipadankan dengan cloak kelabu yang cukup besar untuk menutup keseluruhan mukanya, kelihatan anggun dengan rambut putihnya yang terjuntai keluar daripada hood cloaknya.

"Ianya tanggungjawab kami untuk menghantar Your Honourable ke Asterin dengan selamat." Balas Üratara.

"-Your Honourable, please sit down. We already placed an order for breakfast." Sambungnya lagi.

Liviania mengangguk sebelum melabuhkan duduk di salah sebuah kerusi di situ. Usai itu, kesemua mereka kembali duduk ke tempat masing-masing.

"Boleh saya tahu Your Honourable pandai menunggang kuda atau tak?"

Menunggang kuda?

Seorang Top Agent sepertinya tidak dibenarkan untuk memiliki kelemahan. Oleh itu, di kehidupan sebelumnya, dia sememangnya sudah tahu pengetahuan asas dalam menunggang kuda.

"Yes."

Usai mendengar jawapan gadis itu, Üratara memberi isyarat kepada Hënokh sebelum Elves itu mengangguk seketika dan bangkit dari tempat duduknya lalu menuju ke luar inn.

"Kuda yang kami sediakan bukanlah kuda biasa.  Mungkin Your Honourable pernah mendengarnya sekurang-kurangnya sekali."

"-Ia adalah kuda Khairab. Spesies campuran yang tercipta dari ras Spirit."

Ya, dia tahu akan kewujudan kuda tersebut. Banyak haiwan, beast, dan spiritual beast yang dibacanya di buku dan kuda Khairab adalah salah satu mahluk yang menarik minatnya.

Ianya masih menjadi misteri bagaimana kuda Khairab boleh tercipta daripada ras Spirit. Dan jumlah kuda tersebut di dunia ini kurang daripada 100 ekor sahaja.

'I never thought I'd ride it.' Fikir Liviania.

Kuda tersebut memiliki keistimewaannya tersendiri. Mereka hanya akan mendengar arahan setelah penunganggnya menyatukan mana mereka. Oleh itu, semakin tinggi level penunggang, semakin hebat juga kelebihan kuda Khairab yang mereka tunggangi.

Mereka juga boleh mengembara jauh lebih pantas daripada kuda biasa tanpa meninggalkan jejak.

Nasib berbelah kepada Forest Elven kerana dapat memiliki 5 ekor kuda Khairab, terima kasih kepada kemampuan mereka dalam mengendalikan spirit. 

Semasa kuda Khairab pertama kali dikenalpasti, ras manusia yang paling banyak menguasai kuda itu. Tetapi akibat kekurangan info tentang bagaimana cara mengawalnya, mereka menjadikan haiwan tersebut hanya sebagai perhiasan kerana uniknya bulu dan warna mereka.

Akhirnya, kerakusan mereka membawa kepada kepunahan spesies yang sememangnya sedikit itu.

"............"

Selepas menjamu selera, mereka semua keluar dan menuju ke tempat yang paling sunyi dari keramaian orang di kota kecil tersebut.

"Your Honourable, this is the Khairab horse we've prepare for your journey."

"Wow..."

Jaen dan Jay yang teruja melihat itu, berpusing mengelilingi kuda tersebut. Manakala Anorua hanya tenang, tetapi anak mata hitamnya tidak lepas daripada memandang mahluk tersebut.

Tidak dinafikan penampilan kuda itu memang jauh lebih unik dan cantik dengan warna silver terang yang seakan-akan transparent. Dan apabila ditunggang, hanya bunyi angin bertiup sahaja kedengaran.

"He look amazing!" Kata Jaen dengan penuh minat.

Liviania yang berasa sedikit teruja mula menaiki tubuh kuda tersebut. Dengan mudah, kuda yang ditungganginya perlahan-lahan mula bergerak mengikut kehendaknya setelah dia menyatukan mananya ke dalam kuda tersebut.

"Sudah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal."  Ujar Üratara.

"Jika Your Honourable memulakan perjalanan dari barat, Your Honourable boleh terus keluar dari kota ini dan menuju ke Kota Emmet, Capital City Of Asterin." Tambah Üratara.

Liviania yang sudah siap di atas kuda Khairab, mengucapkan terima kasih untuk kesekian kalinya atas bantuan mereka.

Usai mengucapkan selamat tinggal, mereka mula meneruskan perjalanan masing-masing dimana para Elves tersebut balik semula ke perairan dan parti Liviania pula mula meneruskan perjalanan mereka.

"............"

Cahaya matahari menghasilkan bayangan panjang di atas jalanan di mana terdapat kuda dan dua ekor wolve putih yang tidak kalah besarnya, berlari dengan pantas. Tidak lupa juga Anorua yang terbang disekitar mereka dengan tubuh transparent seperti biasa.

Pengembaraan mereka yang ditangguh selama 5 tahun kini bermula kembali.

"Let's go."

"Yes, Master!"

Jawab dua ekor wolvenya dengan penuh semangat. Anorua yang turut berasa senang, melorekkan senyuman kecil tanpa ada yang perasan.

•••

DENGAN hanya memakan masa selama 3 hari, mereka akhirnya selamat sampai di Capital City of Asterin, Kota Emmet.

"Master! Saya nampak bendera hijau berkibaran." Ujar Jaen yang berada di paling hadapan.

Seperti yang dia katakan, tidak jauh dari mereka terlihat bendera berlambang angin dengan berlatar belakangkan warna hijau, berkibar tinggi di atas gerbang masuk.

"Let's slow down. We'll be there soon."

Kepantasan dan stamina kuda Khairab tidak dapat dibandingkan dengan kuda biasa. Yang paling menakjubkan ialah mereka juga tidak mudah lelah walaupun kuda tersebut terus berlari selama tiga hari kecuali ketika berehat dan tidur.

Beberapa pengawal mula mendekati mereka apabila mereka berada di hadapan gerbang pintu masuk ke Emmet.

"Sila beri Identiti kad kamu."

Liviania terlupa yang dia masih tidak mempunyai identiti kad. Boleh sahaja dia memberikan lambang Estella Imperial Family namun buat saat ini dia tidak mahu menggunakan identiti tersebut.

Bila difikirkan semula, dia masih memiliki Gold Band yang berlambangkan Ramone Guild yang diberi oleh Akira 5 tahun lepas.

Tanpa membuang masa, dia mengeluarkan Gold Band yang bersaiz syiling emas daripada Space Ringnya lalu dihulur ke pengawal tersebut.

"...!!?..."

"VVIP of Ramone Guild!?"

Oh, dia tidak tahu pula yang Gold Band tersebut membawa maksud sebagai VVIP kepada Guild terkemuka di seluruh continent ini.

Akira.

Siapa identiti sebenar lelaki itu? Fikir Liviania sejenak sebelum disedarkan kembali oleh pengawal tadi.

"Is there something wrong?" Soal Liviania apabila pengawal tersebut masih terpana dan membelek-belek Gold Band tersebut.

"Oh no! S-selamat datang ke Capital City of Asterin!"

Para pengawal itu menundukkan kepala mereka dengan sopan, bukan sahaja kerana orang yang mereka periksa adalah orang penting milik Ramone Guild, tetapi juga kerana aura misteri dan majestik yang mengelilingi gadis tersebut.

"-Ah... M-my Lady, menunggang kuda di dalam kawasan kota adalah dilarang."

Mendengar itu, Liviania turun dari Khairab dan menyedut masuk kuda tersebut ke dalam Space Ringnya. Ruang yang besar di dalam cincin tersebut sememangnya sangat membantu.

"...Tengok tu! itu ras Human-Beast kan?"

Masuk sahaja ke dalam kota, semua orang yang mengetahui identiti Jaen dan Jay mempunyai reaksi yang sama.

"Ras Human-Beast!"

"...!!!?.."

"Wah!"

"Wolve tribe!?"

Seolah-olah melihat ikan duyung atau unicorn dari kisah dongeng, kekaguman adalah reaksi pada setiap mata yang memandang mereka.

".............."

"Umm Master, should we turn into our human form?"

"No need." Balas Liviania sambil mengusap kepala Jay. "But, Anorua..."

"Boleh kamu tolong tukar warna bulu mereka kepada hitam?" Tanya Liviania usai sahaja mereka berada di lorong yang sunyi.

Tanpa banyak soal, Anorua menggunakan magiknya dan sekaligus warna putih berseri bulu dua ekor wolves tersebut bertukar kepada warna hitam.

"Wow! Jay, rupa kita nampak lebih ganas! Grahh!" Ucap Jaen dengan gembira sambil membuat mimik muka yang 'menggerunkan'.

"Tapi, Master. Kenapa kami perlu tukar warna bulu kami?" Soalnya polos.

"Because white stand out too much."

Liviania, yang berkata dengan nada spontan, juga mempunyai warna rambut yang sama dengan bulu dua ekor wolves tersebut. Bagaimanapun, mereka tidak berniat untuk menyatakan fakta itu dan hanya senyap, bersetuju.

".........."

Berbeza dengan cuaca sejuk di Estella, cahaya matahari musim bunga yang hangat di Asterin menyinari seluruh tubuh mereka. Bunyi kicauan burung dan angin sepoi-sepoi bertiup menambahkan lagi suasana nyaman tersebut.

Bangunan di kedua-dua belah jalan utama tersergam indah. Ianya tidak setinggi bangunan di dunia moden yang mencucuk langit, namun setiap bangunan tersebut memiliki bentuk keistimewaannya yang menyerlah. Jalan yang dibuat juga luas dan boleh memuatkan lebih daripada lima gerabak kuda.

Terdapat ramai peniaga dan pelanggan dari pelbagai Empire di jalan, ramai yang berpakaian aneh yang melambangkan kenegerian mereka tersendiri, jadi Liviania yang bercloak kelabu tidak begitu mencolok di khalayak ramai.

Pasar di timur bandar adalah pasar perdagangan terbesar di Empire Asterin. Bukan sahaja terdapat pelbagai jenis bahan perubatan, batu kristal, tetapi juga kelompok-kelompok mercernaries juga ramai di kota ini. Setiap hari, ratusan mercenary datang ke Asterin untuk menjalankan tugas atau menjual hasil dari buruan mereka sendiri.

Di Kota Emmet juga terdapat cabang Guild milik Ramone. Dan kebiasaannya mercenary yang datang dari luar akan singgah sebentar ke Guild Ramone untuk mengambil misi baharu ataupun mengambil upah bayaran setelah menyelesaikan misi mereka.

Di sini, Guild Ramone merupakan sebuah tempat penginapan yang agak mewah, berbeza di Estella di mana Guild Ramone disana adalah sebuah kedai ubatan kecil, yang diurus oleh Fraign Lanilor.

Kedengaran riuh-rendah di hadapan Guild tersebut. Beberapa mercenaries yang bersaiz besar, berkulit gelap dan berotot sasa lalu di hadapan Liviania.

"............."

Terdapat kerutan halus di dahi mulus Liviania. Perasan akan air muka gadis itu, Anorua bersuara melalui telepati.

-Whats wrong?

'Its just... suasana saat ini jelas nampak tenang dan damai. Tapi dalam masa yang sama, seakan ada sesuatu yang tak kena.

Liviania secara semula jadi bergaul dengan para mercenaries tersebut dan berjalan bersama mereka dengan selamba.

"So, you guys came back from?"

"Daripada Rowan. Misi disana agak sulit, tetapi kami bernasib baik kerana sempat pulang semula ke Asterin."

"Kenapa Emperor panggil semua Mercenary dan para awakened Asterin untuk berkumpul pada hari ini?"

"Ada misi yang berskala besar agaknya."

Sedang asyik Liviania berjalan sambil memasang telinga mendengar segala info yang berguna, matanya juga fokus melihat keadaan sekeliling.

Dan melalui orang ramai yang sibuk, dia dapat melihat sebuah Palace yang dibina dengan megah berdiri dari kejauhan. Dapat dilihat ramai orang sudah berkumpul di halaman utama Palace tersebut.

Setibanya di gerbang hadapan palace, mereka melalui pemeriksaan identiti sebelum dibimbing pergi ke halaman utama. Sekali lagi, dia menggunakan Gold Band yang diberi Akira.

Semua yang berkumpul di sini merupakan seorang awakened, mercenary ataupun kedua-duanya sekali.

"Apa kita buat dekat sini, Master?"

Jaen yang daripada tadi mendiamkan diri, sudah tidak mampu menahan rasa tertanyanya, menyoal Masternya.

"Spying on what's going on." Mumbal Liviania tanpa sedar.

"Yes?"

"................"

"Mereka kata kita akan dapat bertemu secara langsung dengan His Highness the Crown Prince?"

"Saya harap ianya betul."

"Crown Prince sangat terkenal dengan perilakunya yang baik hati dan pemurah."

"Yeah. His green eyes seemed really warm."

Mendengar itu, Liviania terus teringat akan seorang pemuda yang pernah dijumpai sewaktu perjumpaan di Euria.

'The Deadly Blade', Zion Yvaine La'Vermandigo.

5 tahun sudah berlalu. Pasti lelaki tersebut sudah jauh lebih matang dah kuat. Begitu juga dengan dua orang pemuda yang turut diingatnya. Grand Duke Kyrell dan Emperor Axias, Nidrith De'Lairence.

"Semua orang, berdiri tegak."

Akhirnya, suasana yang tadinya bising dan meriah serta-merta bertukar senyap. Semua yang ada di situ berdiri tegak dengan sopan, menyambut kedatangan Imperial Family Asterin.

Beberapa knight yang berbadan sasa mengiringinya ke atas platform, tetapi hanya dia seorang sahaja yang menarik banyak perhatian semua yang ada di situ sebaik sahaja dia muncul.

Tinggi lelaki tersebut sekitar 185 cm, berambut blond dengan mata yang berwarna hijau emerlad. Berpakaian seragam putih dengan segak dan kemas.

"Senang berjumpa dengan kamu semua. Saya Crown Prince kepada empire ini, Zion Yvaine La'Vermandigo." 

Dia memandang sekilas semua wajah-wajah dihadapannya seolah-olah sedang memastikan semua orang sudah fokus memandangnya.

"As you can see, I am a member of the imperial family. Born with the power of air."

"But does that mean anything to you all? No, that doesn't mean anything here."

".........."

"Saya hanya seorang awakened yang sama dengan kamu semua di sini."

"-Seseorang yang memiliki kemampuan untuk melindungi empire kita."

Suara Zion yang biasanya bernada lembut kali ini kedengaran lebih serius, sehingga membuatkan mereka semua yang ada disitu merinding.

"Kamu semua mungkin tidak tahu dengan apa yang saya maksudkan ini, tetapi..."

"..........."

"Sebagai persiapan untuk peperangan. Kita akan menggabungkan kekuatan kelima-lima Empire menjadi satu Force."

Semua yang ada disitu terdiam mendengar pengisytiharan yang mengejutkan dan diluar dugaan itu.

Mereka semua tidak dapat bersuara dan hanya kedengaran bunyi hembusan nafas sahaja. Liur yang ditelan juga terasa kelat.

Tetapi kesudahannya tiada siapa yang menyoalkan apa-apa dari pernyataan Zion Yvaine sebentar tadi.

Setelah mendengar pengisytiharan tadi, mereka pasti seperti yang khabar angin uarkan, kesemua empire sudah bersetuju untuk membuka Askia Continent kepada dunia luar.

•••

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

15.1K 346 10
Sebuah cerita pendek mengisahkan Umar pergi dating.
1K 57 18
Baca la kalau nk Ini kisah BoBoiBoy dengan abang dia iaitu Elemental(iye la kan tak kan sape lagi) Buku cover bukan milik saya. Saya main ambik je...
Atin Bởi mrk1921

Phiêu lưu

66.5K 560 5
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
9.5K 270 41
Amar Zikry, Seorang pemuda yang di besar oleh opahnya selama 10 tahun semenjak usianya 7tahun lagi. setelah kematian Hajah Sakinah, Amar terpaksa me...